Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent
Showing posts with label Luxor. Show all posts
Showing posts with label Luxor. Show all posts

Luxor: Day 2

Sunday, 19 December 2010

Awal-awal pagi lagi 'ammu Mahmud dah berdiri tegak di luar rumah. Menanti kami dengan teksinya. Aku kagum! Sebab beliau sangat punctual. Malahan lebih dari punctual. Janji pukul 8 pagi, beliau datang pukul 7.30 pagi  =_='. Alangkah indahnya dunia ini jika semua manusia pun punctual begitu. (Ayat ini ditujukan untuk semua bangsa, bukan hanya Arab Mesir) Nescaya urusan visa, urusan kuliah, urusan hospital semuanya jadi smooth.

Zeiniah, nama kampung halaman Pak Yem. On the way menuju ke Valley of the King (Wadi Al-Muluk) a.k.a Lembah Raja-raja, terdapat banyak kebun dan ladang di kiri kanan jalan. Paling best tengok tanaman kurumb (kobis) yang banyak dan besar gila. Gila punya besar. Yup, macam yang jumpa kat pasar selalu tu (merujuk kepada pasar Mesir) . Tapi yang ini berganda-ganda lebih besar. Agaknya kalau aku pegang satu kobis, memang tak nampak siapa yang pegang. Nampak kobis je. Besar sangat! Tanaman kobis diselang seli dengan jagung dan tebu serta beberapa lagi sayuran yang aku tak berapa kenal.

Tiba di pekan Luxor, kelihatan beberapa buah hantur (kereta kuda) memenuhi jalan raya. Perghh...rasa macam kat oversea! Padahal memang oversea pun. Tak, maksudnya suasana kat situ totally lain daripada Cairo yang hectic, sesak dengan kenderaan, sesak dengan asap, sesak dengan manusia dan sesak dengan bunyi hon. Imagine keadaan di pekan Luxor. Semua kesesakan tersebut tiada. Ok, bunyi hon tu maybe ada kadang-kadang. Tapi taklah 24/7 seperti di Cairo. Lagi satu, tremco kat sana tak melaungkan destinasi masing-masing. Senyap je semua. Sampai aku hampir-hampir tidak perasan akan kewujudan tremco. Kalau di Cairo, setiap masa dengar "Awwal 'Abbas Awwal Makram!", "Sadis sabie'! Sadis sabie'!", "Mauifil 'asyir!", "Ghamra! Ghamra!", "Ramsis! 'Abbaseyyah Ramsis!" dan blablabla. Tapi kat sana, tremco dia senyap-senyap je berhenti kat mahattah (stesen), penumpang naik dan jalan. Haha. Cool kan? Tak payah jerit-jerit, kejar-kejar, marah-marah. Dan yang paling best, tremco kat sana semua cantik, cukup sifat, baru belaka. Adakah disebabkan ketika itu sudah hampir dengan pilihan raya maka semua driver dapat tremco baru?? Wallahua'lam.

Di suatu kawasan, kelihatan tengah-tengah jalan raya di pekan Luxor itu dikorek menampakkan lubang yang dalam dan panjang. Rupa-rupanya ada peninggalan sejarah kat situ. Namanya 'Jalan Kibas'. Merupakan laluan yang menghubungkan Luxor Temple dengan Karnak Temple. Alkisah dulu-dulu, Firaun yang guna jalan ni. Dan apabila ada orang mati, mayatnya dibawa berarak di laluan tu. Itu kisah masa zaman Firaun. Sekarang  tak lagi. Di sepanjang laluan tu ada patung-patung kibas berbaris. Banyak patung tersusun sepanjang jalan. Rajin betul mereka buat patung kan?

Pekan Luxor dan Valley of the King dipisahkan oleh Sungai Nil. Nak ke sana, kena lalu Kubri Bughdadi (Jambatan Bughdadi). Bughdadi tu nama sebuah kampung di situ. Masa nak pegi Valley of the King tu, Pak Yem kata "Kita nak pegi West Bank ni,". Hoh. Aku punyalah excited. West Bank?! Tebing barat?? Semangat jihad membara dalam diri. Rupa-rupanya West Bank yang dimaksudkan ialah West Bank of Nile River. Hahaha *blushing*. Valley of the King terletak di West Bank. Perjalanan ke sana dihidangkan dengan pemandangan tanaman karkadeh, bazinjan, barsim (makanan untuk ternakan), gargil dan macam-macam lagi sayuran. Sambil-sambil memerhati keindahan ciptaan Allah, kelihatan banyak burung camar putih di sekitar ladang. Abul kirdan (camar putih), juga dikenali sebagai sodiq fallah (sahabat petani) sebab membantu melindungi tanaman daripada serangga perosak. Arabic is a rich and beautiful language, isn't it?

Oh ye. Di Luxor terdapat ramai orang Kristian. Aku pernah terlihat tulisan 'Injil Barnaba' di tulis pada dinding sebuah bangunan. Adakah mereka masih berpegang pada kitab tersebut? Wah....menarik! Sebab aku pernah terbaca dalam post ni berkenaan Injil Barnaba. Wallahua'lam.

To be continued..... (sebab tiada mood nak update blog + banyak keje nak buat + banyak buku nak baca = MALAS. hahaha)



(akuingatkanbunganiadakatmalaysiaje.taksangkajumpakatluxor)


p/s: bahang pilihanraya di musim sejuk



Luxor: Day 1

Thursday, 2 December 2010

"Anteh, berapa hari angah duduk sana nanti?"


"Anteh. nak bawak baju berapa banyak?"


"Anteh, rasa-rasanya perlu ke tak bawak laptop?"

Ok, persoalan yang last tu agak menjengkelkan. Membuktikan aku sangat sayang akan Miss Vaio sampai nak travel pun teringat nak bawak dia =_='. Tapi seriously, kalau dapat update blog setiap hari semasa travel memang best, sebab thoughts & feelings yang datang masa tu sangat best dan fresh. Bila nak buat post setelah dua tiga hari balik dari travel rasa macam perasaan yang dibuat-buat T_T. Tapi tak apalah. Tujuan travel itu untuk relax. Tiada gangguan dari dunia cyber! (ceh....ye2 je)

********************************

Anteh kata Pak Yem decided kami akan pergi ke Luxor menaiki kapal terbang. Ada 3 cara untuk ke Luxor: naik train, cruise atau aeroplane. Untuk menjimatkan masa, kami pilih naik aeroplane. Harga tiket pula pelbagai. Kalau flight time masih gelap, matahari belum keluar, harganya setengah daripada harga tiket waktu siang. Maka kami naik flight yang awal.

Dengan semangat yang berkobar-kobar (aku je kot yang excited), kami bertolak dari ARMA pada pukul 3 pagi. Naik teksi menuju ke airport. Memang style teksi kat sini suka buka tingkap. Dan seperti yang diketahui ramai, driver Mesir memang drive ala2 Fast & Furious. Dah la bukak tingkap, pecut 150 pulak tu, pada pukul 3 pagi di ambang musim sejuk. Perghhh....memang beku terus aku dalam tu. Tak mampu berkata apa-apa. Sejuk bhai! Sampai airport menggigil kesejukan. Toilet mana? Toilet! =_='

Kat airport ada ramai tourists yang beratur nak check-in jugak. Orang Korea, mat saleh, Jepun, semua ada. Urusan check-in kami senang je. Tak ada masalah. Beg entah berapa kilo. Aku tengok orang yang jaga kaunter tu takde lah ambik kisah sangat pasal berat beg. Kalau orang asing, beriya-iya diorang timbang. Ku fikirkan antara sebabnya adalah kerana Pak Yem orang Mesir, jadi semuanya senang. Argh! Diskriminasi! Semua luggage masuk dalam kargo. Habis cerita. Aku hanya membawa beg tangan (ceh....beg tangan!), camera dan novel aA+bB. Ya, setelah berbulan-bulan aku bawa novel tu dari Malaysia, baru aku teragak nak baca. Padahal dah 3-4 orang pinjam novel tu. Bila mereka semua kata "best!", barulah aku rasa excited sikit nak baca. Sikit je.


Sambil tunggu gate dibuka, aku main testing2 camera. Nak buka novel masih tiada mood. Perut pula merengek minta diisi. Dari petang semalam tak isi perut.

"Anteh, lapa lah," aku membuat muka 25 sen. Anteh hulur LE 50. Dengan macho nye aku berjalan menuju ke cafeteria. Sandwich cheese LE 19.90?!! Gila bapak mahal! Kalau buat sendiri, tak sampai pun 2 genih. Ah...beli je lah. Lapar gila kot.

Pukul 5.30 pagi, pesawat SM1505* pun berlepas. Aku dapat seat sebelah tingkap. Masa mula-mula dapat naik kapal terbang dulu, punyalah berebut nak duduk sebelah tingkap. Sekarang rasa macam takde beza pun. Disebabkan malam sebelum flight aku mengerah diri menyiapkan segala kerja dan amanah, maka bila dalam kapal terbang, letak je kepala terus lena. Fuhhh....nikmat dapat tidur. Alhamdulillah!

Entah pukul berapa, aku terjaga disebabkan cahaya matahari memancar melalui tingkap. Aku buka sebelah mata. Subhanallah! Cantik sungguh! Pemandangan di udara semasa matahari terbit. Seriously, lawa gila kentang. Hati tersenyum memuji kebesaranNya. Aku menjeling camera di tangan. Tak larat lah nak ambik gambar. Ngantuk sangat. Sambung tidur. zzzzzzz. RUGI!

Kami tiba di airport Luxor pada pukul 6.50 pagi. Cuaca masih sejuk sebab matahari belum tunjuk taring. Keadaan airport tersebut: luas, sederhana dan nyaman. Keluar sahaja dari pintu airport, nampak 2 orang dikenali dan 2 orang tak dikenali tersenyum menuju ke arah kami. Su'ad (adik Pak Yem) dan Muzdahir. Whoaaa....dah besar lah dia! I almost forgot that he's 4 years old. Ingatkan dah darjah 1 =_='. Lagi sorang tu namanya Fatma, anak buah Pak Yem yang sebaya dengan aku. Berjubah hitam dan bertudung lilit. Lagi sorang jejaka segak bernama Ahmad, pangkat sepupu Pak Yem. Kami semua bersalaman. Budaya mereka, sesama lelaki dan perempuan pun salam jugak. Tiba-tiba aku terfikir...kena salam laga pipi ke dengan Ahmad? Haha. Sengal sebentar. Mana boleh salam! Aku hanya senyum dari jauh, tunduk sedikit macam gaya orang Jepun.


On the way menuju ke kampung Pak Yem yang bernama Zeiniah:

-kat sana, lelaki dan perempuan majoriti berjubah. susah nak jumpa lelaki yang tak pakai jubah.
-kiri kanan jalan penuh dengan ladang, kebun-kebun sayur, pemandangan hijau.
-rumah mereka nampak seperti bangunan yang dibina dengan batu bata kemudian tidak dicat. memang budaya sini tak cat dinding luar kot.
-jalan raya bila dah sampai kat kawasan kampung tu adalah jalan tanah merah. actually, takde lah merah sangat sebab dah berdebu.
-di kiri kanan jalan banyak construction tengah buat. rumah-rumah rakyat kat kawasan pelancongan banyak dipindahkan ke tempat lain.
-di sebalik kabus pagi, di seberang Sungai Nil, nampak Valley of the King (Wadi Al-Muluk). sungguh besar ya Allah.... Ada juga beberapa buah hot air balloon di udara. kata anteh, mat saleh kaya memang suka naik ballon tu.

Tiba di rumah mereka. 3 tingkat sebab Pak Yem 3 beradik. Rumah Su'ad bawah sekali, tingkat 2 rumah Pak Yem manakala tingkat 3 rumah 'ammu Taha, kembar Pak Yem. Style rumah Arab memang luar nampak macam setinggan. Tapi bila masuk dalam....whoaaa!! Kondo weh! Aku tercengang seketika melihat interior design rumah tersebut. Aku kat kampung ke kat kondo mewah nih??


Di tepi rumah mereka ada kawasan. Kawasan yang ada macam-macam. Contohnya oven tanah seperti di atas. Serta kawasan menternak arnab, burung merpati, kambing....ape lagi eh? Macam-macam lah.


Alalala....comelnye arnab tu. Kecik sangat. Baby lagi.


Ini breakfast. Ya, hanya breakfast! Banyak gilo weh T_T. Banyak dan pelbagai. Ada batotis, ful, telur, isy syamsi, tomato, timun, muhallal, gargil. Semuanya Su'ad buat sendiri, termasuk roti. Baru makan sikit dah rasa kenyang. Alhamdulillah....


Selepas kami sarapan, datang seorang kanak-kanak bernama Muhammad. Dia adik kepada Ahmad. Sebaya dengan Muzdahir. Cuba lihat gambar di atas. Ya, mereka sebaya, 4 tahun. Saiz kanak-kanak kampung memang kurus begitu. Mereka sama-sama main bola.

Su'ad tanya aku nak makan apa untuk lunch. Aku tanya what's in the menu? Haaa...takde la camtu sangat. Dia kata ada ayam.....(oh...cantek!), ada burung merpati..... (whoaaa...menarik!), ada arnab....(HAA?!!). ARNAB?! Oh Tuhan...tolonglah jangan suruh aku makan arnab. Aku sangat menyayangi makhluk comel itu. Jangan. Tolong jangan bagi saya makan arnab. Tolong. Tolong.....

Sementara menunggu waktu lunch, masa diisi dengan qadha' tidur. Yelah, kalau tidur tak cukup boleh spoil mood sepanjang hari! Tapi baru beberapa minit lelap mata, terasa macam dah berjam-jam tidur. Pusing kanan, pusing kiri, tak nak tidur lagi. Lalu aku membuang tebiat dengan membaca novel Melayu, aA+bB. Sarah baca novel Melayu! Sila tepuk tangan untuk beliau.

Tengah hari tu kami dihidangkan dengan burung merpati stuffed with nasi, makarona, ayam goreng yang dipotong 1/4 (besar lak aiii....) dan sayur-sayur. Perghhh....tak tau nak kata apa. Kalau space perut ni besar, mungkin mampu nak habiskan. Tapi Allah....terciptanya perut orang Melayu dengan saiz kecil. Makan sikit dah penuh. Tambah-tambah lagi perut aku dah masuk angin akibat seharian tak makan semalam. Padan muka yeay. Tapi beruntung jugak perut masuk angin sebab anteh kata "Anteh ade bawak minyak yu yee cap limau. Kamu nak? Ambik la satu botol,". Wah! Sangat terharu. Dapat minyak yu yee cap limau tuuuu. Jangan jeles. Hehe.

Saki baki hari tersebut aku mendengar cerita tentang family Pak Yem. Mengenal susur galur asal usul mereka semua. Kebetulan ada beberapa orang wanita datang menziarahi rumah tersebut. Katanya nak jumpa Sarah. Fuh...terasa famous seketika. Astaghfirullah....

Mereka ialah Zainab-mak Ahmad, Ni'mah-mak Fatma, dan Wafa'. Ketika itu hanya ada aku dan anteh di tingkat dua. Sebelum mereka masuk ke rumah kami, anteh berkata "Kak ngah, pakai tudung. Diorang ni suka memerhati,". Gulp. Tiba-tiba rasa cuak.

Kami pun bersalaman. Gaya salam mereka agak lain sebab aku tak terkira berapa kali mereka laga pipi. Biasanya kita buat 3 kali je. Kanan kiri kanan. Tapi bila salam dengan mereka jadi kanan kiri kanan kiri kanan kiri, kiri, kiri, kiri kanan kiri...macam kawat pulak. Haha. Takdelah. Pointnye, mereka laga pipi banyak kali. Kami pun berbual-bual, berta'aruf. Actually, aku tak berbual sangat pun. Sekadar senyum manis sepanjang masa. Ada satu part tu, mereka berbual sesama mereka, termasuk Su'ad. Aku sekadar mendengar. Tapi loghat 'ammiah mereka sangat pekat! Sampai satu perkataan pun aku tak dapat faham time tu. Ku rasakan seolah-olah mereka sedang bercakap Bahasa Rusia. Tapi buat-buat faham je lah. Senyum, angguk. Senyum, angguk. Sesekali perut meragam. Angin puting beliung buat hal dalam perut. Terpaksa senyum paksa. Beberapa minit kemudian mereka pun beransur pulang. Diorang jemput aku dan anteh datang rumah mereka. Fuh. Kalau pergi rumah diorang, mesti makan besar punya. Tak dapat bayang.....

Day 1 aku di Luxor sekadar berehat di rumah, main-main dengan arnab, buang tebiat membaca novel, belek-belek camera dan menenteramkan tsunami dalam perut. Tolonglah jangan buat hal esok. Aku nak berjalan....

Sekadar itu saja catatan perjalanan hari pertama. Ketemu lagi di lain hari. Mungkin malam ni aku taip post untuk Day 2. Kalau rajin lah. Daaa~

p/s: baru ku tahu Shadow of the Day itu lagu LP. Patutlah best >_<

Aku & Luxor

Wednesday, 1 December 2010

"Sarah pegi Luxor??", "Sarah pegi dengan sape??", "Pegi sorang ke?", "Buat apa kat Luxor?"

Begitulah antara suara-suara hairan bercampur excited yang datang dari kawan-kawan sekeliling. Aku sekadar membuat penyataan ringkas. Tapi rupanya penyataan tersebut mengundang 1001 persoalan dalam minda mereka.

Jawapan: Pergi jalan-jalan dengan mak cik.

Soalan: Oh...kenapa mak cik Sarah pergi Luxor? Tak stay kat Cairo?

Jawapan: Sebab mak cik saya balik kampung suami dia.

Soalan: HAA?!! Macam mana tu? Kampung suami dia? Maksudnya??

Jawapan: Suami dia orang Luxor.

Soalan: HAAAAA?! Mak cik Sarah kawen dengan orang Arab ke?

Jawapan: Ha ah.

Soalan: Waaaah. Macam mana boleh kawen dengan orang Arab? Macam mana diorang jumpa? Diorang tinggal kat mana? Malaysia ke Mesir? Pak cik Sarah tu boleh cakap Melayu tak? Mesti anak diorang rupa Arab kan?

Jawapan: ............................. =_='

Yeah. That's how I ended up going to Luxor. Kalau nak harap pergi sendiri, entah bila akan sampai. Tempat yang dekat dekat dengan Kaherah ni pun aku belum habis round. Tapi memandangkan anteh (mak cik aku) dah ajak pergi Luxor, aku pun setuju nak ikut. Dah lama tak berjalan. Tambah-tambah lagi semua perbelanjaan anteh & pak yem (pak cik aku) yang tanggung. Heaven lah! Kalau tak nak ikut memang ada something wrong somewhere dalam otak. Haha.

Maka begitulah kisahnya bagaimana aku boleh tercampak ke Luxor selama 5 hari 4 malam.

Sedikit hikayat.....


Anteh, iaitu adik-beradik ibu yang ke 3 is married to an Egyptian man named Ibrahim. Kami panggil beliau Pak Yem. Yes, he can speak Malay sebab dah lama tinggal dan kerja sebagai pensyarah Bahasa Arab di Malaysia.


They have a son named Muzdahir. Berumur 4 tahun. Boleh berbahasa Melayu, Arab fushah, lahjah 'ammiah dan Bahasa Inggeris. Aku banyak belajar lahjah 'ammiah dengan dia hari tu. Sebab dulu ada senior pernah pesan "Kalau nak cepat dapat cakap 'ammi, kena selalu berbual dengan kanak-kanak".


Ini Su'ad, adik kepada Pak Yem. Beliau saaaaaaangat rajin. Perghhh tak reti nak describe macam mana. Nanti dalam kisah seterusnya akan ku ceritakan (ececeh....).

Cukup-cukup lah entri intro untuk kisah Luxor. Yang lain aku post lain kali saje lah. Menyesal juga tak bawak laptop pergi sana. Kalau bawak, hari-hari boleh merepek dalam blog. Takpe, besar hikmahnya. Allah tak izinkan aku merepek selalu. Ketemu~
Related Posts with Thumbnails