Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Pencerahan kulit muka

Saturday, 18 February 2012

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ini hari Sabtu. Esok sekolah semula. Sekian laporan ringkas tentang akademik.

Post ini bukanlah bertujuan untuk mempromosi pencuci muka Clean&Clear, atau krim pelembap Nivea. Bukan juga iklan Olay.

Post ini sekadar bertujuan untuk memberi pencerahan kepada yang kurang cerah pada fikirannya, juga bertujuan untuk memberi penerangan kepada yang kurang terang pada pandangan matanya.

Alkisah bermula dengan apa itu PERUBATAN.





PERUBATAN itu, bukan macam Persatuan Bulan Sabit Merah, bukan juga Kelab Bahas, bukan pula alumni sekolah. Nak kata PERUBATAN ni macam wakil ibu bapa di sini, nanti kecil pula hati pihak yang lebih atas. Tapi lebih kurang begitulah. It provides most of what we need here. 

Senang cerita, ia bukan persatuan biasa macam zaman sekolah dulu. Ia bukan macam persatuan Bahasa Melayu, kita hadir setiap hari Rabu, (orang sebut hari kokurikulum) datang pun sebab nak dapat tanda tangan cikgu dalam buku kehadiran. Tak, ia bukan begitu.

PERUBATAN ni, dari Smart Circle (usrah), merangkumi kelas tutorial, sampai lah ke kejohanan sukan. Malah, ia juga mengandungi keselamatan sosial (JAKSI), tabung yang diedarkan kepada semua untuk menderma kepada ahli yang ditimpa kesusahan (Tabung Kasih Sayang), juga pengurusan rumah-rumah sewa,  poster dan video kempen untuk exam dan perayaan, serta update tentang isu semasa. 

Itulah PERUBATAN. Mudah nak faham kan? Semua ada dalam tu.

Jadi, bila saya kata saya pergi kelas tafaqquh, atau SC, atau seminar, sila lah jangan paranoid dan berkata "Kamu ni asyik busy dengan PERUBATAN je!". Bersyukurlah saya tidak busy dengan drama Korea, atau cerekarama atau terjebak dengan bencana so-sial, atau terlibat dengan aktiviti menghabiskan duit rakyat di shopping complex.

PERUBATAN ni siapa yang jadi penggeraknya? Mana PERUBATAN dapat tenaga pekerja?

Jawapannya mudah. Ahli PERUBATAN lah yang menjadi tenaga penggeraknya. Dari ahli, untuk ahli. Mudah kan konsepnya?

Jadi, bila saya kena keluar pergi meeting sebab jadi AJK minggu akademik, sila lah jangan merungut dan bersungut dan berkata "Kamu ni tak ada kerja lain ke? Meeeeeeting je!".

Ah...sudah. Kerja apa pula yang tak ada meeting kan? Bukan kah syura itu yang Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam amalkan dulu?

DAN, bukan saya seorang sahaja yang meeting ya. Sila faham. PERUBATAN itu, ada 7 biro yang menjadi penguat. Dalam setiap biro, sekurang-kurangnya ada 7 subunit di bawahnya. Setiap subunit, memerlukan sekurang-kurangnya 5 orang AJK, yang menjadi tenaga penggerak.

Nampak? Bukanlah seorang, bukan juga lima, bukan pula hanya 10 orang yang memerah keringat menggerakkan PERUBATAN ni. Ramai. Dan siapa mereka? Kita, ahli PERUBATAN lah. Dari ahli untuk ahli.

Dan setiap kali ada program tertentu seperti sambutan Hari Raya, atau kejohanan sukan, bukanlah manusia yang sama yang diambil menjadi AJK. Tetapi jika berlaku suatu keadaan di mana balik-balik muka orang yang sama saja yang menjadi tenaga penggerak, itu tandanya tidak ramai ahli yang ingin memberi. Ramai yang hanya ingin menerima.

Saya, selaku ahli yang sudah 3 tahun lebih berada di sini, mahulah juga memberi. Sudah 3 tahun menerima, takkan tak boleh beri sedikit sumbangan tenaga, atau masa, atau harta kan? Kita memberi pun untuk komuniti kita juga.

Mari kita lihat dari sudut lain. Apa akan jadi kalau saya ni seorang manusia yang tidak mahu involve apa-apa, hanya menjadi seorang nerd yang baca buku sampai stress. Hujung minggu, apa yang saya cari untuk hiburkan diri? Mungkin saya akan menonton movie, atau pergi jalan-jalan habiskan duit, atau berehat serehat2nya sebab 5 hari dah jadi orang nerd. Hakikatnya, semua itu buang masa.

Jika saya ini seorang manusia yang tak suka involve apa-apa, saya takkan join usrah. Kelas tafaqquh lagi la tak kenal. Maka pada penghujung hidup saya di Mesir ini, saya akan jadi apa ya? Bila saya pulang ke Malalysia, mampukah saya menjadi doktor yang bukan hanya mengubati penyakit jasad, tetapi juga mengubati penyakit hati masyarakat?

Saya bukan nak membesar-besarkan cerita kenapa saya menyibukkan diri dengan PERUBATAN. Saya cuma ingin memberi pencerahan tentang hak saya untuk berpersatuan. Saya tak mahu lah jadi manusia yang tak memberi apa-apa kepada orang lain. Sebab saya hidup bukan untuk diri saya kan? Saya hidup untuk memberi.

Dan saya tak perlu tunggu dah habis belajar nanti baru nak memberi kan? Sebab di sini, ada medan untuk saya memberi. Ada medium untuk saya bermasyarakat. Ada medium untuk saya menyalurkan tenaga dan keringat.

Hakikatnya, kenapa saya memilih PERUBATAN itu, sebabnya mudah. Kerana melalui ia, saya boleh menyumbang untuk ummah. Melalui ia, saya ada cara untuk sampaikan dakwah. Melalui ia, saya dapat melatih dan memantapkan diri menjadi seorang hamba, da'ie dan khalifah.

Maaf lah jika selama ini tiada pencerahan yang dibuat. Saya juga manusia, ingin menguji sangkaan manusia2 lain terhadap sesama manusia. Yang mencabarnya, untuk memberi pencerahan juga perlu banyak peringkat. Sebab yang cuba untuk memahami itu banyak peringkat pemahamannya. Jika tersalah beri pencerahan, boleh mengundang bencana kesalahfahaman. Payah. Dan parah.

Peringkat 1: Ketahuilah, saya melibatkan diri dengan PERUBATAN sebab saya mahu memberi, juga menerima nilai tambah. Saya nak jadi manusia yang berguna, bukan?

Peringkat 2: Ketahuliah, saya selalu ikut program PERUBATAN sebab dari situ juga saya dapat tarbiyah, dapat pengisian. Saya manusia biasa, takkan terisi dengan sendirinya bukan?

Peringkat 3: Ketahuilah, saya menyertai PERUBATAN kerana cukuplah ia menyeru manusia kepada Allah, bukan kepada taghut atau perkara yang lainnya. Mudah, bukan?

Selesai.


p/s: post ini ditujukan khas untuk insan yang dekat di hati saya, khususnya. Juga buat sesiapa saja yang membaca, umumnya.

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails