Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Akad

Thursday 30 September 2010

Sebelum baca post ni, sila tajdid niat. Bersihkan fikiran anda dari sebarang anasir-anasir kurang baik. Mentang-mentang la sebelum ni aku tulis post tentang 'isu kahwin', semua orang nak respon. Sampai ada orang siap tulis dalam blog beliau, mempromote post 'isu kahwin'. Haha. Adeh...macam-macam hal budak zaman sekarang. Nasib baik aku tak tulis detail, mengarut banyak-banyak (padahal tak reti nak tulis detail).

Baiklah. Berbalik kepada tajuk. Hari ni merupakan hari untuk perkataan "Whoa!" keluar banyak kali dari mulut. Secara sedar mahupun tidak. Secara dengar ataupun berbisik. Kenapa? Sebab apa? Sebab......... Eh...kejap. Tukar la. Buat apa sebut "Whoa!". Baik sebut "Subhanallah!". Haaa...baru ok.



Tadi jumpa rumah sewa yang BESAR + BEST + CANTIK + MURAH ++++........

Perasaan jealous yang membuak-buak dalam diri segera ku buang jauh-jauh. Rezeki orang, kita tumpang gembira lah ^__^.

Tak, bukan apartment macam gambar kat atas tu. Dah sah-sah la rumah kat Mesir bukan macam tu. Rumah atas ni bersih sangat. Kat sini, bangunan yang ada majoritinya disaluti debu, ala-ala melambangkan klasik gitu. Ataupun nak ayat lagi best, nampak macam bangunan bersejarah la. Tapi kena selalu ingat. Apartment kat sini biasanya dari luar nampak macam setinggan. Tapi bila tengok dalam, macam kondo mewah! Kalah kondo mewah Siti Nurhaliza. Tak tipu. Tapi tu kalau tengok rumah Arab kaya la. Kalau tengok rumah student....tehehee....(jawab sendiri).



Rumah yang kami tengok tadi dah siap ada katil, kabinet, sofa! Paling tak boleh blah, banyak giler sofa kat rumah tu. Dah la ada TV. Ish3.....beruntung sangat la siapa duduk rumah tu. Boleh tengok World Cup! Tapi lambat lagi la kot. =.='



Ada satu rumah tu, siap ada aircond! Tercengang kami mendengarnya. Sewa pun takde la mahal mana. Adakah tuan-tuan rumah sedang menjalankan kempen menurunkan harga rumah? Haha. Kalau begitu kisahnya, amat baiklah.

Perkaitan antara tajuk post dengan kisah di atas adalah....sebentar tadi ada junior bertanya kepada sahabatku.

Junior: Akak, akad tu macam mana?
Sahabat: Ermm....macam....'aku terima nikahnya....'.     (haha. tercengang mereka!)   
Junior: Ha?! Yeke kak?

Kesian mereka. Dapat senior kuat kelentong. Sekali-sekala, tak apa la kan? At least kami tak raging. Kelentong je :P.

Akad rumah bukannya macam akad nikah. Akad rumah ni just nak bagi duit-duit yang perlu dibayar sebagai permulaan kita memulakan hidup di rumah sewa tersebut. Kemudian deal dengan tuan rumah, nak duduk situ berapa tahun. Deal la apa-apa yang nak dibincangkan. Nak mintak harga rumah tetap setiap tahun ke, nak mintak tuan rumah naikkan harga rumah setiap tahun ke (tak payah laaaa....), nak mintak harga rumah turun setiap tahun ke (setuju!)....terpulang.

Akad ni bukannya kena duduk bersila atas bantal empuk bersarung satin, pastu salam, beserta lafaz. Bukan. Bukan. Bukan. Akad biasanya buat kat rumah tuan rumah. Tak pun kat bawah bangunan. Kat lorong-lorong gelap pun boleh jadi jugak. Macam tengah seludup dadah. Haha. Semuanya bergantung kepada tuan rumah.

Kesimpulannya, apabila dalam usaha mencari rumah, mintalah pertolongan dari Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, Dia tahu segala-galanya sedangkan kita hamba yang lemah, tidak mengetahui apa-apa yang terselindung. Sebab kita akan duduk dan hidup kat rumah tu untuk jangka  masa yang agak panjang. So, mintalah yang terbaik dari Allah. Semoga dipermudahkan urusan ^__^.




p/s: ada seorang sahabat kata aku ni 'pelik'. pelik ke aku ni? aku rasa aku biasa-biasa je. heh

Isu

Tuesday 28 September 2010

Dalam tahun ni, entah berapa ribu kali isu 'hangat' ni muncul dalam hidup aku. Secara kebetulan, ataupun disengajakan. Puas aku fikir kenapalah tahun ni? Kenapa tak tahun lepas? Atau tahun depan? Atau maybe tak payah langsung? Bila ku fikir dalam-dalam, maybe sebab tahun ni umur aku mencecah angka 20. So, wajar je ditimbulkan persoalan tentang isu ini. Sama ada dari golongan lebih tua, rakan sebaya, mahupun kanak-kanak riang ceria. Rasa-rasanya dah boleh agak kot isu apa yang aku nak bagitau. Yup, isu bernama K.A.W.I.N. Aku bukan sengaja nak eja perkataan tu, tapi rasa nak muntah kalau sebut banyak kali. Seriously.



Pada suatu petang, beberapa hari yang lalu, ketika aku jadi tourist guide bawak adik-adik riang pergi City Stars, aku terserempak dengan pasangan suami isteri Melayu. Mereka pelajar medik Cairo U. Tahun berapa, aku tak pasti. Tapi aku pernah nampak yang lelaki tu bagi talk masa program LIFE dulu. Dah jadi kebiasaan, bila nampak orang Melayu kat negara orang bukan Melayu, kita mesti senyum kat mereka ye tak? Nak tak nak, ada la sikit asobiah tu. So, aku senyum la kat si isteri. Mereka senyum kembali. Aku dan adik-adik meneruskan perjalanan menuju ke kawasan fast food. Dah kebulur masing-masingnya. Tiba-tiba....

Adik1: Sape tu kak?
Aku: Student Cairo U. Dah kawin....   (bukan saje-saje aku highlight 'dah kawin' tu. tapi sebab nak bagitau diorang, kalau nak keluar dengan lelaki, keluar la dengan suami, bukan dengan couple)
Adik2: Dua2 medik?
Aku: Ha ah. Kenapa?
Adik1: Takde. Saje tanya.
Adik3: Akak...kenapa eh ramai student medik kawin?     (muka musykil gila)
Aku: Err............  (puas perah otak cari jawapan paling sesuai)
Adik2: Pastu kita dengar cerita, ramai yang Cairo U yang dah kawin. Budak Cairo U ni JPA kan?
Aku: Ha ah. Setakat ni, Ain Shams belum ramai yang kawin. Maybe kat U kitorang belum banyak kempen kot. Haha.    (sengal jugak jawapan aku!)
Adik1: Tapi hari tu masa PSMB, kan orang tu pesan macam-macam.....
Aku: Oh...yang PSMB tu. Macam-macam diorang sebut kan? Banyak kali pulak tu. Mesti korang pening kepala kan?     (seriously aku agak bengang dengan taklimat yang memeningkan kepala budak-budak. kesian diorang)
Adik2: Agak pening la. Sebab kita tengok, ramai yang kawin.
Aku: Erm...tu la. Memang ramai pun yang dah kawin.   (masih perah otak cari jawapan)
Adik1: Akak, kenapa kat sini ramai students kawin?
Aku: ....................(senyum cemas)

Kenapa la aku tak terfikir aku akan didatangi soalan KBKK macam ni? Kalau dari awal dah terfikir, dah lama aku cari jawapan. Hafal skema jawapan. Sambil berjalan, aku terus perah otak fikir jawapan. Memang la aku kenal mereka yang dah kahwin, tapi aku tak pernah pulak teragak nak tanya senior yang dah kawin tu: kenapa akak kawin? Haaaa...macam sengal je soalan tu.

Ketiga-tiga adik riang di sebelahku masih kerut mukanya. Mahukan jawapan dari aku. Alahaiiii.....



Aku: Kahwin tu kan ibadah. Siapa-siapa yang ada niat, pastu mampu nak kahwin, kahwin la.   (gulp! Aku teliti muka sorang-sorang. masih ada tanda tanya di wajah mereka)

Aku: Lagipun kat sini kan kita tak ada family. So, bila kawin, keselamatan kita terjamin. Sebelum apa-apa berlaku, kawin la.

Adik1,2,3: Ooo....
Aku: Kenapa tanya? Nak kawin ke?
Adik2: Ish...takde lah! Akak ni.....
Adik1: Tapikan kak, kenapa kat Ain Shams tak ramai yang kawin?

Aduhhh...soalan tak boleh bla =.=' .

Aku: Tu la. Kitorang kat Ain Shams ni tengah tunggu je sape yang nak kawin dulu. Haha.  (serius, aku tak tahu nak jawab apa)


**********************************************

Suatu petang yang indah, ku kira pada awal tahun ini, tercetus perbualan YM antara aku dan seorang sahabat kuliah.

Sahabat: Aku nak tanya satu soalan boleh tak?
Aku: Sila2. Jangan tanya soalan Anat. Aku belum habis baca.
Sahabat: Tak2. Aku nak tanya. Kalau budak perempuan, berani ke nak kawen sesama doktor?
Aku: Ape maksud ko berani ke tak?   
Sahabat: Bukan ape, kitorang budak laki ni, ade yang kata tak berani nak kawen sesama doktor. Takut busy la, macam2 la....
Aku: Oooo.....  (cis. ape aku nak jawab ni? haihh laaaa)
Sahabat: Kalau budak perempuan camne?
Aku: Lain orang lain jawapan kot. Heh
Sahabat: Ooo. Kalau ko, camne?  
Aku: Kalau aku, nak takut apa. Allah kan ada.   (perghh! jawapan tak boleh bla. sebenarnya aku tak tau nak jawab apa =.=' )



**************************************************************

Suatu petang, ketika menaiki teksi pulang ke ARMA. Eh....jap. Kisah yang aku bagi semua time petang je. Haha. Ade kaitan kot isu ni dengan cuaca time petang.

Ammu teksi: Where are you from?   (ceh...nak speaking omputih aje!)
Aku: Ana Malizi.   (Aku orang Malaysia)
Ammu: You know Arabic?   
Aku: Syuwaiya   (sikit2)
Ammu: Eh...tak. Mesti ko tau banyak.   (ni terjemahan daripada apa yang dia cakap dalam bahasa pasar)
Aku: Ye kot.

Pastu senyap. Beberapa ketika kemudian, baru dia bagitau aku, dia tak tau jalan. Sengal!

Aku: Takpe2. Aku tunjukkan jalan. Ko tau tak Abdou Basha?
Ammu: Tak. Ko tunjukkan jalan nanti.
Aku: Ok. Kat depan ni, masuk kanan, Pastu jalan terus. Dah sampai simpang nanti aku bagitau.
Ammu: Ko tahu selok-belok jalan kat Mesir ni. Ko kena kawen dengan orang Mesir.

Gilo ko ammu nih? Aku tau jalan nak pegi ARMA je. Tu pun sebab dah selalu pegi.

Aku: Tak2. Aku nak kawen dengan Malizi jugak.
Ammu: Kenapa?   (aihh...banyak plak dia tanya)
Aku: Erm...sebab mak cik aku ade sorang kawen ngan orang Mesir. Sorang cukup la. Nanti ade yang kawen ngan orang Amerika, orang Jepun, orang Cina....blablabla....   (sah2 aku kelentong)
Ammu: Oooo...bagus2.    (entah apa yang bagus)

Time naik teksi tu, kanak-kanak riang ada kat seat belakang. Disebabkan mereka baru sampai, so mereka tak berapa faham perbualan tersebut. Bila dah sampai ARMA.....

Kanak-kanak1: Akak, orang arab tu borak ape tadi? Terer la akak cakap arab dengan dia!   (tiada unsur riak di sini)
Aku: Err...'ammu tu tak tau jalan, pastu dia suruh akak tunjuk jalan. Hehe.


***************************************************

Suatu siang, ku kira petang jugalah, selepas selesai berbual-bual dengan 'geng bas sekolah', seorang sahabat berkata...

Sahabat1: Sarah, ko tulis la pasal kawen kat blog ko.   (sambil tersenyum berseri-seri)
Sahabat2: Ha ah weh. Mesti ramai baca.
Aku: Haha. Aku pun belum kawen lagi. Camne aku nak tulis pasal kawen?
Sahabat2: Ye tak ye jugak..... =.='


Kesimpulannya, aku tak tahu apa nak disimpulkan daripada kisah-kisah di atas, serta ratusan lagi kisah isu kahwin. Buat adik-adik yang bertanya kenapa senior kahwin, akak syorkan korang tanya la pada senior yang dah kahwin tu. Confirm mereka ada jawapan yang terbaik. Buat sahabat-sahabat yang menunggu aku tulis tentang kahwin, tunggu dulu. Dah kahwin nanti baru aku rasa layak untuk tulis. Dan untuk semua, ini sepotong kata-kata dari seorang sahabat yang lebih muda daripada aku, tapi lebih matang:

"Kahwin itu tanggungjawab. Bukan untuk suka-suka,"

Tarbiyah tanda kasih sayangNya

Sunday 26 September 2010

TARBIYAH. Itulah perkara yang datang mengunjungi hidupku sepanjang tahun ini secara berterusan. Bukan setakat peperiksaan, malahan dari segenap aspek hidup. Allah tunjukkan kasih sayangNya pada aku. Cuma mungkin kali ini baru aku tersentak dengan kunjungan tarbiyah paling berharga ini.

SYUKUR

Masa Shida call aku semalam nak bagitau pasal result, sedikit pun tiada rasa berdebar. Kenapa eh? Susah betul nak rasa nervous bab-bab macam ni. Haha.

Shida: Sarah. Erm...erm....result dah kluar....
Sarah: Oh. Haaa...camne keseluruhannya?   (entah kenapa aku tanya result keseluruhan. patutnya tanye result sendiri dulu)
Shida: Erm...ntah la...erm....  (apa yang Shida cakap lepas tu aku dah tak berapa nak dengar sangat, tak clear)

Mendengar suara Shida yang berunsur kelat dan ketar, aku mula faham. Tak ramai yang lulus. Ramai yang terkandas. Termasuklah aku. Time dengar berita tu aku tarik nafas dalam-dalam, telan air liur, ucap innalillah dan terus sebarkan result pada kawan-kawan yang belum tahu. Sungguh, tiada kesedihan yang aku rasakan. Kenapa eh? Haha. Beruntung juga tak ada perasaan time2 macam tu.

Perkara pertama yang aku fikir time tu ialah TARBIYAH DARI ALLAH. Rasa syukur menghantui diri seketika selepas dapat tahu result. Melihat nama-nama sahabat yang lulus membuatkan aku rasa sayu. Kami sama-sama mendapat tarbiyah awal yang sama, cuma tarbiyah kali ini, masing-masing mendapatnya dengan cara yang berbeza. Ada yang ditarbiyah dengan kejayaan, ada juga yang ditarbiyah dengan kejayaan yang tertangguh. Walau apa pun keputusannya, itu semua tarbiyah dari Allah ^__^.

SEBAK

Seorang sahabat masuk ke bilik denga mata merah-merah. Aku faham keadaannya. Cuma aku masih lagi belum ada feel untuk sedih. (giler la aku ni. takde perasaan! haha) Time tu aku dah decide nak call Malaysia, bagitau ibu dan ayah.

Aku: Ibu, result dah dapat.
Ibu: Oh. Ye? Macam mane?
Aku: Innalillaaah. Bu, angah tak lepas.
Ibu:....................................... Yeke ngah? Kenapa jadi macam tu?
Aku:.........err. Ntah la bu.....  (kalau korang la kan, korang nak jawab camne? haaa...KBKK betul soalan ni)

Seketika kemudian, seorang sahabat call aku, nak tanya pasal result beliau.

Sahabat1: Sarah, result dah kuar eh? Camne?
Aku: Dah2. Alhamdulillah, ko lepas. Tahniah weh!
Sahabat1: Ya Allah. Yeke?! Alhamdulillah!!   (suara beliau sungguh happy. aku tumpang happy)
Aku: Tahniah eh weh.
Sahabat1: Ko camne?
Aku: Aku tak lepas la....huhu.   (telan air liur)
Sahabat1: Ko biar betul ni! Ko jangan tipu aku.....  (tiba-tiba suara beliau bernada sebak. sebak giler! tak tipu)
Aku: Eh...ko ni. Jangan la sedih-sedih. Aku ok je la.   (seriously, aku terkejut dengar beliau sebak)
Sahabat1: Mana boleh tak sedih. Aku lepas, kawan-kawan aku tak lepas. Ish....camne boleh jadi camni....

Sehinggalah nada suara beliau dan start bunyi macam nak nangis, aku paksa diri tamatkan perbualan. Fuh. Sebak. Sungguh, aku sebak. Kenapa beliau nangis? Aku biarkan persoalan tu diawang-awangan. Menjelang malam, baru aku mengerti mengapa sahabat-sahabat yang lulus menangisi keputusan peperiksaan sahabat-sahabat yang belum ada rezeki. UKHWAH ISLAMIYYAH. Sungguh, aku rasa terharu dengan ke'concern' an sahabat-sahabat semua.

Memang semua sahabat yang chat dan call aku semalam bernada sebak. Beberapa orang menangis, beberapa lagi kental menahan air mata. Secara tiba-tiba lacrimal gland aku nak merembeskan air mata. Tapi aku tahan. Bukannya rasa sedih sebab gagal. Tapi sedih sebab orang lain sedih untuk kita. Terselit juga rasa bersalah. Tapi aku bukan jenis yang senang nangis. So senyuman masih mampu ku ukirkan di saat-saat sahabat memandang aku dengan wajah yang sayu.

Ayat yang paling tak boleh blah..."Sarah.....lepas ni Sarah dah takde dalam kelas. Sarahhhhh......"

p/s: Sahabat-sahabat, I need your smiles to give me strength. So please don't be sad.


TENANG

Apabila kita gagal sesuatu, elok la kita ambil nasihat dan pendapat orang yang pernah melaluinya dulu dan berjaya mencipta kejayaan melalui kegagalannya. Semalam aku sempat berbual meminta nasihat dan kata-kata semangat daripada 2 orang senior. Di sini, kalau senior itu ikhwah yang belajar pengajian Islam, kita panggil Ustaz. Ustaz B dan Ustaz D masing-masing menceritakan pengalaman mereka menghadapi kegagalan. Ada yang pernah gagal 2 kali, kemudian berjaya melonjakkan diri ke tahap yang tinggi. Aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab mendapat nasihat dan kisah daripada mereka. Aku kagum mereka berjaya menjadi insan yang hebat setelah mereka didatangi kegagalan. Sungguh, kegagalan itu bukanlah semata-mata gagal, tetapi ia adalah KEJAYAAN YANG TERTANGGUH. 

Bila dapat berbual dengan orang yang lebih tua, lebih matang, lebih berpengalaman, aku rasa best sangat! Cuma aku masih blur, tak tahu arah tuju selepas ini. Setahun. Setahun?! Fuh.

Seorang sahabat berkata "Thanks Sarah. You seem so strong,". Okay, masa mula-mula aku dengar ayat ni rasa nak gelak, sebab seolah-olah aku ni beriya menenangkan dan menasihati serta memberi kata semangat kepada kawan-kawan lain. Sedangkan aku gagal juga. Tapi aku memang dididik begini. Tidak frust menonggeng dengan sesuatu kegagalan. Malahan ayah mendidik aku supaya jadi orang yang boleh tenangkan sahabat-sahabat ketika dilanda kekusutan. Mungkin sebab itu juga aku masih tak nangis sehingga sekarang. Bukan sebab keras hati, tapi sebagai tanda redha dengan tarbiyah Allah ini.

Semoga sahabat-sahabatku baca post ini. Muslim itu saling menguatkan antara satu sama lain. Dan aku sudah nampak kita mempraktikkannya. Tahniah kepada semua. Teringat pesan Ustaz D...

"Kegagalan kadang-kadang bukan suatu azab, tapi suatu nikmat. Sedangkan kejayaan kadang-kadang bukan suatu nikmat, tapi suatu istidraj. Jadi, selalulah muhasabah kejayaan kita. Bukan sahaja muhasabah apabila gagal,"

Benar, jarang sekali aku bermuhasabah apabila berjaya. Suatu perkara yang kita sering terlepas pandang.



Satu.....



    Dua......



Tiga....?


p/s: rasa nak makan mihun goreng :)

Bukan selalu

Friday 24 September 2010

Sejak hari first PSMB JPA aku dah berangan-angan nak tulis post tentang aktiviti yang dilalui. Semuanya menarik belaka. Tapi buat masa ni, memang tak sempat nak taip panjang-panjang, upload gambar, describe itu ini, buat lawak, kenakan orang. Maybe next time.



Best jugak jadi busy ni. Kurang la masa untuk aku laksanakan hobi-hobi lagha. Terasa macam kat Malaysia dulu. Tapi kali ni jadi fasi lagi best. Maybe sebab kat negara orang, dan maybe sebab dah makin dewasa. Banyak giler benda aku nak cerita tapi tak sempat hari ni. (ceh....bunyi busy macam perdana menteri ^_~ )

Semalam seorang sahabat yang 'caring + concern' bagitau aku "Muka ko ni nampak macam sakit 10 tahun.". Perghh...ayat tak boleh blah! Seketika aku terfikir: teruk sangat ke? Na'udzubillah.....



p/s: esok kanak2 tahun 1 ASU start kelas. All the best semua!

Rethink

Monday 13 September 2010

'Sometimes, people are not who we think they are'


I just don't understand how people can easily make assumption or first impression on someone and then they simply put trust on their assumption. You saw someone looking good, nice, obedient and then your brain blindly decided that the particular person is trustworthy enough and angel-like. Come on...you didn't even know who that person truly is. I'm not suggesting that we all should have bad impression on other people. I'm just trying to say that even though you've put your entire trust on one person, it doesn't mean you can count on him or her for everything. Easy to say, PLAY SAFE. God gave us brain to think, to differentiate between good and bad, so that we'll have a wonderful life.

Just bear in mind that people change, people are very unique in every way, and people are different in any aspects. 

'Sometimes, people are not who we think they are'. I bet you'll kill me if you know who I am. Or maybe you'll kill yourself. It's not wrong to believe in your thoughts about people. But it's just wrong when your thoughts are originally wrong. Re-think about it.

 It's time to rethink. Becareful with your thoughts~




*apsal entri hari ni in English? saje nak versatile. ececeh....*

First day raya, first patient

Saturday 11 September 2010

Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar walillahil hamd.

Family di Malaysia sangat busy wondering...macam mana agaknya beraya di sini? (Egypt). Well, the answer is easy. Sama macam Malaysia! Tak tipu. Kalau kat Malaysia, raya meriah sebab kita semua pergi ziarah rumah sanak saudara. Kalau duduk rumah tengok TV je, memang bosan. The same thing kat sini. Dah namanya hari raya. Ziarah rumah kawan-kawan, rumah negeri menjadi aktiviti kegemaran anak-anak perantauan.

Tapi tak la ziarah rumah orang setiap hari berturut-turut. Especially bagi yang ada 'paper' menunggu. Oppss...terasa.

Raya pertamaku bermula dengan kekecohan. Sebab apa? Sebab satu rumah tak perasan yang masa dah bertukar. Ish3...asyik bertukar je masa tahun ni. Nak kiamat agaknya. Mari insaf T_T.

Tengah-tengah gosok baju raya, terdengar Masjid Nur dah solat raya. Kelam kabut semua orang. Last-last kami pergi ke ARMA untuk....makan. Tak de la ramai sangat orang kat ARMA. Maybe majoriti sambut raya kat rumah negeri masing-masing dan masjid berhampiran. Yang ramai kat ARMA pun kanak-kanak medik dan anak-anak N9 =.='.

Dari ARMA, aku dan Sakinah buat anjakan paradigma. Kami follow akak-akak medik lain beraya di RKB (Rumah Kelantan Baru). RKB weh!! Haha. Kami buat muka macho beraya di RKB, walaupun darah daging kami tiada kena mengena sedikit pun dengan Kelantan. Alaaa....apa salahnya kan? Hari raya hari mengeratkan ukhwah.


Di RKB, makan sate dengan nasi impit. Sama macam kat ARMA. Dapat gak la merasa sate raya ni. Huhu.

Ikut kebiasaan, bila dah kenyang kena la move on to the next destination. Kami pilih RNSK. Kakak-kakak lain pergi Rumah Johor. Sampai di RNSK, seorang kakak menelefon aku. Minta aku datang ke syaqah mereka. Sampai je di syaqah tersebut, aku dipertemukan dengan benda ni...


Kakak: Sarah, tolong inject Akak X boleh tak?
Aku: Ha?? Kite tak pernah inject orang.   (terus jantung berdegup laju)
Kakak: Laaa...biar betik. Tapi dah blaja kan?
Aku: Errr....dah. Tapi....

Seriously aku sangat cuak! Hahaha. First time kot! Lama juga aku ambil masa berfikir untuk buat keputusan sama ada nak inject atau tak. Kalau salah inject nanti.... Ish. Mana boleh salah inject! Kan dah belajar. Lagipun, bukan kena inject kat vein. Inject muscle je. Serta merta aku call Sakinah yang berada di syaqah lain.

Aku: Helo. Sakinah, turun sekarang. Ade kecemasan.

Sakinah sampai. Aku masih memegang syringe dan ubat dalam botol kaca. Selama beberapa minit kami berbincang siapa yang harus melakukan suntikan tersebut. Sakinah dah pernah ada pengalaman. Aku belum lagi. Sebab tu cuak semacam. Last-last decision was made. Aku yang kena suntik. Aaaaaaaaaarrrrrrrrrr......

Aku menjeling ke arah pergelangan tangan kiriku. Satu urat hijau masih belum lagi surut bengkaknya. Akibat disuntik doktor ketika buat MRI beberapa minggu lalu. Musykil. Sepatutnya dalam masa seminggu, bengkak tu dah surut. Tapi sampai sekarang masih ada, menyebabkan aku tak boleh pakai jam di tangan kiri, apatah lagi pakai handsock. Sakit bhai! Bengkak itu membuatkan aku berasa seram untuk menyuntik Kak X. Tak nak perkara yang sama berlaku kepada beliau. Tapi Sakinah berkata "Alaaa...inject muscle je. Bukan vein,".

Baiklah. Setelah berjuta kali berzikir, berselawat, berdoa....aku pun bismillahirrahmaaanirrahiiim....

Dengan rasminya, Kak X menjadi mangsa pertamaku. Tarikh 10/9/10 menjadi tarikh keramat buatku. Haha.

Kakak: Sarah, kalau ape2 jadi kat Kak X, kitorang cari kamu ye.
Aku: Err...jangan la camtuuuu........  (tawakkal2...)

Selesai menjalankan tugas 'doktor', aku continue beraya dari rumah ke rumah. Semoga Kak X cepat sembuh.


Sampai di 4B, jumpa kanak-kanak ribena yang sangat comel ni. Balqis!!! Dah besar dah dia. Sebelum aku pindah ke 'Abbasiyah dulu kecik je budak ni. Sekarang dah 8 bulan.

Bulatnye mata dia!



Selepas RNSK, destinasi kami ialah rumah sewa kakak-kakak N9 yang dah tahun akhir. Dapat makan mee jawa yang pedas tahap dewa. Perghhh....sodap gilo! Nangis-nangis pun tambah lagi. Dah kenyang, kami mengorak langkah pulang ke 'Abbasiyah.

Petang tu kami terima tetamu first kami, Kak P (Sofiyyah) dan Eja. Bukan main excited Betty nampak Kak P datang. Pandai dia buat mama dia jeles >.<


Kuah kacang anak dara N9 masak. Podeh tak boleh blah. Tapi semua kata sedap! *wink2*


Rendang Adabi. Sedap jugak. Belilah perencah rendang Adabi~

Anyway, semalam hari raya pertama bersamaan hari Jumaat kan? Haaa....banyak selawat tak semalam? Kalau lupa nak selawat rugi la kita. 'Jadikan setiap Jumaat yang kita lalui sebagai persiapan menghadapi hari Kiamat'. Raya raya juga, ibadah jangan tinggal.

Sekian laporan dari angkasa 'Abbasiyah.

p/s: exam Physio hari Rabu ni! Doakan kami :)


Raya punya cerita

Thursday 9 September 2010

Aura raya telah ku rasakan sejak bermulanya perjalanan pulang ke bumi kinanah dahulu. Setiap kali jumpa pengawal keselamatan kat airport, mereka mesti wish "Selamat Hari Raya," dengan senyuman seindah suria, buat aku sedikit berbangga jadi orang Melayu. Ish...tak baik riak. Istighfar.

Semasa keberadaanku di Malaysia, aura raya tak berapa dirasai. Maybe sebab dah set minda, bahawa aku bakal beraya di perantauan tahun ini.



Ibu: Angah nak bawak balik kuih raya ape?
Aku: Tak nak la. Angah tak suka kuih raya.
Ibu: Ibu masakkan rendang untuk angah nak?
Aku: Eh...susahkan ibu je. Ibu nak masakkan ke?  (Ayat ni bermaksud mahu tapi malu. haha)
Ibu: Tak pe la. Untuk anak ibu. Ibu masakkan ye. Nanti angah boleh makan kat sana.
Aku: (Yes!!)



Tiba di bumi anbiyaa' ini, berbeza-beza pendapat kawan-kawan tentang raya di perantauan. Untuk aku, ini bukan kali pertama beraya di negara orang. Tahun 2008 dulu dah pernah. So, I don't think it's something new.

Kak Mira: Berapa pasang baju raya kamu bawak?
Aku: Empat. Heee~
Kak Mira: Fuyooo...semangat!

Beberapa hari sebelum takbir raya bergema, kami didatangi peperiksaan dur thani subjek Biochemistry. Perihal MCQ kita tolak tepi dulu. Nanti hilang mood raya. Hehe. Sehari selepas written exam, tiba masa untuk oral dan praktikal pula. Mula-mula exam oral. Alhamdulillah, dapat doktor baik hati. Rasa nak peluk beliau dan ucap "Selamat Hari Raya". Nasib baik beliau lelaki. So, tak jadi. Nama beliau Dr. Fathy.

Disebabkan kami exam sekali dengan students Arab, so kami terpaksa tunggu selama berkurun lamanya untuk masuk ke makmal untuk exam praktikal. Berkurun di sini bermaksud: sampai berjanggut, dan janggut itu menjadi putih kesemuanya. Haaaa....lama gila kan? Awal-awal tu elok la semua orang baca dan hafal nota dengan bersungguh-sungguh. Masuk separuh masa kedua, semua dah buat kerja lain. Tengah-tengah rasa nak muntah baca nota buat kali ke berapa juta entah, aku pasang lagu raya kegemaran kat handphone. Pasang loudspeaker la baru mengancam kan?


Raihan & Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda Lirik
Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi
Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban
Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya
Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu
Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia
Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti


Haaa...semangat punya pasal. Sampai letak lirik sekali =P. Sambil-sambil dengar lagu raya....

Eja: Korang ade mood nak raya?  (beliau bertanya dengan wajah dan nada tak percaya)
Aku: Of course la Eja. Raya ni Eja. Raya!
Eja: ............. (geleng kepala)

Disebabkan raya tahun ini Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) buat open house time raya ke 2, maka aku dan Sakinah decided untuk berhari raya pertama di 'Abbbasiyah. Bak kata ibu, "Macam balik rumah mertua pulak kamu kan?". Haha. Kena la praktis dari sekarang.

Di RNSK lain pula ceritanya. Setiap rumah SIBUK bikin kuih raya aneka jenis. Confirm kami akan datang raya ke 2 nanti. Sebab kat rumah kami ada kuih 'tunjuk' je. Itu pun ibu yang pujuk aku beli. Kalau tak, memang kunyah tomato je la raya ni. Kenapa tomato? Sebab ia sangat murah di sini. Sebelum pulang ke RNSK semalam, kami berbincang tentang juadah yang akan di masak nanti.

Sakinah: Rendang?
Aku: Checked! Banyak pes rendang kita bawak hari tu.
Sakinah: Nasi impit?
Aku: Checked! Pun banyak kita bawak yang segera hari tu.
Sakinah: Kuah kacang?
Aku: Aiseh....yang instant dah masuk semut la. Kurenggg punye semut!
Sakinah: So kita kena buat sendiri la.
Aku: Okay. Jom google untuk resepi.



Maka siang tadi, dengan semangat '1Malaysia', kami memulakan kerja-kerja dapur. Tengah syok-syok rebus nasi impit segera, tiba-tiba.....

Kak F: Eh....gas dah habis laaa.
Aku & Sakinah: Haaa???!

Kebiasaannya, kalau gas dah habis, tugas kami hanya turun ke bawah, cari bawwab dan minta beliau tolong belikan. So, dengan muka macho, aku turun mencari bawwab dan isterinya. Sampai di rumah mereka....kosong. Tapi lampu terpasang. Ke hulur ke hilir aku mencari mereka dan akhirnya naik ke atas. Takkan mereka balik kampung kot? Sejam kemudian, aku turun sekali lagi. Sama juga. Tiada tanda-tanda mereka berada di rumah. Ish...macam mana nak masak ni? Dah nak hilang semangat raya camni. Akhirnya, aku turun buat kali ketiga 2 jam kemudian. Time tu rumah beliau dah gelap. Ahh sudah! Sah-sah bawwab ni dah balik kampung.

Aku melangkah keluar dari imarah. Cuba tanya 'ammu tepi jalan kalau-kalau ada kedai gas berhampiran. Seorang jejaka memberitahu hanya ada satu kedai gas berhampiran dan ia saaaaaaaaaaaaaangat jauh. Kalau nak pegi sana kena naik teksi. Oh...no. Maknanya kena angkat tong gas! Tidak...aku tak mampu. Kalau tahun lepas maybe boleh lagi. Habis tu...camne nak masak ni?! Aaaaaaaa.........

Aku: Sakinah, takde la kedai gas dekat-dekat sini =(
Sakinah: Erm...yeke. Tak payah la masak kalau camtu.
Aku: Alaaaa....tak bestnye.

Sampai la pukul 5 petang, kerja-kerja dapur kami tertangguh. Akhirnya, selepas Kak F pulang, kami berdua pergi menaiki teksi menuju ke Syari' Ahmad Said, berhampiran dengan ARMA untuk membeli gas. Sanggup weh angkat tong berat tu! Nak raya punya pasal. Nasib baik 'ammu teksi baik hati. Dah berapa kali kena reject pada awalnya.

On the way nak membawa tong gas yang penuh memasuki bangunan rumah kami, muncul seorang jejaka Melayu. Time tu aku dan Kak F rasa macam dah nak patah pinggang. Jejaka tersebut dengan muka macho, mengangkat tong gas tersebut dan berjalan ke arah lif. Whoaaa...cara dia jalan nampak gagah! Padahal kurus je orangnya. Terpegun seketika.

Sampai di rumah....

Aku: Akak, tadi tu kawan akak eh?
Kak F: Tak la. Tu junior korang. Baru pindah atas ni.
Aku: ..........................  (konon-konon bajet senior confirm kuat la. ambik ko....junior jugak yang tolong angkat sorang2)

And yeah!!! Dapat la kami sambung kerja tertangguh tadi. Alhamdulillah....tercapai hajat nak merasa juadah raya esok.

Tadi, sementara menunggu Kak F pulang, aku ambil kesempatan call mereka yang tersayang di Malaysia. Kebiasaannya kalau dengar orang call Malaysia, mesti ada suara tangisan di celah-celahnya. Tapi untuk aku...tidak sama sekali. Baru je call....

Aku: Assalamualaikum...
Pakcik: Waalaikum salam. Eh2....KAK NGAH!!!!!
Makcik: KAK NGAH!!! SELAMAT HARI RAYA!!!!
Adik2 sepupu: KAK NGAH SARAH!! SELAMAT HARI RAYA!

Bingit weh telinga. Nasib baik tak pekak. Haha. Memang terasa lain macam meriahnya raya kat rumah nenek. Tak apa, raya kat sini, kami la yang harus memeriahkannya. Jangan nangis-nangis la kawan-kawan. We have each other right? ^__^



~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN~

p/s: dengar cerita, jiran atas nak buat open house raya ke 2 nanti. haaaa....ape lagi....hehe =P

Takutnye!!!!

Sunday 5 September 2010


Tajuk post menjelaskan semuanya.

TAKUUUUUUT weh!!!

Tak pernah rasa takut macam ni. Time masuk bilik bedah untuk appendectomy pun tak rasa camni. Time masuk bilik bedah untuk septoplasty pun relax je. Time buat MRI brain pun tak takut camni lahhhh. Takut sampai tak tahu nak buat apa. Lagi tengok buku Biochem lagi takut. Fuh...fuh....fuh...... Seakan malaikat maut menjelma sebagai Biochem. Ya Allah, lapangkan dada ini, tenangkan hati ini, permudahkan segala urusanku.

-Esok, (6/9) exam biochem dur thani tahun 2 akan bermula. Penentu. penentu. penentu-

p/s: maybe kalau aku teruskan makan minirin (desmopressin) hari ni, takkan hadir perasaan TAKUT yang amat sangat macam ni sebab 'high'. tapi aku lebih sanggup rasa takut dari khayal tak rasa apa-apa untuk exam. heh :)

Till next time

Saturday 4 September 2010


I should stop blogging or getting involved actively in social websites for a while now. The side effects of the drug I'm taking is way to go 'gempak'. Kalau aku terus menulis dalam keadaan confused, blur macam ni, maka nanti orang ingat komputer ni kena hacked & ada orang nyanyuk yang post kat blog ni. Seriously.

Baiklah. Till we meet again next time. Maybe in two weeks or three. Ilalliqa'.




p/s: doakan kami semua berjaya dengan cemerlang untuk peperiksaan kali ini dan akan datang. dan doakan aku tak merepek time jawab exam nanti. heh :)

Journey to the west

Friday 3 September 2010

-Traveling alone is the new coolness *two thumbs up*-

No, I don't mean the entire thing especially safety. But yes, I have to admit this experience really give me something to learn. Bukan aku suka-suka balik sorang-sorang okay. Terpaksa, sebab tiket flight semuanya penuh. Tarikh 1/9 je ada SATU seat kosong. Nak tak nak, kena balik juga. Maka jadilah aku satu-satunya makhluk Allah berbangsa Melayu yang menaiki pesawat Royal Jordanian dari KL ke Cairo pada tarikh tersebut.



-The journey began with anger. Tak pasal-pasal je aku hampir meletup, macam bom jangka kat KLIA. Masa pergi tukar tarikh balik kat pejabat RJ, pekerja tu kata had berat 30kg. Boleh tolerate sampai 35kg. Sampai kat airport, pekerja airport kata boleh 20kg je. Tolerate dapat la 25kg. Time tu jugak mendidih telinga dengar
25kg. Bincang punya bincang, dia bagi naik sampai 30kg sebab student. Tapi luggage semuanya 38kg. Dah lebih 8kg. Dia suruh bayar seribu lebih. Gilo agak eh. Seribu lebih?! Boleh beli tiket kapal terbang tau tak?? Kat airport Mesir ni, lebih berat setengah kali ganda pun diorang buat tak tahu je. Apasal KLIA 'sistematik' sangat? Pekerja airport dengan selamba berkata "Oh, bawak barang orang ke? Lain kali tak payah la bawak. Haaa...keluarkan la barang yang orang kirim tu,". Serius aku rasa nak lempang dia. Nasib baik tengah puasa. Cuba dia jadi aku, kena bawakkan barang kawan-kawan. Sanggup ke nak tinggalkan barang orang? Aku kata kat ayah "Tak nak bayar. Tak nak keluarkan barang orang jugak. Tak kira. Jumpa bos dia,". Terserlah kedegilan aku time tu. Haha ^_~ . Dah lama-lama bincang, tak dapat jugak convince bos dia , maka aku me'repack' semula barang. Barang yang aku keluarkan tak sampai pun 5kg. Bila timbang lagi sekali, tiba-tiba je berat barang jadi 30kg tepat-tepat. ARGH! Penipu.



-Sepanjang perjalanan menuju ke gate pesawat, semua pengawal yang aku jumpa bagi ucapan yang sama. "Dah buka puasa? Belajar rajin-rajin tau. Nanti balik Malaysia berkhidmat. Selamat hari raya,".Terus lenyap api kemarahan yang marak tadi.

-Masuk je dalam pesawat RJ, terasa kelainan sebab banyak seat kosong. Orang Melayu ada la jugak setengah dozen. Setahu aku, mereka pelajar yang akan pulang ke UK. Yang lain semuanya Arab.

-Ketika pesawat hampir berlepas, datang suatu perasaan pilu/sedih/sebak menyelubungi diri. Tak pasal-pasal mencurah-curah air mata turun. Ya Allah, kurniakan aku kejayaan untuk peperiksaan kali ini, akan datang dan yang paling utama, di akhirat kelak. Permudahkanlah segala urusanku. I wanted to pass this exam very badly.


-Sejam dalam pesawat, satu badan start menggigil. Penangan ubat NDI. Makin lama makin kuat gigil aku. Kalau penagih dadah nampak, mesti dia ingat aku kaum kerabat dia.

-Transit di Bangkok selama sejam. Hujan lebat time tu. Ramai penumpang berpusu-pusu naik. Majoritinya Arab dan orang Thailand. Maka perjalanan ke Amman diteruskan, memakan masa 8 jam setengah.

-8 jam setengah kot! Tidur sehari pun tak sampai 8 jam. Tengok movie? Tak selera la. Maka aku tidur berselang-seli dengan membaca Al-Quran. Teringat pesan ayah "Jangan tido je dalam flight tau. Kot2 malam ni lailatulqadar,". Malam tu malam ke 23.

-Tiba di Amman, aku dah rasa separuh mati. Dalam flight mana nak dapat air kosong banyak-banyak. Kalau mintak pun diorang bagi secawan kecil je. Dehydrated jadinya. Terpaksa angkat hand luggage 10kg + 5kg pulak tu. Memang aku tak putus-putus doa agar tak tergolek tengah jalan.

-3 jam setengah menunggu, gate menuju ke pesawat pun dibuka. Memang sah aku sorang je Melayu. Dan aku di antara beberapa kerat perempuan yang ada. Yang lain semuanya lelaki. On the way menuju ke bas dari gate, beg laptop yang aku bawa terjatuh. Terkial-kial la aku membongkok, mengambil semula beg tersebut sambil terhuyung-hayang rasa nak pengsan. Badan menggigil makin teruk. Dalam hati terdetik. Arab lelaki yang ramai-ramai ni tak ada rasa nak tolong ke? Tiba-tiba datang seorang perempuan muda, kurus, cantik orangnya membantu aku membawa barang. Dalam ramai-ramai lelaki gagah yang ada, tak ada sorang pun yang gentleman. Elok sangat la tu.

-Dalam flight, perempuan yang tolong tadi decided nak duduk kat seat sebelah aku sebab seat tu kosong. And we chatted during the entire flight. Rotana Sandy nama beliau. Dah habis belajar dentistry, nak sambung master pula. Dengan excitednya beliau menceritakan betapa beliau naaaaaak sangat datang Malaysia, sebab tunang beliau dah pernah pergi Malaysia dan tunang beliau jatuh cinta dengan 'tanah merdeka' itu. Wow. Begitu mereka mengagumi keindahan Malaysia rupanya. Dan seperkara yang buat aku terlopong dengar beliau cakap ialah "You know what? I discovered that studying is very easy!". Tak kelip mata aku pandang beliau time tu.

-Sampai di airport Cairo, Ustaz Taqin datang bersama Avanza dengan Kak Mira dan Kak Anis. On the way pulang ke rumah, aku bertanya "Memang cuaca biasanya macam ni eh?". Awan agak mendung, matahari seakan-akan segan nak keluar dan langit cerah. Tak ada rasa bahang. Mereka kata sebelum ni panas terik. Kering. Hari ni baru cuaca macam tu. Aku sengih je. Lailatulqadar kot semalam. Hehe.


Ramai

Wednesday 1 September 2010

Memandangkan aku dah nak berangkat dari bumi 'merdeka' ni, maka ibu & ayah decided nak memeriahkan rumah dengan sanak saudara agar aku terasa suasana 'raya'. Maka, selama 2 hari berturut-turut, kami sekeluarga besar berbuka puasa ramai-ramai di Panchor Jaya dan di rumah Nek Mah. Sungguh, memang terasa suasana raya sebab ramai gilo yang datang dan tak cukup tangan nak melayan. Makanan pun tak cukup T_T.


(Dari belakang: Hajar, Izzati, Tariq & Aisyah, Fatin, Wafa, Tasnim, Rayyan, Ilani, Farisha, Athirah, Kautsar, Sofia, Daniel, Amrina, Iman)

-Bila kumpul ramai-ramai, kanak-kanak la yang paling excited. Dapat jumpa sepupu sepapat. Nak main kejar-kejar pun best. Ramai yang ada-



-Buka puasa di rumah Nek Mah. Masing-masing bawak hagah dari bazaar ramadhan. Penuh ruang tamu dengan makanan. Tapi last-last licin semua >.< -


-Faheem a.k.a Aim. Kurus je, tapi pinggan dia penuh! Semangat seyh bab makan-


-Main mercun!!! Moment yang paling ditunggu-tunggu. Memandangkan Pak Uda borong mercun, so anak-anak Pak Uda sentiasa jadi buruan kanak-kanak. Mercun naga paling aku suka. Maybe sebab dia cantik =P. Cuma kesal tak dapat main mercun 'segala macam thunder'. Thunderking, thunderclap...dan lain-lain. Kalau dapat bakar thunderking barang sebatang dua mesti best. Kasi gegar itu kampung! Daniel bertanya "Kak Ngah, kat Mesir main mercun tak?". Aku jawab "Tak. Kat sana pakai bom je,". Mereka semua "Fuyoohh!! Lagi best!". Osah.... =.='


(Dari belakang: Farisha, Kautsar, Tasnim, Iman, Amrina, Ilani, Sofia & Faheem)

-Kanak-kanak riang yang rajin. Rajin apa? Rajin bergambar dan rajin volunteer nak ambik gambar. Cemas sungguh tengok diorang pegang camera. Terpaksa cakap "Camera ni kalau ramai sangat yang pegang nanti dia meletup. Tak dapat la kite ambik gambar,". Percaya pulak diorang-


-Aisyah pura-pura rajin nak jaga Tariq. Pada hal dia nak lari dari budak-budak yang memburu mercun dalam poket dia. Pandai ye kamu!-

                             (With Tasnim, Athirah, Ilani & Tariq)

-"Meh ambik gamba ngan Kak Ngah," aku berkata apabila melihat mereka bising-bising tak dapat main mercun. Sepantas kilat semuanya meluru nak ambik gambar. Lepas ambik gambar siap kata "Kak ngah, ambik la lagi! Banyak-banyak!"-


(Tariq with Ilani)


-Amrina & Iman. Ikuuuut je apa yang orang suruh buat. Aisyah pengarah mereka-




(Paksu, Pakteh, Maksu, Maktam, Makteh & Aim anak Maksu)

-Bila semua adik-beradik ayah balik kampung dengan family masing-masing, riuh-rendah jadinya. Jiran pun hairan memikirkan apakah yang telah berlaku sebenarnya-


-The youngest cucu pun ada jugak. Makin tembamlah Umair nih!-


Hari sebelumnya, kami semua berbuka puasa di rumahku. Macam-macam jenis juadah ibu & ayah masak. Aku & Aiman? Kami kemas rumah je ^__^. Time semua orang belum datang rasa macam baaaaanyak sangat makanan. Tapi bila semua dah datang & berbuka, ada juga yang terpaksa makan kuih je. Tak cukup rupanya! Adik-beradik ibu + adik-beradik ayah. Nasib baik tak roboh rumah. Haha.

(Iman, Amrina, Aqeel & Tariq menonton TV)


-Aiman berposing dengan cucur udang ayah. Kegemaran ramai. Siapa lambat ambik kuih ni memang melepas T_T-

(Mak Ngah Liza, Mira & Izzat)

-Mak Ngah Liza & family pun datang jugak. Terharu. Ada jugak peluang aku nak berfarewell dengan Mira (dua pupuku) sebelum beliau berangkat ke Canterbury untuk buat TESL-

(Nadia, Hajar & Fatin belakang sekali)

-Diorang masuk je bilik, terus serang rak buku aku cari novel. Novel??? Aku mana baca novel lah. Tapi hari tu dah niat nak buang tebiat sikit. So, aku beli la beberapa buku karya FT dan RAM. Fatin pula bagi pinjam buku Hlovate. Sebulan di Malaysia, aku hanya habiskan 2 novel, dalam masa 5 hari. Lepas tu dah tak nak baca. Haha-

-Aisyah & Nadia bersama kad ucapan yang Nadia tulis untuk aku. "Kak ngah baca time kat sana tau. Jangan bukak dulu,". Thanks Nadia!-

Anyway, although tak sempat berjumpa beberapa orang sepupu yang berada di kejauhan, like Illya kerja kat Melaka, Kemal training bola di Shah Alam, Afiq study di Kulim & Ayish maybe di KL, aku nak ucap terima kasih sangat-sangat-sangat kat semua sebab bagi aku rasa suasana raya tahun ni ^___^. Siap dengan duit raya! Terharu betul~

I'm gonna miss all the sarcastic & hilarious jokes, the big laughs, the sweetest smiles, the art & talent running in the blood, the nickname 'Kak Ngah Sarah', the mischievous kids, the funny aunts & uncles, grandmothers and most of all...ibu, ayah & Aiman.

See y'all next 2-3 years! (ceh...ye2 je kan)

Related Posts with Thumbnails