Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent
Showing posts with label kitty story. Show all posts
Showing posts with label kitty story. Show all posts

Terpikat (entri time sakit kepala)

Friday, 15 July 2011


Eh...eh....apesal keluar gambar ni pulak? *report as spam* Gambar di atas tiada kaitan dengan entri ini. Harap maklum. Dah cuba delete, tapi ada jugak gambar tu. *sigh*  >__<


Entri kali ini ialah entri kekucingan. Kalau tak suka kucing, boleh tekan butang pangkah warna merah belah kanan atas. Kalau tengah mencuba nak menyukai kucing, boleh la teruskan membaca.

Amaran: Gambar-gambar di bawah ada yang diklasifikasikan sebagai 'kejam'. Bagi pembaca yang mempunyai penyakit jantung, kencing manis, migraine, resdung dan osteoporosis, dinasihatkan supaya makan ubat sebelum baca.

Mereka yang disyaki bersalah ini ditemui sedang merayau-rayau di tumblr:



Berani dia buat muka macam tu sambil menyorok dalam beg. Ingat orang tak nampak bulu dia yang gebu tu?




Ini lagi kejam. Jenayah yang dilakukan: membuntangkan mata besar-besar dan bulat-bulat lalu menyebabkan ramai terkena penyakit jantung terhenti beberapa ketika. Kena hukum ketuk ketampi 100 kali ni sambil tangan pegang telinga dia yang comel tu.




Yang ini pula entah ape kes. Disuruh serta diberi amaran supaya mengurangkan berat badan pun masih berdegil juga. Berani dia buat tangan macam tu sambil baring. Suruh buat sit up kang....baru tau!




Ditemui abandoned di tepi jalan. Namun syukur, masih bernyawa dan tidak di flush ke dalam toilet. Kucing mana reti flush toilet, ye tak?



Perlu dihukum berat-berat sebab buat-buat comel. Konon-konon termasuk dalam paper bag tu, pastu tinjau orang buat mata bulat. urgh!



Perlu diberi tarbiyah yang cukup supaya bila besar nanti tak buat jenayah 'posing terlalu comel'.




Lu ni apahal? Tak bagus sangat duduk atas pagar ni. Mana tahu kat sebelah pagar tu ada harimau. Haaa.... Jangan kata gua tak warning ye.



Baaa-chakk! Eleleleh...bajet comel la kan tinjau orang dengan mata bulat macam tu.



Pendatang haram tanpa izin dari pelbagai negara. India, Pakistan, Mongolia, Sweden, Italy, UK dan Germany.



Kucing ini sebenarnya dia tengah buat tangan macam tu sambil gerak-gerak ke atas, ke bawah, macam sedang meminta sesuatu. Jenayah: terlalu debab dan buat aksi comel tak boleh blah.



Dia tengah lawan mata siapa lagi besar.



Sayangi keluarga. Makin hari makin sayang. Tapi jangan manjakan sangat anak tu. Nanti besar jadi rotten.



Ni tak boleh lagi comel ke?




Ish...ish...ish....anak dara tido macam ni. Nak kena ni.



Jangan baring je dik. Nanti besar jadi debab macam abang-abang kakak-kakak kamu kat atas tu.



Nota kuku kaki:

-tengah sakit kepala. bukak tumblr jumpa diorang ni tengah merayau. terpaksa tangkap sekor-sekor.
-yang atas sekali tu bukan kucing.
-bila kita tak pasti tentang sesuatu perkara, mintalah bantuan Allah.
-sama-sama doakan pelajar yang sakit dan pelajar yang dizalimi di sini. 


Dia yang bernama Betty

Thursday, 10 February 2011




"Tak payah la Sarah. Nanti kalau terpaksa berpisah dengan dia, mesti enti sedih," kata Sakinah tatkala aku bertanyakan pendapat beliau sama ada wajar atau tidak aku ingin membela kucing, awal tahun lepas. Memandangkan aku anak kedua, memiliki kedegilan yang tersendiri, aku buat keputusan untuk membeli seekor kucing untuk dijadikan teman di rumah. Maka, tanggal April 2010, jadilah aku seorang mama kepada seekor makhluk comel bernama Betty.


Di awal perkenalan, cukup sukar nak memahami Betty. Dia tak mahu di pegang, tak mahu didekati, apatah lagi dibelai. Berbulan-bulan aku berusaha memahami perangai dan isi hatinya (ocehhh...ayat tak boleh blah). Orang kata, kalau nak kenal seseorang, tengok pada haiwan peliharaannya. Ish...tak boleh jadi nih. Aku mesti mentarbiyah Betty!

Maka aku memulakan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran kepadanya. Mula-mula tu, setiap kali aku baca ayat Kursi kat dia, mesti Betty lari. Ku fikirkan Betty ni kena rasuk jin agaknya (haha...sengal). Tapi lama-lama Betty ok. Setiap kali aku baca Quran, dia datang duduk atas riba. Comel kan?



Kemudian aku cuba lagi. Aku letak dia di sisi setiap kali aku ingin solat. Mula-mula memang dia lari pergi tempat lain. Tapi dah lama tu, nampak improvement pada diri Betty. Kalau aku masih lena semasa azan berkumandang, Betty datang terkedek-kedek kejutkan aku daripada tidur. Mula-mula dia mengiau, lepas tu dia tunggu aku bangun. Tapi kalau aku tak bangun juga, dia letak tangan dia atas bahu aku, seolah-olah menggerakkan aku suruh bangun. Tapi kalau tak jugak bangun, dia berdiri atas badan aku lalu bertawaf dengan hentakan kaki yang kuat. Haha. Sakit weh! Betty dah la 5 kilo! Bila aku bangun, aku akan cakap "Terima kasih Betty," dan dia akan mengiau, menjawab. Selagi aku tak bangun, selagi tu lah dia takkan berganjak dari tempat aku tidur. Comel betul Betty. Pernah juga aku lihat Betty tidur semasa azan berkumandang. Lalu aku mengejutkan dia dari tidur. Dia mengangkat muka lalu mengiau berkali-kali. Lepas tu sambung tidur semula. Amboi...pandai dia membebel!



Menjelang bulan September, hubungan aku dengan Betty bertambah akrab. Betty pun makin kuat makan. Lepas tu dia sukaaaa sangat duduk atas penimbang berat. Hahaha. Kadang-kadang aku datang kat dia, tengok skala penimbang lepas tu aku kata "5 kilo jugak. Sama je Betty. Dah2 turun,". Dia pun turun dari penimbang tu, pergi lepak kat tempat lain. Hari-hari dia timbang berat. Obses betul dengan berat badan. Haha. Ada masa berat dia turun, jadi 4kg. Lepas aku kata berat dia dah turun, dia bantai makan banyak lagi. Lepas tu muntah-muntah. Haihhh...macam-macam hal. Oh ye. Betty tak suka kalau orang cakap dia gemuk. Kalau ada tetamu datang, lepas tu komplen dia gemuk la, kuat makan la, last-last aku jugak yang dicakarnya.



Ada sekali tu, 'ammu Khomis datang rumah kami, nak betulkan lampu. Seperti biasa, kalau ada orang tekan loceng pintu, mesti Betty dulu yang terkedek-kedek lari pergi ke pintu masuk. Macam lah dia boleh buka pintu. Huhu. Tapi masa 'ammu Khomis datang, aku buka je pintu, Betty terus lari lintang-pukang. Mata dia jadi bulat sangat, ketakutan. Kesian dia. Dia memang takut betul dengan orang lelaki rupanya. Sepanjang 'ammu Khomis tengah betulkan lampu, dia menyorok bawah katil. Takut sangat la tuh.

Betty saaaangat pendiam. Sampai ada kawan tanya "Betty ni bisu ke Sarah?". Hahaha. Kejam betul soalan tuh. Ya, memang susah nak dengar Betty mengiau. Lebih-lebih lagi kalau ada tetamu. Memang dia diam je, tak bersuara. Kalau dia lapar pun, dia tetap tak bersuara. Mungkin dia terlebih ditarbiyah, 'suara wanita itu aurat'. Kuang3..... Tapi sebenarnya, sejak aku dah kamceng dengan Betty, selalu je kami berbual. Aku cakap, dia jawab. Kalau aku kata "Oh...pandai ye menjawab!" dia akan jawab banyak lagi. Haha. Kecuali kalau mood dia tak baik, dia akan diam sepanjang hari.


Antara perkara yang merosakkan mood Betty adalah apabila aku suruh dia kahwin. Sentuh je pasal kahwin, Betty mesti bengang. Huhu. Cukuplah 3 kali dia dilamar oleh Boboy, Keebo dan Didi. Last-last baru aku mengerti, Betty memang tak nak kahwin. Barangkali dia menghormati perangaiku yang tidak berapa suka dengan kucing jantan. Maka melepaslah impianku untuk menimang cucu =_='.

Perkara yang paling buat aku saaaaayang kat Betty ialah, setiap kali aku sakit, dia mesti datang lawat aku. Ada masa aku tak larat nak bangun, lalu terbaring saja di katil. Sesekali Betty datang, mencium dan mengiau. Kalau aku tak bangun tengok dia datang, memang dia naik atas badan dan berkawat. Haha.



Dua benda yang paling digemari Betty ialah buku dan laptop. Setiap kali aku membaca, mesti Betty datang. Mula-mula dia khusyuk tengok aku baca apa. Lepas tu dia selamba je duduk atas buku yang aku tengah baca tu, tak nak gerak-gerak. Nakal! Laptop pun macam tu juga. Kalau dia tengok aku khusyuk menatap laptop, dia mesti datang dan duduk atas keyboard. Badan dia dah la besar. Memang tertutup seluruh skrin monitor. Haha.


Betty, jaga diri baik-baik. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu~

Selamat pengantin baru ^_^

Saturday, 19 June 2010

Betty nak kawen....


Betty nak kawen.... ^_^

Dua hari lepas bersamaan hari Khamis, rombongan pengantin lelaki datang ke rumah kami membawa hajat besar. Nak mengahwinkan Betty anakku dengan Keebo, anak kepada Husna, Ana dan Ika. Keebo ni ramai mamanye. Itu la first time aku bersua muka dengan Keebo. Selama ni dengar orang cakap je:

-Keebo tu panjang.
-Macam anak singa.
-BESAR...

Macam2 gambaran yang hadir kat fikiran. Bagaimanakah rupa bakal menantuku?


Ini dia Keebo. Muka ala2 Korean gitu. Parsi juga, tapi bulu baru lepas kena cukur ngan 'ammu. So, dia nampak macam singa sket. Kalau tengok muka dia, sweet je, lagi kecik dari Betty.

Keebo ni baik, sejuk mata memandang. Kalau orang usap, dia dok diam je. Betty tak. Kalau orang usap...ngap! Dia gigit kuat2. Siapa yang tak biasa dengan Betty memang banyak lah tanda kat tangan, haha.

Mula2 tengok Keebo aku dah ragu-ragu. Mampu ke Keebo pikat Betty? Kalau menurut cerita kawan aku, suami Betty yang first dulu (Boboi) dah kena lempang ngan Betty. Last2 putus asa & tak kawen. Tengok Keebo ni lemah lembut je, sopan santun kucingnye.

Time Keebo sampai je Betty dah tunjuk taring. Dengan mertua2 dia pun tak nak mesra. Aduiii anakku ini. Segan mama dibuatnye.


Keebo: Hai Betty. Nama saya Keebo. Salam perkenalan. 
Betty: Ape hai2? Jangan berani dekat ngan aku! (muka garang)
*Tak penah2 Betty naik atas meja tu. Sekali Keebo datang, melompat Betty atas meja, haha.

Seterusnya, bermulalah sesi 'pertengkaran' dan 'peperangan' antara kedua-dua belah pihak. Seram sejuk satu rumah ni dibuatnya. Mula-mula hanya Betty yang tunjuk taring, tengking-tengking Keebo. Tapi Keebo pun nak tunjuk macho jugak. Haaa...maka riuh rendah lah rumah ni, mereka bergaduh. Semua orang lari masuk bilik, cari perlindungan, haha.


Betty: Haaa...berani la ko naik atas katil tuan aku ni!
Keebo: Wooo...ko main tipu! Mane aci naik atas katil tuan ko!
*Yup, Betty suke main tipu bile dah nak kalah. Kadang2 pukul 2 pagi, tiba-tiba je melompat atas katil. Rupa-rupanya kena kejar ngan Keebo.


*Ada masa panjat atas meja. Sambil tu perhatikan gerak geri Keebo. Macam tentera la taktik Betty.



Keebo: Macam mane la nak tundukkan pihak lawan ni? 
*Kami sentiasa bagi sokongan kat Keebo. Ganbatte kudasai!
*Ade satu hari tu tiba-tiba Keebo terlepas keluar rumah, laju giler dia lari turun tangga, tak tahu lah nak pegi mana. Nasib baik bawwab sempat tangkap dia. Ahli beit kata Keebo kecewa kot ngan Betty.
*Tadi nampak Keebo macam tengah kunyah sesuatu. Cek2 mulut dia...rupa-rupanya dia makan plastik! Ya Allah...cuak dibuatnye. Adakah Keebo cuba membunuh diri??


*Anak mama yang comel ni makin hari makin garang. Tapi dia mula menunjukkan tanda-tanda takut ngan Keebo.


*Tadi tengah syok-syok makan, tiba-tiba mereka berdua datang, sambil hidu2 pinggan. Lapar agaknye. Betty tak pernah diberi makan makanan selain Friskies. Saje la try hulur pinggan kat mereka. Ingatkan merka nak la share. Macam kat gambar atas tu. Tapi, beberapa detik lepas gamba tersebut di snap...satu cakaran padu hinggap ke muka Keebo. Sambil Betty membuat hissing sound. Ish3....


Keebo: Alahai...kedekutnye Betty ni.
Betty: Diam!


Keebo: Laparnye... Nak makan jugak. (sambil merenung pinggan dengan muka kelaparan)


Betty: Tak baik la tenung orang tengah makan! (kemudian membuat hissing sound lagi, dan berlalu pergi dengan muka kekenyangan)



Keebo: Hek eleh...dah habiskan ikan, blah camtu je?! Ish3... (kemudian Keebo buat muka kesian kat aku dan makan sisa yang tinggal).
*Kesian tengok Keebo. Tapi mama2 dia jangan risau ye. Dia tak dibiarkan kelaparan :)

Kawan-kawan ramai tanya perkembangan mereka. Setakat ni, dah 3 hari...macam tu la mereka. Bertengkar hampir setiap masa. Tapi Keebo tak mengalah. Bagus la tu.

Ada jugak yang bagi teori: Betty tak suka kawin paksa. Kesian....

Ade jugak yang kata Betty ni terlebih tarbiyah. Dia tak nak ikhtilat. Tapi sekarang ni kawin laaa... T_T


p/s: makcik suruh bawak Betty balik Malaysia, kawinkan dengan kucing Parsi kat Malaysia. Aku terfikir...bukankah Betty ini sangat BESAR...?? Saiz Mesir. Hahaha....

Pulanglah

Monday, 17 May 2010

Hati rasa tak menentu je sejak semalam. Bangun tidur rasa ada sesuatu yang tak kena. Kosong, sunyi. Aku tertanya-tanya apakah punca perasaan ini muncul?


Kerana hamba Allah yang satu ini tiada di sisiku. Dia dibawa pergi pada petang 15 Mei ke suatu tempat di mana dia bertemu dengan suaminya. Masuk hari ni dah 2 hari dia tak ada. Dan aku terbeban dengan rasa rindu yang amat sangat.


Betty selalu temankan aku study. Dia pesan jangan malas baca buku. Tapi dia selalu tidur atas buku aku.


Kalau time nak exam, lagi dia rajin tidur atas meja aku, siap pilih buku tertentu untuk dijadikan tilam. Macam dia yang penat sangat study, huhu.


Tertido sambil study~


Buku dan laptop adalah kegemaran Betty. Kedua2nya sering menjadi tilam beliau.


Kadang-kadang Betty tolong tuliskan post untuk blog. Dia memang pandai menaip.


Ada masanya beliau masuk dalam almari, pura-pura jadi patung. Takut aku marah, dia siap buat mata bulat lagi. Memang comel tak boleh blah.

Betty, bila kamu nak balik? Mama rindu sangat kat kamu~

Her name is Betty

Saturday, 17 April 2010

Aku dah ada kucing! Aku dah ada kucing! (bersorakan sambil menari-nari)

Dua hari lepas, pada tanggal 15 April 2010, bersamaan hari Khamis, berkebetulan dengan birthday Emma Watson (pemegang watak Hermione Granger dalam movie Harry Potter), aku telah berjaya mendapatkan seekor kucing comel untuk ku jadikan teman di rumah. Journey yang ku lalui bersama-sama Sakinah bagi mendapatkan kucing itu memang pergghhhh...tak dapat nak dikhabarkan. Sudah lama aku menanti saat nak bersua muka dengan kucing bertuah itu, nak tengok dia secara live. Semuanya gara-gara gambar yang dikirimkan oleh tuannya melalui email sangat mencurigakan bagi sesiapa yang melihatnya:




Lihat saja gambar di atas, aku tertanya-tanya. Adakah dia sedang mengalami sembelit, atau ada masalah dalaman atau apa? Musykil...musykil....

Rombonganku setibanya di Asyir, bertambah besar, disertai oleh Farah, Yaya, Keen, Ina dan Nuha. Masing-masingnya excited gila kentang nak tengok kucing. Kami pun follow ustaz (tuan punya kucing) ke rumah sewanya. Sampai sahaja di sana, hatiku bertambah berdebar (ceh...macam nak meminang la pulak kan). Masuk je dalam rumah tu, kami pun "Whoaaaaa....." dengan perasaan yang sangat kagum. Sebab ada baaaaaaanyak sangat sangkar kucing, serta terdapat dalam 3 ekor kucing dalam rumah tu. Actually, ustaz tu bela 7 ekor, tapi yang lain dipinjam, huhu.

Satu persatu kucing-kucing tersebut dikeluarkan. Kami ni pun macam nak gila la main dengan kucing. Yang hairannya, 2 ekor je yang keluar dari sangkar. Lagi sekor tak bergerak walau seinci pun. Itulah kucing yang aku nak beli, haha. Yaya cukup bengang dengan perangainya yang tak endah orang langsung. Sedangkan kami syok sungguh main dengan kucing warna putih dan oren.


Yang ni namanya Twinkle. Baru berusia 6 bulan. Sambil-sambil bermain dengan kucing, ustaz tu cerita la tentang kucing Parsi ni. Ada banyak jenis rupanya: Anggora, Himalaya...dll. Kebetulan time kami datang tu, ada seorang lagi ustaz singgah kejap ke rumah tu, nak tumpangkan kucing dia, sebab dia nak pergi main bola. Kucing Parsi dia jenis Himalaya. Ya Allah.....BESAAAAAR sangat! Dan GEBUUUU sangat! Dan BERAAAAAAT sangat!!!! Ustaz tu kata, kawan dia beli dengan harga LE 2000! Kami apa lagi....buat muka tekezut la kan. Keen dan Nuha sungguh tak faham kenapa ada manusia sanggup habis beribu-ribu untuk beli kucing yang seekor. Keen kata, baik beli makanan. Nuha pulak kelihatan more interested bila ustaz tu start cerita pasal bisnes kucing. Nuha memang otak bisnes. Sampai dia kata nanti dia nak labur, then aku jaga kucing-kucing tu. Aku no hal je Nuha, hehe.

Macam-macam info dan cerita menarik kami dapat time kunjungan ke sana. Dan macam-macam juga usaha yang kami lakukan nak main dengan kucing yang bakal ku beli tu. Namun semuanya hampa, sebab dia kekal dengan muka moyok dia. Entah berapa ramai yang kena cakar dan gigit time berusaha nak pegang dia. Aku sedikit runsing memikirkan cara terbaik untukku mentarbiyah dia nanti. Namun aku lega, muka dia sebenarnya taklah macam kena sembelit seperti yang ku sangkakan.



See? Ok je kan muka dia. Cuma murung sedikit. Maybe sebab rumah baru, environment baru. Tengah nak sesuaikan diri la tu agaknya. Tapi yang bestnye, pagi semalam, dia dah ok, nak la bersosial sikit. Takdelah menyendiri je. Pastu demand gak dia ni. Nak tido atas katil aku je. Lebih-lebih lagi kat lihaf (selimut tebal). Dia ni tido awal gak rupanya, boleh geng la ngan aku, haha. Aku bangun pukul 3 dia nyenyak lagi dibuai mimpi. Lepas subuh pun tak gerak-gerak lagi. Ingatkan pengsan ke ape....pukul 7 baru bangun. Lama gila dia tido! Nak buat macam mana...dia kan kucing. Tapi Olivia dulu takdelah macam tu. Subuh je nak mengiau mintak makanan. Ah...rindu pulak kat Oli. Anyway, alhamdulillah, tercapai jugak cita-cita aku nak bela kucing kat ardhul kinanah ni.

Oh ye. Nama dia Betty. Kenapa Betty? Sebab kawan-kawan aku yang bagi nama tu. Diorang kata sebab muka dia agak selebet, so bagi nama Selebetty. Maka, jadilah BETTY, haha.

Missing you

Thursday, 25 March 2010

Dah setahun lebih aku mengidam/berniat/berangan nak bela kucing kat sini. Tahun lepas memang terpaksa ditangguhkan niat suci murni itu sebab aku menetap di Rumah Negeri. Memang tak boleh la nak bela2 makhluk lain selain manusia kat bangunan tu (walaupun hakikatnya lipas lagi banyak dari orang, huh! Tikus pun same :P).

Keinginan mula terbit dalam hati apabila Kak Yana bawak aku pegi rumah pegawai Pahang tahun lepas. Diorang ade bela kucing bernama Messi. Comel, kembang bulu dia. Tapi comel lagi Olivia kat rumah di Malaysia :). Tengok Messi melompat sana, melompat sini. Gurau2 dengan tuan dia, panjat kerusi....buat aku rasa rindu kat segerombolan kucing kesayangan di rumah.

Inilah Oli! Rinduuuuuu sangat3 kat Oli nih. Nama sebenar dia: Olivia Newton John. Apesal nama glamour sangat? Ask my dad. He named her, haha. Masa muda remaja, Oli sangat manja, lincah, cergas dan patuh (agak la...). Tapi bila dah banyak kali melahirkan keturunan, Oli makin lama kelihatan makin uzur. Orang ajak main pun buat muka bosan je. Hidupnya lebih ditumpukan buat anak2nya yang tersayang. Yang bestnye Oli ni, dia sangat fotogenik. Gamba2 dia semua cantik. Kalau publish dalam internet memang confirm ade orang datang rumah culik dia. Betul, dia sangat jelita. Kali ni aku berani nak post gambar dia sebab...Oli dah hilang. Huaaaa.....sedihnye hati tatkala pulang ke tanah air, bajet Oli lari2 depan pintu sambut kepulangan aku, tapi ayah bagitau, Oli baru je hilang beberapa hari sebelum aku sampai. Sampainya hatimu Oli. Tak tunggu aku balik dulu. Aku tau, kamu sangat rindu kat aku. Sebab tu ko pergi membawa diri, kan?kan?? Tapi takpelah, aku redho je.


Ini Amang, salah seekor anak Olivia. Dia ni aku pun tak sure set nombor berapa. Olivia banyak sangat anak dia. Tapi sayang, tak semua survive. Ibu kata "Olivia ni muda sangat dah ada anak. Tak pandai jaga anak,". Hihi. Betul jugak tu. Tengok dia menyusukan anak2 dia pun macam kekok je. Amang ni bukan nama sebenar dia. Time tu, kami dah tak tau nak letak nama apa, sebab banyak sangat kucing yang dah ada, dan nama2 best semua dah diguna pakai. Time lahir, Amang ni muka dia macam chipmunk. Yang macam cite kartun Chip N Dale tuh... So, ayah (ayah memang pakar dalam bab2 bagi nama kucing, huhu) pun bagila name dia Chipmunk. Lama2 kami panggil dia Amang. Masa aku nak fly ke Mesir dulu, Amang masih kanak2. Kategori infant lagi. Sayu je hati nak tinggalkan Amang. Tak sempat berkenalan dengan lebih rapat lagi. Beberapa hari sebelum aku pulang ke Malaysia, dapat berita yang Amang mati kena langgar. Sob2...Sadis sungguh berita itu. Time tu dia dah besar, suka main at jalan raya. Selamat tinggal Amang.



Kucing2 kat rumah semuanya berasal dari keturunan yang sama. It's a nice story, though. Of their susur galur asal usul keturunan. Nenek sedara belah ayah, whom we call Wan Induk suka sangat bela kucing. Dulu2, dia ada bela beberapa ekor kucing Parsi. Tak sure sama ada dia beli atau orang bagi. Dia pakar sangat bab2 jaga kucing ni. Maka, besarlah keluarga kucing itu jadinya. Dan Wan Induk pun tak larat nak jaga semua memandangkan banyak kos dan kerja nak kena buat. Kalau tak jaga dengan elok, berdosa pulak kan. So, family belah ayah yang memang sangat suka kucing ni ambik la satu kucing sorang. Macam2 warna ada time tu. Kami dapat warna kelabu. Diberi nama Paloma. Sebab time tu tengah top cite telenovela Rosalinda, hehe. Dari Paloma lah lahirnya keturunan2 yang lain sehinggalah Olivia. Mak teh, Mak Ngah Liza dan mak cik serta pak cik lain pun ada bela keturunan suku sakat Paloma. Kiranya, family belah ayah bela kucing yang ada darah daging. Haha...sweet kan? Dan mereka semuanya comel sangat2. Bulu kembang, manja, pandai main, borak pun pandai.

That's why aku sangat rindu kat mereka dan kalau boleh, nak bela kucing kat sini. Kalau start bela skarang, sampai tahun 6 nanti, mesti dah ade family kucing tu nanti :).



Kucing ni ade sorang ustaz offer nak jual kat aku. Comel kan?Comel kan? Look at her fur. Oh yes, ini kucing betina :). Tapi kan....mahalnye lah harga kucing ni. Separuh kos sara hidup aku sebulan. Huhh...berpeluh bila pikir2 balik. Aduiii. Ustaz, bagi free je tak boleh ke? At least aku tolong jaga dia ;).




Related Posts with Thumbnails