Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent
Showing posts with label medic?. Show all posts
Showing posts with label medic?. Show all posts

Culex egg raft

Friday, 11 May 2012

Tomorrow...tomorrow.... (penah dengar lagu Tomorrow tak?)

1. Esok final exam practical Parasitology. Yeah, I love Parasitology! (but still, parasites are despicable)

2. Tadi doktor buat kelas tambahan. Dari pukul 2 sampai 8 malam! Gila lama. Tapi....ramai tau yang datang. Haaa... jangan main-main. Everybody knows the art of cramming! Haha >__<  (including me? lol)

3. Esok jangan lupa puasa. Buat lah solat hajat dan apa-apa yang patut. Jangan buat-buat lupa pulak anda tengah berpuasa, sampai dah kenyang minum air sarsi baru teringat =p

4. Baru tahu yang bunga ros ada terlalu banyak jenis rupanya. Nak mentarbiyah bunga dengan penuh kasih sayang perlu ta'aruf betul-betul. Berusaha!

5. *increase level of seriousness*
Jangan lupa, dalam kita bekerja, segala adab dan batas perlu dijaga. Anda pelakon ke, anda ketua ke, anda SB ke, anda da'ie ke, anda ostad ke, semua tak terlepas daripada hukum Allah. Terutama kepada kita yang blessed with religious knowledge, usahalah dan pohonlah perlindungan kepada Allah, daripada fitnah akhir zaman ini.
(SB = spoiled brat)

6. Setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk sesuatu, jangan sombong untuk bertawakkal kepada Allah. Ingat, apa pun yang kita mahu, yang kita hajatkan, semuanya berada dalam kuasa Allah.

7. Hold your breath for half a minute. Rasa tercungap-tercungap? Rasa nak pengsan? Nak mati? Oh...wait. Cuba cubit bahu anda sekejap. Lepuk-lepuk sikit pipi tu. Next, ambil wudhu'. Now ask yourself. Where are you living? If your answer does not include "planet created by Allah", then repeat the same steps until you realize who you are, and who's earth are you living your wasted life on.

8. Mereka yang mengaku cintakan Allah, perlulah mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Kerana Baginda merupakan kekasih Allah. Mereka yang ingin cinta kepada Baginda, perlulah mengasihi ulama', kerana ulama' merupakan pewaris Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
(sifir mudah untuk diingat. ingat mudah. buat sudah? cinta bukan sekadar kata-kata)

9. Kepada mereka-mereka yang sayangkan perjuangan bangsa Melayu, berintima'lah dengan jemaah Islam. Rugi intima' syakhsi ni.

10. Kepada yang masih berada di zon selesa, tidak mahu mengerah tenaga, berkongsi idea, it's time to muhasabah apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia. Dunia ni kejap je. Takkan nak merana sejuta tahun di neraka disebabkan tak boleh nak disiplinkan diri hidup dengan Islam untuk 60-70 tahun di dunia kan?




p/s: Anopheles female has long maxillary palp, while Culex female has short one. Anyhow, both are vectors =p. 'be careful'

The Complement System

Sunday, 20 November 2011

Tadi tak jadi buat exam Immunology. Dr Nehal buat kelas tutorial. Maka beliau pun bertanya kepada kami, nak beliau explain tajuk apa. Awalnya semua macam blur. Barangkali kurang percaya tak ada exam hari ni. (ceh...)

Kemudian ada hamba Allah request Dr tolong explain tajuk 'The Complement System'. Majoriti bersetuju. Kawan Nigeria di sebelah berkata "Just explain everything. We have no idea,". Haha. Dia nak kata kitorang blur hampir semua topik. Sebabnya, (dia sambung) "I think she (Dr Nehal) should change the doctor who teach this topic. Then all problems will be solved,". Aku di sebelahnya hanya tersengih. Give me five, girl! Adeh. Bukan apa. Aku mengakulah agak soporific dan sedikit blur sepanjang lecture -____-".

Maka Dr Nehal pun explain la tajuk Complement System tu. Kejap je. Tak sampai pun sejam. Tadaaa!! Faham, jelas, nyata, cerah. Alhamdulillah. Boleh tahan simple la jugak sebenarnya. Kalau ikutkan, nak je mintak Dr Nehal explain semua topik yang 'agak blur'. Tapi memandangkan ramai yang nak balik awal, maka kelas tamat awal. Kawan Nigeria di sebelahku masih tetap dengan cadangannya untuk meminta Dr Nehal sendiri yang bagi lecture kat kami. I can't agree more. sobs



Nah...lebih senang nak faham ^____^

p/s: tak penah-penah post benda medik  >__<
Related Posts with Thumbnails