Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Kesan ZIKIR Terhadap Otak Manusia

Wednesday 29 April 2009





Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

P/S : Marilah bersama-sama kita berzikir dan beramal

Exam...apakah sebenarnya??

Tuesday 28 April 2009

" When would you like to have your thorax assessment?" tanya Dr. Kariman sambil tersenyum manis.
Budak2 Melayu nampak blur je bila dengar perkataan assessment, termasuklah aku.
Assessment lagi? Rasenye macam baru semalam struggle utk assessment. Tiba2 ade plak lagi.
Ya Allah....lemah jantung rasenye.
Dgn tiba2 seorg budak Nigeria yg duduk di sebelahku berkata "TOMORROW!"
Yat yg duduk di sebelah kananku dgn pantas react "Weh...gile ke???"
Dalam hatiku pun berkata2 yg sama.
Esok?? Biar betik! Thorax tu! Satu buku kena rebus.
Kot tajuk mediastinum je xpela jugak.
Dibah ngan Sue pandang slack kat budak2 Nigeria tu sambil menjeling.
Haha...kelakar aku tengok.
"Kalau diorg nak esok, kite nak hari ni!" kata Yat dgn semangatnye.
"Kite lawan dia!" Yat menyambung.
Terbarai kitorang gelak. Tapi dalam hati masing2 berdebar2, menunggu kata putus dari Dr. Kariman.
"Next week?" Dr. bertanya.
"No....!" terdengar keluhan satu dewan, baik lelaki mahupun perempuan.
Minggu depan ade assessment Physio. CVS ngan respiration tu!
Satu buku gak...lagi tebal...padat dgn konsep2 n formula2 yg perlu difahami 'by heart'.
Huh...nampaknye, kitorang akan jadi thoracic surgeon, xpun cardiologist la kejap.
Blaja n revise pasal heart, lung sampai muntah.
Pernah sorg kawan aku kate "Aku bile Dr. yg ajar respiration masuk je, aku rase cam sesak nafas"
"Bile Dr. yg ajar CVS masuk je, aku rase sakit jantung" katenye dgn ekspresi muka yg xbleh bla.
Hahaha...aku angguk je la tanda setuju.
Tak dapat nak dinafikan lagi.
Tapi tu baru 2 subjek. Ade lagi 2 yg perlu di masyikan jugak. Biochem....rase seram sejuk je bile sebut name tu.
Alhamdulillah, nasib baik practical exam dah lepas. Cuma terasa kecuakannye nak final written ngan oral ni.
FINAL....bukan exam biasa.
Kalau exam biasa ni pun, aku tengok akak2 tahun 2 dah masak sambil pegang buku, final camne la agaknye. Mandi ngan buku kot, huhu.
Bila makin banyak benda dah blaja...barulah bleh tengok sape kawan2 kuliah aku yg still bleh ingat pelajaran sem 1 dulu.
Tadi Dr. ade tanye pasal arteries kat upper limb. Tergagap2 masing2 nak jawab.
Aku lagi la plak...terdiam terus :( . Speechless la konon...wawawa.

Anyway, seingat aku....dah berpuluh2 kali kita melalui musim2 final exam ni.
Tapi setiap kali datang exam, perkara yg sama akan berlaku.
Xpernahnye nak kurang, makin bertambah ade la, hihi.
Itulah resam hidup ( cewaah...cam bagus je cakap).
Xleh nak lari dari sume tu.
Dulu mase form 3 aku slalu persoalkan. Kenapa la susah2 nk buat exam??
Dah blaja dah laa...sendiri tau la mane faham, mane xfaham.
Tapi as I grow older, aku faham...tanpa exam, kite xkemana pun.

Cuma....kita xboleh jadikan exam ni satu benda paling besar dlm hidup ni.
Jgn sampai bengkak2 mata xtido, sekilo nescafe kite balun, last2 pengsan sebab tertekan.
Senior aku penah kate "Kalau kite tension sbb nak exam, ingatlah....kite ade exam yg lg besar yg kite akan hadapi, di mahsyar nanti. Kalau kita ingat pasal exam yg tu, insyaAllah, kite xkan rase tertekan & lebih bersedia utk menghadapinya. Exam yg ade skarang ni kecik sangat kalau nak dibandingkan dgn kat sana nanti".

Haa...amacam? Best x kata2 tu? Aku rase lega gak bile dengar. Xde exam yg lagi besar melainkan yg 'itu'. So...get ready for that!

Papepun, kite same2 la doakan agar kite dpt yg terbaik dlm setiap exam. Amiiin.....

S-E-N-Y-U-M ;)

Saturday 25 April 2009




Aku suka bila org suruh senyum.
Kenapa?
Sebab senyum dpt mengubati kesedihan,
Menenangkan fikiran,
Mendatangkan kegembiraan.





Senyum xmenyebabkan pembaziran,
Xmenyebabkan kerugian,
Dan rasenye....xberdosa kalau senyum.

So, ape tunggu lagi....?



SENYUMLAH SELALU!!

Untukmu IBU~

When I am down

And oh, my soul so weary

When troubles come

And my heart burden be

Then I am still

And wait here in the silence

Until you come

And sit awhile with me


You raise me up

So I can stand on mountains

You raise me up

To walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up

To more than I can be


Nikmat itu....

Thursday 16 April 2009





Haa...cantik x gamba kat atas tu? Ni la pemandangan pada malam hari di sebuah bandar besar di Jepun (kalau xsilap la, huhu).
Banyak sky-scrappers, lampu terang-benderang, semua peralatan, kenderaan & mesin berfungsi dgn baik.
Subhanallah...besar sungguh nikmat yg Allah bagi kat kita semua.
Blog ni bukannye pasal gamba tu pun...hehe. Saje je letak.

Nak cerita pasal nikmat sebenarnye.
Tak yah pikir jauh2 pun xpe. Tengok je pada diri kite.
Xterkira nikmat yg Allah anugerahkan.
Pancaindera lengkap, anggota badan semua berfungsi dgn baik, malah dikurniakan akal, iman & islam lagi.
Jom...sama2 kita ucap 'Alhamdulillah' tanda syukur.
Sebab dengan nikmat2 ni la kita dapat meneruskan kehidupan dgn sempurna.

Bayangkan kalau Allah tarik balik nikmat penglihatan kita waktu ni jugak.
Haaa...agak2, ape kita rase?
Banyak benda kita xboleh buat.
Macam2 aktiviti tergendala.
Nak bace blog ni pun xboleh, hehe.

Itu baru nikmat penglihatan.
Nampak macam simple je kan.
Mata je pun...2 je pulak tu.
Kecik je, xbesar.
Ish3...kecik2 pun, besar peranannya pada kita.

Jadi, sama2 lah kita gunakan nikmat kurniaan Allah dgn baik.
Kita kena ingat, semua yg ada pada kita sekarang pinjaman je.
Bila2 masa TUANnye boleh ambik balik.
Jadi, jagalah barang pinjaman dgn baik & amanah ye.

Once dah kena ambil, jgn lah meraung kerana menyesal.
Semoga kita jadi hamba Allah yg sentiasa bersyukur dgn nikmatNya.


Related Posts with Thumbnails