Seperti sudah menjadi kebiasaan, aku sukaaaar sekali untuk ada perasaan terhadap exam2 yang bakal dihadapi. Dan kadang-kala keadaan itu menimbulkan kesukaran kepadaku apabila aku buat tak endah, study ala kadar, dalam kata lain...macam tak ada apa-apa. Dari dulu macam tu lah keadaannya.
Aku sering tertanya-tanya. Mengapa tiada rasa cuak, atau nervous, atau takut, atau excited? Hanya Allah Maha Mengetahui sahaja yang tahu jawapannya.
Namun, menjelang exam Anatomy yang bakal datang hari Selasa ni, exactly kurang 48 jam dari sekarang, aku rasa aku perlu buat sesuatu. Tapi tidak tahu apa. Baaaaaanyak sangat lagi topik yang aku belum cover. Honestly, buku Embryology aku belum sentuh. Belum sentuh, apatah lagi buka dan belek dan baca dan faham dan hafal. Sadis bukan? T_T
Hati rasa tak menentu, apabila berdoa pun rasa ada yang tak kena. Ya, aku tahu. Kalau tak usaha, macam mana kamu boleh kata kamu tawakkal kan? Insaf...insaf... Tapi perasaan itu masih tidak ada. Aku perlukan nasihat. Ya, aku sangat perlukan nasihat! Dan aku bukan jenis yang senang-senang boleh terkesan dengan nasihat. Ini fakta, ini hakikat. Habit manusia lahir bulan Mei dan anak kedua: agak degil. Tapi mujur aku bukan jenis degil terang-terangan. Alhamdulillah, didikan ibu dan ayah sejak kecil buat aku senang dilentur, tak memberontak.
Nasihat seperti "Study la. Ko nak balik Malaysia tak?" atau "Ko nak jadi doktor kan nanti. Study la dari skarang. Kena cemerlang" atau "Kalau ko tak study, camne nak jawab exam nanti?" dan seumpama dengannya, kurang beri impak kepadaku. Aku tak tahulah kenapa. Tapi jujurnya, memang kurang bagi kesan. Dan mungkin sebab tu juga, kalau orang minta aku bagi nasihat kepadanya, panjang lebar nasihat yang aku bagi. Habis semua dasar hati, akal sume aku masuk. Tak suka takat surface2 ni, huhu. Rasa macam tak ada impak pada orang lain jugak.
Tengah-tengah kepala kalut memikirkan nak minta nasihat siapa...tiba-tiba ayah hantar mesej, (macam biasa) bagi update tentang match Argentina vs Mexico. Note: Ayah hanta mesej utk every match, every goal. Kena kad kuning pun ayah nak hanta mesej. Kawan2 kata: Ayah ko mesti rindu nak tengok bola ngan ko kan? Ayah yang penyayang. Untungnye ko...
Aku pun cepat2 la reply, minta ayah online bila2 ayah free. Nak minta nasihat dan kata-kata semangat dari ayah. Ibu dah tentu lah dah tidur waktu2 skarang ni. Tak sampai 10 minit kemudian, ayah pun online, setelah aku call guna Smartvoip dan beri arahan nak buat apa. Maka kami pun berbual.... (ayah guna ID ibu, sebab ayah takde ID YM)
Sarah Mustaza: assalamualaikum
Sarah Mustaza: ayah...
Sarah Mustaza: ooo ayah
Raja Norziah: waalaikumsalam
Sarah Mustaza: ayah sihat?
Raja Norziah: sihatlah sikit drp semalam
Sarah Mustaza: ayah
Sarah Mustaza: angah exam selasa ni
Sarah Mustaza: anatomy
Raja Norziah: ayah tau ayah baru lepas solat hajat utk tu
Sarah Mustaza: tapikan ayah
Sarah Mustaza: angah takde perasaan la nak exam ni
Sarah Mustaza: takde rase nervous ke
Sarah Mustaza: excited ke
Sarah Mustaza: takut ke...
Sarah Mustaza: takde rase ape2
Sarah Mustaza: bila takde rase ape2....
Sarah Mustaza: takde pun rasa bersungguh nak baca buku
Raja Norziah: hilang konsentrasi ke
Sarah Mustaza: entah la
Sarah Mustaza: tak tau laa
Sarah Mustaza: camne ek?
Raja Norziah: hilang nervous dan takut tu ok
Raja Norziah: tapi angah jgn hilang minat lak
Sarah Mustaza: haaa
Sarah Mustaza: tu la
Sarah Mustaza: takde rasa nak baca buku la
Sarah Mustaza: nak buat macam mane ye?
Sarah Mustaza: baaaaaaanyak lagi tak cover sebenarnye ni
Raja Norziah: buatlah dgn ikhlas kerana allah
Raja Norziah: ingat harapan ayah ibu (time ni aku dah start rase sebak)
Raja Norziah: ingat yg angah sedang dalam perjuangan
Raja Norziah: berjuang mesti sungguh2
Raja Norziah: berjuang mesti tak kenal jemu
Sarah Mustaza: macam mana nak buat supaya tak jemu?
Raja Norziah: enjoy what you do
Sarah Mustaza: how?
Raja Norziah: macam mana angah rasa masa mula2 belajar memandu dulu...always anxious kok buleh nak drive hari2...kan
Sarah Mustaza: ha ah (ayah macam tau2 je 'anatomy is like driving a car' )
Raja Norziah: so it's the same dgn belajar menuntut ilmu
Sarah Mustaza: erm....
Raja Norziah: belajar memandu..matlamat angah nak dpt lesen
Raja Norziah: menuntut ilmu...matlamat angah ...agar jadi manusia yg berilmu..bijak dan menjadi manusia yg berkualiti
Sarah Mustaza: memang la nak jadi manusia berilmu
Raja Norziah: but you must do it krn allah
Raja Norziah: buat ia sebagai ibadah
Raja Norziah: sebagai sesuatu yg meningkatkan diri disisiNya
Raja Norziah: teves score lg 3..0 (sempat selit update bola)
Sarah Mustaza: hmmm
Sarah Mustaza: ok
Sarah Mustaza: ayah, masa dah tak banyak untuk study, tapi angah banyak lagi tak cover
Sarah Mustaza: apa nasihat ayah?
Raja Norziah: tenang....kunci utama
Raja Norziah: buat setakat yg mampu...bijak bahagi masa
Raja Norziah: utamakan mana2 yg penting dlm usha angah tu
Sarah Mustaza: erm....ok
Raja Norziah: jgn rasa tertekan...relax...yakin dgn usaha kita dan yakin dgn Allah
Sarah Mustaza: insyaAllah (makin rasa sebak)
Raja Norziah: kalau kita iklas dlm usaha kita krn Allah kita tak rasa tertekan
Sarah Mustaza: betul2
Raja Norziah: yg. penting kuatkan tekad kuatkan semangat
Sarah Mustaza: ok
Sarah Mustaza: ayah, doakan angah kuat semangat ye
Sarah Mustaza: supaya sentiasa ikhlas
Raja Norziah: always my dear
Raja Norziah: ayah doa angah kuat semangat kuat daya juang kuat daya ingatan tenang dan berdaya maju
Sarah Mustaza: thank you ayah
Raja Norziah: utk menjadi insan yg berkualiti..angah perlu ada semua itu
Raja Norziah: ayah juga mohon kepada Illahi agar angah sentiasa sihat
Sarah Mustaza: amiiiiiin
Raja Norziah: kehidupan memang mcm tu ..dugaan adalah pasti dlm hidup
Raja Norziah: hidup tanpa dugaan....mcm mano agak ee
Sarah Mustaza: tak best kot
Raja Norziah: Allah kurniakan kita akal dan nafsu
Raja Norziah: akal utk berfikir...dan nafsu itu berkehendak
Sarah Mustaza: hmmm
Raja Norziah: akal yg baik bijak mengawal nafsu
Raja Norziah: akal yg baik akan sentiasa positif (ye, ibu dan ayah selalu pesan supaya positif)
Raja Norziah: akal yg baaik sentiasa menghantar maklumat yg positif kepada naluri
Sarah Mustaza: hmmm
Raja Norziah: sanubari lebih kepada nafsu dn duniawi....nurani merupakan hati kita yg kuat berpegang dgn tali Allah
Raja Norziah: Naluri pula menerima keputusan dr akal kita
Raja Norziah: contoh kok angah rasa kurang yakin..naluri send message kebadan ..maka angah akan rasa kurang semangat hari tu
Raja Norziah: mexico score 3 1 (update lagi...)
Sarah Mustaza: hmmm
Raja Norziah: contoh 2... aayah kok domaam ayah selalu kata pd diri ayah yg ayah tak demam..oleh itu walaupun badan panas tetapi ayah tetap bersemangat lamo2 panas hilang sendiri
(yup, ayah jarang pegi klinik. dan kurang percaya dgn doktor. haha. tp ayah nak aku jd doktor. jadi doktor yang luar biasa, kata beliau)
Sarah Mustaza: ye2...betul2
Raja Norziah: so...segalanya terletak kepada kebijaksanaan kita mengawalnya betul tak..ditambah dgn kekuatan dalaman kita keyakinan kita kepada Allah
Sarah Mustaza: betul tu...
Sarah Mustaza: dah rasa semangat nak study
Raja Norziah: Alhamdulillah...bijak2lah bahagikan masa...jgn rasa tertekan
Sarah Mustaza: insyaAllah
Sarah Mustaza: ayah doakan angah tenang je ye
Sarah Mustaza: asyik2 mintak doa je kan?
(dulu ayah penah kata, angah ni asyik minta doa je. minta la benda lain pulak. aku kata la kat ayah. nak mintak kereta audi la..boleh? ayah diam sebentar. haha)
Sarah Mustaza: hehe
Raja Norziah: itu perlu sebab..kita tanpa bantuan doa akan terlalai..terleka..oleh pujukan hati sanubari
Sarah Mustaza: ye, betul tu
Raja Norziah: permintaan sanubari ni enak..melalaikan
Sarah Mustaza: hmmm
Raja Norziah: sanubari ni mmg suka kito layan dio...ikutlah hati nurani. tak ado jln shortcut nak jd insan berilmu
Sarah Mustaza: hmm
Sarah Mustaza: ok
Sarah Mustaza: ayah, angah rasa ok sikit
Sarah Mustaza: dah pukul 11 malam
Sarah Mustaza: angah nak start study la pulak
Raja Norziah: okay syg, jgn terlalai jauh2...kok terleka cepat...dengar bisikan nurani..selamat belajar..bye and all the best
Sarah Mustaza: ayah
Sarah Mustaza: terima kasih ye
Sarah Mustaza: terima kasih banyak2
Raja Norziah: sama2
Sarah Mustaza: nanti kirim salam kat ibu ye
Raja Norziah: okay.aiman dah tukar sokong argentina pulak
Sarah Mustaza: esok angah call, nak dengar suara ibu ngan ayah
Raja Norziah: insyaallah
Sarah Mustaza: haha...yelah, england dia kalah.
Raja Norziah: lalang dio tu
Sarah Mustaza: nak buek camno... (note: ini loghat N9. tak faham, sila google. heee~)
Sarah Mustaza: kang kot argentina kalah...
Sarah Mustaza: tak tau la dio sokong sapo
Sarah Mustaza: yang ponting, spain masuk final
Sarah Mustaza: haha
Raja Norziah: yolah apo nak buek an pulak anak abah.....
Sarah Mustaza: hahaha
Sarah Mustaza: ok la ye ayah
Sarah Mustaza: nak study dulu
Raja Norziah: okay syg bye assalamualaikum
Sarah Mustaza: waalaikumsalam warahmatullah
Sarah Mustaza: ayah tau kan nak off komputer tu?
Raja Norziah: dah pandai sikit2 dah
Sarah Mustaza: hehe
Sarah Mustaza: ok, tata
Raja Norziah: byeeeeeee
Alhamdulillah, rasa lega. Ada juga semangat dalam diri untuk study. Maka dengan ini, aku isytiharkan:
AKU AKAN STUDY SUNGGUH2 DAN BUAT YANG TERBAIK!
p/s: kepada sesiapa yg baca post ni, nasihat anda sangat dialu2kan. syukran :)
6 play the melodies:
aha~ tak sangka dikau degil. gaya dari luaran macam lembut aje. hehehe. sebak jugak baca chat ym tu. rindu nak balik smakin mjadi2. warrrghh, tamau kena dur thani! :(
28 June 2010 at 01:41p/s: kita pun makin semangat nak setadi jugak. ayuh sama2 berusaha! :D
byk gak ko sembang ngan ayah ko..klu aku tanye kabar pastu watpe je..huhu
28 June 2010 at 06:38sarah...
28 June 2010 at 09:58huhu...banyak dapat nasihat dari ym tu..macam2 terfikir sal exam kali ni.cmne kalo time nak g exam kne langgar ke kereta ke, nak jawab exam cmne..pastu kne repeat year, ayyak!
terfikir gak, dapat kertas soalan, dalam kepala blurr...nak jawab ap ea?huhu...usaha, usaha jugak..tawakkal kena sentiase mengiringi usaha kita..hubungan dengan Allah kena jaga...
semoga Allah permudahkan segalanye..
rabbi yassir wala tu'assir Ya Kareem....
Salutations!
29 June 2010 at 12:06Heh, what an epic chat. Anyway, don't focus on your feeling solely as it leads you to be aware of your own satisfaction. Synchronize your radar towards your hardcore vision, what and why you are here, subconsciously attracts you of your goal. In fact, you will know what effort you should implement.
Good luck then.
"jangan buat sesuatu kerana minat atau semangat semata2 sebab semua tu tak akan kekal lama.
30 June 2010 at 05:16buatlah semuanya kerana Dia sang Pencipta, kerana Dia pemilik asal kita." (6:162) T__T
bittawfeeq dear~ mari terus berdoa dan berusaha :)
huhu..sarah!!2nd year ni mmg byk sgt nk baca..but don't worry,i know u can do it and you have to do it..i like your style at school..just make it again ok??=)
2 July 2010 at 00:49tak rasa takut nk exam?cooled!biasa la tu rasa susah sket..do you expect it to be as easy as eating??hoho..kena la berkorban sket kan3??
wish you all the best Sarah..
Bittaufiq wannaja insya-Allah..
Post a Comment