Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Not that easy

Wednesday 10 February 2010

Makin lama makin kecoh rumah kami dibuatnya. Dari hari ke hari, ada saja muslihat baru yang dibuat oleh Cik T. Aku pun tak pasti berapa lama lagi kami boleh bertahan dengan kerenah nakal si adik kecil itu.

Pada suatu hari yang damai, ketika sedang menyiapkan tugasan mendesign plaque, aku terdengar sayup2 jeritan dari arah belakang. Disebabkan time tu tengah dengar lagu pakai headphone, jadi tak berapa nak dengar sangatlah dan aku pun buat tak endah je. Tapi makin lama makin kerap aku dengar jeritan tu. Hati mula rasa tak senang. Dari ruang tamu, aku meninjau ke arah bilik belakang. Pintu tertutup. Tiada tanda2 berlakunya sebarang bencana alam. Aku meneruskan kerja dengan fokus (ceh....). Beberapa ketika kemudian, Kak Ros buzz YM dan menghantar teks: Tlg!! Tlg!! Aku yang tak tau ape2 cerita pun terus la close chat box tu, huhu. Kacau je Kak Ros ni...haishh. Ku teruskan lagi membuat tugasan, memandangkan dalam masa sejam lagi, mesyuarat MTP akan bermula dan aku peru bentang pasal design tu. Kalau tak siap, memang nak kena belasah!

Tiba-tiba Kak Zah membuka pintu belakang dan memanggil namaku dalam nada suara yang agak tinggi a.k.a separa menjerit dan berkata: Sarah kena tolong ni! Aku dengan muka macho berlagak tenang bertanya: Kenapa kak? Tanpa berlengah, bagaikan seorang hero aku berjalan gagah menuju ke bilik belakang. Ekspresi macho di wajah lenyap sekelip mata apabila terlihat keadaan bilik yang gayanya macam baru lepas dilanda ribut taufan. Ternyata hipotesis pertama aku tadi silap. Memang ada berlaku bencana alam di sini. Sekali tengok pun dah dapat agak, ni mesti masalah Cik T.

Dengan semangatnya seseorang berkata: Cepat! Tutup pintu. Tolong kitorang tangkap dia!

Sepantas kilat aku menutup pintu, memulakan misi menangkap Cik T yang rupa-rupanya taklah semudah yang kusangka. Dalam misi ni, aku dilantik sebagai penangkap Cik T manakala yang lain2 bertindak sebagai pemerhati, pengawal keselamatan, jurukamera (sebagai bukti n kenangan, haha) dan tukang sorak. Senjata yang kami gunakan cukup mudah didapati di rumah, iaitu beberapa batang kayu dan sebuah baldi yang saiznya agak besar. Kenapa perlu kayu? Sebab Cik T tu suka menyorok belakang almari baju dan duduk situ diam2. Bajet kitorang tak nampak dia kat situ. Kak Zah mengganggu gugat keamanan Cik T dengan menakut2kannya dengan kayu. Bila takut, confirm la dia lari keluar dari belakang almari. Dan kemudian, tibalah turn aku untu menekupnya menggunakan baldi tersebut. Beberapa kali cubaan gagal kerana Cik T ni sangat licik dan cilik. Dengan mudahnya dia meloloskan diri dari ditekup.

Setelah hampir 20 percubaan gagal, dan apabila masing2nya termengah2 (kerana menjerit dan mengejar :P), aku berkata: Ok lah wei. Kitorang menyerah diri. Dah...keluar skarang! Dan Kak Zah pula menyambung: Ha ah...semua angkat tangan! (tanda menyerah diri). Sambil2 tu kami perhatikan segenap sudut bilik tersebut. Namun kelibat Cik T masih tidak kelihatan. Kami sekadar membayangkan Cik T turut sama mengangkat tangan. Confirm dia pun penat giler, haha. Sebab dah makin slow je dia lari. Namun kami tetap tak berputus asa. Setiap sudut kami geledah dan aku ternampak ekor berwarna hitam seakan2 tergantung di belakang kepala katil. Tanpa membuang masa, kayu selaku senjata utama ku capai dan aku pun menghunus kayu tersebut ke arahnya. Bertempiaran dia lari dan sepantas itu juga aku mengejarnya dengan membawa baldi. Satu...dua...tiga...tangkap!! Didorong dengan emosi, terasa bagai diberi kekuatan yang aneh, aku berjaya menekup Cik T dengan tepat menggunakan baldi....TAPI aku tak berjaya tekup sepenuhnya sebab separuh je badan dia yang masuk dalam baldi. Terdengar suara halus Cik T: Errkkk!! Sakit agaknya. Dengan tiba2 hadir rasa kasihan aku padanya dan ntah kenapa aku pun angkat baldi tu balik (dan membuatkan sume orang bengang, hahaha. Sorila sume...kihkihkih).




Sekali lagi, kami terpaksa berhempas pulas menangkap Cik T. Agaknya, sampai 100 kot cubaan kami sebelum aku minta izin nak keluar, pergi mesyuarat, huhu. Kak Zah, Kak Ros dan Kak Dhuha memandangku dengan wajah yang seolah2 berkata: Sarah....janganla pegi.

Tapi tanggungjawab peru diutamakan. Aku pun keluar dari bilik itu dan terserempak dengan Kak Ina yang kebetulan baru nak turun ke bilik mesyuarat. Kak Ina tanya kenapa aku tak siap lagi. Aku pun dengan ayat yang bagai peluru, mengexplain semuanya dan meminta izin untuk turun lambat sikit sebab nak tangkap tikus (boleh terima ke alasan tu??? haha...). Tiba-tiba Kak Ina cakap: Nak join!! Whoaaa...bagai orang mengantuk disorongkan bantal, kami mengalu2kan penyertaan Kak Ina dalam misi kami. Ajaibnya, dengan hanya sekali cubaan, tikus tersebut berjaya ditangkap! Terzahir ekspresi lega di wajah masing2. Kak Dhuha merakamkan detik2 manis tersebut sebagai kenangan pahit-manis-masin kami.

Aku pun bersiap2 untuk ke mesyuarat. Tiba-tiba terdengar jeritan keluhan dari bilik belakang. Alahaiii....dah terlepas la tu. Mesti ada orang yang angkat baldi tu...kuikuikui. Perasaan geram nak tangkap tikus masih membara dalam jiwa. Aku pun turun ke bilik mesyuarat dengan Kak Ina dengan semangat yang menggunung tinggi dan menyebabkan aku kurang rasa boring time meeting, haha. Bagus gak tu. Kalau tak, dah tak tau macam mana ketatnya muka ni apabila meeting memasuki jam ke 3...huh. Bila meeting dah selesai, aku pun masuk ke rumah dengan excitednya. Diorang kata, Cik T tak berjaya ditemui. Dah lari agaknye. Dan sampai ke saat post ni ditulis, Cik T tidak lagi berada di rumah kami. Ke mana agaknya dia?? Jangan2 dia tengah train satu batalion tentera nak menyerang rumah kami kot...huhu. Na'udzubillah....
(Kan bagus kalau ade benda ni kat rumah...)

p/s: Turkey! Here I come!!!

Konspirasi Dunia: Di manakah kita?

Thursday 4 February 2010

SONGS, SPORTS AND SEX.
FOOD, FASHION AND FUN.

Kedua-dua ungkapan tersebut tidak asing lagi bagi kita selaku mahasiswa dan mahasiswi khususnya, dan selaku masyarakat yang menimba ilmu umumnya. Propaganda musuh Islam yang sekian lama dirancang khas untuk melemahkan umat terbaik akhir zaman ini semakin lama semakin berkembang dan meresap secara senyap ke dalam urat saraf dan pemikiran kita. Secara tidak sedar, peperangan minda sedang berlaku dalam diri dan peperangan ini hanya bisa dimenangi oleh mereka yang benar-benar menyedari hakikat penciptaan mereka di dunia ini, iaitu untuk memperhambakan diri sepenuhnya kepada Allah. Tidak perlu kita berbicara tentang peperangan fizikal yang belum tentu lagi kita mampu menghadapinya. Dengan hanya melihat ke dalam diri dan keadaan dunia sekeliling, kita mampu menyaksikan betapa dahsyatnya doktrin-doktrin musuh Islam yang sedang memburu mangsanya.

Persoalannya di sini, adakah kita ingin dikategorikan sebagai mangsa atau sebagai pahlawan yang berjuang untuk melindungi agama dan umat? Fikirkan sejenak. Kita selaku mahasiswa dan mahasiswi yang telah sekian lama diberikan ilmu pengetahuan dan didikan agama semenjak kecil sepatutnya mampu menjadi golongan yang berjuang mempertahankan aqidah sendiri dan seterusnya menjaga kesucian agama yang syumul ini. Agak menyedihkan sekiranya kita berpendapat bahawa kita tidak layak atau tidak mampu untuk menjadi pejuang Islam, dan seterusnya dengan rela menjadi golongan yang hanyut atau digelar ‘mangsa keadaan’. Sesungguhnya, anugerah Allah dalam bentuk ilmu perlu kita fahamkan dan aplikasikan dengan cara yang terbaik untuk kemaslahatan bersama.
Berbalik kepada dua propaganda terbesar yang cukup terkenal di seluruh pelosok dunia pada hari ini. Di sini, tidak perlulah kita hujahkan satu persatu rancangan jahat dan bentuk-bentuk tipu helah yang dilaksanakan oleh musuh Islam. Saya yakin, kita semua cukup arif tentang maksud kedua-dua ungkapan tersebut, malahan saya lebih yakin jika diminta kita memberikan contoh untuk setiap satunya, kita akan dapat member jawapan lebih daripada yang dikehendaki. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita berada di kalangan orang-orang yang mengetahui. Tetapi cuba fikirkan. Cukupkah sekadar mengetahui? Cukupkah sekadar tahu, tetapi tidak melakukan apa-apa tindakan? Atau adakah kita orang yang tahu, dan turut sama melibatkan diri dalam menjayakan propaganda mereka? Jawapannya terletak dalam diri masing-masing. Tepuk dada, tanyalah hati yang dibimbing penuh oleh iman dan bebas daripada nafsu.
Ambillah seminit dua untuk melihat keadaan di sekeliling kita. Jika selama ini kita teralu sibuk dengan urusan dunia dan menuntut ilmu, kita mungkin tidak sedar bahawa anasir jahat ciptaan musuh Islam itu telah pun berada begitu hampir dengan kita. Mungkin juga ada di antara kita yang berasa selesa dengan anasir tersebut kerana pandangan yang terhijab daripada kebenaran. Benarlah seperti sabda Rasulullah: “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”. Lantaran itu, tanyakan pada diri sendiri, adakah kita merasakan dunia ini bagaikan syurga yang indah atau sebaliknya.

Tidak dinafikan dunia yang semakin berkembang maju teknologinya ditambah pula dengan arus globalisasi yang menghujani kita tanpa henti membuatkan kita semakin lupa akan hakikat sebenar penciptaan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Cukup dengan dua objek bersegi empat ciptaan manusia, iaitu televisyen dan komputer, anasir jahat lagi menyesatkan sudah mampu meresap ke dalam akal fikiran dan hati kita. Jangan salahkan pihak penerbit rancangan televisyen kerana mempersembahkan hiburan secara berleluasa dan melimpah ruah, tetapi tanyakan pada diri sendiri apa tindakan kita untuk mencegahnya. Jika sekadar membenci di dalam hati, mengumpat di kedai kopi, kita belum lagi berusaha untuk menyelamatkan diri dan orang sekeliling daripada bahaya yang menimpa. Tanyakan pada diri, kita selaku mahasiswa dan mahasiswi, adakah kita juga turut meraikan hiburan yang dihidangkan selama 24 jam di hadapan kita? Jangan cuba untuk menipu diri sendiri, wahai sahabat-sahabat.

Akuilah bahawa selama ini, kita terlalu dahsyat dilalaikan dengan keseronokan yang dipaparkan oleh skrin televisyen dan monitor. Contoh terdekat yang dapat saya berikan: Cuba lihat apakah aktiviti yang paling popular di kalangan kita setelah berakhirnya musim imtihan? Dari sebuah rumah rumah ke sebuah rumah, kita dapat melihat sahabat-sahabat kita yang tidak lekang daripada laptop masing-masing. Sama ada menonton filem, drama, melayari alam maya untuk tujuan keseronokan, bermain game dan sebagainya. Bukanlah saya ingin mengajak sahabat-sahabat supaya berpuasa daripada melakukan perkara sebegitu, Cuma ada baiknya jika kita muhasabah diri dahulu sebelum melakukan sesuatu. Adakah sudah cukup ibadah kita kepada Allah sehinggakan kita mempunyai masa untuk bersuka-suka sedangkan tidaklah kita diciptakan di dunia untuk bergelak ketawa, melayan nafsu yang hina. Kita sering menyalahkan pelakon, penyanyi dan penghibur yang menjadi medium untuk menyampaikan anasir jahat. Tetapi cuba lihat ke dalam diri kita, adakah kita juga menjadi alat penyebar pengaruh negatif, sama seperti mereka? Tanyakan pada diri, adakah kita turut serta menyanyikan lagu-lagu yang berunsur syirik, seringkali menjadikan lagu-lagu tersebut sebagai halwa telinga, mengajarkan lagu-lagu sebegitu kepada orang lain? Adakah kita turut serta menonton cerita-cerita yang pokoknya berunsur duniawi semata-mata, kemudian kita menggemarinya dan seterusnya menyampaikannya kepada orang lain? Jawapan sebenar kepada persoalan itu memerlukan kejujuran yang tinggi dari diri kita.

Persoalan besar yang harus ditanyakan kepada diri ialah sejauh mana telah meresapnya anasir negatif itu di dalam diri kita? Adakah kita hidup dengan mengamalkan budaya songsang mereka? Saya ingin mengajak sahabat-sahabat membuka mata dan berfikir sejenak. Antara Al-Quran dan laptop, yang manakah sering kelihatan berdamping dengan kita dalam kehidupan seharian? Antara zikir dan lagu-lagu lagha, yang mana satukah yang ringan di lidah kita setiap hari? Antara forum agama dan perlawanan bola sepak, yang manakah menjadi pilihan kita untuk dijadikan aktiviti hujung minggu? Antara hadith Rasulullah sallallhu’alaihi wasallam dan gossip-gosip panas, yang manakah lebih banyak menjadi topik perbualan kita? Sesungguhnya, sudah terang lagi nyata perbezaan antara keduanya, namun kita selalu tewas dengan nafsu sendiri. Tidak wujud alasan ‘sekali-sekala’ atau ‘sekejap saja’ kerana ketahuilah, kematian dan kiamat amat hampir dengan kita.

Salah satu anasir yang telah menjadi budaya bagi kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut ilmu Allah ialah berpasangan, atau dalam bahasa mudahnya, bercouple. Tidak dinafikan, penuntut ilmu cukup arif tentang larangan Allah terhadap perbuatan bercouple. Mendekati zina itu haram, maka segala perbuatan yang mempunyai sangkut-paut dengannya juga adalah haram. Jangan cuba mempertahankan alasan mereka yang bercouple ini sebenarnya tidak mendekati zina. Mungkin secara zahirnya tidak kelihatan, tetapi zina hati tetap akan berlaku. Fikirkanlah dengan akal yang sihat dan sejahtera. Hati yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita sebagai tempat untuk mengingati Allah setiap masa kita gunakan untuk mengingati manusia yang tiada ikatan sah dengan kita. Zalim, cukup zalim diri kita sekiranya kita berbuat begitu. Perbuatan tersebut sudah cukup terkutuk, apatah lagi jika kita berusaha mempertahankannya dengan pelbagai helah dan alasan yang bertunjangkan nafsu semata-mata.

Antara anasir negatif lain yang cukup sebati dengan hidup kita ialah melalui sukan. Seperti yang kita sedia maklum, sukan bola sepak merupakan antara sukan yang paling mendapat tempat di hati umat manusia pada zaman ini, sama ada berbeza bangsa, agama mahupun bahasa. Sering kali kita melihat bola sepak tampil menjadi isu utama yang sentiasa hangat diperkatakan di seluruh dunia. Hal ini membuktikan bahawa sukan ini boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan setiap bangsa di dunia. Tidak dinafikan, sekali sekala wujud perpaduan di antara peminat bola sepak walaupun berbeza agama dan bangsa. Namun harus kita ingati, sukan tersebut lama kelamaan menjadi kegilaan masyarakat yang akhirnya melahirkan golongan yang taksub dengan permainan tersebut. Mereka sanggup membelanjakan harta semata-mata untuk menonton perlawanan pasukan kesayangan mereka, juga untuk membeli barang-barang yang berkaitan dengan pasukan pilihan mereka. Apabila timbulnya perselisihan antara pemain, peminat pula yang bersungguh-sungguh berbalah dan akhirnya berbunuhan sesama sendiri. Tidakkah kematian mereka itu sia-sia sama sekali? Mereka mempunyai peluang untuk syahid di jalan Allah, terkorban ketika memperjuangkan agamaNya tetapi mereka memilih untuk mati dalam keadaan hina dan sia-sia.

Hakikatnya, manusia diciptakan dalam keadaan yang sungguh unik. Masing-masingnya memiliki pendapat, pemikiran dan pandangan tersendiri. Kita semua mampu menilai baik dan buruk sesuatu perkara, apatah lagi sekiranya perkara tersebut telah digariskan halal dan haramnya. Namun harus diakui, selaku manusia kita memiliki banyak kelemahan dan yang paling utamanya ialah kita berpotensi untuk lupa dan lalai. Jadi di sini, ada baiknya jika kita mengamalkan budaya saling mengingatkan agar kesejahteraan umat Islam terjamin. Sebaiknya, kita perlu mendidik diri agar menjadi insan yang berlapang dada dan boleh menerima teguran orang lain.
Related Posts with Thumbnails