Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Khas untuk Hajar

Tuesday 5 March 2013

Bismillah walhamdulillah....
(sambil vacuum habuk-habuk & sawang yang memenuhi ruang blog. lol...)

Minggu lepas kalau tak silap, sepupu belah ayah saya, namanya Haja Taufik (nama FB) telah merayu-rayu meminta supaya saya update blog. Ceh...merayu tu over sangat. Dia minta je supaya saya update lah sikit, cerita pasal macam mana belajar masa sekolah menengah dulu. Macam mana berhadapan dengan subjek-subjek laksana malaikat maut. Macam mana bersedia untuk SPM.

Sejujurnya, banyak yang telah saya lupakan. Bukan saja-saja nak lupa kegemilangan lalu. Tapi, apabila saya melangkah ke alam universiti, saya berkali-kali ditampar oleh realiti "Hiduplah pada realti hari ini, bukan sejarah yang lalu, bukan juga fantasi hari esok". Ok, tak sedap kan quote tu. Sebab buat sendiri -____-".
Tapi hakikatnya begitulah. Tak bagus mana hidup kita kalau asyik dok teringat diri kita yang dulu.

Baiklah. Bagi memenuhi permintaan adik sepupu kesayangan yang sedang cuba untuk bercinta dengan subjek sekolah menengah, saya cuba lah untuk kongsi sedikit sebanyak yang mampu, dan masih berbaki dalam ingatan. (taip macam ribut sebab taip sebelum pegi kelas. haha. tak senonoh)

Chemistry

Ok. Ini subjek yang memang jadi buah hati saya time form 4 & form 5. Barangkali terlalu banyak perhatian diberi kepada subjek ini, maka cemburu sungguhlah Add Maths dan Physics.

Kenapa suka subjek ni? Sebab saya amat tertarik dengan seni yang ada padanya (merepek dah...). Kalau tak silap, nanti akan belajar formula untuk oxidation and reduction. Hah! Yang tu, bila dah master betul2, buat sambil tutup mata pun boleh. Best woo. So, point utamanya, mestilah fokus dan faham betul2 pada peringkat awal ni. Masa cikgu ajar dalam kelas, fokus, bagi perhatian sepenuhnya. Kalau ngantuk, buatlah cara apa pun supaya ilmu yang cikgu ajar tu kita dapat. Sebab, nanti bila dah banyak benda kita belajar, tak cukup masa dah nak ulang semula dari awal. So, baik fahamkan betul2.

Untuk subjek ni, ibu hantar saya tuisyen dengan Cikgu Mukhnisah (ni bukan nak promote. tapi kira promote jugalah. heh). Daripada tuisyen dengan cikgu Mukhnisah, bertambah cintalah saya dengan Chemistry ni. Sampai pernah cakap dengan cikgu, "Nanti saya nak jadi ahli kimia,". Haha. Taksub weh. Taksub! Tapi, memang sangat best. Sebab cikgu Mukhnisah ajar cara paling mudah untuk faham dan hafal formula. Dan...dan...dan...banyak latihan kita dapat masa tuisyen. Berbaloilah ambik tuisyen ni. (Haja, nanti mintak no tepon dengan makngah ye)

Next, Chemistry ni kita kena buat banyak latihan. Tak cukup sekadar baca buku teks, buat homework yang cikgu bagi, pastu dah. Tak boleh. Tak boleh. Kalau nak dapat average, boleh la buat macam tu. Tapi, kalau kita betul-betul nak master subjek ni, memang kena buat kerja lebih la. Mak ayah kaya kannnn. So, mintalah nak beli buku latihan lebih sikit. Instead of beli benda merepek, duit belanja mak ayah bagi tu, guna untuk beli buku latihan, then buat puas-puas. Ingat, practice DOES NOT makes perfect. "Only PERFECT practice makes perfect" =).

Bila cikgu bagi homework, latihan dalam kelas, kuiz, ujian dan yang seumpamanya, usahakan untuk dapat full marks. Jangan bagi peluang untuk buat careless mistakes. Bila ada careless mistakes, hukumlah diri dengan buat lebih banyak latihan. Ingat, perfect practice makes perfect! So, usahakanlah selalu dapat perfect score.


Next, buatlah periodic table ni macam kawan karib anda. Saya dulu tampal kat belakang fail, dalam buku ada, atas meja kat sekolah ada. Merata-rata. Supaya boleh selalu tengok. Bila selalu tengok, selalu baca. Bila selalu baca, maka terpahatlah dalam jiwa. Eceh. (tapi sekarang dah lupa. muhasabah! T___T)


Physics

Untuk subjek ni, tak perlu kot explain panjang-panjang sebab saya pun tak seberapa bagus sangat. sobs. Physics lah satu-satunya subjek yang tercacat keputusannya dalam sijil SPM. Physics lah yang mengajar saya erti cinta bertepuk sebelah tangan. Physics lah punca saya dapat 12A1, 1A2 dan bukannya 13A1. double sobs. Tapi semuanya bukan salah Physics. Salah saya! Di mana puncanya? Jom kita kaji.

Ok, macam explanation kat subjek Physics tadi jugak, masa cikgu ajar dalam kelas, fokus lah sefokus-fokusnya! (eh...suruh orang reti. diri sendiri tido time cikgu ajar. zzzz) Dear Hajar, bagi tidak mengulangi kesilapan kak ngah, silalah pay full attention dalam kelas. Kalau tak, anda akan terasa sangat bengap bila dah naik form 5, sebab formula2 time form 4 anda tak berapa nak faham. Bila tak berapa nak faham, maka kena hafal pun jadi beban. Bila terasa beban, maka dalam exam pun stress. Bila dalam exam stress, maka the result is a mess!

So, paling utama, dapatkan kefahaman yang kukuh awal2. Kalau pun bosan gila dengan subjek ni, paksa...ya PAKSA diri untuk pay attention. Because your struggle will pay. Dan, satu nasihat: topik atau subjek yang kita rasa paling susahlah yang kita kena selaluuuu ulang dan selaluuuu buat latihan. Yang lain-lain tu lebih kurang je macam yang atas. Kalau rasa perlu ambik tuisyen, boleh la ambik. Buat banyak latihan. Avoid careless mistakes. Dan please please please, fall in love with Physics. Make sure it loves you back!



(tengok jam kat dinding. dah lewat!)

Ok lah kot. Kalau ada tambahan, kak ngah tambah lain kali. Study well. Dalam sungguh-sungguh study tu, mesti ingat, yang menentukan semuanya adalah Allah. So, hubungan dengan Allah mesti jaga betul-betul. Solat, aurat dan sebagainya tolong jaga sungguh-sungguh. Kita tak nak la kejayaan yang menjauhkan kita dari Tuhan kan? =)

Selamat maju jaya!


Penat?

Monday 21 January 2013

Penat jadi baik?
Jangan begitu.
Teruskan, walau terpaksa.
Penat usaha untuk syurga Allah, tak mengapa.

Bosan dengan kerenah manusia?
Biarkan kerenah mereka.
Mengapa jadikan kerenah itu pengganggu hidupmu?
Bukankah kau lebih daripada sekadar perasaan?
Teruskan hidup.

"You're more than what you think you are,"

Mencuba

Sunday 20 January 2013

Semalam selepas berbual dengan ibu ayah di whatsapp, secara tiba-tiba mendapat booster. 
Tak tahu booster apa, tapi yang pasti diri ini menjadi rajin tahap dewa. 
Mula-mula lipat kain & kemas almari baju saja.
Lepas tu entah kenapa buang tebiat masak mihun, bawa ke rumah kawan. Masak sebungkus pula tu. (habis dah stok mihun. kena beli baru ni..)
Ziarah mahabbah, kononlah. Padahal jarang sekali saya ni menziarahi orang.
Kemudian terdengar azan maghrib, meminta diri dan berlari ke Big Pencil untuk membeli buku tulis baru untuk round baru, Forensics.
Sampai di rumah, rasa nak kemas satu bilik.
Selesai bilik, rasa nak kemas dapur.
Selesai dapur, tak puas hati tengok ruang tamu.
Selesai ruang tamu, tengok semula almari baju, lalu dikeluarkan beberapa helai baju dan tudung untuk digosok siap-siap. Seminggu punya!
Selesai kemas, sebelum masuk ke bilik sendiri, memandang ke arah pintu bilik senior.
Mesti akak ni kata dalam hati, Sarah ni buang tebiat agaknya.
Masuk ke dalam bilik, berniat untuk tidur awal agar esok dapat memulakan hari dengan cemerlang dan bergaya.
Tapi lambat sungguh dapat lelap.

Bangun pagi dengan sakit-sakit pinggang.
Siapa suruh kemas satu rumah time malam. Padan muka.
Tapi lega sebab baju dah gosok, sarapan dah settle. Mihun semalam ada lagi. Sebab terlupa nak makan malam.
Menunggu turn masuk bilik air, termenung. Entah apa yang difikirkan, sendiri lupa.
Teringat lagu Seroja:
"Sekarang bukan bermenung zaman bermenung...."
Ok, tipu. Lagu tu baru teringat sekarang, bukan pagi tadi.
Yang di dalam bilik air pula lama. Kecewa.
Mahu datang kelas awal hari ni!
Selesai semua, bersiap-siap untuk ke kelas.
Pakai tudung yang senior belikan di Alex.
Tak pernah pakai tudung tu, sebab susah untuk dibentuk dan labuhnya ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam boleh lilit kepala dua kali.
Tapi sebab dah gosok tudung tu, maka pakai saja. Nasib baik dibahagian muka ok. Cuma sebab tak biasa pakai tudung dan pin di kiri kanan bahu, maka rasa aneh. 
Tengok cermin sambil bertanya, siapa ni?
Jam di dinding menunjukkan pukul 8.00 pagi.
Jam itu cepat 10 minit.
Perjalanan ke kelas mengambil masa 15 minit.
Ok, I'm late!
Sepantas kilat mencapai buku Forensic dan buku Toxicology di atas meja.
Grab beg yang berwarna kuning highlighter, dan bismillahi tawakkaltu 'alallah.
Tak sempat nak sarapan. Sempat saja, tapi tak berselera.
Berjalan dengan pantas bersepatukan kasut yang uzur.
Tak mahu tengok bawah. Nanti sedih dengan keadaan kasut sendiri.
Cukuplah dengan mendengar bunyi tapaknya yang kuat.
Sedang dalam perjalanan ke kelas, terfikir kenapa tak nampak Malizi pun?
Saya lewat sangat ke, atau mereka-mereka yang lain tak pergi kelas?
Rasanya tadi dah check FB group, tak ada pula kata kelas dibatalkan.
Teruskan saja perjalanan.
Ternampak dua orang sahabat perempuan sedang berjalan. Ok, ada kelas.
Tapi mereka juga bertanyakan hal yang sama. Kenapa tak ada kelibat orang lain.
Sampai di pintu masuk kelas, nampak doktor dah ada, manakala 'ammu sedang menyelesaikan laptop dan projektor. Fuh...
Kehadiran? Tak sampai 10% lagi.
Aneh.
Hari ni kan round baru.
Mana pergi semua orang?
Tiba-tiba rasa kecewa. Hiba. Sebak. Entah kenapa.
Barangkali sebab rasa syok sendiri.
Semangat sorang-sorang.
5-10 minit kemudian, doktor memulakan syarahan.
Pengenalan apa itu Forensic Medicine. 
Dan apa itu Clinical Toxicology.
Macam biasa, bila doktor bertanya, lebih baiklah doktor sendiri yang menjawabnya.
Saya masih seperti dulu, menjawab soalan doktor dengan volume suara yang diri sendiri saja boleh dengar.
Masih pengecut barangkali.
Perasaan nak menjawab itu ada, tapi jawab kepada diri sendiri saja. Sadis.
Fokus. 
Fokus.
Dan terus fokus.
Sedang bahagia fokus, tiba-tiba doktor kata, "That's all for today. I'll continue tomorrow,".
What?? *sambil tengok jam di tangan. baru pukul 9.15. dan jam ini cepat 5 minit.
Aduhhh...malasnya nak balik rumah!
Tapi nak buat macam mana.
Tinjau kedai buku, tutup. Tak dapat beli buku.
Guna sajalah buku senior yang ada dalam beg ni. Esok beli.
Berjalanlah pulang dengan rasa sebak entah kenapa.
Dalam perjalanan pulang, datang rasa sebak berkali-kali ganda. Ditambah dengan  rasa kecewa. Juga entah kenapa.
Maka 50% perjalanan pulang itu disertai dengan takungan air di mata.
Sampai di rumah, berniat untuk membaca buku Forensics, bersedia untuk lecture esok. 
Tekan suis lampu, dan..."pap!" *meletup.
Eh??? Don't tell me....
Berlari ke ruang tamu. On lampu ruang tamu. Menyala. Ini bukan black out.
Lampu bilik saya yang terbakar.
Argh -_____-
Dengan rasa hiba, on heater yang bercahaya seperti neraka. (kalau tengok dari luar...)
Duduk di tepi katil. Masih hiba.
Merenung lampu di atas. Dah la siling bilik ni yang paling tinggi. Jika saya panjat meja pun, masih belum mampu mencapainya. Dan kalau nak panjat tangga pun, perlu tangga kayu yang tinggiiii sungguh tu. Rumah ni tak ada tangga, tinggi mahupun rendah.
Menangis. Tersedu-sedu.
Ahhh...ni dah kenapa?
Paksa untuk berhenti. Tak menjadi.
Baring, baca doa tidur. Tak lelap juga.
Entah berapa lama kemudian, lena.
Tiba-tiba handphone berbunyi. Tertera nama junior.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam, akak. Akak selesema ke? Suara akak lain,"
Berbual seketika dengan adik SC yang baru habis exam Anatomy.
Sambung tidur.
Bangun, mata susah nak buka. Tengok cermin.
Oh my...bengkak gila!
Buat apa tadi sampai bengkak begini? Gila.
On lampu. Oh...lupa. Terbakar. Sadis.
Pergi ke dapur, panaskan mihun semalam.
Dah 20 jam tak makan.
Sebelum makan, timbang. Tengok ukuran, turun sekilo.
Kecewa. Cepat sangat berubah.
Buka folder E, klik Despicable Me.
Rasa perlukan sesuatu untuk ketawa.
Tapi tak ketawa pula tengok cerita ni.
On internet, buka FB. Like beberapa post yang best.
Share beberapa yang best.
Buka twitter, tengok Aiman buat lawak antarabangsa.
Buka blogger, taip post yang ini.
Dan hingga saat ini, mata masih bengkak gila kentang.
Macam mana nak pergi sekolah esok?
Pakai cermin mata hitam mungkin bagus.
Tapi tiada cermin mata hitam. 
Sadis.

Eh...ada siapa-siapa terbaca post ini kah?
Maaf, membuang masa anda. 
Sekadar menaip untuk mengeluarkan rasa, bercerita tentang hari yang tidak produktif.
Moga esok lebih baik.

Dan harap2 tiada typo.





Benci untuk membenci

Saturday 19 January 2013

Setiap manusia pasti akan mati.
Begitu juga, setiap manusia ada perasaan.
Walau siapa pun manusia itu,
Baik kah dia, jahat kah dia, bijak kah dia, kurang bijak kah dia.
Semuanya dianugerahkan Allah dengan perasaan.

Oh ini bukan nak mengomel tentang perasaan perasaan dan perasaan.
Bukan.
Ini sekadar nak menyatakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati.
Terhadap apa?
Terhadap apa-apa lah.

Pertama sekali, perlulah manusia ini jelas.
Bahawasanya, biarpun dia seorang da'ie yang hebat, dia tetap akan membuat kesalahan dan dosa.
Itu satu perkara yang dikongsi oleh semua hamba Allah bernama manusia, melainkan nabi dan Rasul.
Dan dengan itu, setiap manusia perlu ditegur dan dinasihati atas kesalahannya.
Biarpun dia seorang da'ie yang hebat.

Masalah terjadi apabila manusia yang sedar dirinya da'ie ni, nak menegur da'ie yang lain.
Ahhh...malas pula nak mengayat-ayat ni.
Berterus-teranglah lebih senang.
Macam ni...
Dalam nak menegur sesama kita, elakkan, ELAKkan, ELAKKANLAH menyindir.
Sindiran ni, tak berguna satu habuk pun.
Ni nak menasihati orang, tapi menyindir.
Kau guna sunnah yang mana menyindir sahabat sendiri?
Bukankah ada seribu satu lagi cara untuk menegur kesalahan yang dia buat?
Kenapa kau pilih cara yang sememangnya boleh buat dia lagi jauh dari kau.

Saya tahu, kadang-kala kita 'ter'buat begitu sebab kita tak pernah meletakkan diri di tempat manusia yang berbuat salah, lalu disindir itu.
Saya tahu, dahulu mungkin saja ada saya berbuat begitu kepada orang.
Dan sekarang saya lebih tahu, bahawa cara itu tak berkesan pun malah menjauhkan hati orang yang nak dinasihati.
Lihat? Niat cukup baik dah. Nak bawa manusia itu ke jalan yang benar. Menuju Tuhan.
Tapi sayang seribu kali sayang, dipilih pula cara yang hina lagi menghinakan itu.
Hasilnya makin ramailah yang menjauh.

Saya bersyukur kepada Tuhan, diletakkan di tempat pesalah.
Dan diberi peluang untuk merasa bagaimana rasanya ditegur dengan cara yang kejam itu.
Alhamdulillah, Allah nak pastikan diri ini tak berterusan melakukan perkara yang 'nampak baik' tapi tersangat hina itu.

Tak hairanlah mengapa mad'u masih ramai yang menjauh.
Malah lebih menyedihkan, mad'u menjadi musuh!

Benci.
Ya, saya sungguh benci apabila diperlakukan begitu.
Tapi saya lebih benci untuk membenci.

Mujurlah rukun yang pertama itu FAHAM.

Apa yang nak dibangga

Lemah!
Hati menyalahkan diri.

Manja!
Akal menuduh diri.

Diperli dia berkecil hati.
Tidak dipeduli dia membawa diri.
Sahabat sekeliling yang ada tidak dihargai.
Yang utamanya pada dia mementingkan diri!

Apa yang nak dibangga dengan diri?
Tiada sedikit nilai pun.
Kau hanya hamba Tuhan yang keji.
Kau dilihat baik kerana Dia menutup aibmu.
Sedang kau tahu siapa sebenarnya dirimu.

Apa yang nak dibangga dengan diri?
Kau bangun malam Dia yang gerakkan.
Kau punya usrah Dia yang aturkan.
Kau istiqamah amalan Dia yang tentukan.

Apa yang ada pada kau?
Apa yang kau banggakan?
Semua datang dari Dia.
Bila sunyi kau cari siapa?
Bila sedih kau tuju siapa?
Bila gembira kau buat apa?

Itulah kau.
Cepat lupa.
Bila diingatkan kau masih alpa.

Wahai Tuhan, jangan tinggalkan diri ini sendiri.



Related Posts with Thumbnails