Sedang enak dibuai mimpi dapat soalan senang time exam final praktikal nanti, kedengaran lagu Doa Pagi dendangan Hijaz menandakan sudah pukul 3.30 pagi, dan aku perlu menghadap Ilahi. Kumatikan alarm dengan pantas, mata terasa seolah-olah tidak mahu melupakan mimpi atau harapan indah itu. Betty yang menyedari mamanya terpengaruh dengan bisikan syaitan laknatullah dengan pantas melompat ke atas katil, sambil membebel, menyuruh mamanya bangun.
Aku tersenyum melihat telatah anak kecil itu. Dia sentiasa berusaha memastikan aku tidak leka dari menunaikan perintah Tuhan. Ada masanya, dia turut serta bersamaku, duduk di sisi sejadah. Alhamdulillah.....
Alhamdulillah, aku masih diberi nikmat usia. Aku masih diberi peluang oleh Tuhanku untuk menambah bekalan amalanku untuk dibawa ke akhirat. Aku juga masih diberikan peluang untuk membasuh segala kotoran yang ada di dalam diri sebelum menghadapNya. Seringkali juga aku berasa bimbang untuk tidur malam tadi. Bimbang mata ini tidak akan lagi terbuka untuk melihat hari esok.
Nombor belasan kini jauh ku tinggalkan. Tak bisa lagi berada dalam genggaman. Di dalam kegelapan Subuh, aku bertanya pada diri. Adakah imanku juga berusia 20? Atau hanya jasad?
Ya Allah, berkatilah usia yang Kau kurniakan kepadaku, dan redhailah diriku sampai ke syurgaMu kerana hanya keredhaanMu yang ku harapkan~
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 play the melodies:
sanah helwa cik sarah..semoga pertambahan umur ko seiring pertambahan iman dan amal ye..hee
16 May 2010 at 02:23Post a Comment