Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Hikayat seorang genius

Friday 20 January 2012


Salam Jumaat. Allahumma solli 'ala Muhammad.

-Hari ini bermula dengan menelaah buku Virology, berusaha memahami dan menghafal ilmu. (Sarah, berusahalah dan berdoalah agar kamu faqih ilmu2 yang kamu pelajari).

-Kemudian diikuti dengan perbahasan tentang sudut pandang manusia. Atau lebih mudah dikatakan, pemahaman manusia tentang sesuatu itu berbeza. Ada macam2 pendapat dan pandangan. Hikmah Allah menciptakan manusia memiliki akal yang unik. HikmahNya lagi adalah supaya manusia dapat berbincang, dan bertukar-tukar fikiran, seterusnya memperbaiki ketamadunan manusia pada zaman ini.

Aku selalu terkesan dengan realiti manusia mempunyai pandangan yang berbeza2. Sebab bagi aku, pandangan yang berbeza itu adalah hikmah yang sangat besar Allah anugerahkan untuk sekalian manusia. Cuma silapnya manusia, ada yang taksub, ada juga yang jumud. Taksub dengan pandangan sendiri membawa kepada perbalahan. Begitu juga dengan jumud, tidak mahu menerima pandangan orang lain, akhirnya membawa perpecahan. Pandangan yang aku maksudkan di sini tidak termasuk hukum2 kekal yang telah tercatat dalam Al-Quran. Kerana pandangan yang bertentangan dengan hukum yang ditetapkan Allah ternyata sama sekali salah.

Keunikan akal manusia yang mampu memberi banyak pandangan yang berbeza tentang sesuatu perkara, semuanya datang dari Allah. Menjadi tugas kita untuk menyusun dan meletakkan pandangan kita itu pada tempat yang sepatutnya. In other words, gabungkan pandangan yang berbeza2 itu, buat penambahbaikan dan hasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada semua. Nah, indah kan nikmat Allah?

Cuma...itulah, mungkin kerana kita ini terlalu banyak dosa, setiap hari meletakkan titik2 hitam di hati, kadang kala lupa pula untuk mencucinya. Mungkin kerana itu kita terhijab daripada melihat ke hadapan, menyingkap hikmah yang Allah nak beri kepada kita. Seringkali kita lihat sesuatu dari satu sudut sahaja. Sedangkan, ilmu Allah itu luas. Mungkin kerana hati yang hitam itu, cara kita untuk menyampaikan kebaikan itu tidak berkat, tidak diterima.

Ini sebagai muhasabah diri sendiri. Aku rasa, elok la kita ni, selaku penuntut ilmu, usaha bersihkan hati setiap masa, disamping menuntut ilmu bersungguh-sungguh. Agar kita menjadi orang yang bertaqwa. Agar, ilmu yang kita pelajari ini ada roh, bukan ilmu yang kosong semata-mata. Mohon lah kepada Allah selalu agar dikukuhkan iman, ditingkatkan ketaqwaan, supaya setiap pandangan kita mendapat cahaya daripada Allah.

Ya, susah. Susah nak bersihkan hati ni. Sebab tiap2 hari bersihkan hati, lepas tu kotor balik. Sebab lepas solat, ada drama depan mata, ada video2 konsert, ada DUNIA. Lepas pergi kelas agama, ada FB untuk buang masa. Lepas qiamullail, ada macam2 perkara lagha untuk dibuat.Tapi, tak mustahil untuk kita bersihkan hati ni dan istiqamah menyucikannya sampai mati. Tak mustahil, sebab Allah dah sebut dalam Al-Quran, surah At-Talaq, ayat 2-3:



"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah swt (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya (Allah swt) akan menjadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri semata-mata kepada Allah swt, maka Allah cukupkan baginya (menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendakiNya. Allah swt telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.



Pinta jalan keluar dari belenggu maksiat. Mohon diberikan petunjuk untuk keluar dari kehidupan yang berpaksikan dunia, bukannya akhirat. (cakap senang, buat susah). Ya, betul. Kita cuba, kita usaha sama-sama ya.

-Kemudian aku mengisi saat2 akhir Jumaat ini dengan membaca beberapa huraian tentang sistem saluran ilmu dari Tuhan. Senang cerita, aku kongsi sikit apa yang aku baca. Copy paste dari sebuah artikel:



Tuhan itu pemimpin bagi manusia. Tuhan jugalah yang mengajar ilmu kepada manusia. Tuhan salurkan ilmu itu kepada manusia dengan berbagai-bagai cara mengikut tahap dan taraf manusia itu sendiri. Ada ilmu yang Tuhan salurkan kepada para nabi dan rasul. Ada ilmu Tuhan berikan kepada ahli-ahli hikmah atau Al Hakeem. Ada ilmu Tuhan beri kepada para mujaddid dan mujtahid. Ada ilmu yang Tuhan salurkan kepada orang yang bertaqwa. Ada juga ilmu yang Tuhan beri kepada ahli-ahli fikir, ahli falsafah atau para filasof.

PARA NABI DAN RASUL

Para nabi dan rasul dididik terus oleh Tuhan tanpa campur tangan manusia. Oleh itu para nabi dan rasul mempunyai jiwa yang begitu teguh dan kuat hingga mampu menerima wahyu Kalau wahyu diturunkan kepada orang yang bukan nabi atau rasul, dia tidak akan tahan. Dia akan mati. Akan hancur-luluh jiwanya kerana kesan wahyu kepada jiwa itu sungguh hebat. Rasulullah sendiri berpeluh-peluh dan seperti demam apabila menerima wahyu. Kalau wahyu diturunkan kepada bukit atau gunung, nescaya ia akan pecah berkecai.
Di antara sebab wahyu tidak lagi diturunkan pada waktu atau zaman ini adalah kerana sudah tidak ada lagi manusia yang begitu kuat jiwanya hingga mampu menerima wahyu. Dalam erti kata yang lain, Tuhan tidak didik lagi manusia seperti mana Tuhan mendidik para nabi dan rasul selepas Rasulullah SAW.
Di samping jiwa yang kuat hingga mampu menerima wahyu, para nabi dan rasul juga dibekalkan oleh Tuhan, fathonah. Fathonah adalah gabungan antara kekuatan fikiran (akal) dan kekuatan roh yang luar biasa yang hanya diberi kepada para nabi dan rasul. Orang biasa tidak diberi fathonah. Fathonah bukan setakat bijaksana. Bijaksana adalah untuk orang biasa. Fathonah lebih tinggi dari bijaksana. Dalam Bahasa Melayu tidak ada istilah yang bermaksud fathonah. Oleh itu istilah bijaksana digunakan walaupun ia tidak tepat. Fathonah adalah untuk mendapat ilmu dari wahyu dan untuk menerima agama dari Tuhan.
Fathonah adalah seratus peratus anugerah dari Tuhan tanpa perlu diusahakan. Kerana kekuatan dan kebersihan jiwa serta fathonah yang ada pada para nabi dan rasul, mereka boleh beramal tanpa perlu bermujahadah. Tidak ada apa-apa dalam diri mereka yang menjadi penghalang atau penentang untuk beramal sama ada akal ataupun nafsu. Mereka itu rupa saja manusia tetapi roh mereka seperti malaikat. Dengan fathonah 'ni. para nabi dan rasul mendapat tiga perkara iaitu:
  1. Dapat hafal wahyu lafaz ke lafaz
  2. Faham wahyu
  3. Tidak akan terlupa wahyu sampai bila-bila.

AHLI HIKMAH, MUJADDID DAN MUJTAHID

Umumnya pada ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid, mereka pada awalnya dididik oleh manusia sebelum Tuhan mengambil alih mendidik mereka. Pendidikan ahli hikmah ini ada campur tangan manusia. Oleh itu jiwa mereka tidak seteguh atau sekuat jiwa para nabi dan rasul. Mereka tidak mampu menerima wahyu.
Ahli hikmah ini tahu apa yang orang lain tidak tahu. Mereka nampak apa yang orang lain tidak nampak. Mereka diberi Tuhan ilmu-ilmu yang mendalam, halus dan seni.
Ahli hikmah ini wujud di zaman sebelum Rasulullah dan juga di zaman selepas Rasulullah. Kalau mereka diberi hikmah di zaman sebelum Rasulullah, mereka dikatakan ahli hikmah. Contohnya adalah Luqman Hakeem yang ada diceritakan dalam Quran. Kalau mereka diberi hikmah di zaman selepas Rasu lullah, maka ada dua bentuk. Sama ada mereka itu mujaddid atau mujtahid. Mujaddid itu adalah pemimpin untuk semua umat selepas Rasul. Mujtahid itu membawa ilmu untuk semua umat selepas Rasul. Mereka lebih memahami agama dari ulama-ulama yang lain yang sezaman dengan mereka. Mereka faham ilmu yang seni dan tersirat.
Kalau para nabi dan rasul diberi Tuhan fathonah maka ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid pula dianugerah Tuhan dengan hikmah. Hikmah juga adalah gabungan antara kekuatan fikiran (akal) dan kekuatan roh. Hanya ia tidaklah setinggi dan sehebat fathonah. Dengan hikmah, ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid dapat menerima ilham. Mereka mungkin tidak dapat hafal dari lafaz ke lafaz, tetapi mereka dapat faham dan dapat ingat. Cukuplah ini bagi mereka kerana mereka bukan sumber agama seperti nabi dan rasul. Mereka hanya membawa pembaharuan agama. Kalau fathonah itu seratus peratus anugerah dari Tuhan, hikmah ini 60% anugerah dan 40% mujahadah.
Selemah mana pun umat Islam di akhir zaman, Islam tidak akan padam atau hilang kerana adanya mujaddid dan mujtahid vang dilahirkan pada setiap zaman.

ORANG YANG BERTAQWA

Orang bertaqwa juga diberi Tuhan ilmu kerana ketaqwaan mereka. Ada firman Allah SWT:
Maksudnya: "Kalau kamu bertaqwa, Allah akan ajar kamu ilmu." (Al Baqarah: 282)
Ada Hadis yang mengatakan:
Maksudnya: "Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu." (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)
Taqwa itu adalah sumber ilmu. Taqwa ini adalah 20% anugerah atau wahbiah dan 80% mujahadah.

AHLI FIKIR

Ahli fikir ialah orang yang tajam fikiran (akal) tetapi tanpa mh. Roh mereka tumpul dan tidak berperanan. Mereka ini boleh
jadi:
  1. Genius (abqari)
  2. Cerdik biasa (zaka')
Ahli fikir ini mendapat ilmu hanya dari saluran fikiran Mereka semata-mata sama ada dari apa yang mereka belajar, dari apa yang mereka perhatikan atau daripada hasil ujian dan kajian yang mereka lakukan. Mereka dapat ilmu tetapi tidak daPat taufik dan hidayah (pimpinan dan petunjuk).
Genius itu adalah pengasas. Dia mengasaskan sesuatu teori atau penemuan. Zaka' itu adalah penghurai. Dia memperpanjangkan teori atau penemuan yang dibuat oleh genius. Contohnya, Einstein ialah seorang genius yang mengasaskan teori tenaga atom. Ramai za/ca'selepasnya menghurai teori itu dan mencipta reaktor tenaga atom dan bom atom. Dengan teori yang sama, mereka kini mencipta reaktor tenaga nuklear dan bom nuklear.
Ulama juga ada yang menjadi ulama hanya dengan kekuatan fikiran mereka semata-mata tanpa penglihatan roh. Mereka belajar ilmu agama seperti orang belajar ilmu sains, matematik, sejarah dan lain-lainnya di kolej dan universiti. Mereka mengaji, belajar, mengumpul dan membahas ilmu agama yang lahir dan tersurat hanya dengan menggunakan akal. Ilmu mereka tannpa roh. Ulama seperti ini juga tidak akan dapat taufik dan hidayah. Mereka hanya dapat ilmu, rohnya tidak ada. Ilmu mereka itu tidak menimbulkan rasa, kesedaran dan keinsafan. Ilmu mereka tidak dapat memimpin dan mendidik mereka. Dengan ilmu mereka, mereka tidak dapat rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Ilmu mereka itu, walaupun ianya ilmu agama, tidak dapat membuahkan akhlak pada diri mereka mahupun pada orang lain. Mereka hanya suka berbahas, bermujadalah dan menunjuk-nunjuk kelebihan ilmu mereka. Mereka mudah tertipu dengan dunia, nafsu dan syaitan.
Ahli-ahli fikir ini termasuk ahli-ahli fikir dalam bidang agama. Kalau hendak mendapat taufik dan hidayah, mestilah ikut mujaddid. Kalau tidak, mereka akan hanyut jauh dari Tuhan dengan ilmu mereka itu.
Ahli-ahli fikir ini, makin mereka berilmu, makin mereka akan sesat dan akan jauh dari Tuhan. Apa pun yang mereka kata atau cipta, hanyalah berbentuk ideologi semata-mata yang tidak ada Tuhan di dalamnya. Apa pun yang mereka kata atau cipta tidak akan membawa kepada Tuhan. Mereka tidak dapat taufik dan hidayah. Roh mereka mati. Ideologi itu hakikatnya adalah sekularisma. Sekularisma menafikan Tuhan.



-Saya tidak kata petikan daripada artikel di atas seratus peratus betul, sebab ada bahagian tertentu yang ditulis oleh penulis tersebut melalui pandangan beliau sendiri. Cuma di sini, eloklah kita selaku penuntut ilmu, muhasabah diri kita. Cubalah sedaya upaya untuk berlaku adil terhadap ilmu2 yang kita pelajari. Jangan campuri ia dengan maksiat dan nafsu duniawi.

Kerana 'Ilmu itu cahaya Allah. Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat".

Wallahu a'lam~

note: tajuk tiada kaitan dengan apa2.

Oh my YongHwa

Monday 16 January 2012

Ceh...tajuk macam gempak je. Ni ape Korea2 ni Sarah? Astaghfirullah....

Bukan nak buang masa cerita pasal Korea pun. Gua rasa semenjak gua balik sini, gua tak pernah lagi tengok sebarang cerita Korea. Haaa....alhamdulillah. Semoga istiqamah dan tinggalkan terus. 

Semalam, beberapa jam sebelum exam midyear Parasitology, ibu call. Borak macam-macam. Ibu tanya khabar, tanya dah ready ke belum, wish all the best, dan.....

Tetibe ibu kata "angah, you need to lose weight. Nanti masa tunang orang pelik pulak tengok tunang kamu cute, kamu besar."

Aku macam "....................... ish...ibu ni, angah nak exam la kejap lagi,"  -_____-".

Ibu gelak je. Haha. 



(sekadar gambar hiasan)


Adeh. Jadi isu jugak rupanya benda ni. Aku ingatkan takde hal lah sangat pun kalau dia cute, aku biasa-biasa je. Jap. Dia cute ke? Arghhh...ibu & ayah yang cakap macam tu! Dia pun mengaku dia cute -_____-". Layan je la semua orang. Bagi aku, cute tu subjektif (ayat nak sedapkan hati sendiri bila takde siapa kata aku cute. haha). 

Maka aku pun berkata "Ye, tengah nak kuruskan badan la ni bu," dengan nada bosan. Aku punya BMI normal ape! 

Ibu sambung "Haaa...ok. Angah ada masa beberapa bulan lagi to lose weight, and to do very well in your study. Ok?"

"Ok bu,"

God....



Fine. Let me lose some kilos for the sake of my own life. Haha. 

Dear everyone, please give me your best cooperation. Don't offer me unhealthy food. Please, please and please. Sincerely, Sarah.

*bila aku kata kat kawan-kawan aku kena lose weight, diorang cakap "Ko mana ade gemuk. Lagipun sekarang kan winter!". Haaa...tau takpe. Aku rasa aku memang power la kalau boleh lose weight time winter ni. Peh...*

I can. And I will ^____^.


p/s: apesal tajuk YongHwa? entah...ade orang tu rase dia macam YongHwa. zzzzz~

Today My Life Begins

Sunday 15 January 2012

Dear Sarah,

Yes, you can. You always can.

Look forward, move forward.

Stop searching for the old you when you can become a better you.

Your relation with Allah, make it the most important in your life.

Today Allah shows you that He never neglect you.

And He always listen.

Be patient.

Put more effort in everything.

Have faith in His timing.




Thank You Allah, for bringing me back to the right track.





Rintik-rintik

Friday 13 January 2012

Cairo hujan tadi. Aku doa banyak2. Doa sungguh2. Moga Allah perkenankan. Moga Allah berkati. Moga Allah redhai sampai ke syurga.

Allah, permudahkanlah semuanya. Dan berkatilah semuanya sampai syurga.

Don't give up

Saje share. Video klip dia nais :)



p/s: tapi ingat, cinta kita hanya untuk Allah. ok?  ;)

Dear Sarah,

Dear Sarah,

Jangan letakkan cinta kepada yang lain melainkan hanya untuk Allah. Semua ciptaan, semua makhluk takkan kekal. Jadi letakkanlah cintamu kepada yang kekal, iaitu Allah. Isilah hati hanya untuk Allah, pemilik segala hati. Hatimu itu kecil kan? Maka jangan sempitkan hati itu dengan pelbagai perkara. Cukuplah Allah untukmu. Yang bersusah payah mengasuh dan membesarkanmu, cintailah mereka kerana cintamu kepada Allah. Bukan cinta kerana siapa mereka. Yang akan kau kahwini nanti, janganlah kerana cinta manusia, atau cinta kau sebagai manusia. Cukuplah kerana cinta Allah. Yang akan kau besarkan nanti, asuh lah kerana cintamu kepada Allah. Kerana dia, mereka, semuanya milik Allah. Maka hanya pemilik segalanya yang layak kau cintai.


Sincerely,
Sarah.
(Cukuplah Allah untukku)





Ngantuk je kejenye...

Di musim exam ni, setiap hari aku mesej ibu. Bukan sehari sekali. Kadang-kadang sampai tak terkira. Mesej kenapa? Takkan cuak sangat nak exam kot? 

Haa...takde la setiap kali mesej tu asyik cakap "Bu, takutnye nak exam. Bu, takut la. Takut ni,". Haha. Tak la macam tu. Macam takde kerja lain pulak kan. 

Bila aku check balik sent messages yang aku hantar kat ibu, kebanyakannya berbunyi 
"Bu, ngantuk la,"
"Ngantuknye bu. Banyak lagi tak baca ni"
"Agaknye kalau tido dulu boleh tak? Pagi esok lepas subuh sambung baca,"

Haa...point utamanya: MENGANTUK!

Aku tak tau la orang lain mengalami masalah yang sama atau tidak. Tapi selaku manusia yang mempunyai character cepat bosan + mudah hilang fokus, aku rasa masalah mengantuk ni menyusahkan betul. Jadi, selalu la aku mesej ibu, minta nasihat, minta nak dengar suara ibu (minta ibu call. jimat kredit. heh), minta ibu doakan supaya anaknya ni tak la asyik mengantuk je. 

Macam-macam nasihat ibu bagi. Biasanya, lepas aku mesej, ibu mesti call. Nasihat itu ini. Bagi kata-kata semangat. Last sekali ibu mesti kata "Haaa...ni dah dengar suara ibu ni mesti segar sampai esok kan?". Hehe. 

Kadang-kadang ibu tak sempat nak call, ibu reply je mesej aku, bagi kata2 semangat. 

Baru tadi, lepas solat Zohor, aku rasa ngantuk tahap dewa. Ape kena entah. Barangkali dah lama tak exercise, badan jadi lesu. Huh. Cepat la habis exam. Tak sabar nak workout (ye2 je kan). Lepas solat, aku tenung buku Parasitology. Haishhh...macam mana ni? Kata nak khatamkan 10 kali sebelum exam. Aku hanya ada hari ini dan esok je. Lusa dah exam. Arghhh....mata oh mata. Sila lah bantu saya!

Maka aku pun mesej ibu "Ngantuk.....". Tunggu, tunggu, tunggu, ibu pun reply. "Jogetlah kojap".

Bahahahaha! Mesti ibu dah bosan aku asyik mesej benda yang sama je hari2. Last2 ibu dah tak mesej nasihat panjang2, tapi buat lawak. Hahaha. Segar terus mata ni. Serius. Can you imagine you're talking face-to-face with your mom, and you tell her that you're too sleepy to study, then she suggests you should dance? Aha. My mom rocks.

Aku pun reply "Tongah dongar khutbah Jumaat ni. Takkan nak joget pulak,". Sambil sengih2 seorang diri. Haha. Kelakar la ibu ni. Kesian ibu kena layan kerenah anaknya yang jauh ni. 

Anyway, masih ada lebih kurang 40jam sebelum exam Parasitology. Aku mengharapkan hati, akal dan mata serta seluruh roh dan jasad memberi kerjasama yang padu agar perjuangan aku di dunia ni tak sia-sia. Come on Sarah. Go against your desire!



Tadi ada sahabat share video ni kat Facebook. Maybe boleh diaplikasikan.



Bawah ni ada video yang cukup bermanfaat. Tengok, jangan tak tengok!!




Allah...Allah...Syeikh khatam kan buku 17 kali kot! Aku sekali pun payah. Ayuh, muhasabah.

Fokus! Ketepikan yang lain.

Sucikan rohani. Banyak hitam di hati, maka banyaklah malasnya.

Terima kasih Syeikh. Nasihat yang cukup berguna ^____^

Khusyu'

Wednesday 11 January 2012

Hampir semua benda yang aku buat serba tak kena hari ni. Emosi naik turun, tunggang-langgang. Study macam ape entah (tapi Alhamdulillah, masih dapat study). Esok exam. Urghhh....

Bila buat sesuatu susah nak fokus. Ayat macam familiar? Ya. Apa puncanya?

Dulu-dulu masa sekolah, ayah selalu pesan "Bila kita khusyu' dalam solat, di luar solat pun kita akan khusyu',". Aku mengangguk-angguk tanda faham. Lepas tu ayah mesti tanya "Faham tak khusyu' di luar solat tu macam mana?". Aku geleng kepala, tanda kurang faham. Ayah teruskan "Khusyu' luar solat ni maksudnya, segala benda yang kita buat, kita ingat kat Allah. Apa-apa benda yang kita lakukan, tak kira sibuk mana pun kita, susah mana pun kerjanya, kita tetap ingat kat Allah,". Aku angguk lagi. Ayah sambung lagi "Bila kita sentiasa ingat kat Allah, Allah sentiasa ingat kat kita. Bila kita sentiasa ingat Allah, semua masalah tak jadi beban kat hati kita. Sebab Allah ada dalam hati. Semua kerja jadi mudah. Kita dapat buat dengan tenang. Faham?". Faham, ayah.

-Sejauh mana khusyu' kita dalam solat? Sejauh mana kita istiqamah untuk khusyu'?
-Berlaku adil lah kepada Allah. Hati itu tempatnya hanya untuk Allah. Jangan sempitkan hati dengan masalah dunia.
-Susah nak fokus bila buat kerja? Muhasabah selalu ibadah kita. Muhasabah sentiasa hubungan kita dengan Allah.
-Nikmat, ujian dan hukuman datangnya dari Allah. Sejauh mana kita dah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat, ujian dan hukuman tersebut? Semuanya Allah bagi tandanya Allah ingat kat kita. Ingatan kita kepada Allah macam mana?





Allah....lemahnya hambaMu.


You first

Tuesday 10 January 2012


Bila kau mohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang soleh solehah,
Usahalah supaya diri itu menjadi soleh solehah dahulu.

Bila kau mohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang memperjuangkan Islam,
Kau bekerja keras lah untuk Islam selalu.

Bila kau mohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang dikasihi Allah,
Kau buat lah segala yang mampu agar dirimu menjadi hamba yang dikasihi Allah.

Bila kau mohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang cemerlang di dunia dan akhirat,
Kau berusahalah menjadi seorang manusia yang cemerlang dunia dan akhirat.

Bila kau mohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang terpelihara, terpuji akhlaknya,
Maka kau peliharalah dirimu dan berakhlaklah dengan akhlak yang terpuji selalu.

Bila kau mohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang berguna untuk agama dan ummah,
Pastikan dirimu sentiasa memberi manfaat kepada Islam dan seluruh umat Islam.

Bila kau mohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang bertaqwa,
Kau usahalah untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Bila kau mohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang terpelihara daripada neraka,
Maka kau jauhilah amalan-amalan yang boleh membawa kau ke neraka.


Sungguh, bukan caranya hanya meminta dan meminta tanpa berusaha. Mulakan dengan dirimu. Jangan zalimi anak-anakmu dengan expectation yang menggunung tinggi sedangkan dirimu belum pernah berusaha untuk menjadi contoh yang terbaik.




-love letter to my children-

absolute random

1. jiwa kacau. serabut
2. tahun 3 banyak menumpahkan air mata. (atau mungkin faktor usia? entah)
3. sedang cuba istiqamah mengislah diri
4. maaf, kadang-kadang unpredictable. harap faham. (sedang cuba memahami diri sendiri juga)
5. insyaAllah, doa sentiasa. kerana doa itu senjata. doa itu pelindung. doa itu penghubung.



#bunga buat saya hilang stress ^____^

Nafsu. Tumbangkan!

Monday 2 January 2012

M: Marah tu datang dari mana?

V: Dari limbic system?

M: Marah tu datang dari nafsu. Nafsu tu datang dari diri sendiri. Cara nak didik nafsu, buat apa yang dia benci.

V: *relieved*





-Sila sibukkan diri membuat perkara yang tak disukai nafsu. And things will be just fine.
-To solve a problem, find the precise and suitable solution.
-Focus on the solutions, not the problem.
-When plan A doesn't work, don't give up. You still have B, C, D-Z.
-'Mada mada dane' means it's not over yet.
-We have each other because we have Allah.


Merungkai hati

Sunday 1 January 2012


Jiwa manusia itu terlalu banyak rahsia, 
Namun manusia itu sendiri gagal menggalinya,
Tiada lain sebabnya, 
Hanya kerana hadirnya HIJAB yang menutup antara dia dan PENCIPTA, 
Bertenanglah wahai jiwa,
Bertafakurlah seketika, 
Berinteraksilah dengan SI PEMILIK JIWA, 
Riakan hatimu dengan meratib namaNya, 
Renunglah jauh ke dalam dirimu, 
Betapa melangit rahmat TUHAN buatmu, 
Sedang rahmat itu kian terpalit,
Dengan titik sauda' di sudut amalmu,
Wahai Yang di anugerahkan Jiwa,
Pudarkanlah segala noda yang menghitam di dadamu,
Moga tersingkap segala rahsia antara JIWA dan PENCIPTA.



Your Heart is the size of an Ocean.
Go find Yourself in its Hidden Depths..!!
[Maulana Jalal-ud-Deen Rumi - Rehmatullah aliah]


Imam Ghazali:
Carilah hatimu di tiga tempat. 
Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Jika tak kau temui,
Carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tak kau temui, 
Carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika tak kau temui juga,
Maka berdoalah kepada Allah,
Pinta hati yang baru,
Kerana hakikatnya,
Pada ketika itu, kau tak mempunyai hati.

Tahun baru, stail baru

Buat pejuang-pejuang agama Allah, buat pejuang kebenaran, 
bersabarlah.
Sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir.
Bertahan!
Bertahan kerana kita ada Allah.
Bertahan kerana kita membela agama Allah.
Bertahan kerana ganjaran syurga itu terlalu indah.



Kezaliman takkan bermaharajalela selamanya.
Kebenaran pasti menang.
Islam pasti menguasai dunia. 
Yang kufur pasti akan hancur.

Related Posts with Thumbnails