Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Misi Istanbul: Day 1-Teluk Basfur

Monday, 22 March 2010

Dengan semangat mentibang yang bergelora dalam jiwa masing-masing, kami semua bangun awal pada keesokan harinya, iaitu hari pertama di kota Istanbul. Tentatif (ceh...ade tentatif) pada hari tersebut berupa naik kapal besar ronda-ronda sekitar Teluk Basfur. Free of charge sebab pihak travel agency murah hati dengan kami yang comel-comel (heh?). Takdelah. Itu semua kira hadiah sebab ambik diorang sebagai travel agent.


Haaa...tau tak gamba atas tu ape? Merupakan sarapan kami untuk 5 hari berturut-turut! Hooo yeah! Semua orang 'seronok'. Gagaga. Anyway, sistem hotel di Eropah memang diorang serve sarapan SAHAJA. Cute kan? Lupe nak bagitau. Istanbul terbahagi 2. Separuh Eropah, separuh Asia. Hotel yang kami duduk tu di kawasan Eropah. Bak kata kawan-kawan, "Kite duk Eropah weii!". Haha...tepat sekali. Tercalit sedikit perasaan bangga. Istighfar.....


Pagi tu, on the way nak pegi bas, sempat snap gamba 'ammu ni tengah potong roti canai (atau dalam bahasa mesirnye: fatirah). Dalam bahasa turki tak sempat nak tanye. Boleh tahan sedap la fatirah dia. Kaya dengan mentega dan lemak berkrim disukai ramai. Harga paling murah: 3 Lira. Oh ye. Tahukah anda, mata wang Turki bernama Lira dan 1 Lira=RM 3=LE 5. Maka, harga fatirah di atas ialah LE 15!! Boleh makan besar kat Arabiata! Huhh...tapi itulah hakikatnya. Dah pegi kawasan Eropah, budget kena Eropah la jugak. Takkan budget pun kira macam Mesir kan. Maka sepanjang 5 hari 5 malam di sana, kami kurangkan hobi mengconvert duit ke dalam mata wang Mesir, kerana ditakuti kami tak makan apa-apa langsung, huhu.


Pemandangan dari luar hotel pada waktu pagi. Note: Orang Turki memang keluar awal-awal pagi. Soooo not like Mesir. Syabas kepada mereka. Berpagi-pagian itu kan baik.


Gambar yang di snap time on the way menuju pelabuhan di mana terletaknya kapal besar. Tengok pokok tu. Mesti dapat agak macam mana cuaca time tu kan? Yup, sungguh berangin + sejuk bangat sih! Begitulah kiranya cuaca di Istanbul sepanjang keberadaan kami di sana.


Keadaan jalan raya. Hmmm ada cerita menarik tentang jalan raya. Kami yang dah terbiasa dengan sistem Mesir yang traffic lightnye tak pernah nak berfungsi, mengamalkan skill melintas jalan ala2 'kamikaze'. Ditakdirkan kami tidak sedar yang traffic light kat Turki tu berfungsi sepenuhnya dan sangat dipatuhi oleh rakyat Turki. Maka....1st day buat perangai lintas jalan ala kamikaze kena HON kuat2 oleh pemandu2 Turki yang hairan dengan perangai buruk kami. Adoiyaii. Malu sungguh time tu. Kalau kat Mesir, benda tu dah jadi budaya. Kat Turki, benda tu 'aib kabiiiir! Allah.... Sumpah tak buat lagi dah lepas tu.


Ini dia. Kapal yang membawa kami menjelajahi Teluk Basfur.

Antara view menarik yang di snap sepanjang penjelajahan. Cantik wooo. Sangat cantik! Tak terungkap oleh kata-kata.


Guess what? That is a university!! Dasat, huh. Universiti di tepi laut. Perghh...kalau Ain Shams camni, confirm takde siapa tidur dalam kelas, ngeh3.



Muka bahagia + tahan sejuk. Kira-kira sejam berada di atas kapal, muscles mula menunjukkan tanda2 nak kejang disebabkan kesejukan tahap melampau. Serious, bukan angan2.


Kanak-kanak riang yang kesejukan tapi tetap excited!


Ini kubu ape entah. Aku pun tak berapa nak ingat time Ayman (our tourist guide) bagi penerangan. Time tu aku busy menghayati keindahan ciptaan Tuhan (ceh...).


Masakan cuaca tidak mendung. Mataharinya malu-malu nak keluar.


Mereka kata "Ini macam gambar tipu!". Tapi ini gambar benar. Aku tak main la edit2 gambar, hehe.


Ooo...macam ni rupanya view dalam kawasan pengemudian kapal besau ni.

Konklusi daripada penjelajahan Teluk Basfur: Sangat best hingga tersimpan cita-cita untuk membawa ibu. ayah and Aiman ke sini suatu hari nanti. Juga honeymoon di sini.

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails