Tak ingat bila kali pertama bertemu dengan dia. Tak berapa ingat bila saya berkenalan dengan dia.
Saya dan dia,
banyak yang berbeza.
Namun,
sedar tak sedar,
saya dan dia,
banyak juga yang sama.
Dia,
dekat di hati saya.
Kerana saya dan dia,
punya cerita yang hampir sama
punya pegangan yang sama
punya matlamat yang sama.
Barangkali dia tidak tahu
Tapi Tuhan,
khabarkanlah kepadanya,
saya sayang dia,
keranaMu.
Sedang khusyu' membaca Yaasiin, handphone berbunyi. Saya tergerak hati untuk melihat siapakah pemanggilnya. Tertera nama dia di situ. Saya senyum. Lama tak dengar khabar darinya. Kali terakhir, dia membalas mesej bittaufiq wannajah yang saya hantar kepadanya sehari sebelum exam. Saya menjawab panggilan.
"Assalamualaikum,". Hati saya berbunga-bunga.
"Waalaikum salam. Kak Sarah....". Oh...nada itu. Saya sangat kenal! Kenapa agaknya ya?
Kami saling bertanya khabar, tanya tengah buat apa. Namun saya masih curious. Ada sesuatu dalam nada suara itu.
"Awak...awak ok?". Saya bertanya from the bottom of my heart.
"Ermmm....tak berapa ok," jawabnya perlahan. Saya memberi ruang kepadanya untuk berbicara. Meluahkan kekusutan yang membelenggu.
Saya senyum. Kami meneruskan perbualan. Dia risaukan exam oral Pathology hari tu. Heh. Saya, lepas exam oral tu rasa macam kena sembelih! Fuh...
"Tak apa. Dah lepas, kan? Kita doa banyak-banyak ye sekarang ni. Buat solat hajat banyak-banyak," saya berkata, sekaligus menenangkan hati sendiri juga. Saya faham perasaan itu.
Jujurnya, saya mahu dia kuat. Untuk teruskan perjuangan, perlu kekuatan. Perjalanan kita masih jauh. Masih banyak yang perlu kita hadapi. Masih banyak yang perlu kita persiapkan. Saya mahu dia kuat. Saya harap mampu beri kekuatan kepada dia. Kalau boleh, saya mahu peluk dia erat-erat. Tapi hari dah malam, nanti payah pula kena cari musyrif secara tiba-tiba. Kalau boleh, saya mahu lihat wajah dia, duduk sebelah dia sambil berbual-bual dengan dia.
"Oh...patutlah tergerak hati saya mahu telefon akak," katanya spontan setelah saya bercerita.
Saya senyum. "Subhanallah...Allah gerakkan hati awak ye,".
Saya sayang dia. Kerana Allah.
Tahun ini, kali pertama saya jumpa dia, hanya saya dan dia, di rumah Allah. Selepas bersalaman, bertanya khabar, saya tanyakan satu soalan kepadanya. Diam. Suasana jadi sunyi. Saya tertanya-tanya, ternanti-nanti. Tiba-tiba dia mengalirkan air mata. Allah! Saya benar-benar terkejut. Ya Allah...salahkah pertanyaanku? Saya diam, memandang dia dengan penuh tanda tanya, sambil senyuman tak lekang.
Dia mengambil masa untuk menjawab. Pendek sahaja jawapan yang diberikan. Kemudian dia berhenti. Air mata terus mengalir. Mendengar jawapannya, saya automatik jadi sebak. Ya Allah.... Mata mula terasa panas. Saya tahan. Jangan menangis di hadapannya! Tahan. Walaupun saya sedang merasai apa yang dia rasa.
Dari situlah kami mula mengenali diri masing-masing. Saya dan dia, bukan dari sekolah yang sama. Bukan juga dari negeri yang sama. Kawan saya, bukan kawan-kawan dia. Saya dan dia, tak pernah jalan sama-sama, makan sama-sama.
Tapi dia, dekat di hati saya. Sentiasa dalam doa saya. Selalu saya terfikirkan tentangnya.
Moga dia terus kuat untuk meneruskan perjuangan. Moga dia sentiasa dalam perlindungan Allah.
Wahai dia, terima kasih kerana menjadi kekuatan untuk saya juga. Walaupun mungkin rasa macam tak ada apa-apa. Ketahuilah, besar kesan kehadirannya dalam hidup saya.
Moga ukhwah ini kekal hingga ke syurga dan sentiasa diberkatiNya.
'Sesuatu yang paling agung yang turun dari langit adalah TAUFIQ,
dan sesuatu yang paling agung yang naik ke langit adalah IKHLAS'
-Saidina 'Ali karamallahu wajhah-
Ya Allah, permudahkan semuanya
untuk kami semua~
0 play the melodies:
Post a Comment