Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Ragam anak Adam

Wednesday 16 June 2010

Seperti sudah dijangka, bulan Jun menyaksikan kekeringan idea dan ketidakpunyaan masa untuk menulis posts menarik di blog. Kebanyakan students lebih banyak menghabiskan masa dengan buku, buku, dan buku lagi. Bagi kanak2 ASU (Ain Shams University), perjuangan kami baru je nak bermula. Kanak2 universiti lain hampir selesai. Ada juga yang dah selesai dan bakal pulang ke tanah air, serentak dengan tarikh kami mula exam. Agak psycho di situ. Tapi tak mengapa, rezeki masing2 Allah dah tentukan.

Beberapa perkara menarik tentang 'cuti study' tahun ini berlaku disebabkan cuti study yang agak lama ditambah pula dengan demam World Cup. Walau di corok mana pun tinggal, tetap kena tempias.Status YM, FB, blog, twitter...merata2 tempat ada bincang isu World Cup.




Masing2 berlumba-lumba nak buat jersey sendiri. Almaklumlah, tak payah bayar. Aiman memang suka no. 0. Tak pasti kenapa. Dulu jersey dia kat SHAMS pun no. 0. Nasib baik tak kena buang padang :). Best jugak dapat gaduh pasal bola ngan aman walaupun kat FB. Kalau tak, terpaksa la gaduh ngan Betty.



Ni hasil kerja mereka2 yang tak puas hati atau cemburu dengan team lain.


Ini pula hasilnya apabila otak sudah tepu khatamkan buku medik 10 kali. Bijak budak ni....

Ada pendapat mengatakan budak perempuan minat bola hanya kerana melihat paras rupa pemain tersebut. Tak dinafikan, tapi tak semua macam tu. Setuju? Kalau aku pun macam tu, minat bola sebab paras rupa, dah lama aku belot Liverpool dan join Arsenal, Real Madrid serta team2 yang memiliki ramai bakat muda. Tapi tak. Still YOU'LL NEVER WALK ALONE. ahaha....

Walau macam mana hebat pun kita dilanda demam World Cup, harapnya isu Palestin tidak luput dari ingatan.


Ramai juga yang mengisi masa rehat dengan berjalan2 a.k.a mentibang. Yang ber-uang, lepas la pegi ke Alex, Mansurah, jaulah piramid, ronda2 naik bot kat Sungai Nil dan macam2 tempat best lagi. Yang tak berapa nak beruang, berjalan2 la ulang alik dalam rumah, haha. Kasihan kot. Lagipun cuaca tak menentu. Ada hari nyaman, ada hari kering kontang dibuatnya. Tapi tak apa, semua tu ada hikmahnya.

Tidak kurang juga yang meneruskan hobi masing2. Ada yang buat marathon layan drama Korea, drama Melayu, anime, baca Manga online, tidak ketinggalan Hindustan. Ada lagi orang minat Hindustan rupanya, hahaha. Ingatkan dah tak wujud.

Ada pula yang gemar masak, gemar makan dan gemar order makanan. Semua orang saling melengkapi. Macam2 sungguh aktiviti. Cuti panjang katekan.... Semoga semua orang mendapat manfaat dengannya.

Beberapa hari kebelakangan ini juga aku banyak ditemukan dan dikemukakan dan dimintapendapatkan (ade ke perkataan tu?) oleh beberapa orang sahabat tentang beberapa perkara yang ku kira sangat memberi impak kepadaku. Mostly tentang keyakinan kepada Allah. Setiap kali diminta nasihat oleh sahabat tentang isu ini, aku rasa nak menangis. Diri ini sangat lemah, dan hanya kepada Allah kita bertawakkal. Sepanjang 20 tahun aku hidup, pelbagai perkara telah berlaku, pelbagai kesilapan telah aku lakukan dan pelbagai pengajaran aku terima. Dan semuanya membawa aku kepada keyakinan bahawa hanya Allah lah tempat aku meminta. Tanpa Allah, aku tak bermakna.

Ada yang bertanya mengapa Allah tak dengar apa yang diminta? Aku bertanya semula adakah kita meminta dengan sepenuh hati? Atau sekadar main2? Adakah kita minta yang terbaik dari Allah? Atau kita minta apa yang kita nampak baik sedangkan hakikatnya kita tak tahu?

Ada juga yang mengatakan...kenapa aku tak rasa yakin dengan Allah? Kenapa aku susah nak khusyuk kalau solat? Kenapa...kenapa....dan kenapa.... Banyak lagi persoalan yang ditimbulkan. Menghadapi persoalan sebegini sememangnya membuat aku rasa semakin lemahnya diri kita sebagai manusia dan semakin perlunya kita memohon bimbingan dan petunjuk dari Allah.

-Allah bersama sangkaan hambaNya terhadapNya-
-Allah juga tidak akan menzalimi hamba2Nya-


((Barangsiapa yang BERTAKWA kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka2. Dan barangsiapa yang BERTAWAKKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu))



Semoga kita semua terus yakin kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.

p/s: aku kalau boring, bace notes Aiman kat FB. Tak menahaaaannnn....pecah perut! Nasib baik dia takde blog, huhu.

6 play the melodies:

blueiscold said...

nasib baik daku ni kaki bangku. erkk. ape kaitan? XD

ohoh. standard la 2, manusia ni xkn lari dari trpikat dgn benda2 lawa/hensem. fitrah dy da mmg cm2. cumanye, kite kena make sure utk xjadikn ciri fizikal 2 sbgai sndaran semata2. kena amek kire aspek lain jgk. betulkah? haha

seperti aku kenal manusia yg brtnya soklan2 trsebut. nanti ajak conference sekali ek, cik sarah! nak kena tembak byk2, hati ni asyik lembik aje sjk akhir2 ni. wuwuwu~ (T.T)

16 June 2010 at 02:28
Sarah Mustaza said...

ye...apekah kaitan kaki bangku? hahaha...

betul la farah. Allah ciptakan manusia tu cantik, dan Allah sukakan kecantikan. manusia pun suka kecantikan. maka....mari suka diri sendiri! (tiada unsur perasan ye...hehe)

hmmm...sebenarnya, RAMAI yg bertanya, ttg mcm2 hal. Ade suatu ketika kita terfikir...kenapa Allah pilih aku? sedangkan aku ni sgt la lemah dan perlukan nasihat. mungkin ade sesuatu yg Allah nk tunjuk. so...marilah saling menasihati ^_^

16 June 2010 at 06:21
sakinahshapeni said...

cakap pasal doa ni macam2 kan...
tapi cakap tak semudah orang yang pernah merasa...
kita hanya mampu nasihat berdasarkan pengalaman...doakan jugak semoga kita sama2 redha dgn apa yang Allah bg sebab hakikatnya itu yg terbaik untuk kita.

berdoalah dengan bahasa seorang hamba~ T_T

16 June 2010 at 09:22
djailuh said...

sering kali kita bertanye mengapa Allah tak tunaikan permintaan kita..tetapi jrang sekali kita bertnye kita dah tunaikan ke belum permintaan Allah pada kita..?

kadang dalam hidup ini Allah tidak beri ape yang kita mahu..tapi diberi apa yang kita perlu..agar kita sentiase mengjadi insan yang sentiase berfikir..

same2lah kita selalu berdoa tak kira ia dikabulkan ataupun tidak
kerana Allah berfirman...yang bermaksud : phonlah kepadaku nescaya aku akn kabulkan..

16 June 2010 at 10:25
Danial Farhan @ Humair said...

Selamat menempuh exam akan datang. Kalau dalam kehidupan akademik, wajib ada peperiksaan, kehidupan yg kita lalui sekarang apatah lagi. Semoga berjaya mengatasi ujian akademik untuk gulung ijazah dan semoga berjaya juga melepasi ujian hidup duniawi untuk berjaya di sana, dapat ijazah masuk syurga.

17 June 2010 at 11:26
farahnur said...

eh cop. kalau kite main futsal, kire x masuk dlm geng kaki bangku la kan? agagaga~ :D

pendpt farah la kan. bile kite jwb soklan2 yg org tanya kite tu, insyaAllah, kite jadi lagi arif ttng perkara tu. sama jugak kalau org tanya kite psl study anatomy dll, bile kite explain kat org tu psl anat, kite pon jadi lagi fhm ttng ape yg kite bgtau dy. kan? :)

sakinah yang comel: betul3. hakikatnya, kite selalu lupa kita ni taraf hamba je. bilalah mau sedar diri? wuwuwu~ (T_T)

20 June 2010 at 01:42
Related Posts with Thumbnails