Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Mampu tak ni??

Tuesday, 9 November 2010

"Sarah...Sarah...tengok jari akak ni. Macam nanah je!" kata Kak Y dengan nada yang agak excited. Beliau menyambung "Akak rasa ni la...." belum sempat beliau menghabiskan kata-kata.....

"HA??!! NANAH?? Eiii...tak nak tengok! Err...jangan tunjuk. Jangan tunjuk! Kalau darah takpe. Darah melimpah ruah pun takpe. Nanah.....uishhh tak boleh, tak boleh," sepantas kilat aku separa melompat apabila Kak Y datang menunjukkan jarinya. Kak Y pelajar perubatan tahun 4. Beliau gemar berbincang tentang penyakit.

Kak Y memandang aku dengan wajah yang hairan bercampur bosan. "Eh kamu ni. Kamu nak jadi doktor ape nanti?" beliau bertanya dengan nada curious.

Jantungku berdegup kencang. Aiseh...soalan perangkap. "Gynaecologist. Hehe..." aku senyum kelat.


"Laaa....kamu tau tak, nanti....segala macam cecair keluar bila kamu sambut baby lahir. Ni baru nanah je ni..." kata Kak Y dengan nada perli beserta peringatan.

"Heh. Tau...tau. Tapi saya alergik sikit bab nanah ni kak," aku berkata dengan jujur. "Kalau ada patient kena nanah datang kat saya, saya bagi kat doktor lain je lah. Heh," sengal di situ.

Kak Y sengih. "Eh kamu nak tau tak, hari tu masa akak pegi hospital kan, ada pesakit tu, kaki dia teruk betul kena nanah sampai memancut-mancut! Sebab DM. Teruk giler!" Kak Y bercerita dengan wajah excited. Aku pula mendengar seperti sedang menonton filem orang sakit jiwa sedang membunuh ramai orang dengan cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Eeee...kesiannye," itu saja yang mampu aku ucapkan. Sambil membayangkan pancutan nanah. Erghhh....


(Tak sanggup nak google gambar nanah tengah memancut-mancut. Ngeri weh!)

Seterusnya aku dan Kak Y berbicara tentang O&G. Bahasa kampungnya, bab-bab menyambut kelahiran bayi. Kak Y mula menceritakan pengalamannya belajar di hospital.

"Kamu nak tau tak, kali pertama tengok proses nak lahirkan baby tu, rasa macam takuuuuutnye jadi perempuan! Sebab kena melalui kesakitan yang amat sangat macam tuh,".

Aku senyum paksa. "Takpe, itu jihad seorang ibu,". Ceh...cakap macam aku dah penah bersalin je.

"Pastu bila baby tu dah lahir, rasa macam bestnye! Nak bersalin jugaklah," Kak Y memang kelakar cara penceritaannya. Aku senyum lebar-lebar. Mesti bahagia saat-saat melihat baby tu lahir. Bertambah lagi seorang umat Muhammad. Alhamdulillah.

"Pastu, beberapa minit lepas baby tu lahir, kamu rasa macam...nak kembarlah! Hahaha...." Kak Y ketawa terbahak-bahak. Adeh...lawak la akak ni.

Aku menyambung "Ha ah kak. Saya pun terpikir camtu gak. Kembar. Senang. Sekali bersalin keluar dua. Tiga ke..." Ok. Sama je sengal.


Aku membayangkan masa depan. Kata nak jadi gynaecologist kan?

Masa baby tu lahir ke dunia terdengar suara tangisannya, mesti cukup bahagia saat tu. Bahagia untuk ibu yang melahirkan, untuk doktor dan untuk semua petugas di bilik bersalin. Senyuman terukir, linangan air mata kegembiraan tidak dapat ditahan lagi. Selaku doktor, ucapan alhamdulillah tidak putus-putus diucapkan kerana Allah telah mempermudahkan urusan besar itu. Allah telah mengizinkan kelahiran seorang lagi hambaNya.

Aku membayangkan situasi kedua.

Bayi itu selamat dilahirkan. Beberapa minit menanti, masih tiada suara tangisannya. Ia juga tidak bergerak, kaku, sejuk dan pucat. (Kita tolak tepi dulu slogan 'aal iz well' ) Ibu yang melahirkan sedang menahan sebak sambil mengharapkan sebuah keajaiban sambil diri menggigil menahan sakit. Selaku doktor, haruslah kuat untuk menerima kenyataan itu dengan redha. Haruslah tenang menyampaikan khabar sedih itu kepada ibu yang melahirkan, yang telah mengalami kesakitan yang paling sakit selepas mati. Haruslah matang dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka. Haruslah bijak dalam menjadi penenang buat yang bersedih.


Situasi ketiga.

Bayi tidak dapat dilahirkan secara normal. Cesarean birth terpaksa dijalankan. Aku meletakkan diri di tempat doktor yang perlu menjalankan pembedahan tersebut. Mampukah?? Aku meletakkan pula diri di tempat wanita yang akan melahirkan anak. Mampukah?? Bagaimana pula jika pembedahan itu adalah Cesarean birth kali kedua yang terpaksa dilalui oleh wanita yang sama? Bedah semula tempat yang pernah dibedah dahulu. Mampukah?? La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'aziim.

Daripada 'bicara budak medik' itu, aku bermuhasabah. Selaku hamba yang lemah, kita tak mampu menjangkakan apa yang akan dihadapi pada masa hadapan. Jadi, semua perkara yang berlaku atas kita pada masa kini sebenarnya tarbiyah dari Allah, agar kita mempersiapkan diri untuk perkara yang lebih besar pada masa akan datang. Bukan sahaja tentang medik, malah semua aspek kehidupan. Ini sekadar satu contoh. Hidup ini penuh dengan perkara yang tidak disangka-sangka. Jangan mudah rasa lemah, kerana Allah sentiasa ada bersama. Jadilah positif, macam....



"YOU'LL NEVER WALK ALONE BECAUSE ALLAH IS ALWAYS WITH YOU AS LONG AS YOU LIVE TO SEEK FOR MARDHATILLAH"

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails