Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Hikayat seorang genius

Friday 20 January 2012


Salam Jumaat. Allahumma solli 'ala Muhammad.

-Hari ini bermula dengan menelaah buku Virology, berusaha memahami dan menghafal ilmu. (Sarah, berusahalah dan berdoalah agar kamu faqih ilmu2 yang kamu pelajari).

-Kemudian diikuti dengan perbahasan tentang sudut pandang manusia. Atau lebih mudah dikatakan, pemahaman manusia tentang sesuatu itu berbeza. Ada macam2 pendapat dan pandangan. Hikmah Allah menciptakan manusia memiliki akal yang unik. HikmahNya lagi adalah supaya manusia dapat berbincang, dan bertukar-tukar fikiran, seterusnya memperbaiki ketamadunan manusia pada zaman ini.

Aku selalu terkesan dengan realiti manusia mempunyai pandangan yang berbeza2. Sebab bagi aku, pandangan yang berbeza itu adalah hikmah yang sangat besar Allah anugerahkan untuk sekalian manusia. Cuma silapnya manusia, ada yang taksub, ada juga yang jumud. Taksub dengan pandangan sendiri membawa kepada perbalahan. Begitu juga dengan jumud, tidak mahu menerima pandangan orang lain, akhirnya membawa perpecahan. Pandangan yang aku maksudkan di sini tidak termasuk hukum2 kekal yang telah tercatat dalam Al-Quran. Kerana pandangan yang bertentangan dengan hukum yang ditetapkan Allah ternyata sama sekali salah.

Keunikan akal manusia yang mampu memberi banyak pandangan yang berbeza tentang sesuatu perkara, semuanya datang dari Allah. Menjadi tugas kita untuk menyusun dan meletakkan pandangan kita itu pada tempat yang sepatutnya. In other words, gabungkan pandangan yang berbeza2 itu, buat penambahbaikan dan hasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada semua. Nah, indah kan nikmat Allah?

Cuma...itulah, mungkin kerana kita ini terlalu banyak dosa, setiap hari meletakkan titik2 hitam di hati, kadang kala lupa pula untuk mencucinya. Mungkin kerana itu kita terhijab daripada melihat ke hadapan, menyingkap hikmah yang Allah nak beri kepada kita. Seringkali kita lihat sesuatu dari satu sudut sahaja. Sedangkan, ilmu Allah itu luas. Mungkin kerana hati yang hitam itu, cara kita untuk menyampaikan kebaikan itu tidak berkat, tidak diterima.

Ini sebagai muhasabah diri sendiri. Aku rasa, elok la kita ni, selaku penuntut ilmu, usaha bersihkan hati setiap masa, disamping menuntut ilmu bersungguh-sungguh. Agar kita menjadi orang yang bertaqwa. Agar, ilmu yang kita pelajari ini ada roh, bukan ilmu yang kosong semata-mata. Mohon lah kepada Allah selalu agar dikukuhkan iman, ditingkatkan ketaqwaan, supaya setiap pandangan kita mendapat cahaya daripada Allah.

Ya, susah. Susah nak bersihkan hati ni. Sebab tiap2 hari bersihkan hati, lepas tu kotor balik. Sebab lepas solat, ada drama depan mata, ada video2 konsert, ada DUNIA. Lepas pergi kelas agama, ada FB untuk buang masa. Lepas qiamullail, ada macam2 perkara lagha untuk dibuat.Tapi, tak mustahil untuk kita bersihkan hati ni dan istiqamah menyucikannya sampai mati. Tak mustahil, sebab Allah dah sebut dalam Al-Quran, surah At-Talaq, ayat 2-3:



"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah swt (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya (Allah swt) akan menjadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri semata-mata kepada Allah swt, maka Allah cukupkan baginya (menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendakiNya. Allah swt telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.



Pinta jalan keluar dari belenggu maksiat. Mohon diberikan petunjuk untuk keluar dari kehidupan yang berpaksikan dunia, bukannya akhirat. (cakap senang, buat susah). Ya, betul. Kita cuba, kita usaha sama-sama ya.

-Kemudian aku mengisi saat2 akhir Jumaat ini dengan membaca beberapa huraian tentang sistem saluran ilmu dari Tuhan. Senang cerita, aku kongsi sikit apa yang aku baca. Copy paste dari sebuah artikel:



Tuhan itu pemimpin bagi manusia. Tuhan jugalah yang mengajar ilmu kepada manusia. Tuhan salurkan ilmu itu kepada manusia dengan berbagai-bagai cara mengikut tahap dan taraf manusia itu sendiri. Ada ilmu yang Tuhan salurkan kepada para nabi dan rasul. Ada ilmu Tuhan berikan kepada ahli-ahli hikmah atau Al Hakeem. Ada ilmu Tuhan beri kepada para mujaddid dan mujtahid. Ada ilmu yang Tuhan salurkan kepada orang yang bertaqwa. Ada juga ilmu yang Tuhan beri kepada ahli-ahli fikir, ahli falsafah atau para filasof.

PARA NABI DAN RASUL

Para nabi dan rasul dididik terus oleh Tuhan tanpa campur tangan manusia. Oleh itu para nabi dan rasul mempunyai jiwa yang begitu teguh dan kuat hingga mampu menerima wahyu Kalau wahyu diturunkan kepada orang yang bukan nabi atau rasul, dia tidak akan tahan. Dia akan mati. Akan hancur-luluh jiwanya kerana kesan wahyu kepada jiwa itu sungguh hebat. Rasulullah sendiri berpeluh-peluh dan seperti demam apabila menerima wahyu. Kalau wahyu diturunkan kepada bukit atau gunung, nescaya ia akan pecah berkecai.
Di antara sebab wahyu tidak lagi diturunkan pada waktu atau zaman ini adalah kerana sudah tidak ada lagi manusia yang begitu kuat jiwanya hingga mampu menerima wahyu. Dalam erti kata yang lain, Tuhan tidak didik lagi manusia seperti mana Tuhan mendidik para nabi dan rasul selepas Rasulullah SAW.
Di samping jiwa yang kuat hingga mampu menerima wahyu, para nabi dan rasul juga dibekalkan oleh Tuhan, fathonah. Fathonah adalah gabungan antara kekuatan fikiran (akal) dan kekuatan roh yang luar biasa yang hanya diberi kepada para nabi dan rasul. Orang biasa tidak diberi fathonah. Fathonah bukan setakat bijaksana. Bijaksana adalah untuk orang biasa. Fathonah lebih tinggi dari bijaksana. Dalam Bahasa Melayu tidak ada istilah yang bermaksud fathonah. Oleh itu istilah bijaksana digunakan walaupun ia tidak tepat. Fathonah adalah untuk mendapat ilmu dari wahyu dan untuk menerima agama dari Tuhan.
Fathonah adalah seratus peratus anugerah dari Tuhan tanpa perlu diusahakan. Kerana kekuatan dan kebersihan jiwa serta fathonah yang ada pada para nabi dan rasul, mereka boleh beramal tanpa perlu bermujahadah. Tidak ada apa-apa dalam diri mereka yang menjadi penghalang atau penentang untuk beramal sama ada akal ataupun nafsu. Mereka itu rupa saja manusia tetapi roh mereka seperti malaikat. Dengan fathonah 'ni. para nabi dan rasul mendapat tiga perkara iaitu:
  1. Dapat hafal wahyu lafaz ke lafaz
  2. Faham wahyu
  3. Tidak akan terlupa wahyu sampai bila-bila.

AHLI HIKMAH, MUJADDID DAN MUJTAHID

Umumnya pada ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid, mereka pada awalnya dididik oleh manusia sebelum Tuhan mengambil alih mendidik mereka. Pendidikan ahli hikmah ini ada campur tangan manusia. Oleh itu jiwa mereka tidak seteguh atau sekuat jiwa para nabi dan rasul. Mereka tidak mampu menerima wahyu.
Ahli hikmah ini tahu apa yang orang lain tidak tahu. Mereka nampak apa yang orang lain tidak nampak. Mereka diberi Tuhan ilmu-ilmu yang mendalam, halus dan seni.
Ahli hikmah ini wujud di zaman sebelum Rasulullah dan juga di zaman selepas Rasulullah. Kalau mereka diberi hikmah di zaman sebelum Rasulullah, mereka dikatakan ahli hikmah. Contohnya adalah Luqman Hakeem yang ada diceritakan dalam Quran. Kalau mereka diberi hikmah di zaman selepas Rasu lullah, maka ada dua bentuk. Sama ada mereka itu mujaddid atau mujtahid. Mujaddid itu adalah pemimpin untuk semua umat selepas Rasul. Mujtahid itu membawa ilmu untuk semua umat selepas Rasul. Mereka lebih memahami agama dari ulama-ulama yang lain yang sezaman dengan mereka. Mereka faham ilmu yang seni dan tersirat.
Kalau para nabi dan rasul diberi Tuhan fathonah maka ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid pula dianugerah Tuhan dengan hikmah. Hikmah juga adalah gabungan antara kekuatan fikiran (akal) dan kekuatan roh. Hanya ia tidaklah setinggi dan sehebat fathonah. Dengan hikmah, ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid dapat menerima ilham. Mereka mungkin tidak dapat hafal dari lafaz ke lafaz, tetapi mereka dapat faham dan dapat ingat. Cukuplah ini bagi mereka kerana mereka bukan sumber agama seperti nabi dan rasul. Mereka hanya membawa pembaharuan agama. Kalau fathonah itu seratus peratus anugerah dari Tuhan, hikmah ini 60% anugerah dan 40% mujahadah.
Selemah mana pun umat Islam di akhir zaman, Islam tidak akan padam atau hilang kerana adanya mujaddid dan mujtahid vang dilahirkan pada setiap zaman.

ORANG YANG BERTAQWA

Orang bertaqwa juga diberi Tuhan ilmu kerana ketaqwaan mereka. Ada firman Allah SWT:
Maksudnya: "Kalau kamu bertaqwa, Allah akan ajar kamu ilmu." (Al Baqarah: 282)
Ada Hadis yang mengatakan:
Maksudnya: "Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu." (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)
Taqwa itu adalah sumber ilmu. Taqwa ini adalah 20% anugerah atau wahbiah dan 80% mujahadah.

AHLI FIKIR

Ahli fikir ialah orang yang tajam fikiran (akal) tetapi tanpa mh. Roh mereka tumpul dan tidak berperanan. Mereka ini boleh
jadi:
  1. Genius (abqari)
  2. Cerdik biasa (zaka')
Ahli fikir ini mendapat ilmu hanya dari saluran fikiran Mereka semata-mata sama ada dari apa yang mereka belajar, dari apa yang mereka perhatikan atau daripada hasil ujian dan kajian yang mereka lakukan. Mereka dapat ilmu tetapi tidak daPat taufik dan hidayah (pimpinan dan petunjuk).
Genius itu adalah pengasas. Dia mengasaskan sesuatu teori atau penemuan. Zaka' itu adalah penghurai. Dia memperpanjangkan teori atau penemuan yang dibuat oleh genius. Contohnya, Einstein ialah seorang genius yang mengasaskan teori tenaga atom. Ramai za/ca'selepasnya menghurai teori itu dan mencipta reaktor tenaga atom dan bom atom. Dengan teori yang sama, mereka kini mencipta reaktor tenaga nuklear dan bom nuklear.
Ulama juga ada yang menjadi ulama hanya dengan kekuatan fikiran mereka semata-mata tanpa penglihatan roh. Mereka belajar ilmu agama seperti orang belajar ilmu sains, matematik, sejarah dan lain-lainnya di kolej dan universiti. Mereka mengaji, belajar, mengumpul dan membahas ilmu agama yang lahir dan tersurat hanya dengan menggunakan akal. Ilmu mereka tannpa roh. Ulama seperti ini juga tidak akan dapat taufik dan hidayah. Mereka hanya dapat ilmu, rohnya tidak ada. Ilmu mereka itu tidak menimbulkan rasa, kesedaran dan keinsafan. Ilmu mereka tidak dapat memimpin dan mendidik mereka. Dengan ilmu mereka, mereka tidak dapat rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Ilmu mereka itu, walaupun ianya ilmu agama, tidak dapat membuahkan akhlak pada diri mereka mahupun pada orang lain. Mereka hanya suka berbahas, bermujadalah dan menunjuk-nunjuk kelebihan ilmu mereka. Mereka mudah tertipu dengan dunia, nafsu dan syaitan.
Ahli-ahli fikir ini termasuk ahli-ahli fikir dalam bidang agama. Kalau hendak mendapat taufik dan hidayah, mestilah ikut mujaddid. Kalau tidak, mereka akan hanyut jauh dari Tuhan dengan ilmu mereka itu.
Ahli-ahli fikir ini, makin mereka berilmu, makin mereka akan sesat dan akan jauh dari Tuhan. Apa pun yang mereka kata atau cipta, hanyalah berbentuk ideologi semata-mata yang tidak ada Tuhan di dalamnya. Apa pun yang mereka kata atau cipta tidak akan membawa kepada Tuhan. Mereka tidak dapat taufik dan hidayah. Roh mereka mati. Ideologi itu hakikatnya adalah sekularisma. Sekularisma menafikan Tuhan.



-Saya tidak kata petikan daripada artikel di atas seratus peratus betul, sebab ada bahagian tertentu yang ditulis oleh penulis tersebut melalui pandangan beliau sendiri. Cuma di sini, eloklah kita selaku penuntut ilmu, muhasabah diri kita. Cubalah sedaya upaya untuk berlaku adil terhadap ilmu2 yang kita pelajari. Jangan campuri ia dengan maksiat dan nafsu duniawi.

Kerana 'Ilmu itu cahaya Allah. Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat".

Wallahu a'lam~

note: tajuk tiada kaitan dengan apa2.

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails