Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent
Showing posts with label kata hati. Show all posts
Showing posts with label kata hati. Show all posts

Benci untuk membenci

Saturday, 19 January 2013

Setiap manusia pasti akan mati.
Begitu juga, setiap manusia ada perasaan.
Walau siapa pun manusia itu,
Baik kah dia, jahat kah dia, bijak kah dia, kurang bijak kah dia.
Semuanya dianugerahkan Allah dengan perasaan.

Oh ini bukan nak mengomel tentang perasaan perasaan dan perasaan.
Bukan.
Ini sekadar nak menyatakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati.
Terhadap apa?
Terhadap apa-apa lah.

Pertama sekali, perlulah manusia ini jelas.
Bahawasanya, biarpun dia seorang da'ie yang hebat, dia tetap akan membuat kesalahan dan dosa.
Itu satu perkara yang dikongsi oleh semua hamba Allah bernama manusia, melainkan nabi dan Rasul.
Dan dengan itu, setiap manusia perlu ditegur dan dinasihati atas kesalahannya.
Biarpun dia seorang da'ie yang hebat.

Masalah terjadi apabila manusia yang sedar dirinya da'ie ni, nak menegur da'ie yang lain.
Ahhh...malas pula nak mengayat-ayat ni.
Berterus-teranglah lebih senang.
Macam ni...
Dalam nak menegur sesama kita, elakkan, ELAKkan, ELAKKANLAH menyindir.
Sindiran ni, tak berguna satu habuk pun.
Ni nak menasihati orang, tapi menyindir.
Kau guna sunnah yang mana menyindir sahabat sendiri?
Bukankah ada seribu satu lagi cara untuk menegur kesalahan yang dia buat?
Kenapa kau pilih cara yang sememangnya boleh buat dia lagi jauh dari kau.

Saya tahu, kadang-kala kita 'ter'buat begitu sebab kita tak pernah meletakkan diri di tempat manusia yang berbuat salah, lalu disindir itu.
Saya tahu, dahulu mungkin saja ada saya berbuat begitu kepada orang.
Dan sekarang saya lebih tahu, bahawa cara itu tak berkesan pun malah menjauhkan hati orang yang nak dinasihati.
Lihat? Niat cukup baik dah. Nak bawa manusia itu ke jalan yang benar. Menuju Tuhan.
Tapi sayang seribu kali sayang, dipilih pula cara yang hina lagi menghinakan itu.
Hasilnya makin ramailah yang menjauh.

Saya bersyukur kepada Tuhan, diletakkan di tempat pesalah.
Dan diberi peluang untuk merasa bagaimana rasanya ditegur dengan cara yang kejam itu.
Alhamdulillah, Allah nak pastikan diri ini tak berterusan melakukan perkara yang 'nampak baik' tapi tersangat hina itu.

Tak hairanlah mengapa mad'u masih ramai yang menjauh.
Malah lebih menyedihkan, mad'u menjadi musuh!

Benci.
Ya, saya sungguh benci apabila diperlakukan begitu.
Tapi saya lebih benci untuk membenci.

Mujurlah rukun yang pertama itu FAHAM.

Ambil hati?

Monday, 7 May 2012

1. Mahukan sesuatu dari tuannya, perlu ambil hati tuannya dahulu. Setuju?

2. Saya mahukan sesuatu milik Tuhan. Jadi saya perlu buat Tuhan gembira dengan saya kan? Semua benda pun milik Tuhan.

3. Mengambil hati dan mengampu adalah dua benda yang berbeza. Perlu jelas kedua-duanya.

4. Bagi saya, bukanlah dinamakan mengambil hati sekadar dengan cara 'like' status, atau gambar di mukabuku. Ataupun dengan cara tag banyak-banyak. Atau dengan cara memuji itu ini. Alaaa...ini pandangan saya. Mungkin anda tak setuju. Tak mengapa. 

5. Jika kita hendak kahwin, dan perlu mengambil hati bakal ibu dan bapa mertua; saya pilih untuk sentiasa mendoakannya dalam doa saya. Biar lah dia tak tahu. Tapi Allah tahu kan?

6. Bagi saya cara begitu lebih honoured. Kerana saya takut terselit kepura-puraan dalam usaha mengambil hati. Ini bagi saya. Anda tak setuju, tak mengapa. 

7. Mungkin saya perlu beli buku 'How to Influence People and Make Friends' dan telaah sampai hadam. Kalau ada buku 'How to Delight Older People' pun bagus juga. 

8. Dah la. Saya tak tahu nak cakap apa.

9. Tapi saya nak bagi tahu, bukan saya tak usaha! Cuma saya bukanlah seorang pengampu. 

10. Mengambil hati perlu seni, perlu kena pada masa dan tempatnya. Perlu ikhlas~



rasa mahu melompat lebih tinggi




p/s: jangan salah faham. entri ini bukan mahu membuat perbandingan apa-apa
pps: comparisons should only be made on stuffs worth it
ppps: gua tak kecik hati pun der. cuma rasa sedikit terhina sebab gua bukan orang lain. gua adalah diri gua. maka...tak perlu bandingkan cara dan usaha gua dengan sapa2.


Lucky me

Tuesday, 1 May 2012

I'm so bored today. It's labour day and I'm not a labour yet, so I don't know how am I supposed to enjoy this holiday, because holiday for Islam's workers are only in the paradise. Okay, I know those words sound crazily 'bajet', but that's the truth.

It's May already whether we like it or not. Me? I love it! Simply because I was born in May. hehe

I used to dislike May, because usually, May is the month of exams. Since kindergarten, up till now. Sounds really pathetic for those who were born in May.

But! But! But....

When I came to Egypt, things seem a little bit different. There's a spark of hope for me to be happy and cherish God's fate for me, being born in May. eceh....

You know what? May means SPRING! yeay!!

And you know what? Spring means FLOWER! Triple yeay!!!



Isn't this beautiful? ^____^



Never to be found in Egypt. But hey, who cares? It's May! 
(kalau zoom dalam-dalam, nampak macam malignant melanoma 0.o )



Lalalala~
I wonder how does heaven looks like.
<3




THIS is crazeee!




Wouldn't it be so wonderful to wake up early in the morning,
to know that THIS is present at the front door?
heee~




Forever favourite!




Aaaaaahhh~
I want flowers for my birthday!





I feel so blessed to be born in the month when the flowers bloom~
^____^




I found happiness in flowers! yeay~



p/s: can I wish for bouquets of flowers in front of my house on my birthday? tehee.






Sampai syurga

Thursday, 22 March 2012

Andai...


Suatu hari nanti, 
salah seorang dari kita pergi dulu,
kita jumpa di syurga ya?
Ini janji kita.
Boleh ya.




Merungkai hati

Sunday, 1 January 2012


Jiwa manusia itu terlalu banyak rahsia, 
Namun manusia itu sendiri gagal menggalinya,
Tiada lain sebabnya, 
Hanya kerana hadirnya HIJAB yang menutup antara dia dan PENCIPTA, 
Bertenanglah wahai jiwa,
Bertafakurlah seketika, 
Berinteraksilah dengan SI PEMILIK JIWA, 
Riakan hatimu dengan meratib namaNya, 
Renunglah jauh ke dalam dirimu, 
Betapa melangit rahmat TUHAN buatmu, 
Sedang rahmat itu kian terpalit,
Dengan titik sauda' di sudut amalmu,
Wahai Yang di anugerahkan Jiwa,
Pudarkanlah segala noda yang menghitam di dadamu,
Moga tersingkap segala rahsia antara JIWA dan PENCIPTA.



Your Heart is the size of an Ocean.
Go find Yourself in its Hidden Depths..!!
[Maulana Jalal-ud-Deen Rumi - Rehmatullah aliah]


Imam Ghazali:
Carilah hatimu di tiga tempat. 
Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Jika tak kau temui,
Carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tak kau temui, 
Carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika tak kau temui juga,
Maka berdoalah kepada Allah,
Pinta hati yang baru,
Kerana hakikatnya,
Pada ketika itu, kau tak mempunyai hati.

The Red Love

Tuesday, 10 May 2011

Amaran: Jika anda tidak suka warna merah, atau tidak suka bola sepak, atau tidak suka Liverpool, sila tekan butang pangkah warna merah di bahagian atas, paling kanan ye. 




Love is sometimes very subjective. Or maybe all the time subjective. Try asking 10 people what love means, and you'll get 10 different answers. Why? Because it's too unique to be explained. Okay. Enough with the definition. (apakah?)

No, I'm not going to talk about 'love' today. Dah la lama tak update blog. Tiba-tiba nak cakap pasal cinta? Gila. Memang buang tebiat Sarah ni. Barangkali aku sedang membuang tebiat. Baru tadi ada sorang kawan tegur "Sarah ni apesal ntah. Nampak lain. Ceria semacam je hari ni," kata beliau. Aku sengih. Adakah selama ini aku bermuram, berduka? Haha.

Antara penyebab keceriaan adalah video di atas. Nak panjat gunung jerit 'Aaaaa!!!!' kuat-kuat. Sesuatu yang sangat aku nanti-nantikan. Bagai menunggu kucing bertanduk. Sekarang dah nampak sikit-sikit tanduk dia. Bagai menunggu bulan jatuh ke riba, sekarang lukis gambar bulan, letak atas riba. Senang cerita, like a dream come true. Ewah.

Agak lewat filem ni keluar. Kisah tahun 2005, sekarang dah 2011. Apakah motif disebaliknya? Barangkali nak menaikkan semula semangat kipas-kipas susah mati yang masih setia setelah bertahun-tahun sabar dengan drama yang penuh dengan babak duka. Atau barangkali ada mesej penting yang ingin disampaikan kepada seluruh dunia. The Reds bakal kembali menguasai dunia bola sepak? Mana tahu. HARAP-HARAP SANGAT MACAM TU LAH. 

Memang 250505 tu sangat bersejarah tarikhnya. Dah la nombor pun lawa. Kenangan malam 250505: Aku menonton Champions League Final bersama ayah. Aku tidur awal, kemudian bangun malam untuk study subjek Science, sebab keesokan harinya ada exam penting. Tapi pada masa yang sama, ada perlawanan besar berlangsung secara LIVE di TV. Argh! Memandangkan masa tu baru Form 3, tak berapa faham aulawiyat, maka aku mendahulukan menonton aksi pasukan kegemaran.

Semua peminat bola tahu apa yang berlaku semasa perlawanan malam itu. First half yang disaster gila! Sejurus selepas wisel first half dibunyikan, aku masih belum berganjak dari kaca TV. Macam tak percaya. Tak ada perasaan. Ayah beredar untuk solat malam. Aku melangkah longlai ke dalam bilik. Buku Science tersusun rapi atas meja. Aku merenung katil. Nampak empuk. Ku renung buku. Nampak menarik. Last2 aku pergi ambil wudhu' dan solat. Selesai solat, aku mendisiplinkan diri membaca buku Science. Esok ada exam. Sila beri perhatian, Sarah.

Second half bermula. Ayah ketuk pintu bilik. "Ngah, dah start". Aku jawab, nak baca buku. Dalam hati sedikit luka. Rasa tak mampu nak tengok second half. Terbayang wajah Gerrard, wajah Alonso. (Ye, dulu agak tak matang, agak sangat fanatik. sila maafkan saya. haha) Punya fanatik sampai fikir apa agaknya perasaan players Liverpool masa rehat 1st half tu? Haha.

Beberapa ketika kemudian, tengah-tengah syok baca buku, dengar ayah jerit dari ruang tamu. "Gol!". Argh. Sape yang gol? Telan air liur. Ni mesti bukan Liverpool yang gol. Ayah bukan suka Liverpool pun. sobs. Aku teruskan membaca. "Ngah....oh ngah," dengar suara ayah dari jauh. Aku bergegas ke ruang tamu. Sampai ke telinga aku tersenyum. Scoreboard menunjukkan 3-1. Gembira bukan kepalang. Baru score satu. Aku masuk bilik, teruskan ulangkaji. Kemudian gol kedua, kemudian gol ketiga, penyamaan. Perasaan time tu memang tak dapat nak digambarkan! Belum menang lagi. Baru seri je. Akhirnya aku meninggalkan buku dan melekat di hadapan TV.

Dia punya doa dalam hati time tu, perghhh memang hebat wa cakap lu! Siap doa 'Ya Allah...bagi lah Liverpool menang'. Punya la bersungguh-sungguh doa dalam hati. Nak doa kuat-kuat takut ayah dengar. Kantoi nanti. Paling best masa penalti. Time Dudek tepis bola penalti Andriy Shevchenko tuh, rasa macam 'Arghh! MENANG!!!!!!' Tanpa sedar, aku melompat sambil menumbuk ke udara. Ayah tercengang seketika. Tak sangka aku begitu fanatik barangkali. Bestnyeeeee. Bestttt sangat malam tu. 'The Miracle of Istanbul'

Semenjak hari itu, aku terus menjadi penyokong Liverpool dalam suka, dalam duka. Amboi. Tak boleh blah. Sebelum datang Mesir memang setiap kali ada peluang, aku akan menonton setiap perlawanan The Reds. Kat rumah ada Astro. Ayah & Aiman pun tengok bola. Join je la. Ape lagi.

Tapi sejak berada di Mesir, memandangkan tiada TV, Astro, ayah dan Aiman, maka aku jarang-jarang ambil tahu update tentang dunia bola sepak. Eloklah tu. Bersederhana sikit. (hek eleh)

Harap-harap dapat tonton filem di atas nanti. The atmosphere! Ahhh....sangat best. All the things I love:
-Liverpool
-red colour
-Istanbul, Turkey
-May (month)
-number 5 (month, year, the 5th trophy)

PERFECT!


Dia pun nak ada blog jugak....

Sunday, 20 February 2011

Winter di Malaysia agak HOT.
Baru semalam pergi Centre Point, ternampak lambang Hot Market. Dah lama tak pergi sana. Dulu zaman sekolah, masa tak ada pendapatan sendiri (sekarang dah ada ke??), selalu masuk kedai tu untuk beli hadiah birthday kawan-kawan. Ye la, kawan pun bagi hadiah dari situ. Kita bagi la sesuatu yang berasal dari tempat yang sama kan? Almaklumlah, remaja yang membesar di kawasan suburban memang agak terkebelakang sedikit. Sadis.

Syukur kepada Tuhan yang telah mengilhamkan kepada manusia idea untuk mencipta aircond untuk diletakkan di dalam kereta (dan di rumah, jika ada). Panas nya Malaysia lah haiiii....sampaikan....

-Suatu hari aku pergi ke sebuah hospital untuk bertemu seorang doktor. Seperti biasa, ramai gila umat Muhammad di situ. Setahu aku, tiada konsert Maher Zain di hospital tersebut. Dalam pada menunggu kucing bertanduk, aku memerhati keadaan sekeliling. Terlihat seorang kakak (kalau panggil mak cik nampak melampau sangat) sedang berjalan menuju ke suatu destinasi. Langkahnya pantas. Comel akak ni, kata aku di dalam hati. Tudung warna merah epal, seluar hitam macam kopi. Baju? Baju corak bunga-bunga tak ada lengan. Ulang suara: tak ada lengan! Apakah? Adakah aku sedang berhalusinasi? Halusinasi part baju tak ada lengan tu ke atau part tudung? Berkali-kali aku cuba pejamkan mata dan bila buka semula, masih keadaan yang sama. Ya, aku bukan bermimpi.

-Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain. Terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang berjalan menuju ke suatu arah. Tangannya dipimpin oleh seorang wanita (barangkali ibunya). Mataku lebih tertumpu ke arah wanita yang memimpin kanak-kanak tersebut. Seperti pengkritik fesyen, aku meneliti busana mak cik tersebut. Skirt jeans labuh berwarna biru pucat. Ya, cukup labuh. Macam yang banyak dijual di 'Attabah dan Hussein. Kemudian dipadankan dengan tali pinggang lebar sejengkal berwarna putih. Dipadankan pula dengan blaus belang-belang hitam putih. Sampai part blaus aku sudah rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku lihat pula bahagian head & neck (topik yang kami belajar di tahun 2 dalam subjek Anatomy). Hah! Kenapa mak cik tu pakai snow cap?? Kali ni memang lama sungguh aku merenung. Ya, memang snow cap sebab dibelakangnya ada semacam....ape ek orang panggil? Erm...macam ekor arnab tu. Yang bulu-bulu tu.

-Malaysia memang HOT. Sebab tu masyarakat susah nak mengenakan pakaian yang menutup aurat secara keseluruhan. Tapi masyarakat tak tahu agaknya. Neraka lagi HOT dari Malaysia. Tak tahu atau malas nak ambil tahu? Malas nak ambil tahu atau buat-buat tak tahu? Semalam aku gagahkan diri buka surat khabar sekular. Sah! Kau nak salahkan siapa kalau media menjaja akhlak dan pemakaian yang sedemikian rupa? Kau nak salahkan sekolah yang tidak cukup memberi didikan? Kau nak salahkan ibu bapa yang hantar anak-anak pergi sekolah? Atau kau nak salahkan media cetak yang menyebarkan doktrin negatif secara halus? Mengapa tak kau salahkan stesen TV yang berlumba-luma menjatuhkan akhlak masyarakat? Kenapa tak pernah kau persalahkan makhluk-makhluk yang mengepalai serta menggalakkan semua ini? Yang kau tahu hanya memandang dengan sepasang mata penuh kebencian. Kau ingat dunia akan berubah kalau kau buat begitu? Mimpilah~

Dah. Habis intro (peh! baru intro ke kak??). Tajuk post kali ini merujuk kepada blog seorang hamba Allah, namanya Aiman Naeim Mustaza. Ya, adik saya sudah buat blog. Haha. Layari blog beliau di http://theonewhowearsnumberzero.blogspot.com/ .


Freedom of speech

Sunday, 23 January 2011



There are times when my heart feels like screaming.
There are times when it feels like roaring.
I know, I know what I will say is the truth.
I know I can say it because it's true.
It's not that I'm saying things because I like to make imaginary stories...
or because I am too frustrated of the world today....
or because I don't have better things to do.
But
I just wish that through my words
people can learn something
people can realize things
people can rethink.
I wish that through my words,
people can reevaluate.
About what?
About life.
About what are we doing in this world.
About how far do we realize we are nobody but God's slaves. 
About sins and hell.
About the mistakes and wrong-doings that we did, and still doing.
About death that might come to us any moment from now.
But sometimes,
I couldn't say things that I wish to say.
Sometimes, words stuck in my mind,
 struggling to break free.
Sometimes, my fingers stop dancing on the keyboard.
Sometimes, I never let my voice out and explode.
Why?
Because life is not fair.
You pay for what you said.
Even though you are saying the truth,
some people might just don't like it.
They punish you for telling the truth.
They punish you because you are true and they are wrong.
They punish you because they don't want to admit their sins and mistakes.
I've met so many people of this kind in my life.
And yes, words failed me when I'm in front of this type of people.
It's not that I'm coward.
But because I felt disgusted.
I always remember that every human being has the freedom of speech.
And yes, one day I'll use my freedom in front of those people.
Because I believe that everybody is equal.
Because I believe that we are all just God's slaves.
No one is better than another...
except our taqwa.
Well...
perhaps this post might be misunderstood.
Or maybe pretended to be misunderstood by some people.
But still, there are a group of people who can understand this very well. 
It doesn't matter to me.
All that matter is...
I say the truth and I say it true.

Tiba-tiba aku rasa...

Thursday, 6 January 2011

1-Serius! Secara tiba-tiba aku rasa tumblr sangat best. Best sebab boleh dapat banyak gambar cantik-cantik. Haha.



Comel kan? Comel kan? Heh.

*Aku tak sedar pulak aku ada tumblr. Dah berapa kurun agaknya terbiar macam tu. Dua hari lepas baru sedar "Eh2...aku ada tumblr rupanya" =_='


2-Serius! Tiba-tiba aku rasa macam berada dalam filem perang, tapi sekarang tengah part baru nak mula perang. Sebab apa? Sebab housemate aku kata ada baaaaanyak sangat askar kat jalan raya tadi. Masing-masing pegang senapang besar. "Takut kak..." kata housemate ku. Patutlah masa aku keluar pergi ATM tadi, tak banyak kereta atas jalan raya. Kalau tak, biasanya penuh sesak dengan kenderaan. Hari ni kelihatan lengang. Ada yang kata, kawasan Abbasiah dijangka paling teruk nanti. Wallahua'lam.
Esok, hari Jumaat. Esok juga, masyarakat Kristian di sini akan menyambut perayaan mereka. Maka sebab itulah pihak keselamatan ambil langkah berjaga-jaga, letak askar dan polis di merata-rata tempat. Dikhuatiri berlaku lagi rusuhan. Dah la depan rumah aku ni masjid negara. Ya, MASJID NEGARA. Beberapa meter dari masjid itu ada gereja. Ya, GEREJA BESAR. Junior kata dah berlaku rusuhan kat depan gereja tu. Sampai mereka takut nak keluar rumah. Fuh....tak sabar nak tahu apa akan berlaku (sengal).Diorang pesan jangan keluar rumah kalau tak ada urusan penting. Diorang siapa? Entah....diorang lah. Haha.
Ya Allah, selamatkanlah kami daripada sebarang kecelakaan.


3-Sederhana serius. Tiba-tiba aku rasa nak balik Malaysia, beli kaca mata baru kat sana. Sebab semalam pergi cek mata, doktor kata "Kamu kena buat spek baru,". T___T
Mana ada duit lah doktor. isk..isk...isk.... Lagi pun...terjamin ke buat cermin mata kat sini? Haaa...ada sape-sape nak jawab? Aku tak ada pengalaman.

4-Lebih serius! Tiba-tiba aku rasa sebenarnya kita tak sedar yang kita mempunyai hak untuk bersuara. Kita siapa? Kitalah, mahasiswa. Takkan kita Perdana Menteri kot. Mungkin kerana kita sentiasa dihantui rasa takut. Takut kepada apa ya? Hanya Allah yang layak kita takuti. Jadi, beranilah untuk bersuara. Beranilah untuk menegakkan kebenaran. Kerana kita semua manusia, tiada yang lebih, tiada yang kurang. Yang membezakan kita hanya TAQWA.

Jumpa tahun depan

Thursday, 30 December 2010

Eh2....dah akhir tahun lah! (bosan sungguh ekspresi tersebut). Entah kenapa. Sejak aku duduk Mesir, tidak terasa sangat bahang tahun baru. Bahang musim panas saja yang dirasai. Adakah orang lain juga begitu? Mungkin kerana kami menerima tahun baru dalam musim sejuk. Maka....begitulah.


Hari tu buat SC dengan adik-adik comel. Salah seorang bagi tazkirah, tajuk berkaitan dengan 10 muwasafat tarbiyah, tentang masa. Khusyuk mereka mendengar, nampaknya masing-masing terkesan dengan tazkirah yang disampaikan oleh sahabat mereka. Aku senyum melihat wajah masing-masing. "Masa tu apa?" sengaja aku timbulkan soalan laksana kanak-kanak tadika bertanyakan kepada gurunya. "Hah. Kita kan selalu bercakap tentang masa. Tapi masa tu apa sebenarnya? Kat akhirat nanti, ada masa tak?" Masing-masing tunduk, muka berfikir. Ada yang berkerut dahinya. Ada yang sengih-sengih. Barangkali sudah mendapat jawapan.

Erm...jangan harap aku ingin menuliskan jawapannya di sini. Persoalan itu ditimbulkan atas tujuan untuk mengajak kita semua berfikir, dan muhasabah diri. (Ke...tak paham? haha)

2011

Usiaku bakal menjangkau 21. Fuh...tua sudah. Mungkin sempat merasai usia 21, mungkin juga tidak. Semuanya sudah ditentukan Allah. Kalau orang putih, mereka anggap usia 21 ni sebagai kunci kedewasaan. Sebab apa ye? Mungkin sebab dah boleh mengundi. Haha. Tapi hari tu dah mengundi pun kat Mesir.

Pada usia 21, Sultan Muhammad Al-Fateh sudah berjaya menawan Konstantinopel. 

Aku?

Kamu?

Macam mana?

Apa jasa dan pengorbanan kita untuk Islam?

Adakah selama kita hidup
kita menyokong Islam?
Atau adakah kita pendokong?
Moga-moga kita bukan dalam kalangan orang yang mengongkong Islam.

Sekadar persoalan untuk kita berfikir.

Ya, kau kau.
Aku aku.
Memang kubur kita lain-lain nanti.
Cuma....
aku harap kita sama-sama dapat ketenangan di akhirat nanti.
Dan aku harap...
kita bukan di kalangan manusia yang menyusahkan manusia lain,
yang membantutkan usaha,
yang menghalang gerak kerja dakwah.

Kerana kau, aku...
diciptakan untuk menghambakan diri kepadaNya.


p/s: azam tahun 2011 tak mahu bebankan ibu dan ayah dengan masalah kewangan lagi T__T

Aku, BADAR dan PERUBATAN

Thursday, 23 December 2010

Dulu, masa mula-mula masuk SMKA SHAMS, aku tak tahu pun BADAR tu apa. Tahu-tahu je wajib datang usrah setiap hari Isnin. Orang panggil usrah BADAR. So aku ingat BADAR tu sekadar usrah la. Lepas kelas, duduk dalam satu kumpulan, ada senior yang membebel itu ini. Lepas sejam, tutup buku usrah, balik. Macam tu lah setiap minggu. Memang aku tanamkan dalam fikiran bahawa BADAR itu sekadar usrah setiap hari Isnin. Sampai tingkatan 3 aku masih berfikiran sedemikian.

Naik tingkatan 4, aku dilantik menjadi Ketua Pelajar (pengawas). Pada masa yang sama, terpilih sebagai salah seorang pimpinan BADAR. Aku tercengang. Dalam fikiran aku, BADAR masih lagi sekadar usrah hari Isnin. Masa tu memang rasa nak tolak perlantikan tersebut. Tapi aku fikir why not give it a chance? Mana tahu ada sesuatu yang Allah nak tunjuk kat aku. Perancangan Allah adalah yang terbaik.



Maka aku pun mula mengenal apa itu BADAR. Rupanya ia bukan sekadar usrah semata-mata. Malah lebih dari itu. Bak kata Ustazah Syakirah, "BADAR lah yang bertanggung jawab membentuk sahsiah pelajar-pelajar SHAMS,". Makin hari aku makin faham apa yang dibawa oleh BADAR. Aku bukannya bekerja seorang, tetapi bersama saf kepimpinan yang cukup aku hormati. Sebagai pimpinan, kami mentarbiyah, pada masa yang sama, ditarbiyah. Sebagai pimpinan, kami merancang dan menguruskan macam-macam aktiviti untuk dilaksanakan. Kem latihan naqib, usrah, kursus imam-imam, bengkel pembangunan insan, motivasi penghayatan Islam, kuliah pengajian kitab, mahabbatur Rasul dan banyak lagi. Pelbagai pengalaman pahit, manis dan payau yang aku terima sepanjang bersama dengan BADAR. Ada masanya, rasa lemah semangat. Rasa tak mampu nak pikul tanggung jawab besar itu. Besarnya melebihi Gunung Everest. Itulah amanah. Akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tapi di saat lemah, kata-kata Ustazah sentiasa menjadi pembakar semangat. "Bila kita bantu agama Allah, nescaya Allah bantu kita,". Aku yakin dengan ayat tersebut. Aku yakin kerja-kerjaku dalam BADAR adalah kerja-kerjaku untuk umat Islam. Kerana BADAR lah SMKA SHAMS aku anggap sebagai bumi tarbiyah di zaman persekolahan dulu. Dan sekiranya aku tidak dilantik menjadi pimpinan suatu masa dahulu, sudah tentu aku masih menganggap BADAR hanyalah usrah semata-mata. Tiada usaha untuk memahami kebenarannya. Sama juga seperti pelajar-pelajar lain yang tidak berminat melibatkan diri dengan program BADAR. Sudah tentu mereka merasakan semuanya hanya buang masa. Aku tak salahkan mereka. Cuma diri sendiri lah yang rugi.

Tiba di bumi Mesir, tiada lagi BADAR seperti di sekolah dulu. Ada PERUBATAN. Aku teringat kembali zaman-zaman muda remaja dulu, aku jenis yang tak ambil kisah hal sekeliling. Hanya apabila diberi tanggung jawab, barulah tergopoh-gapah cuba mengambil tahu. Aku tak mahu lakukan kesilapan yang sama. Aku bukakan hati untuk menerima dan mengenali PERUBATAN. Dasarnya Al-Quran dan as-sunnah, sama seperti SHAMS, dan sudah tentu, BADAR. Apabila dasarnya sudah sama, tentulah matlamat juga sama. Maka aku mula menjinak-jinakkan diri mengenali PERUBATAN. Ya, PERUBATAN bukan sekadar SC (Smart Circle) semata-mata. Bukan juga sekadar aktiviti medik sahaja. Bukan pula sekadar menjaga kebajikan. Walaupun namanya persatuan PERUBATAN, tapi konsepnya adalah seperti sebuah jemaah. Di dalamnya kita ditarbiyah serta mentarbiyah. Bersamanya kita belajar untuk membentuk diri. Memang benar, jika kita tidak bersama dengan PERUBATAN, memang kita tidak tahu apa di dalamnya. Sama keadaannya seperti aku dan BADAR suatu ketika dahulu. Jika tak sertai, memang kabur habis, rasa macam tak ada apa-apa. Kuncinya adalah dengan menyertai dan melibatkan diri.


Apa yang aku suka tentang PERUBATAN, tiada diskriminasi di dalamnya. Bukan hanya pelajar bertudung labuh yang boleh sertai. Bukan hanya pelajar dapat pangkat mumtaz boleh libatkan diri. Tapi ia terbuka untuk semua pelajar PERUBATAN tanpa mengira asal, sekolah lama, pemikiran, keturunan, keputusan peperiksaan, gaji ibu bapa dan apa sahaja aspek yang boleh menjadi isu diskriminasi. Secara peribadinya, aku menganggap PERUBATAN adalah kesinambungan daripada BADAR. Pentarbiyahan berterusan. Pembentukan diri masih diteruskan. Oleh kerana itu, amat rugi jika aku berfikiran sempit dan tidak membuka hati untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Dalam PERUBATAN sudah ada macam-macam. Apa lagi yang aku inginkan? Syukur ku kepada Allah kerana adanya kesinambungan, adanya cara untukku meneruskan pengislahan dan pembentukan diri di bumi Mesir.

Selaku manusia yang pernah menjadi pimpinan (BADAR) yang bekerja merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk manfaat orang lain, pada masa yang sama menjalankan tanggung jawab sebagai pelajar, aku harap agar pimpinan PERUBATAN terus gagah dan cekal menjalankan amanah masing-masing. Allah tengok usaha, bukan hasilnya. Moga-moga segala usaha kalian diberkati Allah.

Selaku manusia yang pernah menjadi ahli biasa (BADAR) yang asalnya malas nak ambil tahu dan berat tulang nak libatkan diri dalam program, aku nasihatkan kepada ahli biasa (PERUBATAN) yang lain agar bukakanlah hati kalian untuk menerima apa yang dibawa oleh PERUBATAN. Fikirkanlah....mereka (pimpinan) buat macam-macam bukan untuk diri sendiri, tapi untuk manfaat kita semua. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka yang memikul amanah besar itu. Marilah kita bersama membantu mereka. Jika tidak mampu membantu, sokonglah mereka walau dengan sekadar menyertai aktiviti. Mereka juga manusia, mereka juga pelajar, mereka juga hamba Allah, sama seperti kita.

Hakikatnya masing-masing tidak sempurna, semua ada kekurangan. Tapi itulah hikmahnya kita berada dalam PERUBATAN, saling melengkapi.

Semoga coretan ini dapat membuka hati dan minda kita semua.

Calon idaman

Monday, 20 December 2010



Bukan calon suami yang aku nak bicarakan hari ni. Calon suami kita letak tepi dulu. Boleh?

Memandangkan pilihanraya PERUBATAN dah makin hampir, aku nak jugak buat post tentang calon-calon pilihan. Untuk tujuan apa aku tulis tentang mereka? Bukan sebab nak belagak, bukan sebab bangga, bukan sebab riak ada kawan macam mereka. Tapi untuk pengetahuan umum. Mana tau ada yang tak kenal mereka. At least, bila dah kenal, boleh la undi kan?



Cuba bagitau aku. Siapa tak kenal Kak Aizum? Haaa...berani lah kata tak kenal. Ni senior aku di Ain Shams. Tahun 4. Orang Ganu. Selalunya bila orang cakap loghat Terengganu, aku akan kata "Saya tak paham". Lepas tu orang lain sengih-sengih, gelakkan aku. Tapi Kak Aizum selalu kata "Sarah boleh faham, insyaAllah". Haaa...terharu weh! Nak cerita pasal pengalaman aku dengan Kak Aizum memang banyak. Tapi yang paling aku ingat adalah pertemuan kali pertama di dalam dewan kuliah. 

Tahun 2009 kalau tak silap. Aku dan Sakinah mengambil tempat di hadapan. Lecture akan start tak lama lagi. Senior tahun 2 beransur keluar. Tiba-tiba datang seorang senior yang aku tak pernah nampak, tak pernah kenal. Beliau senyum dan berkata "Assalamualaikum. Awak Siti Sarah Mustaza kan?". Aku terdiam seketika. Dalam hati kata 'Waaah...akak ni sebut nama penuh aku! Pastu tak tertukar plak tu aku ngan Sakinah. Kagum! Terharu!'. Semenjak peristiwa tu, ukhwah yang terjalin antara kami bertambah erat kerana Allah. Bukan senang orang nak ingat nama penuh aku. Bukan semua orang boleh cam mana satu Sarah, mana satu Sakinah. 



Dalam banyak-banyak karakter Kak Aizum, yang paling aku suka adalah beliau ceria dan berani bersuara. She has her own style in a wise way. Selalunya kalau kita jumpa orang yang banyak idea bernas ni, rupa dia agak tegas, perangai agak skema. Tapi Kak Aizum tak macam tu. Senang didampingi dan mudah mesra. Yang paling best beliau berani bersuara. Susah kot nak jumpa orang perempuan yang willingly angkat tangan nak bantah atau tanya soalan. Biasanya semua tunduk, tawadhu', malu-malu kucing. Tapi Kak Aizum berani bersuara dan keyakinan sangat tinggi. Well...bosan kan kalau dapat ketua yang strict, muka ketat, ayat skema, buat kerja macam askar. So, undilah Kak Aizum untuk bawa keceriaan dalam PERUBATAN. heh

Sedikit info tentang Kak Aizum:



Nama: AIZUM NADIRAH BT MOHAMAD

Tarikh lahir: 2 April 1989

Asal: Marang, Terengganu

Adik-beradik: Yang ke 2 daripada 3 (tunggal perempuan)

Pendidikan:
~Sekolah Kebangsaan Seberang Marang
~MRSM Kuala Lipis
~MRSM Pengkalan Chepa
-Universiti Ain Shams

Sumbangan & Pencapaian:

Di MRSM Kuala Lipis:
-Lembaga Disiplin Pelajar
-Badan Wakil Pelajar (Biro Akademik)
-Mewakili Maktab untuk Elocution Contest (Public speaking) pada tahun 2003 & 2004
-Anugerah Budi Pekerti Mulia
-PMR: 8A

Di MRSM Pengkalan Chepa:
-Librarian
-SPM: 10A (8A1, 2A2)

Penglibatan dalam PERUBATAN:
-AJK Seminar PERUBATAN 2008
-AJK Seminar PERUBATAN 2010
-Setiausaha ASFaD 2010
-Pengarah PES '10 (ASU's 1st Mentor Gathering)
-Unit Derma Kilat Biro Kebajikan 2009/10

Perwatakan:
Ceria
Berani bersuara
Matang
Bijak menguruskan masa
Mesra dengan semua peringkat umur
Berpandangan jauh
Optimis
Personaliti menarik
Komited menjalankan tugas
Tenang menghadapi masalah
Bijak menyelesaikan masalah
Disukai kawan-kawan, senior dan junior


Manifesto:
TOGETHER WE STAND, HAND IN HAND



Websites:
 Tengok ni...tengok ni...video Kak Elle buat untuk Kak Aizum. Bangga weh!




Next. Memandangkan di Ain Shams tak ada calon Gen 8 yang bertanding, so aku mengalih pandangan ke Cairo University. Maka terpancar sinaran daripada 2 orang calon kegemaran. 
Aisyah-Humairah. Sedapkan combination tu? ^__^

Macam mana aku kenal mereka?
Humairah....tidak lain dan tidak bukan melalui blog beliau. Cubalah baca blog beliau. First time aku bukak blog tu, aku terfikir-fikir. Siapalah tuan punya blog ni agaknya?? Isi setiap post memang mencabar pemikiran. Bukan mencabar sebab ape...tapi sebab aku tak terfikir pulak orang sebaya dengan aku boleh tulis idea yang sangat bernas begitu. Kagum seyh! Dah2. Tak perlu kot aku describe. Baca je blog tu. Nanti korang tau lah.

Tentang Humairah....



Nama: Nur Humairah bt Che' Ibrahim
Tahun: Tahun 3, Cairo University
Asal: Kelantan Darul Naim
Sekolah lama: Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan
Berat: biarlah rahsia
Tinggi: biarlah rahsia
Tarikh Lahir: 15 Januari 1990
Anak ke: 2 drpd 8
Rumah: Hadhanatul Bustan, Mounira
Email: humyci@yahoo.com
Penglibatan dalam Perubatan:

1) Timb. Unit Kempen dan Promosi BPI (2010/2011)
2) Ahli Panitia Perancang (2011)
3) Unit Pengisian MAHAR (2009/2010)
4) Timb. Pengarah Winter's Enlightenment & Brotherhood
(WEB) 2010
5) Timb. Unit Persiapan Dewan dan Teknikal Cairo Sports
Day (CSD) 2010
6) Timb. Unit Pengisian Summer Camp : Yielding Medical
Heroes (YAHOO! @ Pangsun) 2010
7) Editor I-Man II (2009)
8) Proof Reader I-Man III (2010)
9) Timb S/U Sambutan Aidil Adha PERUBATAN 2010
10) Timb Bendahari, Kewangan dan Tajaan Karnival Musim
Sejuk PERUBATAN 2010
Websites:
Macam mana aku boleh kenal Aisyah?
Soalan tu amat mudah untuk dijawab. Macam mana budak Ain Shams boleh kenal budak Cairo U? Semestinya melalui program PERUBATAN! Kalau tak aktif join program PERUBATAN, memang tak kenal lah. Haha. Logik kan? So, hakikatnya, Aisyah ni sangat aktif join program PERUBATAN. Bukan setakat join program, tapi banyak kali beliau jadi AJK. Bila pergi program, balik-balik jumpa muka Aisyah. Bukti beliau sangat komited dengan PERUBATAN. Logically, takkan nak undi orang yang jarang-jarang join program untuk jadi AJKT kan? So...ape tunggu lagi? Undilah Aisyah!


Nama: Aisyah Zahirah bt Sukeri
Tahun: Tahun 3, Cairo University
Asal: Kelantan Darul Naim
Sekolah lama: Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan
Berat: biarlah rahsia
Tinggi: biarlah rahsia
Tarikh Lahir: 18 Jun 1990
Anak ke: 3 drpd 6
Rumah: Hadhanatul Bustan, Mounira
Email: aisyza90@yahoo.com
Penglibatan dalam Perubatan:

1) AJK JPP (2008, Tahun 1)
2) AJK Akademik Gen 8 (Tahun 2)
3) Timb. Bendahari Winter's Enlightenment and
Brotherhood (WEB) 2010
4) Timb. Unit Risalah dan The Zikr BPI PERUBATAN
(2009/2010)
5) Ahli Panatia Perancang (2010)
Timb. Pengarah Sambutan Aidiladha (2010)

Website:

Tengok la video ni. Best!

PERINGATAN untuk semua:
Ya, aku tahu masing-masing nak undi calon dari universiti masing-masing. Tapi jangan lupa, kita (akhawat) kena undi 7 orang calon. Jangan sia-siakan undi anda dengan hanya mengundi calon dari universiti anda. Kalau tak cukup calon yang anda undi, sia-sia je weh. Undian itu tak dikira. So, undilah jugak calon dari U lain yang korang rasa berkaliber, yang boleh memberi masa hadapan yang cerah untuk PERUBATAN.

PERINGATAN juga:
Mengapa perlu mengundi? Soalan itu sama sahaja jawapannya dengan 'Kenapa perlu pilih ketua?'. Kalau tak mengundi, lepas tu orang yang tak selayaknya yang jadi ketua, lepas tu macam-macam masalah timbul, lepas tu semua tak puas hati, lepas tu mencaci, memberontak, memaki....asalnya salah siapa? Salah diri sendiri sebab tak nak ambil peduli. So...jadilah matang dalam bertindak. Ayat common yang aku guna "Masing-masing dah besar...."


p/s: sengaja letak gamba Rain mula2 sebab mesti semua orang excited nak baca post =_='. haihhh...manusia2.....

Bosan

Friday, 10 December 2010

Seorang sahabat pernah berkata "Kau ni bagus la. Suka ambik gambar, suka buat video...blablabla....bukan semua orang boleh buat macam tu...blablabla....".

*Izinkan aku ketawa guling-guling*

Okay. Meh sini aku bagitahu perkara sebenar.

Jangan puji lebih-lebih. Kalau boleh, jangan puji langsung. Sebab bermulanya aku melibatkan diri dengan perkara-perkara pelik, unik, menarik ni pun kerana aku bosan. Ya, aku seorang yang cepat bosan. Bosan dengan rutin. Bosan melakukan perkara yang sama setiap hari. Bosan tahu? Bosan.

Bila kita buat perkara yang sama setiap hari tanpa mencuba perkara baru, hidup terasa macam dull. Semua kelabu. Tak ada warna. Jadi apa salahnya sekali sekala, go beyond your routine. Cuba sesuatu yang baru. Masak resepi baru ke. Cuba menjahit baju ke (oh not for me for now). Lukis potret ke. Tulis novel ke. Guna camera canggih ke. Edit gambar ke. Buat video ke. Belajar tutorial After Effects ke. Main sejenis sukan yang tak pernah dimain ke. Apa-apa sajalah. Asalkan perkara baru dalam hidup.

At the same time, dapatlah tambah soft skill dalam diri. Seterusnya terealisasilah cita-cita menjadi manusia yang all-rounder. Hah. Dah macam debate pulak. Takdelah. Pointnye sekarang, apabila anda rasa bosan dengan hidup, cubalah sesuatu yang baru. Janganlah bila bosan, layan facebook. Layan facebook pun bosan jugak kan? Haha. So ape tunggu lagi. Do something new. But at the same time, jangan tinggalkan rutin yang baik, yang boleh membentuk diri menjadi hamba Allah yang sentiasa diredhai. Kau nak cuba buat benda baru, buatlah. Tapi jangan sampai tinggal solat. Kau nak cuba masak resepi baru, buatlah. Tapi jangan sampai buat maksiat. Oh yang tu macam tak ada kaitan. Paling penting, bila nak buat sesuatu, niatkanlah kerana Allah. Moga-moga apa yang dikerjakan tu mendapat keberkatan.

-apamotifgambarini-

Dulu, masa tengah menonton EPL, seseorang pernah berkata "Look at yourself. Cheering, supporting your favourite team & players. But at the end, they are the players. And you are just a spectator". Paham tak? Sekarang ni bukan lagi zaman untuk mengagumi, tapi zaman untuk mencuba, menguasai. Jangan buang masa kata "Weh...hebat gile ko pandai buat itu ini!". Cut the crap.

Seorang mak cikku pernah berkata "Make yourself useful". Hah. Ambik ko. Ye, aku tahu sekarang ni kita tengah belajar bersungguh-sungguh, supaya nanti dah ada kerja, boleh berkhidmat untuk masyarakat. Useful la tu kan? Tapi dalam masa nak tunggu habis belajar dan dapat kerja, takkan tak boleh jadi useful kan? Takkan kena tunggu jadi doktor baru boleh bantu orang lain. Stop making excuses. Selaku umat Islam, kita tak perlu tunggu esok untuk menyumbang sesuatu untuk agama, untuk ummah. Guna bakat, guna idea, guna tenaga. Kalau orang Yahudi yang bilangan sikit tu boleh berjaya, takkan kita umat Islam yang berkali-kali ganda lebih ramai ni tak boleh. Dah la. Sekarang bukan zaman mereka lagi. Sekarang zaman kita! Ayuh muslim. Bangkit!

Aku teruja!!

Monday, 22 November 2010

Setelah beberapa hari tak dengar suara ibu, tiba-tiba ibu call pukul 6 petang tadi. Aku sedikit hairan memandangkan Malaysia dah pukul 12, tapi kenapa ibu call? Ibu tak tidur lagi ke? Ada apa-apa kecemasan yang berlaku ke?? Dup dap....dupp dapp....

Ibu: Angah, bulan 12 ni Abang Ikhwan nak tunang....      (tak sempat menghabiskan kata2)
Aku: Ha??!! Dengan sape? Waaaaah.....      (separa menjerit)
Ibu: Pastu bulan 3 tahun depan Abang Ikhwan kawin.
Aku: Ohh....cepatnye!
Ibu: Cepatnye? Haha.    (terdengar ketawa pakcik2 dan makcik2 ku)
Aku: Hehe. Takde la. Ok la tu cepat-cepat.
Ibu: Pastu, bulan 2 tahun depan, Fatin nak tunang.
Aku: HA??!! Ya Allah!!!   (kali ni lagi kuat aku jerit. haha)
Ibu: Apesal angah menjerit ni?     (sakit telinga ibu kot)
Aku: Heh. Teruja bu. Teruja. Hehe. Ehem....
Ibu: Mak long tanya, angah bila lagi?    (mereka yang lain ketawa)
Aku: Angah? Heh. Nanti la dulu.
Ibu: Dua-dua dengan orang Pahang. Abang Ikhwan dengan Fatin punya bakal tu orang Pahang.

Aku: Ohh.... Kalau angah dengan orang **tuuut** boleh ke?   (aku niat nak gurau je weh. tiba2....)
Semua di belakang bersuara: Waahhh....dah ada calon rupenye dia!
                                             Haaa....kantoi!
                                             Haha...Sarah2.....

Aiseh....ibu buat loudspeaker rupanya! *blushing* Giler ah semua orang dengar.

Aku: Laaa...ibu buat loudspeaker ke? Haha. Kantoi sudah.
Ibu: Haaa...tu lah. Biar diorang tau, anak ibu tak sabar nak kawin dah.
Aku: Err...takdelah. Gurau je. Haha.    (phewww)
Aku: Eh...sampai hati diorang tak tunggu angah balik kan? Ibu tak nak angah balik ke untuk majlis diorang nanti?   (alasan nak balik. keh3)
Ibu: Kalau angah ade duit nak balik, ibu tak kisah. Kalau ade duit lah....

Perghhh. Ayat pedas. Huhu.

Secara jujurnya aku sangat teruja mendengar khabar gembira sebegini. Abang Ikhwan, cucu pertama belah ayah. Of course la kena jadi pioneer. Baru sepupu-sepupu yang bawah boleh menyusul. Fatin setahun tua dari aku. Masa aku balik cuti summer hari tu, aku, Illya dan Fatin berbual-bual kosong. Illya, tiga tahun tua dari aku, dah ada calon dengar-dengarnya. Aku diam je, senyum-senyum. Fatin pulak kata tak nak kawin awal, nak kerja, kumpul duit banyak-banyak, pastu buat banglo besar supaya kami, cucu-cucu perempuan boleh lepak-lepak kat situ. Aku sokong cadangan beliau. Sebab rumah beliau kan? Haha. Tapi.... tau2 Fatin nak tunang dah. Warghhhh....aku rasa tertipu. Hahaha. Tapi aku gembira sangat untuk mereka semua. Illya confirm ada berita gembira tak lama lagi.


 *Abang Ikhwan & Kak Ngah Illya, anak mak long. Eldest and second eldest grandchildren belah ayah*


*Fatin, anak sulung mak teh. Third eldest grandchild belah ayah*

*Sape fourth grandchild belah ayah?? Jeng3.....


*Gulp. peluh dingin terasa. Haha. Sengal. Cucu keempat ni belum cukup matang. Aku pass kan turn kat Afiq, cucu kelima lah. Haha.


*Afiq the Gangsta, fifth grandchild. Anak mak teh nombor 2, sebaya dengan aku*




*Sixth grandchild, Aiman the Vege. Anak Pak Ngah nombor 2 (atau 3). Adik aku lah ni*




*Seventh grandchild, Kemal the Football Star. Anak mak long yang ketiga*


*Cucu yang ke 8 sampai yang ke 28 masih bersekolah menengah, sekolah rendah, tadika dan ada yang masih baru nak belajar bertatih. By the time diorang nak kawin nanti, kami (kakak2 dan abang2 sepupu) pulak yang akan menguruskan semuanya.

*Di sini disertakan gambar anak-anak Mak Uda. Atas permintaan Hajar yang tak sabar nak kawen. Haha :P






*Aisyah, anak sulung Mak Uda, cucu ke 11 dan Kautsar, anak Mak Uda yang bongsu, cucu ke 18.


*Hajar, anak kedua Mak Uda, cucu ke 12. Baru form 1 nak kawen dah. hahaha*



Cepat betul masa berlalu. Dulu sama-sama main kejar-kejar, main pasir, mandi laut, pergi mandi air terjun, main pedang-pedang, pergi Langkawi tiap-tiap tahun, beli baju boria corak sama (heh). Lepas tu masing-masing masuk sekolah menengah, masing-masing jadi busy, jarang jumpa. Bila dah masuk kolej, universiti lagilah susah nak jumpa. Jumpa dalam FB je lah kadang-kadang. Tau-tau ada yang nak kawen dah. Alhamdulillah. The cycle of life macam tulah. Harap-harapnya, our family bond akan terus kekal dan bertambah-tambah erat, ketat, sendat (ayat Aiman) hingga ke akhirnya.

Untuk abang dan kakak-kakak sepupuku, mabruk untuk kamu semua. Lagi dua tiga tahun aku balik Malaysia mesti dah ada baby comel menanti untuk panggil aku 'Aunty Angah Sarah'. Ceh...nak jugak title angah. Semoga dengan pertambahan ahli keluarga kita dapat menambahkan seri dalam keluarga Zainah dan arwah Kamarudin. Sorry la korang, aku tak dapat join majlis korang. Aku doakan semuanya berjalan lancar dan baik-baik belaka. TAHNIAH!! Tahniah kerana kalian bakal mengerjakan ibadah serta menggalas tanggungjawab. Semoga dengan terdirinya rumah tangga, akan menambahkan keredhaan Allah untuk kalian. Amiiin~

p/s: rasa nak balik Malaysia la pulak. nak jadi photographer mereka. haha.

Nah...wasiat!

Monday, 15 November 2010

Sambil menunggu azan zohor berkumandang, tangan rasa gatal nak menaip dan post sesuatu. Tapi tak ada kisah dan muhasabah menarik setakat minggu ni. Maka terimalah....

#10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA#

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
 
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.
 
4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
 
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
 
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
 
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
 
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
 
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
 
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.


Selamat beramal. Selamat berjuang. Selamat mentarbiyah. Selamat bersedia untuk ditarbiyah. Selamat berkorban. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ^__^ ! 

 (Saspek bakal terkorban. hihi)

p/s: weh...dah azan! choww~

Kakak...

Monday, 1 November 2010

Esok anti dah nak balik. Lama, empat bulan. Lamanya 4 bulan tu. Jangan lupa balik sini semula ya. Berbaktilah banyak-banyak kepada ibu bapa, keluarga dan masyarakat di sana.

Ana sebenarnya bukan reti sangat nak mengayat best2. Tapi ana nak tulis jugak sesuatu sebagai kenangan. Maybe nanti anti boring transit lama2. At least anti boleh bukak blog ana baca ni. Kalau anti bacalah. Ana tau, anti tak selalu baca blog ana sebab banyak merepek je blog ni. Anti baca pun bila ana tanya "Anti dah baca post baru ana tulis?". Huhu.

Anyway, ana terasa nak tulis ni bila terpandang gambar kita bertiga, masa kat airport nak hantar 'Afifah pergi Jordan. Time tu kita dua2 tahan air mata, tak nak bagi 'Afifah perasan yang kita sedih dia nak pergi. Yelah, selama 5 tahun kita sama2 sekelas kat sekolah dulu. Berjuang sama-sama. Bersusah senang sama-sama. Esok ana pulak akan hantar anti. Ana pulak akan tahan air mata sorang-sorang. Tapi takpe, ana kan 'android'. Hehe. Kat sebelah gambar kita bertiga tu ana letak kad ucapan anti bagi time birthday ana. Ana tak pernah cakap kat anti sebenarnya, ayat dalam kad tu best sangat. Ana tak tau lah anti tulis sendiri atau copy paste dari mana-mana. Tapi ayat dia memang best, dan kalau ana nak bagi kad kat anti nanti pun, ana rasa nak tulis benda yang sama. Tapi apesal pulak nak tulis yang benda yang sama kan? Haha. Sebab dia best.

Ana truly appreciate anti sampai ana penah cakap kat sorang kawan, ana tak anggap anti kawan, tapi ana anggap anti kakak ana. Ok kan kakak? Because you are older than me by a few days. Yelah, lama dah kita kawan. Sama kelas dari form 1. Tu yang rasa macam adik beradik. Nanti anti dah balik, jangan lupa doakan ana kat sini ya. Doakan ana tak futur, sebab ana masih perlu berjuang kat sini. Memang lah rasa tak best anti takde nak berjuang sama-sama. Doakan ana terus kuat untuk Islam. Anti pun teruskan perjuangan kat sana. Walaupun 4 bulan, perjuangan tetap perlu diteruskan. Hmmm...nanti dah takde siapa nak dengar ana bercerita pasal Betty, gelak-gelakkan Betty sama-sama dengan ana, teman ana pergi City Stars semata-mata nak beli makanan Betty, dengar ana membebel pasal macam-macam. Nanti empat bulan tak ada orang datang bilik ana kata "Sarah, nak cerita....", "Sarah, buat ape tu? Ana boring la...", "Sarah, balik sabek jom...". Nanti empat bulan la ana tak guna 'ana-anti'. Empat bulan jugak ana takde tempat nak merengek-rengek kata "Sejuknye....", "Simptom tu dah datang balik laaa....", "Sakinah, ana rasa ana demam la....", "Sakinah, ada buku best tak? Nak baca...". Nanti empat bulan tak ada orang nak sama-sama buat lawak, pastu gelak ngan ana. Yelah, anti pun kata susah orang nak faham lawak ana ni. Nasib baik anti faham. Dapatlah gelak sama-sama. Nanti empat bulan tak ada orang nak nangis sama-sama dengan ana bila kita bermuhasabah. Eh...kita mana pernah nangis serentak kan? Haha. Takpelah.

Sakinah, jaga diri elok-elok ye kat sana. Selalu-selalu lah datang rumah ana, ziarah ibu ngan ayah ana. Ibu ngan ayah ana mesti rindu kat ana. At least nanti kalau anti datang, mereka gembiralah jugak. Kita kan 'kembar'. Hehe.

Lastly, kalau anti jumpa dengan sahabat-sahabat 'seperjuangan' kita kat sana, kirim salam kat mereka ye. Ana rindu sangat nak jumpa mereka. Hari tu balik sebulan lebih tak sempat jumpa sorang pun. Mintak mereka doakan ana kuat jugak macam mereka.

Kak, all the best~

Till next time

Saturday, 4 September 2010


I should stop blogging or getting involved actively in social websites for a while now. The side effects of the drug I'm taking is way to go 'gempak'. Kalau aku terus menulis dalam keadaan confused, blur macam ni, maka nanti orang ingat komputer ni kena hacked & ada orang nyanyuk yang post kat blog ni. Seriously.

Baiklah. Till we meet again next time. Maybe in two weeks or three. Ilalliqa'.




p/s: doakan kami semua berjaya dengan cemerlang untuk peperiksaan kali ini dan akan datang. dan doakan aku tak merepek time jawab exam nanti. heh :)
Related Posts with Thumbnails