Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Kiranya Engkau Tahu

Friday 29 October 2010

Di sini saya ingin mendedikasikan sebuah lagu untuk....

Tak, ini bukan post santai tentang lagu. Post hari ini sekadar reminder untuk diri sendiri, dan siapa-siapa yang perlukan reminder sebegini rupa. Kalau hari ini anda berniat baca blog ini untuk santai, jangan teruskan pembacaan. Klik pangkah, dan silalah kunjungi blog lain yang lebih santai. Juga kepada anda yang tercalit walau sedikit pun rasa hebat dalam diri, pergilah ambil tasbih dan beristighfarlah. Itu lebih baik daripada membaca blog ini. Untuk anda yang sekian lama menyibukkan diri dengan urusan dunia hingga terlupa waktu untuk bersama Tuhan, abaikan blog ini dan luangkan masa untuk ber'uzlah. Kepada anda yang berada di zon selesa, tinggalkan blog ini sehingga pada suatu masa, anda faham apa itu perjuangan, kemudian barulah datang ke sini semula.

Tapi, sekiranya dalam hati anda ada taman semangat juang, ahlan....dan selamat membaca.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami, yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman seperjuangan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

Bukan untuk yang cepat mengalah, yang meletakkan qiamullail, usrah dan kerja-kerja dakwah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
Bukan untuk yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong.
Bukan untuk yang hanya tahu compare kumpulan itu dengan kumpulan ini, yang boleh mengkritik dan menilai pergerakan ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam kumpulan ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information. Apabila diminta hadir, dia mengeluarkan seribu satu alasan.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”




Ini bukan hasil nukilan aku. Seorang pejuang yang memberikannya. Aku ingin kongsikan dengan kamu, yang punyai keinginan dan paling penting kefahaman tentang perjuangan. Semoga kita temui erti keikhlasan. 



~Bersatu kita teguh, bercerai kita kawin lagi roboh~ 

masih merangkak

Monday 25 October 2010

Suatu malam di akhir PSMB II....

M: Sarah, macam mana ni, saya tak reti la guna Canon....

M sedang khusyuk membelek-belek camera Canon 450D di tangannya. Aku datang menghampiri. Buat-buat tak dengar.

Aku: Ha?
M: Ni, macam mana ni? Tak biasa la guna Canon. Kalau Nikon, reti la.

Aku menelan air liur. Eh dia ni...tanya macam la aku reti. Haha.Tapi disebabkan nak maintain macho, maka aku pun berkata....

Aku: Erm....M try je snap satu. Lawa nanti gamba dia. Tadi kita guna lawa je.

Tanpa aku sedari, camera yang aku guna lain lens nya T_T. M kelihatan tak puas hati. Masih lagi membelek-belek camera tersebut. Dalam hati aku doa banyak-banyak jangan la dia tanya aku soalan pelik-pelik. Sebab aku guna tadi lawa sungguh gambar. Takde apa pun yang di adjust.

M: Macam mana nak adjust aperture dia ni?

Ha? Ape benda la pulak aperture tu? Haihhh. Mana la aku tau. Yang aku tau tekan-tekan yang bulat tu, pastu adjust adjust sikit nak dapatkan angle lawa, fokus, tu je.

Aku: Errr....M. Kite bukan reti sangat istilah-istilah ni. Hehe.

M tersengih. Masih lagi membelek-belek camera. Pada pengamatan aku, beliau sedang cuba mengadjust nombor-nombor yang pelbagai. Errr....sumpah aku tak tahu.

M: Ish....exposure blablabla....ISO blablabla....shutter blablabla..... Habis tu Sarah guna ni macam mana?
Aku: Haha. Dia guna lagi istilah-istilah pelik..... =.='

************************************

Perbualan YM dengan seorang rakan, semalam.

A: Aku lagi suka main teknik-teknik best. Light painting, light trail....blablabla   (la ilaha illlallaah....guna istilah pulak dia)
A: Nak cuba teknik baru. Tengah tunggu nak beli filter baru......   (filter tu amende?)
A: Baru ni cuba spin shoot. Hehe.   (err...spin shoot tu ape benda pulak?)

Kalau ikut kebiasaan, aku goreng je apa-apa idea supaya tak nampak kuno. Haha. Tapi kali ni memang aku tak faham apa-apa =.='  .

********************************

Tengah hari tadi M datang rumah, bawa majalah The Ultimate Guide to Digital Photography. Teruja gila aku dibuatnya. Kebetulan camera 550D ada dalam tangan. Jeng3......

M: Haaa kamu baca la buku ni. Nanti boleh main-main dengan camera tu. Boleh tau istilah-istilah.

Sepanjang tengah hari kami berbual tentang photography,jenis-jenis camera dan testing 'menembak'. Baru aku faham serba sedikit cara nak setting camera. Ngeh3....

Berikut gamba-gamba yang aku ambil selaku bayi baru merangkak yang tak tahu apa-apa. Ni kira gambar yang aku ambil tanpa pengetahuan sebarang istilah. Lepas ni kalau dah master, maybe lain kot jadinya.








Eh...apesal gambar Betty je? Sebab ni je model yang aku ada. Hahaha. Mula-mula Betty syok la aku ambik gamba dia banyak-banyak. Terasa seperti selebriti gitu. Lama-lama dia buat muka bengang. Heh. Sorry Betty! Kamu comel sangat! ^__^

p/s: bab-bab meng edit lagi la lemah. rasa macam kalau tak edit gamba, lawa je. haha

Isu Semasa

Sunday 24 October 2010

Sudah menjadi kebiasaan dalam suatu program orientasi, mesti ada LDK. Dan lagi kebiasaannya, dalam LDK mesti ada sesi soal jawab berkenaan isu semasa. Semenjak aku sekolah rendah lagi, perkara ni memang satu kebiasaan yang biasa sangatlah. Pelik jadinya kalau dalam LDK, tak kena tanya tentang isu semasa.

Dahulu, sebagai seorang anak yang agak 'rajin' membaca surat khabar, aku memang gabra sungguh apabila ditanyakan tentang isu semasa. Tak pasal-pasal jantung berdegup laju, peluh dingin membasahi dahi, bibir jadi pucat dan kering. Semuanya gara-gara tidak mengambil tahu isu semasa, lalu tiada jawapan bernas yang boleh diberikan apabila ditanya. Mana boleh main goreng-goreng jawapan. Nanti sendiri dapat malu because we are talking about current issues, not fantasy.

Lama juga aku buat tidak peduli pada isu semasa sehinggalah tiba suatu ketika, di mana aku perlu menghadiri interview beberapa penaja untuk mendapatkan biasiswa ke luar negara. Time tu barulah kelam kabut menyelak-nyelak surat khabar. Barulah terhegeh-hegeh nak hafal nama-nama menteri. Nak dijadikan cerita, masa interview sebuah penaja, baru selesai pilihan raya time tu. Parah, memang cedera parah aku dibuatnya.

Pegawai I: Siapa Menteri Besar Negeri Sembilan?
Aku: Dato' Seri Muhammad bin Haji Hassan.
Pegawai I: Oh...kenal la?   (provoke weyh...)
Aku: Kenal sangat. Ayah saya sekampung dengan Menteri Besar. Orang Rantau.....  (hahaha. gabra sangat kot kena provoke sampai aku menyatakan fakta yang tidak perlu)
Pegawai II senyum sedikit dan mengangguk-angguk. Aku telan air liur.
Pegawai III: Rantau kat mana?
Aku: Kat Negeri Sembilan.
Pegawai III: Memang la kat Negeri Sembilan. Bahagian mana?     (muka ketat)
Aku: Kat pekan Rantau.    (heh? yeke?)
Pegawai III: Bukan ke rumah Menteri Besar kat Kuala Sawah?
Aku: Oh...ha ah. Dekat-dekat la tu.....   (serius rasa nak pengsan. tapi aku yakin dengan jawapan aku)

Pegawai II: Apa yang berlaku baru-baru ni?

Aku: Pilihan raya.

Pegawai II: Ok. Siapa Menteri Pengajian Tinggi?

Aku: ...................................urm..................  (mata meliar mencari-cari carta Kabinet Malaysia kot2 ada tergantung kat dinding bilik tu)

Pegawai I angkat kening. Aiseh...mati la aku. Tenang-tenang. Fuh!

Aku: Dah tukar kan?  (heeee~)

Pegawai II: Ye, dah tukar. Siapa nama yang baru ni?

Aku: Erm.......................................  (yang lama pun aku tak ingat. inikan pulak yang baru. waaarghhh!)

Pegawai III: Kamu ni nak pergi belajar luar negara. Tapi nama Menteri Pengajian Tinggi pun kamu tak tahu. Macam mana ni?

Aku mengerutkan dahi. Eh...apa kaitan aku nak pergi belajar ke Mesir dengan nama Menteri Pengajian Tinggi? Sungguh aku blur time tu. Tak nampak apa perkaitannya.






Ditakdirkan aku orang first yang diinterview. Soalan-soalan yang kawan-kawan lain dapat lagi menambah tegangkan urat otak.

-Negeri Sembilan ada berapa dewan undangan negeri?
-Kamu rasa siapa yang layak jadi Perdana Menteri?  (apakah motif soalan ni? kalau aku dapat soalan ni, tak tau lah apa jadi. pitam kot. haha)

Sebuah lagi interview....
Pegawai I: Tell me about the current issue.
Aku: Election...blablabla  (aku pun tak ingat aku goreng apa)
Pegawai II: Okay, good. What else?
Aku: (huh? else? I don't know.....T_T)

Semenjak peristiwa 'tak tahu nama menteri' tu, aku memaksa diri untuk berubah. Bacalah surat khabar, tengok lah berita walaupun kadang-kadang susah nak percaya dengan berita-berita. Kalau berita Liverpool menang lawan Chelsea ke, MU ke aku percaya >_<.

Semenjak berada di Mesir, 2 kali aku jadi fasilitator yang tugasnya berbual tentang isu semasa dengan peserta. Kali pertama time isu pembuangan bayi dan Sosilawati tengah hangat. Majoriti peserta tahu akan isu tersebut. Maka mereka bercerita sambung menyambung.

Kali kedua, time isu IFF dan Bajet 2011. Tak ramai peserta yang tahu akan hal tu. Ada la beberapa peserta yang nampaknya sangat mengambil tahu akan hal ni, dan terdapat juga yang muka blur-blur tak tahu apa-apa. Sangat mengingatkan aku tentang keadaan aku dulu. Haha.

Seronok juga berbicara dengan mereka yang peka dengan isu semasa. Aku buat-buat lah muka blur, tak tahu tentang bajet 2011. Memang aku suka buat muka blur, sebab nanti orang yang menerangkan tu akan menerangkan lebih-lebih. Salah seorang peserta menerangkan secara agak terperinci kepadaku perihal bajet 2011. Perihal wang disalurkan untuk mengislah pejabat menteri, perihal menara 100 tingkat dan macam-macam lagi. Aku mendengar dengan penuh khusyuk. Kemudian beliau masuk pula kepada isu IFF. Seterusnya isu Sosilawati yang dibesar-besarkan pihak media hingga mengenepikan isu pembakaran Al-Quran, kata beliau.

Selesai berbual-bual, aku rasa segan, malu, rendah diri. Matang sungguh kesedaran junior tersebut. Aku pada usia beliau, masih lagi blur hal isu semasa ni. Umur dah 20 baru nak ambil tahu. Nasib baik nak ambil tahu. Ish3....

Yang paling best apabila beliau berkata....
"Akak nak tau....."
"Akak tau tak...."

Comel ^__^. Ditambah lagi dengan aku yang beriya-iya buat reaksi tak tahu isu semasa, sambil muka excited mendengar penjelasan beliau, maka bertambah semangatlah beliau bercerita.Semua faktanya sama seperti sumber. Kiranya beliau tak goreng cerita lah. Bagus betul.

Tak rugi kalau kita ambil tahu hal isu semasa. Aku masa mula-mula baca blog Faisal Tehrani agak terkial-kial, sebab beliau menceritakan tentang isu semasa dalam bentuk kiasan. Bila baca komen-komen pembaca, rasa nak gelak sebab ada juga yang tak ambil tahu, siap tanya isu tentang apa. Begitu juga di Facebook. Ada yang ambil berat tentang isu semasa lalu menulis sesuatu tentangnya di status. Ada juga yang buat tak tahu tentang isu semasa, tapi sibuk-sibuk nak komen. Maka jadilah.....

Status: Bila urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka nantikan saja kedatangan kiamat! (Ditujukan sempena IFF)

Komen I: IFF tu ape?

Komen II: Islamic Fashion Festival. Kau ni tak ambik tau isu semasa ke?

Keh3. Kelakar pulak. Ambil je lah tahu tentang isu semasa. Bukannya rugi pun.

p/s: dulu, masa aku mula-mula sampai ke Mesir, berkata seorang tua kepada kami: tak perlu susah-susah ambil tahu hal-hal kat Malaysia. Tugas kamu datang ke sini untuk belajar je.
Erm...yelah. Tapi daripada layan internet, bukak youtube, layan FB, ada baiknya baca pasal isu semasa kan? ^__~

Siempre recuerda

Thursday 21 October 2010

~Ingat selalu~



~Amalkan~



~Jangan buat-buat lupa~

p/s: hidup ini tarbiyah ^__^

Belajar dan terus belajar~

Monday 18 October 2010

Dalam tempoh seminggu ni banyak sungguh perkara yang aku belajar. Tak, bukan belajar dalam kuliah. Sebab kuliah bukannya pergi hari-hari. Heh. Okay2, start minggu depan aku pegi kuliah hari-hari. InsyaAllah.

Pengajaran yang aku terima ibarat perjalanan hidup selama 10 tahun atau lebih. Ceh...ayat nak poyo je kan. Tapi memang benar, minggu ni agak menyentuh hati, jantung, perasaan, liver, kidney, heart aku sampai aku rasa suatu perubahan aku perlu lakukan dalam hidup ni.

1. Allah tak menurunkan ujian kepada hambaNya yang tak mampu menanggungnya.

Ujian dan hukuman datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dah banyak kali aku menuturkan ayat di atas kepada diri sendiri dan orang lain. Cuma, malam ni aku agak tersentuh sebab ada seorang junior menuturkan ayat di atas kepadaku. Aku kalau junior cakap benda-benda yang best ni agak cepat tersentuh, berbanding kalau orang yang sebaya cakap dengan aku.

Alkisahnya bermula apabila dia bertanyakan mengapa aku perlu balik ke Malaysia. Semuanya gara-gara ubat NDI yang doktor bagi tu dah habis dimakan, licin. Tapi keadaanku masih sama. Atau mungkin nak kata lebih teruk pun boleh jugak. Maka selepas perbincangan dengan beberapa orang senior, ada yang suruh aku balik je Malaysia, buat check up semula. Ada juga yang suruh cek kat sini. Haaa...decisionnya kita masuk ke no. 2 nanti.

Asalnya tiada masalah besar pun. Alaaah...biasalah ubat tak berkesan. Dah berapa jenis ubat pulak aku telan sejak 3 tahun yang lalu. Tapi yang menjadi isunya apabila something wrong somewhere terjadi kat mata aku. Mata ni...manusia sangat concern. Bak kata Dr Syaheera "Manusia akan jadi gelabah giler apabila berhadapan dgn 3 perkara ni: darah yang banyak melimpah ruah, mata yang kabur tidak dapat melihat, dan lumpuh". So, disebabkan sudah kerap kali berlakunya double vision dan sangat photophobia mata ini, maka aku membuka mulut untuk bertanya kepada senior. Hasil daripada perbincangan, seperti di atas lah. Balik, atau tidak.

2. Allah Maha Mengetahui

Untuk hal sama ada mahu balik atau tidak, seorang senior mengesyorkan saya buat solat istikharah untuk perkara ini. Bukan apa, Allah lebih tahu mana yang terbaik kan? Memang la aku sangat mahu mengelakkan cek kat sini sebab masa Tahun 1 dulu dah jumpa ramai pakar, duit pun melayang berjuta-juta, tapi resultnya sia-sia. Tapi, siapa tahu. Maybe kalau pegi check kali ni, doktor jumpa sesuatu yang baru. Hah!

So, dalam apa perkara pun yang kita buat, dalam part nak buat keputusan yang besar, mintalah pertolongan Allah. Dia lebih tahu tentang diri kita.

p/s: Istikharah ni bukannya kena buat time nak kawen je >_<

3. Bergurau ada batasnya

Aku sangat terkesan dengan satu peristiwa ni yang melibatkan aku dan sahabat baikku. (Baik ke? Aku rasa kau baik je. Tapi kalau kau rasa kau tak baik, takde masalah) Semenjak peristiwa tersebut, aku mula memuhasabah diri ini yang gemar buat perangai suka bergurau tahap tinggi tak ingat. Baik, lepas ini saya akan lebih menghargai sahabat-sahabat. InsyaAllah. Kalau sahabat-sahabat ternampak saya buat lawak atau bergurau tahap tinggi tak ingat dunia, maka silalah buat apa-apa untuk menegur saya.

p/s: ingat akhirat lebih baik :)

4. Marah tidak akan menyelesaikan masalah

Alkisah penumpang tremco bergaduh dengan driver tremco kerana duit segenih. Segenih weiii....segenih je! Haihhh laaa tak tau macam mana nak cakap kat mereka ni. Disebabkan segenih punya pasal, habis tingkap tremco tu dipecahkan. Tapi tak selesai jugak pergaduhan. Lepas penumpang hangin tu pecahkan tingkap, penumpang lain semua turun. Tak tahu lah apa terjadi seterusnya. Nampak gaya makin ramai orang datang masuk campur.

Masalah tu boleh je selesai. Sama ada penumpang yang muda belia berdarah panas tu bagi je segenih kat driver, atau driver berumur tu halalkan je segenih. Segenih je pun lah! Tapi masa mereka gaduh tu tak ada siapa-siapa pun yang sebut "Sollu 'alannabiy". Maybe sebab tu mereka tak berhenti bergaduh agaknya.

5. Erti hidup pada memberi

Semenjak aku rajin nak buat kerja-kerja buruh ni, ramai junior bertanya "Kenapa akak susah-susah tolong kami?". Jawapannya senang je dik. Kita hidup ni, tak boleh la selalu nak menerima je. Seelok-eloknya kita memberi. Ya, dulu masa sekolah pun aku hairan kenapa ada manusia yang perangainya suka buat itu ini, tolong orang lain. Kadang-kadang aku naik pelik, naik rimas tengok mereka sangat beriya membuat kerja, menolong orang.

Tapi beberapa peristiwa mengajarku bahawa kita tak boleh hidup untuk diri sendiri. Tak bermakna la hidup ni kalau kita hidup untuk diri sendiri. Sia-sia tahu? Dah berapa lama aku bazirkan hidup ini, tak buat apa-apa melainkan untuk diri sendiri. So, suatu hari aku pasang azam untuk jadi seperti mereka yang tak kenal penat lelah bekerja untuk Islam. Adik-adik, suatu hari nanti kamu akan faham ^__^.

p/s: lagipun aku tak busy dengan kuliah. so, daripada tido, main game, layan movie, baik buat kerja2 berfaedah. haha



Saje je letak gambar ni, sebab ia bunga dan ia pink. Tiada kaitan dengan isi dan tajuk.

Unique

Saturday 16 October 2010

Walaupun Ali dan Abu kembar seiras, sukar untuk dibezakan dengan mata kasar, namun mereka mempunyai pasukan bola kegemaran masing-masing. Ali minat Al-Ahly, manakala Abu pula minat Galatasaray. Mereka bukan sahaja tidak sependapat berkenaan hal bola, malah juga hal-hal lain. Mungkin apabila bertemu mereka berdua orang ramai akan anggap mereka sama dari segala aspek. Tapi manusia selalu terlepas pandang satu perkara. Setiap manusia memiliki akal dan daripada itu lahirnya pendapat yang berbeza-beza.


Seringkali dalam menjalani kehidupan moden yang semakin mencabar ini, kita merungut dan mengeluh apabila terpaksa berhadapan dengan manusia yang tidak sependapat dengan kita. Atau dalam bahasa pasarnya, tak sekepala. Kadang kala dek terlalu emosi, kita turutkan hati sampai terlupa bahawa setiap orang berhak untuk memiliki pendapat masing-masing. Biarpun orang tersebut adalah ahli keluarga kita sendiri, adik-beradik kita, ataupun kembar kita, masih ada probability untuk tidak sependapat. 


Kerana manusia ini unik. Masing-masing Allah kurniakan akal. Bukan sekadar otak. Tapi kita dapat akal, yang membuatkan kita lebih istimewa daripada haiwan dan unik dari segala segi.


Tapi, apabila manusia tak menggunakan akal dengan sebaiknya, lebih teruklah jadinya daripada haiwan. Ya, memang manusia berhak untuk memiliki pendapat masing-masing. Kerana manusia lain tidak mempunyai kuasa istimewa untuk menukar pendapatnya secara total dan segera. Tapi kita harus ingat, dalam pada kita menggunakan akal, kita sentiasa terdedah kepada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi akal. Jangan terlalu cepat menyalahkan syaitan. Lihat dulu ke dalam diri sendiri. Ada emosi, ada nafsu, ada hati, ada iman...macam-macam ada. 


Sebenarnya, apa yang kita fikirkan kita zahirkan melalui perbuatan atau kata-kata. Dari situ kita dapat lihat sama ada seseorang itu pemikirannya jenis yang macam mana. Sama ada jenis manusia yang memang secara keseluruhannya memikirkan tentang dirinya, hidupnya, segalanya tentang diri sendiri, atau  jenis manusia yang berfikir untuk orang lain, berfikir untuk ummah dan masa depan ummah. Sudah tentu banyak lagi jenis manusia kerana hakikatnya manusia sangat unik apabila diberikan akal. 

Namun sebagai umat akhir zaman, sebagai manusia yang hidup sebagai umat Muhammad S.A.W, sebagai hamba Allah yang dilahirkan ke dunia apabila Islam itu tidak lagi dijadikan sebagai gaya hidup, namun disempitkan hanya sebagai ibadah......layakkah kita yang masih hidup pada hari ini menggunakan akal yang sihat yang Allah beri untuk sekadar berfikir tentang diri sendiri? Tak perlu susah-susah, kelam kabut pandang orang lain. Lihat saja pada diri sendiri. 

Apa yang kita fikirkan selama ini ye? Aku belajar rajin-rajin nak jadi doktor nanti dapat gaji banyak boleh beli rumah besar, kewangan stabil, tak perlu membebankan suami, masa depan anak-anak pun terjamin. Aku dapat banyak duit biasiswa. Boleh beli baju cantik-cantik, yang trendy. Mahal sikit pun takpela, aku mampu. Ni kan duit aku. Kalau tak guna untuk diri sendiri, nak guna untuk apa lagi. Aku stress la baca buku medik ni. Tebal tahap dewa. Layan movie lah. Main game best jugak. Pegi jalan-jalan kat City Stars ke. Boleh release tension. Apa lagi nak buat kan? Lawa lah Taylor Swift punya bracelet. Ada jual kat e-bay pulak tu. Ishh...tak boleh jadi, kena beli jugak ni. Duit banyak, nak guna untuk apa lagi. Bulan lepas aku belanja sikit je. So bulan ni boleh la aku beli sunglass baru, kasut Adidas, trench coat MNG, sebab yang tahun lepas punya tak up-to-date, handbag aku ni pun nampak lusuh je. Aku kena la dress up lawa-lawa nanti mamat tu pandang aku. Aku nak pakai tudung labuh supaya nanti orang respect kat aku. Nanti diorang kata aku alim.
Kita macam ni kah agak-agaknya? Pemikiran begini tidak akan terhenti selagi manusia itu tidak dapat memenuhi kehendaknya. Dan ketahuliah, sesungguhnya terlalu sikit manusia yang bersyukur dengan nikmat yang dia ada. Segalanya serba tidak cukup. Justeru, wajarkah kita untuk masih memikirkan tentang diri sendiri dalam keadaan dunia masa kini yang serba dahsyat? 

Tulis post panjang-panjang pun tiada guna. Sebab setiap manusia mempunyai akal masing-masing. Terpulang kepada diri masing-masing untuk memilih perkara apa yang selayaknya untuk difikirkan. Benar, bukan semua bersetuju kita perlu berfikir untuk ummah. Tapi ingatlah, jangan cetekkan akal kurniaan Allah itu untuk hanya sekadar berfikir tentang perkara yang menguntungkan diri sendiri. Apa bezanya kita dengan kucing kalau kita hanya mementingkan diri. Betul kan? 

~Sekiranya kita hidup untuk diri kita sahaja, maka kehidupan akan menjadi pendek dan terhad. Sekiranya kita hidup untuk orang lain, maka kehidupan kita panjang dan bermakna~


p/s: kool fever mode.

Susah ke?

Tuesday 12 October 2010

Since tahun 2008, bila kami students perubatan Ain Shams masuk ke kelas sebagai pelajar tahun 1, majoriti kami kena kejutan budaya. Yakni (perghh guna 'yakni' !) dari segi loghat negeri sahabat seperjuangan. Setiap tutur kata yang diucap akan terselit kalau tak banyak, sedikit loghat negeri masing-masing. Aku, selaku anak jati Negeri Sembilan memang kena culture shock yang agak hebat. Almaklumlah, selama ni biasa dengan loghat N9 je. Maka semasa di tahun 1, aku bukan sahaja struggle untuk faham percakapan doktor meskipun dalam Bahasa Inggeris tetapi berdialek Arab, tapi aku juga berusaha keras untuk faham percakapan sahabat-sahabat sekelas.

#1
Yat  (Kedah): Sarah apa habaq hari ni?
Aku senyum. Tandanya faham. Bangga sebab faham. "Habaq baik,"


#2   (YM)
Ah (Ganu): Sarah ade buat research dop?
Aku: Ha?
Ah: Sarah buat research dop?
Aku: Dop tu ape?
*Gelak guling-guling bila teringat perbualan ni*


#3
Ayu (Melaka): Ape besau nau beg dia tu. Eh...ko paham ke aku cakap ni?
Aku: Paham, paham. Besau nau, besar benar. Kan?    (bangga)


 #4   (Dalam tremco baru2 ni)
Junior Sabah 1: Rusak sudah kreta ni. Kamu la masuk duit lambat!
Junior Sabah 2: Kamu pikir ini percuma?
Junior Sabah 3: Ku pikir kamu bayar skali.
Junior Sabah 1: Tengok. Berenti sudah dia. Pusing belakang marah-marah. Nasib baik tak suruh turun.
Junior Sabah 3: Berenti sudah.
*Mereka sedang berbalah sebab ada kawan mereka terlupa nak bayar tambang tremco sampai ammu tremco marah-marah berhentikan tremco*


#5      (dalam kelas)
Kawan 1: Weh, aku tak penah dengar budak-budak Negeri Sembilan guna loghat nogori.
Kawan 2: Ha ah weh. Tak penah pun.
Aku: Oh. Maybe sebab kitorang duduk bandar, so tak biasa guna.


#6     (YM)
Kawan 3: Apsal ana tak penah dengar budak N9 cakap loghat negeri ha?
Aku: Erm...............................
Kawan 3: Amin tak penah. Munzir, Fahmi pun tak penah. Alep ngan Shazwan lagi la tak penah.
Aku: Kami guna bahasa standard. Senang semua orang nak faham.     (yeke? haha)


#7    (di rumah)
Nuha: Sarah tengah YM ngan ayah Sarah ke? Nak join!
Aku: Boleh-boleh. Nuha taip la. Loghat negeri. Hehe.
Nuha: Waaaa. Best2!
Nuha: Macam mana nak cakap ape khabar? Apo kabo eh?
Aku: Hahaha. Bukan la. Koba, ataupun khabar je.
Nuha: Ooo ok. Ayah buat ape?
Aku: Ayah tongah buek po tu?
Nuha: Owh...buek? Macam mana boleh jadi buek?
Aku: Biasanya kalau perkataan tu hujung dia 'T', kita tukar dengan 'K'. Penat jadi ponek, lambat jadi lambek, muat jadi muek.
Nuha: Ooo...ok. Eh, ni ayah Sarah tulis ni. Tariq dah bosa. Bosa tu besar eh?
Aku: Ha ah. Kalau perkataan tu mula dengan 'Be', dia jadi 'Bo'. Benar-bona, betul-boto, berat-boghek, belah-bolah.
Nuha: Uishhh...susahnye loghat Negeri Sembilan ni  T_T.



Susah ke? Susah eh loghat N9? Majoriti kawan-kawan yang penah dengar loghat N9 kata susah. Haha. Maybe betul jugak. Sebab banyak huruf yang nak kena tukar, dan banyak rules.

Suatu masa penah tercetus fenomena penggunaan perkataan 'osah' dikalangan sahabat-sahabat seperjuangan. Biasanya, bila guna 'osah', kita guna 'eh' jugak. Dalam perbualan harian, di YM, di Facebook, mahupun mesej. Yang kelakarnya, ada yang main belasah je nak letak perkataan tu kat mana-mana.

Contohnya:
"Bagus ko osah ni eh,"      (Osah bagus eh ko ni) -Bagusnya kamu ni.
"Osah bagus ko ni Minah eh,"   (Osah bagus eh ko ni Minah) -Bagusnya kamu ni Minah.

Kalau setakat perbualan, takpe jugak. Ada yang siap tulis kat FB. Memang bikin kami yang N9 ni pecah perut la. Takpe, at least mereka usaha nak guna perkataan tu dalam kehidupan seharian.

Secara jujurnya, kami yang N9 tak biasa sangat guna loghat negeri dalam perbualan seharian KECUALI....apabila berada di Rumah Negeri. Bila kat RNSK, automatik loghat negeri tu keluar. Haha. Ada aura negeri kot kat situ. Ataupun untuk gurau-gurau, kadang2 keluar la loghat negeri. Aku kagum jugak tengok kawan-kawan lain menuturkan loghat negeri masing-masing dengan mudah. Aku sendiri tak pernah sebut sepatah pun perkataan dalam loghat N9 sebelum sampai Mesir. Kat Mesir baru nak develop.

Anyway, penah dengar tak ungkapan-ungkapan seperti ini....

"Kalau orang putih nak mahir Bahasa Melayu, diorang kena selalu makan durian,"

So, senang cerita, kalau kawan-kawan nak senang belajar loghat N9, makanlah ini....CILI API!


Akhir kalam, cuba baca artikel bawah ni. Kalau faham, anda memang hebat! Selamat membaca  ^__~


Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Tingga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.
Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Belango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tegamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawo den.
Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguih. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .
Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.
“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”



Heh. Boleh faham ke? Artikel ni aku copy dari 
http://amazingnara.com/karangan-negeri-sembilan-sumpah-pakcik-tak-faham

Love is Pain

Sunday 10 October 2010

Have you ever heard the phrase "LOVE IS PAIN" ? Well, to be honest, I never believe in that phrase until today. I love him, but he doesn't love me back. Wuaaaaa.....so unfair.


~Baru ku sedari
  Cintaku bertepuk sebelah tangan
  Kau buat remuk seluruh hatiku~


B, why are you doing this to me? Please love me B. Please......







 


Eeeee....wekkkz. Geli pulak aku baca jiwang-jiwang ni. Bukan apa, aku saja nak test menjiwai sesuatu sebab ada seorang hamba Allah ni sibuk menggelarkan aku ANDROID sebab katanya muka aku ni macam air batu, cold & heartless. Haha. Tak kisah. Den tak kesah do. Takdo masalah. Masa sekolah pun ada orang penah panggil aku 'hati kering'. Lantak la. Asalkan bahagia.

Tapi hari ni aku agak tersentuh sebab cinta berusia setahun yang terpendam selama ini setelah diluahkan nampaknya belum berbalas. See? Aku memang fail bab-bab mengayat dalam Bahasa Melayu. Haha. Haaa topik hangat nih! Cinta apakah yang dimaksudkan? Jeng3....

Tak lain dan tak bukan....cintaku kepada the one and the only....



BIOCHEMISTRY!


Perit jugak rasanya bila cinta tak berbalas. Malas la nak bercinta kalau camni! Haha. Sengal. Kawan kata kena kahwin terus. Baiklah. Aku sedang mempersiapkan diri untuk melamar Biochemistry. Doakan semoga lamaran diterima! Amiiiin~



p/s: Physio sayang saya! Saya sayang Physio jugak ^__^

Tulis!

Saturday 9 October 2010

Biasanya, manusia yang memiliki blog ni gemar menulis. Setuju? Bukan semua, tapi kebanyakannya. Hari ni bukan nak bercerita tentang blog, tetapi tentang MENULIS. Atau bahasa kampungnya WRITING. Tengah hari tadi selesai YM dengan sahabat seperjuangan. Seingat aku, ini dah masuk kali ke 3 beliau menyuruh atau mencadangkan supaya aku menulis novel. Mujur aku tak hangin, sebab dah 3 kali kot beliau usulkan benda yang sama. Nasib baik mood tengah cool, layan lagu baru LP.

Aku memang minat menulis. Sangat minat. Minat tahap dewa. Atau apa-apa tahap tertinggi yang boleh digunakan untuk describe betapa minatnya aku dengan aktiviti ini.



Terbitnya habit gemar menulis ini semenjak di bangku sekolah menengah. Tingkatan 1 to be precise. Dulu, aku bukan jenis manusia yang friendly, ringan mulut, murah dengan senyuman, dahi lapang. Boleh dikatakan aku sangat berbeza dengan semua yang aku describekan tadi. Bilangan kawan pun boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Maka dengan itu, jadilah aku seorang makhluk Allah yang suka menyimpan segala jenis idea, pendapat, pandangan, perasaan, ketidakpuashatian...dan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran. Seterusnya mencetuskan idea untuk memulakan bidang penulisan.

Zaman sekolah dulu mana ada laptop. Komputer yang ada kat rumah pun tak boleh guna selalu. Jadi aku menulis menggunakan bahan-bahan asas seperti kertas dan pensel. Ya, PENSEL. Harap faham. Sebab bila guna pensel, senang nak padam. Di sekolah, time rehat kawan-kawan semua cari clique masing-masing dan berjalan ke kantin sambil berbual dan bergelak ketawa. Di suatu sudut kelas, kelihatan aku keseorangan sedang scribble entah apa benda pada buku nota. Sampai dah naik lunyai setiap buku nota yang aku guna. Pada mulanya, semua yang aku tulis sekadar pendapatku tentang beberapa perkara.

Contohnya:
"I don't think Zaim deserved to be our class monitor because he's so childish!"
"Why do we have to learn History anyway? It's pretty soporific...."
"Oh God. I really love art class. I wish we can learn art everyday."

Haha. Biasa lah tu. Apa yang terkandung dalam minda seorang remaja berusia 13 tahun. Ya, aku menulis in English. Tak pernah langsung dalam bahasa ibunda. Antara faktornya mungkin sebab semasa di alam persekolahan, aku selalu mengamalkan monolog berbahasa Inggeris, instead of Bahasa Melayu. Di rumah lebih banyak bahan bacaan English. Ayah tidak menggalakkan kami menonton drama atau cerita Melayu, dan seumpamanya. Semua faktor tersebut memainkan peranan. Jangan salahkan aku.

Menjelang Form 2, aku berjaya menyiapkan beberapa short stories serta beberapa buah novel. Ada sebuah masterpiece kesayangan dan kebanggaanku bertajuk 'Kylie'. 'Kylie' ditulis di dalam sebuah buku nota hijau yang panjang. Kalau tak silap, ada 25-30 chapters semuanya. Kali pertama aku menulis cerita dengan chapter. Di belakang buku nota tersebut aku siap sediakan ruangan untuk komen dan pandangan pembaca. Siapa pembacanya? Siapa lagi kalau bukan ibu, teacher2 dan kawan2 sekelas. Aku tak paksa baca. Siapa yang berminat saja.

Dalam masa sebulan, banyak komen membina yang aku terima dan hal tersebut membuatkan aku bersemangat untuk publish kisah 'Kylie'. Asalnya dah boleh publish awal, tapi disebabkan beberapa orang pinjam buku nota tersebut untuk baca, jadi tertangguh la niat tersebut. Hinggalah pada suatu ketika.....

Penghujung tahun 2004, aku masuk kelas tambahan di SMI Seremban sebab ibu risau tengok aku tak buat apa-apa time cuti. Seorang kenalan di situ meminjam buku hijau tersebut. Katanya nak baca. Aku dengan gembira bagi pinjam. Gembira la sebab orang nak baca hasil tulisan aku. Beberapa hari kemudian....

H: Wei Sarah. Semalam abang aku kata dia baca buku tu. Lepas tu dia bawak pegi rumah kawan dia. Lepas tu dia tak tau benda tu pegi mana...Sori wei. Nanti aku ganti buku ko tu.
Aku: ............................   (buku tu memang ko boleh ganti. tapi masterpiece aku tu?????)

Sejak peristiwa tersebut, aku bersumpah kalau aku jumpa satu novel yang mirip kisah 'Kylie', memang aku akan saman. Hasil kerja aku tu weh! Nak buat macam mana, dah hilang. Dah la tulis tangan! Waaaa...

Dan semenjak hilangnya masterpiece pertamaku, semakin hari semakin tumpul minatku terhadap bidang penulisan. Makin tumpul tak bermaksud hilang terus. Masih boleh diasah. Cuma aku perlukan masa dan keadaan yang sesuai. (ceh...ayat bajet)


Semakin ramai yang menasihatkan aku agar menaip kisah-kisah tersebut. Sekarang bukan lagi zaman menulis dengan pensel. Kuno, kata mereka. Menyakitkan tangan. Tapi sebenarnya, menulis dengan pensel aku rasa lagi best. Lagi ada feel. Hehe. Tak apa lah. Masing-masing punya pendapat. Cuma...kata-kata seorang interviewer agak terkesan di hati.

Tahun 2008, aku menghadiri interview untuk biasiswa Khazanah Global untuk further study dalam bidang Biotechnology. Haha. Entah kenapa aku isi borang tu sedangkan semua bidang yang ditawarkan semuanya aku tak berkenan. Aku ditemuduga oleh 2 orang pegawai whom happened to be orang besar dalam syarikat tu. Time tu aku tak kenal pun mereka. Interviewer wanita bertanyakan soalan tentang perkara yang aku minat. Maka kami start berbual mengenai bidang penulisan. Interview tersebut was fully in English. Memang aku suka.

Peg. Lelaki: You really write the stories with pencils? Instead of typing them?
Aku: Yes, I did and still do. That's why we call it writing, right? Hehe.
Peg. Lelaki: Right. Indeed.
Peg. Wanita: Don't you want to consider writing your stories in the computer? I mean, by typing? The world is changing, you know. Everything is computerized nowadays.
Aku: ........ Yes, maybe I'll think about it.
Peg. Lelaki: Don't just think. You should start doing it. You don't want the same mistake happening to your previous masterpiece to be repeated in the future, do you?

Selepas interview tersebut, aku memulakan langkah baru. Menulis Menaip segala ideaku. Tapi hasilnya tak seperti dulu. Kurang feel. Kurang impak. Di bumi kinanah ini pernah aku kembali kepada habit asal. Menulis dengan pensel dan kertas. Namun, kebanyakan kisahku tiada penghujung. Hangat-hangat najis ayam. Pernah juga aku memulakan penulisan berbahasa Melayu. Tapi akhirnya aku ketawa guling-guling membaca kisah tersebut. Ayat tak boleh blah. Memang tak boleh publish. Haha.

Balik Malaysia bulan Julai yang lalu, ibu bertanya "Dah berapa cerita angah tulis tahun ni?". Huhu. Satu pun belum siap. Kecewa ibu dengar jawapan aku T_T.


"THE PEN IS MIGHTIER THAN THE SWORD"

Kata-kata ini terlukis di dinding sekolah rendahku. Hingga hari ini aku masih pegang kata-kata ini. Ya, aku akan terus menulis. InsyaAllah. As we grow older, our perspective and thoughts will keep on changing, right? That's why humans should write their thoughts and ideas. By doing so, we can help ourselves to improve our thoughts. Or else, we might be thinking the same old ideas throughout life. Kuno lah jawabnya!



p/s: terima kasih ibu, teacher dan kawan-kawan yang sentiasa beri sokongan ^__^. maybe aku akan teruskan menulis. MAYBE. doakan :)

Accept saje....

Saturday 2 October 2010

Dah banyak kali aku add orang kat YM, lepas tu perkara yang sama berlaku.

#1   (YM)
Aku: Assalamualaikum ^_^
Kak D: Wslm. Maaf. Ni sape ye?
Aku: Ni saya la kak. Akak yang suruh saya add akak.
Kak D: Ooo. Tapi sape ye? Red?
Aku: redsmaxx
Kak D: Ooo. Haha. Tapi akak tak tau la sape.
Kak D: Laki ke perempuan ni?
Aku: Akak.........ni Sarah laaa T_T
Kak D: Laaa Sarah ke! ID kamu macam pelik je. Hehe. Sori


#2   (YM)
Kak R: Ni sape ni? Mane dapat ID saya?
Aku: Errr....kan kita tukar2 ID hari tu. Akak tak ingat eh?
Kak R: Ha? Bila masa? Sape ni? Laki ke perempuan?
Aku: Ni Sarah. Perempuan Melayu terakhir =.='
Kak R: Ya Allah.....Sarah!! Maaf la. Akak ingatkan lelaki.


#3   (YM)
Kawan1: Tumpang tanye, ni Izat ke?
Aku: Ha? Izat mane pulak ni?
Kawan1: Eh...bukan Izat ke ni?
Aku: Bukan.
Kawan1: Dah tu...ni sape?
Aku: Sarah.
Kawan1: Sarah? Sarah mana?
Aku: Errr....Sarah Mustaza. Budak Shams, blaja medik kat Mesir.
Kawan1: Hah! Sarah rupenye! ID ko macam lelaki. Aku ingatkan Izat, kawan aku. Haha.
Aku: ..................




#4   (perbualan biasa)
Junior: Akak, nak email akak boleh?
Aku: Boleh2. R-E-D-S-M-A-X-X
Junior: Ha? Ulang balik semula.
Aku: R-E-D-S-M-A-X-X
Junior: Ohh...camne nak sebut ni? Berbelit lidah.


#5   (in the middle of bual kosong + gosip hangat)
Kakak E: Nak tau tak, hari tu kan ade sorang laki ni add akak. Pastu dia tegur akak. Bukannya akak kenal pun.
Kawan 2: Iye ke kak? Add kat YM?
Kakak E: Ha ah, tapi akak tak accept pun. Sebab tak kenal.
Aku: Ha ah, kalau tak kenal susah sikit nak accept. Lelaki lagi la pulak...
Kakak E: Tu la pasal....
Aku: Ape ID dia kak? Mana tau saya kenal ke.
Kakak E: Ape entah ID dia. Macam pelik sikit. Resmas....Rexmas...Resmak...ke, macam tu la.
Aku: redsmaxx?
Kakak E: Haaa! Rasanya tu la. Eh...kamu kenal ke orang tu?
Aku: Laaaaaaaa. Akak ni! Tu ID saya la. Patut la lama saya tunggu. Akak tak accept pun.
Kakak E: Hah? ID kamu? Apesal macam pelik je bunyinye? Macam ID lelaki.
Aku: Tak la. ID perempuan la tu.... T_T


#6   (YM)

Kawan 3: Ni Sarah kan?
Aku: Ha ah, Sarah.
Kawan 3: Kenapa ID ko macam ID lelaki je....
Aku: Ade pulak. ID perempuan la tu. Cuba ko baca betul2.
Kawan 3: redsmaxx. kan bunyi macam lelaki tu.
Aku: Ko belajar Sains kan dulu. Bila kita beajar pasal gene, XX untuk perempuan kan? XY untuk lelaki kan?
Kawan 3: Ha ah laaa...ye tak ye. Hehe
Aku: disebabkan aku perempuan la aku letak XX, bukan XY. Ada faham?
Kawan 3: Paham2. Sori. Heh


#7    (perbualan biasa)
Kawan 4: Weiii...apsal guna ID redsmaxx?
Aku: Ha? Saje...
Kawan 4: Ape maksud redsmaxx?
Aku: Ade laa...
Kawan 4: Fanatik sangat ko dengan Liverpool ko tuh.



**************************************************

p/s: sadis jugak consequences guna ID pelik ni T_T

Related Posts with Thumbnails