Balik dari seminar, aku teragak nak google nasyid ni. Dulu2 rasa macam selalu je dengar alunan indah ni. Tapi kenapa sekarang aku rasa jarang sangat? Muhasabah diri. Barangkali terlalu lalai dengan hiburan dunia. Astaghfirullah.
Aku dengar nasyid itu berulang kali. Kemudian aku google gambar2 Masjid Nabawi. Tiba-tiba hati rasa sebak semacam. Ya, aku rindu. Rindu sangat untuk berada di situ lagi. Rasa macam baru semalam aku menjejakkan kaki, melangkah ke Masjid Nabawi dengan penuh rasa syukur kerana Allah mengizinkan aku berada di situ.
Ya Allah, aku rindu sangat untuk berada di situ lagi. Sebab bila berada di situ, tenangnya masyaAllah, hanya Kau yang tahu. Ya Allah, aku lebih2 lagi rindu untuk bertemu dengan Rasulullah. Tapi aku malu. Aku malu sebab aku jarang2 berusaha untuk amalkan sunnah Rasulullah. Aku malu sebab aku selalu lemah dalam menyambung kerja2 dakwah Rasulullah. Aku malu sebab aku terlalu banyak dosa, aku banyak lalai, banyak buat maksiat. Ya Allah, aku takut Rasulullah sedih tengok keadaan aku, keadaan umatnya sekarang. Ya Allah, tapi aku rindu, Ya Allah T_____T.
Aku rindu sangat.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wasallim.
p/s: selawat ada banyak. amalkan lah mana2 yang mampu. buktikan cinta kita untuk Rasulullah. boleh kan?
0 play the melodies:
Post a Comment