Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Khas untuk Hajar

Tuesday, 5 March 2013

Bismillah walhamdulillah....
(sambil vacuum habuk-habuk & sawang yang memenuhi ruang blog. lol...)

Minggu lepas kalau tak silap, sepupu belah ayah saya, namanya Haja Taufik (nama FB) telah merayu-rayu meminta supaya saya update blog. Ceh...merayu tu over sangat. Dia minta je supaya saya update lah sikit, cerita pasal macam mana belajar masa sekolah menengah dulu. Macam mana berhadapan dengan subjek-subjek laksana malaikat maut. Macam mana bersedia untuk SPM.

Sejujurnya, banyak yang telah saya lupakan. Bukan saja-saja nak lupa kegemilangan lalu. Tapi, apabila saya melangkah ke alam universiti, saya berkali-kali ditampar oleh realiti "Hiduplah pada realti hari ini, bukan sejarah yang lalu, bukan juga fantasi hari esok". Ok, tak sedap kan quote tu. Sebab buat sendiri -____-".
Tapi hakikatnya begitulah. Tak bagus mana hidup kita kalau asyik dok teringat diri kita yang dulu.

Baiklah. Bagi memenuhi permintaan adik sepupu kesayangan yang sedang cuba untuk bercinta dengan subjek sekolah menengah, saya cuba lah untuk kongsi sedikit sebanyak yang mampu, dan masih berbaki dalam ingatan. (taip macam ribut sebab taip sebelum pegi kelas. haha. tak senonoh)

Chemistry

Ok. Ini subjek yang memang jadi buah hati saya time form 4 & form 5. Barangkali terlalu banyak perhatian diberi kepada subjek ini, maka cemburu sungguhlah Add Maths dan Physics.

Kenapa suka subjek ni? Sebab saya amat tertarik dengan seni yang ada padanya (merepek dah...). Kalau tak silap, nanti akan belajar formula untuk oxidation and reduction. Hah! Yang tu, bila dah master betul2, buat sambil tutup mata pun boleh. Best woo. So, point utamanya, mestilah fokus dan faham betul2 pada peringkat awal ni. Masa cikgu ajar dalam kelas, fokus, bagi perhatian sepenuhnya. Kalau ngantuk, buatlah cara apa pun supaya ilmu yang cikgu ajar tu kita dapat. Sebab, nanti bila dah banyak benda kita belajar, tak cukup masa dah nak ulang semula dari awal. So, baik fahamkan betul2.

Untuk subjek ni, ibu hantar saya tuisyen dengan Cikgu Mukhnisah (ni bukan nak promote. tapi kira promote jugalah. heh). Daripada tuisyen dengan cikgu Mukhnisah, bertambah cintalah saya dengan Chemistry ni. Sampai pernah cakap dengan cikgu, "Nanti saya nak jadi ahli kimia,". Haha. Taksub weh. Taksub! Tapi, memang sangat best. Sebab cikgu Mukhnisah ajar cara paling mudah untuk faham dan hafal formula. Dan...dan...dan...banyak latihan kita dapat masa tuisyen. Berbaloilah ambik tuisyen ni. (Haja, nanti mintak no tepon dengan makngah ye)

Next, Chemistry ni kita kena buat banyak latihan. Tak cukup sekadar baca buku teks, buat homework yang cikgu bagi, pastu dah. Tak boleh. Tak boleh. Kalau nak dapat average, boleh la buat macam tu. Tapi, kalau kita betul-betul nak master subjek ni, memang kena buat kerja lebih la. Mak ayah kaya kannnn. So, mintalah nak beli buku latihan lebih sikit. Instead of beli benda merepek, duit belanja mak ayah bagi tu, guna untuk beli buku latihan, then buat puas-puas. Ingat, practice DOES NOT makes perfect. "Only PERFECT practice makes perfect" =).

Bila cikgu bagi homework, latihan dalam kelas, kuiz, ujian dan yang seumpamanya, usahakan untuk dapat full marks. Jangan bagi peluang untuk buat careless mistakes. Bila ada careless mistakes, hukumlah diri dengan buat lebih banyak latihan. Ingat, perfect practice makes perfect! So, usahakanlah selalu dapat perfect score.


Next, buatlah periodic table ni macam kawan karib anda. Saya dulu tampal kat belakang fail, dalam buku ada, atas meja kat sekolah ada. Merata-rata. Supaya boleh selalu tengok. Bila selalu tengok, selalu baca. Bila selalu baca, maka terpahatlah dalam jiwa. Eceh. (tapi sekarang dah lupa. muhasabah! T___T)


Physics

Untuk subjek ni, tak perlu kot explain panjang-panjang sebab saya pun tak seberapa bagus sangat. sobs. Physics lah satu-satunya subjek yang tercacat keputusannya dalam sijil SPM. Physics lah yang mengajar saya erti cinta bertepuk sebelah tangan. Physics lah punca saya dapat 12A1, 1A2 dan bukannya 13A1. double sobs. Tapi semuanya bukan salah Physics. Salah saya! Di mana puncanya? Jom kita kaji.

Ok, macam explanation kat subjek Physics tadi jugak, masa cikgu ajar dalam kelas, fokus lah sefokus-fokusnya! (eh...suruh orang reti. diri sendiri tido time cikgu ajar. zzzz) Dear Hajar, bagi tidak mengulangi kesilapan kak ngah, silalah pay full attention dalam kelas. Kalau tak, anda akan terasa sangat bengap bila dah naik form 5, sebab formula2 time form 4 anda tak berapa nak faham. Bila tak berapa nak faham, maka kena hafal pun jadi beban. Bila terasa beban, maka dalam exam pun stress. Bila dalam exam stress, maka the result is a mess!

So, paling utama, dapatkan kefahaman yang kukuh awal2. Kalau pun bosan gila dengan subjek ni, paksa...ya PAKSA diri untuk pay attention. Because your struggle will pay. Dan, satu nasihat: topik atau subjek yang kita rasa paling susahlah yang kita kena selaluuuu ulang dan selaluuuu buat latihan. Yang lain-lain tu lebih kurang je macam yang atas. Kalau rasa perlu ambik tuisyen, boleh la ambik. Buat banyak latihan. Avoid careless mistakes. Dan please please please, fall in love with Physics. Make sure it loves you back!



(tengok jam kat dinding. dah lewat!)

Ok lah kot. Kalau ada tambahan, kak ngah tambah lain kali. Study well. Dalam sungguh-sungguh study tu, mesti ingat, yang menentukan semuanya adalah Allah. So, hubungan dengan Allah mesti jaga betul-betul. Solat, aurat dan sebagainya tolong jaga sungguh-sungguh. Kita tak nak la kejayaan yang menjauhkan kita dari Tuhan kan? =)

Selamat maju jaya!


Penat?

Monday, 21 January 2013

Penat jadi baik?
Jangan begitu.
Teruskan, walau terpaksa.
Penat usaha untuk syurga Allah, tak mengapa.

Bosan dengan kerenah manusia?
Biarkan kerenah mereka.
Mengapa jadikan kerenah itu pengganggu hidupmu?
Bukankah kau lebih daripada sekadar perasaan?
Teruskan hidup.

"You're more than what you think you are,"

Mencuba

Sunday, 20 January 2013

Semalam selepas berbual dengan ibu ayah di whatsapp, secara tiba-tiba mendapat booster. 
Tak tahu booster apa, tapi yang pasti diri ini menjadi rajin tahap dewa. 
Mula-mula lipat kain & kemas almari baju saja.
Lepas tu entah kenapa buang tebiat masak mihun, bawa ke rumah kawan. Masak sebungkus pula tu. (habis dah stok mihun. kena beli baru ni..)
Ziarah mahabbah, kononlah. Padahal jarang sekali saya ni menziarahi orang.
Kemudian terdengar azan maghrib, meminta diri dan berlari ke Big Pencil untuk membeli buku tulis baru untuk round baru, Forensics.
Sampai di rumah, rasa nak kemas satu bilik.
Selesai bilik, rasa nak kemas dapur.
Selesai dapur, tak puas hati tengok ruang tamu.
Selesai ruang tamu, tengok semula almari baju, lalu dikeluarkan beberapa helai baju dan tudung untuk digosok siap-siap. Seminggu punya!
Selesai kemas, sebelum masuk ke bilik sendiri, memandang ke arah pintu bilik senior.
Mesti akak ni kata dalam hati, Sarah ni buang tebiat agaknya.
Masuk ke dalam bilik, berniat untuk tidur awal agar esok dapat memulakan hari dengan cemerlang dan bergaya.
Tapi lambat sungguh dapat lelap.

Bangun pagi dengan sakit-sakit pinggang.
Siapa suruh kemas satu rumah time malam. Padan muka.
Tapi lega sebab baju dah gosok, sarapan dah settle. Mihun semalam ada lagi. Sebab terlupa nak makan malam.
Menunggu turn masuk bilik air, termenung. Entah apa yang difikirkan, sendiri lupa.
Teringat lagu Seroja:
"Sekarang bukan bermenung zaman bermenung...."
Ok, tipu. Lagu tu baru teringat sekarang, bukan pagi tadi.
Yang di dalam bilik air pula lama. Kecewa.
Mahu datang kelas awal hari ni!
Selesai semua, bersiap-siap untuk ke kelas.
Pakai tudung yang senior belikan di Alex.
Tak pernah pakai tudung tu, sebab susah untuk dibentuk dan labuhnya ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam boleh lilit kepala dua kali.
Tapi sebab dah gosok tudung tu, maka pakai saja. Nasib baik dibahagian muka ok. Cuma sebab tak biasa pakai tudung dan pin di kiri kanan bahu, maka rasa aneh. 
Tengok cermin sambil bertanya, siapa ni?
Jam di dinding menunjukkan pukul 8.00 pagi.
Jam itu cepat 10 minit.
Perjalanan ke kelas mengambil masa 15 minit.
Ok, I'm late!
Sepantas kilat mencapai buku Forensic dan buku Toxicology di atas meja.
Grab beg yang berwarna kuning highlighter, dan bismillahi tawakkaltu 'alallah.
Tak sempat nak sarapan. Sempat saja, tapi tak berselera.
Berjalan dengan pantas bersepatukan kasut yang uzur.
Tak mahu tengok bawah. Nanti sedih dengan keadaan kasut sendiri.
Cukuplah dengan mendengar bunyi tapaknya yang kuat.
Sedang dalam perjalanan ke kelas, terfikir kenapa tak nampak Malizi pun?
Saya lewat sangat ke, atau mereka-mereka yang lain tak pergi kelas?
Rasanya tadi dah check FB group, tak ada pula kata kelas dibatalkan.
Teruskan saja perjalanan.
Ternampak dua orang sahabat perempuan sedang berjalan. Ok, ada kelas.
Tapi mereka juga bertanyakan hal yang sama. Kenapa tak ada kelibat orang lain.
Sampai di pintu masuk kelas, nampak doktor dah ada, manakala 'ammu sedang menyelesaikan laptop dan projektor. Fuh...
Kehadiran? Tak sampai 10% lagi.
Aneh.
Hari ni kan round baru.
Mana pergi semua orang?
Tiba-tiba rasa kecewa. Hiba. Sebak. Entah kenapa.
Barangkali sebab rasa syok sendiri.
Semangat sorang-sorang.
5-10 minit kemudian, doktor memulakan syarahan.
Pengenalan apa itu Forensic Medicine. 
Dan apa itu Clinical Toxicology.
Macam biasa, bila doktor bertanya, lebih baiklah doktor sendiri yang menjawabnya.
Saya masih seperti dulu, menjawab soalan doktor dengan volume suara yang diri sendiri saja boleh dengar.
Masih pengecut barangkali.
Perasaan nak menjawab itu ada, tapi jawab kepada diri sendiri saja. Sadis.
Fokus. 
Fokus.
Dan terus fokus.
Sedang bahagia fokus, tiba-tiba doktor kata, "That's all for today. I'll continue tomorrow,".
What?? *sambil tengok jam di tangan. baru pukul 9.15. dan jam ini cepat 5 minit.
Aduhhh...malasnya nak balik rumah!
Tapi nak buat macam mana.
Tinjau kedai buku, tutup. Tak dapat beli buku.
Guna sajalah buku senior yang ada dalam beg ni. Esok beli.
Berjalanlah pulang dengan rasa sebak entah kenapa.
Dalam perjalanan pulang, datang rasa sebak berkali-kali ganda. Ditambah dengan  rasa kecewa. Juga entah kenapa.
Maka 50% perjalanan pulang itu disertai dengan takungan air di mata.
Sampai di rumah, berniat untuk membaca buku Forensics, bersedia untuk lecture esok. 
Tekan suis lampu, dan..."pap!" *meletup.
Eh??? Don't tell me....
Berlari ke ruang tamu. On lampu ruang tamu. Menyala. Ini bukan black out.
Lampu bilik saya yang terbakar.
Argh -_____-
Dengan rasa hiba, on heater yang bercahaya seperti neraka. (kalau tengok dari luar...)
Duduk di tepi katil. Masih hiba.
Merenung lampu di atas. Dah la siling bilik ni yang paling tinggi. Jika saya panjat meja pun, masih belum mampu mencapainya. Dan kalau nak panjat tangga pun, perlu tangga kayu yang tinggiiii sungguh tu. Rumah ni tak ada tangga, tinggi mahupun rendah.
Menangis. Tersedu-sedu.
Ahhh...ni dah kenapa?
Paksa untuk berhenti. Tak menjadi.
Baring, baca doa tidur. Tak lelap juga.
Entah berapa lama kemudian, lena.
Tiba-tiba handphone berbunyi. Tertera nama junior.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam, akak. Akak selesema ke? Suara akak lain,"
Berbual seketika dengan adik SC yang baru habis exam Anatomy.
Sambung tidur.
Bangun, mata susah nak buka. Tengok cermin.
Oh my...bengkak gila!
Buat apa tadi sampai bengkak begini? Gila.
On lampu. Oh...lupa. Terbakar. Sadis.
Pergi ke dapur, panaskan mihun semalam.
Dah 20 jam tak makan.
Sebelum makan, timbang. Tengok ukuran, turun sekilo.
Kecewa. Cepat sangat berubah.
Buka folder E, klik Despicable Me.
Rasa perlukan sesuatu untuk ketawa.
Tapi tak ketawa pula tengok cerita ni.
On internet, buka FB. Like beberapa post yang best.
Share beberapa yang best.
Buka twitter, tengok Aiman buat lawak antarabangsa.
Buka blogger, taip post yang ini.
Dan hingga saat ini, mata masih bengkak gila kentang.
Macam mana nak pergi sekolah esok?
Pakai cermin mata hitam mungkin bagus.
Tapi tiada cermin mata hitam. 
Sadis.

Eh...ada siapa-siapa terbaca post ini kah?
Maaf, membuang masa anda. 
Sekadar menaip untuk mengeluarkan rasa, bercerita tentang hari yang tidak produktif.
Moga esok lebih baik.

Dan harap2 tiada typo.





Benci untuk membenci

Saturday, 19 January 2013

Setiap manusia pasti akan mati.
Begitu juga, setiap manusia ada perasaan.
Walau siapa pun manusia itu,
Baik kah dia, jahat kah dia, bijak kah dia, kurang bijak kah dia.
Semuanya dianugerahkan Allah dengan perasaan.

Oh ini bukan nak mengomel tentang perasaan perasaan dan perasaan.
Bukan.
Ini sekadar nak menyatakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati.
Terhadap apa?
Terhadap apa-apa lah.

Pertama sekali, perlulah manusia ini jelas.
Bahawasanya, biarpun dia seorang da'ie yang hebat, dia tetap akan membuat kesalahan dan dosa.
Itu satu perkara yang dikongsi oleh semua hamba Allah bernama manusia, melainkan nabi dan Rasul.
Dan dengan itu, setiap manusia perlu ditegur dan dinasihati atas kesalahannya.
Biarpun dia seorang da'ie yang hebat.

Masalah terjadi apabila manusia yang sedar dirinya da'ie ni, nak menegur da'ie yang lain.
Ahhh...malas pula nak mengayat-ayat ni.
Berterus-teranglah lebih senang.
Macam ni...
Dalam nak menegur sesama kita, elakkan, ELAKkan, ELAKKANLAH menyindir.
Sindiran ni, tak berguna satu habuk pun.
Ni nak menasihati orang, tapi menyindir.
Kau guna sunnah yang mana menyindir sahabat sendiri?
Bukankah ada seribu satu lagi cara untuk menegur kesalahan yang dia buat?
Kenapa kau pilih cara yang sememangnya boleh buat dia lagi jauh dari kau.

Saya tahu, kadang-kala kita 'ter'buat begitu sebab kita tak pernah meletakkan diri di tempat manusia yang berbuat salah, lalu disindir itu.
Saya tahu, dahulu mungkin saja ada saya berbuat begitu kepada orang.
Dan sekarang saya lebih tahu, bahawa cara itu tak berkesan pun malah menjauhkan hati orang yang nak dinasihati.
Lihat? Niat cukup baik dah. Nak bawa manusia itu ke jalan yang benar. Menuju Tuhan.
Tapi sayang seribu kali sayang, dipilih pula cara yang hina lagi menghinakan itu.
Hasilnya makin ramailah yang menjauh.

Saya bersyukur kepada Tuhan, diletakkan di tempat pesalah.
Dan diberi peluang untuk merasa bagaimana rasanya ditegur dengan cara yang kejam itu.
Alhamdulillah, Allah nak pastikan diri ini tak berterusan melakukan perkara yang 'nampak baik' tapi tersangat hina itu.

Tak hairanlah mengapa mad'u masih ramai yang menjauh.
Malah lebih menyedihkan, mad'u menjadi musuh!

Benci.
Ya, saya sungguh benci apabila diperlakukan begitu.
Tapi saya lebih benci untuk membenci.

Mujurlah rukun yang pertama itu FAHAM.

Apa yang nak dibangga

Lemah!
Hati menyalahkan diri.

Manja!
Akal menuduh diri.

Diperli dia berkecil hati.
Tidak dipeduli dia membawa diri.
Sahabat sekeliling yang ada tidak dihargai.
Yang utamanya pada dia mementingkan diri!

Apa yang nak dibangga dengan diri?
Tiada sedikit nilai pun.
Kau hanya hamba Tuhan yang keji.
Kau dilihat baik kerana Dia menutup aibmu.
Sedang kau tahu siapa sebenarnya dirimu.

Apa yang nak dibangga dengan diri?
Kau bangun malam Dia yang gerakkan.
Kau punya usrah Dia yang aturkan.
Kau istiqamah amalan Dia yang tentukan.

Apa yang ada pada kau?
Apa yang kau banggakan?
Semua datang dari Dia.
Bila sunyi kau cari siapa?
Bila sedih kau tuju siapa?
Bila gembira kau buat apa?

Itulah kau.
Cepat lupa.
Bila diingatkan kau masih alpa.

Wahai Tuhan, jangan tinggalkan diri ini sendiri.



update entah berapa bulan sekali

Tuesday, 4 December 2012

Alhamdulillah, memandangkan hari ni line broadband laju semacam, maka bolehlah nak update ringkas (bajet ringkas laa) tentang hidup.

Pertama dan selamanya (eh?) nak minta maaf sesangat345 kat sesiapa yang telah dijanjikan dengan post itu ini, tapi sampai sekarang tak buat-buat. Kelemahan diri sendiri T___T. Satunya, dari tempoh Oktober sampai November, line internet rumah telah jatuh hingga ke tahap lebih lembap dari siput yang obese. Ni pun dapat online sebab songlap (pinjam) broadband Kak Az yang balik Malaysia. Keduanya, nak update blog ni perlu mood yang padu. Banyak je post yang jadi draft sebab tak ada penghujung *muhasabah*. Ketiganya, belakangan ini (perghh) banyak menyibukkan diri dengan macam-macam maka jarang dapat menghadap laptop. Keempatnya....cukuplah. Jangan banyak sangat beralasan.

Kadang-kadang terasa nak futur dari arena blogging ni sebab banyak merepek dari bagi manfaat (huwaa!). Moga Allah ampunkan dosa-dosaku yang menggunung tinggi.

Baiklah. Sedikit update tentang hidup hamba Tuhan yang mencuba sehabis baik mencari redhaNya.

1. UBM
Amboi...awal-awal dah UBM naaa. Bukan. Bukan. Jangan fikir bukan-bukan. Ni nak bagitahu. Saya ni diminta untuk jadi salah seorang penulis untuk buku Beit Muslim yang akan diterbitkan. Aneh kan? Mengapalah tak diminta jadi penulis buku 'Cara-cara Merepek Dalam Blog' ke... atau buku 'Teknik Membiarkan Blog Anda Bersarang Dengan Jayanya'. Tapi nak dijadikan cerita, begitulah. Maka penulis-penulis diminta menghantar satu sampel artikel masing-masing untuk dilihat keselarasan bahasa. Alkisahnya saya memang jenis yang tak suka kena paksa menulis ni! (haha. sadis tapi sangat benar -___-) Maka dengan jiwa yang rasa terpaksa, saya pun buatlah artikel last minute. Banyak kali juga saya tanya kawan saya yang terlibat sama, (mesti dia rimas) nak guna gaya bahasa yang macam mana? Kalau kena bunga-bunga, memang tak retilah. Nama je suka bunga. Tapi sungguh, memang tak reti nak hias bunga dalam artikel. Sebab gaya penulisan saya macam funfair!
Maka setelah semuanya hantar artikel, kami pun saling membacalah artikel masing-masing. Ternyata artikel saya yang paling macam zzzzz sebab orang lain punya ayat boleh buat novel! Maka jatuh merudumlah self-esteem dalam bab nak menulis buku Beit Muslim ni. Bulan ni adalah fatrah menulis. Tapi saya masih belum mula menulis apa-apa sebab sangat blur dengan bab yang saya kena tulis, dan memandangkan masih kurang sumber. What to do? What to do?
Sekarang sedang menguatkan diri untuk membaca buku Bahasa Melayu supaya (harapannya) dapat serap gaya penulisan Bahasa Melayu yang betul. Tapi setakat ni kejayaan paling besar adalah baca 2 muka surat dalam masa 3 hari. Osah eh laaa -____-.

2. ENT
Masuk tahun 4 ni, subjek pertama yang dipelajari ialah ENT (Ear, Nose and Throat). Menarik? Mestila! Sebab sejak tahun 1 sampai tahun 3, belajar benda teori je, sampai asyik pikir "Betul ke aku ni bakal jadi doktor?". Bila masuk tahun 4 ni, terasa la nikmatnya jadi pelajar perubatan. Dapat pergi hospital, tengok patient, belajar jenis-jenis penyakit kat telinga, hidung dan tekak dan blablabla. Setakat ni, memang berkenan sungguh la kat ENT ni. Masa exam end round pun, study tak seberapa (tak senonoh!). Tapi Allah permudahkan urusan masa exam. Ya Allah...moga tak menjadi istidraj. Walaupun study smart, mesti study hard juga!

3. CEOM (ComMed)
Hah! Saya melihat ia sebagai satu wasilah yang cukup baik untuk berdakwah kepada manusia dalam komuniti yang besar. Cukuplah tu.
p/s: cuma sekarang ni tengah ermmm...(I don't know how to say this) tengah tabah mungkin? lulz.

4. Makan dan berat
Jujurnya, saya tiada masalah dengan makanan. Pantang nampak makanan, itu saja masalah saya (heh). Tapi tapi tapi entah kenapa kebelakangan ni semacam ada permusuhan antara tekak, perut dan makanan. Rasa macam tiada persefahaman antara ketiga-tiganya. Barangkali perlu buat perjanjian damai. haha.
Yang dirisaukan cumanya berat makin turun. Dan hari ini, berat telah turun ke angka yang dilarang oleh pakcik saya (seorang doktor). Maka gelabahlah saya mencari makanan dan makan dengan semangatnya. Tapi...itulah. Kalau dia nak naik pun, dia naik 200 gram je. Tak paham gua. Stress barangkali? Saya bukan Perdana Menteri pun!

Lah....ada kerja pula. Lain kali la sambung.

Menulis

Sudah makin jarang menulis blog.

Fokus pada menulis manusia.

p/s: kerana ajal kita tak tahu bila =)

Kisah posting 1

Saturday, 8 September 2012

"We wish to inform you that with reference to your application for elective posting at the ****** Hospital, the management has agreed for the following postings:
Discipline: Pediatric 
Duration: 30/07/2012 - 17/08/2012

Students attending elective posting in ***** Hospital must abide by the conditions attached herewith"

Begitulah sedikit sebanyak kandungan surat rasmi yang muncul di peti surat rumah.

Asalnya mohon (sangat2) untuk department O&G (Obstetric and Gynecology) atau dalam bahasa kampungnya Sakit Puan. Entah kenapa dari dulu obses sangat dengan bahagian tu. Tapi tapi tapi....perancangan Allah semuanya yang terbaik untuk kita kan? Walaupun kita tak suka apa yang kita dapat, tapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita. Lu apa tau? Allah lagi tahu semua benda =).

Permohonan untuk buat elective posting ni bukan lah saya yang usahakan. Semuanya thanks to Allah yang memunculkan seorang senior yang baik hati yang offer kepada kami untuk apply sama-sama. Maka, kami pun apply lah. Padahal semua benda dia buat sorang. Arigato senpai!

Inilah kali pertama saya buat elective posting a.k.a attachment kat hospital. Macam biasa la kan, the feel of doing something serious for the first time is always overwhelming. Nak dijadikan cerita, saya dapat department yang saya tak nak. Haha. Bukannya tak suka kanak-kanak, tapi minat tu lebih kepada sakit puan dan tak sampai hati la tengok kanak-kanak sakit T____T. Waaaa.... (dah2. jangan nangis)

Nak dijadikan cerita lagi, senior yang tolong apply tu pun dapat department kanak-kanak. So, dalam hati rasa bersyukur sebab nanti ada orang yang kita boleh depend. tehehe. Tapiii...tak jugak. Sebab senior tu lelaki dan bukannya kenal sangat sebab tak sama universiti. So, it didn't make any different at all -_____-.

I don't know why, but my mind wasn't really into that posting thing. Entah meraban ke mana fikiran ni, sampai lupa yang esok adalah hari pertama posting. Lalu apabila melihat semula surat, terus rasa "Omo! Ottoke???" sebab lab coat dah la tak bawak (tinggal kat Mesir) dan tak pernah lagi tanya siapa-siapa, nak kena prepare ape untuk posting. Tak senonoh betul perangai -_____-.

Nasib baik la... (alhamdulillah) ada sorang kawan bagitahu, cuma bawa lab coat dan sekeping gambar bersaiz passport untuk nametag nanti. Memandangkan stethoscope pun saya belum mampu nak beli, so tak payah la bawak kan.

Maka pergilah saya ke hospital tersebut pada hari pertama, untuk mendaftar sebagai elective posting student dengan memakai lab coat yang pinjam dari kawan. Haihhh semua benda pun takde. Parah2.

Masa terkial-kial menuju ke pejabat pendaftaran yang entah kat mana, terserempak dengan senior yang sama department dengan saya tu. Dalam hati mengharapkan dia kata "Jom, pegi daftar,". Tapi langit tidak selalunya cerah (LOL). Beliau nampak saya, lalu terus berkata "Haaa...pegi la daftar dulu ek. Pastu pegi la wad kanak2. Tahu kan kat mana? Saya nak tunggu kawan kejap,". -______- fine. I should not depend on people.

Selesai mendaftar, saya pun menuju ke Klinik Pediatrics di tingkat satu. Kata akak kat kaunter tadi, kena pegi klinik dulu, jumpa Head of Department, lapor diri dan blablabla. Fuh....cuak beb! Dah la tak familiar dengan hospital tu, meskipun lahir di situ dulu -____-. Tiba-tiba kena jumpa Head of Department terus. Peh! Peh! Peh! Macam mana la agaknya doktor-doktor kat situ pandang kita.

Sampai di hadapan Klinik Pediatrics, nampak seorang pelajar perempuan berbangsa India bersama ibunya. Haaa ni mesti datang nak buat posting jugak ni. Yes!! Ada kawan. Hehe. Maka saya pun tiba-tiba jadi peramah dan memperkenalkan diri dan bertanya itu ini. Mereka pun peramah rupanya dan kami pun berbual seketika. Beberapa minit kemudian, ibunya pulang memandangkan anaknya dah ada kawan.

Farul, pelajar perubatan di USM. Itulah kawan saya selama 3 minggu di Jabatan Pediatrics. Farul ni memang perghhhhh!!! Tak pernah lagi seumur hidup saya jumpa student yang excellent macam dia ni. Atau mungkin saya yang tak ramai kawan berbangsa lain. heh. Farul berbangsa India, tapi masa sekolah rendah dia sekolah  Cina, so...yeah, dia menguasai 3 bahasa dengan excellent. Jeles gilaaaa. Jadi advantage besar kat dia, sebab bila jumpa patient Cina, dia boleh communicate dengan diorang, tanpa patient rasa susah nak explain itu ini. Best kan? =)

Actually, sepanjang 3 minggu juga saya banyak depend kat dia. Sebab dia ni sangat outstanding dan outspoken dan out-apelagi.... Dan....yang paling penting, dia ingat hampir semua benda yang dia dah belajar! Saya lagi banyak tanya dia daripada tanya HO sebenarnya, memandangkan HO busy dan kita pun takut nak distract banyak kali. Kadang-kadang, Farul diagnose penyakit lagi cepat dan tepat daripada HO. Dan banyak kali juga soalan yang specialist tanya kat HO, Farul dapat jawab dengan baik. Can you imagine how I admire her cleverness?? Kagum...kagum....

Oh wait....ni banyak sangat cerita pasal Farul. Cerita pasal postingnya mana? zzzzz -___-

Selepas beberapa minit tercegat di hadapan pintu masuk Klinik Pediatrics, Farul ajak saya masuk. The reason why we had to wait earlier was because doktor-doktor, setiap pagi akan ada meeting beramai-ramai kat klinik tu, membincangkan kes-kes istimewa, kes rumit, kes tak pernah jumpa dan hal-hal berbangkit. Maka, kami kena la tunggu mereka habis meeting dulu, baru masuk perkenalkan diri kepada HOD (Head of Department). And for the whole elective posting duration, kami join meeting setiap pagi itu (kecuali kalau kami ponteng >__< ).

"Jom, jumpa Dr Tan," bisik Farul kat saya. Oh My God.... saya tak tahu pun siapa nama HOD. Teruk...teruk... T____T.

Kami pun bertemu seorang doktor lelaki berbangsa Cina yang umurnya kelihatan dalam 50-60, ubannya sudah memutih di kepala. Seperti sudah diagak, Farul terus greet Dr Tan dan memperkenalkan kami dan tujuan kami berada di situ. Perghh...bagus la budak ni.

Dr Tan menyuruh kami pergi ke wad kanak-kanak di tingkat 8, dengan Dr Cheah menjadi supervisor kami. Dr Cheah, seorang wanita berbangsa Cina, umur dalam 40-50, seorang specialist.

And at the ward, we met another elective posting girl, named Angeline, a Chinese girl studying in Ukraine.

Sambung di post lain ^____^. Daaa~
Related Posts with Thumbnails