Hati rasa tak menentu je sejak semalam. Bangun tidur rasa ada sesuatu yang tak kena. Kosong, sunyi. Aku tertanya-tanya apakah punca perasaan ini muncul?
Kerana hamba Allah yang satu ini tiada di sisiku. Dia dibawa pergi pada petang 15 Mei ke suatu tempat di mana dia bertemu dengan suaminya. Masuk hari ni dah 2 hari dia tak ada. Dan aku terbeban dengan rasa rindu yang amat sangat.
Betty selalu temankan aku study. Dia pesan jangan malas baca buku. Tapi dia selalu tidur atas buku aku.
Kalau time nak exam, lagi dia rajin tidur atas meja aku, siap pilih buku tertentu untuk dijadikan tilam. Macam dia yang penat sangat study, huhu.
Tertido sambil study~
Buku dan laptop adalah kegemaran Betty. Kedua2nya sering menjadi tilam beliau.
Kadang-kadang Betty tolong tuliskan post untuk blog. Dia memang pandai menaip.
Ada masanya beliau masuk dalam almari, pura-pura jadi patung. Takut aku marah, dia siap buat mata bulat lagi. Memang comel tak boleh blah.
Betty, bila kamu nak balik? Mama rindu sangat kat kamu~
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 play the melodies:
alahai kesiannya dgn mama betty ni. takpe2, tak lama lagi balik la betty tu ea. btw, ustaz iqbal kirim salam sama si budak ini. hihi~
18 May 2010 at 11:52p/s: tak boleh lupa la time betty terperangkap dalam almari tu. lucu betul! :)))
haha...macam mane dia boleh terkurung dalam tu, still a mystery. nasib baik diba bukak, hahaha.
18 May 2010 at 13:10waa...lawa umah ngko ye..
19 May 2010 at 04:13Post a Comment