Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Jangan menggelabah

Thursday, 11 March 2010

MEDICOPHILIC WEEK~

Akan ku ingat nama itu selama yang boleh.

"Sarah, nak join tak debate nanti?" tanya Diana dengan tenang lepas habis class beberapa hari yang lalu.
Aku yang tengah syok berangan tiba2 tersentak mendengar pertanyaannya. Debate??? Ohoho... Wrong number, sila cari orang lain. Serta merta muka terasa seperti pucat lesi, satu badan rasa seram sejuk. Benarkah apa yang aku dengar?

"Err...ok. Akan dipertimbangkan," rasa macam diawang-awangan.

Balik je rumah, sign in FB, ternampak post Farah tentang debate juga. Haishh...apasal sume orang cakap pasal debate je ni? Did I miss something? Oh....sempena Medicophilic Week rupanya. Ok, sangat menarik. Susah nak jumpa English debate kat sini. Terkenang zaman2 kegemilangan menceburkan diri dalam English debate. Ada suka, ada duka. Tapi konklusinya bahagia dapat pengalaman berharga (apesal ayat mcm rhyme je?? haha...).

NO.

Itulah jawapan awal yang terbit dalam pemikiran aku. Bagi pelawaan Diana, mahupun Farah. Aku nggak bisa masuk pertandingan itu....jawapanku untuk Inn.

Kenapa dan mengapa??? Bertalu2 soalan itu menghujani diri ini. Tak mahu beri 1001 alasan, tapi aku tidak mahu join. Namun orang lain masih memerlukan alasan kukuh kenapa aku tak nak join. Is it because of the great M? (malas). Sudah tentu tidak. Boleh blah la sape yang tarik diri sebab malas. Sesungguhnya, aku pernah hampir2 bersumpah (ntah2 memang dah bersumpah betul2 kot....) dalam diri, bahawa aku tak akan lagi berdebat di bumi Mesir ini. Atas sebab apa? Semuanya gara2....

1. 'Debaters are liars'. Aku tak ingat siapa insan yang memperkenalkan quote ni kat aku. Mungkin jugak menerusi movie aku tau pasal quote ni. Bukan nak kata ape, tapi ada kebenarannya. Dan aku bukan di sini nak menuduh sume debaters itu penipu, tapi paham2 je lah sape2 yang rasa memang seperti itu.




Alkisahnya, aku mula berjinak2 dalam arena perdebatan Bahasa Inggeris ni since Form 3. Tiada langsung pengalaman menarik sebelum tu. Naik je Form 3, tiba2 teacher suruh masuk English debate. Time tu takde pulak rase nak cakap NO sebab Aishah & Herda ada sekali. Memandangkan ianya English, maka aku bersetuju dengan senang hati, hehe. Dapat2 pulak team dengan akak2 Form 5 yang mantap; Kak Zetty & Kak Biha.

Teringat lagi pengalaman menonton pertandingan debate time Form 2. Aku sesungguhnya sangat blur, dan tidak mengerti apakah yang sedang berlaku (osah eh...). Dan level English ku time tu boleh dikategorikan 'tidak membanggakan' sebab.... selesai je debate, aku bisik kat Herda: Diorang debate pasal ape ek? Ermm...influence tu ape ek? Tak paham la...

Aku pun tak ingat macam mana reaksi muka Herda time tu, haha. See? Influence pun aku tak tau ape maksudnye. Dah la perkataan tu key-word. Ish3.... Form 2 time tu ok?!

Apabila aku disenaraikan sebagai one of the debaters among the 5, maka mulalah berhempas pulas mengayakan vocabulary dalam otak ini. Macam2 cara jugak yang aku buat. Tapi yang paling best, let the dictionary be your best friend :). Memandangkan aku sangat menggemari movie Harry Potter time tu, maka secara tidak langsung, aku menghafal skrip2 dalam movie tu beserta gaya dan accentnya sekali. Nak tak nak, memang melekat lah bunyi British. Dan aku pulak tak sedar, mane ade orang debate peringkat sekolah pakai British accent! Hadehh....

Tapi time teacher Hana suruh kitorang praktis baca teks debate depan dia, dia komen:
-Wow...you have British accent. Good.
-But you sounded like a newsreader.

Pekkk! Macam kena lempang sekali kat muka ni. Macam pembaca berita?? Hati rasa menggelegak je time tu. Sampai hati teacher cakap camtu. Tapi bila aku dengar Kak Zetty & Kak Biha present, barulah sedar yang aku ni sangatlah monotonous dan berkemungkinan besar orang lain boleh tido nyenyak dengar aku berbahas. Haha. Time tu tinggal lagi seminggu je nak preliminary round. Kami akan lawan sekolah St. Paul, juara bertahan yang digeruni ramai. Kak Zetty akan jadi 1st speaker. So, teacher tengah nak pilih antara aku, Aishah dan Herda, siapa yang akan jadi 2nd & 3rd speaker. Manakala Kak Biha sebagai simpanan. Mendengar presentation aku yang sangat monotonous macam pembaca berita tu, teacher Hana kata: I'll let Herda be the 2nd speaker for now. Sarah, try to practice more and have some face expression. We'll do another practice a few days before the competition next week.

Kejelesan melanda diri apabila aku tak terpilih sebagai speaker. Tapi redha je la. Sape suruh bunyi & gaya macam pembaca berita, haha (gelakkan diri sendiri....).

But then...things changed.....

Keesokan harinya, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad aku menghadiri kursus MAP kat KL. Some sort like kursus motivasi untuk students. I was in Form 3 at that time. Of course ibu berusaha memantapkan anak gadisnya ini. Thanks ibu <3. Sesuatu kat kursus tu mengubah hidup aku selamanya. Pengelola kursus tu, (tak ingat sape name dia, tapi terkenal jugak....Tengku Asmadi? camtulah kot...) conduct program tu dengan SUNGGUH bersemangat sekali! I was really inspired by the way he talked at that time. Entah macam mana, aku terdorong untuk follow cara dia bercakap. Bukan monotonous, penuh dengan expression dan sangat convincing. Hanya melalui kursus 2 hari tu, aku berjaya mengubah cara aku berdebat. Dan hasilnya, teacher Hana suruh aku jadi 2nd speaker for the first round. And guess what?? We won! We won over St. Paul yang dulunya juara bertahan! Semua orang pun terkejut beruk, apatah lagi kitorang ni. St. Paul kalah 1st round! Ajaib bin aneh = alhamdulillah.... :).

And we made it through. Pusingan demi pusingan, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke peringkat negeri. Dan tewas kepada SMK KGV di peringkat akhir. Puas hati. Usaha berbaloi. Then for the next two years, kami meneruskan tradisi menewaskan St. Paul di pusingan awal2 dan menyaksikan SMK S2 menjadi musuh ketat kami.

Pengalaman berdebat dengan ramai orang dari sekolah yang berbeza memberi sesuatu yang sangat berharga. Aku dapat menilai kualiti isi seseorang, tahap keyakinannya, tahap pemahamannya terhadap tajuk debat, beza pemikiran debater lelaki dan perempuan, serta banyak lagi. Oh ye...aku juga dapat tahu, bukan aku sorang je yang guna British accent. Ade sorang lagi perempuan Cina pun same, hihi. Tapi sorang tu je la.

Namun, disebalik semua itu, aku juga dapat melihat 'the dark side' of debaters. Ini tidak merujuk kepada semua debaters, tapi sesetengah. Debaters are liars- sangat obvious apabila berada di peringkat semi-final dan final. Masing2 bertungkus lumus untuk menang. Time tu dah tak peduli, menipu atau memutar belit fakta, semua dilakukan dengan aim untuk menang. Arghh...aku cukup benci situasi itu. Apabila mengenangkan kembali, aku pernah terjerumus dalam perbuatan tersebut. Dan atas sebab itulah aku tidak mahu lagi berdebat. Menipu untuk menang. Apakah?? Tak berkat weyh....

Aku suka membayangkan aku berada di tempat penonton. Kita tak boleh nak jangka, apa pemikiran mereka. Berkemungkinan besar mereka menerima hujah dan pendapat kita secara total, bulat2 tanpa membandingbezakan dengan fakta sebenar. Sungguh malang lah mereka kalau debaters hanya kelentong semata2. Aku juga tidak suka situasi di mana kita tahu pihak lawan hanya kelentong dan putar belit ayat, tapi kita tak mampu nak tegakkan kebenaran disebabkan kelemahan sendiri (mungkin hujah tak kuat, kurang keyakinan, kurang masa....dsb). Mereka menang sebab kita tak mampu patahkan hujah mereka. Sadis giler.... Aku tak mahu bersusah payah perah otak try nak putar belit fakta hanya untuk menang. Ya Allah, jauhilah aku dari perbuatan terkutuk itu. Amiiiiin~

2. Tidak pernah sekali2 pun aku menjinakkan diri dalam arena debat Bahasa Melayu time kat sekolah dulu. Tapi tiba2, time jadi student baru kat Mesir ni, kena pulak masuk pertandingan debat Bahasa Melayu kat rumah negeri ni. Bahasa Melayu?? Arghhh....kenapa mesti aku. Aku takde pengalaman laaaaaaaa. Namun, setelah dipaksa rela, aku pun join. Di saat itulah mulanya terdevelop perasaan menyampah nak berdebat dalam bahasa melayu, apatah lagi di hadapan hadirin yang hobi mereka ketawa. Akhirnya, selepas pertandingan debat negeri yang dijalankan semasa Family Day tahun lepas, aku decide untuk tidak lagi berdebat di bumi kinanah ini. Debate paling sengal yang pernah ku tempuhi dalam hidup ini. Terasa seperti sia2 berdebat di hadapan. Maka dengan itu, selamat tinggal dunia debate~

3. Tarikh debate sempena Medicophilic Week ni same pulak dengan tarikh aku nak *tuuuutt*. Well that's gonna be tough. Mampu ke aku nak concentrate nanti??

Maka sepanjang minggu ini, aku cuba mencari sebab mengapa aku perlu join debate kali ini setelah kecewa besar pada debat negeri yang lalu. (note: aku kecewa dengan penonton ok)

Pelbagai cara dilakukan oleh rakan2 seperjuangan yang cuba convincekan aku supaya masuk. Antara ayat paling best: 'cowardice is so not u lah sarah...' quoted by cik ayu melaka. thanks awiyy miss ayu!
Namun aku hanya suka je dengan ayat tu. Tak affect sangat pun, hehe. Setelah melakukan perbincangan face-to-face ngan Sakinah, bincang melalui YM dengan Tamim dan Syakuragi, akhirnya aku bertemu dengan hujah yang sangat convincing dan tak mampu aku patahkan. Terima kasih semua atas sokongan anda.

Petang tadi aku berkata pada diri. Oh Sarah...sejak bila jadi penakut?? Baiklah, let's do it! (semangat hingga ke langit kot! haha...)

Namun...ditengah2 semangat tengah menyengat, datang pulak berita yang tak mahu didengar. 1 team boleh ade 3 orang je ahli. Cett. Cettttt sangat3. Sape yang buat peraturan tuh?? Dulu kat sekolah, sampai peringkat kebangsaan pun mesti ade 5 orang 1 team. Mestilah kena ade reserve kan?? Tapi, not this time. Mereka mahu 3 sahaja. Urghh...baru je buat plan baek punya: 1 team kami dianggotai oleh Farah, Inn, Diana, Dahlia and me. Kan comel tu. Tapi....apekan daya. Sekarang ni, status kami masih pending. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan.


(Inn siap offer nak belanja makan ais krim sedap kalau aku join debate ni, haha. Thanks Inn. Nanti aku tuntut. Gamba makan ais krim di Istanbul.)

p/s: *tuuuutt* bukan kawen ye.

1 play the melodies:

nmz said...

hmm,dulu hmpir masuk pasukan debate tp xjd.haha
lpstu jd pnonton je la..haha
xpa sarah, semangat n pengalaman tu xkan dilupa kan..hehe:D

wahh sarah, beg liverpool ituu.sgt jeles tgk.hehee

12 March 2010 at 10:37
Related Posts with Thumbnails