Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent
Showing posts with label ntapape. Show all posts
Showing posts with label ntapape. Show all posts

SEMANGAT!

Sunday, 15 November 2009

Semalam aku telah menyaksikan kehiruk-pikukkan yang telah berlaku disebabkan penyokong2 bola sepak Mesir melakukan parade beramai2 di setiap jalan raya utama. Memang dah perasan, dari minggu lepas lagi ramai penjual2 bendera Mesir dah sibuk melariskan jualan di jalan2 raya. Namun hati masih tertanya2...ade ape? Match bola ke? Seronok gak kalau dapat tengok...hihi (mimpi je la...).

Semalam, habis je lecture Biochemistry, kami pun macam biase la berpusu-pusu menuju ke surau atau masjid untuk solat zohor. On the way to the destination, terdengar bunyi hon sambung-menyambung tanpa henti. Bunyi yang mengalunkan sejenis lagu. Sekali dengar rase cam bising je. Dengar lagi...rase cam syok plak hehe. Tak sabar rasenye nak ke kawasan menunggu tremco untuk melihat ape sebenarnye yang telah terjadi. On the way ke surau, bertembung pulak dengan gadis2 Arab yang berpakaian tema MERAH, PUTIH, HITAM. Aihh...ade ape2 ke hari ni?? Pelik2...

Selesai solat, aku dan Sakinah bergegas ke kawasan menunggu tremco. Biasanya, kami akan bertarung dengan maut tiap kali nak melintas jalan raya kat luar Universiti tuh. Dengan jalan yang super lebar dan kereta yang dipandu macam Fast & Furious, dari hari ke hari, skill melintas jalan makin profesional, huhu. Tapi semalam, kami dapat melintas dengan berjalan sambil lewa disebabkan berlakunya kesesakan jalan raya yang teruk giler kentang. Pada masa yang sama, berlaku pencemaran bunyi yang andainya berlaku kat Malaysia, dah lame kena tahan polis...huhu. Ntah camne nak describe keadaan time tu. Senang cite...aura semangat peminat fanatik orang Mesir ni memenuhi segenap ruang yang ade.



Aku saspek...akan berlangsungnye perlawanan bola dalam masa terdekat ni. Mungkin malam ni? Atau esok? Atau minggu depan?? Sambil2 bermonolog dalam hati, aku khusyuk memerhatikan bas2 dan van2 yang mengangkut peminat2 fanatik team Mesir. Mereka dengan semangatnya menyanyikan lagu2 bola siap ngan gendang lagi. Ade gak yang pasang radio kuat2. Bendera Mesir of course la berkibar di mana2. Setiap kereta, motor, teksi, van dan bas mesti ade bendera tuh. Teringat bulan kemerdekaan kat Malaysia...huhu.



Aku pun tanpa berlengah lagi, snap la banyak2 fenomena yang sedang berlaku. Bukan senang nak tengok situasi camni. Live plak tuh! Silap2 boleh masuk tv! Hahaha...

Aku menghampiri seorang mak cik yang sedang menunggu tremco. Dia sengih je tengok aku ambik gamba. Heee...mane tak semangatnye mak cik. Bukan senang nak jumpe peminat fanatik bola nih. Terasa terpanggil untuk turut serta (huh??? merepek je....). Mak cik tu kata...Mesir lawan bola malam ni. Piala dunia. Lawan negara...erm...aku tak paham ape dia cakap.



Setelah beberapa abad menunggu, datang la sebuah bas pendek berwarna putih yang akan menuju ke 'Abbas 'Aqqad. Aku ngan Sakinah meluru la naik bas berkenaan disebabkan ada urusan kat sane. Harap2 jalan x jam ler...huhu.

Sangkaan kami meleset teruk apabila jalan raya sesak giler. Penuh dengan kenderaan dan manusia yang berpusu2 ke destinasi yang same. Aduiyaiii....macam2 hal. Setibanya di 'Abbas 'Aqqad, kelihatan sekumpulan manusia berkostum hitam, merah dan putih sedang berhimpun membuat satu kumpulan yang besar. Dari jauh kami lihat seperti ada satu perarakan yang sedang dilakukan. Dengan gendang yang dipalu kuat, nyanyian lagu semangat yang rancak, kelihatan juga tarian2 jalanan yang mereka persembahkan serta beberapa buah lori stesen TV turut kelihatan. Aku dan Sakinah tersengeh dari jauh. Menarik nih....

Perarakan yang berlangsung bagaikan tiada kesudahannya. Setelah puas memerhati dan merakam, kami pulang ke Hayyu Sabi'. Kawasan Sabi' tak lah terlalu bising. Tapi still kedengaran bunyi hon sambung-menyambung, huhu.

Malam tu....bermulalah pesta bola. Sorakan demi sorakan kedengaran di setiap ruang. Kami yang berada di dalam bangunan menjadi tidak menentu tiap kali mendengar sorakan. Ape lagi...bergegas la keluar rumah nak tengok ape jadi. Ada yang bakar bunga api, melompat2 sambil bersorak, berjoget pun ade. Ish3.... Sampai camtu skali.

Akhirnya...dalam pukul 9 lebih, berakhirlah perlawanan yang mengundang 1001 suasana tu. Keputusannya? Mesir menang 2-0. Patut ler meriah x bleh bla. Maka kami pun disajikan dengan bunyi-bunyian hon dan sorakan sampai la pukul 2 pagi. Terima kasih banyak2!! Huhu....

Kalau dah semangat, macam2 boleh berlaku. Aku pun turut terkena tempias semangat diorang. Semangat peminat bola ni lain macam sket. Tak tau la nak describe macam mane. Tu belum menang World Cup lagi. Kalau lawan final...camne la agaknye ek? Huu...xterpikir keadaannye.

Teringat kata2 seorang senior: KITA KALAU NAK SOKONG SESUATU NI, BIARLAH SEBAB FAHAM, BUKAN SEBAB SEMANGAT.

Yeaa...aku stuju sangat ngan kata2 tuh. Kalau takat semangat, boleh jadi putus asa dan kecewa. Contohnye, kawan2 aku dulu sokong Arsenal. Pastu, Arsenal main ntah pape, mule la sokong Chelsea. Haha...macam lalang plak. Hakikatnye, dua2 same je :P. Bukan takat bola je. Ape2 pun yang kita lakukan dalam dunia ni, termasuklah politik skali. Biarlah kita sokong sesuatu kerana faham, bukan sebab semangat, apetah lagi ikut2 orang lain. Sebabnye, kalau benda tu jatuh, atau kalah, atau kurang berjaya...orang yang faham akan tenang menerimanya. Manakala orang yang sokong atas dasar semangat akan kecewa tahap dewa. Sama2 fikirkan....

p/s: semangat nak exam...heee~

Kedekut

Thursday, 15 October 2009

Antara berjimat cermat dan kedekut, apakah perbezaannya? Otak mula ligat memikirkan jawapannya tatkala ribut tsunami datang melanda diri. Aku ni jimat ke kedekut?

Apabila mengetahui bencana teknologi yg melanda diri ini, kawan2 ku mula bersuara. " Ko ni memang kedekut la. Padan la laptop ko wat hal". Gulp. Terasa dicekik disitu. Tiada sepatah kata yg keluar dr mulutku untuk membangkang. Tidak juga aku bersetuju dengan penyataannya. (Orang bajet macho memang macam tu, hehe)
Beberapa hari lepas, bencana teknologi datang menimpa laptop kesayangan. Angin tak, ribut pun tak, tiba2 vaio comel (cam tuan dia) merajuk tak pasal2. Puas aku pujuk, tapi tak menjadi jugak. Keresahan melanda apabila terkenangkan pengalaman kawan2 yg pernah mengalami kerosakan laptop. Tidak terbayang fenomena yg sama akan berlaku.

Setelah puas memerah otak memikirkan apakah masalahnye dengan cik vaio tu, barulah aku teringat yg anti virusnye dah lama luput. Tak henti2 dia meminta aku update tapi sering ku tangguhkan niat suci itu. Bukan ape, aku xreti nk update tanpa perlu bayar ape2. Membazir la kalau asyik kena bayar je time nak update kan? Kedekut ke namenye tu? Aku rase x...huhu. Penah jugak teringat nak beli je software antivirus yg ori. Tapi juga ditangguhkan sebab harga software dekat nak ratus. Pikir2 balik, kalau aku beli pun x rugi, huhu.

Kata orang, dlm komp dan laptop elok ade banyak partition. Kalau ade C je, elok la tambah D dan seterusnya supaya selamat. Kalau x, beli la external hard disk. Habis cite. Atas beberapa sebab munasabah, aku turut menangguhkan niat nak beli benda tu. Tunggu sampai duit biasiswa masuk (lambat gile mengalahkan siput sedut). Mane taknye, harga sebuah external hard disk bukannye 50 genih. Kalau x, dah lame aku borong. Bajet nak tunggu harga kat pasaran menurun la. Ntah bila la agaknya.

Tangguh punya tangguh, maka tibalah hari yg mengubah segalanya. Bencana misteri yang melanda vaioku menyebabkannye perlu di set up semula. Maka..kalau kata set up tu, paham2 je la. Sume khazanah yg terkandung didalamnye akan lenyap. Gamba raya bersama keluarga, guru n rakan2 paling ku sayangi lenyap sekelip mata. Tiada kata mampu dilafazkan, huhu.


Tapi bagiku, tiada perlu untuk menangisi kelemahan objek ciptaan manusia. Bersyukurlah iman masih di dada. Satu2nya khazanah yg andainya hilang, maka tiada lagi ertinya hidup. Na'udzubillah..

Barangkali Allah ingin menunjukkan hikmah besar di sebalik kejadian kecil ini. Mungkin kerana banyaknya perkara melalaikan telah kulakukan dengan vaio itu. Tidak tertanggung olehnya segala yang melalaikan itu. Kufikirkan juga andainya ku miliki sebuah external hard disk yg khabarnya harus dimiliki oleh semua, apakah yg mungkin ku isi di dalamnya? Lagu2 terbaru? Filem box-office? Drama bersiri korea n jepun?

Sesungguhnya, hampir seluruh external hard disk milik org lain yg pernah ku gunakan, hanya dipenuhi dengan perkara2 melalaikan tadi. Maka aku bertanya..untuk apakah semua itu? Mereka sanggup menghabiskan ratusan duit bagi mendapatkan sesuatu yg melalaikan mereka. Jarang..amat jarang sekali aku menemui hard disk yg dipenuhi dengan perkara bermanfaat. Ketika itu terdetik di hati, mungkin kerana itu ALLAH menutup pintu hati ini dari mengeluarkan wang dah harta untuk tujuan itu. Aku bersyukur aku kedekut dalam bab tu, huhu.

Tiada guna menangisi kehilangan harta dunia. Iman dan amal yg penting untuk dikekalkan selamanya~

Dulu2~

Thursday, 17 September 2009

Ada satu hari ni, aku pun on9 la seperti biasa. Bilangan kawan2 yang on9 pun x banyak beza. Tengok senarai kawan2, macam xde yang berniat nak ditegur je...so aku pun bukak la email. Check2...mane tau menang hadiah besar ke hihi.

Tiba2....BUZZ!! pergh...berdesing telinga. Lain macam je kuatnye bunyi kali ni. Aku pun menjeling gerangan siapakah yang berani berbuat demikian. Rupa2nye Ammar, kawan skolah menengah yang dah lame menyepi dan disepikan diri daripadanya.

A: Ko bile nak balik ni?
S: (confuse) Balik mane?
A: Balik ke pangkal jalan la...haha

Eishh...buat lawak plak dia ni....

A: Balik Malaysia la wei
S: Laa...ko xtau pape pasal aku ke? (ecece...mcm la satu dunia tau aku dah balik, huhu)
A: Mane la aku tau. Ko da lame mendiamkan diri
S: Aku da sebulan setengah kat Malaysia ni laa....
A: Laa...yeke??? Ko xbgtau aku pun
Alaa...xkan sume orang aku nk kena bagitau plak. Paham2 sendiri la kan, hehe.
Beberapa ketika berbual ringkas dengan dia, teringat kembali zaman2 kat skolah dulu.
Dulu aku seorang pengawas. Ye, pengawas...bukan pengganas. Uniform berbeza warna daripada org lain. Namun tiada rase bangga di situ. Selalunye, bile jadi pengawas ni, susah orang nak kawan dengan kita. Sebab ape? Takut agaknye, huhu. Banyak je kes budak2 ni bila dah jadi pengawas, dulu2 ade 20 kawan, tinggal 2 orang je. Macam2 hal....

Tapi bagi aku, lain pulak halnye. Ntah macam mane, naik je Form 5, aku makin ramai kawan. Dan yang bestnye, kawan2 ku ade yg dikenali sebagai 'RULES BREAKER'! Cam xcaye je kan...

Antaranye Ammar ni lah. Mungkin sebab same kelas dari Form 3, senang je nak kamceng ngan dia ni. Paan, Zaim...termasuk la jugak. Yang paling menghairankan kawan2 lain, aku turut berkawan dengan budak2 laki yang orang xsangke orang macam aku ni ade kawan camtu. Fakhrul, Hafis, Anwar, Hazwan, Azizi dan beberapa lagi. Sampai ade kawan perempuan aku tanye 'Camne ko bleh kawan ngan diorang???' (soalan ditanya dengan reaksi terkejut beruk)

Jawapan aku time tu satu je: BOLA

Yeaa...bola lah yang menjadikan aku kamceng dengan jejaka2 sekolah tu dulu hahaha. Bukannye aku kawan sebab nak meningkatkan bilangan kawan, bukan jugak sebab nak jadi famous...atau yg sebagainye. Bagi aku, bila ramai kawan, maka banyaklah pengalaman dan ilmu tambahan yg kita dapat. Kawan dengan perempuan dan kawan dgn lelaki memang la xsame. Sesungguhnye aku berbangga berkawan dengan kedua2nye, hihi.

Persahabatan aku dengan mereka yg lelaki biasenye bermula dengan perang bola. Saat2 indah mempertahankan team bola masing2 sentiase bermain dlm ingatan.

>Liverpool?? Ape jadahnye team tu....
>Blah la weii...Walk alone je lah ko...

Kata2 di atas mmg nampak dan bunyinya kasar. Tapi selama hampir dua tahun aku dihujani dialog seperti itu, aku pun terlatih menjadi seorang yg xberapa senang nak ambik hati. Betul la kan? Mane ade laki yang cepat nangis, cepat ambik hati, cepat merajuk haha. Ape yang baik kita ambik, yang buruk kita buang jauh2.

Pengalaman bersahabat dengan mereka membuat aku senang bergaul dengan masyarakat kemudiannye. At least aku tahu 'topik' yang sesuai untuk diperkatakan kepada pelbagai golongan masyarakat. Lama kelamaan, bilangan kawan pun jadi makin ramai tanpa perlu bersusah payah.

Satu peristiwa yg aku sangat2 xboleh nak lupa....antara kawan & tanggungjawab. Dari peristiwa tu aku mengerti, kebanyakan budak laki lebih memilih kawan antara keduanya. Buktinya??

Suatu hari....kami (pengawas2 sekolah) ditugaskan membuat spot-check ke dalam setiap kelas dan mengambil sebarang barang2 haram sekiranya di bawa oleh sesiapa. Handphone termasuklah jugak dlm senarai barang haram. Dah selesai buat spot-check kat sume kelas, kami pun masuk ke kelas masing2. Nak jadi cerita, Ammar bawak handphone time tu dan aku nampak dengan mata kepala sendiri.

Aku menoleh ke arah Izzuddin (ketua pengawas yg jugak classmate kami) yang tengah rancak berbual. Kalau ikutkan, on the spot aku nak cakap kat Din, Ammar bawak handphone. Ntah kenapa tiba2...aku melengahkan niat nak bagitau Din. Tiba2 aku terfikir....ape perasaan Ammar kalau tau aku yg bagitau Din? Mesti dia bengang kan? Kawan sendiri yang laporkan. Kalau aku jadi dia...memang ade possibility putus kawan la, huhu. Pikir punye pikir...disebabkan kurang pengetahuan dan pembacaan, aku decided nak bagitau Din tanpa merevealkan aku yang report.

Dan sesungguhnya, tatkala melihat perubahan reaksi pada wajah Din time dia baca note tu, dan dia terus menghampiri Ammar, satu badan aku menggigil. Ishh...betul ke ape aku buat ni? Rase serba salah xbley blah. Semenjak tu, selama beberapa hari aku mengelakkan diri daripada bercakap dengan dia. Aku pun xtau same ade Din jumpa atau x barang tu. Sengaja xnak ambik tau.

At the same time, aku teragak nak tanye beberapa orang budak laki. Kalau diorang jadi aku, ape diorang buat? Jawapan mereka same: Tidak akan melaporkannya walaupun kesalahan yang dilakukan adalah lebih berat.

Gulp. Tercekik aku dengar jawapan tu. Sesungguhnye, mereka lebih mengutamakan kawan. Walaupun ade di antara mereka yang aku tanya tu pengawas sendiri, jawapan tetap same. Barulah aku tau macam mane mereka ni, huhu. Tapi, as I grow older....aku teruskan bertanya soalan yang same. Cuma jawapan dah berubah. Katanya, tengok pada orang laa...ade pentingkan kawan, ade yang tau tanggungjawab tu amanah. So, sendiri pilih.

Tapi, as I live, I continue learning something from these people. Dapat2 plak kalau kawan dengan yang alim, tawadhuk kan....lagi la banyak benda yang boleh dipelajari huhu.

p/s: saat paling best time kawan2 datang raye rumah, hihi. masih lagi berbual ttg bola, tapi dlm mood raye (^_~)



Aku & Kanak-kanak....

Tuesday, 25 August 2009

"Start Sabtu ni ye....." kata Puan A mengingatkan aku melalui telefon.

My days of boredom berada di rumah tanpa sebarang aktiviti luar berakhir juga apabila jiranku, Puan A menawarkan kerja kepadaku. Kerja apa?? Jeng...jeng...jeng.....

=>> MENGAJAR!!!

Kali pertama ayah memberitahu aku tentang tawaran tu, aku diam membisu seribu bahasa. Kali kedua ayah bertanya, aku hanya tersengeh (terpaksa) tanpa memberi sebarang jawapan. Kali ketiga....Puan A sendiri yang menelefon.

"InsyaAllah...boleh" terkeluar kata2 hikmat itu dari mulutku tanpa ku sedari. Haha.

Ok. Firstly, aku tak despise mengajar. Cuma....subjek ape yang aku kena ajar? Budak darjah brape? Ke....budak skolah menengah? Kalau suruh ajar Fizik....maaf la ye. Sila cari orang lain, terima kasih. Aku tak confident nak ajar subjek tu sebab dulu kat sekolah pun agak lemah dan minat yang berbeza berbanding subjek lain. Additional Maths lagi la pulak. Dah setahun belajar Medic kat Mesir ni, setahun jugak tak sentuh kalkulator saintifik tu. Ntah ingat lagi formula ntah tidak. Aku pun tak nak la ambik risiko. Kang terbawak ajaran sesat nanti, kesian pulak budak2 tu, huhu. Kalau suruh ajar English ke, Geografi ke....boleh la jugak.

Akhirnye, Puan A bagitau, aku kena ajar Matematik darjah 3, 4 dan 5. Sebab subjek2 tu xde cikgunye. Aku pun bersetuju. Tapi aku ni risaulah yang amat sebab dah lama tak mengira, huhu.

Hari Sabtu pun tiba bersamaan hari pertama puasa. Aku tiba di rumah Puan A awal sedikit bagi menyesuaikan keadaan. Lambakan kasut dan selipar kelihatan di luar rumahnya. Perghh...ramainye murid! Cuak la pulak.....

Tepat pukul 9 pagi, tugasku bermula, mengajar murid Darjah 5 subjek Matematik bagi menggantikan Cikgu Adila. Aku masuk ke dalam kelas dalam keadaan agak kekok sambil memandang wajah2 bakal anak muridku. Time tu ada 6 orang pelajar perempuan dan seorang lelaki. Mereka memandang aku dengan riak wajah kehairanan. Alamak....

"Cikgu Sarah...." kata salah seorang murid perempuan sambil tersenyum.

Ehh....mane dia tau name aku? Lantaklah...Puan A bagitau agaknye.

"Nak panggil cikgu ke akak ni??" tiba2 salah seorang lagi bertanya sambil menatap wajahku dalam2. Segan lak aiii.....
Aku meneruskan tugas yang diberi. Kata Puan A, aku kena pantau je diorang buat keje. Kalau diorang xfaham, baru aku kena ajar. Bagus2...hehe. Mengajar mereka yang darjah 5 taklah bermasalah melainkan kelambatan beberapa orang menyiapkan kerja yang diberi disebabkan 'mulut lagi banyak bekerja dari tangan'. Itulah ungkapan yang biasa digunakan oleh Cikgu Maryam, guru Matematik time aku sekolah rendah. Teknik2 yang digunakan oleh Cikgu Maryam turut aku aplikasikan time tu. Kalau xfaham soalan, bace banyak kali sampai faham. Sebab first time bace maybe xfaham sebab berangan a.k.a tak fokus.

Sejam berlalu, aku menuju ke kawasan garaj, tempat kanak2 darjah 3. Rase confident nak mengajar tu bertambah la sket sebab tadi tu xde masalah. Sampai je kat tempat darjah 3, hanya ade 3 orang kat meja, yang lain bertebaran di sekeliling rumah Puan A. Ade yang main kejar2, ade yang tengok ikan kat kolam...macam2 lagi. Ya Allah....

Puan A keluar dari kelas budak menengah sambil memanggil budak2 darjah 3 beserta amaran. Haha. Serta-merta diorang duduk kat tempat masing2 dan memandang aku tak berkelip2. Ada 2 perempuan dan 5 lelaki semuanya.

"Mane Cikgu Naimah???" tanya Izzah sambil buat muka pelik giler.

"Err...dia....xde".

Belum sempat aku mengedarkan buku2 latihan kat diorang, Zakirah ambik buku2 tu dan pass around kat budak lain. Maka berlakulah perebutan yang dahsyat. Ya Allah....koyak pulak buku tu kang. Dah la buku baru. Time aku suruh tulis name pun berebut jugak. Masing2 nak guna pen, tapi tak semua ade pen. Alaa....biasela. Time kecik dulu pun aku melihat pen ni sebagai alat tulis yang ade class. Ape barang tulis name pakai pensel kan? Haha....

Dah selesai pergelutan dan perbalahan disebabkan pen yang xcukup, aku pun tanye diorang dah blaja kat skolah sampai tajuk mane. Masing2 blaja kat skolah yang berbeza, so lain2 la jawapan yang aku dapat. Yang bergaduh sebab xsame jawapan pun ade jugak. Aduiii....parah2.

Maka, aku pun suruh la diorang start dari muka surat 1. Tajuk: Addition. Senang sangat.

"Alaa....ni senang la cikgu!" kata Amsyar merungut.
"Ni kite boleh buat kejap je ni" kata Izzah pula.

Akhirnye, aku suruh diorang buat page 48-51 dalam tempoh sejam tu. Tajuk: Mass. Hanya 6 orang yang turn to page 48, lagi sorang teruskan buat page 1. Sebab ape? Sebab dia xnak buat page 48!! Huhu....suke hati lah..... Daripada xbuat keje langsung.

5 minit berlalu. Zakirah xduduk kat meja lagi dah. Dia buat kat atas simen. Yang lain2 pun turut serta dengan pelbagai aksi. Ade yang bersila, menangkup, baring....macam2 lagi. Hanya Amsyar dan Izzah yang kekal kat meja. 10 minit kemudian......

"Cikgu, kite xnak buat lagilah. Nak buat kat rumah..." kata Izzah dengan pantas memasukkan buku dalam beg.

Ya Allah...biar betul budak ni.

"Sape buat sampai page 51, dia boleh balik. Sape xsiap dia xboleh balik" aku memberi ugutan. Haha...terpakse.

"Cikgu, lepas ni ade kelas Sains la..." kata Ammar dengan wajah innocent.

Laa....yeke. Xmenjadi la ugutan. "Ok, sape siap sume cikgu bagi hadiah".

Diorang xbagi respon langsung. Yang xnak buat keje, terus main kejar2. Ya Allah...ape nak buat ni? Kang marah pulak Puan A. Ishhh....pikir cepat! Kena jugak suruh diorang buat keje. Camne nak pujuk budak umur 9 tahun ni??? Maka berlakulah sesi berdialog aku dengan kanak2 ni....

-"Siapkan la skarang, nanti kat rumah xdela homework, boleh tengok tv" (aku)
-"Haa...boleh tengok tv...yea..." (Amsyar sambil tersenyum riang dan terus buat keje)
-"Kite xsuke la tengok tv. Ntah ape2 ntah cite kat tv tu..." (Izzah)

-"Ala...nanti kamu nak balik kampung ke...baik buat sekarang" (aku)
-"Kite xbalik kampung..." (Zakirah)

-"Sape rajin buat keje nanti dia pandai...." (aku...hampir2 putus asa, huhu)
-"Kite xnak jadi pandai"

Arghhh...pandai plak diorang ni menjawab! Ape lagi aku nak cakap ni?? Time tu Haziq & Haikal dah start main kejar2. Ammar pulak mengacau Irfan yang tengah khusyuk buat latihan. For the remaining half an hour, hanya Irfan dan Amsyar yang betul2 buat latihan. Yang lain?? Conteng whiteboard, borak pasal kampung, main lawan pemadam, usik kawan....macam2 hal. Urghh...habis la aku kena fire ngan Puan A nanti. Tak reti nak kawal budak2 ni. Last2 aku cakap....

"Sape xnak buat, cikgu xnak kawan dia...." kuang3.

Sepantas kilat Haziq, Haikal n Ammar duduk tempat masing2 dan bukak buku, haha. Berkesan!

"Cikgu xnak kawan sudah....nanti name cikgu Dolah..." kata kanak2 perempuan, menduga kesabaran.

Hek ele....(rase nak gelak pun ade, hahaha). Xjadi nak marah.

Tengah2 buat latihan, tiba2 Haikal panggil aku. Ingatkan dia xfaham soalan ke...

-"Cikgu...cikgu....name cikgu sape?" (Haikal bertanya sambil tersengeh)
-"Sarah"

Dia terus meneliti jari2nye dan tapak tangannye yang berconteng. Sambil menyanyi....
-"This is Sarah. When I clap my hand, Sarah die!" (sambil menepuk tangan dengan kuat)
-"Ha???" Ape kes??
-"Why?" aku bertanye, xpuas hati + xpaham ape permainan yg dia tgh buat, haha.
-"Because I clap my hand!" jawabnye sambil menepuk tangan dengan kuat, berkali2 + ketawa.

Huh?? Macam2 la budak ni.....adoii. Tapi nasib baik dia terus sambung buat latihan. Aku merenung tajam 2 kanak2 perempuan yg tengah syok berborak.

-"Ni kenapa xnak buat ni..." cuba berlembut.
-"Kite gastrik la cikgu..." jawab Zakirah.
-"Kat rumah kite ade ubat gastrik!" kata Ammar dgn muke excited xbley blah.

Aduhai Ammar....jawapan anda xmembantu langsung...huhu.

Tepat pukul 11, cikgu Sains pun datang. Time tu, xde sape pun sampai page 51. Irfan lah yang paling memuaskan kejenye sebab xmain langsung dan dah siap sampai page 50.

"Hei....Haziq!! Kamu nak pegi mane tu??!! Duduk sini! Ni meja ni kenapa bersepah ni??!" teriak cikgu Sains tersebut dengan muka ketat giler.

Uishh...tekezut aku. Aku pun nak kena garang camtu ke? Hahaha....




~~ SUSHI ~~

Friday, 21 August 2009

Semalam, pada tarikh 20 Ogos 2009, aku dipertemukan semula dengan 'kenalan lama' yang dah lama tak jumpe. Namenye unik: SUSHI. Hehe...

Adibah bagitau dia kena siapkan assignment kelas Bahasa Jepun yang teacher dia bagi. Assignment ape?? Kena buat hidangan sushi!!! Waahh...terpegun seketika mendengarnye.

"Ko penah makan sushi x??" tanya Dibah.

Serta-merta senyuman terukir, haha. Mengenang kembali saat2 aku dipertemukan dengan makanan tradisi orang Jepun nih. Dulu2 memang aku tak pernah kenal benda ni. Setakat tengok dalam tv je, cite Istana Takeshi. Peserta kena lumba makan sushi sape paling banyak. Time tu tak terfikir akan berpeluang merasainye, hihi.

Andak (salah seorang mak cikku) lah yang mengintroduce sushi ni kat aku. Sejak tu, aku mula familiar dengan Sushi King serta beberapa restoran sushi yang lain. Jenis2 hidangan serta harga yang ditawarkan pun dah dekat nak familiar, hehe.

Aku pun ajak la Dibah ke JJS2, sebab rasenye, situ je yang ade sushi. Tempat lain kat Negeri Sembilan ni macam xde pulak. Antara barang2 yang perlu dibeli untuk buat sushi:
-Seaweed
-Beras pulut
-Topping: Isi ikan salmon, telur ikan (??)....dll.

Tengok2....sumenye xde dijual di situ. Ade kat KL je dik, kata akak yang jaga kaunter. Dibah menarik muka hampa. KL?? Huh....

Kitorang pun beli la 2 set hidangan untuk test 'rase', haha.









Harap2 cik Dibah dapat buat sushi yang best!
Related Posts with Thumbnails