Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Orang kampung pergi KL. Gelabah.

Thursday 24 February 2011

Sejak pulang ke Malaysia sebagai pelarian ni, hati rasa tak best je kalau tak keluar pergi jalan-jalan. Ayat macam nak kena lempang. Yelah, kami manalah tahu kan. Bila-bila masa saja boleh disuruh pulang ke sana semula. Kang mula lah menyesal tak sempat pergi sanalah, tak sempat beli itu inilah. Jadi, selaku manusia yang tidak terkecuali dengan perangai di atas, aku pun konon-konon buat idea nak pergi KL dengan kawan-kawan. Eh...bukan konon-konon. Memang betul-betul nak pergi KL, sebab ada kawan nak pergi Kinokuniya, jadi aku pun bagitahu ibu dan ayah, "Angah nak teman kawan pergi Kinokuniya. Kesian dia tak pernah pergi,". Padahal aku yang terlompat-lompat kegirangan apabila diberi keizinan -___-".

Maka, lagak seperti orang kampung baru pertama kali nak ke bandar, kami tiba di stesen KTM Seremban sebelum jam 9 pagi. Janji asalnya pukul 9 pagi kami naik komuter pergi KL Sentral kemudian ambil LRT pergi KLCC. Tapi biasalah, apa yang dirancang tak semestinya yang terbaik. Perancangan Allah lebih baik. Pukul 9 kami masih di stesen Seremban. Tapi tak apa. Fitrah orang perempuan tak reti duduk diam. Kami pergi berlima. Semua pelajar Mesir kecuali seorang. Eloklah tu. Memang tak diamlah kami. Sibuk bercerita hal Mesir. Ya Allah....mulut masing-masing! Sampaikan tengah rancak berbual, tiba turn aku untuk bercakap, tiba-tiba ada seorang pak cik tua menegur aku. Arghh...kacau daun betul. Baru sampai turn aku nak bercakap ni T__T.

Pak cik: Dulu kito ponah poie umrah sesamo ko? Ghaso macam kona yo muko.
Aku: Err... (kenapa macam tak familiar je muka pak cik ni?). Penah eh? Ermmm...pak cik pergi dengan Ustaz Halim ke dulu?
Pak cik: Tak. (lalu beliau menunjukkan beg umrah beliau yang ada nama syarikat apa entah)
Aku: Ohh...tak sama kot pak cik. Heh.  (dah-dah. bagi lah aku sambung borak ngan kawan-kawan pulak...)

Tapi masa tu dah sampai masa kami nak beli tiket, maka -__-". Aku pun mengeluarkan sehelai not RM 10. Tak ingat harga tiket di Malaysia ni. Kalau kat Mesir bukan main senang. Pergilah jauh mana pun, harga tiket sama je, LE 1. Murah gila kentang! Tapi sesak, biasalah. Mungkin sebab tu murah. Dalam hati aku sedikit ketawa bangga, kerana merasakan yang komuter jauh lebih selesa daripada Metro (nama sejenis keretapi laju macam komuter, di Mesir). Tapi langit tidak selalunya cerah. Sangkaanku meleset ke paras terendah. Sampai aku terfikir....dengan Metro yang laju, efisien dan memudahkan itu pun rakyat Mesir boleh merusuh, inikan pula komuter yang terhempap-hempap, asyik terhenti tengah jalan dan membuatkan orang menunggu sampai berjanggut, wajar rasanya rakyat Malaysia nak merusuh. Uishhh...jangan. Kena tahan ISA nanti. Akta hasutan. Eh...wujud ke? Entah.


Kami pun melangkah masuk ke koc wanita. Aku senyum kambing. Banyak warna pink lah. Best ni. Sepanjang perjalanan (yang terasa aaaaaamat jauh ), kami berbual-bual. Wallpaper dalam koc tu iklan Sunway Lagoon. Perghhh...tak menahan! Rasa nak pergi sana pulak. Tak jadilah pergi Kinokuniya. Eheh. Memang nak kena cubit dengan ibu.

Oh ya. Seperkara yang baru kami sedar. Di Mesir, dah terbiasa buat perangai berbual-bual dengan nada suara yang biasa (kami rasa tak lah kuat, sebab orang Mesir berbual lagi riuh kot), lalu kami pun berbual macam biasa (macam di Mesir) semasa dalam koc. Tapi baru tersedar yang orang lain juga dengar dan faham perbualan kami apabila ada budak Cina sengih-sengih dengar aku cakap pasal apa entah masa tu. Time tu baru rasa 'aisehhh....semua orang dengarlah!'. Kalau di Mesir, tak ada siapa pun nak peduli apa kami bualkan. Haha. Hambik ko. Semua orang pandang rupanya. Lalu membisu seribu bahasa kelima-lima kami. Isk...isk....rasa macam pakai blusher je masa tu.

Sampai di KL Sentral, kami kena beli tiket nak ke KLCC. Time tu mula lah semua orang panggil kawan kami yang belajar di Malaysia tu, namanya Ira (bukan nama sebenar) "Eh...orang Malaysia kan? Tolonglah beli tiket,". Membuli orang! Tapi nasib baik kawan kami tu okay je. Padahal kami semuanya tak reti nak beli tiket. Bajet orang luar negara lah. Ape daaa~

Tiba di KLCC, dalam hampir pukul 12, masing-masing pegang perut. Berkeroncong lagu rock nampaknya perut masing-masing. Tapi semuanya diam, buat-buat macho. Sampailah salah seorang menyuarakan kelaparannya. Masa tu baru lah semua nak kata "Ha ah....lapar lah!", "Lapar gila ni...", "Tadi tak sempat sarapan,". Haishhh....perangai masing-masing (aku pun termasuklah). Isu nak makan di kedai mana juga memakan masa yang lama. Akhirnya kami sepakat pergi ke food court saja, memandangkan ada banyak pilihan di situ. Sorang makan nasi, dua orang makan wantan mee, sorang makan sizzlin' hot plate, manakala seorang lagi makan ramen. Part pencuci mulut paling tak boleh blah! Kak Ina (bukan nama sebenar) membelanja kami makan cendol, banana split dan lagi satu tu tak tahu nak kata apa namanya. Nampak macam ABC, tapi perisa soursop. Serius sedap! Itu lah pertama kali aku berjaya menghabiskan wantan mee menggunakan chopstick! Hahaha (gelak bangga). Padahal mula-mula dah cuak, takut tak dapat makan langsung. Kami makan menghadap ke arah fountain, lalu salah seorang berkata "Ada jugak orang yang kata best kalau jalan-jalan kat sini dengan boyfriend," lalu menggeleng-gelengkan kepala. Seorang lagi menyambung "Ntahnye. Kite rase kalau jalan dengan kawan lagi best kot. Boleh buat perangai gila. Tak payan segan-segan,". Aku setuju! Senyum sambil memaksa diri menghabiskan pencuci mulut. Arghhh...kena buli!



Selesai menunaikan hajat perut, kami menuju ke Kinokuniya. Walaupun baru minggu lepas pergi dengan andak, serius aku rasa excited pergi lagi ke sana. Kalaulah ada kedai seperti ini di Seremban....argh! Hentikan angan-angan itu.


Di awal sesi, aku mengekori Kak Yah (juga bukan nama sebenar). Nak juga tahu buku jenis apa yang beliau baca. Kak Yah terjumpa buku bertajuk 'Interlock' yang khabarnya kontroversi sangat tu. Lalu beliau mengambil satu. Nak tahu apa punca kontroversi itu, katanya. Aku angguk saja. Masih berasa kesal kerana buku kegemaranku tidak dijual dalam bentuk set, dan harganya jauh lebih murah semasa pesta buku di Cairo. Puas aku mengumpul duit bagi tujuan bershopping di ma'rad (pesta buku) tahun ni. Tapi...tapi....dah, diam!.

Beberapa ketika kemudian, Kak Ina datang dengan muka murung. "Ni apehal ni?" tanya Kak Yah. Kak Ina menunjukkan empat buah novel Melayu kepada kami. Katanya, tolong buat pilihan, nak beli yang mana. Kena pilih TIGA sahaja. Tekakku terasa gatal. Adeh. Disuruh pilih novel Melayu? Novel sastera zaman sekolah dulu pun tak pernah habis baca. Aku ingin berlaku jujur, tapi kasihan pula melihat Kak Ina. Layanlah kejap. Lepas tu buat-buat pergi tengok novel thriller. Kejam! Akhirnya Kak Ina berjaya membuat pilihan TIGA buah novel sahaja.

Di tangan Kak Yah ada lebih kurang LIMA buah buku. Di tanganku ada DUA. Di kaunter pembayaran, ku lihat Nur (bukan nama sebenar) datang dengan beg plastik. "Beli buku apa?" aku bertanya. Nur mengeluarkan buku 'Versus' karya Hlovate. Aku mengeluh. Begitu juga Kak Ina. "Alaaa...kite ade buku ni kat rumah! Boleh je kalau nak pinjam," kata Kak Ina. Aku juga mengangguk, tanda setuju. Buku tu ada di rumahku. Haha. Biasalah. Kesilapan teknikal. Nur bercerita beliau terjumpa buku Karipa-karipap Cinta. Perghhh...memang pecah perut baca buku tu! Sementara menunggu komuter ke KL Sentral dari Midvalley, aku menceritakan beberapa scene penting dalam Karipap-karipap Cinta. Lagi sekali, kami berbual seolah-olah orang lain tak faham apa yang kami bualkan. Sampaikan ada seorang Cina turut ketawa mendengar aku bercerita. Bapak segan!

"Gelabah gila Ali tu!" aku bercerita dengan semangat. Nur ketawa tak habis-habis. Mana taknya. Tren kami lewat hampir setengah jam! Dah la aku berjanji nak jumpa kawan di KL Sentral pada pukul 4, tapi kami masih di stesen Midvalley pada jam 4. Sungguh la membuat aku cuak, gelabah dan tak tentu arah. Nur merungut-rungut perihal ketidakefisienan komuter. Aku setuju. Sampai saja tren, kami pun naik. Dalam perjalanan, tiba-tiba datang perangai gelabah dalam diriku. Aku melihat peta perjalanan tren tersebut. KL Sentral adalah ke arah kanan. Sedangkan tren kami bergerak ke arah kiri. Adakah kami menaiki tren yang salah?? Kata aku di dalam hati. Aku memandang ke arah Nur dengan wajah yang cemas. "Eh...kita salah tren ke? Kenapa tren ni pergi arah kiri? Bukan patutnya kanan ke?". Nur mengangguk sejurus selepas melihat ke arah peta perjalanan. Setelah gelabah selama beberapa minit, aku bertanya kepada seorang penumpang. "Maaf kak. Tumpang tanya, tren ni pergi mana?". "KL Sentral," jawab akak tu sambil tersenyum. Nur memandangku dan tersenyum sinis lalu berkata "Gelabah gila Sarah ni! Mengalahkan Ali!". Haha. Padan muka. Tapi tren ni salah jugak. Kalau di Mesir, pergerakan tren ikut peta perjalanan, bukannya sesuka hati. Ceh...tak nak mengaku diri dah gelabah. Kuang3.....


Selepas mengambil barang di KL Sentral, aku dan Nur pergi semula ke Midvalley untuk bertemu dengan Kak Yah, Kak Ina dan Ira. Sungguh la macam pening kerjanya kan? Ulang-alik KL Sentral-Midvalley. Haha. Tak apa, exercise. Kunun je. Semasa menunggu yang lain makan, aku dan Nur berjalan-jalan mencari hadiah untuk ibuku. Birthday ibu tak lama lagi. Alang-alang dah keluar ni, cari sajalah hadiah. "Ibu Sarah suka teddy bear tak?" kata Nur membuat lawak kebangsaan. Payah juga nak cari hadiah untuk ibu ni. Apatah lagi tengah pokai, tak ada duit. Ada ke patut jual kotak perhiasan dengan harga RM 39.90?? Padahal benda yang sama dijual di Mesir dengan harga yang lebih murah! Argh...tak puas hati.

Walaupun pagi tu aku berdoa tak nak berjumpa dengan mana-mana pelajar Mesir yang lain, kami tetap terjumpa beberapa orang. Ana (bukan nama sebenar) yang kebetulan berjalan-jalan dengan ayah dan adiknya, kami temui di stesen KL Sentral. Manakala Kak Yah terjumpa kawan-kawan Cairo U di Midvalley.  Nasib baik jumpa perempuan. Hihi. Kan dah kata, budak Mesir memenuhi segenap ruang Malaysia!

Kami bertolak pulang ke Seremban pada jam 5.30 petang. Masa balik masing-masing dah tak larat nak bercerita. Maka koc wanita jadi senyap sunyi. Haha. Kalau tak, riuh dengan suara budak-budak Mesir    -____-".


p/s: dengar cerita nak kena balik Mesir dalam waktu terdekat ni

Dia pun nak ada blog jugak....

Sunday 20 February 2011

Winter di Malaysia agak HOT.
Baru semalam pergi Centre Point, ternampak lambang Hot Market. Dah lama tak pergi sana. Dulu zaman sekolah, masa tak ada pendapatan sendiri (sekarang dah ada ke??), selalu masuk kedai tu untuk beli hadiah birthday kawan-kawan. Ye la, kawan pun bagi hadiah dari situ. Kita bagi la sesuatu yang berasal dari tempat yang sama kan? Almaklumlah, remaja yang membesar di kawasan suburban memang agak terkebelakang sedikit. Sadis.

Syukur kepada Tuhan yang telah mengilhamkan kepada manusia idea untuk mencipta aircond untuk diletakkan di dalam kereta (dan di rumah, jika ada). Panas nya Malaysia lah haiiii....sampaikan....

-Suatu hari aku pergi ke sebuah hospital untuk bertemu seorang doktor. Seperti biasa, ramai gila umat Muhammad di situ. Setahu aku, tiada konsert Maher Zain di hospital tersebut. Dalam pada menunggu kucing bertanduk, aku memerhati keadaan sekeliling. Terlihat seorang kakak (kalau panggil mak cik nampak melampau sangat) sedang berjalan menuju ke suatu destinasi. Langkahnya pantas. Comel akak ni, kata aku di dalam hati. Tudung warna merah epal, seluar hitam macam kopi. Baju? Baju corak bunga-bunga tak ada lengan. Ulang suara: tak ada lengan! Apakah? Adakah aku sedang berhalusinasi? Halusinasi part baju tak ada lengan tu ke atau part tudung? Berkali-kali aku cuba pejamkan mata dan bila buka semula, masih keadaan yang sama. Ya, aku bukan bermimpi.

-Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain. Terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang berjalan menuju ke suatu arah. Tangannya dipimpin oleh seorang wanita (barangkali ibunya). Mataku lebih tertumpu ke arah wanita yang memimpin kanak-kanak tersebut. Seperti pengkritik fesyen, aku meneliti busana mak cik tersebut. Skirt jeans labuh berwarna biru pucat. Ya, cukup labuh. Macam yang banyak dijual di 'Attabah dan Hussein. Kemudian dipadankan dengan tali pinggang lebar sejengkal berwarna putih. Dipadankan pula dengan blaus belang-belang hitam putih. Sampai part blaus aku sudah rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku lihat pula bahagian head & neck (topik yang kami belajar di tahun 2 dalam subjek Anatomy). Hah! Kenapa mak cik tu pakai snow cap?? Kali ni memang lama sungguh aku merenung. Ya, memang snow cap sebab dibelakangnya ada semacam....ape ek orang panggil? Erm...macam ekor arnab tu. Yang bulu-bulu tu.

-Malaysia memang HOT. Sebab tu masyarakat susah nak mengenakan pakaian yang menutup aurat secara keseluruhan. Tapi masyarakat tak tahu agaknya. Neraka lagi HOT dari Malaysia. Tak tahu atau malas nak ambil tahu? Malas nak ambil tahu atau buat-buat tak tahu? Semalam aku gagahkan diri buka surat khabar sekular. Sah! Kau nak salahkan siapa kalau media menjaja akhlak dan pemakaian yang sedemikian rupa? Kau nak salahkan sekolah yang tidak cukup memberi didikan? Kau nak salahkan ibu bapa yang hantar anak-anak pergi sekolah? Atau kau nak salahkan media cetak yang menyebarkan doktrin negatif secara halus? Mengapa tak kau salahkan stesen TV yang berlumba-luma menjatuhkan akhlak masyarakat? Kenapa tak pernah kau persalahkan makhluk-makhluk yang mengepalai serta menggalakkan semua ini? Yang kau tahu hanya memandang dengan sepasang mata penuh kebencian. Kau ingat dunia akan berubah kalau kau buat begitu? Mimpilah~

Dah. Habis intro (peh! baru intro ke kak??). Tajuk post kali ini merujuk kepada blog seorang hamba Allah, namanya Aiman Naeim Mustaza. Ya, adik saya sudah buat blog. Haha. Layari blog beliau di http://theonewhowearsnumberzero.blogspot.com/ .


Ziyaad2....

Friday 18 February 2011

Rabu lepas ayah dan ibu hantar aku ke rumah andak. Andak ialah adik perempuan belah ibu yang paling bongsu. Dah lama tak pergi rumah beliau. Memang lah, baru je balik dari Tahrir Kaherah. Memandangkan kami (aku dan pelarian2 yang lain) tidak tahu bilakah kami akan dihantar pulang secara free ke sana semula disuruh pulang ke negara asal ke Mesir semula, eloklah aku menghabiskan tour ziarah rumah-rumah sanak saudara awal-awal. Yelah, bila-bila masa wisel boleh ditiup menandakan cuti-cuti ops piramid sudah tamat, sepertimana dulu, bila-bila masa saja wisel ditiup menyuruh kami pulang ke Malaysia secara free.

Anak andak yang seorang itu, namanya Megat Muhammad Ziyaad, nak masuk 4 tahun. Rambut style Noh Hujan. Bukan dia merengek minta mummy dia dandan rambut dia macam tu. Tapi memang rambut dia semula jadi begitu. Tak perlu sikat, hanya pakai jari pun boleh. Amat sesuai masuk iklan shampoo. Aku pun tak faham mengapa pengiklan-pengiklan lebih suka menyuruh wanita yang sepatutnya bertudung berlakon dalam iklan shampoo. Baik ambik Ziyaad berlakon je. Dah tentulah tak perlu guna Adobe Photoshop untuk rambut dia, sebab memang lurus dan terurus. Cuma mungkin kalau dinilai dari segi pemarkahan, Ziyaad kehilangan markah dari segi 'kurang seksi'. Sebab beliau benar-benar kurus. Hihi. Ahh...apa pun, aku tetap kurang setuju menggunakan wanita dewasa dalam iklan shampoo.


See? Ada gaya model shampoo kan? heee ^_^

Aku tidur di rumah andak. Saje, nak mengenali Ziyaad dengan lebih dekat (apakah?). Padahal sepupu. Malam tu sebelum masuk tidur, aku menonton Playhouse Disney Channel bersama Ziyaad. Tak sangka, seronok juga menonton channel kanak-kanak ribena. Seperkara yang aku sangat kagum dengan beliau ialah, beliau sangat suka menyanyi, dan hafal macam-macam lagu! Dia nyanyi sedap pulak tuh. Walaupun kadang-kadang terjejas akibat sebutan perkataan yang masih pelat. Setiap iklan di televisyen pun dia hafal skripnya. Perghhh...macam span otak dia ni! Bijak, bijak. 

Sudah bosan menonton, dia pergi bilik mainan lalu mengeluarkan sebuah kotak panjang. Dalam kotak tu ada bola yang dia nak main. Tapi dia tak reti nak ambil bola tu. Tanpa segan silu dia datang kepadaku seraya berkata "Ibu kak ngah, Iyaad nak main bola dalam ni. Tapi Iyaad tak boleh ambik,". Innocent je muka dia masa tu. Aku terguling-guling ketawa. Dia panggil aku ibu kak ngah??? Aduiyaiii..... 'Ibu kak ngah' merupakan nama panggilan sepupu-sepupuku untuk ibuku. Ada yang panggil 'mak ngah', ada yang panggil 'ibu kak ngah'. Dan of course, ayahku diorang panggil 'pak ngah' atau 'ayah kak ngah'. Haha. Kesian Aiman. Namanya tidak disebut (macam lah dia kisah). 

Aku cuba bernafas setelah ketawa macam nak pengsan. "Yad, ni sape ni Yad?" aku bertanya.

Ziyaad yang sedang sibuk berusaha mengeluarkan bola-bola kecil dari kotak tersebut memandang ke arahku sebentar lalu berkata "Ibu kak ngah.........". Lagi sekali aku ketawa guling-guling. Ish. Tak boleh jadi ni!

"Yad, ni kak ngah la Yad. Bukan ibu kak ngah," aku berusaha membetulkan persepsi beliau. 

Kali ni Ziyaad tak pandang aku. Masih tekun dengan kotaknya. "Tak nak.....ibu kak ngah jugak," dia berkata. 

Haishhh...boleh pulak tak nak. "Tak nak lah ambikkan bola dia. Ni bukan ibu kak ngah," aku berkata dengan nada merajuk.

Ziyaad yang dah termengah-mengah memandangku dengan reaksi muka bengang. "Alaaa....ibu kak ngah!! Tolong la Yad ambik bola ni!". HAHAHA. Masih lagi ibu kak ngah! Haihhh...nasib lah.




Malam tadi, ketika sedang menikmati makan malam, Ziyaad membuat pengumuman bahawa beliau mahu buang air besar. Maka, Uncle Bob (suami andak) yang dah selesai makan, segera mendapatkan Ziyaad, menyuruhnya bangun. Masa nak bangun tu, Ziyaad sempat cakap "Mummy, baby Yad ni gerak-gerak lah..." dengan muka innocent gila. Aku yang tengah nak menyuap makanan tu, terguling-guling gelak. Kelakar gila budak niiii! Andak pregnant 6 bulan. Maka selalu saja andak kata kat dia "Yad, baby dalam perut mummy ni gerak-gerak lah,". So Ziyaad pun anggap dalam perut dia ada baby, dan bergerak jugak. Hahaha. Baby cacing barangkali.

Suatu ketika, kami sama-sama melukis atas drawing block. Mula-mula aku lukis cawan, lepas tu suruh dia teka. "Yad, cuba teka ni ape?" aku bertanya. "Cawan!" excited dia menjawab. Ok. Aku lukis gambar lain pula. Kali ni aku lukis buah oren. Siap warna oren sekali. "Yad, ni ape?" aku bertanya dengan excited, bajet gambar yang aku lukis tu lawa lah. Ziyaad pandang gambar tu sekali lalu dan menjawab "Fishball!!". Lagi sekali aku gelak macam nak pengsan. Fishball???? Macam mana dia boleh terpikir tu fishball? Haha. Adehh...nampak sangat suka makan. Tapi tak gemuk-gemuk.

Ziyaad...Ziyaad...jangan nakal-nakal. Nanti kesian mummy dengan baba.

Dia yang bernama Betty

Thursday 10 February 2011




"Tak payah la Sarah. Nanti kalau terpaksa berpisah dengan dia, mesti enti sedih," kata Sakinah tatkala aku bertanyakan pendapat beliau sama ada wajar atau tidak aku ingin membela kucing, awal tahun lepas. Memandangkan aku anak kedua, memiliki kedegilan yang tersendiri, aku buat keputusan untuk membeli seekor kucing untuk dijadikan teman di rumah. Maka, tanggal April 2010, jadilah aku seorang mama kepada seekor makhluk comel bernama Betty.


Di awal perkenalan, cukup sukar nak memahami Betty. Dia tak mahu di pegang, tak mahu didekati, apatah lagi dibelai. Berbulan-bulan aku berusaha memahami perangai dan isi hatinya (ocehhh...ayat tak boleh blah). Orang kata, kalau nak kenal seseorang, tengok pada haiwan peliharaannya. Ish...tak boleh jadi nih. Aku mesti mentarbiyah Betty!

Maka aku memulakan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran kepadanya. Mula-mula tu, setiap kali aku baca ayat Kursi kat dia, mesti Betty lari. Ku fikirkan Betty ni kena rasuk jin agaknya (haha...sengal). Tapi lama-lama Betty ok. Setiap kali aku baca Quran, dia datang duduk atas riba. Comel kan?



Kemudian aku cuba lagi. Aku letak dia di sisi setiap kali aku ingin solat. Mula-mula memang dia lari pergi tempat lain. Tapi dah lama tu, nampak improvement pada diri Betty. Kalau aku masih lena semasa azan berkumandang, Betty datang terkedek-kedek kejutkan aku daripada tidur. Mula-mula dia mengiau, lepas tu dia tunggu aku bangun. Tapi kalau aku tak bangun juga, dia letak tangan dia atas bahu aku, seolah-olah menggerakkan aku suruh bangun. Tapi kalau tak jugak bangun, dia berdiri atas badan aku lalu bertawaf dengan hentakan kaki yang kuat. Haha. Sakit weh! Betty dah la 5 kilo! Bila aku bangun, aku akan cakap "Terima kasih Betty," dan dia akan mengiau, menjawab. Selagi aku tak bangun, selagi tu lah dia takkan berganjak dari tempat aku tidur. Comel betul Betty. Pernah juga aku lihat Betty tidur semasa azan berkumandang. Lalu aku mengejutkan dia dari tidur. Dia mengangkat muka lalu mengiau berkali-kali. Lepas tu sambung tidur semula. Amboi...pandai dia membebel!



Menjelang bulan September, hubungan aku dengan Betty bertambah akrab. Betty pun makin kuat makan. Lepas tu dia sukaaaa sangat duduk atas penimbang berat. Hahaha. Kadang-kadang aku datang kat dia, tengok skala penimbang lepas tu aku kata "5 kilo jugak. Sama je Betty. Dah2 turun,". Dia pun turun dari penimbang tu, pergi lepak kat tempat lain. Hari-hari dia timbang berat. Obses betul dengan berat badan. Haha. Ada masa berat dia turun, jadi 4kg. Lepas aku kata berat dia dah turun, dia bantai makan banyak lagi. Lepas tu muntah-muntah. Haihhh...macam-macam hal. Oh ye. Betty tak suka kalau orang cakap dia gemuk. Kalau ada tetamu datang, lepas tu komplen dia gemuk la, kuat makan la, last-last aku jugak yang dicakarnya.



Ada sekali tu, 'ammu Khomis datang rumah kami, nak betulkan lampu. Seperti biasa, kalau ada orang tekan loceng pintu, mesti Betty dulu yang terkedek-kedek lari pergi ke pintu masuk. Macam lah dia boleh buka pintu. Huhu. Tapi masa 'ammu Khomis datang, aku buka je pintu, Betty terus lari lintang-pukang. Mata dia jadi bulat sangat, ketakutan. Kesian dia. Dia memang takut betul dengan orang lelaki rupanya. Sepanjang 'ammu Khomis tengah betulkan lampu, dia menyorok bawah katil. Takut sangat la tuh.

Betty saaaangat pendiam. Sampai ada kawan tanya "Betty ni bisu ke Sarah?". Hahaha. Kejam betul soalan tuh. Ya, memang susah nak dengar Betty mengiau. Lebih-lebih lagi kalau ada tetamu. Memang dia diam je, tak bersuara. Kalau dia lapar pun, dia tetap tak bersuara. Mungkin dia terlebih ditarbiyah, 'suara wanita itu aurat'. Kuang3..... Tapi sebenarnya, sejak aku dah kamceng dengan Betty, selalu je kami berbual. Aku cakap, dia jawab. Kalau aku kata "Oh...pandai ye menjawab!" dia akan jawab banyak lagi. Haha. Kecuali kalau mood dia tak baik, dia akan diam sepanjang hari.


Antara perkara yang merosakkan mood Betty adalah apabila aku suruh dia kahwin. Sentuh je pasal kahwin, Betty mesti bengang. Huhu. Cukuplah 3 kali dia dilamar oleh Boboy, Keebo dan Didi. Last-last baru aku mengerti, Betty memang tak nak kahwin. Barangkali dia menghormati perangaiku yang tidak berapa suka dengan kucing jantan. Maka melepaslah impianku untuk menimang cucu =_='.

Perkara yang paling buat aku saaaaayang kat Betty ialah, setiap kali aku sakit, dia mesti datang lawat aku. Ada masa aku tak larat nak bangun, lalu terbaring saja di katil. Sesekali Betty datang, mencium dan mengiau. Kalau aku tak bangun tengok dia datang, memang dia naik atas badan dan berkawat. Haha.



Dua benda yang paling digemari Betty ialah buku dan laptop. Setiap kali aku membaca, mesti Betty datang. Mula-mula dia khusyuk tengok aku baca apa. Lepas tu dia selamba je duduk atas buku yang aku tengah baca tu, tak nak gerak-gerak. Nakal! Laptop pun macam tu juga. Kalau dia tengok aku khusyuk menatap laptop, dia mesti datang dan duduk atas keyboard. Badan dia dah la besar. Memang tertutup seluruh skrin monitor. Haha.


Betty, jaga diri baik-baik. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu~

The 'macam-macam' day (February 9th)

Memandangkan lower limbs ku masih bengkak, maka pagi semalam ibu dan ayah decided bawa aku pergi check di Columbia Asia. Sebelum ke sana, kami pekena roti canai di Paroi bersama Pak Uda. Aku teringat ibu bagitahu, Pak Uda ada beli camera 'besar'. Hah...mesti DSLR lah tu!

Selepas ayah dan Pak Uda rancak berbual tentang bisnes, aku mencelah. "Pak Uda ada beli DSLR eh?". Muka innocent je tanya.

Pak Uda buat muka tak faham. "Kamu jangan guna bahasa tinggi dengan Pak Uda, Kak Ngah. Mana la Pak Uda paham,". Aku sengih. Nasib baik tak sebut 'aperture', 'ISO' dan 'shutter speed'. Haha.

Aku tanya lagi. "Pak Uda ada beli camera eh?"

"Ohh...haaa yang tu Pak Uda paham...." maka beliau pun mula bercerita tentang camera yang dibelinya itu. Canon 550D, dibeli di Melaka. Perghhh...bercahaya mataku tatkala mendengarnya. Ada peluang nak guna nih! The remaining things yang Pak Uda cerita buat aku sakit dada tahan gelak. Nak kena ajar macam mana guna 550D tu, barulah nampak bezanya dengan kamera digital biasa. Haha. Macam-macam.


Seterusnya kami menuju ke Columbia Asia, berhampiran Seremban 2. Ramai gila umat manusia! Padahal bukan hari minggu pun. Aku pun daftarlah untuk jumpa doktor bahagian Internal Medicine, Dr A. Aku terpegun seketika apabila ibu tanya "Angah nak jumpa doktor mana?". Whoaaa...boleh pilih doktor rupanya! Selesai urusan daftar, aku pergi ke ruang menunggu bersama ibu, Turn aku nombor 8.



Penantian biasanya diungkapkan sebagai suatu penyeksaan. Tapi penantian aku semalam menjadi satu pengalaman yang best dan kurang  menyeksakan. Sebagai seorang manusia yang introvert, (eh...ye ke??) aku hanya duduk diam di kerusi sambil memerhatikan gelagat manusia lain.

#1 Ada seorang pak cik ni, rancak gila berbual dengan 2 orang pemuda yang baru dikenalinya. Mula-mula beliau bercerita hal Felda. Aku pun malas lah nak dengar detail. Tapi makin lama makin best pula ceritanya. Ayat yang paling menarik perhatianku: "Kalau kita sayang seseorang, kita tegur dia" kata beliau dengan serius. Beliau menyambung... "Macam tu jugak dengan kerajaan. Kalau kita sayang kerajaan kita, kita tegur! Bukannya kita biarkan je macam tu. Cuba bagitau saya. Parti 'U' perjuangkan apa?". 2 orang pemuda tu memerah otak mencari jawapan. Salah seorangnya menjawab "Melayu,". Pak cik tu angguk. "Tahu tak, kalau kita perjuangkan bangsa, kita takkan berjaya,". Kemudian beliau memberi contoh-contoh dari sejarah. Palestin, salah satunya. Mata aku mula tertumpu kat pak cik tu. "Allah kata apa dalam Al-Quran?" beliau menyambung. Kemudian beliau membacakan ayat tentang Allah cipta manusia berbangsa-bangsa, untuk manusia saling mengenali......'yang terbaik di kalangan manusia adalah yang paling beriman'. Kagum! Pak cik tu nampak biasa-biasa je. Tapi...hambik ko! Keluar dengan fasih kalamullah dari mulut beliau. Aku senyum mendengar penjelasan beliau yang seterusnya dan seterusnya. Seorang nenek yang duduk di sebelahku nampak aku senyum. Beliau membisikkan ke telingaku "Cakap pasal politik la tu!". Haha. Relax la nenek. Pak cik tu berbicara tentang perjuangan agama. Dan ya, Islam agama kita. Islam itu menyeluruh, maka tak berdosa kalau cakap pasal politik. Lagipun, pak cik tu berbicara tentang kesedaran rakyat, bukannya beliau memburuk-burukkan sesiapa. Berkerut-kerut muka nenek tu dengar pak cik tu berkata-kata. Barangkali anak nenek itu seorang wakil rakyat. Haha. Biarlah.

#2 Sejam kemudian datang seorang nenek berkerusi roda. Nek Jah (bukan nama sebenar), kenal dengan Nek Pah (juga bukan nama sebenar) yang duduk di sebelahku. Mereka berbual dengan rancak hal penyakit masing-masing. Boleh pening kepala juga dibuatnya. Haha. Sampai suatu ketika, Nek Pah berkata kepada Nek Jah "Dia ni baru balik dari Mesir," sambil menunjuk ke arahku. Perghhh...terasa famous seketika. Aku senyum kepada Nek Jah. Kemudian beliau bertanya tentang keadaan Mesir. Aku pun cerita lah secara ringkas. Nek Jah kata "Oh ye? Tapi I baca dalam paper, dia tulis lain,". Sape suruh nenek baca paper =_='. Cuba baca aljazeera. Gerenti lain ceritanya. Oh ye. Nek Jah dan Nek Pah memang guna "I & You". Haha. Cute tak? Dan yang paling tak boleh blah, Nek Jah mengakhiri kata-katanya dengan "I like Mubarak". Aku terkedu lalu ter speechless........................

#3 Sampai turn aku. Masa tu dah nak pukul 12. Lama gila menunggu. Haha. Dr A pun memulakan proses mengambil history. "Belajar mana?" beliau bertanya. Aku jawablah Mesir. "Oh...wow. So, how's your bapak angkat ha?? Dia still tak nak letak jawatan kan?". BAPAK ANGKAT??? Pandai doktor ni buat lawak! Hahaha. Lama juga bercerita hal Mesir. Last-last Dr A kata "Okay2. Put aside cerita tu dulu. Ha...ceritalah apa masalah kamu,". Maka aku pun membebel itu ini, Dr A pun check itu ini dan seterusnya kena buat banyak tests itu ini, maka kenalah masuk wad. Tapi wad semua penuh masa tu. Maka sambil menunggu wad kosong, aku pergi buat chest x-ray. Jejaka yang in charge untuk x-ray tu peramah pulak tanya itu ini. "Kenapa kamu kena buat chest x-ray?" beliau bertanya. Aku diam seketika. Nak jawab macam mana ek? "Err...doktor yang suruh buat. Sebab. Sebab....I can hear my heart beat," aku jawab acuh tak acuh. Jejaka itu kelihatan terkejut. "You belajar lagi ke dah kerja?" beliau teruskan bertanya. Barangkali nak mengelakkan aku berasa bosan. "Belajar," aku jawab. "Kat mana?" beliau tanya lagi. "Mesir...." aku jawab perlahan. Beliau senyum. "Ooo...so you trauma ke sampai you boleh dengar you punya heart beat??". Aku terdiam. Apakah??? Tak tau nak gelak ke apa masa tu. Haha. Adakah beliau menyangka aku sakit disebabkan rusuhan yang berlaku? Hahaha. Gelak sampai pengsan.

#4 Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari dan masih tiada wad kosong, maka aku pun ikutlah ibu dan ayah ke KL, untuk menziarahi atuk saudaraku yang sakit tenat. Arwah (atuk tu baru meninggal dunia malam tadi, beberapa jam selepas kami pulang dari menziarahinya) menghidapi liver failure. Semuanya berpunca daripada kanser pada livernya. Itulah kali pertama aku dapat lihat semua simptom liver failure yang selama ni aku baca di buku sahaja. Asalnya kanser hanya pada left lobe of the liver sahaja. Tapi lepas buat chemotherapy for the second time, terus merebak ke right lobe. Salah seorang anak perempuan arwah atuk tu seorang doktor. Maka beliau menceritakan segala-galanya. Badan arwah keseluruhannya kuning, jaundice. Kelopak mata sudah 11 hari tertutup. Tiada reflex pada keseluruhan badan. Weak pulse, sampai mesin pun tak boleh detect. Edema di seluruh badan. Al-Fatihah untuk arwah Tok Man.

#5 Petang tu aku masuk wad. Memandangkan bilik 1 bilik seorang tiada kosong, maka aku kena masuk bilik 7 orang sebilik. Haha. Memang la rasa tak selesa. Tapi sekali sekala, kena la merasa apa yang orang lain rasa juga, kan? Sekelip mata aku jadi terkenal. Semuanya kerana aku 'dari Mesir'. Hahaha. Astaghfirullaaah...tak baik riak. Malam tu seorang nurse datang untuk buat ECG. Kami bertaaruf ringkas. "Oh...you belajar medic. So you tahu la macam mana nak pasang ECG ni kan?" beliau bertanya. Gulp. "Err...haha. Tak ingat sangat la kak. Baca graf dia saya ingat la," jujur je lah kan. "Hmmm...doktor memang tak reti pasang pun. Semua nurse je buat," kata beliau dengan serius. "Ye ke kak?" aku macam tak percaya je kan. "Ye, mana ada doktor pasang benda ni. Diorang tak reti,". Kuang3......

p/s: kat hospital ni ada wireless kot! sebab tu dapat update blog. haha.


Dial E for Evacuation

Tuesday 8 February 2011

Tanggal 1 Februari 2011, informerku yang sangat boleh dipercayai telefon, bagitahu bahawa memang confirm semua rakyat Malaysia di Mesir akan dipindahkan sementara ke Jeddah. Dia kata, proses perpindahan akan bermula keesokan harinya, atau mungkin juga lusa. Ketika itu, tiada seorang pun di kalangan sahabat2 akhawat di RNSK yang mengetahui perkara tersebut. Aku teringat pesanan seseorang "Selagi pegawai tak bagitau apa-apa, jangan sampaikan maklumat kepada orang lain,". Maka aku pun berdiam diri, senyum sorang-sorang. Bukan. Maka aku pun masuk ke bilik, mencari Betty sambil slow talk dengan dia.

"Betty, I'm so sorry honey. I don't wanna do this but I have to. My mom, your grandmother is waiting for me. I can't disappoint her. I have to go back," ku tatap wajah Betty dalam-dalam. Dia menjeling. "Mama mungkir janji!". Ketika itu aku mengerti keberatan hati seorang ibu untuk meninggalkan anak kesayangannya. Sebak, sedih, sesak, se...se...semua-semua lah.

Keesokan harinya, aku pulang ke Imarah Malaya untuk mengambil beberapa barang penting untuk ku bawa bersama dalam pelarian. Sampai semula di RNSK, pegawai memberitahu ada lagi 2 jam untuk aku packing barang-barang. Seramai 70 orang pelajar N9 dijangka akan dilarikan ke Jeddah menaiki penerbangan pertama pada petang itu. Seribut tsunami aku menyiapkan barang-barang. Begitu juga orang lain. Kelam-kabut jugalah keadaan masa tu. "Alaaa....tak tau la nak bawak ape!", "Nak pakai beg mane ha?", "Alaaa kenapa 10 kilo je?", "Nak bawak ke tak buku?". Begitulah antara dialog keluhan yang keluar dari mulut masing-masing. Aku merenung Betty. *sigh*

Setelah semua beriya-iya menyiapkan barang, dah kemas rumah, dah clearkan peti sejuk, semua makanan dah sedekah kepada ikhwah, tiba-tiba dapat berita tak jadi pulak pindah ke Jeddah pada hari tersebut. Tunda esok. Aku bersyukur. Ada sehari lagi untukku spend masa dengan anak tersayang. Namun seperti biasa, Betty menarik muka masam. Malam tu pun dia tak tidur dengan aku. Sampai hati T__T.

Pada 3 Februari 2011, kekalutan yang dahsyat telah berlaku. Well, tahu sajalah orang perempuan ni. Kalau kata limit 10 kilo, timbangan pertama sudah tentu takkan tepat. Maka terpaksalah kami me repack secara berjemaah. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Haha. Pegawai strict gila kot. Memang kena timbang semua beg. Tak boleh lebih sekilo pun. Kali ketiga me repack barang, aku merenung Miss Vaio yang boleh tahan berat itu. Kalaulah aku boleh telan Vaio ni, sudah lama ku telan! Ye la, mereka bukan timbang berat badan pun. Mereka timbang beg je. Kalau boleh ku sorok Betty dalam baju, dah lama aku buat begitu. Haha. Timbul pula idea sengal dikala kekalutan. Akhirnya, timbangan terakhir aku berjaya menjadikannya 9 kilo. Ustaz yang menimbang beg bertanya "9 kilo ni ustazah. Tak nak tambah lagi sekilo ke?". Beliau bertanya sambil senyum. Aku bermonolog dalaman 'Arghh...bukan boleh bawak Betty pun. Betty 5 kilo!' sambil senyum dan blah daripada tempat kejadian.

Menjelang waktunya, 3 buah tremco berulang alik membawa kami semua ke Cairo International Airport. Di sana........ Baiklah. Tidak perlu kot nak mengeluh dan merungut. Tapi nak jugak bagitau. Kami melepakkan diri di airport selama hampir 10 jam! Whoaaa....tiba-tiba aku rasa kagum kat semua orang masa tu. Haha. Menyesal betul tak sarapan pagi tu sebelum keluar rumah.

-google punya gambar-

Aku tak ingat pada jam berapa, keluar segerombolan manusia berbangsa Melayu serta India dari airport (masa tu kami masih berjemur di bawah terik mentari di luar airport). Mereka datang menghampiri kami semua yang sudah keletihan dan kepanasan sambil beramah mesra, mengambil gambar, menyebarkan doktrin 1Negara. Kalau ikutkan hati, masing-masing nak menyumpah. Sebabnya....kami nampak depan mata mereka bawa berkotak-kotak makanan. Tapi satu pun tak diberi kepada kami yang kebuluran ni. Ya Allah....serius aku rasa nak meletup bila seorang pak cik bertanya dengan nada 'bergurau' "Dah berapa hari korang tunggu kat sini?". Mujur Allah kurniakan kesabaran dalam diri manusia. Aku masih ingat lagi salah seorang mereka berkata "Kami tak dibenarkan pulang selagi semua rakyat Malaysia di Mesir tak dipindahkan". Perghh...aku kagum seketika. TAPI, peristiwa semalam (7 Februari 2011)  menjadikan aku menyampah kepada manusia yang menuturkan kata-kata tersebut. Ketika aku melangkah keluar dari tempat kapal terbang mendarat, aku terlihat beberapa orang manusia yang ku kenal rupanya, serta t-shirt 1Negara yang mereka pakai. Dalam hati ku berkata 'Aikk...apahal korang balik jugak ni??? Kan masih ada rakyat Malaysia di Mesir'. Bukan nak kata apa, tapi kata-kata mereka, tindakan mereka serta apa yang mereka pakai tu sudah memalukan persatuan bangsa mereka sendiri. At least kalau nak mungkir janji pun, tak payah kot pakai baju persatuan kebangsaan.

Haha. Abaikan. Biarlah mereka.

Kira-kira pada jam 8 malam waktu Kaherah, kami dapat lah check in. Nasib baik tak buat rusuhan kat airport tu. Haha. Kasihan tengok muka masing-masing. Lapar dan kepenatan. Setelah masuk ke dalam pesawat, disebabkan ruang udara agak sesak dengan kapal terbang, maka penerbangan kami terpaksa dilewatkan. Tapi tak apa. At least dah masuk dalam kapal terbang. Rasa sejuk dan dapat duduk atas kerusi yang selesa. Apa-apa pun, aku bagi thumbs up kepada krew penerbangan Air Asia yang terpaksa melayan kerenah kami dari Cairo ke Jeddah. Hal ini kerana penerbangan ke Kuala Lumpur dari Jeddah menyaksikan pemendaman rasa geram yang meluap-luap. Haha. Adehhh. Tak boleh nak describe krew penerbangan yang lagi satu. Air Asia jugak yang bagus.


2 jam kemudian, kami mendarat di lapangan terbang di Jeddah. Namun kami terpaksa menunggu beberapa lama sebelum turun disebabkan....haha, alasan yang malas nak diceritakan. Nak kata kelakar pun boleh. Abaikan. Sudah berlalu.

Dalam keadaan muka sembab, mata bengkak disebabkan tidur terus menerus, kami melangkah masuk ke airport King Abdul Aziz, Jeddah. Masuk je airport, kelihatan ramai kameraman. Aiseh....mekap dah cair! Haha. Kami melangkah masuk ke tempat berkumpul. Beberapa jam menunggu urusan visa siap. Hah....yang ni memang aku kagum lah. Kerajaan Arab Saudi boleh bagi visa dalam masa beberapa jam sahaja! Tahukah anda, nak apply visa pergi umrah pun memakan masa yang lama. Time tu rasa sebak dan terharu gila lah sebab negara Islam sanggup bagi kerjasama kepada negara Islam yang lain. Semuanya kerana Islam!

Selesai semua urusan, kami menaiki bas yang disediakan menuju ke Madinatul Hujjaj, kawasan penempatan jemaah haji Malaysia yang diuruskan oleh Tabung Haji.



-ini semua gambar google-

Sampai di Madinatul Hujjaj....kisahnya akan disambung lain kali. Haha. Tapi aku nak jugak bagi 10 bintang emas kepada Tabung Haji. Kenapa? Kita sambung lain kali jugak. Majulah Tabung Haji untuk Malaysia!

p/s: Sebarang penceritaan berkenaan peristiwa ini adalah daripada kaca mata masing-masing. Setiap manusia memiliki pendapat yang berbeza. Apa yang ku tulis di blog ini adalah pendapat aku yang lemah ini. Sekian.

The Best 'D' Thing

Monday 7 February 2011

Alkisah....

Sebetulnya, di awal rusuhan berlaku, aku rasa macam tak ada apa-apa yang serius. Rasa seperti tiada apa yang perlu dibimbangkan, dirisaukan, ditakutkan. (mesti kena sekeh kepala kalau cakap macam ni depan tv. haha) Walau bagaimanapun, pada tanggal 28 Januari 2011, perubahan drastik telah berlaku. Kronologi tanggal 28 Januari:

1. servis penghantaran sms disekat. 
    reaksi awam: - "Hello. Weh, aku nak bagitau pasal jaulah ni ha. blablablablabla...(sampai habis). Kalau ade pape hal, ko call aku. Mesej takleh masuk. *tuuuttt* punya Murabak"
  
2. internet disekat
    reaksi awam: "Arghhh....tertekan! Camne nak tau update pasal rusuhan kalau camni??"  (padahal tertekan tak dapat main facebook. haha)

3. telefon bimbit tiada network coverage.
    reaksi awam: ".................................................."  (marah sangat kot)

4. selepas isyak, terdengar perarakan manusia melalui Ramses Street di hadapan rumah kami. Mereka barangkali menuju ke Ramsis, bersedia untuk memulakan projek. Aku dan jiran tetangga hanya berani meninjau-nijau dari tingkap dan koridor. Nak ambil gambar, tak berani pulak. Padahal tak ada apa-apa pun.  Sepanjang mereka berarak menuju ke Ramsis, kata-kata semangat dilaungkan. Aku pun tak pasti la mereka laungkan apa. Tapi sudah tentu ada kaitan dengan Murabak, kerajaan dan pilihanraya yang sangat menimbulkan ketidakpuasan hati.

5. sangat sedikit kenderaan yang berada di atas jalan raya. Kagum! Bandar Abbasiah yang terkenal dengan kesesakan jalan raya tak kira masa tu, tiba-tiba jadi lengang. Bak kata kawan "Boleh menari-nari atas jalan raya". Haha.

6. beberapa ketika kemudian, tedengar bunyi siren di merata-rata tempat. Adakah ambulans? Atau polis? Mungkin juga bomba? Semuanya menimbulkan persoalan sebab kami mengambil keputusan untuk mengurungkan diri dalam rumah, buat tak tahu dengan kekecohan di luar. Ye la, lagi tengok lagi rasa nak join. Haha. Baik aku duduk dalam bilik, main dengan Betty.

7. selang beberapa minit, dengar lagi sorakan serta pergerakan sekumpulan manusia di atas Ramses Street, juga menuju ke arah Ramsis. Barangkali mereka dalam proses mengumpulkan tenaga-tenaga manusia yang ramai untuk memulakan projek.

Begitulah kisah pada 28 Januari 2011. Hari-hari berikutnya menyaksikan perubahan demi perubahan berlaku: Tiba-tiba ada perintah berkurung (serius rasa terkurung. isk3)
Tiba-tiba ada kereta kebal yang membawa tentera-tentera bersenapang di atas jalan raya. (excited weh dapat tengok kereta kebal secara live!)
Tiba-tiba jiran-jiran Arab buat rukun tetangga (yang ni memang kami respek sangat2).
Tiba-tiba bank dibekukan, mesin ATM semua tak berfungsi.  (kering kontang jadinya)
Tiba-tiba kedai runcit semua tutup terus! (memang tak boleh bla)
Tiba-tiba dengar bunyi tembakan tengah-tengah malam.  (mula2 aku ingat bunyi mercun. haha)
Tiba-tiba dengar cerita ada penjara terbakar, maka banduan berpusu-pusu keluar secara berjemaah.  (yang ini paling dibimbangi oleh semua orang)
Tiba-tiba terjoin orang buat demonstrasi.  (yang ini tipu)


Beberapa hari setelah diisytiharkan darurat, maka kami (penduduk2 rumah sewa) digesa berpindah ke pusat-pusat pengumpulan rakyat Malaysia seperti di rumah2 negeri dan ARMA. Asalnya, kami penduduk-penduduk Imarah Malaya amatlah malas nak berpindah. Rasa macam selamat je duduk imarah tu sebab jiran-jiran berkawal setiap malam. Pintu masuk utama pun dikunci sepanjang tempoh berkurung. Namun pada hari yang ditentukan, terdengar desas-desus ramai yang ingin berpindah. Maka kami sebulat suara berpindah secara berjemaah. Ada yang menuju ke ARMA, ada juga yang ke rumah negeri. Memandangkan aku telah berjanji kepada Betty aku tak akan meninggalkan dia dalam apa keadaan sekalipun, maka aku memilih untuk berpindah ke rumah Negeri Sembilan kerana dia diterima di situ. ARMA agak sesak kot. Maka, kosonglah 6 buah rumah di Imarah Malaya dalam masa sehari. Kesian aku tengok bawwab dan keluarganya. Mereka seolah-olah berkata "Korang nak pegi mana? Janganlah tinggalkan kami". Dan kami pun menjawab "Ada rezeki kita jumpa lagi,".

Hari kedua berada di rumah negeri, terdengar ura-ura kami akan dipindahkan ke Jeddah. Semua orang jadi speechless. Lebih-lebih lagi yang tinggal di rumah sewa. Masing-masing memikirkan rumah, harta benda, buku-buku yang bakal ditinggalkan. Aku pula menahan sebak melihat Betty. (arghhh! mengapa ini harus berlaku!) Kalaulah boleh kubawa dia bersama........  (lagu background: Kenangan Terindah. eh...ada kena-mengena ke? haha)

Tanggal 3 Februari 2011, jadilah kami kumpulan kedua pada hari pertama yang diterbangkan ke Jeddah. Yang ini kita cerita lain kali. (osah banyak nak cerita kan)

The good 

- Keadaan darurat memaksa kami tinggal beramai-ramai disatu tempat. Maka dapatlah kami berkumpul beramai-ramai sambil mengisi masa lapang dengan menghadiri kelas agama di musolla, membaca Yaasin secara berjemaah, makan secara berjemaah, mengumpat tentang Murabak dan menonton movie secara berjemaah. (Apakah?? tetapi benar)

- Pengalaman ini menjadi pengajaran berharga untuk semua umat manusia. Bukan sahaja kami yang megalami, tetapi semua orang sebenarnya. Dari segi pemerintahan negara, cara menegur pemimpin yang zalim, cara bertindak dalam keadaan mendesak, kerjasama dan persepakatan masyarakat, kerasionalan dalam membuat pertimbangan dan baaaaanyak lagi.

- Dapat bayangkan keadaan di Palestin, Iraq, Afghanistan dan negara-negara yang dilanda peperangan yang dahsyat. Yang kami alami ni baru sikit!

- Banyak lagi good things yang diperolehi daripada darurat ni, Tapi kalau semuanya aku letak kat sini, nanti nampak macam skema jawapan la pulak kan. Tak adil la untuk kanak-kanak yang nak exam PMR dan SPM nanti. Gerenti masuk karangan tajuk rusuhan dan darurat. *wink2

The bad

- *mengeluh* Pergerakan dan aktiviti harian jadi sangat terbatas. Kedai yang bukak pun masing-masing letak harga barang secara melampau. Topup LE 10 dijual dengan harga LE 13! Kalau jiran aku yang jual topup tahu pasal ni, gerenti dia ketawa.

- Budaya penyebaran fitnah dan khabar angin yang tidak benar berleluasa. Ini salah....tak tahulah nak salahkan siapa! Haishhh. Pening kepala brain kami mendengar khabar angin yang sampai ke Malaysia. Blog-blog, surat khabar...kot ye pun nak melariskan penulisan masing-masing, sila lah tulis yang benar. Ish...ish...ish... Berdosa weh menipu. Masuk neraka nanti. Haa...tak tau. tak tau.

- Another sad thing: kami tak tau macam mana masa depan kami. isk3....  kuliah camne ha??

Baiklah. Sampai di sini sahaja laporan alkisah darurat di Mesir. To be continued kisahnya esok dan hari-hari seterusnya. By the way, menjadi suatu tabiat aku untuk tidak mengambil gambar sepanjang darurat. Haha. Mood nak menembak hilang sekelip mata! Kalau korang nak tengok gambar, boleh la cari kat FB, atau mana-mana blog pelajar Mesir yang lain. Ramai je yang ambil gambar.

Pesanan penaja: Kalau dengar cerita dari orang lain, selidiklah dulu. Tak perlulah percaya bulat-bulat. Nanti boleh kena sakit jantung. Amalkan gaya hidup sihat, ok? Peace~


p/s: 'D' is darurat


-nah....gamba. aku ambik dari google je. haha-
Related Posts with Thumbnails