Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

~Baru kusedari~

Thursday 19 March 2009

Selesai saja pembedahan hidung atau nama glamournye minor surgery, ATAU dalam bahasa kampungnye...'septoplasty', aku dibenarkan balik.
Yelah, buat ape nak duduk wad kan. Bedah hidung je pun. Logik la tu.
Tapi yg peliknye, sume org tekezut gile bila tau aku terus balik lepas operate.
Diorang ingat aku kena tahan wad 2,3 hari seperti ibu bersalin agaknye.
Tapi tau2 je la kan, ni Mesir la...mane main dok wad lame2.
Kena tough man!

Aku pun balik la dalam keadaan hidung berbalut...sepenuhnya!
Ya! Keseluruhan bahagian hidungku dibaluti dgn...erm kapas, kapas byk2 dan cellotape putih yg sgt kuat gamnye. Kalau tengok dari jauh, mmg nampak hidungku sungguh mancung.
Bak kata Kak Mira, 'Sarah hensem...'.
Huhu, bangge gak diri ni walaupun kena perli je sebenanye.


Ini bermakna...aku mmg kena bernafas guna mulut je lah.
Satu pengalaman menarik yg betul2 buat aku sedar betapa bernilainye hidung yg ade.
Nak tau kenapa?

Yelah, bile xdapat guna hidung utk benafas, of coz la kena guna mulut kan.
Secara drastiknye, bibir yg slame ni lembap, jadi kering betul!
Ini bukan cerita dongeng...tapi kisah benar.
Barula aku tau camne rase bibir kering gile.
Bukan bibir je, the entire internal part of the mouth pun kering gak.
Nak telan air liur pun susah.
Apetah lagi nak becakap, nak makan....
Fuh...pengalaman yg mencabar giler!
Dah tu...time makan plak, xdapat bau ape2. So, makanan sume rase same jelah.


Ya Allah...betapa besarnye peranan hidung.
Selama ni tengok hidung tu...yela, kecik je. Macam xpenting sangat.
Tapi rupa2nye, subhanallah...besar peranan hidung, sampai xde body part lain yg boleh ganti.


Sampai je rumah...bermulalah pengembaraan aku bersama hidung yg berbalut.

Senang cite:
makan xrase (bukan xlalu..haha)
mandi xbasah (part hidung je la)
tido xlena (mmg pun...)
cakap xpaham (sebab suara jd sengau...kuang3)


Continuous bleeding membuatkan kepala tambah berdenyut.

Tapi syukur...hidung ni xsakit seperti jangkaan orang ramai.

Cuma yang xbley blahnye, aku banyak kali bersin.

Hahaaa...cuba bayangkan. Dah la hidung berbalut sepenuhnye. Bersin2 plak tu. Memang sah2 la xpuas nak bersin rasenye. Aku cam takut2 je nak bersin. Ahli bait plak melihat seolah2 tengah tengok filem ngeri, huhu. Takut hidung aku tercabut. Heheh...nasib baik xjadi camtu.

Haa...mulai saat itu aku appreciate sangat2 la nikmat yg Allah bagi ni. Walaupun aku xdapat rase nikmat tu 3 hari je, tapi...Ya Allah, xsanggup aku kehilangan hidung ni. Bukan hidung je, nikmat2 lain gak....apatah lagi Islam dan Iman.


+ O.P.E.R.A.T.I.O.N +

Wednesday 11 March 2009

Sesudah Dr. Aiman mengesahkan aku kena jalani minor surgery,
aku pun bersiap-sedia dengan benda2 yg aku kena buat & bawa.
Operation hari rabu, tapi hari selasa tu aku dah kena masuk wad.
Xtau la kenapa. Mungkin sebab doktor nak monitr keadaan aku ni.
Mane tau kot2 tetibe lak ade darah tinggi ke, heart failure ke kan...huhu.
Na'udzubillah....

Dipendekkan lagi cerita, aku pegi je la hospital selasa pagi tu ngan Kak Mira.
Abg kembar uruskan procedure masuk hospital.
Bile masuk je bilik wad aku, iaitu C 223........
Oh tidak...aku sebilik ngan Arab!!
Hurmm...xde bilik single ke?
Dah la ramai family Arab tu kat dalam bilik.
Aku ngan Kak Mira tersipu2 je segan masuk secara perlahan2.
Sume pandang kitorang...
Pergh! Rase cam selebriti plak an.

Sampai je, terus letak beg dan....
Aku terus baring kat katil.
Aik...pehal lak aku baring nih??
Padahal bukannye sakit ape pun. Hidung je...
HAHAHA.
Cepat2 aku duduk, borak ngan Kak Mira.

Sepanjang aku dok kat wad tu, macam2 sangat perkara berlaku.
Yela, mane taknye...
Dok sebilik ngan Arab, of coz la diorang interested sgt nak borak ngan foreigner cam aku nih.
Last2...jadi cam ayam cakap ngan itik.
Diorang cakap 'ammi...aku ni berkerut2 la nak paham.
Diorang pun berkerut bengang, haha.

Hari rabu yg ditunggu2 pun tiba....
Pagi tu, dekat nak pukul 10 (patutnye pukul 9, tapi besela...Arab Mesir nih...)
aku disuruh tukar baju, pakai baju operation warne biru pekat, pastu pakai penutup kepala yang ala2 shower cap tuh.
Pastu baring atas katil & ditolak ke operation room yg terletak di tingkat bawah.
Masa tu, Asu Ekin ngan Kak Mira yg tunggu aku.

Masuk je dalam bilik yg berlabel 'Operation Room', nurse tu parking kan katil aku kat sbelah katil mak cik Arab.
Aku sempat la sengeh kat mak cik tu, tapi disebabkan aku xpakai spek, xnampak sgt la muka dia.
Baru aku prasan, kat 'ruang menunggu' tu, ade 3 katil yg berpenghuni.
Aku, sorang mak cik arab, lagi sorang....aku xprasan sgt, laki rasenye.
Sume berbaring & berselimut.
Masing2 tgh tunggu turn kot.
Aku pun menunggu dgn sabar...cewaah!

10 minit...30 minit....berminit2....
Haish...manenye ni?
Nak operate ke xnak?
Aku dah la ngantuk giler time tuh.
Mane xnye, malam sebelum tu xdapat tido disebabkan mak cik arab yg sebilik ngan aku tu asyik muntah je.
Last2...aku tertido gak sambil tunggu turn.
2 kali aku tetido...bukak je mata, aku masih di situ.
Ya Allah....dah la sejuk semacam je kat bilik tu.
Ade je nurse dtg, aku pun lega la sikit.
Ade gak org nak borak ngan aku, walaupun pada hakikatnye, keadaan itu sgt annoying kerana mereka sgt heran aku xreti cakap Arab...huhu.
Ade sorang nurse ni plak...xhabih2 membebel name aku.
Yela...name SITI tu...mmg dah sah2 diorang xpenah dgr.
Pastu ade 2 name plak tu.
Org Arab besenye 1 name je, pastu name ayah.
Aku ni, ade 2 name. Bising dia sambil tulis name aku.
"SITI SARAH??"
"Siti...siti...bla, bla, bla"
Kecoh betul diorang ngan name aku.
"Ismul murakkab" kata seorang nurse perempuan kpd nurse lelaki.
Haha...yela tu. Pape je la nurse oii...
Nasib baik aku xsakit nak bersalin ke, appendix ke...
Kalau x, maun je aku lepuk sorang2.

Setelah beberapa kurun menunggu, dtg la seorang doktor yg pertengahan umur.
Kalau xsilap, tu la Dr. Aiman Al-Ka'kie. Tapi aku xprasan sgt sebab xbrape clear.
Dia tanye "Are you afraid?"
Aku dgn yakinnye menjawab "NO" sambil menggelengkan kepala.

Yela...xperlu takut, kita perlu yakin dengan Allah ;).

Setelah beberapa abad menanti, aku disorongkan ke salah satu bilik pembedahan.
Mase tu ade 3 org nurse berpakaian serba hijau kat dalam tu.
Diorang tgh siapkan peralatan utk operation.
Aku dipindahkan ke katil operation.
Takla berdebar sgt, sebab penah kena operate gak dulu, disebabkan appendicitis.

Aku teruskan berselawat, bertasbih & berdoa agar pembedahan ni berjalan lancar & selamat.

Beberapa ketika kemudian, masuk la 2 org doktor lelaki.
Mereka ni pembantu doktor bedah nanti.
Salah sorangnye pakai spek.

Mereka pun meneruskan kerja2 menyiapkan peralatan.
Bismillahirrahmaanirrahiiiim....

Salur darah di belakang tapak tangan kiriku dicucuk jarum utk dimasukkan air agaknya.
Mungkin jugak ubat.
Lengan kananku dibalut dengan alat utk cek tekanan darah.
Salah sorang doktor lelaki tu pasang...erm xtau la ape namenye, tapi ade wayar & boleh melekat.
Dia pasang kat dua2 bahu & dada.
Mungkin utk detect denyutan nadi.
Sedang sibuk mereka bekerja, tiba2 sorang nurse kate "benda ni xberfungsi...".
Doktor2 yg 2 org tu heran.
Diorang pun try buat semula.
Ditekan2nye button pada mesin tu, ditukar2kan wayar pada sambungan wayar kat badan & tanganku.
Ya Allah...agak perit rasanya.
Masa tu aku hanya mampu berdoa.
Ya Allah...permudahkanlah segala urusan.
Aku xsanggup rase kesakitan tu.
Biarla aku pengsan dulu baru diorang cuba lagi.
Tapi itu xmungkin berlaku.
Mereka terus mencuba.
Aku xpasti bila agaknye semuanya siap.
Doktor bedah pun masuk.
Makin ramai nurse yg turut masuk.

Salah seorang doktor pembantu letakkan salur bius kat hidung aku.
Doktor lagi sorang kata "You'll be sedated now"
Aku pun mengangguk2 tanda faham.
Aku nak dibius dah.
Tak lama lagi aku akan khayal & xsedar.
Selawat banyak2...Ya Allah, hanya padaMu aku berserah.....
Dan...pembedahan dijalankan.

..............................................

Aku tersedar...Alhamdulillah, aku nampak cahaya lampu, dengar suara org sedang bercakap2.
Kelopak mataku xterbuka sepenuhnya.
Aku xmampu menggerakkan jari, nak buka mata pun xmampu.
Mungkin kesan bius xhabis lagi.
Aku cuba melihat yang termampu.
Ada sesuatu pada hidungku, warna putih.
Mungkin hidungku sudah berbalut.
Maknanya, pembedahan dah selesai....
Alhamdulillah...syukur sangat2.
Tapi...aku dapat merasa sesuatu berada dalam mulutku.
Ku tatap dalam2...apakah ia?
Oh...rupa2nya tiub.
Kalau xsilap, ada 3 tiub, 2 kecil, satu besar.
Subhanallah...tiub dimasukkan dalam mulutku, hinggalah kedalam tekakku.
Ya Allah...sakit juga rasenye, mungkin sebab saiz tiub yg besar itu menyebabkan tekakku mengembang.
Aku faham...tiub itu diletakkan bagi memudahkan pernafasan disebabkan hidungku belum boleh berfungsi utk pernafasan.
Aku cuba lagi menggerakkan jariku....
Tak mampu.
Aku cuba membuka mata....
Tak mampu juga.
Ya Allah...

Tiba2 aku terdengar seorang doktor memanggil2 namaku.
Dia menyuruh aku bangun, buka mata.
Aku mengikuti arahannya.
Tapi benar, aku xmampu buka mata.
Aku cuba sedaya upaya....
Ya Allah...xmampu juga.
La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'aziiim...
Doktor panggil namaku berkali2.
Aku xmampu beri respon.
Sudah cukup kuat aku memaksa tanganku bergerak.
Jari jemariku langsung xbergerak.
Ya Allah....
Sekurang2nya biarlah aku membuka mata, biar doktor tahu aku dah sedar.

Seorang doktor menekan bahagian bawah telingaku.
Mungkin itu cara utk menyedarkan pesakit yg dibius.
Aku cuba bergerak lagi.
Ya Allah...tolonglah.
Aku xmampu, buka mata pun xmampu.

Sekali lagi doktor tu buat benda yg sama, cuma lebih kuat dia menekan.
Sambil tu dia menyuruh aku bangun.
Ya Allah...sakitnye xdapat kugambarkan.
Dia menekan berkali2, dengan harapan aku akan sedar.
Allahu akbar...macam mana harus kubuktikan pada mereka bahawa aku sebenarnya dah sedar?
Tak mampu aku menanggung kesakitan akibat ditekan dgn kuat berkali2.
Ya Allah...tolonglah aku!
Doktor yg lain mencubit dgn kuat di bahagian bahuku.
Ya Allah....sakit yg amat!
Hatiku menjerit2 memaksa diriku membuka mata.
Xmampu juga...

Seseorang menggerak2kan tiub besar didalam tekakku.
Juga berusaha memaksa aku bangun.
Allahu akbar...kurasakan macam nak koyak tekak ni.
Hatiku menjerit meminta doktor berhenti berbuat demikian.
Aku xmampu tanggung rase sakit tu lagi.
Aku doa banyak2.
Ya Allah...tolonglah bagitau mereka aku dah sedar sebenarnye.
Ya Allah...tolonglah halang mereka buat macam tu lagi.
Ya Allah...aku sangat2 tak tahan...sakit!

Kugerak2kan anak mataku dgn harapan mereka tau aku dah sedar.
Salah seorang doktor menyedarinya.
Dia beritahu pada yg lain, aku dah sedar sebenarnya.
Dia suruh aku cuba bernafas guna mulut.
Aku turuti arahannya.
Terasa lain macam semasa menarik nafas.
Dada berombak.
Lain rasenye daripada bernafas dgn hidung.
Doktor kata "very good"
Dia suruh aku teruskan bernafas.
Kadang2 aku terlupa, dan berhenti bernafas.
Doktor paksa aku buka mata & bernafas dgn mulut.
Kuturui juga.

Akhirnya, setelah beberapa lama, aku berjaya membuka mata.
Perlahan2, jariku mampu kugerakkan.
Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah.

Doktor gembira melihat aku sudah membuka mata.
Beberapa minit kemudian, salah seorang doktor memegang tiub2 dimulutku.
Dia menarik tiub kecil secara perlahan2...dan zap!!! dia tarik laju2.
Ya ALLAH!!!
Rase nak tersedak...
Mengalir air mata dari kedua2 mataku.
Dengan pantas, doktor menarik tiub terakhir, iaitu tiub yg besar.
Juga perlahan2, kemudian disentap.
ALLAH!!!....hatiku menjerit sekuat2nya.
Bersemburan darah & air keluar dari mulutku, menyebabkan aku tersedak2.
Cepat2 seorang nurse menyalurkan tiub ke dalam mulutku dan menyedut dara & air itu.
Ya Allah....xdapat kugambarkan betapa peritnya rasa tekak ni.
Tangan dan kakiku menggeletar menahan rasa sakit.
Nurse memegang kakiku.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat bernafas dgn normal menggunakan mulut.
Segala wayar yg dipasang padaku dicabut.
Doktor2 & nurse2 di dalam bilik itu xputus2 ucap ALHAMDULILLAH...;).
Aku sangat bersyukur padaMu Ya Allah.

Aku senyum kepada mereka.
Alhamdulillah, syukur.

Nurse2 kelihatan gembira mungkin sebab aku tersenyum.
Sedangkan org lain ada saja yg meraung, menjerit selepas dibedah.
Tapi aku hanya mampu tersenyum.
Aku sempat memberi 'thumbs up' pada salah seorang doktor.
Dia tersenyum gembira.

Alhamdulillah, pembedahan berjaya & hidungku xsakit.
Cuma tekak terasa agak perit.

ALHAMDULILLAH....












Dan resultnye...

Tuesday 10 March 2009

jeng...Jeng...JENG!!!
Hari yg ditunggu2 telah tiba.
Aku dah bersedia fizikal, mental & (x lupa juga) material utk mengetahui result test2 yg aku dah buat tue.
Aku pun cam bese la an...muka excited giler, walaupun mase tu cengkaman pada kepala & keperitan kat hidung ni xdapat digambarkan lagi.
Mungkin gak sebab aku dah lali, so cam xde efect pon.
Dipendekkan cite, resultnye adalah seperti berikut:

-CT Scan (yg menelan duit sebanyak LE 920 tuh!) :
Abg kembar datang membawa folder besar berwarna pink.
Dia datang perlahan2, cam bese, wat muka relax.
Aku ni pulak...jantung macam dah nak terkeluar dari chest part ni haa.
Punyela excited nak tau, huhu.
Bila dia sampai kat aku je, dia xcakap pape pon. Dia pegang je folder tu.
Aik...??! Apakah?? Dia nak suruh aku tanye ke?
"Camne doktor?" (aku mmg panggil dia doktor, sebab xtau nak panggil ape lagi. takkan nak panggil abang kot, haha)
Aku pun mengutarakan soalan sengal tu, sambil memandang dalam2 ke arah folder pink tu.
Barula dia bukak folder tu sambil berkata...
"Sume ok..."
Arghh...nak tercabut telinga ku dengar dia sebut perkataan OK.
.............
"Tapi septum hidung ni...dia ade deviation sikit"
Fuh...lega aku bila dia sambung jumlah ghairu mufidah dia tu.
Bukannye aku lega sebab ade sesuatu yg xnormal.
Tapi lega sebab..yela, at least ade gak masalah ngan hidung aku ni.
Bayangkan kot xde pape. Maun meraung aku kat situ.
Sakit gile kentang, tapi xde pape...huhu.

Dia pun handover filem yg menunjukkan struktur dalam hidung aku ni.
Uish...subhanallah!!
Yela...ade sesuatu yg senget di situ!
Ajaib sungguh! Ini bukan mimpi, tapi realiti.
Hidung aku senget??! Bagaimanakah ini boleh terjadi?
Spontaneously, aku bertanya...
"Aik...cane boleh senget ek?"
Aku pandang Abg kembar ngan muka keliru.
Beberapa saat lepas tu baru aku sedar.
Yang sengetnye septum hidung aku, bukan hidung dia!
Aduhh...ape la aku ni.
Patutnye dia la yg tanye aku, cane boleh senget.
Kuang3...
Tapi cam bese, dgn relaxnye dia berkata "Ni penah jatuh ke?"
Jatuh??? Mestila penah. Sape tak penah jatuh an.
Agaknye, disebabkan dia nampak muka aku ni berkerut gile sambil berfikir, dia teruskan
pertanyaan.
"Penah jatuh pastu kena kat hidung ke..."
Dia tanye sambil wat aksi jatuh tertiarap atas muka.
Hahah...sampai camtu skali an. Kesian lak aku kat dia, kena bagi explanation detail kat aku yg
blur nih.
"Oh...xpenah plak"
"Kena tumbuk pun xpenah" aku menjawab dgn spontan.
Adehh...dia xtanya pun aku penah kena tumbuk ke x. Ape laa...
Aku meneruskan soalan.
"Kalau camni, camne nak buat? Ape rawatannye?"
"Kena wat surgery la. Tu je rasenye..."
Surgery??? Aku pandang Kak Najwa yg sedikit tercengang mendengar kata2 Abg kembar tu.
Aku ni lagi hebatla tercengangnye...haha.
"Oh...xleh makan ubat je eh?"
Ya Allah...lagi skali aku tanye soalan yg terserlah kesengalannye.
Sarah...sarah...kot dah bengkok tulang, pil ape plak yg bleh luruskannye balik?!
Mestila kena bedah utk betulkan.
Adoiyai...nape la aku ni. Sakit sangat kepala sampai blur agaknye.
"Erm..xboleh. Kena wat surgery," dia jawab ringkas.
Dengar je jawapan tu, aku ngan Kak Najwa terus berbincang.
Hebat perbincangan kami sampai Abg kembar cakap
"Ala...minor surgery je pun" sambil tesengeh.
Mak aiii....dia cakap cam minor surgery tu bleh buat hari2 je.
Aku ni senyum senget je la kat dia. Dalam hati kata "Minor2 pun...surgery gak namenye, huh!"

-Result Urine Test (yg ntah bape juta hargenye):
Aku saje wat muka excited bila nampak Abg kembar pegang result tu.
Dia teliti setiap detail maklumat yg ade kat situ.
Yela, mestila dia paham, sebab dia dah tahun 5.
Dengan muka berkerut, dia kata "Sume normal je ni..."
???
Nak tergolek aku dengar.
Aku cam caye xcaye je la.
Tapi mmg betul. Xde pape catatan tambahan kat kertas tu.
Ya Allah...

-Result Ultrasound:
Yang ni la paling best.
Sambil check tu, doktor tu cakap la kat aku...ni bahagian ape, ni menunjukkan ape.
Mungkin sebab dia tau aku ni budak medik.
Aku pun syok dengar dia cite sehinggalah....
"Well, everything is normal. You're healthy, you're ok"
Hah??!
Dah selesai cek sume...Abg kembar masuk, nak tanye doktor ape sakit aku.
Doktor pun explain la sume.
First time aku nampak muka dia muka xpuas hati.
Ha...baru dia tau camne aku rase selama ni, hahaha.
Hmm...tapi mmg aku betul2 xpuas hati.
Sampai skarang pun doktor xtau punca sakit ni.

Hmm...camtu le sedikit sebanyak ttg result tests yg dah dibuat.
Stakat ni, mmg hidung tu je la yg dapat diketahui masalahnye.
Kepala & yg lagi satu tu, wallahua'lam.
Pape pun, mungkin aku agak sedikit terkilan sebab yg lagi 2 tu xdapat dikenal pasti.
Uwaaa....xde gunanye nangis.







Kekeliruan menjejaki 'LEVEL II'

Monday 9 March 2009

Hmm setelah kepala & otak ini disarati dgn persoalan ttg sakit kepala tu...
dan setelah sakit kepala mencapai tahap 'gila kentang', aku pun decide nak jumpa doktor.
Bukannye aku malas nak jumpa dari awal.
Cuma...aku malas nak dengar doktor kate: "Hmm awak ni migrain ni..."
Ya Allah...ntah camne lagi aku nak kata AKU XDE MIGRAIN!
Bukannye aku nak melawan cakap doktor.
Tapi aku tau la ape simptom2 migrain, ape penyebabnye.

Dan...sudah terang lagi bersuluh aku mmg free from migrain.

So, bagi memuaskan hati semua pihak yg tak letih2 menyuruh aku gi jumpa doktor, aku pun pegi la.
Pada suatu hari yg indah, pada penghujung Februari 2009.
Aku gi la Hospital Pakar Universiti Ain Shams, atau bahasa kampungnye 'Mstashfa Takhassus Jami'ah Ain Shams' yg terletak di Abbasiyyah.

Ada 3 penyakit yg aku nak tanya doktor.
Dipendekkan cerita....aku terpaksa jumpa hampir 6 org pakar!
Wehh...giler panas telinga aku ni haa.
Yela...lepas sorang, sorang doktor kata " awak xde pape. sume normal je,"
Huh???!
Sabar je la kan.
Tapi yg xley tahannye aku kena spend banyak duit.
Semata2 utk pendaftaran je.
Adehh...menggigil je tangan ni mase kuarkan duit dari bank.
Total sumenye dekat nak LE 2000.
Ya Allah...dalam hati aku, aku cakap...tolongla ade sesuatu.
Kalau sume doktor kate xde pape...xtau la ape nak buat lagi.
Sampaikan senior yg tolong aku tu tanye "awak ni kewangan ok x?"
Hahah....sampai camtu skali dia tanye. Mungkin sbb dia tgk aku dah banyak kuar duit kot.
Aku pun senyum kambung je la kat dia.
Maun je aku tanye "nape? nak support ke?"
Hah...nasib baik dia laki. Xjadi aku tanye.

Rentetan atau dalam bahasa sedapnye 'chronicles' aku gi hospital:

-Senior tu (atau lebih famous dengan nama 'Abg kembar'. Mungkin sebab dia ade kembar kot. Tapi yg tolong aku tu sorang je la. Last2 aku xtau pun ape name sebenar dia. Hahaha...) bawak aku jumpa pakar ENT (ear, nose & throat). Sebabnye, aku asyik sakit je hidung ni. Lebih2 lagi time musim sejuk ni. Setiap hela nafas terasa keperitannye. Huhu...ayat mantop je.

Hmm...doktor ENT bernama Al-Ustaz Ad-Duktur Aiman Al-Ka'kie. Camne aku leh ingat name dia?? Ha...akan kuceritakan selepas ini.
Doktor tu check ringkas je.
Dia suluh2 kat hidung ni...pastu dia pegi buat expansion kat beginning of nostril aku ni sampai aku rase cam nak koyak idung ni. Huhu...sabar, sabar.
Pastu dia cakap sesuatu kat Abg kembar tu dlm bahasa arab 'ammi.
Aku pun berkerut la muka nak dengar.
Dia nampak aku beriya2 sgt nak tau, dia pun cakap la dalam BI.
Dia suruh aku gi buat CT Scan. Kena scan 3 bahagian: otak, sella & hidung.
Amendenye CT Scan tuh???
Aku penah je dengar perkataan tu masa sekolah menengah dulu.
Tapi xpenah buat secara live.
Aku pun cam excited la nak buat.
Skali...rupa2nya, setiap bahagian yg hendak di scan perlu bayar LE 320!
Mak aiii.....mahal tahap dewa!
Dah la aku kena scan 3 bahagian!!!
Abg kmbar pandang aku. "Ade duit ke?"
Aku plak dgn slambenye jawab "Kena bayar cash ke???"
Hahaha...of coz la cash. Mane main hutang2 daa...
Aku pon pegi la kuarkan duit jap kat Roxy.
Sampai je Roxy...'maaf, mesin ATM ini rosak'.
Ya Allah...macam2 hal.
Aku pun ambik la taxi gi 'Abbas 'Aqqad. Kesian Sakinah kena ikut aku.
Aku pun kuarkan la LE 2000 .
Yela, mane tau kena bayar pape lagi ke kan.
Selesai sume, aku pun wat CT Scan hari tu jugak.
Result dapat hari lain.
Tetibe kan...lepas je wat CT Scan...Abg kembar tu macam nak balik je.
Dalam hati aku cakap...'dia lupa ke, aku ade lagi 1 benda nak check??'
'Atau...dia ade hal. Sebab tu dia buat2 lupa je?'
Aku senyap je la.

Dalam perjalanan balik rumah, puas pikir camne nak check yg lagi satu ni.
Kalau betul dia lupa, takkan aku tiba2 je nak sebut. Macam menyusahkan dia plak nanti.
Hmm...sampai je rumah, aku meneruskan usaha meng'contact' senior2 perempuan yg ade pengalaman menghantar org ke hospital ni.
Malangnye, xde sape pun yg available.
Aku xtaula nape. Mungkin nasib aku kot.

Petang tu...Abg kembar call, bagitau appointment card aku ade kat dia & pesan bawak passport & kerneh next time datang. Pastu nasib baik giler dia sebut pasal nak check lagi satu tu.
Aku pun lega la rasenye. Alhamdulillah....

-Seterusnye, aku dibawa berjumpa pakar mata atau bahasa kampungnye 'ophthalmologist'.
Sebab ape kena jumpa pakar mata??
Sebab....doktor ENT kata, mungkin sakit kepala aku ade kaitang ngan mata.
Dia kata mungkin power aku dah naik ke, silau tinggi ke, mata kero ke kan...hahaha.
Aku pun ikut je la an. Maklum la...doktor suruh, kena la buat kan.
Jumpa pakar mata, daftar pun kena bayar mahal.
Senang je duit melayang, huhu.
Pakar mata tu...ntah sape nama dia.
Punye la lambat masuk hospital.
Aku xtau la dia gi mane an. Tapi aku tepakse tunggu dekat nak 1/2 jam dalam bilik dia tu.
Sampaikan nurse yg tunggu aku tu tetido2...haha.
Aku mampu senyum kambing je la an. Ape lagi nak buat.
Doktor pun sampai...ntah pukul brape agaknye.
Dia check2 la ape yg patut.
Last skali...dia kate kat abg kembar "adik awak ok. dia normal je. power spek dia pun still same. dia xde sinusitis. Optic nerve sume ok"
Urgh???!!!
Abg kembar pandang aku dgn muka kehairanan.
Tapi dia wat2 rileks je.
Pastu pada hari yg sama gi jumpa Urology lak.
Ni pun suruh aku wat test gak.
Uish...kot free setiap test tu xpe gak.
Ni melayang lagi duit...huhu.
Hmm ni pun result dapat hari lain.
Lepas dah settle wat test sume, aku pun balik la umah dgn perasaan tertanya2 dlm hati.
Apela sakit aku ek??

Pelik bin Ajaib + Aneh binti Misteri = Aku bingung...

Tuesday 3 March 2009

Minor headache yg kurasakan cam xde pape semakin mengganas.
Makin hari makin kerap....
Seminggu sekali, seminggu 3 kali....akhirnya, tiap2 hari.
Orang kata migrain.
Aku bantai je la makan ubat migrain, pain killer, ntah ape2 ubat lagi.
First time makan je elok.
Pastu same je, xde kesan.
Time sejuk ni lagi la terseksa brain & skull ni dibuatnye.
Rase cam kena cengkam oleh tangan yg halimunan.
Subhanallah....

Penah beberapa kali aku buat kesilapan yg aku xsedar.
1)Tengah syok2 cakap ngan kawan, aku diam secara tiba2.
Kenapa??
Sebab aku xingat ape aku nak cakap!
Aduh...boleh lak camtu eh?
Mula2 macam xcaye.
Tapi mmg lama jugak ambik masa nak ingat.
Tapi kenapa jadi macam tu?
Aku senang hilang fokus ke?
Takkan sampai macam tu kot.

2) Naik teksi ngan sakinah, balik dari Tawheed wan Noor kalau tak silap.
Biase la...jalan ke rumah negeri ni bukan sume ammu teksi tau.
Kena la bagi direction.
Sampai je kat villa tu, sakinah pun cakap la 'shimal'.
Pastu ammu tu ingat nak terus wat u-turn.
Aku pun dengan yakinnye cepat2 cakap 'ala gam'
????!
Pucat muka sakinah mase tu. Dia jeling aku tajam2.
Sepatutnye aku cakap 'ala tul'.
Aku plak cam blur je...xsedar aku dah silap cakap.
Balik rumah, habis dia membebel kat aku.

Tapi...kenapa boleh jadi macam tu eh?

3) Aku kalau nak diikutkan, tak penah tak tido time kuliah.
At least sekali sehari...
Tak tau la kenapa.
Aku rasa aku cukup je tido, makan ok je, rehat pun cukup.
Bila doktor dah start lecture, 30 minit yg pertama aku segar.
Pastu dgn tak semena2 aku syahid.
Mmg aku xsedar camne leh syahid.
Tapi tu la yg berlaku hari2.
Nasib baik aku bukan jenis yg tersengguk2.
Doktor xdela nampak.
Tapi...aku rase blur tahap dewa time lecture.
Padahal benda senang je pun yg doktor cakap tu.

Keadaan semakin memuncak bila aku dah tak dapat nak kawal tahap kesakitan & blur kepala aku ni. Dah beberapa kali aku balik awal dari U sebab sakit sangat. Dah banyak kali jugak la aku xgi praktikal Biochem & Anat.
Nak wat keputusan nak balik rumah pun bukan senang.
Bak kata sakinah, bahaya aku balik sorang2 dalam keadaan sakit kepala macam tu.
Betul jugak katanya tu. Tapi nak buat macam mana. Aku terpaksa redah je la sebab tak tahan sangat.
Aku pun pegila tempat tunggu tremco, then naik tremco Sabek.
Ntah camne...masa dalam tremco tu aku tetiba je syahid balik.
Aku tertido ke? Ke...aku pitam?
Aku sendiri xtau.
Penah beberapa kali aku hampir2 terlepas stesen yg patutnye aku turun.
Penah jugak aku naik teksi sorang2 dan tersyahid 2-3 kali.
Bila pikir2 balik...bahaya woo!
Tapi aku sendiri xtau laa kenapa jadi camtu.

Sampai la sekarang ni....aku masih dalam condition yg same.
Keadaan akan meruncing time angin bertiup.
Fuh..mmg xboleh tahan.
Allah je yg tau perasaan aku time tu.

Ya Allah...apakah yg terjadi sebenarnye??

Related Posts with Thumbnails