Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Keh3...

Thursday, 7 June 2012



Saya beritahu seseorang "Tak lama lagi EURO. Sokong Spain tau!". Saje, promote team kegemaran.

Beberapa hari kemudian seseorang itu bertanya kepada saya "Spain masuk EURO ek?"

Dengan semangatnya saya memberi pendapat "Rasanya masuk. Tak tahu lah kalau ada perlawanan pusingan kelayakan, pastu tak masuk pulak. Tapi saya yakin Spain masuk! hehe". Cewah...semangat wa cakap lu!

Kemudian beliau menyambung pertanyaan "Spain bukan dekat negara latin ke?"

Saya macam  T_____________T. "Pergi ambil peta dunia dan hafal sekarang!"

Beliau menyambung lagi "Sebab bahasa dia kan lain...."

Saya jawab "Awak...kan bahasa Jerman, Italy, France, Portugal pun lain. Cuma memang bahasa yang guna kat Spain ada jugak sikit2 negara kat Amerika Latin guna,".

Tehehe. Comel je soalan. Betul juga beliau kata. Bahasa yang guna kat Spain banyak guna kat Amerika Latin. So, why not Spain is there too right? heh.

Nah....hadiah untuk sesiapa yang nak tahu Spain kat mana. Peta dunia! (klik gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat)




Sejak sekolah menengah saya sangat obses dengan peta dunia. Entah kenapa. Selalu challenge diri sendiri tentang lokasi setiap negara, dia kat benua mana, nama-nama ibu negara, bahasa yang guna kat negara tu. Rasa seronok. Kalau jumpa globe, memang rasa bahagialah! hehe. Lagi besar, lagi best. Dulu selalu bercita-cita nak beli globe. Tapi sampai sekarang tak beli-beli lagi. Sepanjang hidup, entah berapa banyak atlas saya beli. Tak puas baca dia. Setiap satu atlas baru yang dibaca, mesti dapat maklumat baru. Dan still, until now, I will include atlas in my list of favourite books ^___^.

Masa form 4, saya decided untuk tambah satu subjek: Geografi. Sebab utama kenapa saya nak tambah subjek tu adalah sebab nanti saya boleh tengok peta dunia selalu! haha. Tak senonoh betul alasan. Tapi alhamdulillah, nasib baik decision tu sesuatu yang positif dan dari awal sampai akhir, tiada masalah dengan subjek tu. Masa pengetua suruh bagi alasan kukuh kenapa nak tambah subjek, saya cakap "Nanti saya nak jadi ahli kaji bumi,". LOL. Saya harap pengetua dah lupa apa yang saya cakap dulu >___<. Kalau beliau tahu saya ambil medik....tehee. Doakan ye, puan pengetua!




p/s: kadang-kadang tak perlu tahu semua benda. nanti ada la yang compensate. heh.
pps: EURO is coming dude! (selaluuuu lah match besar ni time final exam kannn)




0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails