Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Amalkan...nescaya selamat

Saturday 22 May 2010

Tangan menggigil, jantung berdegup laju, peluh dingin terasa membasahi dahi. Aku menoleh ke belakang mencari-cari lembaga durjana itu....

Alkisahnya....

Pulang saja dari Muqattam, aku dan Sakinah decided nak singgah kedai, beli beras untuk rumah. Seterusnya, destinasi kami ialah kedai print. Ada benda aku nak kena print kat sana. Maka sambil berjalan-jalan, kami pun bercerita dan gelak ketawa, menambah eratkan lagi persahabatan. Secara jujurnya, aku memang tidak menjangka apa-apa yang buruk akan berlaku. Kami meneruskan perjalanan sambil berbual-bual. Beberapa ketika kemudian kelihatan 2 orang rakan kelas kami, Fahmi dan Azzam sedang berjalan menuju ke rumah. Hati rasa senang nampak mereka, tapi tak tahu kenapa. Mungkin kerana insiden selepas itu yang membuatkan aku terfikir....alangkah baiknya jika mereka ada.

Ketika sedang elok berjalan, melepasi kedai demi kedai menuju ke kedai print yang terletak tidak jauh dari rumah kami, tiba-tiba aku terasa seperti disentuh dari belakang. Erk... Aku pun menoleh, sedikit berdebar. Terlihat kelibat seorang lelaki berbaju biru sedang lari laju-laju masuk ke sebuah lorong. Langkahku terhenti. Sakinah yang menyedarinya bertanya, "Kenape?". Aku terpinga-pinga, rasa macam tak percaya. Aku memberi reaksi muka terkejut bercampur keliru kepada Sakinah sambil berkata "Orang tu...." aku tak reti nak sambung apa. Sakinah serta merta faham "Ya Allah....".

Kami meneruskan perjalanan menuju destinasi. Pada tanggapan, orang berbaju biru tu dah blah jauh-jauh. Masuk saja ke selekoh, kelibat Fahmi dan Azzam masih kelihatan. Hati rasa tergerak mahu memanggil mereka, namun aku tidak pasti tujuannya apa. Nak mintak tolong? Untuk apa? Entah-entah orang tu dah tak ada. Nanti apa pulak mereka fikir? Waktu siang terang benderang pun nak guna musyrif? Mungkin ada yang fikir kami gila, tak pun manja. Maka aku batalkan niat, dengan harapan orang tu dah tak ada.

Masuk lorong kedai print, aku menoleh ke belakang, sekadar untuk berhati-hati. Dan sangkaanku meleset apabila terlihat lelaki berbaju biru itu di sebalik sebuah kereta putih. Aduhh...apa yang dia nak? Hati mula rasa tak sedap. Badan rasa menggigil, menahan marah. Rasa nak bagi dia chopping kick je. Tapi dia menyorok jauh. Kami teruskan masuk ke kedai print. Sakinah tunggu di luar memerhatikan lembaga tersebut sambil aku berurusan dengan tuan kedai. Selesai urusan, kami menuju ke kedai photostat yang terletak hampir dengan kedai print. Kedua-dua kami sangat berwaspada, memerhatikan kiri dan kanan sambil berjalan. Ternyata lembaga biru itu masih memerhatikan kami. Hati mula rasa berat.

Selesai urusan di kedai photostat, kami terus menghala ke rumah. Namun kami terasa masih di ekori, tapi dari jarak yang jauh. Aku dan Sakinah saling berpandangan. Kami decided tak mahu terus pulang ke rumah. Bahaya kalau orang tu tahu rumah kami kat mana. Jadi, kami teruskan perjalanan menuju ke kedai Big Pencil berdekatan dengan rumah. Ketika melalui lorong rumah kami, terasa sunyi sebab tak ada orang. Degupan jantung makin kuat. Sesekali kami menoleh ke belakang, memastikan agar tidak diekori. Jalan nampak clear, tak kelihatan pun sesiapa di situ.

Ketika nak masuk lorong, aku tergerak hati nak toleh ke belakang. Tanpa disangka-sangka, lembaga biru itu sedang cuba mencapai...aku pun tak tahu apa. Mungkin nak capai beg aku ke, tak pasti. Takkan dia nak capai beg sekolah aku ni. Dalam beg ni duit pun berapa je ada. Tak sampai LE20 kot! Dihantui rasa marah + terkejut, aku buat la muka marah sambil tanya dia nak apa sebenarnya. Lembaga tu yang agak terkejut melihat aku tanya dia camtu, cepat-cepat je nak blah, tapi sempat pulak panggil aku datang kat dia. Pastu dia datang dekat. Rasa marah makin menguasai diri. Astaghfirullah...sesungguhnya tak patut aku biarkan diri dikuasai perasaan marah. Sungguh lemah iman ketika itu. Suatu ketika rasa nak belasah dia dengan beras 5 kilo ditanganku ini. Tapi terfikir jugak, nanti beras ni terbarai...dah tak ada makanan nak makan. Dah la duit tak ada nak beli lagi. Tanpa fikir panjang, aku lari ke arah Sakinah yang berjalan di hadapan, tidak mengetahui apa yang terjadi. "Sakinah, orang tu ikut lagi!" aku berkata sambil berjalan laju-laju.

Otak pun kelam kabut fikir nak buat apa bagi mengelak orang tu ikut kami lagi. Sampai sahaja di hadapan kedai Big Pencil, kami menaruh harapan agar 'ammu kat kedai tu dapat halau orang yang ikut kami. Sesungguhnya, salah seorang 'ammu kedai tu perasan yang kami diekori. Namun dia tersengih je melihat kami. Pelik...sungguh pelik. Kenapa dia sengih je? Tak ada rasa nak tolong ke? Tanpa berlengah, kami pun masuk ke kedai, mencari-cari barang yang tidak pasti. Sambil-sambil tu jenguk luar melihat lembaga biru menanti kami di luar. Ya, dia memang berlegar-legar di luar!

Hatiku bertambah panas. Tangan pun menggigil mungkin kerana perasaan marah bercampur baur dengan takut. Amat bahaya jika kami keluar dari kedai dan terus pulang ke rumah, sebab lembaga tu sangat berani nak meraba di siang hari, time orang tengah ramai. Musykil sungguh. Bukannya aku berjalan seorang diri. Bukannya aku berjalan di malam hari. Dan bukan juga aku berjalan di lorong yang sunyi!

Di dalam kedai, aku dan Sakinah memerah otak memikirkan cara terbaik untuk pulang. Teringat Fahmi dan Azzam yang dilihat setengah jam yang lalu. Mesti mereka ada kat rumah. Kalau mintak salah seorang jadi musyrif, boleh tak agaknya?? Tapi mesti mereka pelik. Siang-siang pun nak musyrif. Namun keadaan tersebut sangat memaksa. Dah 2 kali kena pegang, takkan nak jalan lagi kat luar. Seolah-olah memanggil lembaga itu untuk meneruskan kerjanya. Kami decide nak call musyrif. Malang sungguh aku tertinggal handphone di rumah, dan Sakinah tiada nombor telefon jiran kami. Maka terpaksalah call Kak F dahulu, cerita keadaan sebenar dan minta dia carikan musyrif.

'Ammu kedai tu dah bengang je tengok kami berlegar-legar tanpa beli apa-apa. Namun kami stay dalam kedai sampailah Marami datang. Time dia datang, tengok muka dia buat reaksi pelik. Of course la dia tak tahu perkara sebenar. Aku pun bagitau la pasal lelaki berbaju biru tu. Marami cari-cari lelaki tu sambil buat muka macho + garang. Pastu dia kata lelaki tu dah tak ada. Kami pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Alhamdulillah, selamat sampai tanpa diekori, namun kami yakin masih diperhatikan.


Sampai je rumah, terus cerita kat Kak F. Macam peluru kami bercerita, haha. Kawan-kawan yang tahu hal tersebut pun ramai bagi respond. Ade yang suruh belasah je Arab tu, ade yang suruh marah dia supaya dia takut, ada yang pesan lain kali kalau keluar bawak la pisau ke, penyembur lada ke. Dan semuanya berpesan supaya berhati-hati lepas ni. Aku pun decide nak call ibu. Kebetulan ibu belum tidur. Silapnya di situ, I should've called dad first. Sebab ibu sudah tentu bimbang. Ayah dengan tenang bagi nasihat. "Kan ayah dah pesan. Setiap pagi dan petang, jangan lupa baca Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syai-un fil ardhi wa la fissama-i wa huwassami'ul 'aliim. Kalau amalkan selalu, insyaAllah selamat. Jangan tinggalkan tau. Kalau orang tu serang dari arah depan, baca doa Nabi Ibrahim yang ayah ajar dulu tu. Jangan lupa. Yang penting, dalam situasi macam tu kena tenang....".

Ya, aku mengaku. Ada masanya aku terlupa nak amalkan. Astaghfirullaaaaah... Leka sikit boleh mengundang bahaya! Selama ni banyak je dengar cerita akhawat kena kacau dengan Arab. Ada yang kena raba, macam-macam lagi. Tak kena kat diri sendiri, memang rasa tak ada apa-apa. Ada masa, waktu malam pun aku rasa selamat tanpa musyrif. Namun kejadian di siang hari tadi mengubah segalanya.

Tawakkal itu sangat penting, dan perlu ada usaha di sampingnya. Doa memohon perlindungan Allah setiap masa, sebab kita tak tahu bahaya yang bakal menimpa. Sungguh, Allah telah memberi peringatan kepada aku yang leka.

p/s: Kena kahwin la nampaknya. Baru ada musyrif kekal :P



16 play the melodies:

sakinahshapeni said...

p/s: nikah connecting people :) (takde kaitan...)
but before tu kita kene figure out apa nak buat sementara belum nikah :p...untuk keselamatan diri.:(

23 May 2010 at 00:35
Sarah Mustaza said...

erm...ana rase kena nikah jugak la. haha :P

23 May 2010 at 01:01
farahnur said...

*gulp!* takutnya~ pernah terkena juga tapi dalam keadaan yang lain. sungguh, rasa marah + takut tu tak dapat dibendung. ikutkan hati memang nak lempang aje pokcik arab tu laju2 biar sampai tak boleh bangun. huh! kena ambil kelas karate jugak kot lepas ni~

dah lama jugak tak amalkan ayat tu. astagfirullah~ teringat pulak atuk pernah cakap dulu, ayat tu fleksible, elok sgt2 kalau baca dalam apa2 keadaan pon. contoh yg dy selalu buat: kalau nak lepas sekuriti waktu kat airpot, baca ayat tu mesti menjadi! org lain yg bwk sos cili dan lain2 pon dah kena tahan pdhal si atukku yg bwk lagi byk mknn tu boleh rileks je lepas sekuriti. terbukti jugak bila daku buat demikian pada tahun lepas. hihihi~

dear sarah, please be more careful! :)

23 May 2010 at 01:05
sakinahshapeni said...

wah farah!
nak try la nnti kat airport cairo. :D

sarah : sementara nak tunggu kawen kene amik kelas karate kot, macam farah cakap tu. :D

23 May 2010 at 03:42
Anonymous said...

ayat kursi dan 3 kul pun jgn tinggal setiap kali lepas solat..

23 May 2010 at 05:41
Anonymous said...

dak2 kecik len kali hati2 kuar umah.mushrif kan keliling umah tu.nak jadi kan mushrif kekal pun bleh diorg tu.heh.take care.
p/s:kawin pun tak tentu bahaya tu takda.

-dak besar-

23 May 2010 at 05:56
Sarah Mustaza said...

Sakinah, rase nak sambung je taekwondo sampai black belt. Tapi di mana harus ku cari?

Lg 1, budak besar...musyrif keliling umah apenye. Di siang hari terang-benderang gitu kalau mintak jd musyrif mesti ade rase pelik+malas+(pikir...ape jadahnye budak2 pempuan ni?).

23 May 2010 at 07:10
Anonymous said...

da syok aku bace sampai abes..bab kesimpulan tu aku suka...ha3...

23 May 2010 at 07:34
Anonymous said...

btul2.lagi2 musim panas.memg malas sungguh mushrif2 ni.tapi kalo terang btul2,mushrif2 tu paham n blehnya jadi.but anyway be more careful after this k?the blue guy(mgkin lepas ni dia pakai merah plak) is still out there waiting.so tgk kanan kiri depan blakang.act wisely k.

p/s:bawkla penyembur cili ke ape ke.kurg2 smpat lari.takyah pg kelas karate.kuatkan lagi suara menjerit dah ckup. -dak besar-

23 May 2010 at 07:34
Sarah Mustaza said...

Kemal: Aku memang suke bab2 buat kesimpulan. Kadang2 xde kaitan, haha.

Dak besar: "is still out there waiting" huh...seram je bunyinye. btw, smalam ade rase nak jerit gak. pastu terpikir nak jerit ape. takkan "tolong!" sbb xde org melayu. nak jerit dlm bahase arab xtau perkataan ape, huhu.

23 May 2010 at 10:01
Anonymous said...

Salam, ayat itu telah pun diajarkan oleh Baginda Jujungan Mulia di dalam sabdanya, cuma ada kalanya manusia yang 'dah mengetahui' itu sentiasa alpa. Memang kita perlukan musyrif dunia sebagai wasilah keselamatan,kerana Allah menyuruh hambanya mengambil asbab untuk mencapai musabab. Tapi tak ramai yang yakin dengan musyrif sebenar yang Maha Mengkehendaki Manfaat dan Mudharat seorang hamba. Allah itu tidak akan zalim pada hambaNya yang ikhlas keluar dari rumah untuk perkara kebaikan dan membulatkan Tawakkul padaNya. Moga kita semua sentiasa berada di bawah perlindunganNya sentiasa. Amin. Wallahua'lam.

23 May 2010 at 17:23
farahnur said...

sarah: kalau sambung taekwando time kat malaysia sempat je kot. suruh sifu tu ajar 24/7 utk 3 bulan cuti ni. hihi~ :D oh, jangan malu utk menjerit dlm bhasa apa pon. biar org tgk dy, biar manusia tu malu sendiri. gatal sgt sape suruh. huh! *xpuas hati lagi ni~*

budak besar: betul, bila kawen xsemestinya bhaya tu xkn hilang tapi at least xsegan nak mintak tlg kt suami sendiri kan? personally, slh 1 sebab knp sy xsuke gune musyrif is xnk mnyusahkn org utk benda2 yg kita boleh buat sndiri. hoho

23 May 2010 at 20:18
green is serene said...

cume benda tu jadi pantas sgt...tak sempat nak fikir pape (terus blurr), apatah lagi nak react...(jerit tak payah cakap lah ~ kecelaruan bahasa) :D

p/s : tukar haluan lepas ni tau...kita tak yah ikut jalan tu dah.

24 May 2010 at 12:17
Sarah Mustaza said...

Tapi kak, kita ada 2 jalan je. Jalan lorong sebelah Prego tu dah semestinya kena lalu, tak kisah dari depan atau belakang. Dua2 jalan dia dah pernah ekori kita :(

((Ihdinassiraatol mustaqiim))

24 May 2010 at 12:55
farahnur said...

sarah: balik malaysia nanti, hangkut ke mari pepper spray banyak2. ataupun kalau takut terjadi lagi dalam masa terdekat ni, bancuh sendiri yang kaw2 punye. hoho

cik hijau: daku terasa dengan namamu~ :P

25 May 2010 at 01:12
Sarah Mustaza said...

Farah: bancuh sendiri? Pakai ada ape ek? Kalau kena guna cili pedas2 tu, baik buat masak lemak cili api :P. Dapat gak makan, haha

25 May 2010 at 07:44
Related Posts with Thumbnails