Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Zaim Yusuff

Friday, 13 July 2012

Alhamdulillah, tanggal....(berapa hari bulan tak ingat), maksu Tati selamat melahirkan bayi lelaki.

"Handsome! Maktam kata..." begitulah cara ibu mendescribe nephew nya yang belum ditemui ketika itu.

Saya pun mulalah membayangkan gambaran wajah handsome bayi tersebut. Hidung mancung, kulit mulus, kemerah-merahan. Hah! Mesti rupa macam abang-abang dia yang kacak, Ayim (Faheem) & Aqeel.

"Siapa nama baby bu?" tak sabar nak tahu. Padahal orang tu baru lahir masa tu.

Excited sebab masa pregnant, maksu minta saya bagi cadangan nama untuk baby tu.

Teringat masa maklang lahirkan Tariq, saya bagi nama Tariq sebab masa tu tengah taksub seronok mendalami kisah Tariq bin Ziyad.

Kali ini, masa maksu minta cadangan nama, tiada nama spesifik dalam kepala, sebab tengah 'seronok' menghafal nama-nama ubat. Takkan nak bagi nama Metronidazole pula. *geleng kepala*

Maka saya pun memberikan senarai nama yang terlintas di fikiran, dan terhasil dari perbincangan dengan teman.

Alhamdulillah, bayi handsome berhidung mancung itu dinamakan Zaim Yusuff. Panggil Zaim =)



*Ahmad Faheem with his new brother!



*Olololo...budak hidung mancung niii...jeles kak ngah Sarah dia :D

Allah je tahu betapa hati ni tak sabar nak balik. 

Can't wait to see my parents, to see everyone, to hold this baby =)

(Terasa macam nak anak sendiri la pulak. eceh. exam habiskan dulu der!)



p/s: one last battle. tomorrow. do pray for us please. thank you!


Oh my YongHwa

Monday, 16 January 2012

Ceh...tajuk macam gempak je. Ni ape Korea2 ni Sarah? Astaghfirullah....

Bukan nak buang masa cerita pasal Korea pun. Gua rasa semenjak gua balik sini, gua tak pernah lagi tengok sebarang cerita Korea. Haaa....alhamdulillah. Semoga istiqamah dan tinggalkan terus. 

Semalam, beberapa jam sebelum exam midyear Parasitology, ibu call. Borak macam-macam. Ibu tanya khabar, tanya dah ready ke belum, wish all the best, dan.....

Tetibe ibu kata "angah, you need to lose weight. Nanti masa tunang orang pelik pulak tengok tunang kamu cute, kamu besar."

Aku macam "....................... ish...ibu ni, angah nak exam la kejap lagi,"  -_____-".

Ibu gelak je. Haha. 



(sekadar gambar hiasan)


Adeh. Jadi isu jugak rupanya benda ni. Aku ingatkan takde hal lah sangat pun kalau dia cute, aku biasa-biasa je. Jap. Dia cute ke? Arghhh...ibu & ayah yang cakap macam tu! Dia pun mengaku dia cute -_____-". Layan je la semua orang. Bagi aku, cute tu subjektif (ayat nak sedapkan hati sendiri bila takde siapa kata aku cute. haha). 

Maka aku pun berkata "Ye, tengah nak kuruskan badan la ni bu," dengan nada bosan. Aku punya BMI normal ape! 

Ibu sambung "Haaa...ok. Angah ada masa beberapa bulan lagi to lose weight, and to do very well in your study. Ok?"

"Ok bu,"

God....



Fine. Let me lose some kilos for the sake of my own life. Haha. 

Dear everyone, please give me your best cooperation. Don't offer me unhealthy food. Please, please and please. Sincerely, Sarah.

*bila aku kata kat kawan-kawan aku kena lose weight, diorang cakap "Ko mana ade gemuk. Lagipun sekarang kan winter!". Haaa...tau takpe. Aku rasa aku memang power la kalau boleh lose weight time winter ni. Peh...*

I can. And I will ^____^.


p/s: apesal tajuk YongHwa? entah...ade orang tu rase dia macam YongHwa. zzzzz~

Dua ribu 11

Thursday, 29 December 2011

Tahun ni paling banyak benda besar berlaku. Tahun ni paling banyak memori manis masam masin yang terpahat dalam ingatan. Tahun ni juga tahun yang paling sedikit entri aku buat -____-".

Januari 2011
-Egyptian Revolution tercetus. Setiap saat menjalani kehidupan ketika itu dirasakan seperti berada dalam action movie. Kejap-kejap rasa tak sabar nak dengar bunyi bom. Kejap-kejap rasa cuak pulak jangan lah ada perang-perang ke ape. Paling gelabah bila ATM semua tak berfungsi, duit tak ada dalam tangan pulak tu. Tawakkal memang tinggi habes! Alhamdulillah...masih boleh hidup. Bila semua orang disuruh pindah, kami di imarah Malaya la yang paling liat sekali. Rumah selesa, buat ape nak pindah ye tak? Bila dengar khabar angin bahawa semua akan diangkut pulang ke Malaysia, kelam kabut pack barang pindah segera! >__<

Februari 2011
-Dapat balik Malaysia secara percuma. Heaven! (doa-doa dapat lagi balik free. tapi bukan sebab kekacauan la)
-Arwah datuk saudara meninggal dunia setelah menghidap kanser hati (liver cancer).

Mac 2011
-Majlis makan-makan Menteri Besar dengan pelajar2 Mesir Negeri Sembilan. Kena duduk semeja dengan VVIP! Peh! Takkan ku biarkan ia berulang! http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/03/meja-no-1.html
-Abang sepupu ku yang sulung berkahwin. Alhamdulillah, Allah beri peluang aku hadir pada majlis mereka. Syukur :)
-Birthday ibu. Aku bagi ape ek? Tiap-tiap tahun bagu hadiah bosan -___-. Tapi semakin hari semakin sayang! ^___^
-Pulang semula ke Mesir. Dengan harapan dan semangat baru. Mesir revolusi, kita pun mesti revolusi!
-Balik Mesir naik Emirates kot! Tak payah bayar ape2 pulak tu. Thank You Allah :)
-Aku membuat keputusan untuk memberi Betty ke rumah anak angkat (pet shop). sobs.... (ahhh...lupekan!)

April 2011
-Tak tau la aku mimpi apa sampai boleh masuk pertandingan Public Speaking sempena Medicophilic Month. Aku kena hack ke time tu sampai boleh participate? Entah....haha.  Yang ni pun aku takkan biarkan berulang lagi  >__<  http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/04/powerpuff.html
-Birthday ayah. Tak bagi apa-apa, cuma meninggalkan sekeping kad birthday sebelum balik Mesir pada Mac yang lalu. Sayang ayah!

May 2011
-Mula lah musim exam final. Baru mula nak gelabah. Awal-awal semester dulu tak reti-reti nak study! (taubat....)
-Birthday aku. Dapat banyak kad. Paling best kad2 dari peminat comel yang dikirimkan dari Malaysia ^___^
http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/05/balas-surat-peminat-xd.html
Terharu, rasa diri dihargai (ceh....)
-Hidup sunyi tanpa Betty. Lebih-lebih lagi time stress nak exam. Tapi ku gagahkan diri. Sayang anak tinggal-tinggalkan! Moga kau sentiasa dalam lindunganNya.

June 2011
-Pegawai Negeri Sembilan, ayah Zin dan ibu Habsah nak pulang ke Malaysia. Kami pelajar2 medik N9 meraikan mereka dengan makan-makan atas kapal di Sungai Nil. Ayah Zin & Ibu Habsah sangat best. Semoga mereka sentiasa diberkati Allah.
-Masih dalam fatrah exam final. Mood waktu tu? Alaa...cam tak biasa pulak exam final. haha. Faham-faham je lah.
-Exam oral Physiology. Saya sayang Dr Magda :)  http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/06/physiology-dan-senyum.html

July 2011
-Tahap kebengangan terhadap Arab Mesir lelaki yang gemar call tanpa henti mencapai tahap kentang. Konklusi: kalau nak block nombor orang, jangan lah guna Sony Ericsson.  http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/07/your-phone-is-so-not-cool-if.html
-Misi mem'bersih'kan diri dari segala kekotoran di seluruh dunia.
-Sehari sebelum pulang ke Malaysia, berlaku kekacauan di kawasan Abbasiah. Diorang gaduh betul2 kat bawah rumah aku. Dah la aku tak packing satu barang pun lagi. Nasib baik keadaan reda malam tu jugak.
-Esoknya aku melarikan diri ke Malaysia. Lari la sangat >___<. Sebelum pulang, sempat berpesan kepada sahabat2 terdekat. Jaga diri masing2, jangan sedih2 sementara aku takde (ceh...)

August 2011
-Alhamdulillah, syukur sangat234 dapat menikmati Ramadhan bersama keluarga tercinta.
-Berlaku sebuah kisah sadis di mana akumalasnakungkitnantisendirijadipanashaha. Konklusi: baru aku tahu, forgiving is easy, but forgetting is never easy.  http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/08/aku-golf-dan-ramadhan.html  (ini bukan kisah Golf sebenarnya. adik gua dah salah paham. sebab dia minat golf. haha)
-Malam tu kami family belah ayah ramai2 berbuka puasa di rumah Maksu. Beberapa saat sebelum solat tarawih, dapat mesej dari Sakinah di Mesir "Salam Sarah. Alhamdulillah. Alfu mabruk. Kita jumpa tahun 3 k". Alhamdulillah! Tersenyum lebar aku sorang2, sambil bisik kat ibu.
-Beberapa hari sebelum raya, aku telah mencederakan Mr P (Peugeot 407) yang sangat disayangi semua. sobs. Osah la Sarah....dah lama tak drive. Dahsyat, sampai koyak tayar kereta! Bukan pancit ok. KOYAK. Nasib baik tak kena marah dengan ayah -____-".
-Bersempena dengan kepulanganku ke Malaysia (perasannn), maka banyaklah jemputan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan. Sekolah rendah, sekolah menengah, sahabat-sahabat seusrah dan lain-lain. Sampai ibu kata "Yela...orang busy. Asyik buka kat tempat lain je. Kesian ibu buka dengan ayah je,". sobs. Sedih la pulak. Tapi nanti kalau aku dah kahwin, macam tu la keadaannya kan? Buka rumah mertua, buka rumah kakak ipar. heh.
-Dapat jumpa balik dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah. Semoga Allah pelihara ukhwah kita sampai ke syurga. http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/08/jejak-kasih.html
-Kak Saadah, naqibah ku masa di Malaysia selamat melahirkan seorang puteri. Alhamdulillah, lahir lagi seorang pejuang agama Allah. Semoga mereka sentiasa dalam rahmat Allah.
-Raya! Bila raya kat Malaysia, handphone tak henti2 masuk mesej. Macam2 mesej raya ada.
-Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dapat berhari raya di Malaysia. Allah beri rezeki aku untuk beraya buat kali terakhir dengan arwah nenek belah ibu. Raya di hospital. Thank You Allah for the chance. Al-Fatihah untuk arwah nenek.
-Raya 2011, mujur konvoi tahunan masih dijalankan. Rasa beruntung ^___^
http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/09/raya-2011-punya-cerita.html

September 2011
-Sahabat kesayanganku, 'Afifah Azam selamat mendirikan rumah tangga. Ya Allah, syukur sangat2 dapat hadir ke majlis pernikahan beliau. Macam-macam perasaan ada time sahabat sendiri akad nikah. Semoga Allah berkati mereka sekeluarga sehingga ke syurga. Amiiiin :).
-Dapat bertemu muka dengan sahabat sekolah rendah yang sangat dah lama tak jumpa. Munirah Zahari, pulang dari Australia. Datang beraya ke rumahku. Allah...Allah...syukur atas peluang ini :). Only God knows how much I miss her.
-5 September 2011, 12:02 waktu Malaysia. It's a promise :).
-Entah apa mimpi aku, tiba-tiba decided nak balik Mesir awal. Antara alasan paling tak boleh blah: tak tau nak buat apa kat Malaysia. Maka terbanglah aku pulang ke Mesir, setelah mengawalkan tiket. Awal sebulan bhai! hehe.
-11 September 2011, genap 10 tahun sejak peristiwa NYTC dilanggar garuda, aku pun menaiki pesawat pulang ke Mesir. Pulang dengan bertukar status ----> 3rd year medical student :).
-Bersama-sama ber AHLAN dengan junior-junior gen 11.
-25 September 2011. Alhamdulillah, thank You Allah for making things went smoothly. Mula mengatur hidup secara serius dan matang.
-Adik kesayangan, Aiman Naeim Mustaza masuk wad sebab denggi. Gelabah tak boleh blah aku dengar berita tersebut. Aiman jarang2 sakit. Huu. Alhamdulillah, Allah beri kesembuhan. I love you, bro.

Oktober 2011
-Arwah nenek belah ibu meninggal dunia. Ibu kata tenang wajah nenek. Semoga Allah cucurkan rahmat ke atas roh nenek. Mula2 dapat berita aku diam saja. Dia punya after effect menyebabkan aku mengurungkan diri seharian di rumah. Huhu.  http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/10/blog-post.html
-9 Oktober 2011, lecture pertama sebagai pelajar tahun 3 ^___^. Allah...Allah...indahnya perasaan masa tu.http://sarahmustaza.blogspot.com/2011/10/date-to-remember.html
-October is a month full of thoughts, discussions and decisions. ((Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah...))
-IT 2011 :)

November 2011
-Pertama kali dalam hidup merasai apa itu 'on-call'. Tengah syok2 tidur lepas subuh (astaghfirullah...) tiba-tiba ada kawan call kata ada junior accident, minta aku pegi tolong tengok sebab lokasi dekat dengan rumahku. Haaa...time tu memang gelabah habes! Dengan mata berpinar baru bangun tidur, main sarung je baju yang jumpa, sarung kasut sukan (lol...), terus berlari ke lokasi kejadian. Sampai2 je tengok orang ramai berkerumun. Perghhh...perasaan time tu, Allah je yang tahu. Dalam hati kata 'nanti hari-hari on-call macam ni jugak ke perasaannya? kena panggil time tengah rehat, untuk uruskan hal kecemasan. fuh....'. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua pada masa akan datang.
-Demonstrasi besar-besaran di beberapa buah bandar besar di Mesir. Sempena pilihanraya!
-Musim sejuk main cak-cak dengan kami semua.
-Musim batuk bermula. Sebulan! Tak suka. Tapi bersyukur Allah bagi sakit. Alhamdulillah.

Disember 2011
-Birthday Aiman. Macam biasa, tak bagi apa-apa sebab ada kat Mesir (boleh terima ke alasan tu?). Mula-mula bajet nak buat entri satu sempena birthday dia, last2 tak buat sebab kekeringan idea. Masa balik bulan 2 dulu, ada belikan kad birthday untuk dia. Sebelum balik Mesir, dah siap tulis, letak sampul bagai. Pada hari kejadian, iaitu 9 Disember, aku lupa nak bagitau dia aku ada tinggalkan kad. Sengal ssssangat! Ape2 pun, I always love you, my brother.
-8 December 2011; I'm lucky because God blessed me with things I don't deserve. Alhamdulillah.
-15 December 2011; another day to remember ^___^.
-Got a lot of things. and the shiny circular thing *wink.
-Yang Dipertuan Besar N9 datang Mesir! Jangan main2... Dapatlah makan free kat hotel seribu bintang, Four Seasons. Walaupun tak dapat duit seperti yang dikhabaranginkan, at least dapat la jugak coklat DAIM pengubat duka. haha.
-Bila jadi student tahun 3, automatically, semua benda jadi lebih (over). Over-react, oversensitive, over...over...semua benda lah. Haha. Kesian. Kelakar. Kena terlebih study! Dan terlebih cemerlang! Amiiiin.
-Sekarang masih lagi bulan 12. Esok hari mengundi. Yeayy! Semoga yang terbaik menang.
-Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru. Tahun baru mengalu-alukan kami dengan exam yang berderrrret. Awesome.
-Selama hidup di Mesir, tak pernah pun rasa suasana tahun baru. Haha.
-Parti-parti Islam menang di kebanyakan negara di dunia. Semoga kemenangan ini tersebar di seluruh alam.
-Up! Up! Up Islam! Down! Down! Down kuffar! (dulu2 kat sekolah selalu semangat sorak ni ^___^ )


Sekadar catatan ringkas riwayat hidupku selama setahun. Usia amal bertambah tak? Iman macam mana? Kefahaman takat mana? Masih naik turun? Ikhlas dah tahap mana dah? Dah buat anjakan paradigma? Istiqamah tak dengan kebaikan? Atau masih di takuk lama?

Ya Allah, aku mohon Kau bimbinglah kami semua agar kami sentiasa berada pada jalan kebenaran, jalan yang Engkau redhai, jalan yang memuliakan agamaMu. Tetapkanlah hati-hati kami pada agama ini. Matikan kami dalam keredhaanMu. Amiiiin~



Jalan dakwah yang kau pilih itu bukan mudah,
Jalan dakwah yang kau pilih itu penuh dengan mehnah.
Maka mohonlah kekuatan,
Mohonlah agar hati itu ditetapkan,
Hanya pada jalan kebenaran. 


Irreplaceable

Thursday, 15 December 2011





Mom, thanks sooo much for today. I'm so grateful and thankful that I was speechless when you called me to tell everything. Thank you, mom. I can't thank God more for having you as my mom. 

Mom, thanks for giving birth of me to this world. And for raising me. And for taking care of me in every aspect. And for waking up in the middle of the night to put me to sleep. And for sacrificing everything you can for me.

Mom, thanks for being the greatest teacher to me. And for giving me endless advises and wise words. And for always having faith in me. 

Mom, thanks for always listening to my silly stories. And for accepting my friends. And for being the one I can talk to, share my secrets with and cry my heart out to. 

Mom, although I will get married someday, and be someone's wife, I just want you to know that my love for you is irreplaceable. I will always be your little girl and you will always be the greatest gift God had ever gave me. I love you mom. Infinity of love. 

(gosh...tears rolled down my cheeks)



O Allah, please bless and protect my mom and dad forever.

Counting the days...

Sunday, 11 December 2011

Mom is nervous.
And so am I.
I think everybody is.
All the best, everyone.
Especially - you.



O Allah, please ease and bless everything.
Amiiiin~


p/s: wish I could fly over there.

.........

Sunday, 2 October 2011

"Assalamualaikum Sarah.....". Hati berdebar. Jarang ibu panggil aku dengan nama Sarah. Biasanya 'angah', tak pun 'Siti' (kalau nak start kena bebel. hehe).

"Wa'alaikum salam. Ye bu?"

"Nenek, dah pergi tadi................"

Aku diam, diam dan terus diam. Ibu cakap ape ek tadi? Rasa kelabu seketika.

Mungkin kerana suara ibu tenang, maka aku pun turut merasai ketenangan itu.

Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun....

Aku termenung beberapa ketika.

Nenek....

Kali terakhir aku jumpa nenek beberapa hari sebelum nenek koma. Nenek minta aku buatkan air milo. Sepatutnya nurse yang kena buat. Tapi nurse semua busy. Disebabkan nenek nak sangat, jadi aku buatkan.

Nenek kata "Nenek ni suka menyusahkan orang kan?" dengan nada berjenaka. Aku sengih. Dalam hati rasa lain. Mungkin sebab itu kata-kata terakhir yang aku dengar dari nenek.

Sepanjang nenek koma, alhamdulillah dapat melawat nenek banyak kali. Dapat tatap wajah nenek, dapat bacakan ayat-ayat cinta dari Allah.

Aku tak menangis. Sebab ayah ajar, jangan menangis. Mesti kuat. Mesti sedekahkan doa. Sebab orang koma kadang-kadang masih boleh mendengar.

Masa lawat nenek, teringat dulu nenek selalu cerita....

"Dulu, masa kecik-kecik kamu suka tengok nenek menjahit. Tapi bila nenek nak ajar jahit, kamu tak nak. Siapa la yang nak mewarisi ni...."

"Kamu tau tak, dulu masa kecik kamu penah menyorok dalam almari. Semua orang cari kamu tak jumpa-jumpa.... Nasib baik tak lemas dalam almari tu"

"Ngah, tolong pakaikan nenek baju ni. Dulu nenek la yang selalu pakaikan kamu pampers...."

"Ngah, tolong sikatkan rambut nenek. Dulu masa kamu kecik nenek selalu sikatkan rambut kamu...."

Masa kecil, aku diasuh oleh nenek belah ibu. Banyak pengalaman dengan nenek. Nenek mengasuh aku dengan penuh kasih sayang, penuh perhatian. Terima kasih, untuk segalanya.

Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh nenek, Jemiah binti Long.




I love you dude!

Sunday, 25 September 2011

Ibu kata Aman warded.

Ibu kata Aman warded.

Ibu kata Aman warded.

Seriously feeling worried. Among us four, he's the one who's unlikely to fall sick. Among us four, he's the only one who has never been in the operating theater.

But today mom told me he's warded due to dengue fever. His platelets are getting lower and lower. Plus he's sitting for final exams now. Poor guy.



'May Allah ease everything for you. Please eat well and stay healthy. Stay strong for this is your chance to elevate your faith towards Him. Angah loves you and always be a proud sister of you,"

p/s: doakan Aiman! :)

Sedang sedang

Wednesday, 14 September 2011

Sedang belajar menerima.

Sedang menguatkan diri untuk terus menguatkan yang lain.

Sedang belajar untuk berkongsi.

Masih mengislah diri.

Sedang sentiasa berdoa agar dipermudahkan semuanya.

Sedang sentiasa berharap agar semuanya diberkatiNya.

Sedang cuba menguruskan badan.  (?) haha :P

Sedang membusybodykan diri.

Sedang tidak banyak masa untuk update blog.

Sedang buat kerja sambil conteng-conteng di blog sebab kesian blog berhabuk.

Sedang bermuhasabah 'dah lama tak tulis entri muhasabah'.

Sedang terkenangkan Fatyn Nabilla dan Zarith Sofea yang sanggup hanta pegi KLIA hari tu :).



Sedang terindu kat Zuyyin Arissa yang pelat & banyak cakap, serta Ziyaad yang dramaking XD.



Sedang terlebih-lebih rindu kat baby comel Zayyan & Zara Sofea <3.



Sedang teringat kat rumah.



p/s: Hari ni start AHLAN 11 Cairo. Doakan!

Raya 2011 punya cerita

Thursday, 1 September 2011

It's the second time I did this 'perangai sengal' thing. Sengal kan kalau bawak balik camera, tapi USB ditinggalkan kat Mesir? Nak dijadikan cerita, USB camera model yang sama dengan kepunyaan aku tu tak ada di jual di mana-mana kedai camera, hatta kedai camera Sony sendiri. Kena pergi Sony centre, harga mahal, tak banyak stok blablabla....urghhh. So technically, my camera isn't used for the entire one and a half month time. Kesimpulannya, post kali ini kekurangan gambar, dan secara keseluruhannya, post pun tak banyak sepanjang cuti walaupun aktiviti-aktiviti sangat menarik seperti eksiden langgar roundabout XD.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, tahun ni dapat beRamadhan dan berSyawal bersama-sama keluarga. Dah menjadi tradisi sejak turun-temurun, 1 Syawal bermula dengan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Panchor ---> Bermaaf-maafan bersama ibu, ayah dan Aiman + dapat duit raya :P ---> ziarah rumah nenek belah ibu (tapi tahun ni tak, sebab nenek di hospital. so, ziarah hospital beramai-ramai) ---> balik rumah nenek belah ayah. And from there, we began our 2 or 3 days convoy to each and every relative's house.

Secara jujurnya, konvoi lah yang paling aku nanti-nantikan, sebab tahun lepas I missed it. sobs. Sebab melalui konvoi, dapat mengeratkan silaturrahim, berkenalan dengan saudara mara yang jarang jumpa atau tak pernah jumpa langsung, mengetahui update masing-masing (walaupun hakikatnya, majoriti dah tahu update setiap orang melalui facebook -____-" ).

At almost 12 o'clock, we went to our moyang's house at Kampung Linsum. Oh yes, moyang belah ayah masih ada dan ceria dan aktif. Hee. We call her 'Nek Nyang'. Nek Nyang dah tak berapa ingat sangat, so memang suka lah cucu cicitnya mengenakan beliau XD. Sebagai contoh, Nek Nyang tiba-tiba panggil ibu 'kawan den', ayah jadi anak beliau, nenek saudaraku jadi cucu beliau. Haha...berterabur salasilah keturunan jadinya. Alhamdulillah, beliau masih sihat dan dikurniakan anak cucu cicit yang ramai dan penyayang.


-Aku pun tak pasti siapa punya keje pakaikan Nek Nyang spek hitam -___-". Beliau sentiasa redha dengan kerenah anak cucu cicit yang ramai. hehe-



-Ini suku daripada jumlah ahli keluarga belah ayah. Masa ni kat rumah Tok Njang. Ada yang belum tiba, ada yang dah bergerak ke destinasi seterusnya. Tok Njang is the only man sitting on the chair, holding his grandson, Umar. At his right is Nek Nyang, then my grandmother, then my mak long, mak uda, and ayah's cousin, mak ngah Azlin. At Tok Njang's left is Wan Aro (nenek's sister), then Nek Njang, then my mak njang. Nak kena mention semua ke? Sampai esok pun tak habis. haha. Oh ye. Semua kanak-kanak yang duduk atas lantai tu ialah cicit Nek Nyang :). While at the back is a mix of cucu dan cicit Nek Nyang. So far, abang Ikhwan (my cousin, anak mak long) is the only cicit yang dah kahwin. And then came the question "Nanti, bila abang Ikhwan dah ada anak, anak dia jadi pangkat apa?". Ok. Soalan sangat cool dan memerlukan beberapa minit untuk dijawab. haha-




-This is another quarter of the family. Masa ni kat rumah Tok Lang. Belah kanan Nek Nyang adalah Tok Lang, then Wan Chik, Mak Long and Pak Long. Belah kiri Nek Nyang is Nek Lang, Tok Wan, Wan Induk Mizan (nenek's sister & Tok Wan's wife), and ayah's cousin, Makcik Intan. Standing on the chairs are all my uncles (sepupu2 ayah). The rest are all anak, cucu, cicit Nek Nyang. My nenek is the eldest daughter, so logically, nenek dan datuk saudara saya ramai yang masih muda, and of course, my aunts & uncles (sepupu2 ayah) ramai yang muda dan ada yang lebih muda daripada aku -___-". Haha. Ini kisah benar. Semalam baru jumpa dengan 'pakcik' aku yang baru lahir, namanya Adib. Ok, that's cool. If my cousin has a child, then Adib will be 'atuk' in such a young age! perghhh~



-Ini semua adik-adik nenek. Memandangkan adik-beradik nenek ada belas-belas orang (I forgot the exact number), so the age difference is quite a 'wow'. The one in black tudung is Tok Lang's wife. Beside her is Wan Induk Mizan. Kalau tak silap, beliau sebaya dengan ayah saya. heh. Next is Wan Aro. And the last one is Wan Induk Noi. She's younger than my father. And yes, she's my father's aunt. hee-



-This is my dua pupu. Qairina!-



-Nek Nyang and her children. Tok Chik, Wan Aro and Busu Leha. Ini semua adik-adik nenek. Masa tengah salam-salam nak balik, Tok Chik cakap kat aku "Kirim salam kek tunang kau yo," dengan nada serius. Muka aku memang blur habis lah masa tu. Melihat aku yang tercengang tak kelip mata, Tok Chik ketawa terbahak-bahak. Hahaha. Ok. Wakenabeb! Ayah kata Tok Chik memang suka kena kan orang :P -



-Gadis2 nogoghi. The tallest one is Tasya, same age as me. Tasya ni kalau ikut pangkat, she's my aunt. Sebab beliau sepupu ayah. Tapi memandangkan beliau sebaya dengan aku, maka kami panggil guna nama sahaja :). Beliau mahir bab2 bakery ni dan sangat kreatif dan, obviously sangat kurus dan tinggi. On her right is Nana. On her left is Ika, then Dek In. Ika, Dek In and Nana are siblings. Mereka dua pupu aku. Walaupun ketiga-tiganya kelihatan sama tinggi, tapi perbezaan umur agak jauh. heh-



-These are my uncles. Yeah, pakcik2 muda. Haha. Umur tak jauh beza pun dengan aku. Maybe dalam 2-4 tahun lebih tua. Ni semua sepupu-sepupu ayah-



-Nenek2 saudara bergambar mesra dengan cucu comel, Qairina-




-Nek Nyang melayan kerenah anak-anak dan cucu. Bahagia~


Biasanya, konvoi 2 Syawal bermula pukul 9 pagi sampai 12 malam atau 1 pagi atau atau atau..... Tapi tahun ni macam-macam perubahan berlaku and most of us have to go our separate ways after visiting Tok Lang's house. Konvoi bersambung di malam hari di kawasan sekitar Seremban dan Senawang. Dan seterusnya bersambung pada 3 Syawal. 

Apa yang best konvoi nih?? Best sebab every year dapat tengok pertambahan ahli keluarga. Ada yang baru kahwin, ada yang bertambah anak. Dan since family belah ayah semuanya saaaangat happening, jadi bila semua berkumpul, maka..... yeah, you can guess what happen. Dan majoriti suka kucing, maka kucing juga menjadi topik perbincangan yang serius. That's why I love it! Heh  ^___^V. Dan of course, konvoi best sebab dapat duit raya :P. Bak kata Tok Lang "Dio blaja laie, buleh dapek duit ghayo,". Kalau camtu, nak sambung belajar sampai PhD lah XD.



-This one is my twin XD ok. takde kaitan. gambar sesat. virus kot :P -


Alhamdulillah, syukur sangat2 tradisi konvoi masih diteruskan. Bermakna jugalah kepulanganku ke tanah air pada tahun ini. Ceh. Bajet gila. Harap-harap dapat diteruskan sampai ke anak cucu cicit aku nanti. Ameeen~

p/s: lepas cicit kita panggil apa? atas daripada moyang kita panggil apa? haaa....selamat menjawab! :D

Balas surat peminat xD

Tuesday, 31 May 2011

Tahun ni dapat 5 keping envelope. Untuk birthday, bukan untuk Hari Guru. Tahun ni extra terharu. Bukan sebab aku lahir bulan 5 dan dapat 5 keping envelope, tapi sebab dapat surat-surat dan kad birthday dari peminat-peminat kecil. Haha. Peminat la sangat. Sepupu, sebenarnya.

Awal-awal lagi ibu dah warning "Jangan tergolek baca surat diorang tu ye," kata ibu dengan nada serius. Gulp.



-The 5 envelopes. Satu dari ibu & ayah. Satu dari Aiman. Satu dari sepupu2 kecil comel. Satu dari ahli beit. Satu dari sahabat seperjuangan-




-The brown envelope happened to be from my little cousins. Tengok la betapa banyaknya yang mengirim surat. Haha. Terasa macam dapat surat dari peminat-



-Ini dari Ahmad Faheem, a.k.a Aim/Ayim (age: 10). The green one is the reply letter I wrote for him. He wrote:

"Angah sara rindu ah kat angah. Balik ah cepat sikit dah la 4 tahun lama kut. bawa ah hadiah ke kat Mesir tu. Kat Mesir mesti best kan. Angah sara sihat tak kat sane? Kita kan dah buat facebook baru au tapi gambar same je. Angah sara beli la kucing baru macam beti tak pun beli la haiwan lain cam arnab ke. Nanti kan bile angah sara dah balik an kita gi KL lagi nak best a gi KL."

Haha. I laughed in tears as I typed this.


(The handsome, adorable Aim)



-This one, from Sofea (age: 8). The pink one is my reply letter. She wrote 3 letters, all having the same content. Hahaha. Adeh laaa. Semangat sangat nak hantar kad birthday sampai tulis 3. Tapi benda yang sama -__-". But her sentences are quite interesting, though. 

"Angah Sarah kita rindu kat angah Sarah bila angah Sarah nak palik (she meant: balik). Angah jum lah bawa kita pergi KL Lagi. Angah Sarah lamanya angah Sarah nak balik kalau angah Sarah tak ingat kita takpa. Kita fehem (she meant: Faheem, her brother) dan Aqil Boleh jaga diri. Kesihan akak Beti dah mati takpa nanti kita belilah kucing untuk angah Sarah. angah Sarah nak kucing macam mana. comel, gemok, nak warna apa. hitam, tompok, putih. kalau nak semua bulih."

Adeh. Tiap kali baca boleh pecah perut gelak >__<.


(Sofea. Miss this girl so much)



-The one from Wafa Adlina (age: 10). I was so glad that she wrote me a letter ^__^.

"Assalamualaikum kakngah sarah apa khabar. macamana cuaca di sana ok ke tidak di sini hujan lebat dan ribut kuat. kakngah sarah saya lupa nak cakap semasa kakngah pertama kali kakngah pergi mesir pada malam itu kami buka komputer kami lihat gambar kak ngah ******** ********** ********* ******** (dia liquid ayat tu, tapi agaknya lupa nak tulis semula. adeh -__-"). masa tu, pagi atau lampu. (sumpah tak paham ape yang cuba disampaikan -__-"). kakngah kami sekeluarga di sini sangat merindu kakngah. kakngah kita nak buat corak pula. (hahahaha. serius comel! nak buat corak pun nak tulis)


Ini antara surat paling comel. Siap ada ruang untuk aku tanda tangan >__<.


(Wafa, the most kind one)



-From Farisya, Wafa's elder sister (age: 12). She used very proper words and sentences. Except that....err...haha. Tak apa. Sila baca:

"Kepada: angah sarah
ASSALAMUALAIKUM
apa khabar angah sara angah sihat tak! (she meant to write '?') dekat sana cuaca macam mana dekat sini cuaca tidak berapa elok angah doalah kan exam kita nanti bulan 9 UPSR. Kita doakan angah dapat 5A. (errr...I think she meant to say 'angah doakan kita dapat 5A'). Kita nak cakap sikit walaupun merepek! pelajaran angah ok tak! Kita harap angah sihat! angah suka makan apa ah, kalau kita dapat 5A UPSR angah boleh tak bawa kita ke tempat yang ada salji, kita teringin sangat nak pergi ke sana angah mesti nak tahukan LIVERPOOL dia lawan apa! LIVERPOOL dapat 3-0 dia lawan NEW CASTLE. Kita rindu sangat dekat angah. Kita harap angah boleh buat exam nanti. Nanti kalau angah pulang dekat sini hati-hati sebelum naik aeroplane baca doa kenderaan dahulu 
Bismillahirrahmannirahim: subahannallazi saharolana haaza waamakunalahu mukhrinina winailla rabbina namun khalibun. AMIN YA RABAA'ALAMIN. (huuu...she really spelled them all)
Kalau angah balas tolong jangan tulis tulisan ringkas, maaf kita takfaham! dan lagi satu Bila angah nak khawin kita tak sabar nak tengok cahaya mata. sorry lah kalau merepek, Nanti kalau dapat lelaki letak Nama dia (Muhamad Adam Mikail) He...he...he...! 
Kami sekeluarga rindukan angah. WE ALL LOVE FOR YOU.

Comel. Comel. Haha.




-From Amrina Rashada, Farisya's youngest sister (age: 6). I'm quite impressed she wrote a letter for me. Hehe. Huruf-huruf nya ada yang agak terbalik. Almaklumlah, kanak-kanak 6 tahun.

"kEPAdA kak ngAh sarah. APA kABA? AmrinA Tabika kEMAS. (hahahaha! ini paling comel. tetibe letak nama dan sekolah). Saya suka makan nasi. Angan suka makan APA? Kita rinDu AngAh...
kiTA DAh PENAT tulis. SAyAng AngAh. BAlAS yE. AmRinA."

Haha. Comel sungguh!


These are the letters I wrote for my 'cousins yang dah besar'. Saje mengada nak tulis surat jugak, haha. Tapi tak tahu macam mana nak pos surat kat Mesir ni. Tak pernah buat -___-".


They really made me cry of happiness (dan sebab memang kelakar gila ayat2 mereka). Ya Allah...rindunya kat budak-budak tu. Semoga mereka sentiasa dalam keredhaanMu. Amiiin~

Fight.Fight.Fight.

In life, there will always be the time when we have to fight for something. Usually people fight for what they believe in. And they fight for what's precious for them. Family, honour, dignity, faith, love, friendship and others. Each and every human being encounters the moments of hardship to win a fight. Even a little baby does its best to survive and grow up and face the world.

Bukan mudah untuk menghadapi sesuatu perjuangan. Kadang-kala kita tersasar, kadang-kala kita terjatuh. Dan ada masa, kita hampir putus asa. Kita rasa tak mampu dah nak hadapi kesusahan. Dah tak mampu nak bertahan. Tapi ingat. Dalam pada kita semakin lemah, ada orang yang sentiasa yakin dengan kita. Ada orang yang sentiasa sokong dan bantu kita. Sentiasa percaya dengan kita. Paling penting, sentiasa mendoakan kita.

~Maka berjuanglah dengan berani, wahai pejuang. Fight for what you believe in. Never give up, because people who love you never give up on you~





p/s: thank you mom, dad and Aiman for always believing in me. I'll do my very best!

Powerpuff!

Thursday, 14 April 2011


Fighting crime, trying to save the world.
Here they come just in time,
The powerpuff girls.....
POWERPUFF!

*Intro tak boleh blah*

Bagi aku, impromptu speech melambangkan pemikiran seorang speaker. Bukan speaker komputer atau speaker besar warna hitam kat dewan tu. Speaker yang dimaksudkan = public speaker.

Apabila diberi satu tajuk/soalan, kemudian diberi masa hanya 4 minit untuk rangka isi ucapan, kemudian perlu beri ucapan selama 6 minit tentang tajuk/soalan tersebut.....time ni lah paling syok sebagai penonton dan juri! Sebab dapat nilai pemikiran setiap speaker. Haha. Ada yang betul-betul matang, ada yang berpandangan jauh, ada yang banyak idea kreatif, tak kurang juga yang pemikiran masih keanak-anakan. Yang last tu aku la -___-".

Entah la. Masa dapat tajuk superpower tu, aku terfikir pasal Powerpuff Girls yang comel tu je. Takdelah pulak terfikir Megamind ke, X-Men ke, Fantastic Four ke, Clark Kent yang kacak ke. Heh. Nampak sangat suka tengok cerita kartun. Tak matang betul Sarah ni. Ish3...

Eh...hello! Cerita kartun sangat innocent okey?? Innocent dan agak bersih dari pencemaran.  >__<

Tapi masa tengah prepare isi speech tu, aku fikir-fikir balik, dalam banyak-banyak superpower yang ada dalam macam-macam cerita tu, tak ada satu pun yang aku rasa menarik. Aku sebut Powerpuff Girls pun sekadar nak bagi penonton senyum, sebab Powerpuff Girls memang comel, kan? Maka, aku pilih la superpower yang tak pernah keluar dalam movie mana-mana pun. Haaaa.....jeng3! *lu pikirlah sendiri*

Masa tengah tunggu turn untuk masuk dalam preparation room, seorang junior yang juga peserta Public Speaking bertanya sesuatu kepadaku. Beliau juniorku di sekolah dahulu. Kawan Aiman, adikku.

Bo: Akak, macam mana ha nak bagi tak nervous? Impromptu ni....ish.

Aku senyum, bajet tenang. Dalam hati Allah je tahu. Nak terkeluar dah jantung ni tunggu turn untuk dapat tajuk. Haha. Lalu, dengan lafaz bismillah....

Aku: Selawat banyak-banyak. Minta Allah tolong kita. Lagi satu, betulkan balik niat kita bagi speech ni. Biarlah kita buat ni sebab kita nak bagitahu orang ape pendapat kita. Pandangan kita tentang sesuatu. Dan kita buat tu bukan sebab nak menang ke ape. Tapi kerana Allah. Bila bagi impromptu, kena jujur. Cakap ape yang kita fikir. Tak perlu pura-pura. Yakin dengan pendapat kita. Kawan akak pernah  ingatkan akak 'Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya terhadapNya,'. So, yakin lah Allah akan tolong, permudahkan semuanya. InsyaAllah....

Bo mengangguk tanda faham. Aku terus berdoa agar setiap peserta diberi ketenangan, agar dapat sampaikan pendapat masing-masing dengan baik.


Benar, bila kita yakin dengan Allah, semuanya berjalan lancar. Kita tak perlu risau apa-apa. Kita hanya perlu buat yang terbaik. Masa dapat tajuk impromptu, mula-mula aku dah macam 'Ape ke tajuknye ni.....???'. Ni ha tajuk dia: Pick A Superpower In Which You Can Use To Help Your Country. Dalam hati kata....biar betik! Cepat-cepat aku istighfar. Kenapa begitu mudah nak memperlekehkan sesuatu? Mempertikaikan sesuatu? Sarah, takkah kau sedar, dengan tajuk itu, kau boleh sampaikan dakwah kepada manusia? *istighfar*

Seketika aku berfikir. Apa yang manusia sangat perlukan sekarang ni? Apa nilai yang semakin hilang dalam diri kita? Sejenak aku melihat ke dalam diri yang hina ini. Allah....aku jarang sekali melihat sesuatu dengan mata hati. Hati ini telah kehilangan separuh fungsinya! Allah....Allah.... Hinanya manusia  kerana mensia-siakan nikmat besar kurniaanMu. Butanya hati manusia. BUTA! Disebabkan kita buta lah dunia jadi macam ni. Manusia bangga ada mata, tapi tak pernah melihat dengan hati. Oleh kerana itu manusia melakukan kemungkaran, manusia sombong kepada Tuhan. Astaghfirullah....

Setelah bermuhasabah, aku pun mencoret sedikit nota di atas sekeping kertas kecil. Sebagai persediaan untuk bagi speech nanti. Tulis punya tulis....tiba-tiba rasa macam.....arghhh aku perlu ke tandas! Ini semua penangan Public Speaking. Haha. Entah kali ke berapa puluh aku masuk tandas agaknya. Aku melihat kertas kecil itu. Sikit je baru tulis. Sempat ke nak pergi tandas? Aku tarik nafas dalam-dalam. Semuanya dah ada dalam kepala. Apa nak risau. Aku hanya perlu sampaikan apa yang aku fikir. Yakin, Allah bantu sebab aku bukannya nak mengajak manusia buat maksiat.

Maka aku bangkit dari kerusi lalu berkata kepada AJK dengan nada tergesa-gesa "Awak, ade berape minit lagi ek? Saya nak pegi tandas la. Boleh ke? Awak kire je la dalam 4 minit tu. Boleh tak? Boleh tak?"

Adik itu melihat handphone nya. "Ada dua minit lagi kak....." belum sempat dia menghabiskan kata-kata....

"Hah. Sempat! Pegi tandas dulu!" sepantas kilat aku menuju destinasi. Arghhh peduli apa. Yang penting masa bagi speech nanti aku rasa tenang, rasa selesa.

Keluar dari tandas, aku menuju ke arah AJK tadi. "Dah tamat 4 minit ek? Dah boleh pegi ke? Saya ambik kertas saya dulu ye," cakap macam peluru. Osah eh.

AJK tersebut buat muka bingung. "Err...akak, akak baru tulis 2 minit tadi. Akak tanak tulis lagi ke? Lagipun diorang tak panggil lagi peserta seterusnya,".

"Oh....ek? Takpelah. Dah cukup 4 minit kan? Dah siap tulis tadi, " aku senyum cemas. Sebab memang la agak cemas. Dalam hati kata 'alaaaa jangan la tambah masa! Lagi gelabah dibuatnya nanti. Penantian suatu penyeksaan kot!'. Lagi tunggu, lagi banyak kali akan ke tandas. Tak boleh. Tak boleh.

Apabila masa yang ditetapkan tiba, berjalanlah aku ke atas karpet pink (pentas speaker) untuk memberikan impromptu speech. Buat kali terakhir, aku mengingatkan diri sendiri: jujurlah. Allah bantu. Maka aku pun memulakan.

Siapa kata tak nervous? Cuba tanya semua speaker yang kena impromptu speech, sape tak nervous? (eh....tapi tak tahulah kalau memang ade speaker yang superb gila sampai tak rasa nervous langsung). Bila rasa nervous, psycho lah diri sendiri. Aku akan guna ayat yang selalu aku sebut: mereka pun manusia, sama macam kita. nak risau apa? buatlah macam kita tengah bercakap dengan hamba Allah, sama-sama kerdil. So, go on je. Pedulikan nervous tu.

Sungguh, aku berterima kasih kepada kawan-kawan yang beri sokongan dan dorongan dan paksaan. Haha. Terima kasih kepada....

Diana: sebab pujuk a.k.a paksa aku masuk PS ni. Kalau tak, memang aku tak nak ambil kisah.
Farahnur: sebab bersetuju dengan Diana lalu menyatakan seribu satu alasan mengapa aku perlu join.
Maryam, Inn, Izzaty & Bo: sebab turut serta mewakili ASU. Kalau aku sorang, memang aku lari nyorok dalam gua.
Sakinah & housemates: sebab susah-susah tolong buat banner, siap datang lagi ke venue untuk bagi sokongan. dan sebab menahan telinga mendengar aku membebel kuat-kuat dalam bilik setiap hari.
Sakeenah, Nuha, Dinie, Yat, Diba, Sue, Kak P: sebab susah-susah datang dari jauh. ada yang datang direct terus dari tuisyen. dan sebab tolong rakam video, so boleh tunjuk kat family (T___T terharu)
Ibu, ayah, Aiman: kerana mendoakan yang terbaik & bagi semangat.
Beberapa orang teman: sebab memberikan nasihat dan semangat yang sangat-sangat membantu.


~kontinjen ASU~

Apalah ertinya hidup kalau kita berseorangan kan? Dan apa juga gunanya hidup kalau kita hidup untuk diri sendiri. Apa yang kita mampu buat, buatlah untuk umat manusia.


~speakers and judges~


~the speakers and their titles~


~this was how my brain looked like too -__-"~

Dia pun nak ada blog jugak....

Sunday, 20 February 2011

Winter di Malaysia agak HOT.
Baru semalam pergi Centre Point, ternampak lambang Hot Market. Dah lama tak pergi sana. Dulu zaman sekolah, masa tak ada pendapatan sendiri (sekarang dah ada ke??), selalu masuk kedai tu untuk beli hadiah birthday kawan-kawan. Ye la, kawan pun bagi hadiah dari situ. Kita bagi la sesuatu yang berasal dari tempat yang sama kan? Almaklumlah, remaja yang membesar di kawasan suburban memang agak terkebelakang sedikit. Sadis.

Syukur kepada Tuhan yang telah mengilhamkan kepada manusia idea untuk mencipta aircond untuk diletakkan di dalam kereta (dan di rumah, jika ada). Panas nya Malaysia lah haiiii....sampaikan....

-Suatu hari aku pergi ke sebuah hospital untuk bertemu seorang doktor. Seperti biasa, ramai gila umat Muhammad di situ. Setahu aku, tiada konsert Maher Zain di hospital tersebut. Dalam pada menunggu kucing bertanduk, aku memerhati keadaan sekeliling. Terlihat seorang kakak (kalau panggil mak cik nampak melampau sangat) sedang berjalan menuju ke suatu destinasi. Langkahnya pantas. Comel akak ni, kata aku di dalam hati. Tudung warna merah epal, seluar hitam macam kopi. Baju? Baju corak bunga-bunga tak ada lengan. Ulang suara: tak ada lengan! Apakah? Adakah aku sedang berhalusinasi? Halusinasi part baju tak ada lengan tu ke atau part tudung? Berkali-kali aku cuba pejamkan mata dan bila buka semula, masih keadaan yang sama. Ya, aku bukan bermimpi.

-Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain. Terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang berjalan menuju ke suatu arah. Tangannya dipimpin oleh seorang wanita (barangkali ibunya). Mataku lebih tertumpu ke arah wanita yang memimpin kanak-kanak tersebut. Seperti pengkritik fesyen, aku meneliti busana mak cik tersebut. Skirt jeans labuh berwarna biru pucat. Ya, cukup labuh. Macam yang banyak dijual di 'Attabah dan Hussein. Kemudian dipadankan dengan tali pinggang lebar sejengkal berwarna putih. Dipadankan pula dengan blaus belang-belang hitam putih. Sampai part blaus aku sudah rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku lihat pula bahagian head & neck (topik yang kami belajar di tahun 2 dalam subjek Anatomy). Hah! Kenapa mak cik tu pakai snow cap?? Kali ni memang lama sungguh aku merenung. Ya, memang snow cap sebab dibelakangnya ada semacam....ape ek orang panggil? Erm...macam ekor arnab tu. Yang bulu-bulu tu.

-Malaysia memang HOT. Sebab tu masyarakat susah nak mengenakan pakaian yang menutup aurat secara keseluruhan. Tapi masyarakat tak tahu agaknya. Neraka lagi HOT dari Malaysia. Tak tahu atau malas nak ambil tahu? Malas nak ambil tahu atau buat-buat tak tahu? Semalam aku gagahkan diri buka surat khabar sekular. Sah! Kau nak salahkan siapa kalau media menjaja akhlak dan pemakaian yang sedemikian rupa? Kau nak salahkan sekolah yang tidak cukup memberi didikan? Kau nak salahkan ibu bapa yang hantar anak-anak pergi sekolah? Atau kau nak salahkan media cetak yang menyebarkan doktrin negatif secara halus? Mengapa tak kau salahkan stesen TV yang berlumba-luma menjatuhkan akhlak masyarakat? Kenapa tak pernah kau persalahkan makhluk-makhluk yang mengepalai serta menggalakkan semua ini? Yang kau tahu hanya memandang dengan sepasang mata penuh kebencian. Kau ingat dunia akan berubah kalau kau buat begitu? Mimpilah~

Dah. Habis intro (peh! baru intro ke kak??). Tajuk post kali ini merujuk kepada blog seorang hamba Allah, namanya Aiman Naeim Mustaza. Ya, adik saya sudah buat blog. Haha. Layari blog beliau di http://theonewhowearsnumberzero.blogspot.com/ .


Ziyaad2....

Friday, 18 February 2011

Rabu lepas ayah dan ibu hantar aku ke rumah andak. Andak ialah adik perempuan belah ibu yang paling bongsu. Dah lama tak pergi rumah beliau. Memang lah, baru je balik dari Tahrir Kaherah. Memandangkan kami (aku dan pelarian2 yang lain) tidak tahu bilakah kami akan dihantar pulang secara free ke sana semula disuruh pulang ke negara asal ke Mesir semula, eloklah aku menghabiskan tour ziarah rumah-rumah sanak saudara awal-awal. Yelah, bila-bila masa wisel boleh ditiup menandakan cuti-cuti ops piramid sudah tamat, sepertimana dulu, bila-bila masa saja wisel ditiup menyuruh kami pulang ke Malaysia secara free.

Anak andak yang seorang itu, namanya Megat Muhammad Ziyaad, nak masuk 4 tahun. Rambut style Noh Hujan. Bukan dia merengek minta mummy dia dandan rambut dia macam tu. Tapi memang rambut dia semula jadi begitu. Tak perlu sikat, hanya pakai jari pun boleh. Amat sesuai masuk iklan shampoo. Aku pun tak faham mengapa pengiklan-pengiklan lebih suka menyuruh wanita yang sepatutnya bertudung berlakon dalam iklan shampoo. Baik ambik Ziyaad berlakon je. Dah tentulah tak perlu guna Adobe Photoshop untuk rambut dia, sebab memang lurus dan terurus. Cuma mungkin kalau dinilai dari segi pemarkahan, Ziyaad kehilangan markah dari segi 'kurang seksi'. Sebab beliau benar-benar kurus. Hihi. Ahh...apa pun, aku tetap kurang setuju menggunakan wanita dewasa dalam iklan shampoo.


See? Ada gaya model shampoo kan? heee ^_^

Aku tidur di rumah andak. Saje, nak mengenali Ziyaad dengan lebih dekat (apakah?). Padahal sepupu. Malam tu sebelum masuk tidur, aku menonton Playhouse Disney Channel bersama Ziyaad. Tak sangka, seronok juga menonton channel kanak-kanak ribena. Seperkara yang aku sangat kagum dengan beliau ialah, beliau sangat suka menyanyi, dan hafal macam-macam lagu! Dia nyanyi sedap pulak tuh. Walaupun kadang-kadang terjejas akibat sebutan perkataan yang masih pelat. Setiap iklan di televisyen pun dia hafal skripnya. Perghhh...macam span otak dia ni! Bijak, bijak. 

Sudah bosan menonton, dia pergi bilik mainan lalu mengeluarkan sebuah kotak panjang. Dalam kotak tu ada bola yang dia nak main. Tapi dia tak reti nak ambil bola tu. Tanpa segan silu dia datang kepadaku seraya berkata "Ibu kak ngah, Iyaad nak main bola dalam ni. Tapi Iyaad tak boleh ambik,". Innocent je muka dia masa tu. Aku terguling-guling ketawa. Dia panggil aku ibu kak ngah??? Aduiyaiii..... 'Ibu kak ngah' merupakan nama panggilan sepupu-sepupuku untuk ibuku. Ada yang panggil 'mak ngah', ada yang panggil 'ibu kak ngah'. Dan of course, ayahku diorang panggil 'pak ngah' atau 'ayah kak ngah'. Haha. Kesian Aiman. Namanya tidak disebut (macam lah dia kisah). 

Aku cuba bernafas setelah ketawa macam nak pengsan. "Yad, ni sape ni Yad?" aku bertanya.

Ziyaad yang sedang sibuk berusaha mengeluarkan bola-bola kecil dari kotak tersebut memandang ke arahku sebentar lalu berkata "Ibu kak ngah.........". Lagi sekali aku ketawa guling-guling. Ish. Tak boleh jadi ni!

"Yad, ni kak ngah la Yad. Bukan ibu kak ngah," aku berusaha membetulkan persepsi beliau. 

Kali ni Ziyaad tak pandang aku. Masih tekun dengan kotaknya. "Tak nak.....ibu kak ngah jugak," dia berkata. 

Haishhh...boleh pulak tak nak. "Tak nak lah ambikkan bola dia. Ni bukan ibu kak ngah," aku berkata dengan nada merajuk.

Ziyaad yang dah termengah-mengah memandangku dengan reaksi muka bengang. "Alaaa....ibu kak ngah!! Tolong la Yad ambik bola ni!". HAHAHA. Masih lagi ibu kak ngah! Haihhh...nasib lah.




Malam tadi, ketika sedang menikmati makan malam, Ziyaad membuat pengumuman bahawa beliau mahu buang air besar. Maka, Uncle Bob (suami andak) yang dah selesai makan, segera mendapatkan Ziyaad, menyuruhnya bangun. Masa nak bangun tu, Ziyaad sempat cakap "Mummy, baby Yad ni gerak-gerak lah..." dengan muka innocent gila. Aku yang tengah nak menyuap makanan tu, terguling-guling gelak. Kelakar gila budak niiii! Andak pregnant 6 bulan. Maka selalu saja andak kata kat dia "Yad, baby dalam perut mummy ni gerak-gerak lah,". So Ziyaad pun anggap dalam perut dia ada baby, dan bergerak jugak. Hahaha. Baby cacing barangkali.

Suatu ketika, kami sama-sama melukis atas drawing block. Mula-mula aku lukis cawan, lepas tu suruh dia teka. "Yad, cuba teka ni ape?" aku bertanya. "Cawan!" excited dia menjawab. Ok. Aku lukis gambar lain pula. Kali ni aku lukis buah oren. Siap warna oren sekali. "Yad, ni ape?" aku bertanya dengan excited, bajet gambar yang aku lukis tu lawa lah. Ziyaad pandang gambar tu sekali lalu dan menjawab "Fishball!!". Lagi sekali aku gelak macam nak pengsan. Fishball???? Macam mana dia boleh terpikir tu fishball? Haha. Adehh...nampak sangat suka makan. Tapi tak gemuk-gemuk.

Ziyaad...Ziyaad...jangan nakal-nakal. Nanti kesian mummy dengan baba.

Too much.

Tuesday, 21 December 2010

Aku tak boleh la nak control.

Aku dah cuba.

Banyak kali aku cuba.

Macam-macam aku cuba buat.

Tapi bila ia terjadi, tetap terjadi.

Tak boleh nak kawal.

Jangan la marah aku kalau ia berlaku depan korang ye.

Serius, aku dah cuba yang termampu nak kawal.

Tapi once aku dah ketawa, memang susah nak stop.

So aku merayu. Tolong la jangan buat lawak depan aku.

Tolong lah. Terseksa aku nak tahan gelak weh!

peace~

I missed the people who used to make me laugh. Because nowadays, even strangers can make me laugh =_='

Sampai syurga

Sunday, 12 December 2010

(menaipsambilmenahankesejukantahapdewa)


Mereka....mereka....buat Family Day. 
Mereka...mereka...tak tunggu aku pun.
Isk...isk...isk.... T__T
Semalam, pulang dari program makan-makan akhowat ASU Gen 8, aku terus buka facebook.
Tengok-tengok ada beberapa gambar di tag oleh Laman Keluarga.
Aku klik untuk tumbesaran lebih besar. Maka keluarlah gambar di atas. Hati sedikit meraung. (Arghhh....sejuknya cuaca sekarang ni!)
Aku teliti satu per satu wajah-wajah yang ku sayang. 
Lengkap.
Semua ada dalam gambar.
Semua.
Kecuali aku.
Mana aku?
Aku tengah menggigil menahan kesejukan. Membaluti tubuh dengan berlapis-lapis pakaian. 
Aku teruskan meneliti wajah-wajah yang ku rindu.
Kamu semua rindu aku tak?
Ah...tiada guna bertanya.
Antara semua, aku...akulah yang paling teringin nak buat Hari Keluarga.
Sebab kali terakhir diadakan adalah ketika aku masih kanak-kanak ribena.
Masuk acara kutip gula-gula.
Aku cukup sukakan event sebegitu.
Bahagia rasanya.
Tahun ni mereka buat lagi.
Setelah bertahun-tahun aku berangan dan bermimpi.
Tapi....
Tapi aku tiada!
Aku di sini menahan kesejukan.
Aku di sini menatap gambar-gambar riang mereka.
Aku di sini mengharapkan
andai tiada peluang untuk aku bersama mereka lagi, 
moga Hari Keluarga paling istimewa dapat diadakan di syurga nanti.


p/s: dah nak masuk 3 tahun duduk sini pun still susah nak adapt dengan musim sejuk. ape cer?

Aku & Luxor

Wednesday, 1 December 2010

"Sarah pegi Luxor??", "Sarah pegi dengan sape??", "Pegi sorang ke?", "Buat apa kat Luxor?"

Begitulah antara suara-suara hairan bercampur excited yang datang dari kawan-kawan sekeliling. Aku sekadar membuat penyataan ringkas. Tapi rupanya penyataan tersebut mengundang 1001 persoalan dalam minda mereka.

Jawapan: Pergi jalan-jalan dengan mak cik.

Soalan: Oh...kenapa mak cik Sarah pergi Luxor? Tak stay kat Cairo?

Jawapan: Sebab mak cik saya balik kampung suami dia.

Soalan: HAA?!! Macam mana tu? Kampung suami dia? Maksudnya??

Jawapan: Suami dia orang Luxor.

Soalan: HAAAAA?! Mak cik Sarah kawen dengan orang Arab ke?

Jawapan: Ha ah.

Soalan: Waaaah. Macam mana boleh kawen dengan orang Arab? Macam mana diorang jumpa? Diorang tinggal kat mana? Malaysia ke Mesir? Pak cik Sarah tu boleh cakap Melayu tak? Mesti anak diorang rupa Arab kan?

Jawapan: ............................. =_='

Yeah. That's how I ended up going to Luxor. Kalau nak harap pergi sendiri, entah bila akan sampai. Tempat yang dekat dekat dengan Kaherah ni pun aku belum habis round. Tapi memandangkan anteh (mak cik aku) dah ajak pergi Luxor, aku pun setuju nak ikut. Dah lama tak berjalan. Tambah-tambah lagi semua perbelanjaan anteh & pak yem (pak cik aku) yang tanggung. Heaven lah! Kalau tak nak ikut memang ada something wrong somewhere dalam otak. Haha.

Maka begitulah kisahnya bagaimana aku boleh tercampak ke Luxor selama 5 hari 4 malam.

Sedikit hikayat.....


Anteh, iaitu adik-beradik ibu yang ke 3 is married to an Egyptian man named Ibrahim. Kami panggil beliau Pak Yem. Yes, he can speak Malay sebab dah lama tinggal dan kerja sebagai pensyarah Bahasa Arab di Malaysia.


They have a son named Muzdahir. Berumur 4 tahun. Boleh berbahasa Melayu, Arab fushah, lahjah 'ammiah dan Bahasa Inggeris. Aku banyak belajar lahjah 'ammiah dengan dia hari tu. Sebab dulu ada senior pernah pesan "Kalau nak cepat dapat cakap 'ammi, kena selalu berbual dengan kanak-kanak".


Ini Su'ad, adik kepada Pak Yem. Beliau saaaaaaangat rajin. Perghhh tak reti nak describe macam mana. Nanti dalam kisah seterusnya akan ku ceritakan (ececeh....).

Cukup-cukup lah entri intro untuk kisah Luxor. Yang lain aku post lain kali saje lah. Menyesal juga tak bawak laptop pergi sana. Kalau bawak, hari-hari boleh merepek dalam blog. Takpe, besar hikmahnya. Allah tak izinkan aku merepek selalu. Ketemu~
Related Posts with Thumbnails