Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Dari teguran datangnya kegemaran

Thursday 4 November 2010

Beberapa hari yang lalu berlakunya satu arguement di antara aku dan seorang rakan. Aku menegaskan bahawa "people change". Manakala beliau dengan tidak berputus asanya menafikan kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa "people don't change". Kalau diikutkan darah panas, mahu sahaja aku keluarkan segala hujah-hujah beras nasional siap buat penggulungan sekali. Tapi nampaknya kecenderunganku untuk berdebat sudah semakin pudar. Memandangkan beliau tidak mengemukakan sebarang hujah kukuh untuk menyokong penyataan beliau, maka aku mengambil langkah untuk tidak mengemukakan sebarang hujah juga. Tapi sungguh, masakan manusia tidak berubah?? Ish3....




Dulu aku ada seorang kawan dari UK. Masa hari pertama dia datang sekolah, aku dengar dia speaking dengan mama dia. Kagum weh. Semua orang berkerumun nak dengar dia speaking dengan mama dia. Osah budak-budak eh kan. Aku, berbekalkan perangai suka control macho, buat-buat tak tahulah. Padahal aku sangat curious macam mana beliau boleh speaking English masa umur 8 tahun. Nak dijadikan cerita, kami jadi kawan baik. Suatu hari, aku datang ke rumah beliau untuk main-main. Biasalah, kanak-kanak sekolah rendah memang suka pemainan. Dulu aku suka datang rumah dia sebab dia banyak permainan yang orang lain tak ada contohnya The Game of Life, Monopoly, basikal pink yang lawa, roller blade dan macam-macam lagi. Lepas tu, buku-buku kat rumah dia semuanya English. Aku sangat-sangat kagum tapi masa tu tak teragak pun nak pinjam dan baca sebab tak minat. Masa tu kat rumah dia ada komputer, jadi aku selalu jugak datang untuk belajar sama-sama guna komputer. Ada satu hari tu, kami buat latihan English guna CD yang mama dia beli. Majoriti soalan-soalan tu dialah yang jawab. Aku mengiyakan je. Nak dijadikan cerita lagi, suatu hari aku pegang CD tersebut dan baca tajuk depan dia "English Series". Aku sebut 'siriyes'. Sedangkan perkataan tu patutnya disebut 'siriis'. Kawan aku tu terdengar aku sebut 'siriyes' lalu beliau pun ketawa terbahak-bahak lalu mereport hal berkenaan kepada mamanya dengan nada yang sungguh excited. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa malunya aku time tu. Semenjak peristiwa tersebut, aku berusaha sedaya upaya untuk mengimprovekan English ku dari segenap aspek. Bukan sahaja grammar, spelling, malahan penulisan dan percakapan pun aku usaha untuk improve. Akhirnya, usahaku membuahkan hasil dan English menjadi kegemaranku beserta dengan British accent. Tapi itu kesan menonton Harry Potter dan EPL setiap hujung minggu. Pointnya, melalui rasa malulah aku berusaha berubah. People change.


Semasa darjah 5, belajar subjek Kajian Tempatan. Adalah belajar tentang peta Malaysia. Masa tu, aku langsung tak ambil kisah hal-hal peta ni. Sekadar tahu nama negeri sudah. Nak dijadikan cerita, Cikgu Zaiton minta kami isi nama-nama negeri di atas peta Malaysia yang kosong. Masa tu ada 14 tempat kosong. Jadi kami semua buatlah latihan yang diberi. Beberapa hari kemudian, cikgu pulangkan buku latihan kami. Aku bukak buku dan tengok aku dapat 1/14. Satu je betul! Boleh teka kot negeri apa yang aku jawab betul. Negeri Sembilan lah kan. Masa tengok markah tu aku berkerut sedikit, tapi masih buat tak kisah. Tiba-tiba cikgu cakap "Ada sorang yang dapat 1/14 je. Sape dia? Angkat tangan. Cikgu nak tengok sape yang tak hafal peta Malaysia tu,". Gulp! Peluh dingin tiba-tiba. Cepat-cepat aku tutup buku, pandang-pandang orang lain. Langsung tak nak mengaku. Beberapa ketika kemudian, aku pinjam buku kawan sebelah, nak cek jawapan. Beliau takdelah betul semua, tapi at least lebih dari setengah la markahnya. Jawapan paling sengal yang masih aku ingat; aku letak 'Labuan' di kawasan 'Selangor'. Yang lain-lain tu wallahua'lam. Sejak peristiwa hampir-hampir kantoi satu kelas aku tak reti peta Malaysia, aku mula menjinakkan diri dengan peta dan atlas. Setiap kali ada pesta buku, atlas jadi benda wajib yang aku beli.



Kecintaanku pada ilmu geografi bertambah mendalam dan membuatkan aku mengambil subjek tambahan semasa SPM. Iaitu subjek geografi. Nak tahu sebab apa? Sebab geografi ada belajar pasal peta. Haha. Itu saja alasan aku. Dulu masa zaman aku SPM, siapa-siapa yang nak ambil subjek ekstra untuk SPM kena buat surat, hantar kat pengetua dan kena jumpa pengetua, bagitahu alasan-alasan kukuh kenapa nak ambik subjek ekstra. Aku tak pernah hantar surat pada pengetua. Jumpa pengetua lagilah tak pernah. Hinggalah suatu hari, guru geografi bertanya kenapa kami nak ambik subjek tu. Kawan-kawan ada yang jawab sebab nak jadi ahli kaji bumi, ahli kaji cuaca dan yang seumpamanya. Tiba masa untuk aku jawab, aku tersengih kat cikgu lalu menjawab "Saya suka peta dunia,". Memang sah sengal. Cikgu geleng-geleng kepala. Tapi aku tak kisah sebab aku memang suka gila geografi dan bila dapat keputusan A1 untuk SPM, aku datang senyum lebar-lebar kat cikgu sambil kata "Cikgu, saya dapat A1,". Haha. Semasa menatap result SPM ditangan, kenangan mendapat markah 1/14 untuk subjek Kajian Tempatan menerpa ingatan. Hingga hari ini aku masih menggilai Geografi dan peta dunia. People change.


Minatku pada fotografi bukanlah datang secara tiba-tiba. Ada satu peristiwa masin yang aku lalui semasa berusia 14-16 tahun yang menjadikan aku gila fotografi kemudiannya. Semasa cuti sekolah tak ingat tahun bila, aku sekeluarga pergi ke Bukit Tinggi, Indonesia. ikut rombongan ofis ibu. Ketika sampai di suatu kawasan lapang, tempat banyak petak sawah, suami kepada bos ibu minta aku tolong ambilkan gambar beliau dan isterinya. Kebetulan aku berada paling hampir dengan mereka. Aku relaks je ambil kamera digital tersebut dan bersedia untuk ambil gambar. Ketika aku baru nak snap, tiba-tiba uncle tu berkata "Eyh...cara awak pegang camera tu salah la. Mana boleh pegang macam tu nanti gambar goyang...blablabla". Kemudian beliau mengajar aku cara pegang camera yang betul. Time tu segan gila lah. Sebab hampir semua ahli rombongan memandang ke arahku hasil daripada suara uncle tu yang kuat dan menarik perhatian. Malu. Malu. Malu. Sejak peristiwa tu, aku mula mempelajari ilmu fotografi dan jatuh cinta dengannya. People change.

You see, people change throughout life. Kalau manusia tak berubah, maknanya manusia tak berusaha untuk mengimprove diri. Betul? Orang kata apa?....masih di takuk lama. So, benarlah manusia berubah. Kita semua berubah untuk kemaslahatan diri. Melakukan anjakan paradigma, mengislah diri, memperbaiki segala kelemahan. Berubah la tu kan namanya? Manusia berubah dari pelbagai aspek. Emosi, spiritual, pemikiran, tindakan dan sebagainya. Yang penting, perubahan yang dilakukan itu haruslah dengan niat kerana Allah. Kerana, tanpa niat yang benar, sia-sialah segalanya.

4 play the melodies:

beruanglegend said...

first thing first
aku dengan rasmi umum kau dalam era kebakaran
yang kedua
perubahan itu merupakan satu tajuk yang besar. jasmani, rohani, intelektual, sifat dan lain-lain
dalam kes kau perubahan daripada segi minat dan pengetahuan
dan aku rasa mamat yang kata manusia tak berubah itu mungkin membuat lakonan tidak setuju untuk melihat hujah kau

5 November 2010 at 00:35
Sarah Mustaza said...

oh...kebakaran! terima kasih. tapi tak tahu lagi kekal untuk berapa lama.
benar, perubahan satu tajuk besar dan dalam post ini aku hanya highlightkan satu jenis perubahan sahaja kerana point aku menulis entri ini bukanlah untuk memberikan hujah kepada kawan aku. sudah ku labelkan post ini dengan nama 'kerepek' bukan?
haha

5 November 2010 at 00:41
beruanglegend said...

dan bila masa pula aku cakap kau berhujah di sini?
sungguh konsisten dengan label
label di blog aku merepek dan tiada kena mengena dengan isi entri

5 November 2010 at 02:32
hanisahridz said...

huwaa best2 belaja geografi :)
rindu! huhu

17 November 2010 at 19:22
Related Posts with Thumbnails