Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent
Showing posts with label bila saya membebel. Show all posts
Showing posts with label bila saya membebel. Show all posts

Benci untuk membenci

Saturday, 19 January 2013

Setiap manusia pasti akan mati.
Begitu juga, setiap manusia ada perasaan.
Walau siapa pun manusia itu,
Baik kah dia, jahat kah dia, bijak kah dia, kurang bijak kah dia.
Semuanya dianugerahkan Allah dengan perasaan.

Oh ini bukan nak mengomel tentang perasaan perasaan dan perasaan.
Bukan.
Ini sekadar nak menyatakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati.
Terhadap apa?
Terhadap apa-apa lah.

Pertama sekali, perlulah manusia ini jelas.
Bahawasanya, biarpun dia seorang da'ie yang hebat, dia tetap akan membuat kesalahan dan dosa.
Itu satu perkara yang dikongsi oleh semua hamba Allah bernama manusia, melainkan nabi dan Rasul.
Dan dengan itu, setiap manusia perlu ditegur dan dinasihati atas kesalahannya.
Biarpun dia seorang da'ie yang hebat.

Masalah terjadi apabila manusia yang sedar dirinya da'ie ni, nak menegur da'ie yang lain.
Ahhh...malas pula nak mengayat-ayat ni.
Berterus-teranglah lebih senang.
Macam ni...
Dalam nak menegur sesama kita, elakkan, ELAKkan, ELAKKANLAH menyindir.
Sindiran ni, tak berguna satu habuk pun.
Ni nak menasihati orang, tapi menyindir.
Kau guna sunnah yang mana menyindir sahabat sendiri?
Bukankah ada seribu satu lagi cara untuk menegur kesalahan yang dia buat?
Kenapa kau pilih cara yang sememangnya boleh buat dia lagi jauh dari kau.

Saya tahu, kadang-kala kita 'ter'buat begitu sebab kita tak pernah meletakkan diri di tempat manusia yang berbuat salah, lalu disindir itu.
Saya tahu, dahulu mungkin saja ada saya berbuat begitu kepada orang.
Dan sekarang saya lebih tahu, bahawa cara itu tak berkesan pun malah menjauhkan hati orang yang nak dinasihati.
Lihat? Niat cukup baik dah. Nak bawa manusia itu ke jalan yang benar. Menuju Tuhan.
Tapi sayang seribu kali sayang, dipilih pula cara yang hina lagi menghinakan itu.
Hasilnya makin ramailah yang menjauh.

Saya bersyukur kepada Tuhan, diletakkan di tempat pesalah.
Dan diberi peluang untuk merasa bagaimana rasanya ditegur dengan cara yang kejam itu.
Alhamdulillah, Allah nak pastikan diri ini tak berterusan melakukan perkara yang 'nampak baik' tapi tersangat hina itu.

Tak hairanlah mengapa mad'u masih ramai yang menjauh.
Malah lebih menyedihkan, mad'u menjadi musuh!

Benci.
Ya, saya sungguh benci apabila diperlakukan begitu.
Tapi saya lebih benci untuk membenci.

Mujurlah rukun yang pertama itu FAHAM.

Isu 2: Sexy is hot. And hell is hotter.

Sunday, 22 July 2012

Sebenarnya dah lama berniat nak mengetengahkan perihal aurat ni. Eh...tapi sebut perkataan 'aurat' macam tak best je. Bosan bro. That's why kita letak tajuk sexy. lulz. Psycho.

Kejadian hari ini membuatkan saya bertambah rasa nak post tentang sexiness and hotness. Oh my...don't you have better things to say in this blessed month? Chill man. Proceed with your reading (if you want).

Hari ini terpaksa pergi ke Bazaar Ramadhan. Guna perkataan 'terpaksa' sebab sememangnya, sebolehnya tak mahu pergi, sebab disebabkan banyak sebab. Tapi hari ini, on the way nak pergi berbuka di rumah ibu saudara, maka ayah ajak singgah di bazaar, maka perlulah turun. Anak yang baik itu mendengar kata ok.

Bismillah...baca doa masuk pasar.

Toleh kanan, nampak gerai ayam golek. Tak berminat, sebab kat Mesir selalu nampak firakh masywi.
Toleh kiri, nampak gerai otak-otak. Menyelerakan!
Ibu yang sangat memahami lantas mengorder otak-otak.

Sambil menunggu, saya memerhati sekeliling. Bazaar tu tak lah ramai sangat pengunjung. Mungkin baru dibuka, mungkin juga orang lebih bertumpu di bazaar-bazaar utama seperti Paroi dan Ampangan.

Hati resah melihat pemandangan sekeliling. Rasa mahu cepat balik. Mahu blah segera dari situ. Arghhh cepatlah siap otak-otak ni!

Beberapa minit melihat sekeliling, saya lantas merenung jalan. Merenung jalan tar, merenung bumi yang lebih menyenangkan. Tak berani nak angkat muka. Tak berani. Sungguh!

Hati khusyu' bertanya itu ini...

-Legging memang pakainya di luarkah? Rasanya macam pakaian dalam. Tapi nampak majoriti beruniform sebegitu. Syarikat manakah yang mewajibkan pekerjanya memakai uniform 'aib sebegitu?

-Tak kurang peliknya dengan lelaki, yang memakai sesuatu seperti 'boxer' dengan t-shirt. Eh...memang trend beginikah sekarang? Majoriti pemuda di situ berpakaian sebegitu. (majoriti, bukannya semua. Alhamdulillah, masih ada yang berpakaian seorang hamba Allah)

-Yang lebih menyedihkan, saya terasa seperti berada di Jepun. Anak-anak muda Jepun kebanyakan rambut mereka diwarnakan macam-macam kan? Samalah pemandangannya di bazaar tadi. Saya naik hairan...adakah Malaysia sudah dibanjiri pekerja asing dari Jepun?

-Yang paling menyedihkan, golongan berpakaian aneh seperti di atas, membawa bersama mereka anak-anak kecil, yang juga dipakaikan dengan pakaian aneh seperti mereka. Ada juga anak kecil yang diwarnakan rambutnya. Bagaimana harus saya bersangka baik. Perlukah saya berfikiran seperti....barangkali kanak-kanak itu mengalami gene mutation, maka rambutnya sejak lahir memang warna lain. zzzzzz....

Sedih.... Mereka itu seagama dengan saya. Mereka sebangsa dengan saya. Saya yakin yang datang ke bazaar Ramadhan, semuanya yang berpuasa belaka. Semuanya yang tahu puasa itu wajib. Tapi kenapa jadi macam tu... Puasa Ramadhan itu wajib. Menutup aurat itu lagi lah wajib! Sepanjang tahun, tiada bulan yang spesifik.

Allah...macam mana ni... Puasa, tapi hanya mendapat lapar dan dahaga.

Macam mana ni... Macam mana bisa manusia itu disucikan jiwanya dalam Ramadhan jika Ramadhannya hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata, dan tidak yang lain?

Ok, selesai kisah tentang pemandangan di bazaar Ramadhan.

Post ini nak membicarakan tentang hotness. Orang zaman sekarang berlumba-lumba nak jadi HOT. Baik lelaki, mahupun wanita.

Disebabkan nak jadi hot, maka pakai tudung pun ikut suka. Bila rasa nak pakai, pakai. Bila rasa tak hot kalau pakai, buang tudung. Seronok ek mempersendakan perintah Tuhan? Eh...bukan nak tuduh. Tapi inilah hakikatnya. Kalau tak, cuba bagitahu kenapa tak tutup aurat? Adakah anda mengalami penyakit kronik yang menghalang anda daripada menutup aurat? Atau adakah kebarangkalian berlakunya perang dunia sekiranya anda menutup aurat?

Tudung, satu isu. Baju pula isu lain. Sekarang ni zaman akhowat menggilai pakaian bersaiz 0. Tahukah anda 'size zero' itu apa? Kalau anda pernah menonton The Devil Wears Prada, maka anda akan tahu bahawa 'size zero' itu adalah saiz paling kecil dalam dunia fesyen. Ya, saiz paling kecil untuk orang dewasa. Size zero ni, kalau kanak-kanak umur 5 tahun pakai pun boleh muat. Got what I mean?

Inilah masalahnya pemudi kita. Terlalu bertuhankan trend terkini, sampai menggadaikan kepercayaan dan keyakinan terhadap agama sendiri. Oh come on....

Bukannya tak biasa dengar orang ceramah tentang aurat ni. Bukannya tak biasa tengok post-post kat FB pasal aurat. Dah terlalu biasa, sebab tu dah lali, dah tak rasa apa-apa.

Fikir logik la people. Kau nak rasa hot sangat sekarang pun tak ada guna, sebab sekejap je kau hidup kat dunia. Nanti lamaaaaa sangat kau kena taste the hotness of hell. Would you like that? I don't think so.

So why not we take a minute or two, to reflect ourselves. Cuba bermonolog kepada diri sendiri. Sila tengok cermin untuk effect yang lebih mendalam.

Hai, (guna nama sendiri la kan)
Aku tengok kau ni seronok sangat dedah aurat sana sini. Kejap buat rebonding, kejap macam maggi rambut kau. Seronok berhabis duit warna rambut, dandan begitu begini. 
Aku tengok kau ni khusyu' sangat update pasal fesyen pakaian paling latest. Senang je kau keluarkan duit untuk beli baju branded. Harga mahal, tapi tak mampu nak tutup aurat kau.
Kau memang sadis. 
Kau sadis sangat sebab terlalu mudah nak ikut orang tu, ikut orang ni. Kau main ikut je mana yang kau rasa hot, sampai kau lupa kau tu Muslim, dan neraka sangat hot sampai kau tak mampu tanggung.
Aku tengok kau dah tak kisah dengan nasihat, ceramah, kempen tutup aurat ni. Mesti kau dah lali kan?
Kesian kau. Hati kau dah terlalu hitam ke? Susah sangat nak terima nasihat.
Aku bukan ape. 
Aku kesian kat kau ni. 
Cubalah hidup berTuhan.
Hiduplah dengan cara hamba Dia.
Sebab kau takkan mampu nak tahan panas neraka tu.
Kau takkan mampu nak tahan murka Dia. 
Aku nak kau fikir panjang sikit je. 
Ape yang kau seronok sangat buat sekarang ni, benda tu tak kekal. So kau fikir la betul-betul.
Kau kan cerdik. Takkan kau nak rugi besar kat akhirat nanti.
Sendiri pikir la ek...


Bagi mengakhiri post ini, saya nak cakap sepatah dua lah kepada golongan yang bergelar....

-Suami: toksah lah rajin sangat biarkan isteri anda melawa tahap kelawa di luar, sampai tak terjaga aurat. Nanti kau juga yang tanggung dosa dia. Rasa macam mampu tahan neraka? Teruskanlah...

-Ibu bapa: Kalaupun diri sendiri tak mampu nak tutup aurat dengan sempurna, janganlah rajin sangat ajar anak cara-cara berfesyen yang tak menutup aurat. Berganda-ganda hotness neraka dapat kat kalian nanti. Na'udzubillah... Dari kecik tak payah biasakan dengan baju sexy. Dari kecik, ajar anak-anak tu malu. Tutup bahagian yang wajib ditutup. Kurangkan tabiat mendedah itu ini. Kesian la budak-budak kecik tak tahu mende.

-Manusia tegar: Buatlah apa kamu suka kalau kamu tak malu.




Dulu masa kecik-kecik, rasa macam Trunk tu watak supersaiya paling hot!
lulz



p/s: Jom meriahkan Ramadhan dengan pesta ibadah!





Isu 1: kahwin

Sunday, 15 July 2012

Ada masanya, rasa tak adil sungguh sebab masih muda. Sebab bila nak nyatakan sesuatu yang betul, orang akan pandang pelik, dalam hati macam kata "Aku dulu makan garam dari kau,". Kalau macam tu lah hakikatnya hidup ini, manusia takkan bisa berkata-kata. Langsung. Orang paling tua di dunia je yang layak bercakap. lulz.

Memang tak semua orang begitu. Yang terbuka menerima pandangan orang yang lebih muda darinya, amatlah disenangi semua. Yang jenis bajet semua dia betul, tak boleh nak cakap sikit, nak nasihat sikit, tu tak tahu nak kata apa.

Entri ni bukanlah nak membebel sangat pun (tapi mungkin akan membebel jugalah, sebab dah lama tak tulis kat blog ni >__< ).

Saya kat blog mungkin boleh membebel. Tapi di alam nyata, susah nak buka mulut. Kadang-kadang rasa macam tak tahu nak cakap apa, rasa macam kalau cakap pun, orang dah tahu. Kadang-kadang rasa macam kalau cakap pun, orang yang sepatutnya menerimanya bukan nak dengar sangat. Kadang-kadang takut ayat dan nada tak sesuai dengan keadaan. Bila menulis, orang lain bebas nak baca dengan nada sendiri.

Dah lama dah saya perhatikan fenomena membosankan ni. Tak tahulah nak guna istilah apa. Double-standard ke, bias ke, ignorant ke. Barangkali indescribable.

Isu utama yang saya pelik tahap dewa dengan masyarakat yang berfikiran indescribable ini adalah tentang kahwin.

Tahun lepas saya terdengar suara sengau berkata "Budak-budak Timur Tengah ni rajin kawin time study,".

LOL! Diskriminasi sungguh ayat tersebut.

Lagi ayat hangit dari suara sengau yang biasa dengar....

-"Budak-budak ni tak tahulah ape yang dipikirnye. Masa belajar pulak nak kawin,".
-"Amboi...kemain gatal lagi muda-muda nak kawin,".
-dan sebagainya yang kadang-kadang rasa macam....saya salah dengar ke ni?

Sesetengah manusia yang berpemikiran indescribable ni tak tahulah macam mana mereka berfikir. Saya, sebagai manusia biasa, bila dengar orang cakap sesuatu yang pelik, aneh, ajaib, nak tak nak, akan tengok juga kepada siapa yang berkata-kata tu.

Biasanya yang mengungkapkan kata-kata seperti skrip di atas ni, mereka di kelilingi anak-anak muda yang sekolah menengah dah couple, berkepit dengan boyfriend pergi sana sini, upload gambar laga pipi dengan girlfriend kat facebook. Jenis yang tak berapa nak jelas, atau tak berapa nak kisah tentang pergaulan bebas, ikhtilat, masalah so-sial dan seumpamanya.

Saya tertanya-tanya jugalah, adakah mereka yang berpemikiran indescribable ni melihat kahwin awal itu lebih besar dosanya daripada gadis remaja berdua-duaan dengan boyfriend? Eh...kahwin awal tu berdosa ke? Entah? Cikgu tak ajar kot kat sekolah dulu. Rasanya macam kahwin tu ikut sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Tak ada pula ustazah ajar pergi dating dengan boyfriend tu dapat pahala. Yeke? Haaa...fikir la sendiri. Benda simple ni.

Logically, selaku manusia normal, tegahlah anak-anak muda (yang tua pun sama) yang hanyut dengan pergaulan bebas, yang jenis tak kisah nak pegang tangan lelaki perempuan, yang tenggelam dalam masalah sosial. Bukankah perangai sebegitu lebih menyakitkan mata dan hati? Bukankah perangai sebegitu yang mengundang masalah kepada masyarakat dan negara? Bukankah perangai sebegitu yang ditegah agama?

Kalau pun tak setuju dengan pasangan muda yang nak berkahwin, cakaplah elok-elok, guna point, bahasa dan nada yang boleh diterima akal. Tak usahlah memandang hamba Allah yang nak mendirikan masjid itu seperti lebih menjijikkan daripada hamba Allah yang terang-terang melanggar perintah Allah.

And....what's with 'budak Timur Tengah rajin kawin awal'??. Dude, kolot sangat tu kalau fikir macam tu. Nada jealous pun ada. Mereka kahwin, ikut sunnah, dapat pahala. Tak ada pula menyusahkan masyarakat. I'm not saying this to defend 'budak Timur Tengah' because I'm studying at the Middle East, tapi benda ni fikir logik pun boleh. Tak perlu terlalu discriminate macam tu sangat seolah-olah it's the crime of the century. lulz. Chill sudah. Diorang kahwin, kau susah?

Sepatutnya rasa senang hati la sikit. Sebab, dalam ribut taufan anak muda ketagih pergaulan bebas, ada juga anak muda yang tahu, sedar, faham mana benar mana salah.

Ingat-ingatlah, jika tak mampu nak tegakkan kebenaran, tak payah susah-susah sokong kebatilan. Kebatilan tu tak tahu apa? Kebatilan tu maksiat. Maksiat tu, semua benda yang Allah tak suka.

Senang cerita, eloklah diam kalau tak mampu nak berkata-kata yang memberi manfaat. Sebab kadang-kadang, bila dibiasakan sangat bercakap yang bukan-bukan ni, orang pun naik muak. Sebab orang bukan makin muda. Orang makin tua, makin matang, makin reti berfikir sendiri.

Kalau rasa nak marah anak-anak muda yang nak kahwin awal, fikir dulu nak cakap apa. Muhasabah juga, diri tu dah nasihat ke anak-anak muda yang suka bebas bersosial tak ingat diri berTuhan.





Ambil hati?

Monday, 7 May 2012

1. Mahukan sesuatu dari tuannya, perlu ambil hati tuannya dahulu. Setuju?

2. Saya mahukan sesuatu milik Tuhan. Jadi saya perlu buat Tuhan gembira dengan saya kan? Semua benda pun milik Tuhan.

3. Mengambil hati dan mengampu adalah dua benda yang berbeza. Perlu jelas kedua-duanya.

4. Bagi saya, bukanlah dinamakan mengambil hati sekadar dengan cara 'like' status, atau gambar di mukabuku. Ataupun dengan cara tag banyak-banyak. Atau dengan cara memuji itu ini. Alaaa...ini pandangan saya. Mungkin anda tak setuju. Tak mengapa. 

5. Jika kita hendak kahwin, dan perlu mengambil hati bakal ibu dan bapa mertua; saya pilih untuk sentiasa mendoakannya dalam doa saya. Biar lah dia tak tahu. Tapi Allah tahu kan?

6. Bagi saya cara begitu lebih honoured. Kerana saya takut terselit kepura-puraan dalam usaha mengambil hati. Ini bagi saya. Anda tak setuju, tak mengapa. 

7. Mungkin saya perlu beli buku 'How to Influence People and Make Friends' dan telaah sampai hadam. Kalau ada buku 'How to Delight Older People' pun bagus juga. 

8. Dah la. Saya tak tahu nak cakap apa.

9. Tapi saya nak bagi tahu, bukan saya tak usaha! Cuma saya bukanlah seorang pengampu. 

10. Mengambil hati perlu seni, perlu kena pada masa dan tempatnya. Perlu ikhlas~



rasa mahu melompat lebih tinggi




p/s: jangan salah faham. entri ini bukan mahu membuat perbandingan apa-apa
pps: comparisons should only be made on stuffs worth it
ppps: gua tak kecik hati pun der. cuma rasa sedikit terhina sebab gua bukan orang lain. gua adalah diri gua. maka...tak perlu bandingkan cara dan usaha gua dengan sapa2.


Simbolik Cinta?

Wednesday, 21 March 2012

Aku bukanlah seorang yang hebat. Aku berasal dari keluarga yang biasa-biasa, pergi ke sekolah yang biasa-biasa, dan menjalani kehidupan yang biasa-biasa. Kalau kamu jumpa aku, mesti kamu akan kata dalam hati, 'oh...biasa saja budak ni,'. Ya, memang begitulah aku. Dulu.

Tapi hakikatnya, dalam hidup ini, bukan semua benda itu biasa. Kadang-kala berlaku perkara luar biasa dalam hidup kita, sama ada kita sedar atau tidak, yang sebenarnya menjadi peristiwa penting yang mengubah diri dan hidup kita.

Aku, macam kamu juga. Manusia biasa, yang kadang-kala tak sedar pun apa yang berlaku di sekelilingku. Aku, macam kamu juga. Manusia leka yang tidak mengambil serius tentang hidup ini.
Aku, macam kamu juga. Manusia alpa yang tidak melihat dengan mata hati.

Namun apabila Allah sayang kepada hambaNya, Dia akan tetap beri hidayah kan? Apabila Allah ingin mendekati hambaNya, kita tak akan dapat lari ke mana-mana kan? Walau betapa teruknya kita, betapa banyaknya dosa kita, rahmat Allah tetap lebih luas.

Kisahnya bermula apabila aku tiba di bumi Mesir. Bukan pilihanku untuk berada di sini. Bumi yang penuh dengan pasir, angin debu, ribut sampah, sangat memeningkan kepalaku. Apatah lagi aku tak berapa mahir Bahasa Arab. Dah la tinggal jauh dari keluarga. Kena uruskan hidup sendiri pula. Setiap hari rasa stress. Mujur ada laptop yang padat dan sarat dengan movie dan drama bersiri. Terubat juga tekanan perasaanku.

Hari-hari aku jalani hidup seperti robot. Robot yang tak berapa faham apa erti hidup di dunia. Robot yang rutin hariannya mengulangi perkara yang sama, tanpa ia sedar, ia tidak mendapat manfaat apa-apa. Apabila rajin, aku ulangkaji pelajaran. Apabila stress aku menonton movie. Sekali sekala, apabila terasa duit berlebih, aku manjakan diri pergi ke mana-mana pusat membeli-belah untuk menqinfaqkan wang ke saluran yang aku sendiri tidak pasti hala tujunya. Aku rasa hidup aku sudah cukup baik begitu. Yang penting, aku bahagia kan?

Pada suatu hari, aku terjaga dari tidur siang yang panjang. Rasa resah, gelisah, serba tak kena. Aku buka buku Physiology, tapi semuanya nampak kabur. Aku toleh ke arah laptop, tiada perasaan. Aku toleh semula ke arah katil, juga tiada perasaan. Aku rasa tak tentu arah, tidak tahu apa puncanya rasa tak sedap dalam hati ini. Aku mengeluh. Mengeluh. Dan mengeluh lagi. Tetap tiada perubahan.

Tiba-tiba handphone berbunyi. Kak Solehah. Ada apa agaknya...

Kak Solehah: Assalamualaikum Aishah.
Aku: Waalaikumsalam.
Kak Solehah: Awak sihat hari ni? Suara macam tak sihat je.
Aku: err...sihat. Rasa tak sedap badan sikit.
Kak Solehah: Ooo...syafakillah. Awak, akak call sebab nak ingatkan, takut awak lupa. Petang ni kita ada SC kat Hadiqah Azhar ye. Jemput datang ye Aishah. Kawan-kawan lain semua rindu kat awak.
Aku: err..o ok. Tengok la macam mana.

Aku tamatkan perbualan. Resah di hati makin menebal. Arghhh...kenapa ni???

Petang itu aku paksa diri pergi ke Hadiqah Azhar. Entah kenapa, buang tabiat agaknya. Aku sendiri tidak pasti itu SC kali ke berapa yang diadakan, sebab aku pernah datang sekali saja, masa mula-mula dulu. SC kedua, ketiga dan seterusnya, aku tak pernah hadir. Sentiasa istiqamah bagi alasan yang aku sendiri rasa tak munasabah. Macam itulah aku. Dulu.

Aku tiba lewat. Fatin, Najwa, Balqis, Izzati dan Syakirah dah siap-siap duduk dalam bulatan dengan Kak Solehah. Diorang sebut halaqah. Aku menghampiri mereka. Tiada siapa pun sedar kehadiran aku. Khusyu' sangat mendengar leteran Kak Solehah agaknya.

Aku: ermmm...sorry lambat.
Balqis: Eh...Aishah! Waalaikumsalam. Tak perasan awak datang. Meh, jemput duduk sebelah saya.
Kak Solehah: Alhamdulillah, dapat jugak Aishah datang. Awak sihat?
Aku: Sihat je.

Mula-mula aku rasa pening-pening, rasa nak muntah, dah nak mula rasa gatal-gatal. Aku tak pasti sama ada ia suatu realiti, atau hanya imaginasi. Berada dalam halaqah membuatkan seluruh tubuhku hypersensitive. Begitulah yang aku rasa masa SC pertama dulu. Lepas tu, memang aku tak mahu datang dah. Kali ini, aku tak tahu kenapa. Tapi aku paksa diri untuk mendengar. Aku paksa hati untuk bersabar. Aku paksa jiwa untuk bertenang.

Aku tatap satu persatu wajah sahabat-sahabat sehalaqahku. Relax je mereka ni. Wajah ceria je bila datang SC. Menarik sangat ke?

Izzati: Haaa...Aishah, kitorang tengah bincang pasal hakikat hidup kat dunia. Tadi Kak Solehah ada sebut, kita hidup kat dunia ni, ada tiga tujuan utama.
Fatin: Yang pertama, sebagai hamba Allah.
Najwa: Yang kedua, sebagai khalifah.
Syakirah: Yang ketiga, sebagai da'ie.

Aku mengerutkan dahi. Da'ie tu apa benda? Tak pernah dengar pun. Hamba tu aku tahu lah. Khalifah, pernah dengar masa kat sekolah dulu, ustaz sebut nama Khalifah Umar. Tapi da'ie, serius rasa tak pernah dengar. Tiba-tiba Kak Solehah senyum. Macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.

Kak Solehah: Da'ie tu maksud ringkasnya, pendakwah.
Aku: Ooo...macam tu. Ermm...tapi kan kak. Saya nak jadi doktor. Bukan nak jadi penceramah agama.
Kak Solehah: Ya, betul tu. Kita semua yang datang sini, belajar medik, nak jadi doktor kan? Tapi, kita kena ingat, sesiapa yang mengucap La ilaha illallah, maka dia adalah da'ie.
Najwa: Maksudnya, kita semua ni, tak kira kita ni siapa pun, kerja apa pun, kita semua da'ie.
Aku: Ooo...baru tau. Selama ni tak pernah dengar.
Fatin. Tu la, kita ni, banyak benda kita tak tahu kan? Kadang-kadang, makin banyak ilmu kita dapat, makin rasa kerdil.
Izzati: Alhamdulillah, bila kat sini, kita ada SC. Dapat tambah ilmu.
Syakirah: Macam ustaz cakap dalam kelas tafaqquh dulu, usrah ni bukan setakat jumpa, tanya khabar, makan-makan, borak, balik. Tapi usrah ni medan untuk kita bina diri, bina jiwa, jadi individu Muslim yang hebat.
Najwa: Generasi kemenangan. Hehe.
Kak Solehah: InsyaAllah.

Pulang dari SC petang tu, macam-macam aku dapat. Rasa tepu pun ada juga. Cuma rasa alergik, gatal-gatal, pening kepala dah hilang. Banyak betul input bermanfaat yang aku dapat. Rugi betul aku tak pergi SC yang sebelum-sebelum ni. Kawan-kawan aku tu, mesti banyak dah diorang dapat. Fatin, dulu macam aku jugak. Jenis yang masuk air, suka hati nak buat apa. Tapi aku tengok dia dah makin berubah. Perubahan yang aku senangi. Dulu sama-sama dengan aku lepak petang-petang kat City Stars, bagi alasan tak sihat sebab tak nak pergi SC. Pergi H&M beli baju yang paling latest. Bukannya reti nak beli stokin. Tapi sekarang, dia pakai stokin, baju longgar, skirt labuh, tudung tutup dada, cakap pun sopan. Segan pulak aku dengan dia. Tiba-tiba rasa nak berubah juga.

Bermula dari detik itu, aku cuba disiplinkan diri untuk pergi SC setiap minggu. Tak bosan, sebab Kak Solehah pandai conduct SC. Bukanlah setiap masa dia membebel. Kak Solehah suka bagi kami tengok video-video menarik. Banyak rupanya video best yang ada pengajaran. Selama ni aku tengok YouTube, buka video klip lagu-lagu saja.

Kadang-kala, masa SC, ada modul untuk kami. Seronok, sebab di akhir permainan, kami dapat banyak ilmu baru dan pengajaran yang kami tak tahu. Tentang ukhwah, masa, priority, kesatuan dan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Best buat aktiviti macam tu, sebab membuatkan kita berfikir, dan memberi idea. Tak ada lah sekadar kena suap dan terima bulat-bulat.

Kadang-kala Kak Solehah tugaskan kami untuk buat pembentangan masa SC. Tentang tajuk-tajuk tertentu. Macam aurat, ikhtilat, istiqamah. Part ni paling aku cuak. Dah la ilmu cetek sangat, sumber bacaan tak banyak. Tapi mujur ada kawan-kawan SC yang banyak membantu. Dari situ aku belajar develop keyakinan diri. Aku belajar memberi, bukan lagi sekadar menerima.

Dan paling best, aku rasa ahli-ahli usrah ni macam ahli keluarga sendiri. Sebab bila aku tak sihat, mereka datang ziarah. Masa aku ada masalah, mereka tolong. Ada masalah dalam pelajaran, Kak Solehah ajak kami study group sama-sama. Lagi satu, aku suka bila kami buat sistem kejut bangun malam. Tiap-tiap pagi, dalam pukul 4 pagi, ada orang misscall aku, supaya aku qiam. Setiap hari Isnin dan Khamis, kami puasa sunat ramai-ramai. Lepas tu, buka puasa sama-sama. Kadang-kadang, kami ramai-ramai pergi LIFE. Kak Solehah pun ikut sekali. Best, tak rasa pun beban nak buat benda baik sebab buat sama-sama.

Hati yang dulu rasa kosong, kering kontang, mula rasa terisi. Aku mula sedar kenapa aku hidup kat dunia ni. Aku mula sedar, banyak sudah aku bazirkan masa, mensia-siakan usia yang Allah bagi tanpa buat perkara yang Allah nak. Aku perlu bina diri jadi Muslim yang hebat. Aku nak jadi generasi kemenangan yang dijanjikan. Aku nak jadi Muslim yang hidup dengan Islam, berbangga dengan Islam. Untuk itu, aku perlukan pengisian, dan aku juga perlu memberi. Dalam SC, dua-dua aku dapat. Give and take. Mudah.

Dulu, aku seorang manusia yang biasa-biasa. Allah hadirkan dalam hidupku, sesuatu yang luar biasa, yang mengubah hidupku menjadi luar biasa. SC, atau usrah, bukan benda biasa untuk orang biasa macam aku. Melalui usrah, aku mula mengenal Islam dengan lebih mendalam. Islam, bukan biasa-biasa. Rupanya, Islam itu sangat istimewa. Melalui usrah, aku belajar macam-macam. Melalui usrah, aku makin sayangkan Islam.

Syukur, Allah membukakan hatiku untuk menerima usrah sebagai aktiviti wajib dalam hidupku. Aku bersyukur menjadi umat Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, kerana bagindalah yang mengajar kita tentang usrah, medan membina individu Muslim yang hebat. Dengan usrah, aku makin dekat dengan Islam. Aku makin kenal Allah. Aku dapat rasa manisnya hidup dengan Islam. Nikmat Islam untuk semua. Alhamdulillah.

Tujuanku menulis kisahku ini bukan untuk membuang masa kamu membacanya. Aku cuma mengharapkan agar dengan cara ini, aku dapat mengajak kamu semua untuk membina diri, menghidupkan jiwa roh Islam yang semakin hilang. Aku harap dapat bersama-sama kamu semua menjadi generasi kemenangan yang dijanjikan, yang mendaulatkan Islam di dunia. Kalau bukan aku, kalau bukan kamu, kita nak tunggu siapa? Ayuh, kita mulakan dengan membina jiwa. Ayuh, kita berusrah!






*sahabat gua minta gua tulis sesuatu sempena kempen SC. so, gua tulis la ni.
*gua pikir + tulis ni 2 hari sebelum due date. ni la hasil keje last minute. (tak senonoh betul perangai kamu Sarah!!!)
*gua harap maksudnya sampai. maaf kepada sahabat yang meletakkan harapan tinggi kepada gua.
*gua bukan tak suka menulis. gua hanya tak suka disuruh menulis. (sah ayat ko pening Sarah)
*2 hari gua demam sebab menulis dalam bahasa yang skema. (haha. tipu je)


Just a word, just a sec

Thursday, 26 May 2011

Mates, is it that hard to take good care of the house? You know, we are living together. We share the same house, the same households and we pay the same rent. How on earth could you be so selfish to neglect your responsibilities for it? I may not that good when it come to perfect tidiness. But I am somewhat felt responsible to practice whatever teachings Islam taught us. A simple, tiny, minute thing called cleanliness, if you can't even bother to spend your time to take care of it, how could you be so irrational to dream to conquer the world one day? I'm not looking down on any of your dreams and hopes and stuffs. But I'm just saying that, if you can't help yourself to at least be concern with your own house, it's cleanliness, and things concerning the house, don't fool yourself to grab big things in life. Get a mirror. Because it's the perfect time to reflect on your own self.

-some things worth to be said, and some things worth to be pointed out-
Related Posts with Thumbnails