Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Erk...pahitnye!

Sunday 30 May 2010

Hari ni, tepat pukul 10 pagi telah berlangsungnya exam praktikal Biochemistry. Sampai-sampai je kat kawasan lab, 'ammu terus suruh masuk lab Biochem, sedangkan kawan-kawan lain berkumpul dalam tutorial class. Itulah akibatnya datang 'on time'. Terus jadi orang terawal masuk exam. Huuu...cuak2.

Dengan penuh teratur, satu persatu student masuk mengambil tempat. Di meja kami tersedia test tube rack bersama 5-6 buah test tubes, 2 batang pipette, 1 cylinder, test tube holder dan beberapa bahan experiment yang membuat kami teruja apabila melihatnya. Muka masing-masing suci je (ke..pucat??) menanti arahan dari doktor. Satu meja ada 6 orang. Setiap orang dapat sample yang berbeza, maka tiada probability untuk meniru (haa...yeke?). Aku satu kumpulan dengan Aida, Sakinah N9, Ammar, Muqsit dan Syah.

Time awal-awal masuk lab keadaan agak kelam-kabut. Ada yang berbual pasal experiment yang bakal dibuat, ada yang musykil boleh bawak nota urine analysis atau tak, ada yang baru nak pakai lab coat, sampai terpecahkan test tube. Kat lab Biochemistry ni, sesi memecahkan test tube agak biasa :). Sambil-sambil geleng kepala tengok sahabat lain, aku capai semula beg yang dah dimasukkan dalam laci. Simpan nota, sebab tak tahu boleh tengok ke tak masa exam. Tengah-tengah bukak beg....keleting! Erk...alamak! Beg aku terlanggar cylinder kat atas meja, lalu ia jatuh dan pecah. Giler blushing time tuh. Semua orang pandang, rasa macam selebriti sebentar. Tak pasal-pasal satu badan menggigil cuak. Ya Allah Sarah...carelessnya! Maka dengan muka tebal, aku memohon lagi satu cylinder kat pembantu makmal. Nasib baik mood mereka ceria. Serpihan kaca atas meja cepat-cepat dibersihkan bila dengar doktor kata markah kebersihan tempat experiment juga diambil kira, huhu.


Itu lah dia cylinder yang aku 'terpecahkan'. Terpaksa diganti dengan yang baru, huhu.

Kami dikehendaki buat 2 experiments: Serum Creatinine dan Urine Analysis. Segala details penting doktor dah tulis kat blackboard, maka tibalah masanya untuk kami mempraktikkan segala ilmu yang ada. Bak kata Ustaz Danial, "Imtihan ni menguji kematangan ilmu". Baik, mari kita lihat sematang mana ilmu kita.

Firstly, group kami kena buat serum creatinine. Mula-mula pipette 2 ml serum dan campur dengan 1ml reagent, iaitu Alkaline Picrate yang berwarna kuning pekat. Mix well dalam test tube, pastu tunggu 20 minit, then pegi dapatkan nilai absorbance untuk sample tersebut dari doktor.


Ini adalah pipette, berukuran 5 ml. Yang kami guna tadi 2 ml dan 1 ml. Cara nak guna pipette ni senang je. Kena sedut ikut hujung pipette sampai ukuran yang kita nak, then adjust dengan ibu jari. Semua orang pun tahu macam mana nak guna. Sambil buat experiment, doktor pantau, soal itu ini dan bagi markah. Alhamdulillah, semua kat group aku berjaya buat experimen pertama dengan baik. Rasanya, semua dapat full marks.

Beralih ke experiment yang kedua. Time ni, doktor bukannya setiap masa kat meja kami. So, doktor dah tak ada, apa lagi...mulut pun tak reti nak diam.

"Weh...kena tuang sampai brape ek nak kire specific gravity nih?"
"Tadi ko baca tak volume urine ni?"
"Eh...mana satu sodium nitroprusside?"
Soalan paling best..."Eh...dah boleh mula experiment ek??" haha.

Ye, memang terasa kecuakannya. Aku sendiri pun menggigil pegang test tube, nasib baik tak jatuh. Entah kenapa nak menggigil. Padahal doktor kat tempat lain time tu. Maka kami mulakan experiment. Bismillahirrahmaaanirrahiim....

Sample yang diletakkan depan kami merupakan urine yang sama ada mengandungi bahan-bahan asing (albumin, bile salts, glucose, ketone bodies) atau normal. Nak tahu sample tu kandungannya apa, kena la buat experiment. Sample yang satu itu perlu dilakukan 4 tests ke atasnya. Heat coagulation test, Benedict's test, Sulphur Hay test dan Rothera's test. Test paling senang dan aku suka: heat coagulation test, hehe. Semua orang buat dengan tenang, sambil-sambil berbual itu dan ini. Meriah jugak la exam tahun ni :).

Beberapa ketika kemudian, nampak la result masing-masing. Ada yang samplenya normal (Aida), ada yang mengandungi albumin (aku) dan ada yang mengandungi glucose dan ketone bodies (Sakinah). Budak laki punya result tak sempat nak tinjau apa. Kemudian, doktor pun datang, nak tanya soalan dan minta setiap orang explain experiment yang dah dibuat. Sampai je kat aku doktor tanya urine sample aku ada apa. Aku jawab dengan yakin :Albumin! Doktor mintak tengok test tube yang membuktikan presence of albumin. Aku pun tunjuk la. Tapi white clouds kat permukaan sample tu dah makin hilang, sebab dah lama buat experiment tu. Doktor suruh buat sekali lagi, sambil tu beliau berpindah ke Sakinah.

Aku no hal je nak buat lagi sekali, sebab senang. So, tuang sample setengah tube, then heat kat surface of sample. Kejap je white clouds dah ada. Aku tengok syok je doktor tanya soalan kat Sakinah. Aku pun tangguh la niat nak tunjuk kat doktor. Teruskan heat. Agaknya, kalau lama sikit lagi, lagi banyak la white clouds nya. Tapi tiba-tiba dengar bunyi kaca retak. Alamak...test tube aku ke?? Aku pun cepat-cepat la jauhkan test tube dari api. Time tu doktor pusing nak tengok result aku. Kebetulan...keletang! patah dua test tube tuh. Hahaha...cuak giler time tuh. Budak-budak lain sengih je tengok aku buat muka tekezut. Doktor senyum dan kata "That's enough, doctor...". Aiyo....


Beberapa results experiment yang ditinggalkan oleh rakan-rakan yang keluar awal.


Macam-macam warna ada. Comel kan? Ini pun diambil dari meja yang ditinggalkan tanpa dikemas, huhu. Excited kot.

Selesai Urine Analysis, kami pergi dapatkan nilai absorbance untuk serum creatinine. Aku punya sample: 0.50. Kira punya kira, terkejut tengok result. 2.5 mg%. Tinggi tuh! Normal 0.6-1.2 mg% je. Aku pun tanya Aida. Result dia pun tinggi jugak, 3 lebih. Tanya pulak Ammar, 1.8 je. Muqsit pulak 1.9. Takdelah jauh beza sangat. Maka, aku dan Aida decide nak buat experiment lagi sekali memandangkan masa masih banyak.

Dengan berhati-hati, aku pipette serum 2ml, masukkan dalam test tube. Kemudian, pipette alkaline picrate 1 ml. Tengah khusyuk sedut cecair tuh, tiba-tiba....gulp! Ya Allah...masuk dalam mulut!! Mak oii...pahitnye!! Rasa nak tersembur kat situ jugak. Nasib baik la tak sembur. Malu kot. Beberapa ketika aku macam stunned, tak tahu nak buat apa. Banyak jugak yang masuk dalam mulut. Sebab aku tertelan sikit, tapi ada lagi baki dalam mulut. Takkan nak telan pulak. So, bergegaslah aku menuju ke sinki, nak buang cecair pahit dan kelat itu. Tapi malangnya keadaan sangat exposed, dan sesiapa pun boleh nampak. Aduii...malu seyh! Sambil sebelah tangan cover muka, sebelah tangan lagi tadah air kumur-kumur. Bajet orang lain tak nampak, huhu. Padahal obvious sangat! Ain datang sambil tepuk-tepuk belakang aku "Ko telan ke...?". Aku sekadar mengangguk. Bukan sengaja la weh....

Lama jugak nak hilangkan rasa pahit. Dah makan gula-gula pun masih terasa pahitnya. Haha...takpelah. Dapat pengalaman merasa Alkaline Picrate :p. Tapi betul jugak kata kawan aku "Nasib baik urine tu tak kena pipette. Kalau tak, free2 je minum...". Eerghh...geli tekak memikirkannya.

Yang menariknya tentang exam tadi, tiada soalan objektif diberikan. Hairan juga dibuatnya (walaupun dalam hati HAPPYYY!). Patut la aku macam nak tak nak je baca nota soalan objektif semalam. Alhamdulillah.....

p/s: teh hijau tanpa gula pun tak sepahit alkaline picrate :p

Tunang: Sudah bersediakah??

Saturday 29 May 2010

AMARAN: Kisah ini bukan kisah jiwang. Sila hayatinya dengan hati yang bersih dan akal yang sempurna.



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."




Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


-Kisah ini aku copy dari blog seorang sahabat seperjuangan. Semoga kita dapat manfaat dari kisah ini-


p/s: Esok final exam praktikal Biochemistry. Doakan kami semua!!




Debu dan Anatomy dan...

Thursday 27 May 2010

Pagi-pagi lagi Allah dah kurniakan nikmat bersin. HAAAACHUMMM! Alhamdulillah :). Hari ini hari yang mendung, matahari malu-malu nak keluar. Instead, debu-debu halus yang memenuhi ruang udara kawasan 'Abbasiyah. Bila hari dah terang je, Betty bising-bising mengiau, minta aku buka pintu balkoni. Dia nak tinjau kawan-kawan dia kat bumbung bangunan depan. Kawan-kawan dia burung la, siapa lagi. Buka je pintu, deruan angin membawa habuk dan debu menyelusup masuk ke dalam bilik. Aneh.


Dengan muka hampa, Betty undur balik, terus melantak Friskies. Memang hobi dia, kalau terasa hampa, dia akan melantak Friskies. Kucing kan...nak buat macam mana. Selesai makan, perasaan hampa dah hilang, dia lompat atas katil, terus duduk atas buku Anatomy yang aku tengah syok baca. Haihh budak ni. Memang suka perhatian. Bila aku buat tak layan, mula la dia buat hal macam-macam.


Entah macam mana dia boleh masuk dalam rak ni. Pandai pulak dia selak lapisan plastik tu. Bila aku panggil, dia buat-buat tido. "Betty buat apa dalam tu?" aku bertanya dengan nada serius. Dia segera mengangkat muka dan menjawab "Miau miau miau wauwauwau...". Terjemahannya "Mama ni sebok je la. Pegi la bace buku. Kejap lagi nak exam,". Aku pun teruskan study memandangkan exam akan bermula jam 9.00 pagi.

Tepat jam 8 pagi, dapat SMS dari Husna. Khabarnya, Diana kata, budak Arab kata, diorang punya soalan tak banyak keluar cadaver (mayat), banyak gambar je. Aku bingung seketika. Gambar je?? Habis tu yang kami berhempas pulas revise mayat berjam-jam dulu untuk apa? Pihak universiti tiba-tiba tukar format ye? Aneh...aneh.... Tak apalah, buat je yang terbaik. Sesungguhnya Allah bersama kita semua :).

Sedikit gambaran suasana Final Exam Practical Anatomy For Second Year Students For The Year 2010:


Ini namanya KIDNEY ye, tuan2 dan puan2. Nama kampungnya, BUAH PINGGANG. Dia tak tanya kidney ada berapa pasang dalam badan kita. Yang dia tanya, ni kidney kanan ke kiri? Dan benda apa yang ditanda dengan dawai besi tu? Haaa..macam itu lah soalannya.


Ini pula soalan x-ray. Namakan bahagian yang ditandakan. Sila lah jawab :)


Haaa....ni pulak apa?? Ni merupakan kaki belah kanan seorang (ke sebuah?) mayat. Kami kena namakan bahagian2 yang bertanda.


Siapa tak pernah tengok mayat, ini la contoh mayat yang ada dalam dissecting room kami. Format soalan sama je, namakan bahagian yang bertanda. Yup, benarlah khabar angin yang mengatakan tak banyak keluar mayat dalam exam tahun ini. Terlihat sedikit kekecewaan di wajah rakan-rakan.  Mengapa keluarkan soalan berdasarkan gambar dalam buku, sedangkan yang kami pelajari adalah dari mayat?? Mungkin terdapat hikmah besar di sebaliknya.

Total ada 30 soalan, setiapnya ada A dan B. Maka, 60 jawapan yang perlu kami berikan. Selesai exam, kami pun apa lagi, pot pet pot pet berbincang jawapan. Macam-macam bunyi ada "Alaa...yeke...", "Yeay...betul!", "Eh...bukan left kidney ke tuh?"...dan blablabla. Alhamdulillah, selesai sudah exam praktikal anatomy. Seterusnya, praktikal biochemistry menanti pada 30 Mei ni. Doakan kami ye!


Pelajar cemerlang Nigeria dan Malaysia, Karimah dan Diana. Sama-sama pakai hijau. Rugi aku pun tak pakai hijau, huhu. (Bajet nak dapat aura mumtaz :P).

p/s: kena strive betul2 untuk written & oral exam Anatomy. Everyone can do it!

Amalkan...nescaya selamat

Saturday 22 May 2010

Tangan menggigil, jantung berdegup laju, peluh dingin terasa membasahi dahi. Aku menoleh ke belakang mencari-cari lembaga durjana itu....

Alkisahnya....

Pulang saja dari Muqattam, aku dan Sakinah decided nak singgah kedai, beli beras untuk rumah. Seterusnya, destinasi kami ialah kedai print. Ada benda aku nak kena print kat sana. Maka sambil berjalan-jalan, kami pun bercerita dan gelak ketawa, menambah eratkan lagi persahabatan. Secara jujurnya, aku memang tidak menjangka apa-apa yang buruk akan berlaku. Kami meneruskan perjalanan sambil berbual-bual. Beberapa ketika kemudian kelihatan 2 orang rakan kelas kami, Fahmi dan Azzam sedang berjalan menuju ke rumah. Hati rasa senang nampak mereka, tapi tak tahu kenapa. Mungkin kerana insiden selepas itu yang membuatkan aku terfikir....alangkah baiknya jika mereka ada.

Ketika sedang elok berjalan, melepasi kedai demi kedai menuju ke kedai print yang terletak tidak jauh dari rumah kami, tiba-tiba aku terasa seperti disentuh dari belakang. Erk... Aku pun menoleh, sedikit berdebar. Terlihat kelibat seorang lelaki berbaju biru sedang lari laju-laju masuk ke sebuah lorong. Langkahku terhenti. Sakinah yang menyedarinya bertanya, "Kenape?". Aku terpinga-pinga, rasa macam tak percaya. Aku memberi reaksi muka terkejut bercampur keliru kepada Sakinah sambil berkata "Orang tu...." aku tak reti nak sambung apa. Sakinah serta merta faham "Ya Allah....".

Kami meneruskan perjalanan menuju destinasi. Pada tanggapan, orang berbaju biru tu dah blah jauh-jauh. Masuk saja ke selekoh, kelibat Fahmi dan Azzam masih kelihatan. Hati rasa tergerak mahu memanggil mereka, namun aku tidak pasti tujuannya apa. Nak mintak tolong? Untuk apa? Entah-entah orang tu dah tak ada. Nanti apa pulak mereka fikir? Waktu siang terang benderang pun nak guna musyrif? Mungkin ada yang fikir kami gila, tak pun manja. Maka aku batalkan niat, dengan harapan orang tu dah tak ada.

Masuk lorong kedai print, aku menoleh ke belakang, sekadar untuk berhati-hati. Dan sangkaanku meleset apabila terlihat lelaki berbaju biru itu di sebalik sebuah kereta putih. Aduhh...apa yang dia nak? Hati mula rasa tak sedap. Badan rasa menggigil, menahan marah. Rasa nak bagi dia chopping kick je. Tapi dia menyorok jauh. Kami teruskan masuk ke kedai print. Sakinah tunggu di luar memerhatikan lembaga tersebut sambil aku berurusan dengan tuan kedai. Selesai urusan, kami menuju ke kedai photostat yang terletak hampir dengan kedai print. Kedua-dua kami sangat berwaspada, memerhatikan kiri dan kanan sambil berjalan. Ternyata lembaga biru itu masih memerhatikan kami. Hati mula rasa berat.

Selesai urusan di kedai photostat, kami terus menghala ke rumah. Namun kami terasa masih di ekori, tapi dari jarak yang jauh. Aku dan Sakinah saling berpandangan. Kami decided tak mahu terus pulang ke rumah. Bahaya kalau orang tu tahu rumah kami kat mana. Jadi, kami teruskan perjalanan menuju ke kedai Big Pencil berdekatan dengan rumah. Ketika melalui lorong rumah kami, terasa sunyi sebab tak ada orang. Degupan jantung makin kuat. Sesekali kami menoleh ke belakang, memastikan agar tidak diekori. Jalan nampak clear, tak kelihatan pun sesiapa di situ.

Ketika nak masuk lorong, aku tergerak hati nak toleh ke belakang. Tanpa disangka-sangka, lembaga biru itu sedang cuba mencapai...aku pun tak tahu apa. Mungkin nak capai beg aku ke, tak pasti. Takkan dia nak capai beg sekolah aku ni. Dalam beg ni duit pun berapa je ada. Tak sampai LE20 kot! Dihantui rasa marah + terkejut, aku buat la muka marah sambil tanya dia nak apa sebenarnya. Lembaga tu yang agak terkejut melihat aku tanya dia camtu, cepat-cepat je nak blah, tapi sempat pulak panggil aku datang kat dia. Pastu dia datang dekat. Rasa marah makin menguasai diri. Astaghfirullah...sesungguhnya tak patut aku biarkan diri dikuasai perasaan marah. Sungguh lemah iman ketika itu. Suatu ketika rasa nak belasah dia dengan beras 5 kilo ditanganku ini. Tapi terfikir jugak, nanti beras ni terbarai...dah tak ada makanan nak makan. Dah la duit tak ada nak beli lagi. Tanpa fikir panjang, aku lari ke arah Sakinah yang berjalan di hadapan, tidak mengetahui apa yang terjadi. "Sakinah, orang tu ikut lagi!" aku berkata sambil berjalan laju-laju.

Otak pun kelam kabut fikir nak buat apa bagi mengelak orang tu ikut kami lagi. Sampai sahaja di hadapan kedai Big Pencil, kami menaruh harapan agar 'ammu kat kedai tu dapat halau orang yang ikut kami. Sesungguhnya, salah seorang 'ammu kedai tu perasan yang kami diekori. Namun dia tersengih je melihat kami. Pelik...sungguh pelik. Kenapa dia sengih je? Tak ada rasa nak tolong ke? Tanpa berlengah, kami pun masuk ke kedai, mencari-cari barang yang tidak pasti. Sambil-sambil tu jenguk luar melihat lembaga biru menanti kami di luar. Ya, dia memang berlegar-legar di luar!

Hatiku bertambah panas. Tangan pun menggigil mungkin kerana perasaan marah bercampur baur dengan takut. Amat bahaya jika kami keluar dari kedai dan terus pulang ke rumah, sebab lembaga tu sangat berani nak meraba di siang hari, time orang tengah ramai. Musykil sungguh. Bukannya aku berjalan seorang diri. Bukannya aku berjalan di malam hari. Dan bukan juga aku berjalan di lorong yang sunyi!

Di dalam kedai, aku dan Sakinah memerah otak memikirkan cara terbaik untuk pulang. Teringat Fahmi dan Azzam yang dilihat setengah jam yang lalu. Mesti mereka ada kat rumah. Kalau mintak salah seorang jadi musyrif, boleh tak agaknya?? Tapi mesti mereka pelik. Siang-siang pun nak musyrif. Namun keadaan tersebut sangat memaksa. Dah 2 kali kena pegang, takkan nak jalan lagi kat luar. Seolah-olah memanggil lembaga itu untuk meneruskan kerjanya. Kami decide nak call musyrif. Malang sungguh aku tertinggal handphone di rumah, dan Sakinah tiada nombor telefon jiran kami. Maka terpaksalah call Kak F dahulu, cerita keadaan sebenar dan minta dia carikan musyrif.

'Ammu kedai tu dah bengang je tengok kami berlegar-legar tanpa beli apa-apa. Namun kami stay dalam kedai sampailah Marami datang. Time dia datang, tengok muka dia buat reaksi pelik. Of course la dia tak tahu perkara sebenar. Aku pun bagitau la pasal lelaki berbaju biru tu. Marami cari-cari lelaki tu sambil buat muka macho + garang. Pastu dia kata lelaki tu dah tak ada. Kami pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Alhamdulillah, selamat sampai tanpa diekori, namun kami yakin masih diperhatikan.


Sampai je rumah, terus cerita kat Kak F. Macam peluru kami bercerita, haha. Kawan-kawan yang tahu hal tersebut pun ramai bagi respond. Ade yang suruh belasah je Arab tu, ade yang suruh marah dia supaya dia takut, ada yang pesan lain kali kalau keluar bawak la pisau ke, penyembur lada ke. Dan semuanya berpesan supaya berhati-hati lepas ni. Aku pun decide nak call ibu. Kebetulan ibu belum tidur. Silapnya di situ, I should've called dad first. Sebab ibu sudah tentu bimbang. Ayah dengan tenang bagi nasihat. "Kan ayah dah pesan. Setiap pagi dan petang, jangan lupa baca Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syai-un fil ardhi wa la fissama-i wa huwassami'ul 'aliim. Kalau amalkan selalu, insyaAllah selamat. Jangan tinggalkan tau. Kalau orang tu serang dari arah depan, baca doa Nabi Ibrahim yang ayah ajar dulu tu. Jangan lupa. Yang penting, dalam situasi macam tu kena tenang....".

Ya, aku mengaku. Ada masanya aku terlupa nak amalkan. Astaghfirullaaaaah... Leka sikit boleh mengundang bahaya! Selama ni banyak je dengar cerita akhawat kena kacau dengan Arab. Ada yang kena raba, macam-macam lagi. Tak kena kat diri sendiri, memang rasa tak ada apa-apa. Ada masa, waktu malam pun aku rasa selamat tanpa musyrif. Namun kejadian di siang hari tadi mengubah segalanya.

Tawakkal itu sangat penting, dan perlu ada usaha di sampingnya. Doa memohon perlindungan Allah setiap masa, sebab kita tak tahu bahaya yang bakal menimpa. Sungguh, Allah telah memberi peringatan kepada aku yang leka.

p/s: Kena kahwin la nampaknya. Baru ada musyrif kekal :P



Allah...

Friday 21 May 2010

Entah berapa kali aku mundar-mandir dalam rumah, lagak seperti tiada arah tujuan. Ku tinjau makanan di dapur, namun tekak kata belum lagi. Ku selak-selak nota Anatomy atas meja, otak kata nanti sambung lagi. Ku buka pula buku lukisan Histology, tangan kata dah letih ni. Ku toleh ke arah katil, namun mata kata belum masanya lagi. Serentak dengan itu, hati menjerit. Kenapa aku rasa kosong dan sunyi?? Aku merenung ke arah bungkusan Friskies yang sudah 3 hari tak bersentuh. Bukan, bukan kerana Betty. Aku sudah immune dengan ketiadaannya. Hati tercari-cari apa puncanya. Mata meliar, mencari sesuatu objek yang boleh menghilangkan kekosongan dalam jiwa. Tiba-tiba terlihat tasbih yang tergantung kemas di pintu almari. Ku capai dan mula berselawat. Teringat pesan ayah: Bila rasa kosong, kembalilah pada Allah. Nanti kita jadi tenang. 


Ketika hati mula khusyuk bertasbih, fikiran mula melayang mengenangkan betapa alpanya aku pada Tuhanku. Setiap hari hidupku dipenuhi aktiviti keduniaan, yang kadang kala terselit di celah-celahnya masa untuk mengingati Tuhan. Namun ku kira-kira, berganda-ganda masa ku lebih banyak ku habiskan untuk aktiviti dunia. Siang ku padat dengan aktiviti yang membuatkan aku sibuk. Andai terdapat masa luang pun, ku penuhinya dengan rehat, atau sukan yang boleh menghilangkan keletihan. Malam ku turut ku penuhi dengan belajar, tidur dan selebihnya qiam, kadang kala. Namun tidur itu sering kali melebihi qiam.

Ya Allah, betapa zalimnya diri ini! Aku terlalu sibuk dengan diri sendiri, hingga aku terlalai dari mengingatiMu ya Allah! Sedangkan Allah tidak pernah lupa kepadaku. Setiap detik Allah kurniakan nikmat kepadaku, agar aku dapat terus hidup, dan mengabdikan diri padaNya. Tapi aku? Aku gunakan nikmat itu tanpa sedar. Aku gunakan nikmat masa, usia, sihat dan nyawaku untuk hal-hal dunia, untuk keseronokanku. Ya Allah, aku terlalu zalim!! Hatiku meronta-ronta memarahi diriku yang alpa ini.

Mengapa aku terus lalai begini? Apakah puncanya?? Teringat pesan ayah: Kalau dalam solat pun kita tak khusyuk, macam mana kita nak khusyuk buat kerja lain. Aku terkedu. Benar kata ayah. Kadang kala dalam solat pun tumpuan ku lari entah ke mana. Takbirku, ruku'ku, sujudku...ada masanya tidak khusyuk! Revision Anatomy, lukisan Histology, assignment dan exam kadang kala ku bawa masuk ke dalam solat. Ya Allah...apa nak jadi dengan aku ni?!! Ke mana perginya daya tumpuanku? Mengapa harus ku fikirkan hal-hal dunia ketika aku sepatutnya memikirkan hanya tentang Allah, Tuhanku yang satu, yang tak layak disamakan dengan apa-apa pun di dunia ini. Ya Allah...aku terlalu zalim.

Ketika pada suatu masa aku mengadu pada ayah, tumpuanku untuk belajar kurasakan seakan-akan hilang. Ayah menasihatiku agar menjaga solatku, menjaga hubunganku dengan Allah, mengingatiNya setiap masa, dalam setiap denyutan nadiku, dalam setiap pekerjaanku, dalam detik-detik yang ku lalui dalam hidup ini. Kata ayah, jika hubungan kita dengan Allah itu baik, insyaAllah urusan kita yang selebihnya juga baik. Ayah mengajakku mengenang kembali saat-saat aku masih di sekolah. Kata ayah, Ayah dan ibu tengok angah busy sangat time sekolah. Lebih-lebih lagi tahun nak SPM. Tapi ayah tak risau tentang pelajaran kamu. Sebab ayah tahu keyakinan dan tawakkal kamu pada Allah sangat tinggi. Dan sebab itu Allah sentiasa bantu kamu. Ayah kagum dengan tumpuan angah. Sejak angah sekolah rendah, ayah dapat lihat tumpuan yang sangat kuat tu. Time kamu nak fly ke Mesir dulu pun ayah masih nampak daya tumpuan tu kat angah. Sekarang ni, ayah dah tak ada dekat dengan kamu, nak ingatkan kamu hari-hari. Kamu mesti disiplinkan diri, ingatlah Allah setiap masa dan janganlah bimbang. Pertolongan Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Hati tertunduk mengenangkan betapa berdosanya diri.

Menjadi kebiasaanku untuk mencari bahan bacaan ilmiah bagi mengisi rasa kosong. Ku renung beberapa saat ke arah rak buku yang setia memenuhi diri dengan pelbagai jenis buku. Majoritinya buku akademik, buku rujukan, buku cerita, buku motivasi dan sedikit sungguh buku yang mendatangkan muhasabah diri. Tiba-tiba mata tertumpu kepada senaskhah buku yang seolah-olah tersepit di celah-celah buku yang lebih tebal. Aku mencapai buku tersebut. Serta-merta teringat, itulah buku pemberian teman seperjuanganku ketika hari lahirku yang ke 20. Belum lagi aku membaca, mahupun menyelak-nyelak isi kandungannya.



Aku pun berhasrat untuk mengisi malamku itu dengan membaca buku tersebut. Sepanjang pembacaanku, kerap kali hatiku menangis, menyedari diriku telah terlalu terpikat dengan dunia. Betapa selama ini aku sering menuruti kehandak nafsu dan hati, yang inginkan kesenangan, keseronokan dan bergembira serta bergelak ketawa. Sedangkan Allah, Tuhanku dan Tuhan sekalian alam, memerintahkan agar aku takut kepada Allah, dan mencegah diri daripada memenuhi kehendak nafsu. Persoalannya, seruan manakah yang disambut oleh hati? Disinilah letaknya ujian dan dugaan kehidupan. Pilihan hati lah yang menentukan bagaimana keadaan hati sebenarnya.

Jika hati itu tenang dan bersih, seruan Allah disambut dengan semangat yang berkobar, tiada apa pun di dunia ini yang bisa menghalang diri dari mentaati Allah. Namun jika hati itu rosak dan kotor, keindahan dunia dilihat seperti tiada akhirnya, seolah-olah dia akan hidup selamanya. Hati ini sangat mudah tertipu, dan oleh itu ia perlu dipelihara sebaiknya, agar ia sentiasa tunduk dan khusyuk menjalankan perintah Allah. Kerana pada akhirnya, bukan harta dunia yang akan membantu kita, tapi amal ibadahlah yang menjadi teman setia di akhirat nanti. Ketika kita menangis, meraung kesakitan di akhirat, hanya amal ibadat yang bakal bersama kita. Tiada lagi dunia dan isi kandungannya yang dulu kita agungkan.

Allah...hati rasa segar semula. Bagaikan telah diberi makan, setelah beberapa lama diabaikan. Hidup ini bukanlah untuk keseronokan, tetapi ia adalah perjuangan. Sehebat mana pun kita, sedalam manapun ilmu kita, ada masanya kita terleka dan terkapai-kapai keseorangan, menanti seseorang untuk menarik kita keluar dari kepompong keseronokan. Itulah hikmahnya Allah menciptakan manusia di sekeliling kita; keluarga dan sahabat untuk sentiasa mengingatkan kita yang lupa. Sungguh, itulah sifat manusia, sering kali lupa. Dan Dia, Allah Yang Maha Esa, sentiasa ada di sisi kita dan tidak pernah sesaat pun lupa kepada kita.

MAYans' birthday bash

Wednesday 19 May 2010

Pagi tadi aku punyalah bersemangat nak datang kelas, memandangkan aku bakal menerima kepulangan Betty pada hari ini. Sudah 2 hari aku kehilangan Betty. Hari ni ku rasakan kerinduan bakal terubat.

Sampai saja di kuliah, ternampak kelibat Akmal yang memberi reaksi agak pelik apabila ternampak aku.

"Err...Betty tak kawen lagi. Tunggu sehari lagi la...." dan selebihnya kata-kata beliau aku tak berapa dengar.

Rasa remuk hati mendengar kata-kata beliau. Hancur harapan aku nak bersua muka dengan anak tersayang. Dalam dewan kuliah, aku tak mampu nak selindungkan lagi rasa sedih. Lalu bergenang air mata menyebabkan rakan-rakan sekeliling turut simpati. (Ntah camne tetiba sentimental, hahaha). Itulah akibatnya apabila terlalu sayangkan kucing.



Setelah beberapa ketika melayan perasaan sayu, datang Sue tersengih-sengih sambil berkata "Sarah, kita pegi makan kek nak? Jom la. Aku nak mengurangkan kesedihan ko ni,".

Aku yang agak blur ketika tu.. "Ha??" kek tu ape? Haha. Nasib baik bertanya dalam hati je.

Maka setelah selesai kelas terakhir Physiology pada petang tadi, kami pun beramai-ramai menuju ke rumahku untuk celebrate birthday gadis-gadis yang makin meningkat umur, yang lahir pada bulan 5. Kami terdiri daripada:

DINIE-the cheese cake baker (birthday girl to be. turning 19 soon!)
SUE-the birthday bash organizer
YAT
DIBA
ANDI
FARAH
ALIN- (also birthday girl to be)
AIN
NUHA
SAKINAH-(belated birthday)
SARAH-(me!)



*Kek hasil air tangan Dinie!* ~Sedapnya hingga....~ (thanks girl!)


*Menu berat yang tak berapa nak berat untuk kami yang kelaparan. Mee ape? Jangan tanye.*


*Wajah-wajah ceria + kekenyangan* (Alin is turning 20 soon!)



*Terima kasih juta2 sebab datang & menceriakan majlis*

p/s: kesedihan terubat seketika oleh kawan2 yang ceria.

p/s II: we should do this more often. boleh eratkan ukhwah sesama kita kan?? ^_~


Pulanglah

Monday 17 May 2010

Hati rasa tak menentu je sejak semalam. Bangun tidur rasa ada sesuatu yang tak kena. Kosong, sunyi. Aku tertanya-tanya apakah punca perasaan ini muncul?


Kerana hamba Allah yang satu ini tiada di sisiku. Dia dibawa pergi pada petang 15 Mei ke suatu tempat di mana dia bertemu dengan suaminya. Masuk hari ni dah 2 hari dia tak ada. Dan aku terbeban dengan rasa rindu yang amat sangat.


Betty selalu temankan aku study. Dia pesan jangan malas baca buku. Tapi dia selalu tidur atas buku aku.


Kalau time nak exam, lagi dia rajin tidur atas meja aku, siap pilih buku tertentu untuk dijadikan tilam. Macam dia yang penat sangat study, huhu.


Tertido sambil study~


Buku dan laptop adalah kegemaran Betty. Kedua2nya sering menjadi tilam beliau.


Kadang-kadang Betty tolong tuliskan post untuk blog. Dia memang pandai menaip.


Ada masanya beliau masuk dalam almari, pura-pura jadi patung. Takut aku marah, dia siap buat mata bulat lagi. Memang comel tak boleh blah.

Betty, bila kamu nak balik? Mama rindu sangat kat kamu~

Ripetere!

Sunday 16 May 2010

-Ketika menulis post ini, penulis tersenyum lebar mengenangkan pengalaman yang diperolehi siang tadi-

Setelah tamat kelas revision Histology, Sue ajak aku dan Sakinah jumpa Dr. Hany Shawky bagi membuat presentation untuk assignment Anatomy. Masuk je ke dalam bilik doktor, hadir rasa cuak dalam diri, memandangkan tak bersedia apa-apa. Entah ingat atau tak slide yang dah dibuat. Time kami masuk, doktor tengah check slide kumpulan Ayu. Next, kumpulan Yat. Lepas tu baru kami. Ahli kumpulan kami tak cukup, lagi menambahkan kecuakan.

Pujian demi pujian diberikan oleh Dr. Hany kepada kumpulan Ayu. Aku, Sue dan Sakinah saling berpandangan sambil tersenyum cemas. Sebelum beredar, Ayu sempat bertanya kepada doktor "Doctor, how do you memorize all these?". God, I love you Ayu for asking such question. Sebabnya, jawapan yang doktor bagi sangat membantu kami semua.

Dr. Hany yang sedang menghadap notebooknya berhenti menaip dan menanggalkan cermin matanya dengan perlahan. "If you have to teach Anatomy for 30 years, I guess it won't be a problem for you," katanya sebagai mukaddimah sambil tersenyum melihat kami yang tercengang. Kemudian beliau menyambung "Anatomy needs repetition". "Forgetting is normal, you know. If you read it today, it's normal that you'll forget it tomorrow. You are normal human beings," kata beliau sambil tersenyum.

"Nobody who graduated from a medical school remember everything. When you become a doctor, those experiences diagnosing, dealing with patients, are going to help you memorize everything. Not even someone from Harvard is going to remember exactly everything when he graduated," beliau menyambung dengan nada memberi harapan kepada kami. 

"Anatomy is like driving a car. On your first day driving, you are busy looking at the gear that you forget to press the break. But after several time driving, you can chat with your friend beside you while driving. The same goes to me. I teach Anatomy like driving a car like an expert now," tambahnya dengan nada sedikit bangga. Kami ketawa. Doktor memang pandai buat lawak.

"To me, it's like pressing a button labelled 'Upper Limb', then every details come out easily. Don't compare yourself with me," kata beliau sebagai penutup. Kami pun tersenyum lega, mendapat kata-kata semangat daripada doktor.

Tak perlu risau risau kalau lupa. The key is -----> REPETITION.

Teringat ungkapan yang tertulis kat buku teks sejarah "Those who forget the past are condemned to repeat it". Ungkapan ni boleh bagi 2 maksud yang berbeza. So, choose the other one :).


Experiences are going to help us soon!



Lets aim to be great doctors you guys! Happy revising & memorizing! :)



p/s: how could spring be so hot??

.20.

Saturday 15 May 2010

Sedang enak dibuai mimpi dapat soalan senang time exam final praktikal nanti, kedengaran lagu Doa Pagi dendangan Hijaz menandakan sudah pukul 3.30 pagi, dan aku perlu menghadap Ilahi. Kumatikan alarm dengan pantas, mata terasa seolah-olah tidak mahu melupakan mimpi atau harapan indah itu. Betty yang menyedari mamanya terpengaruh dengan bisikan syaitan laknatullah dengan pantas melompat ke atas katil, sambil membebel, menyuruh mamanya bangun.

Aku tersenyum melihat telatah anak kecil itu. Dia sentiasa berusaha memastikan aku tidak leka dari menunaikan perintah Tuhan. Ada masanya, dia turut serta bersamaku, duduk di sisi sejadah. Alhamdulillah.....

Alhamdulillah, aku masih diberi nikmat usia. Aku masih diberi peluang oleh Tuhanku untuk menambah bekalan amalanku untuk dibawa ke akhirat. Aku juga masih diberikan peluang untuk membasuh segala kotoran yang ada di dalam diri sebelum menghadapNya. Seringkali juga aku berasa bimbang untuk tidur malam tadi. Bimbang mata ini tidak akan lagi terbuka untuk melihat hari esok.


Nombor belasan kini jauh ku tinggalkan. Tak bisa lagi berada dalam genggaman. Di dalam kegelapan Subuh, aku bertanya pada diri. Adakah imanku juga berusia 20? Atau hanya jasad?

Ya Allah, berkatilah usia yang Kau kurniakan kepadaku, dan redhailah diriku sampai ke syurgaMu kerana hanya keredhaanMu yang ku harapkan~

T.A.G

Thursday 13 May 2010

Tag berikut diberikan oleh Nuar, one of my closest friend since high school. Sebelum ni pernah kena tag jugak tapi tak post, dan tak ingat siapa yang tag. Persoalannya: apakah tujuan tag? Huhu...masih mencari jawapannya.


1) Adakah anda happy sekarang?
Honestly: NO


2) Kenapa anda happy?
Kerana happy baik untuk kesihatan


3) Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
Jalan-jalan seorang diri ketika cuaca nyaman, main dengan kucing, masak resepi baru, tengok cerita kelakar, dengar orang buat kelakar, jumpa orang yang senyum, kemas rumah, bersukan, call ibu & ayah dan borak macam-macam, baca buku yang best, makan mihun goreng yang ayah masak, borak panjang dengan Aiman tentang apa-apa sahaja (how I miss him), tengok baby tersenyum, jalan kat kawasan yang banyak bunga cantik-cantik terutama bunga warna pink atau merah, BAWAK KERETA LAJU2......and the list goes on.....


4) Pernahkan anda menerima tag?
Sudah tentu. Name tag banyak kali dapat.


5) Nyatakan warna yang anda suka.
PINK

6) Berikan 9 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda mahu tag supaya dapat respond.
Errmmm....tak nak tag siapa-siapa boleh tak? Huhu. I used to think that when I tag people, they won't bother to respond, just like I did. Baiklah, saya mahu tag mereka-mereka ini:

-WANI JANI
-ACHIK
-MUNEE
-KAK NGAH ILLYA
-FARAH
-DIB
-(I have no more idea.....)

7) Nyatakan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe, asalkan anda happy.
-WANI- Kawan sejak di SMKA SHAMS. Kalau mood tengah baik nak berborak, ajak la Wani. Mesti tak kecewa. I can see her as a positive person. Kalau ade masalah, dia boleh handle dengan baik. Currently study medik jugak di Mansurah.

-ACHIK- Nama beliau 'Afifah. Kenapa panggil achik? Tanya beliau. Sahabat baik sejak di SMKA SHAMS, kini di Jordan. Fakta menarik tentang kami: saya saaaangat suka kucing dan beliau saaaaangat tidak suka, haha. Achik sangat baik, suka tolong kawan-kawan. In fact, kalau dia bagi nasihat, gua rasa gembira :)

-MUNEE-Kawan sejak di SRI Seremban. Sejak kecik dia ni comel dan putih dan adorable. Sangat sporting dan cheerful. Dah lama tak jumpa dia, sejak darjah 6 kot. Keep in touch melalui alam maya sahaja. She used to study in Australia. Is she still there? Tak pasti. Great thing about us: We are die hard fan of Liverpool!

-KAK NGAH ILLYA- Eldest cousin perempuan belah ayah. Masa kecik-kecik dulu, spent a lot of time with her, as the fact that kalau family pegi jalan-jalan, selalu pegi sama-sama. Comel orangnya, dan lemah-lembut. Dulu-dulu ibu selalu belikan baju corak yang sama untuk kami, memandangkan saiz lebih kurang (padahal Illya 3 tahun lagi tua daripada gua, huhu). Pakar dalam bidang IT. Juga peminat Liverpool.

-FARAH- Gadis Pahang yang merupakan Godmother kepada anakku, Betty. Dengar cerita dia dah bela Guinea Pig skarang :). Roommate dengan Farah time kat Turkey, and spent most of the time berjalan-jalan dengan beliau. Ceria, dan suka ketawa. I did ask her once, "Ya Allah...kenapa farah gelak?" haha. We shared a lot of things in common like: we don't watch Malay movies and dramas :P .

-DIB-Nama sebenar beliau Adibah. Kenal sejak form 4 di SHAMS. Banyak pengalaman bersama beliau, kerana rumah kami agak dekat. Ambik lesen memandu sama2, pegi makan sushi sama2, cari baju raya pun sama2. Pandai menjahit dan pernah menjahitkan saya blaus hijau yang cantik. Pandai masak dan beliau lah yang bagi resepi nak buat kek batik. Beliau ada kembar, namanya Adib.

(p/s: semua yang di tag adalah yang memiliki blog)

8) Ni soalan cepu emas nieh. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
Alhamdulillah...sudah tentu! ^_~

#########################################################################

Tag berikut tak ingat siapa yang bagi. (Yang ini tak mahu tag sapa2)


1) Nyatakan 5 perkara yang boleh membuat anda gembira.
(Jawapan sama seperti di atas)

2) Nyatakan 5 perkara yang membuatkan anda upset.
-Apabila saya terpaksa menunggu orang, terutama pada waktu pagi. Yeah, I don't like waiting. Be it for class, or shopping, or study group, exam apatah lagi. (My mood for the entire day can be spoiled if I have to wait for people since early in the morning).

-Apabila berlakunya misunderstanding yang melibatkan saya atau kawan saya dan saya tak mampu nak memperbaiki keadaan.

-Apabila terpaksa deal dengan manusia yang degil tahap tak boleh blah. Saya tidak suka memaksa orang, dan tidak reti nak pujuk orang. Maka, orang yang sangat degil sangat-sangat saya suka untuk mengelak.

-Apabila dikhianati sahabat.

-Apabila kucing saya tidak sihat atau mati.

3) 5 benda/perkara paling anda suka.
-Fotografi

-Kucing

-Bunga

-Buku

-Suasana senyap


4) 5 benda/perkara paling anda tak suka.
-Lipan (centipede)
-Bau-bauan yang sangat kuat
-Suasana yang bising, hiruk-pikuk
-Orang yang suka memberi alasan
-Descrimination

5) 5 perkara yang paling anda mahu.
Saya hanya mengharapkan keredhaan Allah~

Oh Thank God....

Wednesday 12 May 2010

Semalam, 11 Mei 2010, aku memulakan langkah menuju ke Oncology Diagnostic Unit di Universiti Ain Shams, membawa resit di tangan. Makin dekat dengan destinasi, makin berdebar jadinya. Rasa macam nak pegi buat pembedahan kali pertama. Kenapa? Sebab result test tersebut akan menjawab segala persoalan yang sering bermain di fikiran sejak beberapa tahun kebelakangan ini (that's what I thought...).

Sampai je ke destinasi, aku meneruskan adab sopan budaya masyarakat Melayu. Ketuk pintu, muka senyum, masuk bagi salam, senyum tambah manis, tanya mana nak dapat result dengan suara yang lemah lembut (padahal tengah termengah-mengah dan peluh-peluh. Panas kot....). Mak cik tu yang terpesona dengan kesopanan masyarakat Melayu pun menunjukkan arah dengan wajah yang ceria. Aku pun melangkah dengan tenang dan yakin. Masuk je kat bilik kaunter pendaftaran, kelihatan setengah dozen mak cik-mak cik berumur tengah tunggu turn. Senyum kat semua dan terus menuju ke kaunter.

Mak cik di kaunter, bagaikan halilintar terus menyambar resit di tanganku dan membalas dengan sebuah sampul surat putih. Dub dabb, dub dabb....




Aku melangkah keluar dari Oncology Diagnostic Unit dengan langkah yang agak longlai. Pasal apa ntah. Belum tengok pun resultnya, huhu. Tiba-tiba ternampak sekumpulan kawan-kawan Ganu tengah berkumpul kat depan Anatomy department. Mesti mereka nak hantar assignment. Aku pun menuju ke arah mereka, seraya bertanya kelas Anatomy hari ni kat mana. Nia yang ternampak sampul surat di tanganku dengan excited bertanyakan resultnya. Aku dah mula rasa resah. Aiseh...apesal dia tanye pulak nih. Aku tahu aku tak mampu nak berselindung lagi, maka di hadapan Nia, aku bukak sampul tu sambil kemudian meneliti details di dalamnya.

"Haa...camne?" tanya Nia sambil buat senyum simpul.

"Err....jap2. Aku pun tak sure," haha. Sebenarnya, aku pun tak berapa nak faham isi kandungan kertas tu sedangkan details yang tertulis semuanya straight to the point.

"Laaa....ape ko ni!" kata Nia sambil menjenguk ke dalam isi kandungan kertas tersebut. Dia meneliti satu persatu. Kemudian dia tersenyum sambil ucap 'tahniah'.

Aku pun senyum dan cepat-cepat la blah menuju ke disecting room (bilik mayat Anatomy). Resultnya sudah ada, tapi aku masih lagi macam tak percaya. Sampai je kat tutorial room bersebelahan bilik mayat, aku straightly mencari Diana untuk menunjukkan result tersebut. I thought she should know first since she was the one who brought me to the diagnostic unit.

When I gave her the result, she was sort of letting out a gasp and so did other people around her. Haha. Rasa macam bagi pregnancy test result pulak. Diana pun bukak sampul tersebut dan meneliti satu persatu. Then she smiled. "Alhamdulillah...." katanya. Sambil orang lain excited nak tengok kertas putih itu, aku pun menuju ke belakang, nak cari seat.

Fakta:

1. Test yang aku buat itu adalah Fasting Blood Sugar Test. Nama kampungnya, ujian kadar gula dalam darah ketika berpuasa.

2. Normal: 70-115 mg/dl.

3. My result: 77 mg/dl. (Technically normal, alhamdulillah)

4. Reason aku buat test ni:
    i- Tahun lepas, aku buat blood sugar test dan resultnye: 183 mg/dl. Akak yang buatkan test tu tekezut dan mendiagnose aku PREDIABETIC. Aku terima dengan redha. Tapi musykil camne boleh prediabetic sedangkan makan & minum benda manis bukan hobi aku.
   ii- Tahun ni, semasa CSD berlangsung, aku ambil kesempatan buat test lagi sekali. Time tu baru lepas beli ais krim Malaysia perisa asam masin. Kepingin nak makan ais krim Malaysia. Tiba-tiba ternampak meja 'medical check-up' Perubatan. So, aku decide nak buat test sebelum makan ais krim tu. Resultnye: 208 mg/dl. Diagnose mereka: DIABETIC!!! Aku tersengih je, tapi still musykil yang melampau. Terus tak jadi makan ais krim tu, bagi free kat Eja.

5. Beberapa symptom diabetic juga kadang kala wujud dalam diri, seperti polyphagia, polydypsia dan yang paling tak boleh blah, polyurea. Maka semuanya menguatkan hujah yang aku ni memang diabetik.

6. Selepas Dr. Ibtisam ajar tajuk Diabetes, aku terus tanya doktor tentang keadaan aku ni. Is there any probability for someone of my age to get Diabetes Type II?? Itulah soalan aku kat doktor. Diabetes Type I hanya untuk mereka yang didiagnose sejak kecil. Aku tak tergolong, rasanya. Dr. Ibtisam gelak je bila aku tanya camtu, dan keadaan tersebut memaksa aku menceritakan hal yang telah berlaku beberapa tahun kebelakangan. Beliau sangat terkejut dan memaksa aku buat test kat Biochemistry Department. "I want to hear from you!" kata-kata terakhir beliau.

7. Maka aku pun buat test atas arahan doktor.

8. 2 hari sebelum buat test kat Biochem Dept, aku try buat test kat pharmacy. Resultnye: 73 mg/dl!!! Mak cik yang buatkan test tu terkejut dan kata "rendah ni...". Aku sengih je la kat dia. Sedangkan malam sebelum buat test tu aku baru bantai air gas 1 tin. Ape cer? Camne boleh rendah sedangkan test2 terdahulu menyaksikan result yang melambung tinggi walaupun aku berbulan-bulan tak menjamah manisan.

9. Secara keseluruhannya, 2 test resultnye tinggi, dan 2 test resultnye normal paras rendah. So...what am I? Hyperglycemic? Normal? Or Hypo?

10. Dengan redhanya aku mengikut result yang terbaru, iaitu normal yang rendah. Maka Alhamdulillah :). (Cuma masih musykil dengan result yang lain, huhu)




-3 test aku buat guna alat ni. Hanya yang kat Biochem Dept je kena ambik darah guna jarum-



-Antara symptoms hypoglycemic. I had them sometimes. But RARELY-

Berikutan result terakhir, Diana kata kat aku "Lepas ni boleh la makan macam-macam. Hehe,". Aku tersenyum sambil berkata dalam hati 'Bila makan jadi hypo, bila tak makan jadi hyper, haha. Darah gua suka main2!'




















~Warm~

Sunday 9 May 2010

HAPPY MOTHER'S DAY MOM! Wish to tell you how much I love you, and will always do. Sorry mom, I could only send you flowery words through text message since I could hardly get out of the bed. Fever? Not really. Headache? Not at all. Just a whole day of exhaustion and pain all over the body. Causes? Unknown and not searched for. So, as for that reason, connecting to the internet and calling you through smartvoip seem way too hard. I know it sounds sucks, but yeah, I promise I'll call you tomorrow and tell you how much I love you.

    Didn't go to school today. I woke up and it was like...7.30! In usual cases, I might be freaking out and jumped out of the bed and sprinted to the bathroom. But that might RARELY happen coz what the hell I did for waking up at 7.30?? But today, it happened that I fell asleep after Subuh and then I woke up, it was already 7.30 and I was like putting the phone away from me and without having any intention to go to Sakinah's room, I went back to sleep. Really didn't feel well. Unenergetic, to be precise. At first I thought I was gonna have this viral fever thing since I could hardly even move my arms. But God knows how much I hate and fear that disease. It's tiring, anyway. But up till now, I'm still just okay. No obvious sign of viral fever.

    Until it was almost 11 in the morning, I woke up since Betty was meowing so loud - she's starving of course. Poor her, having a sick mama early in the morning. When I woke up, I was like stunned for a moment since I just had one of the most weirdest dream. But yeah, of course it was a ridiculous dream. Everyone in it was not technically related. Although at one point, they are related by which, I know them all. But they don't know each other. Uhh...maybe the saying's true that sick people do have weird dreams.

    Another weird thing about today is that I felt so warm - global warming to be precise. When I opened the balcony door, it was like having a rush of heat wind touching my face. Wondered how would it feel to be outside. I'm just thankful I couldn't move a limb at the first place early in the morning. And then there were another weird episodes of phone calls that I received. Despite being sick, lying on the bed all day long, I felt like I'm some kind of a busy career woman. God... Hope I feel better soon and get to make my move to the class tomorrow.

p/s: Cried a lot today while watching one of my most favourite movies. It's hilarious to think about it since it had been like ages I didn't cry for watching movies. Thanks Nia for making the movie available after I had been searching for it for years! The movie had a lot to do with my entire life. Literally, I mean.



p/s II: Betty had her bath today. Yeayy!! She looks cuter now. And smells better too.


   








Sedapnye kena cucuk :")

Wednesday 5 May 2010

Hari ni memang hari yang istimewa. Bukan sebab hari ni merupakan kelas praktikal Biochemistry yang last, atau sebab hari ni tak ada kelas praktikal Physiology. Tapi sebab hari ni, aku dan Diana, dah plan nak pegi buat blood sugar test kat Biochemistry Lab. Atas sebab apa nak buat test? Sekadar perasaan ingin tahu ^_~. Weee~

Nak dijadikan cerita, aku dan Diana menuju ke tempat yang telah didescribekan oleh doktor praktikal, selepas habis kelas praktikal. Nama tempat tu Ali Khalifa Unit. Rupanya, Ali Khalifa tu nama seorang doktor di situ. Masuk je tempat tu, nampak ramai mak cik 'berumur' tengah tunggu turn. Aku pun rase lemah la kalau nak kena tunggu lama-lama nih. Dah la kena puasa 8 jam sebelum buat test. According to that time, aku dah pun exceed 8 jam. Nearly 10 hours! Perut rasa tak sabar nak nyanyi lagu rock. Mintak-mintak la cepat selesai test ni.

Selepas beberapa loooong explanation yang kami terpaksa buat, memandangkan doktor-doktor kat situ smuanya hairan kenapa ada 'Malizi' kat situ, maka kami pun dibenarkan untuk buat test. Kena bayar LE 10. Kusangkakan free...kui3. Apabila doktor lelaki tu panggil je, aku pun masuk la sambil buat muka macho. Alaa..ape nak takut. Draw blood je. No problem. Aku pun panggil la Diana, kot2 dia nak tengok ke kan. Maka doktor pun start la ikat lengan kanan aku ni dengan...erm ape ntah bendanya. Tapi nampak macam tali pinggang, haha. Dia pun start la rasa denyutan nadi kat area bertentangan siku aku ni. Kalau merujuk kepada pengalaman sebelum-sebelum ni, adalah MUSTAHIL untuk doktor jumpa salur darah aku kalau takat sekali cari. Yeah, I'm not kidding. Memang susah nak jumpa salur darah aku ni rupanya. Dah banyak kali jugak aku terpaksa dicucuk dua tiga kali, atas sebab darah tak keluar, walaupun salurnya dah jumpa. Haihhh...pemalu sangat kot darah ni.


Bagi mereka yang takut darah, atau takut jarum, atau fobia dengan procedure mengambil darah, memang pengalaman dicucuk berkali-kali itu sounds like 'menakutkan' sangat. Tapi aku dah tak kisah, sebab dah banyak kali kena macam tu. Maka, time doktor nak ambil darah tadi, aku dah jangka pun darah takkan keluar time kena cucuk kali pertama tu. TAPI.....yang aku tak jangka, tindakan doktor tu! First time darah tak keluar, doktor tu tarik balik jarum, then halakan ke kiri sikit, then cucuk. Tak keluar jugak. Then dia tarik balik, halakan ke kanan, then cucuk. Tak de jugak. Dia pun naik geram. Dia cucuk la kiri dua kali lagi, kanan pun 2 kali lagi. Aku rase macam nak tumbuk dia pun ade jugak. Kalau darah dah tak keluar tu...cucuk la kat salur darah lain!!! Aku tak paham kenapa dia still godek-godek salur darah yang sama sampai dekat nak 10 kali. Sambil tu aku berdoa supaya pain receptor ku tak berfungsi time tu. Haiyaaa....sakit maaa kena cucuk dengan jarum banyak kali, tambah2 time tu doktor tu dah bengang darah tak keluar.

 Diana yang melihat kejadian tersebut macam nak menjerit dah. Aku ni speechless, tak mampu nak kata apa-apa. Setelah mencuba dan mencucuk hampir 10 kali, doktor pun geleng kepala, dia tarik keluar jarum tu, pastu ambik jarum yang lebih besar. Ya Allah...kalau dia cucuk tempat yang sama, memang aku bagi dia pelempang free. Nasib baik, doktor try palpate salur darah kat area lain pulak. Bila dah jumpa, dia suruh Diana rasa denyutan kat situ. Diana pun angguk2, maybe obvious kot denyutannya. Aku pun lega la Diana angguk. Mula hilang kepercayaan kat doktor tu, huhu. Maka dengan yakin dan bersemangatnya, doktor tu pun menusukkan jarum yang 2 kali lebih besar tu ke dalam salur darahku. Dan serta merta darah memancut-mancut keluar, macam hujan lebat, memenuhi tube yang disediakan. Kejap je, tak sampai 1 minit pun tube tu dah penuh dengan darah. Alhamdulillah....

Tapi pada masa yang sama, tempat yang kena cucuk banyak kali tu continue to bleed. Banyak pulak darah yang keluar. Aku yang dah kelaparan dan ketidakpunyaan tenaga, rasa nak pengsan sebab darah banyak keluar. Haha...macam2 hal. Doktor bagi aku kapas dan suruh aku balik. Dua jam lagi baru datang, ambik result. Hehe...tak sabar nak tunggu result :).

p/s: Kenapa susah sangat darah nak keluar ek???



Related Posts with Thumbnails