Fighting crime, trying to save the world.
Here they come just in time,
The powerpuff girls.....
POWERPUFF!
*Intro tak boleh blah*
Bagi aku, impromptu speech melambangkan pemikiran seorang speaker. Bukan speaker komputer atau speaker besar warna hitam kat dewan tu. Speaker yang dimaksudkan = public speaker.
Apabila diberi satu tajuk/soalan, kemudian diberi masa hanya 4 minit untuk rangka isi ucapan, kemudian perlu beri ucapan selama 6 minit tentang tajuk/soalan tersebut.....time ni lah paling syok sebagai penonton dan juri! Sebab dapat nilai pemikiran setiap speaker. Haha. Ada yang betul-betul matang, ada yang berpandangan jauh, ada yang banyak idea kreatif, tak kurang juga yang pemikiran masih keanak-anakan. Yang last tu aku la -___-".
Entah la. Masa dapat tajuk superpower tu, aku terfikir pasal Powerpuff Girls yang comel tu je. Takdelah pulak terfikir Megamind ke, X-Men ke, Fantastic Four ke, Clark Kent yang kacak ke. Heh. Nampak sangat suka tengok cerita kartun. Tak matang betul Sarah ni. Ish3...
Eh...hello! Cerita kartun sangat innocent okey?? Innocent dan agak bersih dari pencemaran. >__<
Tapi masa tengah prepare isi speech tu, aku fikir-fikir balik, dalam banyak-banyak superpower yang ada dalam macam-macam cerita tu, tak ada satu pun yang aku rasa menarik. Aku sebut Powerpuff Girls pun sekadar nak bagi penonton senyum, sebab Powerpuff Girls memang comel, kan? Maka, aku pilih la superpower yang tak pernah keluar dalam movie mana-mana pun. Haaaa.....jeng3! *lu pikirlah sendiri*
Masa tengah tunggu turn untuk masuk dalam preparation room, seorang junior yang juga peserta Public Speaking bertanya sesuatu kepadaku. Beliau juniorku di sekolah dahulu. Kawan Aiman, adikku.
Bo: Akak, macam mana ha nak bagi tak nervous? Impromptu ni....ish.
Aku senyum, bajet tenang. Dalam hati Allah je tahu. Nak terkeluar dah jantung ni tunggu turn untuk dapat tajuk. Haha. Lalu, dengan lafaz bismillah....
Aku: Selawat banyak-banyak. Minta Allah tolong kita. Lagi satu, betulkan balik niat kita bagi speech ni. Biarlah kita buat ni sebab kita nak bagitahu orang ape pendapat kita. Pandangan kita tentang sesuatu. Dan kita buat tu bukan sebab nak menang ke ape. Tapi kerana Allah. Bila bagi impromptu, kena jujur. Cakap ape yang kita fikir. Tak perlu pura-pura. Yakin dengan pendapat kita. Kawan akak pernah ingatkan akak 'Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya terhadapNya,'. So, yakin lah Allah akan tolong, permudahkan semuanya. InsyaAllah....
Bo mengangguk tanda faham. Aku terus berdoa agar setiap peserta diberi ketenangan, agar dapat sampaikan pendapat masing-masing dengan baik.
Benar, bila kita yakin dengan Allah, semuanya berjalan lancar. Kita tak perlu risau apa-apa. Kita hanya perlu buat yang terbaik. Masa dapat tajuk impromptu, mula-mula aku dah macam 'Ape ke tajuknye ni.....???'. Ni ha tajuk dia: Pick A Superpower In Which You Can Use To Help Your Country. Dalam hati kata....biar betik! Cepat-cepat aku istighfar. Kenapa begitu mudah nak memperlekehkan sesuatu? Mempertikaikan sesuatu? Sarah, takkah kau sedar, dengan tajuk itu, kau boleh sampaikan dakwah kepada manusia? *istighfar*
Seketika aku berfikir. Apa yang manusia sangat perlukan sekarang ni? Apa nilai yang semakin hilang dalam diri kita? Sejenak aku melihat ke dalam diri yang hina ini. Allah....aku jarang sekali melihat sesuatu dengan mata hati. Hati ini telah kehilangan separuh fungsinya! Allah....Allah.... Hinanya manusia kerana mensia-siakan nikmat besar kurniaanMu. Butanya hati manusia. BUTA! Disebabkan kita buta lah dunia jadi macam ni. Manusia bangga ada mata, tapi tak pernah melihat dengan hati. Oleh kerana itu manusia melakukan kemungkaran, manusia sombong kepada Tuhan. Astaghfirullah....
Setelah bermuhasabah, aku pun mencoret sedikit nota di atas sekeping kertas kecil. Sebagai persediaan untuk bagi speech nanti. Tulis punya tulis....tiba-tiba rasa macam.....arghhh aku perlu ke tandas! Ini semua penangan Public Speaking. Haha. Entah kali ke berapa puluh aku masuk tandas agaknya. Aku melihat kertas kecil itu. Sikit je baru tulis. Sempat ke nak pergi tandas? Aku tarik nafas dalam-dalam. Semuanya dah ada dalam kepala. Apa nak risau. Aku hanya perlu sampaikan apa yang aku fikir. Yakin, Allah bantu sebab aku bukannya nak mengajak manusia buat maksiat.
Maka aku bangkit dari kerusi lalu berkata kepada AJK dengan nada tergesa-gesa "Awak, ade berape minit lagi ek? Saya nak pegi tandas la. Boleh ke? Awak kire je la dalam 4 minit tu. Boleh tak? Boleh tak?"
Adik itu melihat handphone nya. "Ada dua minit lagi kak....." belum sempat dia menghabiskan kata-kata....
"Hah. Sempat! Pegi tandas dulu!" sepantas kilat aku menuju destinasi. Arghhh peduli apa. Yang penting masa bagi speech nanti aku rasa tenang, rasa selesa.
Keluar dari tandas, aku menuju ke arah AJK tadi. "Dah tamat 4 minit ek? Dah boleh pegi ke? Saya ambik kertas saya dulu ye," cakap macam peluru. Osah eh.
AJK tersebut buat muka bingung. "Err...akak, akak baru tulis 2 minit tadi. Akak tanak tulis lagi ke? Lagipun diorang tak panggil lagi peserta seterusnya,".
"Oh....ek? Takpelah. Dah cukup 4 minit kan? Dah siap tulis tadi, " aku senyum cemas. Sebab memang la agak cemas. Dalam hati kata 'alaaaa jangan la tambah masa! Lagi gelabah dibuatnya nanti. Penantian suatu penyeksaan kot!'. Lagi tunggu, lagi banyak kali akan ke tandas. Tak boleh. Tak boleh.
Apabila masa yang ditetapkan tiba, berjalanlah aku ke atas karpet pink (pentas speaker) untuk memberikan impromptu speech. Buat kali terakhir, aku mengingatkan diri sendiri: jujurlah. Allah bantu. Maka aku pun memulakan.
Siapa kata tak nervous? Cuba tanya semua speaker yang kena impromptu speech, sape tak nervous? (eh....tapi tak tahulah kalau memang ade speaker yang superb gila sampai tak rasa nervous langsung). Bila rasa nervous, psycho lah diri sendiri. Aku akan guna ayat yang selalu aku sebut: mereka pun manusia, sama macam kita. nak risau apa? buatlah macam kita tengah bercakap dengan hamba Allah, sama-sama kerdil. So, go on je. Pedulikan nervous tu.
Sungguh, aku berterima kasih kepada kawan-kawan yang beri sokongan dan dorongan dan paksaan. Haha. Terima kasih kepada....
Diana: sebab pujuk a.k.a paksa aku masuk PS ni. Kalau tak, memang aku tak nak ambil kisah.
Farahnur: sebab bersetuju dengan Diana lalu menyatakan seribu satu alasan mengapa aku perlu join.
Maryam, Inn, Izzaty & Bo: sebab turut serta mewakili ASU. Kalau aku sorang, memang aku lari nyorok dalam gua.
Sakinah & housemates: sebab susah-susah tolong buat banner, siap datang lagi ke venue untuk bagi sokongan. dan sebab menahan telinga mendengar aku membebel kuat-kuat dalam bilik setiap hari.
Sakeenah, Nuha, Dinie, Yat, Diba, Sue, Kak P: sebab susah-susah datang dari jauh. ada yang datang direct terus dari tuisyen. dan sebab tolong rakam video, so boleh tunjuk kat family (T___T terharu)
Ibu, ayah, Aiman: kerana mendoakan yang terbaik & bagi semangat.
Beberapa orang teman: sebab memberikan nasihat dan semangat yang sangat-sangat membantu.
~kontinjen ASU~
~speakers and judges~
~the speakers and their titles~
~this was how my brain looked like too -__-"~
0 play the melodies:
Post a Comment