Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Isu 2: Sexy is hot. And hell is hotter.

Sunday, 22 July 2012

Sebenarnya dah lama berniat nak mengetengahkan perihal aurat ni. Eh...tapi sebut perkataan 'aurat' macam tak best je. Bosan bro. That's why kita letak tajuk sexy. lulz. Psycho.

Kejadian hari ini membuatkan saya bertambah rasa nak post tentang sexiness and hotness. Oh my...don't you have better things to say in this blessed month? Chill man. Proceed with your reading (if you want).

Hari ini terpaksa pergi ke Bazaar Ramadhan. Guna perkataan 'terpaksa' sebab sememangnya, sebolehnya tak mahu pergi, sebab disebabkan banyak sebab. Tapi hari ini, on the way nak pergi berbuka di rumah ibu saudara, maka ayah ajak singgah di bazaar, maka perlulah turun. Anak yang baik itu mendengar kata ok.

Bismillah...baca doa masuk pasar.

Toleh kanan, nampak gerai ayam golek. Tak berminat, sebab kat Mesir selalu nampak firakh masywi.
Toleh kiri, nampak gerai otak-otak. Menyelerakan!
Ibu yang sangat memahami lantas mengorder otak-otak.

Sambil menunggu, saya memerhati sekeliling. Bazaar tu tak lah ramai sangat pengunjung. Mungkin baru dibuka, mungkin juga orang lebih bertumpu di bazaar-bazaar utama seperti Paroi dan Ampangan.

Hati resah melihat pemandangan sekeliling. Rasa mahu cepat balik. Mahu blah segera dari situ. Arghhh cepatlah siap otak-otak ni!

Beberapa minit melihat sekeliling, saya lantas merenung jalan. Merenung jalan tar, merenung bumi yang lebih menyenangkan. Tak berani nak angkat muka. Tak berani. Sungguh!

Hati khusyu' bertanya itu ini...

-Legging memang pakainya di luarkah? Rasanya macam pakaian dalam. Tapi nampak majoriti beruniform sebegitu. Syarikat manakah yang mewajibkan pekerjanya memakai uniform 'aib sebegitu?

-Tak kurang peliknya dengan lelaki, yang memakai sesuatu seperti 'boxer' dengan t-shirt. Eh...memang trend beginikah sekarang? Majoriti pemuda di situ berpakaian sebegitu. (majoriti, bukannya semua. Alhamdulillah, masih ada yang berpakaian seorang hamba Allah)

-Yang lebih menyedihkan, saya terasa seperti berada di Jepun. Anak-anak muda Jepun kebanyakan rambut mereka diwarnakan macam-macam kan? Samalah pemandangannya di bazaar tadi. Saya naik hairan...adakah Malaysia sudah dibanjiri pekerja asing dari Jepun?

-Yang paling menyedihkan, golongan berpakaian aneh seperti di atas, membawa bersama mereka anak-anak kecil, yang juga dipakaikan dengan pakaian aneh seperti mereka. Ada juga anak kecil yang diwarnakan rambutnya. Bagaimana harus saya bersangka baik. Perlukah saya berfikiran seperti....barangkali kanak-kanak itu mengalami gene mutation, maka rambutnya sejak lahir memang warna lain. zzzzzz....

Sedih.... Mereka itu seagama dengan saya. Mereka sebangsa dengan saya. Saya yakin yang datang ke bazaar Ramadhan, semuanya yang berpuasa belaka. Semuanya yang tahu puasa itu wajib. Tapi kenapa jadi macam tu... Puasa Ramadhan itu wajib. Menutup aurat itu lagi lah wajib! Sepanjang tahun, tiada bulan yang spesifik.

Allah...macam mana ni... Puasa, tapi hanya mendapat lapar dan dahaga.

Macam mana ni... Macam mana bisa manusia itu disucikan jiwanya dalam Ramadhan jika Ramadhannya hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata, dan tidak yang lain?

Ok, selesai kisah tentang pemandangan di bazaar Ramadhan.

Post ini nak membicarakan tentang hotness. Orang zaman sekarang berlumba-lumba nak jadi HOT. Baik lelaki, mahupun wanita.

Disebabkan nak jadi hot, maka pakai tudung pun ikut suka. Bila rasa nak pakai, pakai. Bila rasa tak hot kalau pakai, buang tudung. Seronok ek mempersendakan perintah Tuhan? Eh...bukan nak tuduh. Tapi inilah hakikatnya. Kalau tak, cuba bagitahu kenapa tak tutup aurat? Adakah anda mengalami penyakit kronik yang menghalang anda daripada menutup aurat? Atau adakah kebarangkalian berlakunya perang dunia sekiranya anda menutup aurat?

Tudung, satu isu. Baju pula isu lain. Sekarang ni zaman akhowat menggilai pakaian bersaiz 0. Tahukah anda 'size zero' itu apa? Kalau anda pernah menonton The Devil Wears Prada, maka anda akan tahu bahawa 'size zero' itu adalah saiz paling kecil dalam dunia fesyen. Ya, saiz paling kecil untuk orang dewasa. Size zero ni, kalau kanak-kanak umur 5 tahun pakai pun boleh muat. Got what I mean?

Inilah masalahnya pemudi kita. Terlalu bertuhankan trend terkini, sampai menggadaikan kepercayaan dan keyakinan terhadap agama sendiri. Oh come on....

Bukannya tak biasa dengar orang ceramah tentang aurat ni. Bukannya tak biasa tengok post-post kat FB pasal aurat. Dah terlalu biasa, sebab tu dah lali, dah tak rasa apa-apa.

Fikir logik la people. Kau nak rasa hot sangat sekarang pun tak ada guna, sebab sekejap je kau hidup kat dunia. Nanti lamaaaaa sangat kau kena taste the hotness of hell. Would you like that? I don't think so.

So why not we take a minute or two, to reflect ourselves. Cuba bermonolog kepada diri sendiri. Sila tengok cermin untuk effect yang lebih mendalam.

Hai, (guna nama sendiri la kan)
Aku tengok kau ni seronok sangat dedah aurat sana sini. Kejap buat rebonding, kejap macam maggi rambut kau. Seronok berhabis duit warna rambut, dandan begitu begini. 
Aku tengok kau ni khusyu' sangat update pasal fesyen pakaian paling latest. Senang je kau keluarkan duit untuk beli baju branded. Harga mahal, tapi tak mampu nak tutup aurat kau.
Kau memang sadis. 
Kau sadis sangat sebab terlalu mudah nak ikut orang tu, ikut orang ni. Kau main ikut je mana yang kau rasa hot, sampai kau lupa kau tu Muslim, dan neraka sangat hot sampai kau tak mampu tanggung.
Aku tengok kau dah tak kisah dengan nasihat, ceramah, kempen tutup aurat ni. Mesti kau dah lali kan?
Kesian kau. Hati kau dah terlalu hitam ke? Susah sangat nak terima nasihat.
Aku bukan ape. 
Aku kesian kat kau ni. 
Cubalah hidup berTuhan.
Hiduplah dengan cara hamba Dia.
Sebab kau takkan mampu nak tahan panas neraka tu.
Kau takkan mampu nak tahan murka Dia. 
Aku nak kau fikir panjang sikit je. 
Ape yang kau seronok sangat buat sekarang ni, benda tu tak kekal. So kau fikir la betul-betul.
Kau kan cerdik. Takkan kau nak rugi besar kat akhirat nanti.
Sendiri pikir la ek...


Bagi mengakhiri post ini, saya nak cakap sepatah dua lah kepada golongan yang bergelar....

-Suami: toksah lah rajin sangat biarkan isteri anda melawa tahap kelawa di luar, sampai tak terjaga aurat. Nanti kau juga yang tanggung dosa dia. Rasa macam mampu tahan neraka? Teruskanlah...

-Ibu bapa: Kalaupun diri sendiri tak mampu nak tutup aurat dengan sempurna, janganlah rajin sangat ajar anak cara-cara berfesyen yang tak menutup aurat. Berganda-ganda hotness neraka dapat kat kalian nanti. Na'udzubillah... Dari kecik tak payah biasakan dengan baju sexy. Dari kecik, ajar anak-anak tu malu. Tutup bahagian yang wajib ditutup. Kurangkan tabiat mendedah itu ini. Kesian la budak-budak kecik tak tahu mende.

-Manusia tegar: Buatlah apa kamu suka kalau kamu tak malu.




Dulu masa kecik-kecik, rasa macam Trunk tu watak supersaiya paling hot!
lulz



p/s: Jom meriahkan Ramadhan dengan pesta ibadah!





1 play the melodies:

Unknown said...

Betul. Sedih bila tengok orang Islam macam tu :(

7 August 2012 at 10:35
Related Posts with Thumbnails