#10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA#
1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.
2.
Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama
sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3.
Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul
kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh
pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan
boleh menyakiti hati orang.
8.
Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan
janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9.
Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun
dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah
kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
Selamat beramal. Selamat berjuang. Selamat mentarbiyah. Selamat bersedia untuk ditarbiyah. Selamat berkorban. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ^__^ !
(Saspek bakal terkorban. hihi)
p/s: weh...dah azan! choww~
1 play the melodies:
Bolehkah saya menghafaz Al-Quran?
15 November 2010 at 12:17Post a Comment