Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

And the reason...

Monday 30 April 2012

People kept on asking me why I don't participate in a debate competition anymore.

I said "...because of reasons". haha

Well, the truth is....


I was a debater. But when I'm in a competition, I'll always aim to win. Then I'll do whatever it takes to win. Thus I might say false facts, random false sentences, or even contradict my own principle towards an issue in order to win. Truly, I feel bad. Even if I win, I'll still feel bad. Because naturally, I'm not a debater. I love to explain to people, in a motivating way. And that's not what you can do when you're debating.

To say things seems easy. To me, yes and no. I can say every word I wrote, but then I'll ask myself for the truth behind each word. I'm not a kind of a person who just say things without doing things.

The sudden feel of horror I felt every time I debated enthusiastically made me realize how I had done so many mistakes with my tongue and my mind.

Do what you say~

Final debate

Friday 20 April 2012

1. Semalam saya tanya adik AJK tu pukul berapa kena datang untuk debate. Adik tu mesej "Akak, paling lambat akak kena sampai ARMA pukul 9.30. Ni paling lambat tau kak,". Saya terkedu baca mesej itu. Mesti sebab sebelum-sebelum ni saya selalu datang 'on time', maka adik itu pun cuak saya datang lewat untuk final ini. *muhasabah. macam mana ni Sarah? tak lengkap lagi 10 muwasafat tarbiyah!

2. Saya sampai ARMA pukul 9.25. Fuh!
(tapi masa tu bahas belum habis lagi. haihhh...ini pun kena muhasabah juga)

3. Disebabkan puasa FB, maka beberapa minit sebelum start pertandingan baru saya tahu apa motion debate pada hari ini. Nasib baik teringat nak tanya.

4. Salah seorang judges nampak saya lalu bertanya "Sarah jadi speaker ke nanti?". Suddenly saya rasa mahu menyorok bawah kerusi. Arghhh...kenapa aku??!

5. Orang lain yang masuk pertandingan, saya yang nervous sampai banyak kali pergi tandas. Bila nervous, kita selawat banyak2 ya. Tapi jangan tunggu nervous baru nak selawat ya.

6. Masa duduk kat kerusi Madame Speaker, dengan pantas saya cuba cari wajah-wajah yang saya kenali. Alhamdulillah, ternampak Kak Siti K yang duduk di hadapan sambil tersenyum ke arah saya. Lega.
(awak? tak ada =p )

7. Maka dalam keadaan jantung rasa nak terkeluar dari dewan, saya pun mula lah merapu cakap British English macam poyo gila. Rasa seronok pula dah dapat microphone. Saya rasa macam nak lempang diri sendiri. Hey you! Apesal poyo sangat?
('Dia' cakap English saya pelik. Saya tahu 'dia' jeles =p )

8. Saya suka debate final ni. Dua-dua team best. Serius saya kagum dengan beberapa orang debaters. Dan di saat itu saya rasa saya tak mampu jadi juri sebab saya suka dua-dua team, tak boleh nak pilih dan buat keputusan.haihhh...

9. Masa tengah poyo poyo cakap English kat stage tu, tetiba terdengar bunyi anak kucing. Mula-mula ingat bunyi handphone sesiapa ke. Tapi bila dah banyak kali bunyi tu kedengaran, kejap kat arah lain, kejap arah lain, saya dah mula tak senang duduk. Bunyi anak kucing kot! Rasa nak cari sampai dapat lepas tu peluk sambil usap-usap.hehe. Mesti comel! Tapi nasib baik sedar diri sedang dalam pertandingan debate final -____-"

10. Bila dah turun stage, junior2 cakap "Akak, saya tengok video akak It's Not A Side Dish tu," sambil senyum senyum. Alahai dik...baik korang tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus. Buang masa je tengok video public speaking tu. Sebab akak sendiri rasa nak lempang orang dalam video tu  >___<.

11. "Sarah, kenapa tak masuk debate?"
- Stress belajar tahun 3 ni. (saya tak tahu apa kena mengenanya.haha)
- Sebab saya takut jumpa awak kat final nanti. (haha.poyo gila jawapan! masa ni Syaimaa' yang tanya)
- Sebab bila saya masuk, saya mesti asyik aim nak menang je. saya rasa macam jahat pula. (ini betul)


Dah la. esok ada assessment Parasitology. Mohon doakan kami semua ya.

Hey

Wednesday 18 April 2012

Hari ni kena jadi Madame Speaker lagi. Mula-mula nak reject sungguh. Tapi kesian kat adik tu minta tolong.

Disebabkan hari tu rasa syok dapat jadi Madame Speaker, maka saya pun kata 'ok' lah. (ini la masalah saya. asal syok je, ok. aishhh...)

Tak sangka pula hari ni team ASU lawan team Cairo. (yela, orang tak buka FB ni memang ketinggalan banyak benda >___<  )

Dan.

Tak sangka pula kali ni Madame Speaker kena duduk kat balkoni! Kejam tau you all. Haha. Nasib baik tak lepuk sorang-sorang tadi. Menggigil weh duduk kat luar tu. Dah la kite duduk jauh, entah orang dengar entah tidak apa kite cakap. Tak tau la muka masuk dalam camera ke tak kan. (ececeh....)

Tahun depan PERUBATAN Cawangan Ain Shams, PECAS, kena cari markaz baru, lagi besar, lagi selesa.

Debate hari ni best la. Saya suka. Judges pun suka. Semua orang suka. Yeay!

Kalau saya jadi judges saya bagi dua-dua menang. Eh...mana boleh macam tu.

Tapi satu benda la yang saya perasan. Setiap kali saya jadi Madame Speaker, mesti team ASU kalah.sobs. Ada kena mengena ke? heh.

Satu benda yang best, terima kasih awak sebab ada di situ. Walaupun kesejukan melanda di luar, tapi terasa nyaman juga (weks....).

Ok fine. Takde la. Semenjak saya sekolah lagi, kalau saya masuk pertandingan apa-apa; debate ke, public speaking ke, bahas ke, apa-apa pengucapan umum, tak pernah pun ibu ayah berpeluang nak tengok. Yup, tak pernah sekali pun.sobs. Tahun ni jadi speaker dewan, sempat juga awak ada di situ. Terima kasih tau. Betul-betul punya terima kasih ni.





Apa-apa pun, saya masih prefer ikhwah yang berucap di hadapan. Tapi dah kena taqdim untuk jadi Madame Speaker time debate final Jumaat ni. Omo...ottoke?? Segan la.

Bila agaknya saya boleh jadi salah seorang judges? Nak jugak merasaaaaaa!





p/s: kenapa la tahun lepas saya masuk public speaking awak tak ada di tempat kejadian? Round first takde, final pun takde. sobs =p

Conteng2

Tuesday 17 April 2012

Hari ni hari Selasa. Masih dalam cuti Easter dan cuti 'makan ikan masin'.

1. Pomodoro technique sangat best! It helps me a lot =)




2. Terima kasih awak sebab jagakan FB saya. Tak ada la saya asyik dok main FB setiap hari. And thanks for making me able to keep my promise to my mom =)

3. Hari ini mula terasa diri ini berguna. Productive Muslim. Alhamdulillah. Syukur Allah tunjukkan jalan. Masih diberi peluang.



4. Hari ini saya terfikir tentang exam final. InsyaAllah, mesti buat yang terbaik. Masih ada masa. Mada mada dane!

5. Saya mahu lose weight, be fit and healthy. Bulan 8 tak berapa jauh lagi. Mesti sempat!
(awak, baru saya perasan awak kurus. makan la banyak sikit ya)

6. Financial management bulan ini sangat messy. Sarah, jangan macam ni lagi!!



7. Hari tu call ibu tanya ibu nak bagi apa unuk birthday. Haha. Ye la, dah lama tak dapat hadiah birthday sebab duduk kat Mesir. Sedih tau. Dulu2 selalu dapat hadiah.sobs. Ibu tanya nak apa, saya jawab nak Iphone. Amboi...banyak cantik! Bila ibu tanya nak Iphone berapa, saya tak tahu nak jawab sebab saya tak tahu pula Iphone ada berapa jenis. Haha. Tapi hari ni rasa tak mahu pula hadiah Iphone. Entah la. Saya rasa membazir. Tapi kalau kita guna betul2 dan manfaatkan untuk Islam, kan lagi bagus kan?




8. Saya ada banyak benda kena kejar. Sebab sebelum ni dah banyak benda saya abaikan. Justeru saya mahu buat public pledge di sini: Saya mesti buat yang terbaik dengan sungguh2! Sebab saya mahu pulang ke Malaysia dengan tenang, buat preparation dengan hati yang gembira dan menghadapi hari 'itu' dengan jiwa yang bahagia =)



9. Terima kasih ibu, ayah, Aiman dan awak, serta sesiapa yang berterusan memberi kekuatan dan sokongan kepada saya. Hakikatnya, Allah sangat sayang saya sebab menghadiahkan anda semua ke dalam hidup saya. Di saat saya lemah, anda semua hadir untuk memberi kekuatan. Maka dengan itu saya mesti sayang Allah lebih!

10. Akhir sekali, minta teruskan support saya dan mohon doa semua.





Untuk kamu dan aku

Friday 13 April 2012

Hari ni hari yang cukup indah.

Kenapa?

Hari ni hari Jumaat. Kamu dah selawat? Belum? Allahumma solli 'ala Muhammad :)

Kamu dah baca surah Al-Kahfi? Belum? Tutup laptop kejap, ambil wudhu', buka Al-Quran, surah Al-Kahfi. Baca sampai habis ya. Kalau ada kesempatan, baca sekali tafsirnya. Kalau ada kelapangan, tadabbur ayat-ayatnya :)

Hari ni hari yang cukup indah.

Kenapa?

Hari ni hari Jumaat. Kak Natrah selalu pesan kat kami, anggaplah setiap hari Jumaat itu kiamat kecil untuk kita. Hari kiamat nanti pun hari Jumaat kan? Maka, haruslah kita bersedia sentiasa ya :)

Hari ni, juga hari yang sangat istimewa.

Kenapa?

Malam tadi kawan-kawan datang rumah saya. Kami dah lama tak jumpa. Kami buat discussion, kemudian kami qiamullail berjemaah. Seronok. Bahagia.

Kami buat tazkirah subuh. Macam-macam input yang saya dapat.

Kami buat sesi muhasabah. Seorang sahabat tekankan tentang tarbiyah ruhiyyah. Betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Betapa pentingnya kita meletakkan Allah sebagai yang paling utama dalam hati kita. Tahu kenapa? Sebab segalanya terjadi dengan izin Allah. Maka, cintailah Dia yang memiliki semuanya.

Kita nak macam-macam dalam hidup kita. Kita nak keputusan cemerlang. Kita nak rezeki melimpah ruah yang berkat. Kita nak keluarga yang bahagia. Kita usaha, usaha dan usaha macam-macam untuk dapatkan apa yang kita nak. Di samping berusaha, jangan sesekali kita abaikan hubungan dengan Allah. Sebab, hanya dengan izin Allah, kita akan dapat apa yang kita nak :).

Kemudian, seorang sahabat bercerita tentang keperibadian ulama'. Allah....cukup kagum kami dengan ulama'. Tetapi, sesuatu yang merugikan kita adalah kita suka bercerita tentang keperibadian ulama', tetapi kita tidak memperibadikan ulama' dalam diri kita. Maka jadilah kita seorang manusia yang sangat mengagumi orang yang hebat, tetapi tidak berusaha menjadi hebat juga. Begitulah juga kita dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Siang malam kita membaca, mengkaji dan bercerita tentang sunnah-sunnah baginda. Namun kita suka berhenti setakat itu. Kita berat untuk melangkah ke peringkat seterusnya, iaitu mengamalkan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Seorang sahabat saya pernah berpesan, orang ramai suka bercerita tentang sunnah Rasulullah. Tetapi tidak ramai yang mampu istiqamah dalam mengamalkan sunnah baginda berjuang di medan dakwah. Sedangkan itulah antara sunnah besar yang kita dituntut untuk mengamalkannya. Semoga kita istiqamah melahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan ikhlas mengamalkan sunnah perjuangan baginda :).

Dalam tazkirah subuh tadi juga, sahabat saya berpesan tentang ikhtilat. Sebagai seorang pelajar, seorang yang berpersatuan, seorang yang banyak bermuamalat dengan hamba Allah bernama ikhwah, kita selalu terlepas pandang bab ikhtilat. Bukan kita tak tahu. Tapi selalu lupa. Alhamdulillah, Allah datangkan sahabat-sahabat saya untuk beri peringatan kepada saya. Dari segi percakapan, dari segi perbuatan, jaga lah ya. Kadang-kala kita rasa tak ada apa-apa pun. Kita hanya ketawa, buat lawak sikit-sikit saja. Tapi sebenarnya benda-benda kecil itulah yang memberi penyakit kepada hati kita. Lama-kelamaan ia akan membarah. Bahaya sebenarnya. Sangat bahaya. Terutama untuk para dai'e yang menyeru manusia ke jalan Allah. Penyakit hati ni kebanyakannya kita tak nampak dan kita tak sedar. Yang kita sedar, apabila telah mendatangkan kesan negatif kepada kita, dan lebih teruk lagi, kepada dakwah yang kita bawa. Na'udzubillah min zaalik.

Kita cuba ya. Kita usaha, jaga betul-betul batas pergaulan kita. Sahabat saya pesan, meskipun kita sudah bertunang, kita tetap wajib menjaga batas pergaulan kita dengan ikhwah tersebut.

Kepada awak, saya minta maaf sangat sangat sangat sebab selama ini banyak tidak menjaga ikhtilat. InsyaAllah, kita cuba usaha sungguh-sungguh. Kita jaga segala aspek. Moga Allah berkati kita hingga ke syurga. 

Kemudian, seorang sahabat saya memberi satu quote yang best.

"With knowledge, comes responsibility"

Biasanya kita dengar, with great power, comes great responsibility kan? Tapi kali ini kita ubah sikit, ikut kesesuaian dengan kita.

"Orang yang tidak memiliki apa-apa tidak mampu memberikan apa-apa"

Kedua-dua quotes ini berkaitan. Apabila mempelajari sesuatu ilmu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikannya kepada orang lain. Semuanya perlu berjalan seiringan. Sama seperti amar ma'ruf nahi mungkar. Kita tak boleh berhenti setakat menyeru manusia ke arah kebaikan sahaja, dan meninggalkan tanggungjawab kita untuk mencegah kemungkaran. Kadang kala kita beralasan, apabila kita menyeru manusia melakukan kebaikan, secara semulajadi dia akan meninggalkan kemungkaran.

Tidak. Jika begitu halnya, tidaklah Allah menyatakan suruhan mencegah kemungkaran. Hakikatnya, Allah menuntut kita menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Maka, menjadi tanggungjawab kita selaku hamba Allah yang faham tentang agama ini dan yang menyedari peranan diri sebagai dai'e untuk melaksanakan amanah besar ini. Marilah kita kurangkan memberi alasan (yang difikirkan logik) sedangkan tidak bertepatan dengan perintah Allah. Ingat ya. Kita ni hanya hamba :).

Banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan. InsyaAllah, ada kelapangan, saya sambung di post yang lain :)




p/s: sahabat saya sentiasa bersungguh-sungguh berpesan kepada saya; carilah dari mana datangnya sumber ilmu yang kita pelajari itu. Kaji, siapakah ulama' yang menyampaikan ilmu tersebut. Supaya kita lebih yakin dan terkesan dengan ilmu yang kita pelajari :)

Tekan

Wednesday 11 April 2012

"Our iceberg is melting. Be a problem solving kid"

~Bersungguh2lah dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita sekarang ini~
Related Posts with Thumbnails