Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Jumpa tahun depan

Thursday 30 December 2010

Eh2....dah akhir tahun lah! (bosan sungguh ekspresi tersebut). Entah kenapa. Sejak aku duduk Mesir, tidak terasa sangat bahang tahun baru. Bahang musim panas saja yang dirasai. Adakah orang lain juga begitu? Mungkin kerana kami menerima tahun baru dalam musim sejuk. Maka....begitulah.


Hari tu buat SC dengan adik-adik comel. Salah seorang bagi tazkirah, tajuk berkaitan dengan 10 muwasafat tarbiyah, tentang masa. Khusyuk mereka mendengar, nampaknya masing-masing terkesan dengan tazkirah yang disampaikan oleh sahabat mereka. Aku senyum melihat wajah masing-masing. "Masa tu apa?" sengaja aku timbulkan soalan laksana kanak-kanak tadika bertanyakan kepada gurunya. "Hah. Kita kan selalu bercakap tentang masa. Tapi masa tu apa sebenarnya? Kat akhirat nanti, ada masa tak?" Masing-masing tunduk, muka berfikir. Ada yang berkerut dahinya. Ada yang sengih-sengih. Barangkali sudah mendapat jawapan.

Erm...jangan harap aku ingin menuliskan jawapannya di sini. Persoalan itu ditimbulkan atas tujuan untuk mengajak kita semua berfikir, dan muhasabah diri. (Ke...tak paham? haha)

2011

Usiaku bakal menjangkau 21. Fuh...tua sudah. Mungkin sempat merasai usia 21, mungkin juga tidak. Semuanya sudah ditentukan Allah. Kalau orang putih, mereka anggap usia 21 ni sebagai kunci kedewasaan. Sebab apa ye? Mungkin sebab dah boleh mengundi. Haha. Tapi hari tu dah mengundi pun kat Mesir.

Pada usia 21, Sultan Muhammad Al-Fateh sudah berjaya menawan Konstantinopel. 

Aku?

Kamu?

Macam mana?

Apa jasa dan pengorbanan kita untuk Islam?

Adakah selama kita hidup
kita menyokong Islam?
Atau adakah kita pendokong?
Moga-moga kita bukan dalam kalangan orang yang mengongkong Islam.

Sekadar persoalan untuk kita berfikir.

Ya, kau kau.
Aku aku.
Memang kubur kita lain-lain nanti.
Cuma....
aku harap kita sama-sama dapat ketenangan di akhirat nanti.
Dan aku harap...
kita bukan di kalangan manusia yang menyusahkan manusia lain,
yang membantutkan usaha,
yang menghalang gerak kerja dakwah.

Kerana kau, aku...
diciptakan untuk menghambakan diri kepadaNya.


p/s: azam tahun 2011 tak mahu bebankan ibu dan ayah dengan masalah kewangan lagi T__T

Another

Tuesday 28 December 2010

Once upon a time when I was little.... 


Love the flower and it'll die
no matter how lovely it is.


Make a wish
for your dreams to come true.


 We never realize how strong we were during those days.
All we know today is how easily we give up on lives.
Life
is simply a journey.
We direct the path and life follows.


 Red,
is not always fierce. 


 We only sleep when we believe that tomorrow will come.



 Which is more important?
Life
or.....

 Everybody has different perspective towards life.
Why can't we just respect each other?

 Kick the world! 
For humans put it in their hearts.
And they know they shouldn't.


Imagination change our view
or our view change imagination?
Starting early...

 Looking for inspirations


Believe it.
It's winter already.

Imagination can be made real.

Ask yourself.
Are you on the right track?
Or you're still procrastinating.
That track you follow might look beautiful.
But the right track is always full of
thorns and challenges.
Don't you know?
Or you're still denying.
Maybe you just want a simpler way,
without having much trouble.
The trouble
that others,
on the other track 
have to face.
But so you know,
journey has no meaning
without challenges.
And so is jihad.

Aku, BADAR dan PERUBATAN

Thursday 23 December 2010

Dulu, masa mula-mula masuk SMKA SHAMS, aku tak tahu pun BADAR tu apa. Tahu-tahu je wajib datang usrah setiap hari Isnin. Orang panggil usrah BADAR. So aku ingat BADAR tu sekadar usrah la. Lepas kelas, duduk dalam satu kumpulan, ada senior yang membebel itu ini. Lepas sejam, tutup buku usrah, balik. Macam tu lah setiap minggu. Memang aku tanamkan dalam fikiran bahawa BADAR itu sekadar usrah setiap hari Isnin. Sampai tingkatan 3 aku masih berfikiran sedemikian.

Naik tingkatan 4, aku dilantik menjadi Ketua Pelajar (pengawas). Pada masa yang sama, terpilih sebagai salah seorang pimpinan BADAR. Aku tercengang. Dalam fikiran aku, BADAR masih lagi sekadar usrah hari Isnin. Masa tu memang rasa nak tolak perlantikan tersebut. Tapi aku fikir why not give it a chance? Mana tahu ada sesuatu yang Allah nak tunjuk kat aku. Perancangan Allah adalah yang terbaik.



Maka aku pun mula mengenal apa itu BADAR. Rupanya ia bukan sekadar usrah semata-mata. Malah lebih dari itu. Bak kata Ustazah Syakirah, "BADAR lah yang bertanggung jawab membentuk sahsiah pelajar-pelajar SHAMS,". Makin hari aku makin faham apa yang dibawa oleh BADAR. Aku bukannya bekerja seorang, tetapi bersama saf kepimpinan yang cukup aku hormati. Sebagai pimpinan, kami mentarbiyah, pada masa yang sama, ditarbiyah. Sebagai pimpinan, kami merancang dan menguruskan macam-macam aktiviti untuk dilaksanakan. Kem latihan naqib, usrah, kursus imam-imam, bengkel pembangunan insan, motivasi penghayatan Islam, kuliah pengajian kitab, mahabbatur Rasul dan banyak lagi. Pelbagai pengalaman pahit, manis dan payau yang aku terima sepanjang bersama dengan BADAR. Ada masanya, rasa lemah semangat. Rasa tak mampu nak pikul tanggung jawab besar itu. Besarnya melebihi Gunung Everest. Itulah amanah. Akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tapi di saat lemah, kata-kata Ustazah sentiasa menjadi pembakar semangat. "Bila kita bantu agama Allah, nescaya Allah bantu kita,". Aku yakin dengan ayat tersebut. Aku yakin kerja-kerjaku dalam BADAR adalah kerja-kerjaku untuk umat Islam. Kerana BADAR lah SMKA SHAMS aku anggap sebagai bumi tarbiyah di zaman persekolahan dulu. Dan sekiranya aku tidak dilantik menjadi pimpinan suatu masa dahulu, sudah tentu aku masih menganggap BADAR hanyalah usrah semata-mata. Tiada usaha untuk memahami kebenarannya. Sama juga seperti pelajar-pelajar lain yang tidak berminat melibatkan diri dengan program BADAR. Sudah tentu mereka merasakan semuanya hanya buang masa. Aku tak salahkan mereka. Cuma diri sendiri lah yang rugi.

Tiba di bumi Mesir, tiada lagi BADAR seperti di sekolah dulu. Ada PERUBATAN. Aku teringat kembali zaman-zaman muda remaja dulu, aku jenis yang tak ambil kisah hal sekeliling. Hanya apabila diberi tanggung jawab, barulah tergopoh-gapah cuba mengambil tahu. Aku tak mahu lakukan kesilapan yang sama. Aku bukakan hati untuk menerima dan mengenali PERUBATAN. Dasarnya Al-Quran dan as-sunnah, sama seperti SHAMS, dan sudah tentu, BADAR. Apabila dasarnya sudah sama, tentulah matlamat juga sama. Maka aku mula menjinak-jinakkan diri mengenali PERUBATAN. Ya, PERUBATAN bukan sekadar SC (Smart Circle) semata-mata. Bukan juga sekadar aktiviti medik sahaja. Bukan pula sekadar menjaga kebajikan. Walaupun namanya persatuan PERUBATAN, tapi konsepnya adalah seperti sebuah jemaah. Di dalamnya kita ditarbiyah serta mentarbiyah. Bersamanya kita belajar untuk membentuk diri. Memang benar, jika kita tidak bersama dengan PERUBATAN, memang kita tidak tahu apa di dalamnya. Sama keadaannya seperti aku dan BADAR suatu ketika dahulu. Jika tak sertai, memang kabur habis, rasa macam tak ada apa-apa. Kuncinya adalah dengan menyertai dan melibatkan diri.


Apa yang aku suka tentang PERUBATAN, tiada diskriminasi di dalamnya. Bukan hanya pelajar bertudung labuh yang boleh sertai. Bukan hanya pelajar dapat pangkat mumtaz boleh libatkan diri. Tapi ia terbuka untuk semua pelajar PERUBATAN tanpa mengira asal, sekolah lama, pemikiran, keturunan, keputusan peperiksaan, gaji ibu bapa dan apa sahaja aspek yang boleh menjadi isu diskriminasi. Secara peribadinya, aku menganggap PERUBATAN adalah kesinambungan daripada BADAR. Pentarbiyahan berterusan. Pembentukan diri masih diteruskan. Oleh kerana itu, amat rugi jika aku berfikiran sempit dan tidak membuka hati untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Dalam PERUBATAN sudah ada macam-macam. Apa lagi yang aku inginkan? Syukur ku kepada Allah kerana adanya kesinambungan, adanya cara untukku meneruskan pengislahan dan pembentukan diri di bumi Mesir.

Selaku manusia yang pernah menjadi pimpinan (BADAR) yang bekerja merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk manfaat orang lain, pada masa yang sama menjalankan tanggung jawab sebagai pelajar, aku harap agar pimpinan PERUBATAN terus gagah dan cekal menjalankan amanah masing-masing. Allah tengok usaha, bukan hasilnya. Moga-moga segala usaha kalian diberkati Allah.

Selaku manusia yang pernah menjadi ahli biasa (BADAR) yang asalnya malas nak ambil tahu dan berat tulang nak libatkan diri dalam program, aku nasihatkan kepada ahli biasa (PERUBATAN) yang lain agar bukakanlah hati kalian untuk menerima apa yang dibawa oleh PERUBATAN. Fikirkanlah....mereka (pimpinan) buat macam-macam bukan untuk diri sendiri, tapi untuk manfaat kita semua. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka yang memikul amanah besar itu. Marilah kita bersama membantu mereka. Jika tidak mampu membantu, sokonglah mereka walau dengan sekadar menyertai aktiviti. Mereka juga manusia, mereka juga pelajar, mereka juga hamba Allah, sama seperti kita.

Hakikatnya masing-masing tidak sempurna, semua ada kekurangan. Tapi itulah hikmahnya kita berada dalam PERUBATAN, saling melengkapi.

Semoga coretan ini dapat membuka hati dan minda kita semua.

Tak, gamba ni aku tak ambik guna camera....

Wednesday 22 December 2010

Sementara tunggu tugasan daripada mak cikku, aku membunuh masa dengan melayari laman web pelbagai yang menghidangkan isi kandungan menarik (ayat macam hape entah).


 happy family


 Children of the Corn


 aim high


 be creative
think out of the skull


 keep in touch
even if we are far apart,
we are always looking at the same sun


 anorexic!
be grateful with who you are


life is a journey 
one's journey is never the same as the other


 think big


 someday~


 kung fu panda versi real


Read, and you'll conquer the world



 Every story everyone had should be written and made into books. 
In that way, there'll be no such phrase as 'forgotten by time'


 the photo says it all


 huge success begins with small steps


 love is subjective
it could be colourful
but sharp at the same time
also blunt, in some cases
if we use it wisely,
we can get a perfectly beautiful picture


 there's no such thing in Cairo


adorable is also subjective
and even more risky

Too much.

Tuesday 21 December 2010

Aku tak boleh la nak control.

Aku dah cuba.

Banyak kali aku cuba.

Macam-macam aku cuba buat.

Tapi bila ia terjadi, tetap terjadi.

Tak boleh nak kawal.

Jangan la marah aku kalau ia berlaku depan korang ye.

Serius, aku dah cuba yang termampu nak kawal.

Tapi once aku dah ketawa, memang susah nak stop.

So aku merayu. Tolong la jangan buat lawak depan aku.

Tolong lah. Terseksa aku nak tahan gelak weh!

peace~

I missed the people who used to make me laugh. Because nowadays, even strangers can make me laugh =_='

Calon idaman

Monday 20 December 2010



Bukan calon suami yang aku nak bicarakan hari ni. Calon suami kita letak tepi dulu. Boleh?

Memandangkan pilihanraya PERUBATAN dah makin hampir, aku nak jugak buat post tentang calon-calon pilihan. Untuk tujuan apa aku tulis tentang mereka? Bukan sebab nak belagak, bukan sebab bangga, bukan sebab riak ada kawan macam mereka. Tapi untuk pengetahuan umum. Mana tau ada yang tak kenal mereka. At least, bila dah kenal, boleh la undi kan?



Cuba bagitau aku. Siapa tak kenal Kak Aizum? Haaa...berani lah kata tak kenal. Ni senior aku di Ain Shams. Tahun 4. Orang Ganu. Selalunya bila orang cakap loghat Terengganu, aku akan kata "Saya tak paham". Lepas tu orang lain sengih-sengih, gelakkan aku. Tapi Kak Aizum selalu kata "Sarah boleh faham, insyaAllah". Haaa...terharu weh! Nak cerita pasal pengalaman aku dengan Kak Aizum memang banyak. Tapi yang paling aku ingat adalah pertemuan kali pertama di dalam dewan kuliah. 

Tahun 2009 kalau tak silap. Aku dan Sakinah mengambil tempat di hadapan. Lecture akan start tak lama lagi. Senior tahun 2 beransur keluar. Tiba-tiba datang seorang senior yang aku tak pernah nampak, tak pernah kenal. Beliau senyum dan berkata "Assalamualaikum. Awak Siti Sarah Mustaza kan?". Aku terdiam seketika. Dalam hati kata 'Waaah...akak ni sebut nama penuh aku! Pastu tak tertukar plak tu aku ngan Sakinah. Kagum! Terharu!'. Semenjak peristiwa tu, ukhwah yang terjalin antara kami bertambah erat kerana Allah. Bukan senang orang nak ingat nama penuh aku. Bukan semua orang boleh cam mana satu Sarah, mana satu Sakinah. 



Dalam banyak-banyak karakter Kak Aizum, yang paling aku suka adalah beliau ceria dan berani bersuara. She has her own style in a wise way. Selalunya kalau kita jumpa orang yang banyak idea bernas ni, rupa dia agak tegas, perangai agak skema. Tapi Kak Aizum tak macam tu. Senang didampingi dan mudah mesra. Yang paling best beliau berani bersuara. Susah kot nak jumpa orang perempuan yang willingly angkat tangan nak bantah atau tanya soalan. Biasanya semua tunduk, tawadhu', malu-malu kucing. Tapi Kak Aizum berani bersuara dan keyakinan sangat tinggi. Well...bosan kan kalau dapat ketua yang strict, muka ketat, ayat skema, buat kerja macam askar. So, undilah Kak Aizum untuk bawa keceriaan dalam PERUBATAN. heh

Sedikit info tentang Kak Aizum:



Nama: AIZUM NADIRAH BT MOHAMAD

Tarikh lahir: 2 April 1989

Asal: Marang, Terengganu

Adik-beradik: Yang ke 2 daripada 3 (tunggal perempuan)

Pendidikan:
~Sekolah Kebangsaan Seberang Marang
~MRSM Kuala Lipis
~MRSM Pengkalan Chepa
-Universiti Ain Shams

Sumbangan & Pencapaian:

Di MRSM Kuala Lipis:
-Lembaga Disiplin Pelajar
-Badan Wakil Pelajar (Biro Akademik)
-Mewakili Maktab untuk Elocution Contest (Public speaking) pada tahun 2003 & 2004
-Anugerah Budi Pekerti Mulia
-PMR: 8A

Di MRSM Pengkalan Chepa:
-Librarian
-SPM: 10A (8A1, 2A2)

Penglibatan dalam PERUBATAN:
-AJK Seminar PERUBATAN 2008
-AJK Seminar PERUBATAN 2010
-Setiausaha ASFaD 2010
-Pengarah PES '10 (ASU's 1st Mentor Gathering)
-Unit Derma Kilat Biro Kebajikan 2009/10

Perwatakan:
Ceria
Berani bersuara
Matang
Bijak menguruskan masa
Mesra dengan semua peringkat umur
Berpandangan jauh
Optimis
Personaliti menarik
Komited menjalankan tugas
Tenang menghadapi masalah
Bijak menyelesaikan masalah
Disukai kawan-kawan, senior dan junior


Manifesto:
TOGETHER WE STAND, HAND IN HAND



Websites:
 Tengok ni...tengok ni...video Kak Elle buat untuk Kak Aizum. Bangga weh!




Next. Memandangkan di Ain Shams tak ada calon Gen 8 yang bertanding, so aku mengalih pandangan ke Cairo University. Maka terpancar sinaran daripada 2 orang calon kegemaran. 
Aisyah-Humairah. Sedapkan combination tu? ^__^

Macam mana aku kenal mereka?
Humairah....tidak lain dan tidak bukan melalui blog beliau. Cubalah baca blog beliau. First time aku bukak blog tu, aku terfikir-fikir. Siapalah tuan punya blog ni agaknya?? Isi setiap post memang mencabar pemikiran. Bukan mencabar sebab ape...tapi sebab aku tak terfikir pulak orang sebaya dengan aku boleh tulis idea yang sangat bernas begitu. Kagum seyh! Dah2. Tak perlu kot aku describe. Baca je blog tu. Nanti korang tau lah.

Tentang Humairah....



Nama: Nur Humairah bt Che' Ibrahim
Tahun: Tahun 3, Cairo University
Asal: Kelantan Darul Naim
Sekolah lama: Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan
Berat: biarlah rahsia
Tinggi: biarlah rahsia
Tarikh Lahir: 15 Januari 1990
Anak ke: 2 drpd 8
Rumah: Hadhanatul Bustan, Mounira
Email: humyci@yahoo.com
Penglibatan dalam Perubatan:

1) Timb. Unit Kempen dan Promosi BPI (2010/2011)
2) Ahli Panitia Perancang (2011)
3) Unit Pengisian MAHAR (2009/2010)
4) Timb. Pengarah Winter's Enlightenment & Brotherhood
(WEB) 2010
5) Timb. Unit Persiapan Dewan dan Teknikal Cairo Sports
Day (CSD) 2010
6) Timb. Unit Pengisian Summer Camp : Yielding Medical
Heroes (YAHOO! @ Pangsun) 2010
7) Editor I-Man II (2009)
8) Proof Reader I-Man III (2010)
9) Timb S/U Sambutan Aidil Adha PERUBATAN 2010
10) Timb Bendahari, Kewangan dan Tajaan Karnival Musim
Sejuk PERUBATAN 2010
Websites:
Macam mana aku boleh kenal Aisyah?
Soalan tu amat mudah untuk dijawab. Macam mana budak Ain Shams boleh kenal budak Cairo U? Semestinya melalui program PERUBATAN! Kalau tak aktif join program PERUBATAN, memang tak kenal lah. Haha. Logik kan? So, hakikatnya, Aisyah ni sangat aktif join program PERUBATAN. Bukan setakat join program, tapi banyak kali beliau jadi AJK. Bila pergi program, balik-balik jumpa muka Aisyah. Bukti beliau sangat komited dengan PERUBATAN. Logically, takkan nak undi orang yang jarang-jarang join program untuk jadi AJKT kan? So...ape tunggu lagi? Undilah Aisyah!


Nama: Aisyah Zahirah bt Sukeri
Tahun: Tahun 3, Cairo University
Asal: Kelantan Darul Naim
Sekolah lama: Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan
Berat: biarlah rahsia
Tinggi: biarlah rahsia
Tarikh Lahir: 18 Jun 1990
Anak ke: 3 drpd 6
Rumah: Hadhanatul Bustan, Mounira
Email: aisyza90@yahoo.com
Penglibatan dalam Perubatan:

1) AJK JPP (2008, Tahun 1)
2) AJK Akademik Gen 8 (Tahun 2)
3) Timb. Bendahari Winter's Enlightenment and
Brotherhood (WEB) 2010
4) Timb. Unit Risalah dan The Zikr BPI PERUBATAN
(2009/2010)
5) Ahli Panatia Perancang (2010)
Timb. Pengarah Sambutan Aidiladha (2010)

Website:

Tengok la video ni. Best!

PERINGATAN untuk semua:
Ya, aku tahu masing-masing nak undi calon dari universiti masing-masing. Tapi jangan lupa, kita (akhawat) kena undi 7 orang calon. Jangan sia-siakan undi anda dengan hanya mengundi calon dari universiti anda. Kalau tak cukup calon yang anda undi, sia-sia je weh. Undian itu tak dikira. So, undilah jugak calon dari U lain yang korang rasa berkaliber, yang boleh memberi masa hadapan yang cerah untuk PERUBATAN.

PERINGATAN juga:
Mengapa perlu mengundi? Soalan itu sama sahaja jawapannya dengan 'Kenapa perlu pilih ketua?'. Kalau tak mengundi, lepas tu orang yang tak selayaknya yang jadi ketua, lepas tu macam-macam masalah timbul, lepas tu semua tak puas hati, lepas tu mencaci, memberontak, memaki....asalnya salah siapa? Salah diri sendiri sebab tak nak ambil peduli. So...jadilah matang dalam bertindak. Ayat common yang aku guna "Masing-masing dah besar...."


p/s: sengaja letak gamba Rain mula2 sebab mesti semua orang excited nak baca post =_='. haihhh...manusia2.....

Luxor: Day 2

Sunday 19 December 2010

Awal-awal pagi lagi 'ammu Mahmud dah berdiri tegak di luar rumah. Menanti kami dengan teksinya. Aku kagum! Sebab beliau sangat punctual. Malahan lebih dari punctual. Janji pukul 8 pagi, beliau datang pukul 7.30 pagi  =_='. Alangkah indahnya dunia ini jika semua manusia pun punctual begitu. (Ayat ini ditujukan untuk semua bangsa, bukan hanya Arab Mesir) Nescaya urusan visa, urusan kuliah, urusan hospital semuanya jadi smooth.

Zeiniah, nama kampung halaman Pak Yem. On the way menuju ke Valley of the King (Wadi Al-Muluk) a.k.a Lembah Raja-raja, terdapat banyak kebun dan ladang di kiri kanan jalan. Paling best tengok tanaman kurumb (kobis) yang banyak dan besar gila. Gila punya besar. Yup, macam yang jumpa kat pasar selalu tu (merujuk kepada pasar Mesir) . Tapi yang ini berganda-ganda lebih besar. Agaknya kalau aku pegang satu kobis, memang tak nampak siapa yang pegang. Nampak kobis je. Besar sangat! Tanaman kobis diselang seli dengan jagung dan tebu serta beberapa lagi sayuran yang aku tak berapa kenal.

Tiba di pekan Luxor, kelihatan beberapa buah hantur (kereta kuda) memenuhi jalan raya. Perghh...rasa macam kat oversea! Padahal memang oversea pun. Tak, maksudnya suasana kat situ totally lain daripada Cairo yang hectic, sesak dengan kenderaan, sesak dengan asap, sesak dengan manusia dan sesak dengan bunyi hon. Imagine keadaan di pekan Luxor. Semua kesesakan tersebut tiada. Ok, bunyi hon tu maybe ada kadang-kadang. Tapi taklah 24/7 seperti di Cairo. Lagi satu, tremco kat sana tak melaungkan destinasi masing-masing. Senyap je semua. Sampai aku hampir-hampir tidak perasan akan kewujudan tremco. Kalau di Cairo, setiap masa dengar "Awwal 'Abbas Awwal Makram!", "Sadis sabie'! Sadis sabie'!", "Mauifil 'asyir!", "Ghamra! Ghamra!", "Ramsis! 'Abbaseyyah Ramsis!" dan blablabla. Tapi kat sana, tremco dia senyap-senyap je berhenti kat mahattah (stesen), penumpang naik dan jalan. Haha. Cool kan? Tak payah jerit-jerit, kejar-kejar, marah-marah. Dan yang paling best, tremco kat sana semua cantik, cukup sifat, baru belaka. Adakah disebabkan ketika itu sudah hampir dengan pilihan raya maka semua driver dapat tremco baru?? Wallahua'lam.

Di suatu kawasan, kelihatan tengah-tengah jalan raya di pekan Luxor itu dikorek menampakkan lubang yang dalam dan panjang. Rupa-rupanya ada peninggalan sejarah kat situ. Namanya 'Jalan Kibas'. Merupakan laluan yang menghubungkan Luxor Temple dengan Karnak Temple. Alkisah dulu-dulu, Firaun yang guna jalan ni. Dan apabila ada orang mati, mayatnya dibawa berarak di laluan tu. Itu kisah masa zaman Firaun. Sekarang  tak lagi. Di sepanjang laluan tu ada patung-patung kibas berbaris. Banyak patung tersusun sepanjang jalan. Rajin betul mereka buat patung kan?

Pekan Luxor dan Valley of the King dipisahkan oleh Sungai Nil. Nak ke sana, kena lalu Kubri Bughdadi (Jambatan Bughdadi). Bughdadi tu nama sebuah kampung di situ. Masa nak pegi Valley of the King tu, Pak Yem kata "Kita nak pegi West Bank ni,". Hoh. Aku punyalah excited. West Bank?! Tebing barat?? Semangat jihad membara dalam diri. Rupa-rupanya West Bank yang dimaksudkan ialah West Bank of Nile River. Hahaha *blushing*. Valley of the King terletak di West Bank. Perjalanan ke sana dihidangkan dengan pemandangan tanaman karkadeh, bazinjan, barsim (makanan untuk ternakan), gargil dan macam-macam lagi sayuran. Sambil-sambil memerhati keindahan ciptaan Allah, kelihatan banyak burung camar putih di sekitar ladang. Abul kirdan (camar putih), juga dikenali sebagai sodiq fallah (sahabat petani) sebab membantu melindungi tanaman daripada serangga perosak. Arabic is a rich and beautiful language, isn't it?

Oh ye. Di Luxor terdapat ramai orang Kristian. Aku pernah terlihat tulisan 'Injil Barnaba' di tulis pada dinding sebuah bangunan. Adakah mereka masih berpegang pada kitab tersebut? Wah....menarik! Sebab aku pernah terbaca dalam post ni berkenaan Injil Barnaba. Wallahua'lam.

To be continued..... (sebab tiada mood nak update blog + banyak keje nak buat + banyak buku nak baca = MALAS. hahaha)



(akuingatkanbunganiadakatmalaysiaje.taksangkajumpakatluxor)


p/s: bahang pilihanraya di musim sejuk



Sampai syurga

Sunday 12 December 2010

(menaipsambilmenahankesejukantahapdewa)


Mereka....mereka....buat Family Day. 
Mereka...mereka...tak tunggu aku pun.
Isk...isk...isk.... T__T
Semalam, pulang dari program makan-makan akhowat ASU Gen 8, aku terus buka facebook.
Tengok-tengok ada beberapa gambar di tag oleh Laman Keluarga.
Aku klik untuk tumbesaran lebih besar. Maka keluarlah gambar di atas. Hati sedikit meraung. (Arghhh....sejuknya cuaca sekarang ni!)
Aku teliti satu per satu wajah-wajah yang ku sayang. 
Lengkap.
Semua ada dalam gambar.
Semua.
Kecuali aku.
Mana aku?
Aku tengah menggigil menahan kesejukan. Membaluti tubuh dengan berlapis-lapis pakaian. 
Aku teruskan meneliti wajah-wajah yang ku rindu.
Kamu semua rindu aku tak?
Ah...tiada guna bertanya.
Antara semua, aku...akulah yang paling teringin nak buat Hari Keluarga.
Sebab kali terakhir diadakan adalah ketika aku masih kanak-kanak ribena.
Masuk acara kutip gula-gula.
Aku cukup sukakan event sebegitu.
Bahagia rasanya.
Tahun ni mereka buat lagi.
Setelah bertahun-tahun aku berangan dan bermimpi.
Tapi....
Tapi aku tiada!
Aku di sini menahan kesejukan.
Aku di sini menatap gambar-gambar riang mereka.
Aku di sini mengharapkan
andai tiada peluang untuk aku bersama mereka lagi, 
moga Hari Keluarga paling istimewa dapat diadakan di syurga nanti.


p/s: dah nak masuk 3 tahun duduk sini pun still susah nak adapt dengan musim sejuk. ape cer?

Bosan

Friday 10 December 2010

Seorang sahabat pernah berkata "Kau ni bagus la. Suka ambik gambar, suka buat video...blablabla....bukan semua orang boleh buat macam tu...blablabla....".

*Izinkan aku ketawa guling-guling*

Okay. Meh sini aku bagitahu perkara sebenar.

Jangan puji lebih-lebih. Kalau boleh, jangan puji langsung. Sebab bermulanya aku melibatkan diri dengan perkara-perkara pelik, unik, menarik ni pun kerana aku bosan. Ya, aku seorang yang cepat bosan. Bosan dengan rutin. Bosan melakukan perkara yang sama setiap hari. Bosan tahu? Bosan.

Bila kita buat perkara yang sama setiap hari tanpa mencuba perkara baru, hidup terasa macam dull. Semua kelabu. Tak ada warna. Jadi apa salahnya sekali sekala, go beyond your routine. Cuba sesuatu yang baru. Masak resepi baru ke. Cuba menjahit baju ke (oh not for me for now). Lukis potret ke. Tulis novel ke. Guna camera canggih ke. Edit gambar ke. Buat video ke. Belajar tutorial After Effects ke. Main sejenis sukan yang tak pernah dimain ke. Apa-apa sajalah. Asalkan perkara baru dalam hidup.

At the same time, dapatlah tambah soft skill dalam diri. Seterusnya terealisasilah cita-cita menjadi manusia yang all-rounder. Hah. Dah macam debate pulak. Takdelah. Pointnye sekarang, apabila anda rasa bosan dengan hidup, cubalah sesuatu yang baru. Janganlah bila bosan, layan facebook. Layan facebook pun bosan jugak kan? Haha. So ape tunggu lagi. Do something new. But at the same time, jangan tinggalkan rutin yang baik, yang boleh membentuk diri menjadi hamba Allah yang sentiasa diredhai. Kau nak cuba buat benda baru, buatlah. Tapi jangan sampai tinggal solat. Kau nak cuba masak resepi baru, buatlah. Tapi jangan sampai buat maksiat. Oh yang tu macam tak ada kaitan. Paling penting, bila nak buat sesuatu, niatkanlah kerana Allah. Moga-moga apa yang dikerjakan tu mendapat keberkatan.

-apamotifgambarini-

Dulu, masa tengah menonton EPL, seseorang pernah berkata "Look at yourself. Cheering, supporting your favourite team & players. But at the end, they are the players. And you are just a spectator". Paham tak? Sekarang ni bukan lagi zaman untuk mengagumi, tapi zaman untuk mencuba, menguasai. Jangan buang masa kata "Weh...hebat gile ko pandai buat itu ini!". Cut the crap.

Seorang mak cikku pernah berkata "Make yourself useful". Hah. Ambik ko. Ye, aku tahu sekarang ni kita tengah belajar bersungguh-sungguh, supaya nanti dah ada kerja, boleh berkhidmat untuk masyarakat. Useful la tu kan? Tapi dalam masa nak tunggu habis belajar dan dapat kerja, takkan tak boleh jadi useful kan? Takkan kena tunggu jadi doktor baru boleh bantu orang lain. Stop making excuses. Selaku umat Islam, kita tak perlu tunggu esok untuk menyumbang sesuatu untuk agama, untuk ummah. Guna bakat, guna idea, guna tenaga. Kalau orang Yahudi yang bilangan sikit tu boleh berjaya, takkan kita umat Islam yang berkali-kali ganda lebih ramai ni tak boleh. Dah la. Sekarang bukan zaman mereka lagi. Sekarang zaman kita! Ayuh muslim. Bangkit!

Jangan jadi pemalas beb....

Monday 6 December 2010

Hari ni entah kenapa aku terasa nak post banyak-banyak entri dalam masa sehari. Almaklumlah, dah kena perli dengan kawan-kawan "Kau ni nak tunggu blog kau tu bersarang ke baru nak update?". Eh kawan. Bukan senang tau nak update blog. Lebih-lebih lagi apabila blog tersebut dibaca oleh orang ramai. Ya, kerja-kerja mengupdate blog nampak senang kalau kita meluahkan segala isi hati, buah fikiran yang terpendam. Tapi pernahkah kita terfikir, orang lain juga membaca apa yang kita postkan? Dan pernahkah kita terfikir, apa manfaat yang mereka dapat daripada membaca entri tersebut? Well, takkanlah kita penat-penat taip dan post tapi tak memberi manfaat kepada orang lain. Sia-sia okay.

Ok, sudah-sudahlah membebel. Entri kali ini aku copy daripada blog seorang pejuang. Nak bagitau nama dan link? Tak perlu la kot. Berjuang kerana Allah, bukan untuk nama. Selamat membaca dan bertindak!

Khas untuk yang bergelar Muslim. Empat perkara to keep in mind:

1. Memikirkan tentang Islam

Sebagai seorang yang bergelar umat Islam, kita perlulah berfikir untuk Islam. Gunakan beberapa minit untuk berfikir tentang umat manusia, berfikir tentang perancangan dalam membangunkan Islam dan lain-lain. Kita menghadapi masalah apabila umat Islam malas berfikir!

Mereka hanya tahu memikirkan tentang periuk nasi sendiri. Hanya tahu memikirkan kejayaan sendiri.. sambil berkata "tengok.. inilah hasil usaha aku" sedangkan hasil tersebut adalah anugerah Allah.

Lihat kisah ulama mazhab. Mereka memainkan peranan untuk menghidupkan golongan yang mampu berfikir tentang Islam. Mereka sendiri berfikir untuk Islam. Imam Syafie ketika bermalam di Rumah Imam Ahmad, berfikir pelbagai masalah sehinggakan wudhu Isya digunakan untuk subuh keesokannya. Kita bagaimana?
 
 
2. Bekerja untuk Islam

Tidak cukup dengan hanya berfikir untuk Islam, perlu juga bekerja untuk Islam. Ramai juga golongan yang hanya tahu berfikir, tetapi malas untuk bekerja. Tetapi lebih teruk sekiranya terdapat golongan yang malas berfikir, dan malas bekerja.

Ingat, ramai orang mampu berfikir, tetapi tidak ramai yang mahu bekerja walaupun dia mampu. Ada juga yang hanya tahu bekerja untuk periuk nasi sendiri.. sambil berkata : Lantaklah apa nak jadi.. asalkan aku bahagia.

Lihat pula sejarah ulama Hadis. Kita hanya tahu mereka ini bersungguh-sungguh dalam mendapatkan hadis. Hakikatnya, apa yang kita nak daripada sejarah kesungguhan mereka ialah "mereka bekerja untuk Islam". Hari ini, kita hanya tahu berkata : Saya nak jadi ulama Hadis.. lalu dia akan menuntut ilmu, tetapi tidak mahu bersama dengan gerakan Islam. Pelik, sedangkan ulama'-ulama hadis tersebut bekerja untuk Islam, bukan untuk periuk nasi mereka.




3. Berkorban untuk Islam

Tidak cukup dengan hanya berfikir dan bekerja untuk Islam.. Tingkatkan lagi dengan "berkorban untuk Islam". Ada juga yang sanggup berfikir dan bekerja untuk Islam, tetapi belum sanggup untuk berkorban.

Lalu golongan ini akan meninggalkan kerja tersebut (tidak istiqamah) apabila diancam atau menerima rintangan dalam gerak kerja tersebut. Lihat kisah Asy Syahid Abdullah Azzam, meninggal dunia dalam dunia jihadnya.

Beliau pernah berkata : "Kita tanpa jihad umpama ikan tanpa air.."

Ikan akan mati tanpa air, dan roh seorang muslim akan hilang sekiranya malas berjihad, tidak mahu berkorban untuk Islam.
 

4. Ithar untuk Islam

Ithar adalah melebihkan kepentingan orang lain berbanding kepentingan sendiri. Contohnya kita telah meletakkan bahawa masa tidur aku adalah 5 jam. Tetapi disebabkan kewajipan terhadap umat yang begitu besar, maka saya sanggup tidur 3 jam sahaja kerana 2 jam lagi adalah untuk Islam.

Cuba lihat sejarah salafussoleh, mereka bukan hanya tahu berzikir seorang diri, beruzlah, bahkan mereka mengeluarkan harta mereka untuk Islam. Asy Syahid Abdullah Azzam sanggup melepaskan kerja sebagai pensyarah yang bergaji 20 000 sebulan, semata-mata untuk berjihad. Kita bagaimana?

Sudahlah sukar berkorban, apatalah lagi ithar? Sanggupkah kita tak tidur malam untuk memberi ruang kepada orang lain untuk tidur? Ramai yang mampu berkata : Kita kena berkorban.. kita kena itu dan ini.. Kemudian orang yang berkata ini balik rumah, minum susu dan tidur. 
 
 
Kesimpulan

Perkara yang perlu diingatkan kepada kita termasuk diri ini ialah empat perkara yang disebutkan. Mengabaikan salah satu daripada empat perkara tersebut menampakkan kerompangan dalam perjuangan. Seolah-olah ada yang tak kena sekiranya salah satu daripadanya terabai.

Berfikirlah untuk Islam, bekerjalah untuk Islam, berkorbanlah untuk Islam dan itharlah untuk Islam. Janganlah kita berfikir, bekerja, berkorban dan ithar untuk memecahbelahkan Islam, atau meruntuhkannya.

Tidak perlu berpaling tadah, cukuplah dengan hanya kita malas, sudah menyebabkan kita tergolong dalam golongan yang merosakkan Islam.

Di dalam buku "Ainal Khalal" karangan Dr Yusof al Qaradhawi menukilkan kalam dari Syeikh Jamaluddin al Afghani, beliau berkata :

"Kalaulah jutaan kamu ini adalah lalat yang menghinggapi telinga Inggeris, sudah pasti kamu akan merosakkan telinga-telinga mereka!"

Cukup dengan kita ini hanya kumpulan lalat yang bersatu, kita boleh menghalau penjajah dari negara kita. Lihatlah bagaimana Raja Namrud yang mati dengan hanya seekor nyamuk. Lihatlah bagaimana tentera bergajah Abrahah yang mati disebabkan serangan burung. Lihatlah bagaimana tentera Yakjuj dan Makjuj akan musnah disebabkan serangan wabak.

Cukup dengan kita memainkan peranan sebagai kumpulan lalat.. Kita hari ini bagaimana? Bilangan kita ramai, tetapi kita tidak bersatu..

1. Fikrah tidak satu.. masing-masing membawa agenda masing-masing sambil berkata : "Lantaklah Islam itu berpecah.. Lantaklah Islam itu tak menang.. asalkan kamu bersama kami.." Bukan kerana Allah.

2. Gerak kerja tidak satu.. Jemaah yang kedua sibuk dengan gerak kerja mereka.. "Lantaklah gerak kerja Islam tak selaras (disebabkan perpecahan).. Asalkan kamu bersama kami.. " Bukan kerana Allah.

Adakah matlamat kita "menyeru kepada kami"? Tidak.. Matlamat kita adalah menyeru kepada Allah.

So....apa tunggu lagi. Jalankan tanggungjawab kita!


p/s: kalau aku post 5-10 entri hari ni jangan marah eh. excited nak copy paste entri2 hamba Allah yang best2.

Bait Muslim :)

Haaa...ape senyum senyum? Baru baca tajuk dah senyum. Jangan fikir bukan-bukan. Ikhlaskan niat, lapangkan minda, tenangkan jiwa. Baca bismillah dan teruskan pembacaan.




Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim'? Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya. Pernah dengar?
Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.
Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.
Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.
Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tanga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.
Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.
Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.
Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.
Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.
" Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar"
Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.
Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.
Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.
Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.
Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.
Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?
Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina' Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.
Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.
Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.
Sebab itulah, kata orang, tarbiyah (pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.
Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.
Maka, apa lagi yang kalian tunggu?
Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi.





p/s: artikel ni di copy daripada iluvislam ;)

Luxor: Day 1

Thursday 2 December 2010

"Anteh, berapa hari angah duduk sana nanti?"


"Anteh. nak bawak baju berapa banyak?"


"Anteh, rasa-rasanya perlu ke tak bawak laptop?"

Ok, persoalan yang last tu agak menjengkelkan. Membuktikan aku sangat sayang akan Miss Vaio sampai nak travel pun teringat nak bawak dia =_='. Tapi seriously, kalau dapat update blog setiap hari semasa travel memang best, sebab thoughts & feelings yang datang masa tu sangat best dan fresh. Bila nak buat post setelah dua tiga hari balik dari travel rasa macam perasaan yang dibuat-buat T_T. Tapi tak apalah. Tujuan travel itu untuk relax. Tiada gangguan dari dunia cyber! (ceh....ye2 je)

********************************

Anteh kata Pak Yem decided kami akan pergi ke Luxor menaiki kapal terbang. Ada 3 cara untuk ke Luxor: naik train, cruise atau aeroplane. Untuk menjimatkan masa, kami pilih naik aeroplane. Harga tiket pula pelbagai. Kalau flight time masih gelap, matahari belum keluar, harganya setengah daripada harga tiket waktu siang. Maka kami naik flight yang awal.

Dengan semangat yang berkobar-kobar (aku je kot yang excited), kami bertolak dari ARMA pada pukul 3 pagi. Naik teksi menuju ke airport. Memang style teksi kat sini suka buka tingkap. Dan seperti yang diketahui ramai, driver Mesir memang drive ala2 Fast & Furious. Dah la bukak tingkap, pecut 150 pulak tu, pada pukul 3 pagi di ambang musim sejuk. Perghhh....memang beku terus aku dalam tu. Tak mampu berkata apa-apa. Sejuk bhai! Sampai airport menggigil kesejukan. Toilet mana? Toilet! =_='

Kat airport ada ramai tourists yang beratur nak check-in jugak. Orang Korea, mat saleh, Jepun, semua ada. Urusan check-in kami senang je. Tak ada masalah. Beg entah berapa kilo. Aku tengok orang yang jaga kaunter tu takde lah ambik kisah sangat pasal berat beg. Kalau orang asing, beriya-iya diorang timbang. Ku fikirkan antara sebabnya adalah kerana Pak Yem orang Mesir, jadi semuanya senang. Argh! Diskriminasi! Semua luggage masuk dalam kargo. Habis cerita. Aku hanya membawa beg tangan (ceh....beg tangan!), camera dan novel aA+bB. Ya, setelah berbulan-bulan aku bawa novel tu dari Malaysia, baru aku teragak nak baca. Padahal dah 3-4 orang pinjam novel tu. Bila mereka semua kata "best!", barulah aku rasa excited sikit nak baca. Sikit je.


Sambil tunggu gate dibuka, aku main testing2 camera. Nak buka novel masih tiada mood. Perut pula merengek minta diisi. Dari petang semalam tak isi perut.

"Anteh, lapa lah," aku membuat muka 25 sen. Anteh hulur LE 50. Dengan macho nye aku berjalan menuju ke cafeteria. Sandwich cheese LE 19.90?!! Gila bapak mahal! Kalau buat sendiri, tak sampai pun 2 genih. Ah...beli je lah. Lapar gila kot.

Pukul 5.30 pagi, pesawat SM1505* pun berlepas. Aku dapat seat sebelah tingkap. Masa mula-mula dapat naik kapal terbang dulu, punyalah berebut nak duduk sebelah tingkap. Sekarang rasa macam takde beza pun. Disebabkan malam sebelum flight aku mengerah diri menyiapkan segala kerja dan amanah, maka bila dalam kapal terbang, letak je kepala terus lena. Fuhhh....nikmat dapat tidur. Alhamdulillah!

Entah pukul berapa, aku terjaga disebabkan cahaya matahari memancar melalui tingkap. Aku buka sebelah mata. Subhanallah! Cantik sungguh! Pemandangan di udara semasa matahari terbit. Seriously, lawa gila kentang. Hati tersenyum memuji kebesaranNya. Aku menjeling camera di tangan. Tak larat lah nak ambik gambar. Ngantuk sangat. Sambung tidur. zzzzzzz. RUGI!

Kami tiba di airport Luxor pada pukul 6.50 pagi. Cuaca masih sejuk sebab matahari belum tunjuk taring. Keadaan airport tersebut: luas, sederhana dan nyaman. Keluar sahaja dari pintu airport, nampak 2 orang dikenali dan 2 orang tak dikenali tersenyum menuju ke arah kami. Su'ad (adik Pak Yem) dan Muzdahir. Whoaaa....dah besar lah dia! I almost forgot that he's 4 years old. Ingatkan dah darjah 1 =_='. Lagi sorang tu namanya Fatma, anak buah Pak Yem yang sebaya dengan aku. Berjubah hitam dan bertudung lilit. Lagi sorang jejaka segak bernama Ahmad, pangkat sepupu Pak Yem. Kami semua bersalaman. Budaya mereka, sesama lelaki dan perempuan pun salam jugak. Tiba-tiba aku terfikir...kena salam laga pipi ke dengan Ahmad? Haha. Sengal sebentar. Mana boleh salam! Aku hanya senyum dari jauh, tunduk sedikit macam gaya orang Jepun.


On the way menuju ke kampung Pak Yem yang bernama Zeiniah:

-kat sana, lelaki dan perempuan majoriti berjubah. susah nak jumpa lelaki yang tak pakai jubah.
-kiri kanan jalan penuh dengan ladang, kebun-kebun sayur, pemandangan hijau.
-rumah mereka nampak seperti bangunan yang dibina dengan batu bata kemudian tidak dicat. memang budaya sini tak cat dinding luar kot.
-jalan raya bila dah sampai kat kawasan kampung tu adalah jalan tanah merah. actually, takde lah merah sangat sebab dah berdebu.
-di kiri kanan jalan banyak construction tengah buat. rumah-rumah rakyat kat kawasan pelancongan banyak dipindahkan ke tempat lain.
-di sebalik kabus pagi, di seberang Sungai Nil, nampak Valley of the King (Wadi Al-Muluk). sungguh besar ya Allah.... Ada juga beberapa buah hot air balloon di udara. kata anteh, mat saleh kaya memang suka naik ballon tu.

Tiba di rumah mereka. 3 tingkat sebab Pak Yem 3 beradik. Rumah Su'ad bawah sekali, tingkat 2 rumah Pak Yem manakala tingkat 3 rumah 'ammu Taha, kembar Pak Yem. Style rumah Arab memang luar nampak macam setinggan. Tapi bila masuk dalam....whoaaa!! Kondo weh! Aku tercengang seketika melihat interior design rumah tersebut. Aku kat kampung ke kat kondo mewah nih??


Di tepi rumah mereka ada kawasan. Kawasan yang ada macam-macam. Contohnya oven tanah seperti di atas. Serta kawasan menternak arnab, burung merpati, kambing....ape lagi eh? Macam-macam lah.


Alalala....comelnye arnab tu. Kecik sangat. Baby lagi.


Ini breakfast. Ya, hanya breakfast! Banyak gilo weh T_T. Banyak dan pelbagai. Ada batotis, ful, telur, isy syamsi, tomato, timun, muhallal, gargil. Semuanya Su'ad buat sendiri, termasuk roti. Baru makan sikit dah rasa kenyang. Alhamdulillah....


Selepas kami sarapan, datang seorang kanak-kanak bernama Muhammad. Dia adik kepada Ahmad. Sebaya dengan Muzdahir. Cuba lihat gambar di atas. Ya, mereka sebaya, 4 tahun. Saiz kanak-kanak kampung memang kurus begitu. Mereka sama-sama main bola.

Su'ad tanya aku nak makan apa untuk lunch. Aku tanya what's in the menu? Haaa...takde la camtu sangat. Dia kata ada ayam.....(oh...cantek!), ada burung merpati..... (whoaaa...menarik!), ada arnab....(HAA?!!). ARNAB?! Oh Tuhan...tolonglah jangan suruh aku makan arnab. Aku sangat menyayangi makhluk comel itu. Jangan. Tolong jangan bagi saya makan arnab. Tolong. Tolong.....

Sementara menunggu waktu lunch, masa diisi dengan qadha' tidur. Yelah, kalau tidur tak cukup boleh spoil mood sepanjang hari! Tapi baru beberapa minit lelap mata, terasa macam dah berjam-jam tidur. Pusing kanan, pusing kiri, tak nak tidur lagi. Lalu aku membuang tebiat dengan membaca novel Melayu, aA+bB. Sarah baca novel Melayu! Sila tepuk tangan untuk beliau.

Tengah hari tu kami dihidangkan dengan burung merpati stuffed with nasi, makarona, ayam goreng yang dipotong 1/4 (besar lak aiii....) dan sayur-sayur. Perghhh....tak tau nak kata apa. Kalau space perut ni besar, mungkin mampu nak habiskan. Tapi Allah....terciptanya perut orang Melayu dengan saiz kecil. Makan sikit dah penuh. Tambah-tambah lagi perut aku dah masuk angin akibat seharian tak makan semalam. Padan muka yeay. Tapi beruntung jugak perut masuk angin sebab anteh kata "Anteh ade bawak minyak yu yee cap limau. Kamu nak? Ambik la satu botol,". Wah! Sangat terharu. Dapat minyak yu yee cap limau tuuuu. Jangan jeles. Hehe.

Saki baki hari tersebut aku mendengar cerita tentang family Pak Yem. Mengenal susur galur asal usul mereka semua. Kebetulan ada beberapa orang wanita datang menziarahi rumah tersebut. Katanya nak jumpa Sarah. Fuh...terasa famous seketika. Astaghfirullah....

Mereka ialah Zainab-mak Ahmad, Ni'mah-mak Fatma, dan Wafa'. Ketika itu hanya ada aku dan anteh di tingkat dua. Sebelum mereka masuk ke rumah kami, anteh berkata "Kak ngah, pakai tudung. Diorang ni suka memerhati,". Gulp. Tiba-tiba rasa cuak.

Kami pun bersalaman. Gaya salam mereka agak lain sebab aku tak terkira berapa kali mereka laga pipi. Biasanya kita buat 3 kali je. Kanan kiri kanan. Tapi bila salam dengan mereka jadi kanan kiri kanan kiri kanan kiri, kiri, kiri, kiri kanan kiri...macam kawat pulak. Haha. Takdelah. Pointnye, mereka laga pipi banyak kali. Kami pun berbual-bual, berta'aruf. Actually, aku tak berbual sangat pun. Sekadar senyum manis sepanjang masa. Ada satu part tu, mereka berbual sesama mereka, termasuk Su'ad. Aku sekadar mendengar. Tapi loghat 'ammiah mereka sangat pekat! Sampai satu perkataan pun aku tak dapat faham time tu. Ku rasakan seolah-olah mereka sedang bercakap Bahasa Rusia. Tapi buat-buat faham je lah. Senyum, angguk. Senyum, angguk. Sesekali perut meragam. Angin puting beliung buat hal dalam perut. Terpaksa senyum paksa. Beberapa minit kemudian mereka pun beransur pulang. Diorang jemput aku dan anteh datang rumah mereka. Fuh. Kalau pergi rumah diorang, mesti makan besar punya. Tak dapat bayang.....

Day 1 aku di Luxor sekadar berehat di rumah, main-main dengan arnab, buang tebiat membaca novel, belek-belek camera dan menenteramkan tsunami dalam perut. Tolonglah jangan buat hal esok. Aku nak berjalan....

Sekadar itu saja catatan perjalanan hari pertama. Ketemu lagi di lain hari. Mungkin malam ni aku taip post untuk Day 2. Kalau rajin lah. Daaa~

p/s: baru ku tahu Shadow of the Day itu lagu LP. Patutlah best >_<

Related Posts with Thumbnails