1. Mahukan sesuatu dari tuannya, perlu ambil hati tuannya dahulu. Setuju?
2. Saya mahukan sesuatu milik Tuhan. Jadi saya perlu buat Tuhan gembira dengan saya kan? Semua benda pun milik Tuhan.
3. Mengambil hati dan mengampu adalah dua benda yang berbeza. Perlu jelas kedua-duanya.
4. Bagi saya, bukanlah dinamakan mengambil hati sekadar dengan cara 'like' status, atau gambar di mukabuku. Ataupun dengan cara tag banyak-banyak. Atau dengan cara memuji itu ini. Alaaa...ini pandangan saya. Mungkin anda tak setuju. Tak mengapa.
5. Jika kita hendak kahwin, dan perlu mengambil hati bakal ibu dan bapa mertua; saya pilih untuk sentiasa mendoakannya dalam doa saya. Biar lah dia tak tahu. Tapi Allah tahu kan?
6. Bagi saya cara begitu lebih honoured. Kerana saya takut terselit kepura-puraan dalam usaha mengambil hati. Ini bagi saya. Anda tak setuju, tak mengapa.
7. Mungkin saya perlu beli buku 'How to Influence People and Make Friends' dan telaah sampai hadam. Kalau ada buku 'How to Delight Older People' pun bagus juga.
8. Dah la. Saya tak tahu nak cakap apa.
9. Tapi saya nak bagi tahu, bukan saya tak usaha! Cuma saya bukanlah seorang pengampu.
10. Mengambil hati perlu seni, perlu kena pada masa dan tempatnya. Perlu ikhlas~
rasa mahu melompat lebih tinggi
p/s: jangan salah faham. entri ini bukan mahu membuat perbandingan apa-apa
pps: comparisons should only be made on stuffs worth it
ppps: gua tak kecik hati pun der. cuma rasa sedikit terhina sebab gua bukan orang lain. gua adalah diri gua. maka...tak perlu bandingkan cara dan usaha gua dengan sapa2.
"Sarah, nak join tak debate nanti?" tanya Diana dengan tenang lepas habis class beberapa hari yang lalu. Aku yang tengah syok berangan tiba2 tersentak mendengar pertanyaannya. Debate??? Ohoho... Wrong number, sila cari orang lain. Serta merta muka terasa seperti pucat lesi, satu badan rasa seram sejuk. Benarkah apa yang aku dengar?
"Err...ok. Akan dipertimbangkan," rasa macam diawang-awangan.
Balik je rumah, sign in FB, ternampak post Farah tentang debate juga. Haishh...apasal sume orang cakap pasal debate je ni? Did I miss something? Oh....sempena Medicophilic Week rupanya. Ok, sangat menarik. Susah nak jumpa English debate kat sini. Terkenang zaman2 kegemilangan menceburkan diri dalam English debate. Ada suka, ada duka. Tapi konklusinya bahagia dapat pengalaman berharga (apesal ayat mcm rhyme je?? haha...).
NO.
Itulah jawapan awal yang terbit dalam pemikiran aku. Bagi pelawaan Diana, mahupun Farah. Aku nggak bisa masuk pertandingan itu....jawapanku untuk Inn.
Kenapa dan mengapa??? Bertalu2 soalan itu menghujani diri ini. Tak mahu beri 1001 alasan, tapi aku tidak mahu join. Namun orang lain masih memerlukan alasan kukuh kenapa aku tak nak join. Is it because of the great M? (malas). Sudah tentu tidak. Boleh blah la sape yang tarik diri sebab malas. Sesungguhnya, aku pernah hampir2 bersumpah (ntah2 memang dah bersumpah betul2 kot....) dalam diri, bahawa aku tak akan lagi berdebat di bumi Mesir ini. Atas sebab apa? Semuanya gara2....
1. 'Debaters are liars'. Aku tak ingat siapa insan yang memperkenalkan quote ni kat aku. Mungkin jugak menerusi movie aku tau pasal quote ni. Bukan nak kata ape, tapi ada kebenarannya. Dan aku bukan di sini nak menuduh sume debaters itu penipu, tapi paham2 je lah sape2 yang rasa memang seperti itu.
Alkisahnya, aku mula berjinak2 dalam arena perdebatan Bahasa Inggeris ni since Form 3. Tiada langsung pengalaman menarik sebelum tu. Naik je Form 3, tiba2 teacher suruh masuk English debate. Time tu takde pulak rase nak cakap NO sebab Aishah & Herda ada sekali. Memandangkan ianya English, maka aku bersetuju dengan senang hati, hehe. Dapat2 pulak team dengan akak2 Form 5 yang mantap; Kak Zetty & Kak Biha.
Teringat lagi pengalaman menonton pertandingan debate time Form 2. Aku sesungguhnya sangat blur, dan tidak mengerti apakah yang sedang berlaku (osah eh...). Dan level English ku time tu boleh dikategorikan 'tidak membanggakan' sebab.... selesai je debate, aku bisik kat Herda: Diorang debate pasal ape ek? Ermm...influence tu ape ek? Tak paham la...
Aku pun tak ingat macam mana reaksi muka Herda time tu, haha. See? Influence pun aku tak tau ape maksudnye. Dah la perkataan tu key-word. Ish3.... Form 2 time tu ok?!
Apabila aku disenaraikan sebagai one of the debaters among the 5, maka mulalah berhempas pulas mengayakan vocabulary dalam otak ini. Macam2 cara jugak yang aku buat. Tapi yang paling best, let the dictionary be your best friend :). Memandangkan aku sangat menggemari movie Harry Potter time tu, maka secara tidak langsung, aku menghafal skrip2 dalam movie tu beserta gaya dan accentnya sekali. Nak tak nak, memang melekat lah bunyi British. Dan aku pulak tak sedar, mane ade orang debate peringkat sekolah pakai British accent! Hadehh....
Tapi time teacher Hana suruh kitorang praktis baca teks debate depan dia, dia komen: -Wow...you have British accent. Good. -But you sounded like a newsreader.
Pekkk! Macam kena lempang sekali kat muka ni. Macam pembaca berita?? Hati rasa menggelegak je time tu. Sampai hati teacher cakap camtu. Tapi bila aku dengar Kak Zetty & Kak Biha present, barulah sedar yang aku ni sangatlah monotonous dan berkemungkinan besar orang lain boleh tido nyenyak dengar aku berbahas. Haha. Time tu tinggal lagi seminggu je nak preliminary round. Kami akan lawan sekolah St. Paul, juara bertahan yang digeruni ramai. Kak Zetty akan jadi 1st speaker. So, teacher tengah nak pilih antara aku, Aishah dan Herda, siapa yang akan jadi 2nd & 3rd speaker. Manakala Kak Biha sebagai simpanan. Mendengar presentation aku yang sangat monotonous macam pembaca berita tu, teacher Hana kata: I'll let Herda be the 2nd speaker for now. Sarah, try to practice more and have some face expression. We'll do another practice a few days before the competition next week.
Kejelesan melanda diri apabila aku tak terpilih sebagai speaker. Tapi redha je la. Sape suruh bunyi & gaya macam pembaca berita, haha (gelakkan diri sendiri....).
But then...things changed.....
Keesokan harinya, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad aku menghadiri kursus MAP kat KL. Some sort like kursus motivasi untuk students. I was in Form 3 at that time. Of course ibu berusaha memantapkan anak gadisnya ini. Thanks ibu <3. Sesuatu kat kursus tu mengubah hidup aku selamanya. Pengelola kursus tu, (tak ingat sape name dia, tapi terkenal jugak....Tengku Asmadi? camtulah kot...) conduct program tu dengan SUNGGUH bersemangat sekali! I was really inspired by the way he talked at that time. Entah macam mana, aku terdorong untuk follow cara dia bercakap. Bukan monotonous, penuh dengan expression dan sangat convincing. Hanya melalui kursus 2 hari tu, aku berjaya mengubah cara aku berdebat. Dan hasilnya, teacher Hana suruh aku jadi 2nd speaker for the first round. And guess what?? We won! We won over St. Paul yang dulunya juara bertahan! Semua orang pun terkejut beruk, apatah lagi kitorang ni. St. Paul kalah 1st round! Ajaib bin aneh = alhamdulillah.... :).
And we made it through. Pusingan demi pusingan, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke peringkat negeri. Dan tewas kepada SMK KGV di peringkat akhir. Puas hati. Usaha berbaloi. Then for the next two years, kami meneruskan tradisi menewaskan St. Paul di pusingan awal2 dan menyaksikan SMK S2 menjadi musuh ketat kami.
Pengalaman berdebat dengan ramai orang dari sekolah yang berbeza memberi sesuatu yang sangat berharga. Aku dapat menilai kualiti isi seseorang, tahap keyakinannya, tahap pemahamannya terhadap tajuk debat, beza pemikiran debater lelaki dan perempuan, serta banyak lagi. Oh ye...aku juga dapat tahu, bukan aku sorang je yang guna British accent. Ade sorang lagi perempuan Cina pun same, hihi. Tapi sorang tu je la.
Namun, disebalik semua itu, aku juga dapat melihat 'the dark side' of debaters. Ini tidak merujuk kepada semua debaters, tapi sesetengah. Debaters are liars- sangat obvious apabila berada di peringkat semi-final dan final. Masing2 bertungkus lumus untuk menang. Time tu dah tak peduli, menipu atau memutar belit fakta, semua dilakukan dengan aim untuk menang. Arghh...aku cukup benci situasi itu. Apabila mengenangkan kembali, aku pernah terjerumus dalam perbuatan tersebut. Dan atas sebab itulah aku tidak mahu lagi berdebat. Menipu untuk menang. Apakah?? Tak berkat weyh....
Aku suka membayangkan aku berada di tempat penonton. Kita tak boleh nak jangka, apa pemikiran mereka. Berkemungkinan besar mereka menerima hujah dan pendapat kita secara total, bulat2 tanpa membandingbezakan dengan fakta sebenar. Sungguh malang lah mereka kalau debaters hanya kelentong semata2. Aku juga tidak suka situasi di mana kita tahu pihak lawan hanya kelentong dan putar belit ayat, tapi kita tak mampu nak tegakkan kebenaran disebabkan kelemahan sendiri (mungkin hujah tak kuat, kurang keyakinan, kurang masa....dsb). Mereka menang sebab kita tak mampu patahkan hujah mereka. Sadis giler.... Aku tak mahu bersusah payah perah otak try nak putar belit fakta hanya untuk menang. Ya Allah, jauhilah aku dari perbuatan terkutuk itu. Amiiiiin~
2. Tidak pernah sekali2 pun aku menjinakkan diri dalam arena debat Bahasa Melayu time kat sekolah dulu. Tapi tiba2, time jadi student baru kat Mesir ni, kena pulak masuk pertandingan debat Bahasa Melayu kat rumah negeri ni. Bahasa Melayu?? Arghhh....kenapa mesti aku. Aku takde pengalaman laaaaaaaa. Namun, setelah dipaksa rela, aku pun join. Di saat itulah mulanya terdevelop perasaan menyampah nak berdebat dalam bahasa melayu, apatah lagi di hadapan hadirin yang hobi mereka ketawa. Akhirnya, selepas pertandingan debat negeri yang dijalankan semasa Family Day tahun lepas, aku decide untuk tidak lagi berdebat di bumi kinanah ini. Debate paling sengal yang pernah ku tempuhi dalam hidup ini. Terasa seperti sia2 berdebat di hadapan. Maka dengan itu, selamat tinggal dunia debate~
3. Tarikh debate sempena Medicophilic Week ni same pulak dengan tarikh aku nak *tuuuutt*. Well that's gonna be tough. Mampu ke aku nak concentrate nanti??
Maka sepanjang minggu ini, aku cuba mencari sebab mengapa aku perlu join debate kali ini setelah kecewa besar pada debat negeri yang lalu. (note: aku kecewa dengan penonton ok)
Pelbagai cara dilakukan oleh rakan2 seperjuangan yang cuba convincekan aku supaya masuk. Antara ayat paling best: 'cowardice is so not u lah sarah...' quoted by cik ayu melaka. thanks awiyy miss ayu! Namun aku hanya suka je dengan ayat tu. Tak affect sangat pun, hehe. Setelah melakukan perbincangan face-to-face ngan Sakinah, bincang melalui YM dengan Tamim dan Syakuragi, akhirnya aku bertemu dengan hujah yang sangat convincing dan tak mampu aku patahkan. Terima kasih semua atas sokongan anda.
Petang tadi aku berkata pada diri. Oh Sarah...sejak bila jadi penakut?? Baiklah, let's do it! (semangat hingga ke langit kot! haha...)
Namun...ditengah2 semangat tengah menyengat, datang pulak berita yang tak mahu didengar. 1 team boleh ade 3 orang je ahli. Cett. Cettttt sangat3. Sape yang buat peraturan tuh?? Dulu kat sekolah, sampai peringkat kebangsaan pun mesti ade 5 orang 1 team. Mestilah kena ade reserve kan?? Tapi, not this time. Mereka mahu 3 sahaja. Urghh...baru je buat plan baek punya: 1 team kami dianggotai oleh Farah, Inn, Diana, Dahlia and me. Kan comel tu. Tapi....apekan daya. Sekarang ni, status kami masih pending. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan.
(Inn siap offer nak belanja makan ais krim sedap kalau aku join debate ni, haha. Thanks Inn. Nanti aku tuntut. Gamba makan ais krim di Istanbul.)
Dalam bulan ni, makhluk berbadan kerdil, berotak licik ni sudah banyak kali buat hal kat imarah (bangunan) Rumah Negeri Sembilan ni. Sebelum kena kat batang hidung sendiri, pernah la beberapa kali aku terdengar desas-desus mangsa2 perbuatan makhluk ni bercerita tentang penderitaan emosi + fizikal yang mereka alami. Ada yang digigit jari time tengah tido la (sedar2 dah berdarah je jari), ada yang koyak baju rayanya, ada yang habis dimakan coklat Cadbury nya, bersepah dapur dibuatnya, tidak kurang juga najis makhluk ini kelihatan di beberapa tempat di rumah masing2. Time dengar diorang bercerita tu, aku buat muka macho je la, tak de lah nak excited sangat turut serta emosi macam mereka.
Tapi kali ni makhluk durjana itu sudah melampau! Beberapa minggu kebelakangan ini, sistem pertahanan rumah kami, 4B agak goyah sedikit memandangkan usaha beberapa ekor tikus yang siang malam mencuba untuk membuat lubang besar di pintu dapur telah pun menemui kejayaan. Makin lama makin besar lubang tu, sampai dah tak dapat lagi nak tutup. Maka, dengan senang hatinya mereka masuk beramai2 (rasanya 1 family kot, huhu) memulakan kehidupan baru di rumah kami. Selama ni diorang berdendam je, sebab kami awal2 lagi dah pasang sistem pertahanan yang agak kukuh (tapi untuk beberapa bulan je la..).
Sedikit demi sedikit, mereka mula menunjukkan taring. Mula2 dia kisai bakul sampah kat ruang tamu. Bangun2 je subuh tu, tengok ruang tamu dah penuh dengan sampah2 ringan, manakala bakul sampah hampir kosong. Beberapa hari kemudian, dia mula berani masuk ke dalam bilik. Cek2 bawah katil, dah ada 'trademark' mereka merata2. Mulalah satu rumah merungut. Nak kena bersihkan itu dan ini.
Semalam, selepas selesai solat Subuh di musolla, aku naik ke rumah dengan hati yang bersemangat nak study Histology. Tengah duduk2 atas katil, baru je nak bukak buku Histo, tiba2 terdengar bunyi aneh dari bawah katil: krett, kreettt, krettt... Telinga mula panas dengar bunyi2 halus macam tuh. Sepantas kilat aku menyiasat apa yang sedang berlaku. Dicelah2 susunan kayu, kelihatan ekor panjang berwarna kekelabuan. Cis! Tikus.... Time tu aku memang tengah bersemangat nak tangkap dia memandangkan dia dah banyak kali buat kacau kat rumah kami. Tapi belum sempat aku tangkap dia, tiba2 mata tertumpu kat sebuah objek hitam di bawah katil. Aku mencapai objek tersebut. Terdapat lubang yang agak besar padanya, hasil gigitan tikus 'bertuah' itu.
Tengok tu. Rasa nak tangkap tikus tu, pastu salut dia ngan tepung kentucky, pastu goreng garing2, then bagi kucing kat bawah tu makan ramai2. Bikin orang panas pagi2 lagi. Argghhh!!! Botol air tu LE 30 ko tau x?? Ape ko dapat kalau ko gigit pun? Tak paham betul....
Sejurus aku merungutkan perihal kejadian yang telah berlaku, Kak Zah turut serta melaksanakan operasi menangkap tikus pagi tu jugak. Kak Zah yang meninjau keadaan bawah katilnya kelihatan tekezut sebab ada banyak benda2 menarik kat situ. Plastik gula2, plastik coklat, biji limau, sabun (huh??) dan lain2 lagi. "Ko memang nak kena ni! Nakal ye!!" kata Kak Zah memberi amaran.
Namun, makhluk tersebut masih belum kami temui lagi. Siap la kamu!!
-Pesanan drpd Kak Zah: kalau ade sesape yang terserempak dengan makhluk ni, bunuh je dia, tak kisah la comel ke x-
That's the hot news today. Ya Allah...tak tahu kenapa, macam mana, sebab apa...apa2 jelah. Honestly, I have no idea that there'll be quiz today. Okay, it's my fault for not asking anyone and for not realizing earlier why everyone is busy holding the Histology Atlas. Second, I can't even remember that structure of suprarenal gland!! Why...why...why...?
Time masuk makmal Histo tu, buat muka macam biasa je, macam tiap2 hari Ahad datang nak dengar pre-lab then tengok slides. Tapi tadi tiba2 si Naser yang tak penah2 bercakap ngan aku panggil aku dan mintak nak pinjam kaler sambil tesengeh2. Aku dengan muka blur yang amat bertanya "Ha? Kaler?" Nak buat ape pulak Naser ni mintak kaler. Katanya, nak exam kang kena lukis, dia tak bawak pensel warna untuk lukis nanti.
On the spot aku rasa jantung terhenti. Ha?? Kena lukis?? Gulp. Kena lukis ape? Ya Allah...dekat nak seminggu aku tak bukak atlas tu. Maka sepantas kilat aku menyelak2 atlas, cuba merakam 3 jenis lukisan endocrine system dalam otak (dengan harapan dapat ingat details tu dalam sekelip mata).
Selepas pre-lab tentang structure terakhir bab Male Genital System, doktor pun mulakan quiz. Ada MCQ dan kena lukis sekali. Actually, dalam bab Endocrine System ada 3 structure yang kena hafal. Pituitary gland, thyroid dan suprarenal. Time tu aku sempat menjenguk pituitary ngan thyroid je. Suprarenal tak sempat nak rakam dalam kepala sebab kat muka surat lain. Tapi time kuiz tu, doktor kata: Sume orang lukis SUPRARENAL GLAND.
Argh....tidak!! Sume orang seakan-akan tercengang time doktor bagi arahan tu. Dalam hati aku: Apesal diorang tekezut? Aku ni lagi la pulak, rasa cam nak pengsan je time tu. MCQ dah la ada 5 soalan je, and I didn't read even a single word from that topic! 'Sangat menarik'. Bila dah siap buat MCQ yang tak berapa nak yakin sangat jawapannya tu, aku pun start la nak lukis Suprarenal Gland kesayanganku itu.
Ok, first2 ada connective tissue capsule kat atas dia. Aku memulakan dengan tenang. And then....a complete silence in my head and heart. Pastu ada ape lagi ek? Kalau tak silap, ada 3 layers dalam kawasan cortex tu. Tapi...macam mana bentuk structure dalam setiap layer?? Sama ke x?? Fikiran mula flash back setiap muka surat dalam atlas tu. Jumpa je muka surat berapa, warna apa, position kat mana...tapi untuk melukis, kena tahu detail. And that's when I realized I'm about to flunk that quiz. Allah... Jantungku mula berdegup makin lama makin perlahan. Terasa macam nak pengsan time tu, knowing that I might be flunking for the first time that day. Tak mampu lagi nak teruskan melukis, aku tunduk merenung lukisan yang tak sampai 15% siap. Ya Allah...apa yang aku buat ni? Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku tak gunakan akal dan ingatan yang Kau kurniakan dengan sebaik-baiknya?? Ya Allah...ampunkan aku. Memang rasa nak nangis je time tu. Tapi tak jadi sebab doktor suruh semua hantar kertas jawapan. Urghhh...berat sungguh hati nak hantar kertas tu.
Beberapa ketika kemudian, seorang lagi doktor start bincang jawapan untuk soalan MCQ tadi. Kami sekadar mendengar jawapan yang diberikan. Soalan 1: Huhh... Soalan 2: Ha?? Tu ke jawapan dia? Soalan 3: Eh... Soalan 4: Ermm.... Soalan 5: Salah...T_T. Kesimpulannya, I flunk that paper very badly.
Maka mood pun terus berubah, satu badan rasa menggigil. Lepas tengok slide, aku terus pulang ke rumah sambil melayan perasaan dalam tremco. Letih sungguh rasanya. In other words, down sungguh.
Balik2 je rumah, terus on9, bajet nak call ibu sambil nangis teresak-esak (takdelah camtu sangat). Tengok2 ibu ada on9 kat FB, tengah tunggu anak bujang kesayangannya, Aiman. Aku pun mula la bercerita kat ibu perihal kejadian hari yang tidak seberapa untung dalam hidupku.
Ibu kata: Itulah namanya kehidupan, sentiasa penuh dengan pengalaman. Hidup ni perlukan pengalaman, baru kita boleh jadi lebih baik. Pengalaman tu berharga sangat, sampai kita tak boleh nak beli. Bersyukurlah dengan apa yang berlaku. There's always lessons in life. Anak ibu kena always be well prepared ye.
Ye, terima kasih ibu. Angah bersyukur dapat ibu dan ayah yang penyayang, memahami dan sentiasa beri semangat dan kata2 yang menenangkan jiwa. Semoga pengalaman flunking this first time ever menjadi pendorong untukku terus maju ke hadapan dan tidak takut pada dunia.
Kata ayah: Tak perlu takut pada exam. Takutlah pada Allah saja.
Thanks ayah.
Kata Kak Zah: Sarah, yang dah berlalu tu lupakan. Jangan pandang belakang. Sebab....ade hantu! (sambil tesengeh2)
For the 1000th times today, I fell asleep again during the lecture. I don't know what else I could do to stop that unintended accidental habit. Honestly, it's tiring me out that I have to force myself all the time to stay awake. But I just can't! God...what else can I do? Please help me... I don't want to be called 'sleepers' by any of my friends or doctors. It's rather humiliating. I didn't even plan to sleep! Urghh...help me!!
Right now I feel like closing my eyes tightly and imagining to be at Fraser's Hill...or somewhere else enriched with nature. I just want to see some green views with fresh air and feel the cold air on my skin. Easy to say, I need a break. I need a break from all these dramatic lifestyle I'm having right now. I wish to spend some days with mom, dad and bro somewhere peaceful and green. Or perhaps an island with crystal clear water, white fine sand and calming sea breeze. Hoping that my mind and heart will pull themselves together. Well, that's just my own idea of relaxing or so called 'taking a break' from this topsy turvy life.
Why am I writing in English out of a sudden?? Simply because I want to and I feel like my English is decreasing from something to zero, as a result of lack of usage. Gosh....what a waste. Sometimes I wonder what caused it to happen and what did I used to do to maintain and increase my ability to speak and write in that language. Two years ago, I enjoyed watching movies, programmes, documentaries, sports news, interviews and even tv commercials. I learnt something beneficial for my future from those. I also used to read books, novels, articles and even flyers. And guess what? The dictionary was my best friend. I gained a lot from those habits.
I could speak fluently with courage even in front of public. I participated in the English debate competition three years in a row. I tried writing and composing short stories until I completed a novel. I entered an essay writing competition and won some amount of money. The memories were so sweet that I felt really grateful for having the chances. How I missed those days...
I fell in love with writing about a few years ago, when I was 14, if I'm not mistaken. I felt like I had created a new world, the world of mine in which I designed everything. Moreover, I was not used to share problems with others. So I used writing to express my thoughts. With encouragement from my teachers, I improved my writing skills. I felt really happy when I was writing that I brought the two precious things everywhere I went: a book and a pencil. I believed the saying 'A pen is mightier than the sword' which was painted on the wall of my primary school.
I wrote about everything that happened around me. Every new person I met, when by chance I experienced a wonderful event with him or her, I would write something interesting as a memory. Sometimes I created an imaginary stories after I watched movies that inspired me to do so.
To me, writing is such a beautiful activity to do. But recently, that habit seems to be taken away from me. I can hardly reach a pencil and a book. Or even if I manage to begin a story, it doesn't reach an ending. The enthusiasm at the beginning floats away slowly, very slowly until at the middle of the story, I rub my eyes, close my book and move away from my desk. It's a strange syndrome that takes me away from my favourite habit. This year, I haven't written any story at all, not even a short one. Pathetic, very pathetic (T.T)
Now I have a new interest, quite a nice one though.
-PHOTOGRAPHY-
Not sure what attracts me towards photography, but I just really addicted to it now. From photography I learn new things and skills: The right way to shoot good pics, the right angle, the perfect light, the perfect scene, editing photos, Adobe Photoshop, flickr, stumbleupon, various photography websites and more. I even learn new things about camera. A camera isn't just about taking photos, snapping this and that. It's more than just a snap. It feels like a whole new world...colourful and interesting. Wish to have the latest, most up-to-date unreasonably expensive camera (no matter what brand and model it is, huhu). But that's still just a dream. Perhaps I could request from my future husband one day as a gift. Hehe~
Well, as time passes, things change. But I still miss my old habits and interests. My English isn't that good anymore. And my interest in debate had fade away entirely. The reason for such change might be caused by the fact that 'debaters are liars' and I'm tired of lying just to win the competition. And oh yeah...how could I not forget the strange expression most debaters would give when I started to speak and babble my points out. It's annoying for having to explain that I never live in England and it's not a weird scenario if I use British accent despite I never went to the country. The easiest way....stop debating. Nobody will ask anything. Chill!
I miss to watch tv with my dad, buy new books with mom, watch football matches and commenting them with my brother, write new stories and think the way I used to. Feel like returning to those days and keep them still, not fading away from me.
-confused-
But hey....wake up! I'm here in Egypt now...having to live somewhere alienated at first, but thank God, I'm well-adapted to the environment. But still...haven't found the answer to my major problem: falling asleep during lectures!!
Not interested?? Maybe that could be considered as the reason. But I don't hate medical subjects. I like them of course. Why am I still falling asleep without my will? Pretty strange, huh? Hopefully, this sickness will go away soon....
Minggu ni merupakan minggu yang......huh, tak tahu macam mana nak cakap. Terzahir keletihan dan kelesuan di wajah sahabat-sahabat seperjuanganku. Masing-masing berjuang habis-habisan bagi mendapatkan yang terbaik untuk exam kali ni. Ini baru formative test. Hanya 10% markahnya akan di bawa ke final. Namun, penangannya cukup besar, cukup memberi kesan, cukup memberi pengajaran kepada kami. Ulang kaji dan persediaan yang kami lakukan bagi menghadapi exam kecil kali ini membuatkan aku tertanya-tanya bagaimanakah keadaannya ketika exam final nanti. Ya Allah...permudahkanlah segala urusan kami. Tanpa bantuanMu, kami tak mampu menghadapi segalanya.....
-L.E.T.I.H-
Aku mula menyedari betapa perlunya sebuah pengorbanan itu apabila suatu hari, aku datang ke dewan kuliah dan menyedari lebih separuh budak lelaki 'missing'. Pada mulanya, aku buat relax je. Di akhir kuliah, aku bertanya kepada 'Atiqah, ke manakah perginya jejaka-jejaka lain. Jawab 'Atiqah.... "Diorang study Histo. Frust la semalam...". Aku terkedu mendengar jawapannya. Ya, memang aku frust. Begitu juga beberapa sahabat yang sempat aku jumpa sebelum pulang selepas exam Biochemistry. Tiada seorang pun yang mengukir senyuman di wajah ketika itu. Masing-masingnya mengeluh..."Susah laa..", "Teruknye!", "Huwaa...sedihnye..." dan sebagainye.
Tiada kata keluhan yang mampu aku lafazkan ketika melihat result exam Biochemistry yang mengundang atmosfera 'frustration' dalam kelas kami. Rendah, cukup rendah markah yang diperolehi meskipun aku berasa yakin ketika menjawab soalan. Pada mulanya seakan tidak percaya, namun setelah menyedari keadaan sekeliling yang dipenuhi reaksi yang sama, aku redha menerimanya. Namun aku tidaklah berasa terkilan kerana Allah telah mengizinkan aku mengulang kaji pelajaran tersebut dengan baik dan habis dibaca semuanya (sesuatu yang tak pernah terbuat time skolah dulu...huhu).
Majoriti pelajar lelaki mengambil keputusan untuk tidak hadir ke kuliah bagi mengulang kaji pelajaran di rumah. Ye...siapa yang tak frust? Dan kalau dah frust, siapa yang nak frust lagi sekali? Lebih baik study bermati-matian supaya dapat result yang berkali-kali ganda lebih baik. Alhamdulillah...selepas exam Histology pada hari berikutnya, wajah-wajah ceria yang dapat ku lihat di sekelilingku. Lega...masing-masing bersyukur kerana dapat membawa secebis harapan dan bekalan yang cukup untuk final exam. Namun aku berbangga dengan sahabat perempuan, kerana walaupun tak ponteng kuliah, kami tetap dapat score dengan baik. Tahniah semua!
-Tak cukup masa-
Itulah antara keluhan-keluhan yang banyak kali ku dengar sepanjang minggu ini. Benar, aku juga mengaku seakan-akan tak cukup masa untuk mengulang kaji. Ramai antara sahabat-sahabatku yang mengeluarkan ungkapan "...tak habis baca lagi...". Ya Allah...cukup runsing diri ini apabila mendengar kata-kata sebegitu. Bagaimanakah keadaan kami tahun depan? Dengar cerita, tahun 3 merupakan 'The Killer Year'. Whoaa...tak dapat nak bayangkan.
Jadi...masa adalah faktor utama? Betul ke? Aku tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun, aku harus mengakui kesilapanku kerana baru sekarang aku menyedari betapa berharganya MASA bagi kami, pelajar perubatan (nasib baik sedar...). Sudah ku gunakan masa dengan tahap hampir maksimum pada minggu ini, namun hasilnya tidak mencapai apa yang diharapkan. Jadi maknanya, tiada masa yang boleh dibazirkan selepas ini bagi keuntungan masa hadapan (especially untuk final exam!).
"Blaja medik ni susah la" kata seorang sahabatku selepas exam Biochemistry. Aku tak mampu menjawabnya, apatah lagi membantahnya. Tidak juga aku menyokong penyataannya. Hanya mampu mengukir senyuman terpaksa. Susah ke? Tipulah kalau kata tak susah. Nak kata senang pun tak. Ini baru belajar. Dah kerja nanti macam mana ye? Soalan ini sering kali menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh pelajar perempuan. Macam mana kerjaya? Macam mana pula keluarga? Adakah salah satu perlu dikorbankan? Bagaimana nak seimbangkan kedua-duanya? Wallahu a'lam.
Kata seorang sahabat di Malaysia pula, "Ko yang pilih nak ambik bidang ni, ko kena la hadapinya. Sesusah mana pun, jangan pandang belakang...". Hmm...terima kasih sahabat. Teringat satu quote: WINNERS NEVER QUIT, QUITTERS NEVER WIN. So, teruskan perjuangan sahabat-sahabatku! Moga menjadi doktor muslim yang bermanfaat untuk umat.
Minggu ini juga kami menghadapi satu persoalan yang cukup kurang disenangi.
-DUIT-
Mengarutlah kalau kata kita tak perlukan duit untuk hidup. Dan lebih mengarutlah kalau kata kita perlu hidup untuk duit. Secara ringkasnya, kita perlukan duit untuk hidup kerana beberapa perkara yang tidak dapat tidak, memerlukan duit untuk mempermudahkan urusannya. Namun kini...manusia seolah-olah menjadi hamba kepada duit. Berpagi-pagian untuk duit. Membuat kerja overtime untuk duit. Membuat amal kebajikan juga untuk duit. Segalanya tentang duit. Pendek kata, orang zaman sekarang ni tak dapat hidup tanpa duit. Atau lebih sopannya, 'susah' dan 'sakit' bila tak cukup duit.
Hidup di negara orang memerlukan kami menguruskan kewangan dengan baik sekali. Namun akhir-akhir ini, terdapat segelintir kami yang terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan di sini. Bukannya duit tak ada langsung, kami hanya berjimat-cermat untuk kemaslahatan masa hadapan. Jauh sekali kami berniat untuk meminta wang dari ibu bapa di kampung. Sudah mendapat tajaan, tidak perlu lagilah rasanya kami membebankan ibu bapa. Namun kadang-kala pengorbanan BESAR harus dilakukan.
Melihat sahabat-sahabat yang mendapat pinjaman dua kali ganda mendapatkan khidmat tuisyen, berupaya tinggal di rumah sewa yang jauh lebih dekat dengan kuliah dan jauh lebih kondusif, kami hanya mampu tersenyum paksa. Ada ketikanya, hidup ini seolah-olah tidak adil bagi kami. Namun, menyedari terdapat juga sahabat-sahabat yang jauh lebih susah dari kami, kami insaf dan bersyukur. Sekurang-kurangnya, ada juga bantuan kewangan agar kami tidak perlu meminta dari ibu bapa kami.
Untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan seperti yang diperolehi sahabat-sahabat yang agak beruntung...hanya menjadi mimpi buat kami. Namun semuanya menjadi pengajaran dan pengalaman agar kami lebih bersedia menghadapi masa hadapan yang tidak diketahui mehnah dan cabarannya. Ya Allah...janganlah Kau jadikan dunia ini sebagai keutamaan di hati kami. Tempatkanlah kami di kalangan hamba-hambaMU yang bertaqwa. Amiiiin....
Kesimpulannya, segala permasalahan yang berlaku pada diri dan orang sekeliling sebenarnya mengandungi pengajaran besar di sebaliknya. Sebagai manusia, kita tidak lari dari fitrah seorang hamba yang lemah dan hina. Oleh itu, berdoalah selalu agar kita tidak terkeluar dari landasan yang diredhaiNya dan agar keyakinan terhadapNya terus kukuh hingga ke akhir hayat~
Sabtu lepas merupakan hari kedua aku mengajar tuisyen di rumah Puan A. Datang dengan semangat dan harapan baru...ceeewah.
Di kelas Darjah 5:
Mengajar tajuk PERIMETER. Kusangkakan semuanya dah paham betul pasal ni, tapi tidak. Aku pun mula la menconteng whiteboard bagi mereka soalan sendiri. Teringat pesan 'Atiqah n Sakinah...
"Sarah kalau buat soalan sendiri, lagi pening jadinye..." tidak kunafikan, haha. Terasa kesian kat mereka2 yang terpaksa berhadapan dengan soalan buatan sendiri.
Salah satu tugas guru adalah untuk mempermudahkan kerja murid2. Mungkin kat skolah diorang tak brape nak pay attention, maka kat tempat tuisyen lah kena pastikan diorang 100% focus. Maka....aku pun mulalah mengajar diorang cara mudah nak kire perimeter. In other words...aku ajar 'short cut' untuk dapatkan jawapan yang betul.
Aku pun start la pot pet pot pet tunjuk jalan kira sampai dapat jawapan. Dan bila pusing belakang tengok diorang paham ke tak....masing2nye menganga tak paham. Kuang3....syok sendiri rupenye. Shouldn't be that way, huhu.
Di kelas Darjah 3:
Masih lagi 7 orang yg hadir. Tapi Ammar dan Haikal tidak kelihatan. Ada 2 wajah baru time tu. Sorang laki, sorang perempuan. Kali ni aku mengajar mereka tajuk Liquid. Biaselah...kena lah cabar diorang kan...
"Sape siap dulu cikgu bagi hadiah...." aku memandang masing2 dengan wajah serius. Hanya 2,3 orang yang mengambil peduli ape yang aku cakap. Yang lain...buat dono je, huhu.
Macam minggu lepas jugak, pelbagai aksi yang diorang buat sambil buat latihan. Cuma minggu ni, alhamdulillah, semuanya buat latihan, xde plak yang simpan buku awal2. Irfan dan Harith (baru) sungguh2 buat sampai berebut buku latihan disebabkan Harith xde buku. Amsyar needed more attention sebab dia cepat bosan. Kalau aku explain kat student lain, dia mula berenti menulis.
"Kenapa?" aku cam musykil.
"Kite xtau la ni..." katanya menunjukkan soalan mudah. 1000 x 6 = ?
"1 x 6 brape?" (aku)
"Erm...urm...err...." jawapannye sambil leka merenung ke arah murid2 perempuan yg tengah ketawa terbahak2.
Oh...tiada fokus di situ. Huh...kanak2 sebegini memerlukan lebih perhatian....teringat fakta daripada dokumentari di TV. Maka dengan itu, sepanjang 1 jam, tumpuan lebih ku berikan kepada Amsyar dan Haziq. Sampaikan....
"Eee...cikgu ni asyik dengan budak laki je!!" kata Izzah memprotes. Maaf la ye mak cik... Aku ni manusia jugak. Kalau dah orang xnak pay attention kat kite, mule la bosan ngan orang tu kan? Hehe.... Ish3...mane boleh camtu lah! Maka sepantas kilat aku menuju ke tempat bersila kanak2 perempuan.
"Haa...boleh buat x? Ade yang xpaham?" aku mula memberi perhatian.
Sedikit pun soalan tersebut tak diendahkan. Mereka seperti biase bergurau dan berbual. Aduhh...ape ni. Aku datang nak tolong. Pada masa yang same, Irfan menjerit2 panggil aku sebab xpaham soalan. Terasa agak segan sebab rasenye, kelas aku la yang paling 'meriah'.
Aku pun beralih kepada budak laki yang lebih berminat nak blaja tu. Rase gembira la jugak sebab ade jugak yang berminat dan bersungguh nak paham. Huhu... Last skali, hadiah menjadi milik Irfan dan Harith. Time tu...
"Yeay!! Dapat hadiah!!" terdengar sorakan Irfan yang berlari mengelilingi meja sambil menunjuk hadiah kepada budak perempuan yang tercengang. Immediately, diorang serbu aku.
"Ala cikgu....kite nak jugak..." kata Izzah sambil membuat muke kesian.
"Sape suruh ko xbuat keje....gelak je tau" kata Irfan.
Agak terkedu aku time dengar Irfan cakap camtu. Sebabnye, biase aku dengar budak perempuan lebih rajin daripada laki. Time skolah rendah, lagi ramai budak perempuan beratur ambik hadiah. Menengah pun camtu. Dalam kelas aku, tak pernah laki lagi ramai. Tapi sekarang kat Universiti, semuanya dah lain. Hmmm...mungkin zaman dah berubah.
Bukannye hadiah ape pun yang diorang dapat. Just penanda buku papyrus yang aku beli kat Hussein dulu. Tapi mane senang nak dapat kat Malaysia kan? Haha. Harith plak dapat duit syiling segenih. Heboh la satu kelas tu...masing2 nak dengar cerita pasal Mesir.
Kenangan mengajar KAFA kanak2 Darjah 1 tahun 2008 dulu turut menerjah dalam fikiran. Memang la serak2 basah suare dibuatnye. Tapi dah sampai hari last, terasa sayu nak meninggalakan mereka yang comel2 tu. Sempatlah juga aku mendapat gelaran 'Ustazah' sedangkan baru habis SPM time tu. Syukur kepadaMu yang memberiku peluang berharga itu.
Sebenarnye, bukan aku je yang mengajar mereka. Mereka turut mengajar aku macam2 benda yang aku takkan dapat kalau setakat duduk je kat rumah. Kalau dulu aku kekok dengan kanak2, sekarang tak lagi. Kesabaran, ketekunan...macam2 lagi lah nilai yang aku pelajari sepanjang bersame mereka. Terima kasih banyak2 kepada mereka. Bak kata naqib dan naqibah terdahulu....dalam masa mentarbiyah, kite juga akan ditarbiyah. And so it happens....
Inilah mereka:
Semoga mereka membesar menjadi Muslim dan Muslimah yang berguna dan berjasa kepada agama dan bangsa.
"Kak, kitorang rase nak pindah la kak...." luahan hati seorang juniorku yang baru menjejakkan kaki ke bumi anbiyaa'.
Aku tersenyum memikirkan betapa berpusingnye kepala mereka memikirkan tempat tinggal manakah yang terbaik. Aku pernah melalui zaman kekeliruan sebegitu. Dan aku seboleh2nye mahu mereka membuat keputusan yang terbaik. It's the matter of life, you guys. Don't take it easy, or you'll regret later.
"Kak....diorang kate kat ARMA bagus untuk study" katanya memberikan hujah 'bernas' (beras nasional).
Erm...betul, memang sangat sesuai untuk study. Tapi, adakah tujuan kita datang ke Mesir untuk study Anatomy, Physiology, Biochemistry dan Histology semata? Jawapan terletak pada diri masing2. Juniorku membisu....memikirkan hujah penguat.
"Tapi kak....kitorang rase terpinggir la kat umah negeri ni. Contohnye...." sambil memberikan contoh2 yg tak dapat kunafikan keterpinggiran kanak2 medik di sana (kadang2 la...).
Alaa dik, kena la get along ngan diorang. We need to show them that we are part of them too. Imagine kalau kita lari untuk tinggal di ARMA....perkara ni takkan berubah. Keterpinggiran yang korang rase akan makin bertambah lebih2 lagi kalau korang 'rajin' tak pulang ke kampung (rumah negeri).
"Hmmm....kenapa akak prefer dok umah negeri?" tanya salah seorang yang lain.
Sebab akak dapat semuanya kat sana, dik. Yang paling utama, akak dapat ukhuwah yang erat. I could never imagine having it if I live elsewhere. Kita dah jauh dari family, kita tak boleh hidup sendirian. Nak tak nak, kita perlukan orang lain. Kat rumah negeri, akak dapat rase suasana family. Tambah2 lagi, bia'h kat situ sangat menyerupai yang kita dapat masa kat sekolah dulu. Bi'ah yang macam mane? Sooner or later, kamu semua akan realize...(at least I hope you will, hehe). Like one of you once told me...."dok kat ARMA tu wat hal sendiri je...". Yeah, there are proves. But it depends on you, actually.
Kedua, kat rumah negeri jugak kami dapat ilmu lain selain medik. Beruntung sangat rasanya dapat senior pengajian Islam yang sanggup buat kelas2 agama untuk kita semua. Bukannya budak medik tak boleh join, malah kita dialu2kan. Ingatlah, Mesir ni lubuk ilmu. Bukak la minda kita. Jangan sempitkan untuk Medik saja, walaupun itu hadaf utama. Rugi besar kita kalau pulang sebagai doktor lepasan Timur Tengah, tapi hanya tahu tentang kedoktoran saja. Baik blaja kat UK, ye tak? Dan...imagine if you live tempat lain...like ARMA for instance (juz contoh....), can u really guarantee yourself that you'll go to every classes outside ARMA? Akak tak pasti boleh buat camtu. Besides, dah ada kemudahan depan mata, ape lagi yang nak dicari?
Pasal study, tak perlu la risau sampai naik tension. Ingat akak2 n abang2 dirasat tak study ke? Ingat dik, bukan kita je yang perlu study. Bukan kita je yang dihantar ke Mesir untuk study. Mereka pun begitu. Cumanya, setiap orang ade cara belajar tersendiri. Kita hormati cara masing2. Carilah setiap penjuru bangunan rumah negeri tu...insyaAllah, ade ruang untuk study. Bukan ke Allah permudahkan urusan orang yang menuntut ilmu?? Jadi...kenapa perlu risau? Bukannya tak boleh skor kalau dok rumah negeri. Ramai je senior yang naik tahun straight. Yang penting usaha kita, doa n tawakkal kita pada Allah.
Akak hanya berikan pendapat. Keputusan terletak pada diri masing2. You choose what you want for your life. Mintalah petunjuk Allah untuk dapatkan yang terbaik. All the best!!
I like to think it this way: Study + ilmu agama + ukhwah + bi'ah solehah + usaha + tawakkal + doa = absolute success (^_^) v.
Harap2...yang lain (other than budak medik) pun bace post ni. Really hope isu 'terpinggir' tak wujud demi ukhuwah erat yang berkekalan.
I don't know the real purpose for posting this one. But I just want to write something to cool down, huhu. I've never actually been 'angry' with people I call FRIENDS, but today....I mean, the entire week...I really do. Why?? Because...so many causes that really get me to my nerves.
Well maybe it's my fault to care so much...but it isn't wrong to care right? Moreover it's about friends. Hello....! What are friends for??? To be hurt? To be broken promises on?? Huh....??!
Okay fine, I can accept if you tell me that you did that without purpose....and you have thousands and millions of reasons for having to do so... But think about this: How could you do that over and over again? Do I have no feelings at all? Are the other people actually meant to be hurt? Oh come on...the first time I had this, I really forgot all about it. I didn't even bother to remember even though it hurts like hell. But then you see me as if I'm tough enough to get it several times. God...I wish you knew how I'm feeling.
To make it clear, I never thought of ignoring your problems, complaints and all....because I know friends should share all those. But please....think about others too. I mean 'others'....meaning other people near you. You shouldn't have just follow what you think is right. Think if it's right for other people. I don't care what stars are you born with....whether Virgo, or Gemini, or Taurus, or maybe Aquarius....I know they all have different personalities and negativity....but you don't have to follow that! Just be yourselves whom you think the right person you should be.
This time I really am....DISAPPOINTED. With who?? With someone I really care about but....duh....disappointing.
Sometimes I feel like stop trusting others. But without trust we can't love, right? There's no such things in 'ukhwah'. Maybe I should just stop thinking that I'm meaningful to others like they do to me. Because at the end...I mean now, I feel like treated like nobody, or even worse. Maybe I should stop minding your business because you have other people who you 'think' would care more about you and your problems and feelings and blablabla.... I'm just tired of being done and treated this way. Coz I'm definitely a human. Just human.
To those who feel like I'm pointing this post at you, stop it because I'm doing it for everyone who call themselves a friend to somebody. I mean...if you read this without feeling guilty towards your friends, you should recheck the real definition of friends. But hey, with friends we learn so many things right? I'm in the process (...I think...).
Keadaan agak tegang sikit sekarang ni, huhu. Mane taknye. Exam season la katekan. Starting 10th January, students Dirasat dah start exam. Budak2 medic start 18 Jan ni. Yeah, my first midsemester exam...hehe. Feeling? Urm...dunno wut to say. Jeritan & keluhan ke'tensen'an sering kali berkumandang dimana2 saja, pada bila2 masa. Tak kurang juga yang ketawa besar-besaran dan buat 'konsert amal' tiap2 malam utk melepaskan tekanan. Haha...macam2 ragam manusia ni. Yang bestnye, masing2 tak lekang dari buku. Time masak, time makan, time tengok tv pun pegang buku. Time tido jangan cakap la... Buku la jadi bantal. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami & kami dapat melakukan yang terbaik. Allahummansurna fil imtihan, filhayah, fiddin, fiddunya wal akhirah. Allahummansurna 'alal yahuda wannasara.... Amiiiiin.....
"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantu dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"