Pagi-pagi lagi Allah dah kurniakan nikmat bersin. HAAAACHUMMM! Alhamdulillah :). Hari ini hari yang mendung, matahari malu-malu nak keluar. Instead, debu-debu halus yang memenuhi ruang udara kawasan 'Abbasiyah. Bila hari dah terang je, Betty bising-bising mengiau, minta aku buka pintu balkoni. Dia nak tinjau kawan-kawan dia kat bumbung bangunan depan. Kawan-kawan dia burung la, siapa lagi. Buka je pintu, deruan angin membawa habuk dan debu menyelusup masuk ke dalam bilik. Aneh.
Dengan muka hampa, Betty undur balik, terus melantak Friskies. Memang hobi dia, kalau terasa hampa, dia akan melantak Friskies. Kucing kan...nak buat macam mana. Selesai makan, perasaan hampa dah hilang, dia lompat atas katil, terus duduk atas buku Anatomy yang aku tengah syok baca. Haihh budak ni. Memang suka perhatian. Bila aku buat tak layan, mula la dia buat hal macam-macam.
Entah macam mana dia boleh masuk dalam rak ni. Pandai pulak dia selak lapisan plastik tu. Bila aku panggil, dia buat-buat tido. "Betty buat apa dalam tu?" aku bertanya dengan nada serius. Dia segera mengangkat muka dan menjawab "Miau miau miau wauwauwau...". Terjemahannya "Mama ni sebok je la. Pegi la bace buku. Kejap lagi nak exam,". Aku pun teruskan study memandangkan exam akan bermula jam 9.00 pagi.
Tepat jam 8 pagi, dapat SMS dari Husna. Khabarnya, Diana kata, budak Arab kata, diorang punya soalan tak banyak keluar cadaver (mayat), banyak gambar je. Aku bingung seketika. Gambar je?? Habis tu yang kami berhempas pulas revise mayat berjam-jam dulu untuk apa? Pihak universiti tiba-tiba tukar format ye? Aneh...aneh.... Tak apalah, buat je yang terbaik. Sesungguhnya Allah bersama kita semua :).
Sedikit gambaran suasana Final Exam Practical Anatomy For Second Year Students For The Year 2010:
Ini namanya KIDNEY ye, tuan2 dan puan2. Nama kampungnya, BUAH PINGGANG. Dia tak tanya kidney ada berapa pasang dalam badan kita. Yang dia tanya, ni kidney kanan ke kiri? Dan benda apa yang ditanda dengan dawai besi tu? Haaa..macam itu lah soalannya.
Ini pula soalan x-ray. Namakan bahagian yang ditandakan. Sila lah jawab :)
Haaa....ni pulak apa?? Ni merupakan kaki belah kanan seorang (ke sebuah?) mayat. Kami kena namakan bahagian2 yang bertanda.
Siapa tak pernah tengok mayat, ini la contoh mayat yang ada dalam dissecting room kami. Format soalan sama je, namakan bahagian yang bertanda. Yup, benarlah khabar angin yang mengatakan tak banyak keluar mayat dalam exam tahun ini. Terlihat sedikit kekecewaan di wajah rakan-rakan. Mengapa keluarkan soalan berdasarkan gambar dalam buku, sedangkan yang kami pelajari adalah dari mayat?? Mungkin terdapat hikmah besar di sebaliknya.
Total ada 30 soalan, setiapnya ada A dan B. Maka, 60 jawapan yang perlu kami berikan. Selesai exam, kami pun apa lagi, pot pet pot pet berbincang jawapan. Macam-macam bunyi ada "Alaa...yeke...", "Yeay...betul!", "Eh...bukan left kidney ke tuh?"...dan blablabla. Alhamdulillah, selesai sudah exam praktikal anatomy. Seterusnya, praktikal biochemistry menanti pada 30 Mei ni. Doakan kami ye!
Pelajar cemerlang Nigeria dan Malaysia, Karimah dan Diana. Sama-sama pakai hijau. Rugi aku pun tak pakai hijau, huhu. (Bajet nak dapat aura mumtaz :P).
p/s: kena strive betul2 untuk written & oral exam Anatomy. Everyone can do it!
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 play the melodies:
Post a Comment