Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent
Showing posts with label Class. Show all posts
Showing posts with label Class. Show all posts

Love is Pain

Sunday, 10 October 2010

Have you ever heard the phrase "LOVE IS PAIN" ? Well, to be honest, I never believe in that phrase until today. I love him, but he doesn't love me back. Wuaaaaa.....so unfair.


~Baru ku sedari
  Cintaku bertepuk sebelah tangan
  Kau buat remuk seluruh hatiku~


B, why are you doing this to me? Please love me B. Please......







 


Eeeee....wekkkz. Geli pulak aku baca jiwang-jiwang ni. Bukan apa, aku saja nak test menjiwai sesuatu sebab ada seorang hamba Allah ni sibuk menggelarkan aku ANDROID sebab katanya muka aku ni macam air batu, cold & heartless. Haha. Tak kisah. Den tak kesah do. Takdo masalah. Masa sekolah pun ada orang penah panggil aku 'hati kering'. Lantak la. Asalkan bahagia.

Tapi hari ni aku agak tersentuh sebab cinta berusia setahun yang terpendam selama ini setelah diluahkan nampaknya belum berbalas. See? Aku memang fail bab-bab mengayat dalam Bahasa Melayu. Haha. Haaa topik hangat nih! Cinta apakah yang dimaksudkan? Jeng3....

Tak lain dan tak bukan....cintaku kepada the one and the only....



BIOCHEMISTRY!


Perit jugak rasanya bila cinta tak berbalas. Malas la nak bercinta kalau camni! Haha. Sengal. Kawan kata kena kahwin terus. Baiklah. Aku sedang mempersiapkan diri untuk melamar Biochemistry. Doakan semoga lamaran diterima! Amiiiin~



p/s: Physio sayang saya! Saya sayang Physio jugak ^__^

Ripetere!

Sunday, 16 May 2010

-Ketika menulis post ini, penulis tersenyum lebar mengenangkan pengalaman yang diperolehi siang tadi-

Setelah tamat kelas revision Histology, Sue ajak aku dan Sakinah jumpa Dr. Hany Shawky bagi membuat presentation untuk assignment Anatomy. Masuk je ke dalam bilik doktor, hadir rasa cuak dalam diri, memandangkan tak bersedia apa-apa. Entah ingat atau tak slide yang dah dibuat. Time kami masuk, doktor tengah check slide kumpulan Ayu. Next, kumpulan Yat. Lepas tu baru kami. Ahli kumpulan kami tak cukup, lagi menambahkan kecuakan.

Pujian demi pujian diberikan oleh Dr. Hany kepada kumpulan Ayu. Aku, Sue dan Sakinah saling berpandangan sambil tersenyum cemas. Sebelum beredar, Ayu sempat bertanya kepada doktor "Doctor, how do you memorize all these?". God, I love you Ayu for asking such question. Sebabnya, jawapan yang doktor bagi sangat membantu kami semua.

Dr. Hany yang sedang menghadap notebooknya berhenti menaip dan menanggalkan cermin matanya dengan perlahan. "If you have to teach Anatomy for 30 years, I guess it won't be a problem for you," katanya sebagai mukaddimah sambil tersenyum melihat kami yang tercengang. Kemudian beliau menyambung "Anatomy needs repetition". "Forgetting is normal, you know. If you read it today, it's normal that you'll forget it tomorrow. You are normal human beings," kata beliau sambil tersenyum.

"Nobody who graduated from a medical school remember everything. When you become a doctor, those experiences diagnosing, dealing with patients, are going to help you memorize everything. Not even someone from Harvard is going to remember exactly everything when he graduated," beliau menyambung dengan nada memberi harapan kepada kami. 

"Anatomy is like driving a car. On your first day driving, you are busy looking at the gear that you forget to press the break. But after several time driving, you can chat with your friend beside you while driving. The same goes to me. I teach Anatomy like driving a car like an expert now," tambahnya dengan nada sedikit bangga. Kami ketawa. Doktor memang pandai buat lawak.

"To me, it's like pressing a button labelled 'Upper Limb', then every details come out easily. Don't compare yourself with me," kata beliau sebagai penutup. Kami pun tersenyum lega, mendapat kata-kata semangat daripada doktor.

Tak perlu risau risau kalau lupa. The key is -----> REPETITION.

Teringat ungkapan yang tertulis kat buku teks sejarah "Those who forget the past are condemned to repeat it". Ungkapan ni boleh bagi 2 maksud yang berbeza. So, choose the other one :).


Experiences are going to help us soon!



Lets aim to be great doctors you guys! Happy revising & memorizing! :)



p/s: how could spring be so hot??

H.A.T.I

Monday, 22 March 2010

Semalam sibuk betul semua orang memperkatakan kekalahan Liverpool. Match against team mane, aku pun tak sure. Mane ade tengok bola kat sini. Study, study, huhu.

Hari ni pulak, kami sambung belajar topic LIVER dalam prelab. For the first time, dapat lah tengok organ liver tu dari jarak dekat dan secara live! Mula-mula doctor tunjuk liver yang biasa, then dia terangkan structure this and that, which we already know and revised soooo many times (cool...hehe). After finishing all the structures, doctor tukar dengan liver yang lain, which is like 3 times BIGGER than the previous one. We were like..."whoaaa!" coz yeah, it's so big!


We thought the first one was a baby's liver, and this one belongs to an adult. Tapi doctor yang menyedari riak wajah kami yang tersangat impressed cepat-cepat bagitau "This is not a normal liver. It's HEPATOMEGALY". Oh right. That explains all. Heee~

That pic shows mostly the posterior part of the liver. Comel tak liver kita semua? Thank You ALLAH kerana mengurniakan manusia sebuah liver yang sangat penting untuk kehidupan.


Exciting week ^_^

Monday, 15 March 2010

Minggu ni menghadirkan 1001 senyuman dalam hidup aku (mungkin juga kami, students Ain Shams atau perubatan). Macam2 events yangsedang berlangsung dan akan berlangsung dan kesemuanya exciting.

1. L.I.F.E - Ntah kenape la aku yang excited sangat pasal program ni. Sedangkan, program ni untuk tahun 1 je, kui3. Maybe sebab tahun lepas aku tak sempat join siri 2 punye kot atas sebab2 tertentu. Kali ni program buat kat Ain Shams Univ. (ASU), so terasa honoured la buat kat U sendiri. Thanks PERUBATAN! Tapi almalangnye sekali, tak ramai junior ASU yang turun padang menjayakan program ilmiah ni. Kenapa dan mengapa? Tak kuasa nak tanye. Bersyukur dapat jadi fasi untuk program ni. Kalau tak, takde peluang la nak skodeng program ni :). Sepanjang program tu aku nampak kebanyakan AJK pelaksana terdiri daripada students Cairo U dan Al-Azhar. Sekali lagi diri ini bertanya....di mana students ASU?? Haiihhh....

2. Medicophilic Week - Syoknye! Syoknye! Syoknye! Tu je dapat aku gambarkan untuk program yang ni. Sedang berlangsung dalam minggu ni. Kuiz, pertandingan tulis artikel, debate dan macam2 lagi. Bestkan? Tak rase ke macam kat sekolah dulu? Waahh...rinduku pada SMKA SHAMS. Dalam pada berasa syok dengan program ni, satu pertandingan pun aku tak join =(. Mula2 dah bersemangat nak join debate. Tapi banyak pulak aral yang melintang pukangkan keadaan. Kalau tak dapat nak praktis, baik takyah masuk, kan? Buat kecewa penuntut ASU je nanti, huhu. Pastu ingat nak tulis artikel English, saje nak test power. Dulu kat sekolah rajin nak perticipate sebab idea melimpah ruah. Sekarang ni, idea ade la melimpah sikit tapi sekadar melimpah di otak, tak sempat di pindahkan ke kertas. Busy kot.....

3. Cairo Sport's Day - Rasa macam baru semalam dengar berita team Futsal Ain Shams jadi juara lawan antara 3 universiti. Tengok2 tak lama lagi bakal berlangsung temasya sukan lagi. Whoaaa...how exciting is that?? Bagi penggemar sukan, pejuang sukan, atlet dan peminat sukan, ini bagaikan peluang keemasan. Busy semua orang tanya sesama sendiri nak masuk acara apa. Di satu sudut, aku memerhatikan gelagat mereka tanpa mendekati sesiapa. Takut kena ajak masuk. Aku ni kalau dah diajak, susah nak tolak. Tapi memang tak pasang niat nak join untuk kali ni. Aku nak main badminton, tapi tak penah wujud pulak acara tu kat sini. Time kelas praktikal Histo diorang sebar2kan acara sukaneka. Macam menarik! Sebab 2 daripada 5 acaranya involve makan buah-buahan, haha. Bukan senang nak dapat makan apple kat sini. Mahal wooo. Dapat masuk acara makan epal ok gak ;).



4. Gala Busana Muslimah - Sekali dengar macam menarik. Macam ade fashion show, huhu. Tapi yang pastinya, it's even more menarik than that. Tak sabar nak masuk pertandingan video iklan kempen TUTUP AURAT (oh Sarah...jangan berangan je, mesti bertindak!). Dua hari lepas Yat ade passing kertas untuk sesiapa yang berminat nak join persembahan time program tu nanti. Ade 2 persembahan: Silat dan Taekwondo. Haaa??! Taekwondo?! Rase nak pengsan time tau pasal tu. Wuaaaa...rindunye nak bertaekwondo! Ape lagi...cepat2 la tulis nama, haha.



5. Kelab Sukan - Beberapa hari lepas jugak diorang ade passing kertas iklan tentang kelab sukan yang bakal diwujudkan. Satu persatu aku meneliti: Futsal, Bola jaring, Renang, Skuasy, Gimnasium....dan beberapa lagi. Alaaa...taekwondo takde ke? Kick-boxing ke. Atau badminton ke. Chess ke. Eh...jap. Chess tu sukan ke? Sukan untuk otak kot. Tapi aku tetap nak taekwondo. Dah lama tawaqquf ni. Sejak naik Form 5, memang tak penah sambung langsung. Haha...mesti dah keras muscles of lower limb ni. Mampukah aku membuat chopping kick dengan mudah, tanpa perlu menderita kesakitan otot selama seminggu?? Haha. Nak jugak taekwondo! Antara obsesi ku selain photography dan kucing ialah taekwondo. Sudah setahun berharap agar dapat masuk kelas taekwondo kat bumi barakah ni. Bila ye agaknye??



Kalau tak dapat taekwondo, kelab memanah pun ok jugak. Tak pernah pegang busur panah tu secara real, melainkan dalam game komputer.



Kesimpulannya, minggu ini memang best! Aku tengok sume orang pun muka berseri je dalam kelas tadi, until.....kami menerima berita 'baik' bahawa FINAL EXAM AKAN START 24 JUNE DAN DIJANGKA HABIS 22 JULY 2010! ..................(aku speechless).

The story of hormone

Sunday, 14 March 2010

How do you feel today?
Happy?
Sad?
Frustrated?
Depressed?
Sleepy?
Blame them all to the hormones!!

Masuk hari ni, dah 2 hari berturut2 aku berjaya mengawal kelopak mata daripada digayuti oleh syaitan durjana. Seronok weyh dapat dengar lecture dari awal sampai akhir. Terasa macam kat sekolah dulu. Rasa macam hidup ini berwajah baru (cehh...). Alhamdulillah, syukur sangat2. Siap call ibu bagitau tak tido dalam kelas, huhu. Satu rekod yang harus dikekalkan sampai akhir hayat. Aku mampu!

Masuk hari ni jugak, dah 2 hari kami belajar tajuk baru: ENDOCRINE SYSTEM. Adakah ketidaktiduranku di kelas disebabkan topik ini? Tidak...tidak mungkin. Aku juga tidak tidur time Biochemistry dan Histology. Juga rekod yang membanggakan, ngeh3. Dr. Ibtisam memulakan lecture Endocrine System dengan general view of that topic, which makes me soooo grateful to Allah sebab...hanya dengan beginning with general view je yang akan menyebabkan aku tertarik dengan sesuatu topik. Maka konklusinya, a bouquet of thanks to Dr. Ibtisam kerana membantu menaikkan enthusiasm aku untuk meneruskan perjuangan ini.


-Happy sebab berjaya berjaga sepanjang lecture. Juga dapat survey furniture. Juga dapat call ibu :). Juga dapat berangan2 nak bela kucing kat rumah baru nanti. Juga markah Histo mengubati retak di hati dek kerana Biochemistry-



-Sedih? Tiada sebab untuk sedih hari ini-



-Frustrated? Juga tiada. Oh...mungkin ada sedikit. Kerana tidak menepati janji. Sarah...sarah...jangan berani untuk berjanji kalau tak mampu tunaikan janji. Tapi terima kasih sahabat2 yang masih sabar dan bertolak ansur. Allah...kurniakan kekuatan untuk aku menunaikan tanggungjawab ini-


p/s: Subuh makin awal skarang. Kalau set alarm 4.30, jangan harap dapat tahajjud. Oh biological clock, berubahlah!

Tapi saya tak makan pun....

Wednesday, 13 January 2010

Hari ni time kelas Physiology, Dr. Magda tiba2 tunjuk gamba Indomee yang sekaligus membuatkan semua orang excited, yang ngantuk jadi segar balik, yang tengah borak2 terus senyap, yang mengelamun segera kembali ke alam nyata.

"Uish...Indomee!" keluar suara kecil seorang rakan (tak prasan sape) tatkala terlihat makanan kegemarannya terpampang di skrin besar.

"Haa...nak kate tak leh makan la tuh..." kata seorang rakan yang lain pula. Ada nada kecewa di situ, huhu.

Serentak dengan penayangan gambar 2 bungkus Indomee itu juga, kedengaran sok sek sok sek di segenap ruang kelas yang besar tu. Bukan orang Melayu je yang dok busy bincang itu ini, students Nigeria pun turut serta. Barangkali diorang pun gemar sangat makan benda tu.

Aku agak majoriti classmates aku suka makan mee ni. Mana taknya...dah la senang nak masak, murah, sedap plak tu. Sedap?? Kalau reti masak laa. Kalau takat didih air pastu rendam mee, then tabur perisa baik tak yah :P.




-Teruja tak tengok gamba nih?? Hehe...-

Dr. Magda yang menyedari keadaan kelas hampir tak dapat dikawal tu terus bertanya kitorang tau tak ape benda tu. Semua orang pun jawab YESSSS. Pastu doktor tanya lagi, suka tak makan benda tu. Lagi kuat + excited jawab YESSSSS! Tapi ade gak suara2 garau yang kata NO! Okay, tak nak kata ape2, cuma tau sangat diorang kelentong je, huhu. Generally, majoriti memang consume mee segera ni. Tak kisah la Indomee ke, Maggie ke.

Bila nampak semua orang macam dah excited je, Dr. Magda terus bagitau:

MAKAN MEE SEGERA NI TAK ELOK. IA SAAAAAAAANGAT BERBAHAYA (TOKSIK) UNTUK BADAN. BOLEH JADI PENYEBAB OBESITI, SAKIT BUAH PINGGANG, NGANTUK, LUPA....DAN MACAM2 LAGI KESAN NEGATIF. KAMU PATUT ELAKKAN MAKAN MEE NI.

Dan serentak dengan itu, terdengar keluhan demi keluhan di segenap ruang. Mesti la semua tak puas hati, makanan kegemaran yang biasa di belasah time2 tengah takde duit, time tengah takde masa nak menggulai, merendang, memasak merah, memasak kicap, mentomyam dan memasak yang lain2nye...tiba2 kena berenti makan pulak. Oh...ape cer ni doktor? Tak bleh la camtu! (Aku agak camtu la kot monolog dalaman masing2).

Doktor pun start la kata yang kitorang ni asyik ngantuk dalam kelas sebab suka makan mee segera. Time tu aku tersentak. Rasa nak angkat tangan dan berdiri dan berkata:

Doktor, saya tak makan pun mee tu. Sejak saya balik sini, saya tak sentuh pun mee tu. Walaupun ahli beit saya ajak makan ramai2 (pergh...xleh bla), saya tetap tak join diorang demi menyelamatkan otak dan badan saya. Tapi doktor, saya tetap tertido dalam kelas, malah sayalah antara yang paling banyak kali tertido (agaknye...). Habis tu, kenapa saya still ngantuk??
(sambil buat muka sedih giler, huhu)

Ok. Aku tak jadi angkat tangan dan tanya. Takut2 nanti ade plak yang kata:

Hek ele...poyo la ko. Nak kata tak makan indomee la tu. Padahal ko la yang slalu banyak tido dalam klas. Booo....

Ok. So, aku senyap je T_T. Sekadar bermonolog dalam hati. Tapi still tertanya2 jugak...apesal aku ngantuk lagi???


-Gamba mee yang lagi tak boleh bla...haha-

p/s: pasni rajin2 la masak makanan yg berkhasiat. kalau susah sangat, belasah la roti hari2 (kalau sanggup, huhu)

"I'm very sad..."

Wednesday, 30 December 2009

"Please take out a piece of paper and write...." Dr. Magda memulakan bicara pada hari itu. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, kami sudah dapat mengagak arahan yang bakal keluar dari mulutnya. Maka kedengaranlah suara2 latar yang mengeluh, tidak kurang juga yang buat2 terkejut, haha. Dr. Magda mula menyenaraikan soalan2 yang perlu kami jawab dalam masa 10 minit. Kalau difikir secara logik akal, 10 minit itu memang cukup lama memandangkan beliau bukannya menyuruh kami menjawab secara essay. Point form pun dah cukup. Kali ini soalan berkenaan Glomerular Filtration Rate. Ketika kami sedang 'bersungguh2' menjawab soalan, Dr. Magda mula berjalan around the class sambil memerhatikan gelagat kami. Beliau memulakan dengan column sebelah kiri, tempat berkumpulnya pelajar lelaki.

Kelihatan 2 orang pelajar lelaki yang duduk di hadapan menumpukan sepenuh perhatian ketika langkah Dr. Magda terhenti di sebelah mereka. Maka Dr. Magda pun meneruskan langkah. Sampai di bahagian tengah... "Close your book" kedengaran suara beliau. Gulp! Tak pasal2 aku pun turut merasa kecuakannya. Aku menjeling ke arah kiri. Dr. Magda sedang merenung beberapa orang pelajar lelaki yang terkantoi membuka buku ketika sedang menjawab soalan tersebut. Urgh...apelah diorang ni. Tak payah la bukak buku. Jujur sudah. Dr. Magda pun mula 'berucap panjang' kepada mereka.

Selesai semuanya menjawab soalan, (kertas aku tak penuh pun....T_T...) Dr. mula mencuri sesaat dua untuk memberi tazkirah kepada kami. Ayat pertama beliau: "I'm very sad....". Tak tahulah kenapa, tapi kalau aku dengar je seorang guru cakap macam tu, aku rasa bersalah sangat2. Aku yakin, orang lain pun macam tu jugak. Mulalah semua orang rasa tak selesa. Memang salah kami pun tak study....sob3.

"You leave your country to study. So where's your study?? If you don't understand, come to me. Even for 100 times! So why don't you study??" bertalu2 peluru sesat menusuk ke dalam telinga dan jiwa kami. Astaghfirullahal'aziiim....ape nak jadi ni??

"You watch TV at home?" doktor cuba mengagak aktiviti kami di rumah. No lah doctor, we don't have TV at home T_T. Sob2. Kalau ade, boleh gak tengok huhu.

"Please study Renal Physiology" Dr. Magda seolah2 merayu kepada kami. Oh...doctor, we're so so so sorry!!

"Please concentrate with me!" kata Dr. Magda tatkala melihat wajah masing2 dah lain macam. Semua orang rasa dah tepu kot. Maybe tak mampu lagi nak fokus sepenuhnya. Maka terzahirlah perasaan itu melalui wajah masing2 dan akhirnya disedari oleh doktor.

"You are sleepy today. Please study well and sleep well..." pesan Dr. Magda di akhir kelas. Terima kasih doktor, atas pesananmu itu. Namun aku yakin, semua orang sleep well. Bab study well je belum semua kot.

Yang paling tak boleh blah... "I begin my day at 2 a.m. You are young! You can tolerate...." perghh...memang terasa sungguh2 la kami time tuh. Pandai2 je buat alasan kelas lama tadi. Ambik kau...doktor lagi lama. Kenapa...kenapa...dan kenapa?? Maafkan kami doktor...kami janji...eh...tak boleh main suka2 janji. Kami akan berusaha buat yang lebih baik lepas ni. InsyaAllah!

Info yang diberikan oleh Dr. Magda:
Objectives + competencies + actions + resources + incentives + information = INTENDED CHANGE


-malaysian+nigerian=satu malaysia (eh...xde kaitan)-

Minggu ini merupakan minggu di mana doktor2 kuliah kebanyakannya menggunakan quotes yang best. Antaranya...

"From mud I come to mud I go...." kata Dr. Hany Shawky upon explaining where the CSF goes to. Rasa macam dengar sajak dari Shakespeare pulak. Ala2 Sonnet 18, Lake Isles of Innisfree, The Road Not Taken, If dan lain2 sajak yang terpaksa dihafal time nak SPM dulu.

Lagi satu yang aku ingat sangat2....

"Try to think, not only sit and receive information..." kata Dr. Bataa ketika melihat kami semua buat muka selamba, tiada kelihatan usaha untuk berfikir. Seperti time kat sekolah dulu, menunggu disuap oleh cikgu. Astaghfirullahal'aziiiim....ape nak jadi ni.... Mari muhasabah diri.




-beberapa classmates yg tersayang-
The general idea about this week is....majoriti doktor ada menyatakan rasa kesal mereka terhadap sikap kami yang...erm...entah bila nak berubah. Tahun lepas pun macam tu jugak. Tambah2 lagi dah dekat sangat nak exam ni. Of course la doktor2 jadi risau. Sempena dengan tahun baru yang bakal menjelma ni, semoga kami semua dapat berubah dan berazam untuk menjadi yang lebih baik.



Ya Allah...tetapkan hati kami dalam mentaatiMu, tetapkan hati kami pada jalan ini dan bantulah kami....amiiiiiin~


p/s: xmo tido lagi....tapi camne?? arghhh.....




-time perjumpaan bersama doktor2-

Study + genius = ?

Thursday, 19 November 2009

Hatiku berdegup kencang tatkala melihat reaksi pada wajah Dr. Syaheera. Perasaan tak tentu arah, kurang selesa dan tak senang duduk menguasai diri. Skrin monitor yang memaparkan soalan2 Anatomy ku biarkan begitu saja. Tak tergerak pun hati ini untuk cuba menjawabnya. Masih berbaki separuh lagi soalan yang belum ku jawab.

Mataku lebih tertumpu kepada 2 makhluk Allah. Setiap gerakan bibir dan reaksi pada wajah Dr. Syaheera ku perhati dalam2. Begitu juga Munzir yang sudah siap sedia untuk meninggalkan bilik komputer. Aku seakan-akan tidak percaya. Munzir dah siap?? Tak boleh bla betul!! Dia lah antara orang yang paling last masuk makmal tu. Camne dia boleh jadi yang 1st keluar dari situ? Bertalu2 pertanyaan menghujani otak yang semakin dihimpit kekeliruan tatkala cuba menjawab soalan Anatomy yang sememangnya sangat direct itu. Huh.

Setelah sekian lama memerhati, aku kembali ke alam nyata, berperang dengan diri bagi menjawab soalan2 tersebut. Terasa hampir gugur jantung ini apabila memikirkan betapa senangnya soalan yang diberikan - kalau aku habis baca & ingat semua! Tapi takziah pada diri, kerana tidak memaksa kemampuan yang diberikan oleh Allah untuk digunakan secara maksimum.

Agak lama juga aku termenung menatap skrin komputer yang seakan-akan blank sedangkan ia dipenuhi soalan yang belum terjawab. Dinie dan Aida di sebelahku sudah berkali-kali recheck jawapan masing2. Huzaifah pula sudah bangkit dari kerusi, sambil menjawab pertanyaan Dr. Syaheera: "Not good..." kata Huzaifah sambil tersengih bercampur cemas. Mendengar kata-katanya aku menjadi semakin tak tentu arah. Urghhh....camne la result aku ek??





Tamat saja kelas Biochemistry semalam dan setelah selesai solat maghrib, seperti biasa ada saja isu yang menjadi topik perbualan aku dan Sakinah sambil menunggu tremco yang tak nampak2 bayangnya. Kali ini topik perbualan kami hanya tertumpu kepada 1 isu sahaja iaitu MUNZIR. Bukannya kami mengumpat itu dan ini....cuma tak dapat lagi nak diselindungkan betapa kagumnya aku dengan kemampuan jejaka yang setahun lebih muda dari aku tu.

Persoalan yang timbul: Adakah dia genius???

Monolog dalaman yang sentiasa bermain dalam hati kami akhirnya terzahir semasa perbualan tersebut berlaku. Hal ini tidak lain dan tidak bukan...hanyalah disebabkan markah yang diperolehi oleh Munzir time exam Anatomy tadi ialah....29/30!! Dan dia menyelesaikan semua soalan tersebut dalam masa kurang dari 8 minit. Huh??

Mengucap, bertahlil, bertakbir, bertahmid panjang aku ketika mendengar kata2 Sakinah. Namun aku tidak surprised sebab awal2 lagi aku dah surprised melihat wajah Dr. Syaheera tengah hari tu. Bukan senang nak tengok muka seorang doktor menzahirkan reaksi IMPRESSED pada seorang pelajar Malaysia. Aku bangge ngan ko Mun! (Walaupun bukan aku yang dapat...tapi still bangge ade gak wakil Malaysia, N9 & ex-SHAMS....hehe)

GENIUS-

Itu saja kesimpulan yang dapat kami buat untuk hamba Allah yang bijak itu. Dengan gayanya yang bersahaja semenjak dari bangku sekolah lagi dan tiada pernah seorang pun rakannya sibuk memperkatakan tentang 'Munzir study giler2...', ape lagi konklusinye kalau bukan genius. Betul x?? Hihi...tiada keraguan lagi.

Bercerita tentang kelebihan orang lain kadang kala membuatkan kita terasa kekurangan pada diri. Namun semalam, alhamdulillah....kami sama2 sedar dan mensyukuri nikmat2 yang dikurniakan oleh Allah. Cukup sifat, hidung x tersumbat, mata x juling, otak balance, masih ada Iman dan Islam....ALHAMDULILLAAH~

p/s: Mesir kalah kelayakan piala dunia against Algeria. Hari2 esok bakal dihiasi ketenangan + xperlu susah2 beli hon! :P
Related Posts with Thumbnails