Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Baik. Saya akan buat!

Sunday 27 June 2010

                                   -ini yang aku sangat perlukan sekarang: DISCIPLINE-

Seperti sudah menjadi kebiasaan, aku sukaaaar sekali untuk ada perasaan terhadap exam2 yang bakal dihadapi. Dan kadang-kala keadaan itu menimbulkan kesukaran kepadaku apabila aku buat tak endah, study ala kadar,  dalam kata lain...macam tak ada apa-apa. Dari dulu macam tu lah keadaannya.

Aku sering tertanya-tanya. Mengapa tiada rasa cuak, atau nervous, atau takut, atau excited? Hanya Allah Maha Mengetahui sahaja yang tahu jawapannya.

Namun, menjelang exam Anatomy yang bakal datang hari Selasa ni, exactly kurang 48 jam dari sekarang, aku rasa aku perlu buat sesuatu. Tapi tidak tahu apa. Baaaaaanyak sangat lagi topik yang aku belum cover. Honestly, buku Embryology aku belum sentuh. Belum sentuh, apatah lagi buka dan belek dan baca dan faham dan hafal. Sadis bukan? T_T

Hati rasa tak menentu, apabila berdoa pun rasa ada yang tak kena. Ya, aku tahu. Kalau tak usaha, macam mana kamu boleh kata kamu tawakkal kan? Insaf...insaf... Tapi perasaan itu masih tidak ada. Aku perlukan nasihat. Ya, aku sangat perlukan nasihat! Dan aku bukan jenis yang senang-senang boleh terkesan dengan nasihat. Ini fakta, ini hakikat. Habit manusia lahir bulan Mei dan anak kedua: agak degil. Tapi mujur aku bukan jenis degil terang-terangan. Alhamdulillah, didikan ibu dan ayah sejak kecil buat aku senang dilentur, tak memberontak.

Nasihat seperti "Study la. Ko nak balik Malaysia tak?" atau "Ko nak jadi doktor kan nanti. Study la dari skarang. Kena cemerlang" atau "Kalau ko tak study, camne nak jawab exam nanti?" dan seumpama dengannya, kurang beri impak kepadaku. Aku tak tahulah kenapa. Tapi jujurnya, memang kurang bagi kesan. Dan mungkin sebab tu juga, kalau orang minta aku bagi nasihat kepadanya, panjang lebar nasihat yang aku bagi. Habis semua dasar hati, akal sume aku masuk. Tak suka takat surface2 ni, huhu. Rasa macam tak ada impak pada orang lain jugak.

Tengah-tengah kepala kalut memikirkan nak minta nasihat siapa...tiba-tiba ayah hantar mesej, (macam biasa) bagi update tentang match Argentina vs Mexico. Note: Ayah hanta mesej utk every match, every goal. Kena kad kuning pun ayah nak hanta mesej. Kawan2 kata: Ayah ko mesti rindu nak tengok bola ngan ko kan? Ayah yang penyayang. Untungnye ko...

Aku pun cepat2 la reply, minta ayah online bila2 ayah free. Nak minta nasihat dan kata-kata semangat dari ayah. Ibu dah tentu lah dah tidur waktu2 skarang ni. Tak sampai 10 minit kemudian, ayah pun online, setelah aku call guna Smartvoip dan beri arahan nak buat apa. Maka kami pun berbual.... (ayah guna ID ibu, sebab ayah takde ID YM)



Sarah Mustaza: assalamualaikum
Sarah Mustaza: ayah...
Sarah Mustaza: ooo ayah
Raja Norziah: waalaikumsalam
Sarah Mustaza: ayah sihat?
Raja Norziah: sihatlah sikit drp semalam
Sarah Mustaza: ayah
Sarah Mustaza: angah exam selasa ni
Sarah Mustaza: anatomy
Raja Norziah: ayah tau ayah baru lepas solat hajat utk tu
Sarah Mustaza: tapikan ayah
Sarah Mustaza: angah takde perasaan la nak exam ni
Sarah Mustaza: takde rase nervous ke
Sarah Mustaza: excited ke
Sarah Mustaza: takut ke...
Sarah Mustaza: takde rase ape2
Sarah Mustaza: bila takde rase ape2....
Sarah Mustaza: takde pun rasa bersungguh nak baca buku
Raja Norziah: hilang konsentrasi ke
Sarah Mustaza: entah la
Sarah Mustaza: tak tau laa
Sarah Mustaza: camne ek?
Raja Norziah: hilang nervous dan takut tu ok
Raja Norziah: tapi angah jgn hilang minat lak
Sarah Mustaza: haaa
Sarah Mustaza: tu la
Sarah Mustaza: takde rasa nak baca buku la
Sarah Mustaza: nak buat macam mane ye?
Sarah Mustaza: baaaaaaanyak lagi tak cover sebenarnye ni
Raja Norziah: buatlah dgn ikhlas kerana allah
Raja Norziah: ingat harapan ayah ibu   (time ni aku dah start rase sebak)
Raja Norziah: ingat yg angah sedang dalam perjuangan
Raja Norziah: berjuang mesti sungguh2
Raja Norziah: berjuang mesti tak kenal jemu
Sarah Mustaza: macam mana nak buat supaya tak jemu?
Raja Norziah: enjoy what you do
Sarah Mustaza: how?
Raja Norziah: macam mana angah rasa masa mula2 belajar memandu dulu...always anxious kok buleh nak drive hari2...kan
Sarah Mustaza: ha ah   (ayah macam tau2 je 'anatomy is like driving a car' )
Raja Norziah: so it's the same dgn belajar menuntut ilmu
Sarah Mustaza: erm....
Raja Norziah: belajar memandu..matlamat angah nak dpt lesen
Raja Norziah: menuntut ilmu...matlamat angah ...agar jadi manusia yg berilmu..bijak dan menjadi manusia yg berkualiti
Sarah Mustaza: memang la nak jadi manusia berilmu
Raja Norziah: but you must do it krn allah
Raja Norziah: buat ia sebagai ibadah
Raja Norziah: sebagai sesuatu yg meningkatkan diri disisiNya
Raja Norziah: teves score lg 3..0    (sempat selit update bola)
Sarah Mustaza: hmmm
Sarah Mustaza: ok
Sarah Mustaza: ayah, masa dah tak banyak untuk study, tapi angah banyak lagi tak cover
Sarah Mustaza: apa nasihat ayah?
Raja Norziah: tenang....kunci utama
Raja Norziah: buat setakat yg mampu...bijak bahagi masa
Raja Norziah: utamakan mana2 yg penting dlm usha angah tu
Sarah Mustaza: erm....ok
Raja Norziah: jgn rasa tertekan...relax...yakin dgn usaha kita dan yakin dgn Allah
Sarah Mustaza: insyaAllah    (makin rasa sebak)
Raja Norziah: kalau kita iklas dlm usaha kita krn Allah kita tak rasa tertekan
Sarah Mustaza: betul2
Raja Norziah: yg. penting kuatkan tekad kuatkan semangat
Sarah Mustaza: ok
Sarah Mustaza: ayah, doakan angah kuat semangat ye
Sarah Mustaza: supaya sentiasa ikhlas
Raja Norziah: always my dear
Raja Norziah: ayah doa angah kuat semangat kuat daya juang kuat daya ingatan tenang dan berdaya maju
Sarah Mustaza: thank you ayah
Raja Norziah: utk menjadi insan yg berkualiti..angah perlu ada semua itu
Raja Norziah: ayah juga mohon kepada Illahi agar angah sentiasa sihat
Sarah Mustaza: amiiiiiin
Raja Norziah: kehidupan memang mcm tu ..dugaan adalah pasti dlm hidup
Raja Norziah: hidup tanpa dugaan....mcm mano agak ee
Sarah Mustaza: tak best kot
Raja Norziah: Allah kurniakan kita akal dan nafsu
Raja Norziah: akal utk berfikir...dan nafsu itu berkehendak
Sarah Mustaza: hmmm
Raja Norziah: akal yg baik bijak mengawal nafsu
Raja Norziah: akal yg baik akan sentiasa positif   (ye, ibu dan ayah selalu pesan supaya positif)
Raja Norziah: akal yg baaik sentiasa menghantar maklumat yg positif kepada naluri
Sarah Mustaza: hmmm
Raja Norziah: sanubari lebih kepada nafsu dn duniawi....nurani merupakan hati kita yg kuat berpegang dgn tali Allah
Raja Norziah: Naluri pula menerima keputusan dr akal kita
Raja Norziah: contoh kok angah rasa kurang yakin..naluri send message kebadan ..maka angah akan rasa kurang semangat hari tu
Raja Norziah: mexico score  3   1    (update lagi...)
Sarah Mustaza: hmmm
Raja Norziah: contoh 2...  aayah kok domaam ayah selalu kata pd diri ayah yg ayah tak demam..oleh itu walaupun badan panas tetapi ayah tetap bersemangat lamo2 panas hilang sendiri  
(yup, ayah jarang pegi klinik. dan kurang percaya dgn doktor. haha. tp ayah nak aku jd doktor. jadi doktor yang luar biasa, kata beliau)
Sarah Mustaza: ye2...betul2
Raja Norziah: so...segalanya terletak kepada kebijaksanaan kita mengawalnya  betul tak..ditambah dgn kekuatan dalaman kita  keyakinan kita kepada Allah
Sarah Mustaza: betul tu...
Sarah Mustaza: dah rasa semangat nak study
Raja Norziah: Alhamdulillah...bijak2lah bahagikan masa...jgn rasa tertekan
Sarah Mustaza: insyaAllah
Sarah Mustaza: ayah doakan angah tenang je ye
Sarah Mustaza: asyik2 mintak doa je kan?   
(dulu ayah penah kata, angah ni asyik minta doa je. minta la benda lain pulak. aku kata la kat ayah. nak mintak kereta audi la..boleh? ayah diam sebentar. haha)
Sarah Mustaza: hehe
Raja Norziah: itu perlu sebab..kita tanpa bantuan doa akan terlalai..terleka..oleh pujukan hati sanubari
Sarah Mustaza: ye, betul tu
Raja Norziah: permintaan sanubari ni enak..melalaikan
Sarah Mustaza: hmmm
Raja Norziah: sanubari ni mmg suka kito layan dio...ikutlah hati nurani. tak ado jln shortcut nak jd insan berilmu
Sarah Mustaza: hmm
Sarah Mustaza: ok
Sarah Mustaza: ayah, angah rasa ok sikit
Sarah Mustaza: dah pukul 11 malam
Sarah Mustaza: angah nak start study la pulak
Raja Norziah: okay syg,  jgn terlalai jauh2...kok terleka cepat...dengar bisikan nurani..selamat belajar..bye and all the best
Sarah Mustaza: ayah
Sarah Mustaza: terima kasih ye
Sarah Mustaza: terima kasih banyak2
Raja Norziah: sama2
Sarah Mustaza: nanti kirim salam kat ibu ye
Raja Norziah: okay.aiman dah tukar sokong argentina pulak
Sarah Mustaza: esok angah call, nak dengar suara ibu ngan ayah
Raja Norziah: insyaallah
Sarah Mustaza: haha...yelah, england dia kalah.
Raja Norziah: lalang dio tu
Sarah Mustaza: nak buek camno...   (note: ini loghat N9. tak faham, sila google. heee~)
Sarah Mustaza: kang kot argentina kalah...
Sarah Mustaza: tak tau la dio sokong sapo
Sarah Mustaza: yang ponting, spain masuk final
Sarah Mustaza: haha
Raja Norziah: yolah apo nak buek an pulak  anak abah.....
Sarah Mustaza: hahaha
Sarah Mustaza: ok la ye ayah
Sarah Mustaza: nak study dulu
Raja Norziah: okay syg bye assalamualaikum
Sarah Mustaza: waalaikumsalam warahmatullah
Sarah Mustaza: ayah tau kan nak off komputer tu?
Raja Norziah:   dah pandai sikit2 dah
Sarah Mustaza: hehe
Sarah Mustaza: ok, tata
Raja Norziah: byeeeeeee






Alhamdulillah, rasa lega. Ada juga semangat dalam diri untuk study. Maka dengan ini, aku isytiharkan:

AKU AKAN STUDY SUNGGUH2 DAN BUAT YANG TERBAIK!


p/s: kepada sesiapa yg baca post ni, nasihat anda sangat dialu2kan. syukran :)

Bola dan exam - histeria

Jumaat, 25 Jun 2010.

Selak-selak buku Abdomen, tengok jam kat handphone menunjukkan pukul 8.30 malam (not precisely). Perut mula menyanyi lagu Negaraku (dah lama kan tak nyanyi lagu kebangsaan tu?). Disebabkan hari Jumaat tiada siapa masak, kepala berputar cari idea nak masak apa. Asik-asyik macaroni, spaghetti je. Ingat kamu tu orang Italy ke? Ish3...tak payah la. Baik order pizza je...(alasan malas nak masak).

Menjadi habitku, apabila lapar dan tidak tahu apa yang mahu dimakan, aku akan mundar-mandir ke bilik Sakinah, tanya idea dia pula. Time tu beliau tengah layan drama melayu yang ramai orang minat tu...apa tajuk dia...Adamaya eh? Camtu la kot.

Aku: Dapat wireless eh?
Sakinah: Ha ah (muka bahagia)

Aku terus blah. Malas nak menyusahkan beliau nak fikir makanan apa yang syok dimakan time malam2 ada match bola tapi tak dapat tengok sebab tak ada tv + line internet etisalat mengalahkan siput. Duduk semula di meja, belek-belek buku Abdomen. Tapi mata tertumpu pada Cik Vaio yang sedang berusaha keras menayangkan match Spain vs Chile yang bakal berlangsung tak lama lagi. Aku semakin tak senang duduk. Sambil mata merenung tajam ke arah broadband etisalat yang harus dipersalahkan kerana terlalu slow pada akhir2 bulan.

Tiba-tiba teringat, kat bilik Sakinah dapat wireless. Aku segera send link channel yang boleh tengok bola kat YM beliau. Seketika kemudian, Sakinah kata "Boleh tengok, tak tersekat2. Datang la cepat, bawak laptop anti,".

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku sepantas kilat membawa perkakas2 ke bilik beliau. Sambil Sakinah try2 wireless kat Cik Vaio yang dah berapa kurun tak di 'on'  kan wireless nya, aku menonton match di laptop beliau. Match baru nak start. Players tengah masuk ke padang diiringi kanak-kanak kecil. Terlihat Torres, Villa, Casillas... tak tersekat2 pun channel tu.

Aku: Sakinah... (speechless)
Sakinah: ..............

Beberapa ketika kemudian, match pun start. Aku menonton dengan khusyuk. Sakinah masih tekun meng 'connect' kan wireless ke laptop ku.

Aku: Sakinah....bestnye!! (muka terharu)
Sakinah: ........... (sambil tersengeh. masih lagi cuba connect kan wireless)

Aku teruskan menonton. Terpaku di hadapan laptop beliau. Sesekali...

Aku: Sakinah....terharunye dapat tengok.... (muka masih terharu)
Sakinah: Ahhh...diam la. Ana tak sabar nak tengok Adamaya nih. Kang dah dapat wireless ni, anti tengok kat sini.

Aku sekadar mengangguk. Nasib baik Adamaya tu tak disiarkan secara live. Kalau tak, berebut la nampaknya, haha. Beberapa minit kemudian....

Sakinah: Okeh, dah dapat.
Aku: Haaa??! Dah dapat? Tak tersekat-sekat?? (separa histeria)
Sakinah: Tak. Ok je. Dah2...tengok kat sini.

Aku segera beralih ke laptop ku. Memang sah la malam tu ku rasakan sangat bahagia. Setelah beberapa kurun tak dapat tengok bola secara live, tiba-tiba muncul pulak wireless malam tu. Nak dijadikan cerita, Spain menang pulak match tu! Perghhh....senyum seindah suria aku sepanjang malam, haha.

Aku: Gol!!! (sambil menggenggam penumbuk di udara)
Sakinah: Ha? Gol? (tercengang melihat sahabatnya terlalu happy)

Seketika kemudian, handphone berbunyi. Ustaz jual kurma call, kata beliau nak hantar kurma ke rumah.

Aku: Ha? Sekarang ke ustaz? (sambil mata tertumpu ke screen laptop. Time tu dah 2nd half)
Ustaz: Yela...ana kat depan Masjid Nur dah ni...

Sepantas kilat aku bersiap mengenakan pakaian menutup aurat. Sakinah terpinga-pinga.

Sakinah: Nak pegi ambik kurma eh?
Aku: Ha ah... Ustaz tu tak tengok world cup agaknye... (muka sedih)

Seperti sudah ku jangka, urusan nak ambik kurma tu bukannya makan 5-10 minit. Lama lah haiii.... Otak ligat berfikir. Dah berapa la agaknya score? Handphone segera ditekan. Call Sakinah. Mujur beliau ada dalam senarai active 3 ku. 5 sen je. Tak mahal. Tak bankrupt kalau call.

Aku: Assalamualaikum...
Sakinah: Waalaikum salam. Nak ana tolong pape ke? (merujuk kepada kurma2)
Aku: Tolong tengok kat laptop ana tu...dah brape score? (nada serius)
Sakinah: Hek ele...orang cakap pasal kurma laaa...
Aku: Alaaa...kurma ni takde hal. Tolong la tengok. Kejap je.
Sakinah: 2-1 lagi...
Aku: Oh...ok. Bye.

Ketika urusan mengangkat kurma hampir selesai, ustaz tu berkata "Maaf la ambik masa kamu. Tengah study ye?"

Gulp! Rasa macam kena lempang. Aku hanya tersenyum. Kalau angguk, menipu namanya. Mood insaf datang menjengah seketika. Study lah Sarah!


Next paper: ANATOMY! 29/6/10. Doakan yang terbaik untuk kami semua ye! Terima kasih ^_^



Kesudahannya, kami makan Pizza King malam tu. Buy 1 free 1 tuhh... Yelah, musim2 tak ada duit ni, benda-benda murah la yang dicari kan? Hehe...bersyukur2.

p/s: Sape la yang bakal jumpa Spain kat final nanti kan? ngeee~

Selamat pengantin baru ^_^

Saturday 19 June 2010

Betty nak kawen....


Betty nak kawen.... ^_^

Dua hari lepas bersamaan hari Khamis, rombongan pengantin lelaki datang ke rumah kami membawa hajat besar. Nak mengahwinkan Betty anakku dengan Keebo, anak kepada Husna, Ana dan Ika. Keebo ni ramai mamanye. Itu la first time aku bersua muka dengan Keebo. Selama ni dengar orang cakap je:

-Keebo tu panjang.
-Macam anak singa.
-BESAR...

Macam2 gambaran yang hadir kat fikiran. Bagaimanakah rupa bakal menantuku?


Ini dia Keebo. Muka ala2 Korean gitu. Parsi juga, tapi bulu baru lepas kena cukur ngan 'ammu. So, dia nampak macam singa sket. Kalau tengok muka dia, sweet je, lagi kecik dari Betty.

Keebo ni baik, sejuk mata memandang. Kalau orang usap, dia dok diam je. Betty tak. Kalau orang usap...ngap! Dia gigit kuat2. Siapa yang tak biasa dengan Betty memang banyak lah tanda kat tangan, haha.

Mula2 tengok Keebo aku dah ragu-ragu. Mampu ke Keebo pikat Betty? Kalau menurut cerita kawan aku, suami Betty yang first dulu (Boboi) dah kena lempang ngan Betty. Last2 putus asa & tak kawen. Tengok Keebo ni lemah lembut je, sopan santun kucingnye.

Time Keebo sampai je Betty dah tunjuk taring. Dengan mertua2 dia pun tak nak mesra. Aduiii anakku ini. Segan mama dibuatnye.


Keebo: Hai Betty. Nama saya Keebo. Salam perkenalan. 
Betty: Ape hai2? Jangan berani dekat ngan aku! (muka garang)
*Tak penah2 Betty naik atas meja tu. Sekali Keebo datang, melompat Betty atas meja, haha.

Seterusnya, bermulalah sesi 'pertengkaran' dan 'peperangan' antara kedua-dua belah pihak. Seram sejuk satu rumah ni dibuatnya. Mula-mula hanya Betty yang tunjuk taring, tengking-tengking Keebo. Tapi Keebo pun nak tunjuk macho jugak. Haaa...maka riuh rendah lah rumah ni, mereka bergaduh. Semua orang lari masuk bilik, cari perlindungan, haha.


Betty: Haaa...berani la ko naik atas katil tuan aku ni!
Keebo: Wooo...ko main tipu! Mane aci naik atas katil tuan ko!
*Yup, Betty suke main tipu bile dah nak kalah. Kadang2 pukul 2 pagi, tiba-tiba je melompat atas katil. Rupa-rupanya kena kejar ngan Keebo.


*Ada masa panjat atas meja. Sambil tu perhatikan gerak geri Keebo. Macam tentera la taktik Betty.



Keebo: Macam mane la nak tundukkan pihak lawan ni? 
*Kami sentiasa bagi sokongan kat Keebo. Ganbatte kudasai!
*Ade satu hari tu tiba-tiba Keebo terlepas keluar rumah, laju giler dia lari turun tangga, tak tahu lah nak pegi mana. Nasib baik bawwab sempat tangkap dia. Ahli beit kata Keebo kecewa kot ngan Betty.
*Tadi nampak Keebo macam tengah kunyah sesuatu. Cek2 mulut dia...rupa-rupanya dia makan plastik! Ya Allah...cuak dibuatnye. Adakah Keebo cuba membunuh diri??


*Anak mama yang comel ni makin hari makin garang. Tapi dia mula menunjukkan tanda-tanda takut ngan Keebo.


*Tadi tengah syok-syok makan, tiba-tiba mereka berdua datang, sambil hidu2 pinggan. Lapar agaknye. Betty tak pernah diberi makan makanan selain Friskies. Saje la try hulur pinggan kat mereka. Ingatkan merka nak la share. Macam kat gambar atas tu. Tapi, beberapa detik lepas gamba tersebut di snap...satu cakaran padu hinggap ke muka Keebo. Sambil Betty membuat hissing sound. Ish3....


Keebo: Alahai...kedekutnye Betty ni.
Betty: Diam!


Keebo: Laparnye... Nak makan jugak. (sambil merenung pinggan dengan muka kelaparan)


Betty: Tak baik la tenung orang tengah makan! (kemudian membuat hissing sound lagi, dan berlalu pergi dengan muka kekenyangan)



Keebo: Hek eleh...dah habiskan ikan, blah camtu je?! Ish3... (kemudian Keebo buat muka kesian kat aku dan makan sisa yang tinggal).
*Kesian tengok Keebo. Tapi mama2 dia jangan risau ye. Dia tak dibiarkan kelaparan :)

Kawan-kawan ramai tanya perkembangan mereka. Setakat ni, dah 3 hari...macam tu la mereka. Bertengkar hampir setiap masa. Tapi Keebo tak mengalah. Bagus la tu.

Ada jugak yang bagi teori: Betty tak suka kawin paksa. Kesian....

Ade jugak yang kata Betty ni terlebih tarbiyah. Dia tak nak ikhtilat. Tapi sekarang ni kawin laaa... T_T


p/s: makcik suruh bawak Betty balik Malaysia, kawinkan dengan kucing Parsi kat Malaysia. Aku terfikir...bukankah Betty ini sangat BESAR...?? Saiz Mesir. Hahaha....

Ragam anak Adam

Wednesday 16 June 2010

Seperti sudah dijangka, bulan Jun menyaksikan kekeringan idea dan ketidakpunyaan masa untuk menulis posts menarik di blog. Kebanyakan students lebih banyak menghabiskan masa dengan buku, buku, dan buku lagi. Bagi kanak2 ASU (Ain Shams University), perjuangan kami baru je nak bermula. Kanak2 universiti lain hampir selesai. Ada juga yang dah selesai dan bakal pulang ke tanah air, serentak dengan tarikh kami mula exam. Agak psycho di situ. Tapi tak mengapa, rezeki masing2 Allah dah tentukan.

Beberapa perkara menarik tentang 'cuti study' tahun ini berlaku disebabkan cuti study yang agak lama ditambah pula dengan demam World Cup. Walau di corok mana pun tinggal, tetap kena tempias.Status YM, FB, blog, twitter...merata2 tempat ada bincang isu World Cup.




Masing2 berlumba-lumba nak buat jersey sendiri. Almaklumlah, tak payah bayar. Aiman memang suka no. 0. Tak pasti kenapa. Dulu jersey dia kat SHAMS pun no. 0. Nasib baik tak kena buang padang :). Best jugak dapat gaduh pasal bola ngan aman walaupun kat FB. Kalau tak, terpaksa la gaduh ngan Betty.



Ni hasil kerja mereka2 yang tak puas hati atau cemburu dengan team lain.


Ini pula hasilnya apabila otak sudah tepu khatamkan buku medik 10 kali. Bijak budak ni....

Ada pendapat mengatakan budak perempuan minat bola hanya kerana melihat paras rupa pemain tersebut. Tak dinafikan, tapi tak semua macam tu. Setuju? Kalau aku pun macam tu, minat bola sebab paras rupa, dah lama aku belot Liverpool dan join Arsenal, Real Madrid serta team2 yang memiliki ramai bakat muda. Tapi tak. Still YOU'LL NEVER WALK ALONE. ahaha....

Walau macam mana hebat pun kita dilanda demam World Cup, harapnya isu Palestin tidak luput dari ingatan.


Ramai juga yang mengisi masa rehat dengan berjalan2 a.k.a mentibang. Yang ber-uang, lepas la pegi ke Alex, Mansurah, jaulah piramid, ronda2 naik bot kat Sungai Nil dan macam2 tempat best lagi. Yang tak berapa nak beruang, berjalan2 la ulang alik dalam rumah, haha. Kasihan kot. Lagipun cuaca tak menentu. Ada hari nyaman, ada hari kering kontang dibuatnya. Tapi tak apa, semua tu ada hikmahnya.

Tidak kurang juga yang meneruskan hobi masing2. Ada yang buat marathon layan drama Korea, drama Melayu, anime, baca Manga online, tidak ketinggalan Hindustan. Ada lagi orang minat Hindustan rupanya, hahaha. Ingatkan dah tak wujud.

Ada pula yang gemar masak, gemar makan dan gemar order makanan. Semua orang saling melengkapi. Macam2 sungguh aktiviti. Cuti panjang katekan.... Semoga semua orang mendapat manfaat dengannya.

Beberapa hari kebelakangan ini juga aku banyak ditemukan dan dikemukakan dan dimintapendapatkan (ade ke perkataan tu?) oleh beberapa orang sahabat tentang beberapa perkara yang ku kira sangat memberi impak kepadaku. Mostly tentang keyakinan kepada Allah. Setiap kali diminta nasihat oleh sahabat tentang isu ini, aku rasa nak menangis. Diri ini sangat lemah, dan hanya kepada Allah kita bertawakkal. Sepanjang 20 tahun aku hidup, pelbagai perkara telah berlaku, pelbagai kesilapan telah aku lakukan dan pelbagai pengajaran aku terima. Dan semuanya membawa aku kepada keyakinan bahawa hanya Allah lah tempat aku meminta. Tanpa Allah, aku tak bermakna.

Ada yang bertanya mengapa Allah tak dengar apa yang diminta? Aku bertanya semula adakah kita meminta dengan sepenuh hati? Atau sekadar main2? Adakah kita minta yang terbaik dari Allah? Atau kita minta apa yang kita nampak baik sedangkan hakikatnya kita tak tahu?

Ada juga yang mengatakan...kenapa aku tak rasa yakin dengan Allah? Kenapa aku susah nak khusyuk kalau solat? Kenapa...kenapa....dan kenapa.... Banyak lagi persoalan yang ditimbulkan. Menghadapi persoalan sebegini sememangnya membuat aku rasa semakin lemahnya diri kita sebagai manusia dan semakin perlunya kita memohon bimbingan dan petunjuk dari Allah.

-Allah bersama sangkaan hambaNya terhadapNya-
-Allah juga tidak akan menzalimi hamba2Nya-


((Barangsiapa yang BERTAKWA kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka2. Dan barangsiapa yang BERTAWAKKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu))



Semoga kita semua terus yakin kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.

p/s: aku kalau boring, bace notes Aiman kat FB. Tak menahaaaannnn....pecah perut! Nasib baik dia takde blog, huhu.

Bila mood bola sudah mari~

Tuesday 8 June 2010

"Tak lamo laie nak World Cup," kata ayah ketika YM tempoh hari. Time tu aku acuh tak acuh je ambik tahu. Tengah bincang pasal nak balik Malaysia cuti summer ni. Tiba-tiba ayah cakap pasal World Cup.

"Poielah Afrika. Dapek yo tengok World Cup," aku kira ayah sengaja berjenaka. Aku?? Pergi Afrika tengok World Cup?? No way. Pinjam quote Astro : THE BEST SEAT IS IN YOUR HOME. Hehe.

Maka bermulalah sesi perbualan kami tentang bola. Lama sungguh rasanya tak borak2 pasal bola. Almaklumlah, kat sini tiada tv. Dan jarang-jarang jumpa kawan yang ada aura semangat bola macam kat Malaysia. Mungkin kat sini semua orang amalkan budaya bersederhana. Eloklah tu.

Ayah: angah raso negaro mano juara?
Aku: tak tau la. argentina kot (main sebat je)
Ayah: sepanyol kot atau brazil
Aku: wah! spain team favourite angah! (semangat tibe2, haha)
Ayah: france pun kuat jugak
Aku: Ayah sokong mane?
Ayah: japan dan korea...because the only asian country yang layak (ooo...semangat benua ayah ni)
Ayah: favourite team brazil
Aku konfius. Ayah sokong team mane sebenanye? Haha....


Pagi tadi tiba-tiba mood bola datang menjengah dalam diri. Cek2 tarikh...wah, dah dekat! Tiba2 jadi excited yang amat sangat, terus bukak buku, study sambil dengar lagu Wavin Flag. Syok betul bila semangat bola datang, gabung dengan semangat nak exam. Dulu kawan perempuan pernah tanya "Ko semangat nak exam sebab bola? Camne tuh??" sambil buat muka pelik gila. Ntah...tak tau kenapa. Tapi memang macam tu lah ^_^.

Kenangan paling manis pada 25.05.05, Liverpool menang UEFA Champions League. Malam tu relax je stay up nak tengok bola. Ayah pun tengok sama, tak marah pun, hehe. Kalau ibu tau, mesti ibu suruh tidur sebab esoknya datang sekolah, ada exam subjek Science. Mid-year exam time tu. Masuk kelas sambil tersengih bangga kat budak laki yang majoriti buat muka bosan + kecewa + bengang, haha. Bila buat exam time mood tengah baik, semuanya berjalan lancar. Soalan yang banyak pun rasa senang je nak jawab. Memang bahagia betul time tu.

Tahun ni favourite team aku Spain. Dari dulu pun Spain. Aiman tak habis-habis dengan England nya. Siap berangan jadi substitute lagi, kot2 Ferdinand injured, haha. Kalau kat rumah, musim2 bola macam ni, kami bertiga (ayah, aiman & aku) stay up ramai2 tengok match. Lepas match ayah suruh tahajjud. Memang best la. Tapi tahun ni ayah ngan aman je. Aku? Stay up study (amiiiin ya Rabb!), sambil tunggu berita dari internet :). Semoga semangat ini kekal!



~viva espana~

p/s: JUDI ITU HARAM!

Beautiful

Thursday 3 June 2010


I was born in a secluded village on a mountain.
Day by day, my parents plowed the yellow dry soil with their backs towards the sky.

I have a brother who is 3 years younger than me.

I wanted to buy a handkerchief, which all girls around me seemed to have.
So, one day I stole 50 cents from my father's drawer.

Father had discovered about the stolen money right away.
He made me and my younger brother kneel against the wall as he held a bamboo stick in his hand.
"Who stole the money?" he asked.
I was stunned, too afraid to talk. Neither of us admitted to the fault, so he said, "Fine, if nobody wants to admit, you two should be beaten!"

He lifted up the bamboo stick.

Suddenly, my younger brother gripped father's hand and said, "Dad, I was the one who did it!"
The long stick smacked my brother's back repeatedly.
Father was so angry that he kept on whipping my brother until he lost his breath.

After that, he sat down on our stone bed and scolded my brother, "You have learned to steal from your own house now. What other embarrassing things will you be possibly doing in the future? You should be beaten to death, you shameless thief!"

That night, my mother and I hugged my brother. His body was full of wounds from the beating but he never shed a single tear.

In the middle of the night, all of sudden, I cried out loudly.

My brother covered my mouth with his little hand and said, Sis, now don't cry anymore. Everything has happened."

I still hate myself for not having enough courage to admit what I did.

Years went by, but the incident still seemed like it just happened yesterday.
I will never forget my brother's expression when he protected me.
That year, my brother was 8 years old and I was 11 years old.

When my brother was in his last year of secondary school, he was accepted in an upper secondary school in the central. At the same time, I was accepted into a university in the province.

That night, father squatted in the yard, smoking, packet by packet.
I could hear him ask my mother, "Both of our children, they have good results?

Very good results?"
Mother wiped off her tears and sighed," What is the use? How can we possibly finance both of them?"

At that time, my brother walked out, he stood in front of father and said, "Dad, I don't want to continue my study anymore, I have read enough books." Father swung his hand and slapped my brother on his face.

"Why do you have a spirit so damn weak? Even if it means I have to beg for money on the streets, I will send you two to school until you have both finished your studies!"

And then, he started to knock on every house in the village to borrow money.

I stuck out my hand as gently as I can to my brother's swollen face, and told him, "A boy has to continue his study; if not; he will not be able to overcome this poverty we are experiencing."
I, on the other hand, had decided not to further my study at the university.

Nobody knew that on the next day, before dawn, my brother left the house with a few pieces of worn-out clothes and a few dry beans. He sneaked to my side of the bed and left a note on my pillow; "Sis, getting into a university is not easy. I will go find a job and I will send money to you."

I held the note while sitting on my bed, and cried until I lost my voice.

That year, my brother was 17 years old; I was 20 years old.

With the money father borrowed from the whole village, and the money my brother earned from carrying cement on his back at a construction site, finally, I managed to get to the third year of my study in the university.

One day, while I was studying in my room, my roommate came in and told me, "There's a villager waiting for you outside!"

Why would there be a villager looking for me? I walked out, and I saw my brother from afar. His whole body was covered with dirt, dust, cement and sand. I asked him, "Why did you not tell my roommate that you are my brother?"

He replied with a smile," Look at my appearance. What will they think if they would know that I am your brother? Won't they laugh at you?"

I felt so touched, and tears filled my eyes. I swept away dirt and dust from my brother's body. And told him with a lump in my throat, "I don't care what people would say! You are my brother no matter what your appearance is?"

From his pocket, he took out a butterfly hair clip. He put it on my hair and said, "I saw all the girls in town are wearing it. So, I think you should also have one."

I could not hold back myself anymore. I pulled my brother into my arms and cried.
That year, my brother was 20 years old; I was 23 years old.

I noticed that the broken window was repaired the first time I brought my boyfriend home. The house was scrubbed cleaned.

After my boyfriend left, I danced like a little girl in front of my mother, "Mom, you didn't have to spend so much time cleaning the house!" But she told me with a smile, "It was your brother who went home early to clean the house. Didn't you see the wound on his hand? He hurt his hand while he was replacing the window."

I went into my brother's bedroom. Looking at his thin face, I felt like hundreds of needles pricked in my heart.

I applied some ointment on his wound and put a bandage on it, "Does it hurt?" I asked him. "No, it doesn't hurt. You know, when at the construction site, stones keep falling on my feet...
Even that could not stop me from working."

In the middle of the sentence, he stopped. I turned my back on him and tears rolled down my face. That year, my brother was 23 years old; I was 26 years old.

After I got married, I lived in the city.

Many times my husband invited my parents to come and live with us, but they didn't want.
They said, once they left the village, they wouldn't know what to do.

My brother agreed with them. He said, "Sis, you just take care of your parents-in-law. I will take care of Mom and Dad here."

My husband became the director of his factory. We asked my brother to accept the offer of being the manager in the maintenance department. But my brother rejected the offer. He insisted on working as a repairman instead for a start.

One day, my brother was on the top of a ladder repairing a cable, when he got electrocuted, and was sent to the hospital. My husband and I visited him at the hospital.
Looking at the plaster cast on his leg, I grumbled, "Why did you reject the offer of being a manager? Managers won't do something dangerous like that. Now look at you - you are suffering a serious injury. Why didn't you just listen to us?"

With a serious expression on his face, he defended his decision, "Think of brother-in-law. He just became the director, and I being uneducated, and would become a manager, what kind of rumors would fly around?"

My husband's eyes filled up with tears, and then I said, "But you lack in education only because of me!"

"Why do you talk about the past?" he said and then he held my hand.
That year, he was 26 years old and I was 29 years old.

My brother was 30 years old when he married a farmer girl from the village.

During the wedding reception, the master of ceremonies asked him, "Who is the one person you respect and love the most?"

Without even taking a time to think, he answered," My sister." He continued by telling a story I could not even remember.

"When I was in primary school, the school was in a different village. Everyday, my sister and I would walk for 2 hours to school and back home. One day, I lost the other pair of my gloves. My sister gave me one of hers. She wore only one glove and she had to walk far. When we got home, her hands were trembling because of the cold weather that she could not even hold her chopsticks. From that day on, I swore that as long as I live, I would take care of my sister and will always be good to her."

Applause filled up the room. All guests turned their attention to me.

I found it hard to speak, "In my whole life, the one I would like to thank most is my brother,"
And in this happy occasion, in front of the crowd, tears were rolling down my face again.

Love and care for the one you love every single day of your life.
You may think what you did is just a small deed, but to that someone, it may mean a lot. 

-Kisah comel ini di copy dari sini-

Lepas baca kisah ni, terus teringat kat Aiman dan beberapa peristiwa comel:
1- Aku pulang dari Mesir, time cuti summer 2009. Tengok kat rak buku, Journal kesayangan aku tak ada. Tanya semua orang. Aman dengan relax jawab "Ade kat rak buku aman. Aman bace,". 
Haha...tak sangka! Diari tempat aku merepek tu pun aman baca.

2- Beberapa hari berada di Malaysia time summer 2009, aku nampak dia bersiap-siap nak keluar dengan kawan pakai t-shirt hitam. Aku tengok betul-betul...t-shirt aku tuh! Maka aku dengan bengang bertanya. 
Aku: Tu t-shirt angah kan?
Aiman: Yela. Aman pakai. Aman muat t-shirt ni. Angah nak gune lagi ke?
Hahaha...mentang-mentang dah kurus! Baju aku jugak ditibainye.

3- Tahun lepas, jenguk FB dia. 
Ada soalan: Siapakah orang yg paling anda sayang?
Jawapan dia: Kakak saya. 
Terharu T_T.

4- Baru-baru ni check formspring dia. 
Soalan: What is your favourite city? 
Jawapan: City Sarah, my sister. 
Again, terharu.... T_T.


Walaupun dia suka berlagak macho dan dikelilingi kawan-kawan yang cool, dia tetap tak lupa kat angah dia. 

p/s: Angah sayang kamu juge, Aiman :). Jadi anak yang baik ye!
Related Posts with Thumbnails