Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Take it easy

Sunday 28 March 2010

TOO LONG TO BE TRUE.

That's the best description for her period of 'reconstruction'. She doesn't even know how many days, or weeks, or months it will take. Every single day, she lives her life trying to find the answer. When the day has come to an end, she always feel another frustration for not being able to change, or at least feel an improvement within herself. She hates to tell others about her problems, complications, difficulties and all sorts of stuffs that keep on bothering her mind. She has a life principle in which she believes she can stand on her feet and God is always there for her. For being able to survive with such principles, little of her friends know what is actually going on with her. The others see her as a cheerful, confident and determined person who seems to have the least problem on earth. For such reason again, it takes so long for her to get up from a fall.

"Get well soon. I can't wait to defeat you in exams. At least in a fair way, 'cos you're sick now. Hope to see the old you!" the words sang in her head days after days. The words were given by her friend and at the same time, foe. He was an old school friend, who had always been her challenger whenever it comes to exams and study. They did very well for high school, that they both got excellent results and deserved to further their studies overseas. Not just them, but several of their friends too. It was a joy to challenge each other and see everyone succeed. It will be even more enjoyable if the tradition is continued up till now, where she fails to challenge, even with her own self. Sighs.

Day by day, her friends continue to excel while she is left far behind. They realize the change in her, but they dare not to ask anything because they believe she is strong enough to survive. At first she slowly struggle to survive, but within months she started to feel exhausted. She started to deny almost all her abilities given by God. She began to refuse taking any responsibility on works and tasks. She tried her best to say 'no' although deep in her heart, she cursed herself for doing so. She loses her confidence slowly and progressively until she feels like she has no more courage to stand on her feet, standing in line with her friends, succeeding with them. But still, her close friends never leave her behind.

"It's not always necessary to get up after falling. The best way one can do is to wait and observe for the best opportunity and the right time to get up again and be a better person," said one of her dearest friends, Hani. Those words touched her heart deeply that they meant so much to her and gave her hope to continue surviving. At least, there's still hope and light for her.

Then came the song which reminded her of her past times, of her great times, of the times when there were always smile and spirit on her face. 'YOU RAISE ME UP'. Achik, one of her dearest friends sent her that song, to add up some more hopes for her. She read the lyrics slowly, trying to get the feeling of hope and strength. It was one of the songs she used to listen to years ago, whenever hard times came her way. Yet she survived the hard times successfully. Now she knows, it is the time to survive again, with even greater success.

"I've been through those days too. You need some time to think. Think deeply. Give yourself some time," said the same friend who was still waiting for her challenge. Now he knows her state of reconstruction. Yet he still gives her the 'words of challenge' to chill her up. To keep her on track, not to lose hope. "You are better than me,". The words she can never and will never forget, given by the smartest friend she has ever had. She tried hard to admit his statement and deep in her heart, she believed it's always true.

Just some more time to think, observe and take action.



Hari untuk terharu~

Saturday 27 March 2010

Semalam telah berlangsungnya Cairo Sports Day (CSD) yang menggabungkan 3 buah universiti terkemuka di Cairo: Cairo U, Ain Shams U (ASU) dan Al-Azhar U. Aku tabik 10 kali kepada PERUBATAN kerana menganjurkan event ni. Even though pada awalnya aku langsung tak berminat nak participate, tapi hasil paksaan Diba dan Yat membuatkan aku menerima permintaan mereka mintak aku jadi reserve untuk netball. Netball? Yeah...it doesn't really suit me. Too many rules. Lari sikit...priiiiit! Lari lagi...priiiit! Urghhh. Main badminton lagi best. Anyway, ku terima jua ajakan mereka and there I was, yesterday morning, coming as early as I could to show semangat! Haha. Like the saying goes: belum buat memang rasa tak nak buat. tapi once dah try, kita akan rasa syok dan buat dengan semangat.

Apa yang mengharukan ialah....aku realize banyak benda menarik tentang warga ASU semalam. Memang terealiasasilah moto "Where our tears and cheers become one'. Senior dan junior, semuanya bersatu hati. Tambah2 pulak ada pasukan cheerleader yang saaaaangat2 membantu menaikkan semangat. They cheered sampai hilang2 suara, haha.



Semalam turut menyaksikan aku buat pertama kalinya dapat main basketball. Oppss...bukan takat main. Siap lawan lagi! Perghh...tak boleh blah betul time tu. Jantung rasa nak gugur bila Ain tunjuk arah aku time diorang tengah cari pemain tambahan untuk team basketball ASU. Gulp! Jantung berdegup laju. Apsal la aku pulak yang kena main?? Dah la tak penah main basketball. Arghh....bantai je la.

Ya, benar aku memang tak berapa suka main netball kerana rules yang terlalu banyak (atau mungkin sebab aku takde skill pun main tu, huhu), TAPI main basketball ni sangat lah.....MELETIHKAN, tambah2 lagi untuk mereka2 yang baru terjun ke dalam bidang ini. Time main semalam rasanya, banyak je probability aku tercampur rules main netball dengan basketball. Maybe sebab tu kami kalah kot, huhu. But hey, I'm grateful for the priceless opportunity.


Kanak2 Sabah sangat cergas dan aktif main basketball dan netball. Aku ternganga tengok junior tahun 1 main netball semalam. Rasa macam tengok movie pulak. Begitu juga team B netball ASU yang terdiri daripada kanak2 tahun 2. They rock! Aku bangga gila tengok diorang main. Yeah, aku setakat sokong di luar gelanggang boleh la. Kalau suruh masuk main, maun lari balik rumah. Gagaga.

Belum pun sempat nak tengok acara sukaneka, dah kena balik rumah negeri sebab ade perjumpaan dengan pegawai. Kalau ikutkan hati dan semangat kesukanan, nak je aku stay kat CSD sampai petang. Tak payah balik RNSK, huhu. Tapi nasib baik aku join perjumpaan tu. Sebab banyak jugak perkara yang mengharukan berlaku.


Pertama dan selamanya of course la aku terharu sebab semua students medic N9 dikumpulkan time perjumpaan tersebut. Although ada beberapa orang yang takde like Munzir n Alep (maybe diorang jadi atlet harapan ASU kat CSD), tapi majoriti hadir. Tahun 1, 2 dan 3 semua dikumpulkan. Susah wooo kami nak kumpul ramai2 macam tu. Dah la masing2 menetap di kediaman yang berasingan. Kat kuliah pun tak selalu dapat jumpa, dan kalau jumpa pun, takat sempat senyum kambing je.

Keduanya sebab senior kami, Hazim mengutarakan isu yang dah lama ku cita2kan untuk diutarakan tapi tiada kekuatan untuk berbuat demikian. Bukan apa, terlalu nak jaga hati semua pihak, maka aku diamkan dahulu perkara tersebut. Namun semalam, memandangkan pegawai buat perjumpaan sesama kami, pelajar perubatan, itulah masa yang dikira paling sesuai untuk menegakkan kebenaran. Kredits to Dr Hazim! Aku pun angguk kepala bagai nak rak la tanda menyokong penyataan beliau, haha. Nak bagi pegawai convinced. Ya Allah....semoga cepat settle hal ni.


Yang ketiganya, time dah habis perjumpaan tu, we (medic N9) got to ride in tremco together!! Haha. Aku tau sounds a bit stupid, but hey...mane penah kami semua naik tremco sama2. Sweet tau. Thanks to pegawai yang support tremco tu.



Lastly, malam tadi aku terima satu call daripada seorang ustaz. Tuan kepada kucing kelabu yang ingin ku beli tu rupanya. Dia tanya aku nak kucing yang mana? Aku jawab la yang kelabu, paling comel di Mesir tu. Dia jawab "Oh yang itu. Maaf, sudah diambil orang....". Aku terkedu. Terdiam dalam beberapa saat. Sudah diambil orang??? And hey, guess what? Orang tu beli dengan harga LE 800!!!! Ohoho...tak mampu aku de. Maka serentak dengan itu, ku batalkan niat untuk membela kucing Parsi. Sob3....



Baik aku bela diri sendiri baik2 (bak kata ibu, huhu). Kesimpulannya, semalam memang hari yang mengharukan, kecuali part yang kucing tu. Tapi aku tahu, aku tidak layak untuk menjaganya. Biarlah dia bersama tuannya. Sayonara kitty dear~




Missing you

Thursday 25 March 2010

Dah setahun lebih aku mengidam/berniat/berangan nak bela kucing kat sini. Tahun lepas memang terpaksa ditangguhkan niat suci murni itu sebab aku menetap di Rumah Negeri. Memang tak boleh la nak bela2 makhluk lain selain manusia kat bangunan tu (walaupun hakikatnya lipas lagi banyak dari orang, huh! Tikus pun same :P).

Keinginan mula terbit dalam hati apabila Kak Yana bawak aku pegi rumah pegawai Pahang tahun lepas. Diorang ade bela kucing bernama Messi. Comel, kembang bulu dia. Tapi comel lagi Olivia kat rumah di Malaysia :). Tengok Messi melompat sana, melompat sini. Gurau2 dengan tuan dia, panjat kerusi....buat aku rasa rindu kat segerombolan kucing kesayangan di rumah.

Inilah Oli! Rinduuuuuu sangat3 kat Oli nih. Nama sebenar dia: Olivia Newton John. Apesal nama glamour sangat? Ask my dad. He named her, haha. Masa muda remaja, Oli sangat manja, lincah, cergas dan patuh (agak la...). Tapi bila dah banyak kali melahirkan keturunan, Oli makin lama kelihatan makin uzur. Orang ajak main pun buat muka bosan je. Hidupnya lebih ditumpukan buat anak2nya yang tersayang. Yang bestnye Oli ni, dia sangat fotogenik. Gamba2 dia semua cantik. Kalau publish dalam internet memang confirm ade orang datang rumah culik dia. Betul, dia sangat jelita. Kali ni aku berani nak post gambar dia sebab...Oli dah hilang. Huaaaa.....sedihnye hati tatkala pulang ke tanah air, bajet Oli lari2 depan pintu sambut kepulangan aku, tapi ayah bagitau, Oli baru je hilang beberapa hari sebelum aku sampai. Sampainya hatimu Oli. Tak tunggu aku balik dulu. Aku tau, kamu sangat rindu kat aku. Sebab tu ko pergi membawa diri, kan?kan?? Tapi takpelah, aku redho je.


Ini Amang, salah seekor anak Olivia. Dia ni aku pun tak sure set nombor berapa. Olivia banyak sangat anak dia. Tapi sayang, tak semua survive. Ibu kata "Olivia ni muda sangat dah ada anak. Tak pandai jaga anak,". Hihi. Betul jugak tu. Tengok dia menyusukan anak2 dia pun macam kekok je. Amang ni bukan nama sebenar dia. Time tu, kami dah tak tau nak letak nama apa, sebab banyak sangat kucing yang dah ada, dan nama2 best semua dah diguna pakai. Time lahir, Amang ni muka dia macam chipmunk. Yang macam cite kartun Chip N Dale tuh... So, ayah (ayah memang pakar dalam bab2 bagi nama kucing, huhu) pun bagila name dia Chipmunk. Lama2 kami panggil dia Amang. Masa aku nak fly ke Mesir dulu, Amang masih kanak2. Kategori infant lagi. Sayu je hati nak tinggalkan Amang. Tak sempat berkenalan dengan lebih rapat lagi. Beberapa hari sebelum aku pulang ke Malaysia, dapat berita yang Amang mati kena langgar. Sob2...Sadis sungguh berita itu. Time tu dia dah besar, suka main at jalan raya. Selamat tinggal Amang.



Kucing2 kat rumah semuanya berasal dari keturunan yang sama. It's a nice story, though. Of their susur galur asal usul keturunan. Nenek sedara belah ayah, whom we call Wan Induk suka sangat bela kucing. Dulu2, dia ada bela beberapa ekor kucing Parsi. Tak sure sama ada dia beli atau orang bagi. Dia pakar sangat bab2 jaga kucing ni. Maka, besarlah keluarga kucing itu jadinya. Dan Wan Induk pun tak larat nak jaga semua memandangkan banyak kos dan kerja nak kena buat. Kalau tak jaga dengan elok, berdosa pulak kan. So, family belah ayah yang memang sangat suka kucing ni ambik la satu kucing sorang. Macam2 warna ada time tu. Kami dapat warna kelabu. Diberi nama Paloma. Sebab time tu tengah top cite telenovela Rosalinda, hehe. Dari Paloma lah lahirnya keturunan2 yang lain sehinggalah Olivia. Mak teh, Mak Ngah Liza dan mak cik serta pak cik lain pun ada bela keturunan suku sakat Paloma. Kiranya, family belah ayah bela kucing yang ada darah daging. Haha...sweet kan? Dan mereka semuanya comel sangat2. Bulu kembang, manja, pandai main, borak pun pandai.

That's why aku sangat rindu kat mereka dan kalau boleh, nak bela kucing kat sini. Kalau start bela skarang, sampai tahun 6 nanti, mesti dah ade family kucing tu nanti :).



Kucing ni ade sorang ustaz offer nak jual kat aku. Comel kan?Comel kan? Look at her fur. Oh yes, ini kucing betina :). Tapi kan....mahalnye lah harga kucing ni. Separuh kos sara hidup aku sebulan. Huhh...berpeluh bila pikir2 balik. Aduiii. Ustaz, bagi free je tak boleh ke? At least aku tolong jaga dia ;).




Misi Istanbul: Day 1-Teluk Basfur

Monday 22 March 2010

Dengan semangat mentibang yang bergelora dalam jiwa masing-masing, kami semua bangun awal pada keesokan harinya, iaitu hari pertama di kota Istanbul. Tentatif (ceh...ade tentatif) pada hari tersebut berupa naik kapal besar ronda-ronda sekitar Teluk Basfur. Free of charge sebab pihak travel agency murah hati dengan kami yang comel-comel (heh?). Takdelah. Itu semua kira hadiah sebab ambik diorang sebagai travel agent.


Haaa...tau tak gamba atas tu ape? Merupakan sarapan kami untuk 5 hari berturut-turut! Hooo yeah! Semua orang 'seronok'. Gagaga. Anyway, sistem hotel di Eropah memang diorang serve sarapan SAHAJA. Cute kan? Lupe nak bagitau. Istanbul terbahagi 2. Separuh Eropah, separuh Asia. Hotel yang kami duduk tu di kawasan Eropah. Bak kata kawan-kawan, "Kite duk Eropah weii!". Haha...tepat sekali. Tercalit sedikit perasaan bangga. Istighfar.....


Pagi tu, on the way nak pegi bas, sempat snap gamba 'ammu ni tengah potong roti canai (atau dalam bahasa mesirnye: fatirah). Dalam bahasa turki tak sempat nak tanye. Boleh tahan sedap la fatirah dia. Kaya dengan mentega dan lemak berkrim disukai ramai. Harga paling murah: 3 Lira. Oh ye. Tahukah anda, mata wang Turki bernama Lira dan 1 Lira=RM 3=LE 5. Maka, harga fatirah di atas ialah LE 15!! Boleh makan besar kat Arabiata! Huhh...tapi itulah hakikatnya. Dah pegi kawasan Eropah, budget kena Eropah la jugak. Takkan budget pun kira macam Mesir kan. Maka sepanjang 5 hari 5 malam di sana, kami kurangkan hobi mengconvert duit ke dalam mata wang Mesir, kerana ditakuti kami tak makan apa-apa langsung, huhu.


Pemandangan dari luar hotel pada waktu pagi. Note: Orang Turki memang keluar awal-awal pagi. Soooo not like Mesir. Syabas kepada mereka. Berpagi-pagian itu kan baik.


Gambar yang di snap time on the way menuju pelabuhan di mana terletaknya kapal besar. Tengok pokok tu. Mesti dapat agak macam mana cuaca time tu kan? Yup, sungguh berangin + sejuk bangat sih! Begitulah kiranya cuaca di Istanbul sepanjang keberadaan kami di sana.


Keadaan jalan raya. Hmmm ada cerita menarik tentang jalan raya. Kami yang dah terbiasa dengan sistem Mesir yang traffic lightnye tak pernah nak berfungsi, mengamalkan skill melintas jalan ala2 'kamikaze'. Ditakdirkan kami tidak sedar yang traffic light kat Turki tu berfungsi sepenuhnya dan sangat dipatuhi oleh rakyat Turki. Maka....1st day buat perangai lintas jalan ala kamikaze kena HON kuat2 oleh pemandu2 Turki yang hairan dengan perangai buruk kami. Adoiyaii. Malu sungguh time tu. Kalau kat Mesir, benda tu dah jadi budaya. Kat Turki, benda tu 'aib kabiiiir! Allah.... Sumpah tak buat lagi dah lepas tu.


Ini dia. Kapal yang membawa kami menjelajahi Teluk Basfur.

Antara view menarik yang di snap sepanjang penjelajahan. Cantik wooo. Sangat cantik! Tak terungkap oleh kata-kata.


Guess what? That is a university!! Dasat, huh. Universiti di tepi laut. Perghh...kalau Ain Shams camni, confirm takde siapa tidur dalam kelas, ngeh3.



Muka bahagia + tahan sejuk. Kira-kira sejam berada di atas kapal, muscles mula menunjukkan tanda2 nak kejang disebabkan kesejukan tahap melampau. Serious, bukan angan2.


Kanak-kanak riang yang kesejukan tapi tetap excited!


Ini kubu ape entah. Aku pun tak berapa nak ingat time Ayman (our tourist guide) bagi penerangan. Time tu aku busy menghayati keindahan ciptaan Tuhan (ceh...).


Masakan cuaca tidak mendung. Mataharinya malu-malu nak keluar.


Mereka kata "Ini macam gambar tipu!". Tapi ini gambar benar. Aku tak main la edit2 gambar, hehe.


Ooo...macam ni rupanya view dalam kawasan pengemudian kapal besau ni.

Konklusi daripada penjelajahan Teluk Basfur: Sangat best hingga tersimpan cita-cita untuk membawa ibu. ayah and Aiman ke sini suatu hari nanti. Juga honeymoon di sini.

Misi Istanbul

Setelah sebulan lebih 'pending', maka malam ni aku usahakan jugak tulis post pasal Istanbul. Khas untuk keluarga dan kawan-kawan tersayang. Tapi sikit-sikit la ye korang. Tak dapek nak buat semua sekaligus. Plan aku untuk post Istanbul: biarlah foto-foto yang menceritakan kronologi perjalanan (ececey...), tapi aku tambah la sedikit sebanyak agar tiada antara readers yang banyak bermonolog dalam hati "ni gamba ape? ni ape? ni kat mane?".

Baiklah. Dari mana nak mula ye? Perjalanan kami bermula dari ARMA-->airport Cairo--->airport Sabiha Gokcen. Haa...macam tulah secara ringkasnya. Kami sampai waktu tu dah malam. Berkenaan airport Sabiha Gokcen, sunyi, lapang. Tak macam airport Cairo yang hectic. Hairan jugak masa mula-mula sampai. Sunyinye airport ni.

Berlepas ke Istanbul~


Dalam flight, I sat next to Ayu. Belakang tu Fatin :)


Makanan yang diorang serve dalam flight. Boleh tahan la. Kalau makan habiskan semua, boleh jadi senak. Actually, aku tak tau macam mana nak makan luncheon tu, huhu. Ayu yang ajar. Sedap2!


Sabiha Gokcen airport. Lapang ek? Tiada hiruk pikuk >.<


Inilah sebahagian daripada ahli-ahli kontinjen Ain Shams yang didatangkan khas dari Cairo bagi ekspedisi menjelajah Istanbul.

Malam kami sampai tu sedang hujan renyai-renyai. Renyainye hujan tersebut, andainya terkena kulit rasa macam kena renjis dengan air batu. Giler bapak sejuk! Dan apabila keluar dari airport, kami main hembus-hembus nafas sebab takjub tiap kali bercakap je, mesti keluar wap putih kepul-kepul dari mulut.

Kemudian terus naik bas travel menuju ke hotel. Lalu kat highway, sambil mata liar memerhati suasana di luar. Guess what?? Macam Malaysia!! Semua orang pun excited, huhu. Jalan raya, papan tanda, panorama bagaikan Malaysia. Oh...terasa rindu time tu. Terasa tenang pun ade jugak.

Beberapa ketika sebelum sampai ke hotel, nampak rumah-rumah kedai dan bangunan-bangunan banyak. Hairan. Jalan raya lapang je. Kiri kanan jalan pun tak ramai orang. Mereka mengamalkan gaya hidup tidak keluar malamkah? Bagusnye.

Dan kami tiba di Hotel Kafkasya, terletak di kawasan Aksaray (pronounce: Aksarai).


H.A.T.I

Semalam sibuk betul semua orang memperkatakan kekalahan Liverpool. Match against team mane, aku pun tak sure. Mane ade tengok bola kat sini. Study, study, huhu.

Hari ni pulak, kami sambung belajar topic LIVER dalam prelab. For the first time, dapat lah tengok organ liver tu dari jarak dekat dan secara live! Mula-mula doctor tunjuk liver yang biasa, then dia terangkan structure this and that, which we already know and revised soooo many times (cool...hehe). After finishing all the structures, doctor tukar dengan liver yang lain, which is like 3 times BIGGER than the previous one. We were like..."whoaaa!" coz yeah, it's so big!


We thought the first one was a baby's liver, and this one belongs to an adult. Tapi doctor yang menyedari riak wajah kami yang tersangat impressed cepat-cepat bagitau "This is not a normal liver. It's HEPATOMEGALY". Oh right. That explains all. Heee~

That pic shows mostly the posterior part of the liver. Comel tak liver kita semua? Thank You ALLAH kerana mengurniakan manusia sebuah liver yang sangat penting untuk kehidupan.


Never say goodbye~

Wednesday 17 March 2010

Seperti biasa, balik dari kuliah petang2 mesti termengah2 bila sampai rumah. Naik tangga sampai tingkat 4 je pun, huhu. Tapi hari ni lain macam rasanya kemengahan itu disebabkan berlari pecut dari Villa (tenpat turun tremco) hingga ke RNSK. Semuanya gara2 dah azan maghrib time tu. Asalnya, kuliah habis 4.30, tapi pegi uruskan hal 'rumah baru' hehe. Kalau ustaz Kelantan nampak aku jalan lenggang kangkung time2 dah azan maghrib, memang kena sound la. Takpe ustaz, ana nak pindah Abbasiyah dah. Nanti, ana nak balik seminit sebelum azan pun takde masalah :). Ni semua buat aku tak sabar nak pindah. Eishhh...tak baik, tak baik.

Masuk2 je rumah, nampak hidangan makan malam dah tersedia atas meja. Macam biase la, ahli beitku di 4B memang cekap bab2 makan ni. Tak penah lewat seminit. Tapi tadi makanan tu semua tertutup rapi, seolah2 dapat kujangka ianya adalah surprise, hehe. Aku pun buat2 tak tahu je la (padahal perut yang tadinya nyanyi lagu balada, dah betukar kepada rock kapak). Selesai solat maghrib, kami makan beramai2....makan NASI AYAM! Whoaa...terharunye aku. Bagai orang lapar dihulurkan nasi ayam...haa camtulah perumpamaannya. Sambil2 makan, aku curi la peluang seminit dua merenung sorang demi sorang wajah ahli beit kesayanganku. Waduh2...terbit saja perasaan sebak itu, huhu. Tapi aku biase la, muka sentiasa maintain macho. Padahal time Kak Ros suruh baca doa makan tadi pun, suara dah menggigil sebak, haha.

"Sarah, kat sane nanti jangan tak lalu makan pulak," kata Kak Zah berjenaka.

Aku hanya mampu tersenyum. Kebiasaannya, kalau diorang dah start buat lawak santai makan malam, aku akan sambung dengan lawak2 berkaitan sampailah ada yang suruh berhenti, sebab dah tak tahan. Tapi tadi aku senyum je, tak balas apa2. Macam blank pulak otak. Mungkin sebab khusyu' sangat makan nasi ayam tu.

Selesai makan, yang lain2 seperti biasa, masuk ke bilik masing2. Tinggallah aku bersama Kak Ros dan Kak Zah di ruang tamu, berbual2 mesra. "Sarah kenapa sebenarnya nak pindah?" tanya Kak Ros sambil tersengih2. Aiseh...beratnye nak jawab soalan tu. Tapi dengan Kak Ros dan Kak Zah, aku selesa nak berbicara. So, ape lagi keluar la asbab itu dan ini. Mereka mendengar dengan khusyu' sambil sesekali mengangguk2 setuju. Selepas azan Isyak, kami bersurai memandangkan terdapat beberapa urusan yang perlu aku selesaikan. Dengan pantas jari-jemari ini menaip surat perletakan jawatan untuk diserahkan kepada Ustaz Bad pada esok hari. Berpusing gak kepala nak mengayat, huhu. Dah lama tak buat surat rasmi.

Tengah syok2 taip, tetiba hati rasa sayu. Ntah kenapa la agaknya. Tapi aku perlu laksanakannya juga, hehe. Selesai menaip, aku bergegas ke Tawheed wan Nour di 'Abbas Aqqad untuk membeli beberapa lagi perabot. Kurang dari sejam, pulang semula ke RNSK untuk meneruskan kerja2 packing barang yang ntah baru berapa peratus je siap. Kirenye minggu ni memang marathon la buat keje non-stop. Satu rekod dalam hidupku! Haha. Tapi tiba time pancit, memang pancit habis ;). Ditengah2 kesibukan mengemas, tiba2 teringat yang aku belum bagitau Ustaz Naim aku nak letak jawatan. Adehh...camne la boleh lupa. Dah la dia ketua unit. Bak kata Asu, bagilah tau Ustaz Naim, kang kocik plak hati eh. Maka sepantas kilat aku menelefon ketua dan memberitahu perihal sebenar. Terima kasih kepada ustaz atas segala tunjuk ajar. Maaf atas segala salah silap, kekurangan, kemalasan, kelewatan saya dalam membuat kerja.

Tik...tok...tik..tok...masa terus berlalu. Aku masih terkial2 mengemas baju, buku dan sebagainya. Rasa macam sayu je nak tinggalkan Sabi'. Sebab kat sini ada macam2 yang tak boleh dapat kat tempat lain:



Ada pegawai dan isterinya (ayah n ibu) yang baik hati. Dan rumah mereka yang lawa :)


Ada kakak2 yang pandai dan rajin buat kuih. Aku tukang makan je, hihi.




Puding2 yang sedap, hasil air tangan ibu RNSK :)


Kuih lagi....

Gamba makanan je aku letak. Sebab kat sini, makan memang best! Tambah2 lagi kalau ade program kat musolla. Memang time makan la yang ditunggu2. Ustaz2 masak sume sedap2 belaka + pedas. Memang syok habis. Hujung bulan pulak ade sambutan Sanah Helwa beserta 2 biji kek hasil buatan tangan anak2 N9. Whoaaa...tak sabar nak tunggu bulan 5. Aku mesti balik!

Nota jari kaki

Tuesday 16 March 2010

Bestnye kalau ibu & ayah ada kat sini, teman pegi beli barang2 untuk rumah baru. Ibu boleh tolong bajetkan duit. Ayah pulak boleh tolong cadangkan barang nak beli dan tolong angkat sekali.

Bestnye kalau ibu & ayah ada kat sini. Ayah boleh tolong bawakkan kereta, pegi kedai perabot. Nak pegi banyak2 kedai pun takpe. Takdelah tersekat dalam zahmah sampai terlena dalam bas yang sesak. Ibu boleh teman pegi tengok barang2 sambil nasihat pasal kewangan. Takdelah terlebih atau terkurang bajet.

Bestnye kalau ibu & ayah ada kat sini. Mereka boleh masuk dan tengok rumah tu nanti. Pastu ayah boleh cadangkan design bilik paling cantik & selesa. Ibu boleh tolong masak makanan kegemaran (rindunye....).

Bestnye....bestnye...bestnye....

Dah la Sarah. Get into reality. Anggap semuanya pengalaman untuk mematangkan diri. Allah sentiasa ada bersama. Tak perlu susah hati. SMILE!!! :)

Exciting week ^_^

Monday 15 March 2010

Minggu ni menghadirkan 1001 senyuman dalam hidup aku (mungkin juga kami, students Ain Shams atau perubatan). Macam2 events yangsedang berlangsung dan akan berlangsung dan kesemuanya exciting.

1. L.I.F.E - Ntah kenape la aku yang excited sangat pasal program ni. Sedangkan, program ni untuk tahun 1 je, kui3. Maybe sebab tahun lepas aku tak sempat join siri 2 punye kot atas sebab2 tertentu. Kali ni program buat kat Ain Shams Univ. (ASU), so terasa honoured la buat kat U sendiri. Thanks PERUBATAN! Tapi almalangnye sekali, tak ramai junior ASU yang turun padang menjayakan program ilmiah ni. Kenapa dan mengapa? Tak kuasa nak tanye. Bersyukur dapat jadi fasi untuk program ni. Kalau tak, takde peluang la nak skodeng program ni :). Sepanjang program tu aku nampak kebanyakan AJK pelaksana terdiri daripada students Cairo U dan Al-Azhar. Sekali lagi diri ini bertanya....di mana students ASU?? Haiihhh....

2. Medicophilic Week - Syoknye! Syoknye! Syoknye! Tu je dapat aku gambarkan untuk program yang ni. Sedang berlangsung dalam minggu ni. Kuiz, pertandingan tulis artikel, debate dan macam2 lagi. Bestkan? Tak rase ke macam kat sekolah dulu? Waahh...rinduku pada SMKA SHAMS. Dalam pada berasa syok dengan program ni, satu pertandingan pun aku tak join =(. Mula2 dah bersemangat nak join debate. Tapi banyak pulak aral yang melintang pukangkan keadaan. Kalau tak dapat nak praktis, baik takyah masuk, kan? Buat kecewa penuntut ASU je nanti, huhu. Pastu ingat nak tulis artikel English, saje nak test power. Dulu kat sekolah rajin nak perticipate sebab idea melimpah ruah. Sekarang ni, idea ade la melimpah sikit tapi sekadar melimpah di otak, tak sempat di pindahkan ke kertas. Busy kot.....

3. Cairo Sport's Day - Rasa macam baru semalam dengar berita team Futsal Ain Shams jadi juara lawan antara 3 universiti. Tengok2 tak lama lagi bakal berlangsung temasya sukan lagi. Whoaaa...how exciting is that?? Bagi penggemar sukan, pejuang sukan, atlet dan peminat sukan, ini bagaikan peluang keemasan. Busy semua orang tanya sesama sendiri nak masuk acara apa. Di satu sudut, aku memerhatikan gelagat mereka tanpa mendekati sesiapa. Takut kena ajak masuk. Aku ni kalau dah diajak, susah nak tolak. Tapi memang tak pasang niat nak join untuk kali ni. Aku nak main badminton, tapi tak penah wujud pulak acara tu kat sini. Time kelas praktikal Histo diorang sebar2kan acara sukaneka. Macam menarik! Sebab 2 daripada 5 acaranya involve makan buah-buahan, haha. Bukan senang nak dapat makan apple kat sini. Mahal wooo. Dapat masuk acara makan epal ok gak ;).



4. Gala Busana Muslimah - Sekali dengar macam menarik. Macam ade fashion show, huhu. Tapi yang pastinya, it's even more menarik than that. Tak sabar nak masuk pertandingan video iklan kempen TUTUP AURAT (oh Sarah...jangan berangan je, mesti bertindak!). Dua hari lepas Yat ade passing kertas untuk sesiapa yang berminat nak join persembahan time program tu nanti. Ade 2 persembahan: Silat dan Taekwondo. Haaa??! Taekwondo?! Rase nak pengsan time tau pasal tu. Wuaaaa...rindunye nak bertaekwondo! Ape lagi...cepat2 la tulis nama, haha.



5. Kelab Sukan - Beberapa hari lepas jugak diorang ade passing kertas iklan tentang kelab sukan yang bakal diwujudkan. Satu persatu aku meneliti: Futsal, Bola jaring, Renang, Skuasy, Gimnasium....dan beberapa lagi. Alaaa...taekwondo takde ke? Kick-boxing ke. Atau badminton ke. Chess ke. Eh...jap. Chess tu sukan ke? Sukan untuk otak kot. Tapi aku tetap nak taekwondo. Dah lama tawaqquf ni. Sejak naik Form 5, memang tak penah sambung langsung. Haha...mesti dah keras muscles of lower limb ni. Mampukah aku membuat chopping kick dengan mudah, tanpa perlu menderita kesakitan otot selama seminggu?? Haha. Nak jugak taekwondo! Antara obsesi ku selain photography dan kucing ialah taekwondo. Sudah setahun berharap agar dapat masuk kelas taekwondo kat bumi barakah ni. Bila ye agaknye??



Kalau tak dapat taekwondo, kelab memanah pun ok jugak. Tak pernah pegang busur panah tu secara real, melainkan dalam game komputer.



Kesimpulannya, minggu ini memang best! Aku tengok sume orang pun muka berseri je dalam kelas tadi, until.....kami menerima berita 'baik' bahawa FINAL EXAM AKAN START 24 JUNE DAN DIJANGKA HABIS 22 JULY 2010! ..................(aku speechless).

The story of hormone

Sunday 14 March 2010

How do you feel today?
Happy?
Sad?
Frustrated?
Depressed?
Sleepy?
Blame them all to the hormones!!

Masuk hari ni, dah 2 hari berturut2 aku berjaya mengawal kelopak mata daripada digayuti oleh syaitan durjana. Seronok weyh dapat dengar lecture dari awal sampai akhir. Terasa macam kat sekolah dulu. Rasa macam hidup ini berwajah baru (cehh...). Alhamdulillah, syukur sangat2. Siap call ibu bagitau tak tido dalam kelas, huhu. Satu rekod yang harus dikekalkan sampai akhir hayat. Aku mampu!

Masuk hari ni jugak, dah 2 hari kami belajar tajuk baru: ENDOCRINE SYSTEM. Adakah ketidaktiduranku di kelas disebabkan topik ini? Tidak...tidak mungkin. Aku juga tidak tidur time Biochemistry dan Histology. Juga rekod yang membanggakan, ngeh3. Dr. Ibtisam memulakan lecture Endocrine System dengan general view of that topic, which makes me soooo grateful to Allah sebab...hanya dengan beginning with general view je yang akan menyebabkan aku tertarik dengan sesuatu topik. Maka konklusinya, a bouquet of thanks to Dr. Ibtisam kerana membantu menaikkan enthusiasm aku untuk meneruskan perjuangan ini.


-Happy sebab berjaya berjaga sepanjang lecture. Juga dapat survey furniture. Juga dapat call ibu :). Juga dapat berangan2 nak bela kucing kat rumah baru nanti. Juga markah Histo mengubati retak di hati dek kerana Biochemistry-



-Sedih? Tiada sebab untuk sedih hari ini-



-Frustrated? Juga tiada. Oh...mungkin ada sedikit. Kerana tidak menepati janji. Sarah...sarah...jangan berani untuk berjanji kalau tak mampu tunaikan janji. Tapi terima kasih sahabat2 yang masih sabar dan bertolak ansur. Allah...kurniakan kekuatan untuk aku menunaikan tanggungjawab ini-


p/s: Subuh makin awal skarang. Kalau set alarm 4.30, jangan harap dapat tahajjud. Oh biological clock, berubahlah!

Death note

Saturday 13 March 2010

Do you believe there's such thing as death note? Well then if there really is, death note, nobody will end his or her life in such an unwanted way. Put that phenomenal movie (Death Note) aside for a while. Let's think logically. If anyone, no matter who he or she is, has the ability to know when he'll die even at least a few seconds before it happens, then he'll be able to escape from it right? Or maybe he can plan to die in the way he wished to die. Like dying while praying, or while performing hajj in Makkah. But obviously, there's no such ability given to human because only Allah knows the secret behind every death.




Bersedialah untuk mati, kerana mati ada di mana-mana. Di dalam masjid, di dalam rumah, di kedai, di pasar, di jalan raya.....di mana-mana sahaja, kematian sentiasa ada tanpa kita sedari. Di sinilah datangnya logik bagi "Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati". Mari bersedia menghadapinya. Mari kurangkan berbuat dosa. Mari sentiasa muhasabah diri.



Ya Allah, kurniakan kami husnul khotimah. Amiiiin~

Jangan menggelabah

Thursday 11 March 2010

MEDICOPHILIC WEEK~

Akan ku ingat nama itu selama yang boleh.

"Sarah, nak join tak debate nanti?" tanya Diana dengan tenang lepas habis class beberapa hari yang lalu.
Aku yang tengah syok berangan tiba2 tersentak mendengar pertanyaannya. Debate??? Ohoho... Wrong number, sila cari orang lain. Serta merta muka terasa seperti pucat lesi, satu badan rasa seram sejuk. Benarkah apa yang aku dengar?

"Err...ok. Akan dipertimbangkan," rasa macam diawang-awangan.

Balik je rumah, sign in FB, ternampak post Farah tentang debate juga. Haishh...apasal sume orang cakap pasal debate je ni? Did I miss something? Oh....sempena Medicophilic Week rupanya. Ok, sangat menarik. Susah nak jumpa English debate kat sini. Terkenang zaman2 kegemilangan menceburkan diri dalam English debate. Ada suka, ada duka. Tapi konklusinya bahagia dapat pengalaman berharga (apesal ayat mcm rhyme je?? haha...).

NO.

Itulah jawapan awal yang terbit dalam pemikiran aku. Bagi pelawaan Diana, mahupun Farah. Aku nggak bisa masuk pertandingan itu....jawapanku untuk Inn.

Kenapa dan mengapa??? Bertalu2 soalan itu menghujani diri ini. Tak mahu beri 1001 alasan, tapi aku tidak mahu join. Namun orang lain masih memerlukan alasan kukuh kenapa aku tak nak join. Is it because of the great M? (malas). Sudah tentu tidak. Boleh blah la sape yang tarik diri sebab malas. Sesungguhnya, aku pernah hampir2 bersumpah (ntah2 memang dah bersumpah betul2 kot....) dalam diri, bahawa aku tak akan lagi berdebat di bumi Mesir ini. Atas sebab apa? Semuanya gara2....

1. 'Debaters are liars'. Aku tak ingat siapa insan yang memperkenalkan quote ni kat aku. Mungkin jugak menerusi movie aku tau pasal quote ni. Bukan nak kata ape, tapi ada kebenarannya. Dan aku bukan di sini nak menuduh sume debaters itu penipu, tapi paham2 je lah sape2 yang rasa memang seperti itu.




Alkisahnya, aku mula berjinak2 dalam arena perdebatan Bahasa Inggeris ni since Form 3. Tiada langsung pengalaman menarik sebelum tu. Naik je Form 3, tiba2 teacher suruh masuk English debate. Time tu takde pulak rase nak cakap NO sebab Aishah & Herda ada sekali. Memandangkan ianya English, maka aku bersetuju dengan senang hati, hehe. Dapat2 pulak team dengan akak2 Form 5 yang mantap; Kak Zetty & Kak Biha.

Teringat lagi pengalaman menonton pertandingan debate time Form 2. Aku sesungguhnya sangat blur, dan tidak mengerti apakah yang sedang berlaku (osah eh...). Dan level English ku time tu boleh dikategorikan 'tidak membanggakan' sebab.... selesai je debate, aku bisik kat Herda: Diorang debate pasal ape ek? Ermm...influence tu ape ek? Tak paham la...

Aku pun tak ingat macam mana reaksi muka Herda time tu, haha. See? Influence pun aku tak tau ape maksudnye. Dah la perkataan tu key-word. Ish3.... Form 2 time tu ok?!

Apabila aku disenaraikan sebagai one of the debaters among the 5, maka mulalah berhempas pulas mengayakan vocabulary dalam otak ini. Macam2 cara jugak yang aku buat. Tapi yang paling best, let the dictionary be your best friend :). Memandangkan aku sangat menggemari movie Harry Potter time tu, maka secara tidak langsung, aku menghafal skrip2 dalam movie tu beserta gaya dan accentnya sekali. Nak tak nak, memang melekat lah bunyi British. Dan aku pulak tak sedar, mane ade orang debate peringkat sekolah pakai British accent! Hadehh....

Tapi time teacher Hana suruh kitorang praktis baca teks debate depan dia, dia komen:
-Wow...you have British accent. Good.
-But you sounded like a newsreader.

Pekkk! Macam kena lempang sekali kat muka ni. Macam pembaca berita?? Hati rasa menggelegak je time tu. Sampai hati teacher cakap camtu. Tapi bila aku dengar Kak Zetty & Kak Biha present, barulah sedar yang aku ni sangatlah monotonous dan berkemungkinan besar orang lain boleh tido nyenyak dengar aku berbahas. Haha. Time tu tinggal lagi seminggu je nak preliminary round. Kami akan lawan sekolah St. Paul, juara bertahan yang digeruni ramai. Kak Zetty akan jadi 1st speaker. So, teacher tengah nak pilih antara aku, Aishah dan Herda, siapa yang akan jadi 2nd & 3rd speaker. Manakala Kak Biha sebagai simpanan. Mendengar presentation aku yang sangat monotonous macam pembaca berita tu, teacher Hana kata: I'll let Herda be the 2nd speaker for now. Sarah, try to practice more and have some face expression. We'll do another practice a few days before the competition next week.

Kejelesan melanda diri apabila aku tak terpilih sebagai speaker. Tapi redha je la. Sape suruh bunyi & gaya macam pembaca berita, haha (gelakkan diri sendiri....).

But then...things changed.....

Keesokan harinya, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad aku menghadiri kursus MAP kat KL. Some sort like kursus motivasi untuk students. I was in Form 3 at that time. Of course ibu berusaha memantapkan anak gadisnya ini. Thanks ibu <3. Sesuatu kat kursus tu mengubah hidup aku selamanya. Pengelola kursus tu, (tak ingat sape name dia, tapi terkenal jugak....Tengku Asmadi? camtulah kot...) conduct program tu dengan SUNGGUH bersemangat sekali! I was really inspired by the way he talked at that time. Entah macam mana, aku terdorong untuk follow cara dia bercakap. Bukan monotonous, penuh dengan expression dan sangat convincing. Hanya melalui kursus 2 hari tu, aku berjaya mengubah cara aku berdebat. Dan hasilnya, teacher Hana suruh aku jadi 2nd speaker for the first round. And guess what?? We won! We won over St. Paul yang dulunya juara bertahan! Semua orang pun terkejut beruk, apatah lagi kitorang ni. St. Paul kalah 1st round! Ajaib bin aneh = alhamdulillah.... :).

And we made it through. Pusingan demi pusingan, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke peringkat negeri. Dan tewas kepada SMK KGV di peringkat akhir. Puas hati. Usaha berbaloi. Then for the next two years, kami meneruskan tradisi menewaskan St. Paul di pusingan awal2 dan menyaksikan SMK S2 menjadi musuh ketat kami.

Pengalaman berdebat dengan ramai orang dari sekolah yang berbeza memberi sesuatu yang sangat berharga. Aku dapat menilai kualiti isi seseorang, tahap keyakinannya, tahap pemahamannya terhadap tajuk debat, beza pemikiran debater lelaki dan perempuan, serta banyak lagi. Oh ye...aku juga dapat tahu, bukan aku sorang je yang guna British accent. Ade sorang lagi perempuan Cina pun same, hihi. Tapi sorang tu je la.

Namun, disebalik semua itu, aku juga dapat melihat 'the dark side' of debaters. Ini tidak merujuk kepada semua debaters, tapi sesetengah. Debaters are liars- sangat obvious apabila berada di peringkat semi-final dan final. Masing2 bertungkus lumus untuk menang. Time tu dah tak peduli, menipu atau memutar belit fakta, semua dilakukan dengan aim untuk menang. Arghh...aku cukup benci situasi itu. Apabila mengenangkan kembali, aku pernah terjerumus dalam perbuatan tersebut. Dan atas sebab itulah aku tidak mahu lagi berdebat. Menipu untuk menang. Apakah?? Tak berkat weyh....

Aku suka membayangkan aku berada di tempat penonton. Kita tak boleh nak jangka, apa pemikiran mereka. Berkemungkinan besar mereka menerima hujah dan pendapat kita secara total, bulat2 tanpa membandingbezakan dengan fakta sebenar. Sungguh malang lah mereka kalau debaters hanya kelentong semata2. Aku juga tidak suka situasi di mana kita tahu pihak lawan hanya kelentong dan putar belit ayat, tapi kita tak mampu nak tegakkan kebenaran disebabkan kelemahan sendiri (mungkin hujah tak kuat, kurang keyakinan, kurang masa....dsb). Mereka menang sebab kita tak mampu patahkan hujah mereka. Sadis giler.... Aku tak mahu bersusah payah perah otak try nak putar belit fakta hanya untuk menang. Ya Allah, jauhilah aku dari perbuatan terkutuk itu. Amiiiiin~

2. Tidak pernah sekali2 pun aku menjinakkan diri dalam arena debat Bahasa Melayu time kat sekolah dulu. Tapi tiba2, time jadi student baru kat Mesir ni, kena pulak masuk pertandingan debat Bahasa Melayu kat rumah negeri ni. Bahasa Melayu?? Arghhh....kenapa mesti aku. Aku takde pengalaman laaaaaaaa. Namun, setelah dipaksa rela, aku pun join. Di saat itulah mulanya terdevelop perasaan menyampah nak berdebat dalam bahasa melayu, apatah lagi di hadapan hadirin yang hobi mereka ketawa. Akhirnya, selepas pertandingan debat negeri yang dijalankan semasa Family Day tahun lepas, aku decide untuk tidak lagi berdebat di bumi kinanah ini. Debate paling sengal yang pernah ku tempuhi dalam hidup ini. Terasa seperti sia2 berdebat di hadapan. Maka dengan itu, selamat tinggal dunia debate~

3. Tarikh debate sempena Medicophilic Week ni same pulak dengan tarikh aku nak *tuuuutt*. Well that's gonna be tough. Mampu ke aku nak concentrate nanti??

Maka sepanjang minggu ini, aku cuba mencari sebab mengapa aku perlu join debate kali ini setelah kecewa besar pada debat negeri yang lalu. (note: aku kecewa dengan penonton ok)

Pelbagai cara dilakukan oleh rakan2 seperjuangan yang cuba convincekan aku supaya masuk. Antara ayat paling best: 'cowardice is so not u lah sarah...' quoted by cik ayu melaka. thanks awiyy miss ayu!
Namun aku hanya suka je dengan ayat tu. Tak affect sangat pun, hehe. Setelah melakukan perbincangan face-to-face ngan Sakinah, bincang melalui YM dengan Tamim dan Syakuragi, akhirnya aku bertemu dengan hujah yang sangat convincing dan tak mampu aku patahkan. Terima kasih semua atas sokongan anda.

Petang tadi aku berkata pada diri. Oh Sarah...sejak bila jadi penakut?? Baiklah, let's do it! (semangat hingga ke langit kot! haha...)

Namun...ditengah2 semangat tengah menyengat, datang pulak berita yang tak mahu didengar. 1 team boleh ade 3 orang je ahli. Cett. Cettttt sangat3. Sape yang buat peraturan tuh?? Dulu kat sekolah, sampai peringkat kebangsaan pun mesti ade 5 orang 1 team. Mestilah kena ade reserve kan?? Tapi, not this time. Mereka mahu 3 sahaja. Urghh...baru je buat plan baek punya: 1 team kami dianggotai oleh Farah, Inn, Diana, Dahlia and me. Kan comel tu. Tapi....apekan daya. Sekarang ni, status kami masih pending. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan.


(Inn siap offer nak belanja makan ais krim sedap kalau aku join debate ni, haha. Thanks Inn. Nanti aku tuntut. Gamba makan ais krim di Istanbul.)

p/s: *tuuuutt* bukan kawen ye.

->d.o.w.n<-

Tuesday 9 March 2010

Minggu ni menyaksikan aku diselubungi perasaan 'down' yang teramat sangat. Entah ke manalah perginya enthusiasm yang membuak2 dalam hati selama ini. Perasaan yang mula bersarang dalam hati sejak awal minggu ini membuatkan aku tergerak untuk berbicara dengan ibu tersayang. Awal2 lagi sudah dapat kujangka ibu akan bertanyakan masalah apakah yang merunsingkan diri ku. Jawapan 'tak tahu' menjadi pilihanku kerana memang tidak dapat ku pastikan kecelaruan tersebut.

Dari kecil lagi aku terdidik agar tidak menjadi seorang manusia yang suka memberi alasan. Aku juga kurang gemar dengan golongan yang suka memberikan alasan itu dan ini. Mungkin sebab itu diri ini membuat keputusan untuk tidak bertanya 'kenapa' sekiranya tahu bahawa jawapan yang bakal diberikan adalah berbentuk alasan. Bukan ingin bersikap kejam, tetapi lebih baik buat sesuatu yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri :). Maka dengan itu, aku lebih suka untuk tidak memberikan alasan kerana berpendapat alasan hanya membuatkan seseorang kelihatan lemah (seriously).

Setelah dipujuk oleh ibu, maka aku mula mereka cipta dan menduga sebab musabab yang mendorong kepada timbulnya perasaan yang cukup tak digemari ramai ini. Pada masa yang sama, aku turut berfikir punca sebenar. Hari-hari yang aku lalui kini menjadi semakin mencabar. Cabaran tersebut membuatkan aku berfikir: will I survive? Aku tahu, kadang-kala kita akan berada di bawah. Aku juga sedar, mungkin inilah ketikanya aku berada di bawah. Namun aku cuba mencari jalan untuk naik ke atas semula, namun fikiranku buntu. Semua perkara yang dilakukan terasa seperti sia2. Aku cuba bertanya pada diri: what am I good at? Terdetik juga di hati ini sesekali untuk mencari jawapannya. Namun belum ku temui. Atau mungkin aku tidak menyedarinya.

Syukur hari ini dapat berbicara dengan ibu dan ayah, walaupun hanya melalui facebook. Rindu juga hati ini ingin mendengar suara mereka. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Aku cukup bahagia kerana memiliki ibu dan ayah yang sangat memahami apa yang aku perlukan di saat2 down sebegini. Instead of menyatakan rasa simpati kepadaku, ibu dan ayah lebih banyak menasihati dan menggalakkan aku supaya deal with the situation. 'Mengadulah kepada Allah'....salah satu nasihat yang cukup menyentuh hati ini. Sungguh, aku bersyukur mereka menyuruhku untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Kata ayah, "Orang yang tenang ni akan berjaya,". Aku percaya dengan kata2 itu. Ya, mungkin kini aku bukan dalam keadaan tenang.





Konklusinya, terima kasih ayah n ibu. Kata2mu, nasihatmu, peringatanmu membantu menguatkan hati ini. Angah saaaaaaaaaayang ibu n ayah! <3

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.



(Wahai semangat, kembalilah semula ke dalam hati ini. Jangan pergi lama sangat....)

p/s: post ringkas sebab tade mood + tade mase + tade semangat + banyak lagi post tertunggak, haha. buat kawan2 yg menanti post Istanbul & ASFaD, aku mintak maaf sangat3 kat korang. Ntah tahun bile agaknye dapat siapkan post tu..heheh~




Related Posts with Thumbnails