Dengan penuh teratur, satu persatu student masuk mengambil tempat. Di meja kami tersedia test tube rack bersama 5-6 buah test tubes, 2 batang pipette, 1 cylinder, test tube holder dan beberapa bahan experiment yang membuat kami teruja apabila melihatnya. Muka masing-masing suci je (ke..pucat??) menanti arahan dari doktor. Satu meja ada 6 orang. Setiap orang dapat sample yang berbeza, maka tiada probability untuk meniru (haa...yeke?). Aku satu kumpulan dengan Aida, Sakinah N9, Ammar, Muqsit dan Syah.
Time awal-awal masuk lab keadaan agak kelam-kabut. Ada yang berbual pasal experiment yang bakal dibuat, ada yang musykil boleh bawak nota urine analysis atau tak, ada yang baru nak pakai lab coat, sampai terpecahkan test tube. Kat lab Biochemistry ni, sesi memecahkan test tube agak biasa :). Sambil-sambil geleng kepala tengok sahabat lain, aku capai semula beg yang dah dimasukkan dalam laci. Simpan nota, sebab tak tahu boleh tengok ke tak masa exam. Tengah-tengah bukak beg....keleting! Erk...alamak! Beg aku terlanggar cylinder kat atas meja, lalu ia jatuh dan pecah. Giler blushing time tuh. Semua orang pandang, rasa macam selebriti sebentar. Tak pasal-pasal satu badan menggigil cuak. Ya Allah Sarah...carelessnya! Maka dengan muka tebal, aku memohon lagi satu cylinder kat pembantu makmal. Nasib baik mood mereka ceria. Serpihan kaca atas meja cepat-cepat dibersihkan bila dengar doktor kata markah kebersihan tempat experiment juga diambil kira, huhu.
Itu lah dia cylinder yang aku 'terpecahkan'. Terpaksa diganti dengan yang baru, huhu.
Kami dikehendaki buat 2 experiments: Serum Creatinine dan Urine Analysis. Segala details penting doktor dah tulis kat blackboard, maka tibalah masanya untuk kami mempraktikkan segala ilmu yang ada. Bak kata Ustaz Danial, "Imtihan ni menguji kematangan ilmu". Baik, mari kita lihat sematang mana ilmu kita.
Firstly, group kami kena buat serum creatinine. Mula-mula pipette 2 ml serum dan campur dengan 1ml reagent, iaitu Alkaline Picrate yang berwarna kuning pekat. Mix well dalam test tube, pastu tunggu 20 minit, then pegi dapatkan nilai absorbance untuk sample tersebut dari doktor.
Ini adalah pipette, berukuran 5 ml. Yang kami guna tadi 2 ml dan 1 ml. Cara nak guna pipette ni senang je. Kena sedut ikut hujung pipette sampai ukuran yang kita nak, then adjust dengan ibu jari. Semua orang pun tahu macam mana nak guna. Sambil buat experiment, doktor pantau, soal itu ini dan bagi markah. Alhamdulillah, semua kat group aku berjaya buat experimen pertama dengan baik. Rasanya, semua dapat full marks.
Beralih ke experiment yang kedua. Time ni, doktor bukannya setiap masa kat meja kami. So, doktor dah tak ada, apa lagi...mulut pun tak reti nak diam.
"Weh...kena tuang sampai brape ek nak kire specific gravity nih?"
"Tadi ko baca tak volume urine ni?"
"Eh...mana satu sodium nitroprusside?"
Soalan paling best..."Eh...dah boleh mula experiment ek??" haha.Ye, memang terasa kecuakannya. Aku sendiri pun menggigil pegang test tube, nasib baik tak jatuh. Entah kenapa nak menggigil. Padahal doktor kat tempat lain time tu. Maka kami mulakan experiment. Bismillahirrahmaaanirrahiim....
Sample yang diletakkan depan kami merupakan urine yang sama ada mengandungi bahan-bahan asing (albumin, bile salts, glucose, ketone bodies) atau normal. Nak tahu sample tu kandungannya apa, kena la buat experiment. Sample yang satu itu perlu dilakukan 4 tests ke atasnya. Heat coagulation test, Benedict's test, Sulphur Hay test dan Rothera's test. Test paling senang dan aku suka: heat coagulation test, hehe. Semua orang buat dengan tenang, sambil-sambil berbual itu dan ini. Meriah jugak la exam tahun ni :).
Beberapa ketika kemudian, nampak la result masing-masing. Ada yang samplenya normal (Aida), ada yang mengandungi albumin (aku) dan ada yang mengandungi glucose dan ketone bodies (Sakinah). Budak laki punya result tak sempat nak tinjau apa. Kemudian, doktor pun datang, nak tanya soalan dan minta setiap orang explain experiment yang dah dibuat. Sampai je kat aku doktor tanya urine sample aku ada apa. Aku jawab dengan yakin :Albumin! Doktor mintak tengok test tube yang membuktikan presence of albumin. Aku pun tunjuk la. Tapi white clouds kat permukaan sample tu dah makin hilang, sebab dah lama buat experiment tu. Doktor suruh buat sekali lagi, sambil tu beliau berpindah ke Sakinah.
Aku no hal je nak buat lagi sekali, sebab senang. So, tuang sample setengah tube, then heat kat surface of sample. Kejap je white clouds dah ada. Aku tengok syok je doktor tanya soalan kat Sakinah. Aku pun tangguh la niat nak tunjuk kat doktor. Teruskan heat. Agaknya, kalau lama sikit lagi, lagi banyak la white clouds nya. Tapi tiba-tiba dengar bunyi kaca retak. Alamak...test tube aku ke?? Aku pun cepat-cepat la jauhkan test tube dari api. Time tu doktor pusing nak tengok result aku. Kebetulan...keletang! patah dua test tube tuh. Hahaha...cuak giler time tuh. Budak-budak lain sengih je tengok aku buat muka tekezut. Doktor senyum dan kata "That's enough, doctor...". Aiyo....
Beberapa results experiment yang ditinggalkan oleh rakan-rakan yang keluar awal.
Macam-macam warna ada. Comel kan? Ini pun diambil dari meja yang ditinggalkan tanpa dikemas, huhu. Excited kot.
Selesai Urine Analysis, kami pergi dapatkan nilai absorbance untuk serum creatinine. Aku punya sample: 0.50. Kira punya kira, terkejut tengok result. 2.5 mg%. Tinggi tuh! Normal 0.6-1.2 mg% je. Aku pun tanya Aida. Result dia pun tinggi jugak, 3 lebih. Tanya pulak Ammar, 1.8 je. Muqsit pulak 1.9. Takdelah jauh beza sangat. Maka, aku dan Aida decide nak buat experiment lagi sekali memandangkan masa masih banyak.
Dengan berhati-hati, aku pipette serum 2ml, masukkan dalam test tube. Kemudian, pipette alkaline picrate 1 ml. Tengah khusyuk sedut cecair tuh, tiba-tiba....gulp! Ya Allah...masuk dalam mulut!! Mak oii...pahitnye!! Rasa nak tersembur kat situ jugak. Nasib baik la tak sembur. Malu kot. Beberapa ketika aku macam stunned, tak tahu nak buat apa. Banyak jugak yang masuk dalam mulut. Sebab aku tertelan sikit, tapi ada lagi baki dalam mulut. Takkan nak telan pulak. So, bergegaslah aku menuju ke sinki, nak buang cecair pahit dan kelat itu. Tapi malangnya keadaan sangat exposed, dan sesiapa pun boleh nampak. Aduii...malu seyh! Sambil sebelah tangan cover muka, sebelah tangan lagi tadah air kumur-kumur. Bajet orang lain tak nampak, huhu. Padahal obvious sangat! Ain datang sambil tepuk-tepuk belakang aku "Ko telan ke...?". Aku sekadar mengangguk. Bukan sengaja la weh....
Lama jugak nak hilangkan rasa pahit. Dah makan gula-gula pun masih terasa pahitnya. Haha...takpelah. Dapat pengalaman merasa Alkaline Picrate :p. Tapi betul jugak kata kawan aku "Nasib baik urine tu tak kena pipette. Kalau tak, free2 je minum...". Eerghh...geli tekak memikirkannya.
Yang menariknya tentang exam tadi, tiada soalan objektif diberikan. Hairan juga dibuatnya (walaupun dalam hati HAPPYYY!). Patut la aku macam nak tak nak je baca nota soalan objektif semalam. Alhamdulillah.....
p/s: teh hijau tanpa gula pun tak sepahit alkaline picrate :p
2 play the melodies:
dapat sample yg normal tadi so bile buat semua benda pon takde ape2 reaction jadi cuak gile. 2 kali buat Benedict's test & heat coagulation, due2 kali tu jugaklah test tube pecah. nasih baik xmelatah! haha. so total 4 test tube pecah. patut boleh masuk rekod neh! ;)
30 May 2010 at 19:58mak aih~ ade2 aje kamu ni sarah oiii~ ingatkan aku je yg kelam kabut, rupe2 nye ade lagi yg lagi havoc ceritanya. haha. waktu exam tu sempat lagi kamu berangan ea. serba tak kena aje semuanya. ade ape2kah? :D
p/s: kalau tersedut urine pon ok je kot, synthetic je pon! :P
ntah le cik farah. cylinder tu pecah secara xsengaja. test tube patah dua tu lagi lah, not my fault! haha. tersedut alkaline picrate tu maybe terberangan kejap, tp xsangke dia masuk dlm mulut. tgh berangan minum iced lemon tea agaknye. ngeee~
30 May 2010 at 20:31Post a Comment