Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent
Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Benci untuk membenci

Saturday, 19 January 2013

Setiap manusia pasti akan mati.
Begitu juga, setiap manusia ada perasaan.
Walau siapa pun manusia itu,
Baik kah dia, jahat kah dia, bijak kah dia, kurang bijak kah dia.
Semuanya dianugerahkan Allah dengan perasaan.

Oh ini bukan nak mengomel tentang perasaan perasaan dan perasaan.
Bukan.
Ini sekadar nak menyatakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati.
Terhadap apa?
Terhadap apa-apa lah.

Pertama sekali, perlulah manusia ini jelas.
Bahawasanya, biarpun dia seorang da'ie yang hebat, dia tetap akan membuat kesalahan dan dosa.
Itu satu perkara yang dikongsi oleh semua hamba Allah bernama manusia, melainkan nabi dan Rasul.
Dan dengan itu, setiap manusia perlu ditegur dan dinasihati atas kesalahannya.
Biarpun dia seorang da'ie yang hebat.

Masalah terjadi apabila manusia yang sedar dirinya da'ie ni, nak menegur da'ie yang lain.
Ahhh...malas pula nak mengayat-ayat ni.
Berterus-teranglah lebih senang.
Macam ni...
Dalam nak menegur sesama kita, elakkan, ELAKkan, ELAKKANLAH menyindir.
Sindiran ni, tak berguna satu habuk pun.
Ni nak menasihati orang, tapi menyindir.
Kau guna sunnah yang mana menyindir sahabat sendiri?
Bukankah ada seribu satu lagi cara untuk menegur kesalahan yang dia buat?
Kenapa kau pilih cara yang sememangnya boleh buat dia lagi jauh dari kau.

Saya tahu, kadang-kala kita 'ter'buat begitu sebab kita tak pernah meletakkan diri di tempat manusia yang berbuat salah, lalu disindir itu.
Saya tahu, dahulu mungkin saja ada saya berbuat begitu kepada orang.
Dan sekarang saya lebih tahu, bahawa cara itu tak berkesan pun malah menjauhkan hati orang yang nak dinasihati.
Lihat? Niat cukup baik dah. Nak bawa manusia itu ke jalan yang benar. Menuju Tuhan.
Tapi sayang seribu kali sayang, dipilih pula cara yang hina lagi menghinakan itu.
Hasilnya makin ramailah yang menjauh.

Saya bersyukur kepada Tuhan, diletakkan di tempat pesalah.
Dan diberi peluang untuk merasa bagaimana rasanya ditegur dengan cara yang kejam itu.
Alhamdulillah, Allah nak pastikan diri ini tak berterusan melakukan perkara yang 'nampak baik' tapi tersangat hina itu.

Tak hairanlah mengapa mad'u masih ramai yang menjauh.
Malah lebih menyedihkan, mad'u menjadi musuh!

Benci.
Ya, saya sungguh benci apabila diperlakukan begitu.
Tapi saya lebih benci untuk membenci.

Mujurlah rukun yang pertama itu FAHAM.

Fatal flaw

Friday, 6 July 2012

8 years ago, Teacher Salmi (our English teacher) told us to answer the questions given in the paper she gave us.

The very first question (which I could never forget) was: Are you a good listener?

As a mere 14-year-old teenage girl, I answered: I don't think so.

Then the next day, when Teacher Salmi gave everyone their work back, she asked me to come to her.

And she asked "Why did you answer like this?" with a meaningful look on her face.

I was surprised by her question and thought what did other people wrote in the paper? Wasn't it the same answer?

I answered her without thinking "Because I don't think I am a good listener,". Being honest, as honest as a 14-year-old can be.

She continued asking "What makes you think you're not?"

"Because.... I don't like to listen to people. Sometimes I feel it's useless. I mean people complaining, criticizing, whining, it's...."

Teacher Salmi gave me a deep smile.

"Sarah, everybody wants to be listened to. You can't continue being a bad listener. You need to listen to people. Spare some time and open up your heart to listen. Yes, sometimes it seems like a waste of time. But trust me, it'll improve your relationship with everyone. You'll need someone to listen to you too,"



Teacher Salmi left a huge impact in my life. Before she left, (she was a 'guru praktikal' at our school at that time) I wrote to her "Teacher, I'll turn over a new leaf,".

She's not just a teacher. She's a friend. A motivator. An excellent listener. 

God how I missed her.

She once let me read the report that she prepared to send to her supervisor. I was surprised she let me read it. And was even more surprised my name was mentioned in it =). I still kept the copy she gave me. Can't wait to go home to read it again. 

From her, I learned to be a good listener. A good companion. 




Yesterday, I made a huge mistake. Repeating the fatal flaw I had during my early teenage life. The flaw that I'd sworn myself to throw it away, but seemingly it's still there within me.

My deepest apology to you, whom had been so patient with this attitude of mine.

Turning over a new leaf needs a deep thought and a huge step to be made in life.

Maybe when I decided to turn over a new leaf 8 years ago, I didn't completely eradicate the fatal flaw of mine.

And now, even as a grown up, I still have many more to learn.

Please show me the right thing to do whenever you see me doing it wrong.

I cracked yesterday because I was too tired, I cried so hard that it hurts me in the chest. The left side of the chest. The vital organ present in there. I cried for breaking my promise to listen to people. And I'm sorry, for not listening.

Please don't hate me for that. I'm just a mere homosapien too.



p/s: I wish I could meet Teacher Salmi, have a cup of tea and chat about life with her =)

In a relationship (till the end)

Sunday, 24 June 2012

WHAT???

Orang ramai dah buat pengumuman, kau pun sibuk-sibuk jugak nak buat? *sengih2*

Lulz. No no no. Saje bagi tajuk bajet hot. (oh by the way, Mesir memang hot sekarang! politically and the weather, of course. arghhh cepat la balik!)

Last night I was asked by a friend:

"Sarah, macam mana kamu buat persediaan.....?" (let the question remains unspecific)

Soalan dia tak la panjang pun. It's not a case of myocardial infarction or hypertensive encephalopathy (penangan baru lepas baca CVS Pharma >__< ), dan dihujung soalan tu tak ada pun tulis berapa markah.

Persediaan yang dimaksudkan di sini, boleh jadi apa-apa sahaja (although sahabat yang bertanya itu menspesifikkannya kepada satu aspek sahaja). 

Lama saya fikir nak jawab apa. Selak-selak buku Pharma, tak jumpa jawapan. *bajet*

Jawapannya mudah.

Jawapannya kita biasa dengar, dan kita biasa sebut.

Tapi...biasa tak kita istiqamah lakukan?

Haaa...persoalan itu yang membuat saya berfikir panjang sebelum menjawab pertanyaan sahabat itu.

Rasa macam...ishhh...layak ke nak jawab macam ni? Sedang saya pun kadang-kala terleka dari melaksanakannya.

*Tarik nafas dalam-dalam*

"Walau macam mana pun persediaan kita, hubungan dengan Allah tu la yang paling aula," saya jawab ringkas.

Tapi dalam otak berfikir panjang.

Allah...halusnya cara Kau mentarbiyah diri ini! 

Hanya melalui soalan ringkas dari sahabat itu, membuat saya bermuhasabah panjang malam tadi.
Tersentak.
Terdiam.

Subhanallah...

Pertolongan Allah datang dari arah yang tidak disangka-sangka.

Mungkin dah lama sangat saya lagha, melebihkan dunia, meletakkan dunia di hati. Maka Allah mahu saya beringat-ingat.

Astaghfirullah...

Musim exam ni memang banyak sangat peringatan yang Allah bagi. Allah tunjuk tanda kekuasaannya kepada kita. Betul kan? Bukan musim exam saja. Setiap saat dalam hidup kita pun.

Contoh, masa exam oral Pathology hari tu, saya sendiri sangat bingung dengan perkara yang berlaku. Bukannya tak baca buku. Baca, walaupun dengan keadaan fikiran sesak dengan memori written exam yang zzzz (tak tahu nak cakap apa). Sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik doktor untuk ditanya soalan oral, terus hilang segala benda yang dibaca. Banyak kali saya selawat dan istighfar. Sampai doktor naik pelik. Kau ni dah kenapa? (agaknya macam tu la doktor fikir).

Balik dari exam muhasabah diri. Ya Allah....ape kena dengan saya ni....

La haula wa la quwwata illa billahil'aliyyil 'aziiim...

Masa exam oral Microbiology, lain pula ceritanya. Pulang dari exam written, memang tak tahu nak buat apa. Baring atas katil sambil renung siling yang tiada apa-apa. Apa yang direnung pun tak pasti (lulz). Keesokan harinya, tak study pun Microb, terus buka buku Pharma (sape suruh exam oral tangguh sehari!). Keesokan harinya, exam oral Microb. Tak pasti apa yang dibaca pagi tu. Memang baca semata-mata benda yang kawan-kawan tahun lepas kata masuk soalan tu -________-". Tapi oral ni mana boleh nak jangka macam tu.

Ditakdirkan Tuhan, saya jadi orang pertama yang kena masuk bilik doktor. Ya, orang pertama! Can you imagine?? Sepatutnya nombor giliran saya yang hujung-hujung, tapi tiba-tiba ada makcik tarik masuk bilik doktor. Saya berhadapan dengan seorang doktor lelaki yang saya tak pernah lihat. Garang pula tu! *gulp*

"Can you tell me what are the sexually transmitted diseases?" doktor tersebut memulakan soalan.

Dalam hati saya...ha??? Biar betik ini soalannya. Ahh...diam2. Jawab je. Maka saya pun menyenaraikan beberapa penyakit STD. Dan saya terlupa nak sebut satu penyakit yang penting, iaitu 'Syphilis'!

"There's a disease caused by Trepanema Pallidum..." doktor memberi hint.

"Oh...syphilis," saya menjawab seperti seorang sengal. (macam mana boleh lupa nak sebut??)

Tiba-tiba doktor hentak meja. "Very good!!!". Oh mak kau...tekezut beruk den!

Doktor tanya lagi "Gonorrhea caused by what?"

Saya teragak-agak nak jawab. Betul ke ni soalan doktor? Atau adakah suatu mimpi? lulz. Sempat lak fikir macam tu. Sebab orang sibuk hafal pathogenesis, lab diagnosis, bla bla bla....

"Neisseria Gonorrhea," saya jawab.

Doktor tanya lagi "Neisseria Gonorrhea gram positive ke negative?".

"Negative,"

Doktor kata "Now you can go,". Doktor beralih pula kepada pelajar Nigeria di hadapanku.

Ha?? Saya tak berganjak dari tempat duduk. Takkan dah habis?

Doktor dah selesai tanya Nigerian tu, doktor tengok saya tak blah lagi.

"Okay, one more question. Dalam hypersensitivity type I, ape immunoglobulin yang terlibat?" doktor tanya.

"IgE,".

"Very good! Now both of you can go!" kata doktor dengan lantang.

Namun kami masih terpinga-pinga. Takkan dah habis? Saya pandang Nigerian tu, dia pun pandang saya. Penuh tanda tanya. Dah selesai ke?

Doktor pandang kami berdua dengan hairan. Sambil menulis markah di kertas.

"Now see, I give you both 20 marks. Now you can go!" kata beliau dengan lantang.

Haa?? Lagi la kami ternganga. Tetibe dapat full marks. Ya Allah...betul ke ni? 3 soalan je! Surface gila pulak tu!

Alhamdulillah...

Saya keluar dari bilik doktor macam orang baru kena culik dengan alien (ceh...macam la pernah kena culik!).

Balik tu muhasabah diri. Ya Allah....semuanya atas bantuan Allah! Semuanya Allah yang aturkan.

La haula wa la quwwata illa billahil'aliyyil 'aziiim

Ya! Semuanya Allah yang tentukan. Sehebat mana pun kita merancang, sekuat mana pun kita usaha, semuanya berlaku atas izin Allah! It doesn't matter who you are. Yes, setiap saat hidup kita Allah yang pegang. Jangan cuba nak sombong dengan Allah.

Maka dengan itu, yang paling perlu diutamakan ialah hubungan dengan Allah. In any aspect of life, semuanya atas izin Allah. Dia yang mengaturkan semuanya, maka hanya kepada Dia kita bergantung.

Dan sungguh, setiap sesuatu yang diizinkan terjadi kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita.

I ask myself: how's my relationship with Allah?



turun naik hidup ini, semuanya dengan izin Allah =)






Thank You Allah, atas nikmat besar Kau berikan kepada kami, menjadi hambaMu.

7% lagi!

Saturday, 16 June 2012


Guess what?

I'm downloading the film Will 2011, atau juga dinamakan Will "You'll Never Walk Alone" 2011, and there's only 7% left until it finish downloading! Yeay!!

*excited. excited*

(Haih Sarah...tak sudah sudah dengan bola nye....)

Oh by the way, know what?

Hari Spain menang 4-0!! Another yeay! Lawan mana? Ireland kalau tak silap. 
I stood in front of SS's room and smiled from ear to ear and she could guess it already. Haha. 


*Gambar di atas.

Dear whomever who is battling over something, be it a disease, or an exam, or searching for a new heart and hope, or something else, please be strong and keep moving forward. FIGHTING!!!

Kadang-kadang

Thursday, 14 June 2012




p/s: nak berubah perlu mujahadah. mujahadah itu susah. tapi natijahnya indah. maka bersabarlah!

"Keep swimming!" says Nemo

Saturday, 9 June 2012




Mada mada dane!

Untung dan ruginya Islam....

Thursday, 31 May 2012

Tajuk entri ini sangat tak catchy. Kalau kita nak buat ia sebagai tajuk depan majalah, mesti ramai yang tengok saja, tak beli.

Cewah. Mentang-mentang baru pulang dari meeting editor. Haaa...nak tau majalah apa? Majalah 'Ayuh!'. kuang3....just kidding. I know...I know... not funny. So don't even think of smiling.

Tajuknya yang sebenar; 'Untung dan Ruginya Islam Melalui Penulisan'. Hah! Baru lengkap.

Itu sebenarnya tajuk tazkirah yang diberikan oleh junior masa meeting tadi. Hebat. Saya cukup kagum dengan junior yang boleh menyampaikan sesuatu dengan baik (do I have to say this many times?). Melalui tazkirahnya kita tahu dia jenis yang suka ambil tahu, banyak membaca dan berfikir. Bagus. Belia macam inilah yang kita mahu lahirkan di Malaysia. Bukan belia yang jenis menghabiskan duit ibu bapa di KLCC kemudian balik rumah  upload gambar di Facebook, atau belia yang menelan segala yang disuapkan oleh televisyen. Ok, sudah.

Alkisahnya Abdullah (bukan nama sebenar), si pentazkirah menceritakan bagaimana bidang penulisan ini boleh mendatangkan keuntungan, juga kerugian kepada Islam. Saya tak berapa pandai nak olah semula apa yang beliau cakap, nanti lain pula maksud yang sampai. heh.

Tapi pointnya mudah. Write something good & beneficial for the future generation to read. Salah faham tentang agama, salah tafsir hukum, salah itu dan salah ini kebanyakannya datang dari penulisan yang salah. Dah habis tu mana yang betulnya?? Tugas kitalah untuk menulis yang betul, yang benar belaka!

'Everybody talks about the lost Baitul Hikmah, but nobody attempt to rebuild it'.

Masa meeting tadi juga aku didedahkan dengan kerja-kerja seorang editor. Cara penulisan yang betul, struktur ayat dan sebagainya. Ada junior sebut "Ayat blog dengan ayat majalah ni lain,". Rasa macam tersentak sikit masa tu. Haha. Tiba-tiba dalam hati berharap tak ada siapa pun dalam meeting tu yang pernah baca blog saya  -_____-".

Ya, sudah faham. Walau macam mana nak menarik minat orang sekalipun, etika penulisan tetap kena jaga! Perlu profesional. Tiada istilah 'kewl' atau 'o-som' yang harus wujud dalam majalah. Eh....dalam blog pun saya tak tulis begitu. lol. Alaaaa....senang cerita, jagalah bahasa kita sebaik-baiknya. Bukannya kaya-raya sangat, so jagalah apa yang ada. Pointnya begitulah.

Saya paling suka apabila tiba part untuk membahaskan isi kandungan majalah. Seperti biasa, saya menjadi seorang pemerhati yang setia (padahal tak ada idea nak cakap apa >__< ). Dengan penuh sabar saya menanti hujah-hujah bernas dari Kak Hani, Kak KB, Abdullah, Ali, Abu dan Siti. Seronok la bila meeting dengan orang-orang hebat yang banyak ilmu dan banyak membaca ni. Rasa terisi.

Macam mana saya nak jadi hebat macam Kak Hani? Selalu bertanyakan pada diri sendiri soalan yang sama setiap kali bertemu dengan Kak Hani. Kak Hani, kalau awak baca entri ni, ketahuilah, saya sangat mengagumi ilmu yang ada pada awak! Bila saya lihat dia, saya rasa bersemangat. Dia tak pernah kekeringan idea-idea hebat. Sentiasa ada je buah fikiran dia dalam mana-mana meeting yang dia hadiri. Berani memberi pendapat. Ayat dan idea tersusun. Pemikiran cukup matang. (dah jadi entri khas untuk Kak Hani pulak.haha)

Paling tak boleh blah bila Kak Hani nampak saya lalu menjerit "Sarah, awak nampak kurus!".

Haha. Nampak? I lost 6kgs! Saya memberitahu dengan jujur.

Teringat suatu ketika dulu, Kak Hani mesej saya kat hp "Sarah...awak ni diam-diam ubi gemuk,". Mula-mula rasa macam insulted, tapi beberapa saat lepas tu, terus gelak guling-guling. Pandai Kak Hani buat lawak! Haha =)).

Oh ya. Kak Hani sebaya saya. Saja panggil 'kak' =p.

Berbalik kepada kisah sebenar. Semasa part nak pilih kolum apa yang kita nak handle, berlaku pergelutan (ayat tak boleh blah. kalau Abdullah baca mesti kena edit!) antara saya dan seorang junior. Ape la Sarah. Dengan junior pun nak berebut. haishhh. Tapi nak buat macam mana. Kita mesti perjuangkan apa yang kita mahu! Hehe. Dan akhirnya kolum tersebut diberikan kepada saya. Toche, toche.

In a nutshell, nak bikin majalah bukanlah sesuatu yang cikai, bak kata siapa tadi saya tak ingat. Sebab majalah ni tempat untuk menyebarkan kefahaman, menyebarkan fikrah. Majalah itu medium untuk membentuk minda, mengubah pemikiran. Mahukan generasi yang berkualiti? Lihatlah bahan bacaan yang dibaca! Manggis? Tembikai? Durian belanda? Kasihan. Lagi kasihan kalau mak ayah jenis yang langgan Berita Harian setiap hari. Rosak! Rosak anak-anak muda. Ish...ish...ish...

Balik Malaysia summer ni saya ada misi. Menghapuskan segala kesan keberadaan bahan bacaan sia-sia di rumah. Bukannya rakyat Malaysia tak rajin membaca. Cuma, rajin tersalah pilih bahan bacaan. Cukup sadis.

Sudah lah. Yang baca blog ini pun bukannya golongan yang baca bahan sia-sia. Kalau ada pun, mungkin tak terkesan dengan penulisan tak seberapa yang agak merepek ini. Tapi itulah. Kita berhak memilih apa yang kita mahu baca. Kita juga berhak memilih apa yang kita mahu percaya. Cuma pesan saya, buatlah pilihan yang menguntungkan kita sebab kita hidup tak lama =).



Impian yang kami mahu kongsikan dengan dunia;
Kami mahu Islam menguasai dunia!



p/s: pagi-pagi lagi semangat ajak SS pegi makan roti canai kat ARMA. Sejam lebih kot tunggu kedai roti canai tak buka-buka. Tapi makan tak habis pun -______-". You are so pathetic, Sarah. How am I supposed to gain energy? arghhhh....


pps: tak sangka ramai recognize muka saya masa darjah satu >__<

Alamak....

Wednesday, 23 May 2012

Bismillaahirrahmaaanirrahiiim.....


1. Hari ni baru saya tau bahawa ramai yang baca blog ni sebagai silent readers. TIDAKKKKK!!! (72 harakat, volume maximum)

2. Kepada semua yang membaca, yang mengikuti, kepada adik2, kakak2, makcik2, ustajah2, ostad2, kengkawan, saya minta maaf kerana akhir2 ni semuanya post mengarut.sangat T______T

3. Bianhe. Cheongmal bianhe =((

4. Waduhh...kenapa selama ni tak perasan?? Nasib baik Allah bagi petunjuk. Time to change. Time to change.

5. Sekali lagi  -----MAAF----- kepada semua readers dan viewers kerana telah membuang masa anda semua dengan perkara tak berfaedah. Astaghfirullah....

6. Hari ni hari ke 5 demam, acute pharyngitis, batuk extreme, bersin even more extreme. Dan jangan lupa kesengauan suara yang padu. Moga Allah hapuskan dosa2 yang terlalu banyak ni.

7. 5 hari demam, 5 hari tak makan apa2 kecuali minum susu coklat dan makan ubat. Saya rasa saya dah kurus. -_________-

8. Makin dewasa, makin mengarut. Saya salah bagi alamat Rumah Negeri Sembilan kat ibu. Natijahnya, kad birthday yang mereka semua pos dari Malaysia tak sampai2. Huwaaaaaaa =((. Semoga kad itu sampai juga di hadapan pintu RNSK. Amiiiiin. (tolong 'amiiin' kan ya)

9. Final exam Pathology is coming. Less than 2 weeks to go. And I'm still battling this fever. Doakan saya cepat sihat, kuat dan gagah.

10. Hari ni dan esok, pilihanraya presiden di Mesir. Saya harap PAS menang di Malaysia. Jujur.



p/s: I really think I'm losing weight.

64 vs 22

Monday, 14 May 2012



May 15th

May their sufferings be rewarded with Paradise
May our prayers be with them
May all Muslims rise!



Let this photo (above) tell the story




We keep on asking "what can we do for them?"

Penjelasan daripada Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi:

HUKUM HUNGER STRIKES DI PALESTIN:

Mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka di sana.

Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . al Qaradhawi menjawab :

Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!!!

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!!!

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana, tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat. 


Perang Media!!!




I was born on May 15th.

I was born in health, wealth and blessed life.

But as I grow older, the suffer more.

And more.

And more.

As I celebrated my birthday each year, more of them are killed, and more are oppressed.

Until when?

I hope, one of the reasons for me to be in this world, is to restore the honour of Muslims.

May Allah guide me, keep me on the right path till Jannah.



p/s: if you can read this post, why not you spread the spirit?

Culex egg raft

Friday, 11 May 2012

Tomorrow...tomorrow.... (penah dengar lagu Tomorrow tak?)

1. Esok final exam practical Parasitology. Yeah, I love Parasitology! (but still, parasites are despicable)

2. Tadi doktor buat kelas tambahan. Dari pukul 2 sampai 8 malam! Gila lama. Tapi....ramai tau yang datang. Haaa... jangan main-main. Everybody knows the art of cramming! Haha >__<  (including me? lol)

3. Esok jangan lupa puasa. Buat lah solat hajat dan apa-apa yang patut. Jangan buat-buat lupa pulak anda tengah berpuasa, sampai dah kenyang minum air sarsi baru teringat =p

4. Baru tahu yang bunga ros ada terlalu banyak jenis rupanya. Nak mentarbiyah bunga dengan penuh kasih sayang perlu ta'aruf betul-betul. Berusaha!

5. *increase level of seriousness*
Jangan lupa, dalam kita bekerja, segala adab dan batas perlu dijaga. Anda pelakon ke, anda ketua ke, anda SB ke, anda da'ie ke, anda ostad ke, semua tak terlepas daripada hukum Allah. Terutama kepada kita yang blessed with religious knowledge, usahalah dan pohonlah perlindungan kepada Allah, daripada fitnah akhir zaman ini.
(SB = spoiled brat)

6. Setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk sesuatu, jangan sombong untuk bertawakkal kepada Allah. Ingat, apa pun yang kita mahu, yang kita hajatkan, semuanya berada dalam kuasa Allah.

7. Hold your breath for half a minute. Rasa tercungap-tercungap? Rasa nak pengsan? Nak mati? Oh...wait. Cuba cubit bahu anda sekejap. Lepuk-lepuk sikit pipi tu. Next, ambil wudhu'. Now ask yourself. Where are you living? If your answer does not include "planet created by Allah", then repeat the same steps until you realize who you are, and who's earth are you living your wasted life on.

8. Mereka yang mengaku cintakan Allah, perlulah mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Kerana Baginda merupakan kekasih Allah. Mereka yang ingin cinta kepada Baginda, perlulah mengasihi ulama', kerana ulama' merupakan pewaris Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
(sifir mudah untuk diingat. ingat mudah. buat sudah? cinta bukan sekadar kata-kata)

9. Kepada mereka-mereka yang sayangkan perjuangan bangsa Melayu, berintima'lah dengan jemaah Islam. Rugi intima' syakhsi ni.

10. Kepada yang masih berada di zon selesa, tidak mahu mengerah tenaga, berkongsi idea, it's time to muhasabah apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia. Dunia ni kejap je. Takkan nak merana sejuta tahun di neraka disebabkan tak boleh nak disiplinkan diri hidup dengan Islam untuk 60-70 tahun di dunia kan?




p/s: Anopheles female has long maxillary palp, while Culex female has short one. Anyhow, both are vectors =p. 'be careful'

Untuk awak awak

Tuesday, 1 May 2012

Assalamualaikum adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcikku sayang. 
Cantik tudung. hehe. Beli kat mana? 
Alhamdulillah, ada tudung, dapat tutup aurat kan? =)
Tapi kenapa kita tutup aurat?
Takut masuk neraka?
Haaa...jom baca kejap:


‎


8 KESALAHAN FAHAMAN AURAT MASA KINI

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.









"Kejap pakai tudung,
kejap tak pakai tudung.
Ingat masuk neraka tu kejap-kejap ke?"

tehee. renung-renungkan dan selamat beramal! 

Sometimes...





Sometimes, Allah breaks your spirit to save your soul.
Sometimes, HE breaks our heart to make us whole.
Sometimes, Allah allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, Allah allows illness so we can take better care of ourselves.
Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything HE gave us.
Make plans but understand that we live by Allah’s grace. 
Ameen.

Di mana Al-Fateh?

Tercari-cari di manakah Al-Fatih di abad ini?

Anda takkan temuinya…

Melainkan andalah!

yg perlu memiliki,
 
menjiwai dan
 
menelusuri

“perbadi Al-Fateh”… 






p/s: ingat nak bagi anak nama Fateh. tapi....dah ada...

Fahami (bukan nama orang)


Alkisah apa dia matlamat tarbiyah. Kita sibuk-sibuk ke sana ke mari mengaku seorang yang mendapat tarbiyah. So tau tak apa matlamat tarbiyah tersebut? Haaa...baca baca. Ni copy paste je. Semoga bermanfaat! ^___^




Matlamat tarbiyah Islamiyah itu perlu dibahagikan kepada dua iatu matlamat yang merangkumi perkara umum dan matlamatnya yang khusus. Matlamat tarbiyah Islamiyah yang umum ialah untuk menyelamatkan insan daripada azab Allah 'azza wajalla sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Taala yang bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka, di mana bahan-hahan bakarannya itu ialah manusia dan batu (berhala)" (At Tahrim:6)


Manakala Insan yang diselamatkan dari azab Allah Taala itu ialah insan yang dapat menyempurnakan segala tanggungjawab ke arah mencapai tujuan dan matlamat ianya dijadikan oleh Allah Taala sebagaimana ia digariskan di bawah :

1]. Beribadat kepada Allah Taala Yang Maha Esa mengikut syariat yang diwujudkan oleh Allah Taala. Firman Allah Taala yang bermaksud,"...Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melaikan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".(Az Zaariyat:56). Hendaklah beribadat kepada Allah mengikut syariat yang diturunkan oleh-Nya melalui lisan Nabi Muhammad S.A.W yang menuntut supaya orang-orang Muslim itu memiliki beberapa sifat yang penting antaranya ialah al Iman, al Islam, al lhsan, keadilan, al amru bil ma'ruf'wan nahyu 'anil mungkar, al jihad fisabilillah, manis tutur kata, pekerti mulia dan beberapa peradaban serta amalan yang lain.

2]. Menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Allah taala telah menyatakan bahawa antara tujuan manusia diciptakan ialah untuk menjadikannya khalifah di bumi ini, firman Allah Taala yang bermaksud,"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" (Al Baqarah:30). Ekoran dari penciptaan manusia oleh Allah, maka ia bertanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan dengan segala perancangan dan pembangunan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.

3]. Berkenal-kenalan dan berbaik-baik di kalangan manusia. Allah Taala berfirman sebagaimana maksudnya,"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersUku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang mempunyai kelebihan dari aspek keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)" (Al Hujurat:13)

Allah telah menyatakan bahawa pada asalnya ia menciptakan manusia itu daripada lelaki dan perempuan (Adam dan Hawa). Kemudian Dia mengembang biakkan keturunan manusia sehingga menjadi berbagai-bagai bangsa, puak dan suku kaum. Tujuannya ialah supaya manusia itu berkenal-kenalan dan berbaik-baik di antara satu sama lain. Manakala insan yang paling mulia sekali di sisinya ialah yang paling bertakwa kepadanya. Dan sesungguhnya Dia amat mengetahui dan amat mengenal siapakah yang paling takut kepada-Nya. Oleh kerana itu, manusia hendaklah berkasih sayang sesama mereka, bantu membantu antara satu sama lain dan seterusnya ingat mengingati dan pesan memesan sesama mereka dalam perkara kebaikan.

4]. Memimpin dan memerintah dunia ini. Firman Allah Taala yang bermaksud,"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang Kuasa pemerintahan dibumi" (An Nur:55).

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah telah menjanjikan golongan beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia akan dikurniakan kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pada waktu itu manusia dapat menjalankan urusan harian dan berbakti kepada Allah dalam suasana yang aman damai.

5]. Menjalankan syariat Allah Taala di bumi ini. Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan Allah ialah untuk menjalankan syariat Allah di bumi ini. Ini merupakan matlamat yang sangal besar dan masyhur. Ia merupakan inti sari kepada segala matlamat yang lain.

Banyak ayat-ayat Al Quran Al Karim yang menerangkan kepada kita tentang perkara-perkara ini. Antaranya firman Allah Taala yang bermaksud,"Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutiah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara yang benar)" (Al Jaasiyah:18)

Di dalam surah Al Maidah ayat 49, Allah Taala berfirman yang bermaksud,"Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka..." (Al-Ma'idah:49)

Di sini kita sedia memahami bahawa matlamat utama tarbiyah Islamiyah ialah melahirkan perhambaan manusia kepada Allah sepenuhnya. Oleh itu kita perlulah bermotivasi tinggi untuk mendidik dan dididik kerana kitalah sebenarnya mengajak manusia kepada Allah maka kita memerlukan ciri-ciri yang dikehendaki oleh-Nya. Janganlah kita gopoh atau lalai kerana dakwah Islamiyah memerlukan nafas yang panjang. Ia bukan bulan dicapai sehari dua, setahun atau beberapa tahun kemudiannya, tetapi memakan masa yang begitu lama sehinggalah hari kiamat.

Kita juga menyakini bahawa segala sumbangan dan kerja mengislah masyarakat akan di nilai oleh Allah Taala. Inilah bekalan kita untuk kehidupan di negeri akhirat nanti. Firman Allah bermaksud : 

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya atas segala apa yang kamu kerjakan" (Surah Al Hasyr: 18)



And the reason...

Monday, 30 April 2012

People kept on asking me why I don't participate in a debate competition anymore.

I said "...because of reasons". haha

Well, the truth is....


I was a debater. But when I'm in a competition, I'll always aim to win. Then I'll do whatever it takes to win. Thus I might say false facts, random false sentences, or even contradict my own principle towards an issue in order to win. Truly, I feel bad. Even if I win, I'll still feel bad. Because naturally, I'm not a debater. I love to explain to people, in a motivating way. And that's not what you can do when you're debating.

To say things seems easy. To me, yes and no. I can say every word I wrote, but then I'll ask myself for the truth behind each word. I'm not a kind of a person who just say things without doing things.

The sudden feel of horror I felt every time I debated enthusiastically made me realize how I had done so many mistakes with my tongue and my mind.

Do what you say~

Untuk kamu dan aku

Friday, 13 April 2012

Hari ni hari yang cukup indah.

Kenapa?

Hari ni hari Jumaat. Kamu dah selawat? Belum? Allahumma solli 'ala Muhammad :)

Kamu dah baca surah Al-Kahfi? Belum? Tutup laptop kejap, ambil wudhu', buka Al-Quran, surah Al-Kahfi. Baca sampai habis ya. Kalau ada kesempatan, baca sekali tafsirnya. Kalau ada kelapangan, tadabbur ayat-ayatnya :)

Hari ni hari yang cukup indah.

Kenapa?

Hari ni hari Jumaat. Kak Natrah selalu pesan kat kami, anggaplah setiap hari Jumaat itu kiamat kecil untuk kita. Hari kiamat nanti pun hari Jumaat kan? Maka, haruslah kita bersedia sentiasa ya :)

Hari ni, juga hari yang sangat istimewa.

Kenapa?

Malam tadi kawan-kawan datang rumah saya. Kami dah lama tak jumpa. Kami buat discussion, kemudian kami qiamullail berjemaah. Seronok. Bahagia.

Kami buat tazkirah subuh. Macam-macam input yang saya dapat.

Kami buat sesi muhasabah. Seorang sahabat tekankan tentang tarbiyah ruhiyyah. Betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Betapa pentingnya kita meletakkan Allah sebagai yang paling utama dalam hati kita. Tahu kenapa? Sebab segalanya terjadi dengan izin Allah. Maka, cintailah Dia yang memiliki semuanya.

Kita nak macam-macam dalam hidup kita. Kita nak keputusan cemerlang. Kita nak rezeki melimpah ruah yang berkat. Kita nak keluarga yang bahagia. Kita usaha, usaha dan usaha macam-macam untuk dapatkan apa yang kita nak. Di samping berusaha, jangan sesekali kita abaikan hubungan dengan Allah. Sebab, hanya dengan izin Allah, kita akan dapat apa yang kita nak :).

Kemudian, seorang sahabat bercerita tentang keperibadian ulama'. Allah....cukup kagum kami dengan ulama'. Tetapi, sesuatu yang merugikan kita adalah kita suka bercerita tentang keperibadian ulama', tetapi kita tidak memperibadikan ulama' dalam diri kita. Maka jadilah kita seorang manusia yang sangat mengagumi orang yang hebat, tetapi tidak berusaha menjadi hebat juga. Begitulah juga kita dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Siang malam kita membaca, mengkaji dan bercerita tentang sunnah-sunnah baginda. Namun kita suka berhenti setakat itu. Kita berat untuk melangkah ke peringkat seterusnya, iaitu mengamalkan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Seorang sahabat saya pernah berpesan, orang ramai suka bercerita tentang sunnah Rasulullah. Tetapi tidak ramai yang mampu istiqamah dalam mengamalkan sunnah baginda berjuang di medan dakwah. Sedangkan itulah antara sunnah besar yang kita dituntut untuk mengamalkannya. Semoga kita istiqamah melahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan ikhlas mengamalkan sunnah perjuangan baginda :).

Dalam tazkirah subuh tadi juga, sahabat saya berpesan tentang ikhtilat. Sebagai seorang pelajar, seorang yang berpersatuan, seorang yang banyak bermuamalat dengan hamba Allah bernama ikhwah, kita selalu terlepas pandang bab ikhtilat. Bukan kita tak tahu. Tapi selalu lupa. Alhamdulillah, Allah datangkan sahabat-sahabat saya untuk beri peringatan kepada saya. Dari segi percakapan, dari segi perbuatan, jaga lah ya. Kadang-kala kita rasa tak ada apa-apa pun. Kita hanya ketawa, buat lawak sikit-sikit saja. Tapi sebenarnya benda-benda kecil itulah yang memberi penyakit kepada hati kita. Lama-kelamaan ia akan membarah. Bahaya sebenarnya. Sangat bahaya. Terutama untuk para dai'e yang menyeru manusia ke jalan Allah. Penyakit hati ni kebanyakannya kita tak nampak dan kita tak sedar. Yang kita sedar, apabila telah mendatangkan kesan negatif kepada kita, dan lebih teruk lagi, kepada dakwah yang kita bawa. Na'udzubillah min zaalik.

Kita cuba ya. Kita usaha, jaga betul-betul batas pergaulan kita. Sahabat saya pesan, meskipun kita sudah bertunang, kita tetap wajib menjaga batas pergaulan kita dengan ikhwah tersebut.

Kepada awak, saya minta maaf sangat sangat sangat sebab selama ini banyak tidak menjaga ikhtilat. InsyaAllah, kita cuba usaha sungguh-sungguh. Kita jaga segala aspek. Moga Allah berkati kita hingga ke syurga. 

Kemudian, seorang sahabat saya memberi satu quote yang best.

"With knowledge, comes responsibility"

Biasanya kita dengar, with great power, comes great responsibility kan? Tapi kali ini kita ubah sikit, ikut kesesuaian dengan kita.

"Orang yang tidak memiliki apa-apa tidak mampu memberikan apa-apa"

Kedua-dua quotes ini berkaitan. Apabila mempelajari sesuatu ilmu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikannya kepada orang lain. Semuanya perlu berjalan seiringan. Sama seperti amar ma'ruf nahi mungkar. Kita tak boleh berhenti setakat menyeru manusia ke arah kebaikan sahaja, dan meninggalkan tanggungjawab kita untuk mencegah kemungkaran. Kadang kala kita beralasan, apabila kita menyeru manusia melakukan kebaikan, secara semulajadi dia akan meninggalkan kemungkaran.

Tidak. Jika begitu halnya, tidaklah Allah menyatakan suruhan mencegah kemungkaran. Hakikatnya, Allah menuntut kita menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Maka, menjadi tanggungjawab kita selaku hamba Allah yang faham tentang agama ini dan yang menyedari peranan diri sebagai dai'e untuk melaksanakan amanah besar ini. Marilah kita kurangkan memberi alasan (yang difikirkan logik) sedangkan tidak bertepatan dengan perintah Allah. Ingat ya. Kita ni hanya hamba :).

Banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan. InsyaAllah, ada kelapangan, saya sambung di post yang lain :)




p/s: sahabat saya sentiasa bersungguh-sungguh berpesan kepada saya; carilah dari mana datangnya sumber ilmu yang kita pelajari itu. Kaji, siapakah ulama' yang menyampaikan ilmu tersebut. Supaya kita lebih yakin dan terkesan dengan ilmu yang kita pelajari :)

Zon selesa itu zon bahaya

Wednesday, 21 March 2012

Hari ini pemuda pemudi kita lebih kenal penyanyi daripada kenal ulama'.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih peka isu bola sepak daripada isu umat Islam.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih risau diri sendiri tak dapat makan best-best daripada risau orang miskin yang sentiasa kelaparan.

Hari ini pemudi kita lebih cemburu tengok orang pakai shawl lagi lawa daripada dia, berbanding cemburu tengok orang ada ilmu lebih daripada dia.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih risau Justin Bieber masuk hospital daripada risaukan saudara Islam yang setiap hari terkorban.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih sibuk mengedit gambar untuk di upload ke facebook daripada sibuk update tentang perihal Islam dan umatnya.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih gemar menghias tubuh dan wajah dengan aksesori mahal daripada menghias hati dan jiwa dengan iman dan taqwa.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih takut kepada orang yang zalim berbanding Tuhannya sendiri.

Hari ini pemuda pemudi kita dalam hatinya banyak perasaan takut. Takutkan macam-macam kecuali Tuhannya.

Hari ini pemuda pemudi kita hanya mampu melihat kemungkaran lalu bercakap-cakap belakang, daripada mencegahnya.

Hari ini pemuda pemudi kita hanya mampu menyatakan rasa kasihan terhadap kesusahan yang menimpa orang lain, tidak sama sekali membantu.

Hari ini pemuda pemudi kita hanya mampu mengambil tahu, tetapi tidak berfikir dan bertindak.

Hari ini pemuda pemudi kita hidup bagaikan dunia ini kekal, seakan-akan lupa kewujudan akhirat.

Hari ini pemuda pemudi kita menyesakkan hati dengan perkara-perkara melalaikan, sedangkan hati itu hanya untuk Tuhan.

Hari ini pemuda pemudi kita hidup tanpa roh. Roh Islam yang hilang dari diri masing-masing.

Pemuda pemudi itu siapa?

Kita semua.



Sama tapi tak serupa

Thursday, 8 March 2012

Mereka dikepung tentera-tentera Basyar siang dan malam,
Minda kita dikepung ejen-ejen Yahudi siang dan malam.

Mereka disekat daripada menerima bekalan makanan dan ubat-ubatan,
Kita tersekat daripada menemui dan menerima jalan kebenaran.

Mereka dipisahkan daripada keluarga mereka yang mereka cinta,
Kita terpisah daripada agama suci yang menyelamatkan kita.

Tubuh mereka dibelai dengan sepak terajang,
Tubuh kita dibelai dengan hedonisme dan fahaman songsang.

Setiap hari bayi suci mereka ditikam dan terkorban,
Setiap hari bayi luar nikah di negara kita dilahirkan.

Jasad mereka dihujani peluru-peluru liar,
Jiwa kita dihujani dosa-dosa yang mekar.

Tubuh mereka disembelih hingga bumi bersimbahan darah,
Aqidah kita disembelih tak siapa pun mampu marah!

Kita menangis melihat keadaan mereka,
Barangkali mereka lebih sedih melihat nasib kita.

Kita, mereka, sama sahaja statusnya bukan?
Kita, mereka, sama-sama sedang dihapuskan bukan?
Kita, mereka, semua perlu kepada jihad bukan?
Kita, mereka, sama-sama dalam bahaya.

Sedarkah kita?




Hikayat seorang genius

Friday, 20 January 2012


Salam Jumaat. Allahumma solli 'ala Muhammad.

-Hari ini bermula dengan menelaah buku Virology, berusaha memahami dan menghafal ilmu. (Sarah, berusahalah dan berdoalah agar kamu faqih ilmu2 yang kamu pelajari).

-Kemudian diikuti dengan perbahasan tentang sudut pandang manusia. Atau lebih mudah dikatakan, pemahaman manusia tentang sesuatu itu berbeza. Ada macam2 pendapat dan pandangan. Hikmah Allah menciptakan manusia memiliki akal yang unik. HikmahNya lagi adalah supaya manusia dapat berbincang, dan bertukar-tukar fikiran, seterusnya memperbaiki ketamadunan manusia pada zaman ini.

Aku selalu terkesan dengan realiti manusia mempunyai pandangan yang berbeza2. Sebab bagi aku, pandangan yang berbeza itu adalah hikmah yang sangat besar Allah anugerahkan untuk sekalian manusia. Cuma silapnya manusia, ada yang taksub, ada juga yang jumud. Taksub dengan pandangan sendiri membawa kepada perbalahan. Begitu juga dengan jumud, tidak mahu menerima pandangan orang lain, akhirnya membawa perpecahan. Pandangan yang aku maksudkan di sini tidak termasuk hukum2 kekal yang telah tercatat dalam Al-Quran. Kerana pandangan yang bertentangan dengan hukum yang ditetapkan Allah ternyata sama sekali salah.

Keunikan akal manusia yang mampu memberi banyak pandangan yang berbeza tentang sesuatu perkara, semuanya datang dari Allah. Menjadi tugas kita untuk menyusun dan meletakkan pandangan kita itu pada tempat yang sepatutnya. In other words, gabungkan pandangan yang berbeza2 itu, buat penambahbaikan dan hasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada semua. Nah, indah kan nikmat Allah?

Cuma...itulah, mungkin kerana kita ini terlalu banyak dosa, setiap hari meletakkan titik2 hitam di hati, kadang kala lupa pula untuk mencucinya. Mungkin kerana itu kita terhijab daripada melihat ke hadapan, menyingkap hikmah yang Allah nak beri kepada kita. Seringkali kita lihat sesuatu dari satu sudut sahaja. Sedangkan, ilmu Allah itu luas. Mungkin kerana hati yang hitam itu, cara kita untuk menyampaikan kebaikan itu tidak berkat, tidak diterima.

Ini sebagai muhasabah diri sendiri. Aku rasa, elok la kita ni, selaku penuntut ilmu, usaha bersihkan hati setiap masa, disamping menuntut ilmu bersungguh-sungguh. Agar kita menjadi orang yang bertaqwa. Agar, ilmu yang kita pelajari ini ada roh, bukan ilmu yang kosong semata-mata. Mohon lah kepada Allah selalu agar dikukuhkan iman, ditingkatkan ketaqwaan, supaya setiap pandangan kita mendapat cahaya daripada Allah.

Ya, susah. Susah nak bersihkan hati ni. Sebab tiap2 hari bersihkan hati, lepas tu kotor balik. Sebab lepas solat, ada drama depan mata, ada video2 konsert, ada DUNIA. Lepas pergi kelas agama, ada FB untuk buang masa. Lepas qiamullail, ada macam2 perkara lagha untuk dibuat.Tapi, tak mustahil untuk kita bersihkan hati ni dan istiqamah menyucikannya sampai mati. Tak mustahil, sebab Allah dah sebut dalam Al-Quran, surah At-Talaq, ayat 2-3:



"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah swt (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya (Allah swt) akan menjadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri semata-mata kepada Allah swt, maka Allah cukupkan baginya (menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendakiNya. Allah swt telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.



Pinta jalan keluar dari belenggu maksiat. Mohon diberikan petunjuk untuk keluar dari kehidupan yang berpaksikan dunia, bukannya akhirat. (cakap senang, buat susah). Ya, betul. Kita cuba, kita usaha sama-sama ya.

-Kemudian aku mengisi saat2 akhir Jumaat ini dengan membaca beberapa huraian tentang sistem saluran ilmu dari Tuhan. Senang cerita, aku kongsi sikit apa yang aku baca. Copy paste dari sebuah artikel:



Tuhan itu pemimpin bagi manusia. Tuhan jugalah yang mengajar ilmu kepada manusia. Tuhan salurkan ilmu itu kepada manusia dengan berbagai-bagai cara mengikut tahap dan taraf manusia itu sendiri. Ada ilmu yang Tuhan salurkan kepada para nabi dan rasul. Ada ilmu Tuhan berikan kepada ahli-ahli hikmah atau Al Hakeem. Ada ilmu Tuhan beri kepada para mujaddid dan mujtahid. Ada ilmu yang Tuhan salurkan kepada orang yang bertaqwa. Ada juga ilmu yang Tuhan beri kepada ahli-ahli fikir, ahli falsafah atau para filasof.

PARA NABI DAN RASUL

Para nabi dan rasul dididik terus oleh Tuhan tanpa campur tangan manusia. Oleh itu para nabi dan rasul mempunyai jiwa yang begitu teguh dan kuat hingga mampu menerima wahyu Kalau wahyu diturunkan kepada orang yang bukan nabi atau rasul, dia tidak akan tahan. Dia akan mati. Akan hancur-luluh jiwanya kerana kesan wahyu kepada jiwa itu sungguh hebat. Rasulullah sendiri berpeluh-peluh dan seperti demam apabila menerima wahyu. Kalau wahyu diturunkan kepada bukit atau gunung, nescaya ia akan pecah berkecai.
Di antara sebab wahyu tidak lagi diturunkan pada waktu atau zaman ini adalah kerana sudah tidak ada lagi manusia yang begitu kuat jiwanya hingga mampu menerima wahyu. Dalam erti kata yang lain, Tuhan tidak didik lagi manusia seperti mana Tuhan mendidik para nabi dan rasul selepas Rasulullah SAW.
Di samping jiwa yang kuat hingga mampu menerima wahyu, para nabi dan rasul juga dibekalkan oleh Tuhan, fathonah. Fathonah adalah gabungan antara kekuatan fikiran (akal) dan kekuatan roh yang luar biasa yang hanya diberi kepada para nabi dan rasul. Orang biasa tidak diberi fathonah. Fathonah bukan setakat bijaksana. Bijaksana adalah untuk orang biasa. Fathonah lebih tinggi dari bijaksana. Dalam Bahasa Melayu tidak ada istilah yang bermaksud fathonah. Oleh itu istilah bijaksana digunakan walaupun ia tidak tepat. Fathonah adalah untuk mendapat ilmu dari wahyu dan untuk menerima agama dari Tuhan.
Fathonah adalah seratus peratus anugerah dari Tuhan tanpa perlu diusahakan. Kerana kekuatan dan kebersihan jiwa serta fathonah yang ada pada para nabi dan rasul, mereka boleh beramal tanpa perlu bermujahadah. Tidak ada apa-apa dalam diri mereka yang menjadi penghalang atau penentang untuk beramal sama ada akal ataupun nafsu. Mereka itu rupa saja manusia tetapi roh mereka seperti malaikat. Dengan fathonah 'ni. para nabi dan rasul mendapat tiga perkara iaitu:
  1. Dapat hafal wahyu lafaz ke lafaz
  2. Faham wahyu
  3. Tidak akan terlupa wahyu sampai bila-bila.

AHLI HIKMAH, MUJADDID DAN MUJTAHID

Umumnya pada ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid, mereka pada awalnya dididik oleh manusia sebelum Tuhan mengambil alih mendidik mereka. Pendidikan ahli hikmah ini ada campur tangan manusia. Oleh itu jiwa mereka tidak seteguh atau sekuat jiwa para nabi dan rasul. Mereka tidak mampu menerima wahyu.
Ahli hikmah ini tahu apa yang orang lain tidak tahu. Mereka nampak apa yang orang lain tidak nampak. Mereka diberi Tuhan ilmu-ilmu yang mendalam, halus dan seni.
Ahli hikmah ini wujud di zaman sebelum Rasulullah dan juga di zaman selepas Rasulullah. Kalau mereka diberi hikmah di zaman sebelum Rasulullah, mereka dikatakan ahli hikmah. Contohnya adalah Luqman Hakeem yang ada diceritakan dalam Quran. Kalau mereka diberi hikmah di zaman selepas Rasu lullah, maka ada dua bentuk. Sama ada mereka itu mujaddid atau mujtahid. Mujaddid itu adalah pemimpin untuk semua umat selepas Rasul. Mujtahid itu membawa ilmu untuk semua umat selepas Rasul. Mereka lebih memahami agama dari ulama-ulama yang lain yang sezaman dengan mereka. Mereka faham ilmu yang seni dan tersirat.
Kalau para nabi dan rasul diberi Tuhan fathonah maka ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid pula dianugerah Tuhan dengan hikmah. Hikmah juga adalah gabungan antara kekuatan fikiran (akal) dan kekuatan roh. Hanya ia tidaklah setinggi dan sehebat fathonah. Dengan hikmah, ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid dapat menerima ilham. Mereka mungkin tidak dapat hafal dari lafaz ke lafaz, tetapi mereka dapat faham dan dapat ingat. Cukuplah ini bagi mereka kerana mereka bukan sumber agama seperti nabi dan rasul. Mereka hanya membawa pembaharuan agama. Kalau fathonah itu seratus peratus anugerah dari Tuhan, hikmah ini 60% anugerah dan 40% mujahadah.
Selemah mana pun umat Islam di akhir zaman, Islam tidak akan padam atau hilang kerana adanya mujaddid dan mujtahid vang dilahirkan pada setiap zaman.

ORANG YANG BERTAQWA

Orang bertaqwa juga diberi Tuhan ilmu kerana ketaqwaan mereka. Ada firman Allah SWT:
Maksudnya: "Kalau kamu bertaqwa, Allah akan ajar kamu ilmu." (Al Baqarah: 282)
Ada Hadis yang mengatakan:
Maksudnya: "Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu." (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)
Taqwa itu adalah sumber ilmu. Taqwa ini adalah 20% anugerah atau wahbiah dan 80% mujahadah.

AHLI FIKIR

Ahli fikir ialah orang yang tajam fikiran (akal) tetapi tanpa mh. Roh mereka tumpul dan tidak berperanan. Mereka ini boleh
jadi:
  1. Genius (abqari)
  2. Cerdik biasa (zaka')
Ahli fikir ini mendapat ilmu hanya dari saluran fikiran Mereka semata-mata sama ada dari apa yang mereka belajar, dari apa yang mereka perhatikan atau daripada hasil ujian dan kajian yang mereka lakukan. Mereka dapat ilmu tetapi tidak daPat taufik dan hidayah (pimpinan dan petunjuk).
Genius itu adalah pengasas. Dia mengasaskan sesuatu teori atau penemuan. Zaka' itu adalah penghurai. Dia memperpanjangkan teori atau penemuan yang dibuat oleh genius. Contohnya, Einstein ialah seorang genius yang mengasaskan teori tenaga atom. Ramai za/ca'selepasnya menghurai teori itu dan mencipta reaktor tenaga atom dan bom atom. Dengan teori yang sama, mereka kini mencipta reaktor tenaga nuklear dan bom nuklear.
Ulama juga ada yang menjadi ulama hanya dengan kekuatan fikiran mereka semata-mata tanpa penglihatan roh. Mereka belajar ilmu agama seperti orang belajar ilmu sains, matematik, sejarah dan lain-lainnya di kolej dan universiti. Mereka mengaji, belajar, mengumpul dan membahas ilmu agama yang lahir dan tersurat hanya dengan menggunakan akal. Ilmu mereka tannpa roh. Ulama seperti ini juga tidak akan dapat taufik dan hidayah. Mereka hanya dapat ilmu, rohnya tidak ada. Ilmu mereka itu tidak menimbulkan rasa, kesedaran dan keinsafan. Ilmu mereka tidak dapat memimpin dan mendidik mereka. Dengan ilmu mereka, mereka tidak dapat rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Ilmu mereka itu, walaupun ianya ilmu agama, tidak dapat membuahkan akhlak pada diri mereka mahupun pada orang lain. Mereka hanya suka berbahas, bermujadalah dan menunjuk-nunjuk kelebihan ilmu mereka. Mereka mudah tertipu dengan dunia, nafsu dan syaitan.
Ahli-ahli fikir ini termasuk ahli-ahli fikir dalam bidang agama. Kalau hendak mendapat taufik dan hidayah, mestilah ikut mujaddid. Kalau tidak, mereka akan hanyut jauh dari Tuhan dengan ilmu mereka itu.
Ahli-ahli fikir ini, makin mereka berilmu, makin mereka akan sesat dan akan jauh dari Tuhan. Apa pun yang mereka kata atau cipta, hanyalah berbentuk ideologi semata-mata yang tidak ada Tuhan di dalamnya. Apa pun yang mereka kata atau cipta tidak akan membawa kepada Tuhan. Mereka tidak dapat taufik dan hidayah. Roh mereka mati. Ideologi itu hakikatnya adalah sekularisma. Sekularisma menafikan Tuhan.



-Saya tidak kata petikan daripada artikel di atas seratus peratus betul, sebab ada bahagian tertentu yang ditulis oleh penulis tersebut melalui pandangan beliau sendiri. Cuma di sini, eloklah kita selaku penuntut ilmu, muhasabah diri kita. Cubalah sedaya upaya untuk berlaku adil terhadap ilmu2 yang kita pelajari. Jangan campuri ia dengan maksiat dan nafsu duniawi.

Kerana 'Ilmu itu cahaya Allah. Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat".

Wallahu a'lam~

note: tajuk tiada kaitan dengan apa2.

Ngantuk je kejenye...

Friday, 13 January 2012

Di musim exam ni, setiap hari aku mesej ibu. Bukan sehari sekali. Kadang-kadang sampai tak terkira. Mesej kenapa? Takkan cuak sangat nak exam kot? 

Haa...takde la setiap kali mesej tu asyik cakap "Bu, takutnye nak exam. Bu, takut la. Takut ni,". Haha. Tak la macam tu. Macam takde kerja lain pulak kan. 

Bila aku check balik sent messages yang aku hantar kat ibu, kebanyakannya berbunyi 
"Bu, ngantuk la,"
"Ngantuknye bu. Banyak lagi tak baca ni"
"Agaknye kalau tido dulu boleh tak? Pagi esok lepas subuh sambung baca,"

Haa...point utamanya: MENGANTUK!

Aku tak tau la orang lain mengalami masalah yang sama atau tidak. Tapi selaku manusia yang mempunyai character cepat bosan + mudah hilang fokus, aku rasa masalah mengantuk ni menyusahkan betul. Jadi, selalu la aku mesej ibu, minta nasihat, minta nak dengar suara ibu (minta ibu call. jimat kredit. heh), minta ibu doakan supaya anaknya ni tak la asyik mengantuk je. 

Macam-macam nasihat ibu bagi. Biasanya, lepas aku mesej, ibu mesti call. Nasihat itu ini. Bagi kata-kata semangat. Last sekali ibu mesti kata "Haaa...ni dah dengar suara ibu ni mesti segar sampai esok kan?". Hehe. 

Kadang-kadang ibu tak sempat nak call, ibu reply je mesej aku, bagi kata2 semangat. 

Baru tadi, lepas solat Zohor, aku rasa ngantuk tahap dewa. Ape kena entah. Barangkali dah lama tak exercise, badan jadi lesu. Huh. Cepat la habis exam. Tak sabar nak workout (ye2 je kan). Lepas solat, aku tenung buku Parasitology. Haishhh...macam mana ni? Kata nak khatamkan 10 kali sebelum exam. Aku hanya ada hari ini dan esok je. Lusa dah exam. Arghhh....mata oh mata. Sila lah bantu saya!

Maka aku pun mesej ibu "Ngantuk.....". Tunggu, tunggu, tunggu, ibu pun reply. "Jogetlah kojap".

Bahahahaha! Mesti ibu dah bosan aku asyik mesej benda yang sama je hari2. Last2 ibu dah tak mesej nasihat panjang2, tapi buat lawak. Hahaha. Segar terus mata ni. Serius. Can you imagine you're talking face-to-face with your mom, and you tell her that you're too sleepy to study, then she suggests you should dance? Aha. My mom rocks.

Aku pun reply "Tongah dongar khutbah Jumaat ni. Takkan nak joget pulak,". Sambil sengih2 seorang diri. Haha. Kelakar la ibu ni. Kesian ibu kena layan kerenah anaknya yang jauh ni. 

Anyway, masih ada lebih kurang 40jam sebelum exam Parasitology. Aku mengharapkan hati, akal dan mata serta seluruh roh dan jasad memberi kerjasama yang padu agar perjuangan aku di dunia ni tak sia-sia. Come on Sarah. Go against your desire!



Tadi ada sahabat share video ni kat Facebook. Maybe boleh diaplikasikan.



Bawah ni ada video yang cukup bermanfaat. Tengok, jangan tak tengok!!




Allah...Allah...Syeikh khatam kan buku 17 kali kot! Aku sekali pun payah. Ayuh, muhasabah.

Fokus! Ketepikan yang lain.

Sucikan rohani. Banyak hitam di hati, maka banyaklah malasnya.

Terima kasih Syeikh. Nasihat yang cukup berguna ^____^

Related Posts with Thumbnails