Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent
Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Benci untuk membenci

Saturday, 19 January 2013

Setiap manusia pasti akan mati.
Begitu juga, setiap manusia ada perasaan.
Walau siapa pun manusia itu,
Baik kah dia, jahat kah dia, bijak kah dia, kurang bijak kah dia.
Semuanya dianugerahkan Allah dengan perasaan.

Oh ini bukan nak mengomel tentang perasaan perasaan dan perasaan.
Bukan.
Ini sekadar nak menyatakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati.
Terhadap apa?
Terhadap apa-apa lah.

Pertama sekali, perlulah manusia ini jelas.
Bahawasanya, biarpun dia seorang da'ie yang hebat, dia tetap akan membuat kesalahan dan dosa.
Itu satu perkara yang dikongsi oleh semua hamba Allah bernama manusia, melainkan nabi dan Rasul.
Dan dengan itu, setiap manusia perlu ditegur dan dinasihati atas kesalahannya.
Biarpun dia seorang da'ie yang hebat.

Masalah terjadi apabila manusia yang sedar dirinya da'ie ni, nak menegur da'ie yang lain.
Ahhh...malas pula nak mengayat-ayat ni.
Berterus-teranglah lebih senang.
Macam ni...
Dalam nak menegur sesama kita, elakkan, ELAKkan, ELAKKANLAH menyindir.
Sindiran ni, tak berguna satu habuk pun.
Ni nak menasihati orang, tapi menyindir.
Kau guna sunnah yang mana menyindir sahabat sendiri?
Bukankah ada seribu satu lagi cara untuk menegur kesalahan yang dia buat?
Kenapa kau pilih cara yang sememangnya boleh buat dia lagi jauh dari kau.

Saya tahu, kadang-kala kita 'ter'buat begitu sebab kita tak pernah meletakkan diri di tempat manusia yang berbuat salah, lalu disindir itu.
Saya tahu, dahulu mungkin saja ada saya berbuat begitu kepada orang.
Dan sekarang saya lebih tahu, bahawa cara itu tak berkesan pun malah menjauhkan hati orang yang nak dinasihati.
Lihat? Niat cukup baik dah. Nak bawa manusia itu ke jalan yang benar. Menuju Tuhan.
Tapi sayang seribu kali sayang, dipilih pula cara yang hina lagi menghinakan itu.
Hasilnya makin ramailah yang menjauh.

Saya bersyukur kepada Tuhan, diletakkan di tempat pesalah.
Dan diberi peluang untuk merasa bagaimana rasanya ditegur dengan cara yang kejam itu.
Alhamdulillah, Allah nak pastikan diri ini tak berterusan melakukan perkara yang 'nampak baik' tapi tersangat hina itu.

Tak hairanlah mengapa mad'u masih ramai yang menjauh.
Malah lebih menyedihkan, mad'u menjadi musuh!

Benci.
Ya, saya sungguh benci apabila diperlakukan begitu.
Tapi saya lebih benci untuk membenci.

Mujurlah rukun yang pertama itu FAHAM.

Kisah posting 1

Saturday, 8 September 2012

"We wish to inform you that with reference to your application for elective posting at the ****** Hospital, the management has agreed for the following postings:
Discipline: Pediatric 
Duration: 30/07/2012 - 17/08/2012

Students attending elective posting in ***** Hospital must abide by the conditions attached herewith"

Begitulah sedikit sebanyak kandungan surat rasmi yang muncul di peti surat rumah.

Asalnya mohon (sangat2) untuk department O&G (Obstetric and Gynecology) atau dalam bahasa kampungnya Sakit Puan. Entah kenapa dari dulu obses sangat dengan bahagian tu. Tapi tapi tapi....perancangan Allah semuanya yang terbaik untuk kita kan? Walaupun kita tak suka apa yang kita dapat, tapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita. Lu apa tau? Allah lagi tahu semua benda =).

Permohonan untuk buat elective posting ni bukan lah saya yang usahakan. Semuanya thanks to Allah yang memunculkan seorang senior yang baik hati yang offer kepada kami untuk apply sama-sama. Maka, kami pun apply lah. Padahal semua benda dia buat sorang. Arigato senpai!

Inilah kali pertama saya buat elective posting a.k.a attachment kat hospital. Macam biasa la kan, the feel of doing something serious for the first time is always overwhelming. Nak dijadikan cerita, saya dapat department yang saya tak nak. Haha. Bukannya tak suka kanak-kanak, tapi minat tu lebih kepada sakit puan dan tak sampai hati la tengok kanak-kanak sakit T____T. Waaaa.... (dah2. jangan nangis)

Nak dijadikan cerita lagi, senior yang tolong apply tu pun dapat department kanak-kanak. So, dalam hati rasa bersyukur sebab nanti ada orang yang kita boleh depend. tehehe. Tapiii...tak jugak. Sebab senior tu lelaki dan bukannya kenal sangat sebab tak sama universiti. So, it didn't make any different at all -_____-.

I don't know why, but my mind wasn't really into that posting thing. Entah meraban ke mana fikiran ni, sampai lupa yang esok adalah hari pertama posting. Lalu apabila melihat semula surat, terus rasa "Omo! Ottoke???" sebab lab coat dah la tak bawak (tinggal kat Mesir) dan tak pernah lagi tanya siapa-siapa, nak kena prepare ape untuk posting. Tak senonoh betul perangai -_____-.

Nasib baik la... (alhamdulillah) ada sorang kawan bagitahu, cuma bawa lab coat dan sekeping gambar bersaiz passport untuk nametag nanti. Memandangkan stethoscope pun saya belum mampu nak beli, so tak payah la bawak kan.

Maka pergilah saya ke hospital tersebut pada hari pertama, untuk mendaftar sebagai elective posting student dengan memakai lab coat yang pinjam dari kawan. Haihhh semua benda pun takde. Parah2.

Masa terkial-kial menuju ke pejabat pendaftaran yang entah kat mana, terserempak dengan senior yang sama department dengan saya tu. Dalam hati mengharapkan dia kata "Jom, pegi daftar,". Tapi langit tidak selalunya cerah (LOL). Beliau nampak saya, lalu terus berkata "Haaa...pegi la daftar dulu ek. Pastu pegi la wad kanak2. Tahu kan kat mana? Saya nak tunggu kawan kejap,". -______- fine. I should not depend on people.

Selesai mendaftar, saya pun menuju ke Klinik Pediatrics di tingkat satu. Kata akak kat kaunter tadi, kena pegi klinik dulu, jumpa Head of Department, lapor diri dan blablabla. Fuh....cuak beb! Dah la tak familiar dengan hospital tu, meskipun lahir di situ dulu -____-. Tiba-tiba kena jumpa Head of Department terus. Peh! Peh! Peh! Macam mana la agaknya doktor-doktor kat situ pandang kita.

Sampai di hadapan Klinik Pediatrics, nampak seorang pelajar perempuan berbangsa India bersama ibunya. Haaa ni mesti datang nak buat posting jugak ni. Yes!! Ada kawan. Hehe. Maka saya pun tiba-tiba jadi peramah dan memperkenalkan diri dan bertanya itu ini. Mereka pun peramah rupanya dan kami pun berbual seketika. Beberapa minit kemudian, ibunya pulang memandangkan anaknya dah ada kawan.

Farul, pelajar perubatan di USM. Itulah kawan saya selama 3 minggu di Jabatan Pediatrics. Farul ni memang perghhhhh!!! Tak pernah lagi seumur hidup saya jumpa student yang excellent macam dia ni. Atau mungkin saya yang tak ramai kawan berbangsa lain. heh. Farul berbangsa India, tapi masa sekolah rendah dia sekolah  Cina, so...yeah, dia menguasai 3 bahasa dengan excellent. Jeles gilaaaa. Jadi advantage besar kat dia, sebab bila jumpa patient Cina, dia boleh communicate dengan diorang, tanpa patient rasa susah nak explain itu ini. Best kan? =)

Actually, sepanjang 3 minggu juga saya banyak depend kat dia. Sebab dia ni sangat outstanding dan outspoken dan out-apelagi.... Dan....yang paling penting, dia ingat hampir semua benda yang dia dah belajar! Saya lagi banyak tanya dia daripada tanya HO sebenarnya, memandangkan HO busy dan kita pun takut nak distract banyak kali. Kadang-kadang, Farul diagnose penyakit lagi cepat dan tepat daripada HO. Dan banyak kali juga soalan yang specialist tanya kat HO, Farul dapat jawab dengan baik. Can you imagine how I admire her cleverness?? Kagum...kagum....

Oh wait....ni banyak sangat cerita pasal Farul. Cerita pasal postingnya mana? zzzzz -___-

Selepas beberapa minit tercegat di hadapan pintu masuk Klinik Pediatrics, Farul ajak saya masuk. The reason why we had to wait earlier was because doktor-doktor, setiap pagi akan ada meeting beramai-ramai kat klinik tu, membincangkan kes-kes istimewa, kes rumit, kes tak pernah jumpa dan hal-hal berbangkit. Maka, kami kena la tunggu mereka habis meeting dulu, baru masuk perkenalkan diri kepada HOD (Head of Department). And for the whole elective posting duration, kami join meeting setiap pagi itu (kecuali kalau kami ponteng >__< ).

"Jom, jumpa Dr Tan," bisik Farul kat saya. Oh My God.... saya tak tahu pun siapa nama HOD. Teruk...teruk... T____T.

Kami pun bertemu seorang doktor lelaki berbangsa Cina yang umurnya kelihatan dalam 50-60, ubannya sudah memutih di kepala. Seperti sudah diagak, Farul terus greet Dr Tan dan memperkenalkan kami dan tujuan kami berada di situ. Perghh...bagus la budak ni.

Dr Tan menyuruh kami pergi ke wad kanak-kanak di tingkat 8, dengan Dr Cheah menjadi supervisor kami. Dr Cheah, seorang wanita berbangsa Cina, umur dalam 40-50, seorang specialist.

And at the ward, we met another elective posting girl, named Angeline, a Chinese girl studying in Ukraine.

Sambung di post lain ^____^. Daaa~

Allah!

Sunday, 24 June 2012


Subhanallah...Alhamdulillah....ALLAHUAKBAR!!!

((Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat))
-Al-Baqarah, 214

ALHAMDULILLAH....

-Atas kemenangan Islam di bumi Mesir

-Terbuka luas jalan untuk pembebasan Palestin

-Ummah ini telah melangkah satu tapak ke arah Khilafah Islamiyyah

-Tidak sia-sia pengorbanan nyawa, darah, keringat, harta dan segalanya yang dikorbankan oleh pejuang-pejuang agamaMu Ya Allah

-Islam semakin menguasai

-Moga kemenangan ini membuka mata penduduk dunia (khususnya Malaysia) bahawa yang memperjuangkan Islam itulah jalan yang susah, jalan yang penuh mehnah, tapi di situ letaknya pertolongan Allah

-I was there, witnessing a history.


Allah...moga kemenangan berpihak kepada yang memperjuangkan Islam di tanah airku.
Wahai yang membaca, yakinlah dengan pertolongan Allah.
Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam, dan Dialah yang memberi kemenangan kepada Islam.
Ayuh, bersama kita mendokong dan menyokong perjuangan Islam!



Final debate

Friday, 20 April 2012

1. Semalam saya tanya adik AJK tu pukul berapa kena datang untuk debate. Adik tu mesej "Akak, paling lambat akak kena sampai ARMA pukul 9.30. Ni paling lambat tau kak,". Saya terkedu baca mesej itu. Mesti sebab sebelum-sebelum ni saya selalu datang 'on time', maka adik itu pun cuak saya datang lewat untuk final ini. *muhasabah. macam mana ni Sarah? tak lengkap lagi 10 muwasafat tarbiyah!

2. Saya sampai ARMA pukul 9.25. Fuh!
(tapi masa tu bahas belum habis lagi. haihhh...ini pun kena muhasabah juga)

3. Disebabkan puasa FB, maka beberapa minit sebelum start pertandingan baru saya tahu apa motion debate pada hari ini. Nasib baik teringat nak tanya.

4. Salah seorang judges nampak saya lalu bertanya "Sarah jadi speaker ke nanti?". Suddenly saya rasa mahu menyorok bawah kerusi. Arghhh...kenapa aku??!

5. Orang lain yang masuk pertandingan, saya yang nervous sampai banyak kali pergi tandas. Bila nervous, kita selawat banyak2 ya. Tapi jangan tunggu nervous baru nak selawat ya.

6. Masa duduk kat kerusi Madame Speaker, dengan pantas saya cuba cari wajah-wajah yang saya kenali. Alhamdulillah, ternampak Kak Siti K yang duduk di hadapan sambil tersenyum ke arah saya. Lega.
(awak? tak ada =p )

7. Maka dalam keadaan jantung rasa nak terkeluar dari dewan, saya pun mula lah merapu cakap British English macam poyo gila. Rasa seronok pula dah dapat microphone. Saya rasa macam nak lempang diri sendiri. Hey you! Apesal poyo sangat?
('Dia' cakap English saya pelik. Saya tahu 'dia' jeles =p )

8. Saya suka debate final ni. Dua-dua team best. Serius saya kagum dengan beberapa orang debaters. Dan di saat itu saya rasa saya tak mampu jadi juri sebab saya suka dua-dua team, tak boleh nak pilih dan buat keputusan.haihhh...

9. Masa tengah poyo poyo cakap English kat stage tu, tetiba terdengar bunyi anak kucing. Mula-mula ingat bunyi handphone sesiapa ke. Tapi bila dah banyak kali bunyi tu kedengaran, kejap kat arah lain, kejap arah lain, saya dah mula tak senang duduk. Bunyi anak kucing kot! Rasa nak cari sampai dapat lepas tu peluk sambil usap-usap.hehe. Mesti comel! Tapi nasib baik sedar diri sedang dalam pertandingan debate final -____-"

10. Bila dah turun stage, junior2 cakap "Akak, saya tengok video akak It's Not A Side Dish tu," sambil senyum senyum. Alahai dik...baik korang tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus. Buang masa je tengok video public speaking tu. Sebab akak sendiri rasa nak lempang orang dalam video tu  >___<.

11. "Sarah, kenapa tak masuk debate?"
- Stress belajar tahun 3 ni. (saya tak tahu apa kena mengenanya.haha)
- Sebab saya takut jumpa awak kat final nanti. (haha.poyo gila jawapan! masa ni Syaimaa' yang tanya)
- Sebab bila saya masuk, saya mesti asyik aim nak menang je. saya rasa macam jahat pula. (ini betul)


Dah la. esok ada assessment Parasitology. Mohon doakan kami semua ya.

9 years later....

Tuesday, 23 August 2011

"Assalamualaikum. Encik, tumpang tanya. Ada tak orang booking meja atas nama Zulhilmi?" tanya Safwan kepada pekerja Doll Tomyam.

Aku, Izyan dan Azura menanti dengan sabar walaupun hakikatnya semua berdebar-debar. Haishhh...rasa macam salah tempat je. Sebab semua pekerja restoran tu tak tau pun kitorang ada booking meja untuk 23 orang. Restoran Doll Tomyam sebelah Shell, dekat dengan highway. Kat situlah kitorang sepatutnya berkumpul, berbuka puasa bersama-sama. Tapi kalau dah semua pekerja restoran tak tahu menahu pasal kitorang....jawabnye..... "Sap, ko biar betul kat sini?" , "Weh...sape yang booking mula2?" , "Zul mane Zul? Suruh dia datang sekarang,". Hahaha. Serius aku rasa nak gelak guling-guling time tu. Agak kalut la jugak. Bayangkan kalau betul memang nama kami tak ada kat situ. Kat mana nak buka puasa nanti? Dah la 23 orang!

"Jap2. Cuba kita tanya restoran sebelah," kata Sap bajet tenang. Ok. So, dipendekkan cerita, memang Zul booking meja kat restoran sebelah Doll Tomyam. Fuh. Alhamdulillah, lega. Kitorang tertanya-tanya la jugak apa nama restoran tu. Hakim Md Nor menjawab "Samdol Cendol Tomyam agaknye,"  -_____-". Heh. Awal-awal lagi dah kalut. Nasib baik semua dah besar, tak ada yang merengek-rengek XD.

Total malam tadi 19 orang datang memeriahkan majlis iftar SRI Seremban batch 1997-2002. 13 lelaki, dan 6 perempuan. 4 orang lagi tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak diketahui dapat dielakkan.



~Abu Huzaifah, Idham, Izwan, Zulhilmi, Azizi Saari, Safwan Amran, Hakim Md Nor, Irsyad, Saiful Amirin, Khairul Fazli, Fuad Murad, Hakimi, Azura, Izyan, Sarah, Farah Asilah, Nasreen, Farhana~

Lepas buka puasa minum air seteguk dua, kami bergerak mencari surau untuk solat berjemaah. Ye la, kalau makan dulu baru nak solat kang berat semacam je rasanya kan? Selesai solat, kami sambung bersantap.



Mantap gila kentang makanan malam tadi. Alhamdulillah, kenyang semuanya. Ada jugak yang terpaksa makan 'extra' sebab tak nak membazir, memandangkan dah order makanan untuk 23 orang. Tapi aku tak berapa pasti orang yang makan extra itu memang tak nak membazir atau dia memang sebenarnya sangat lapar. Haha. Just kidding =P.

Sambil-sambil makan, kami semua berbual-bual, bertanya khabar, bertaaruf, berjejak kasih. Ada di antara kami yang masuk sekolah menengah yang sama. Like Sap, Safwan Amran, Hakimi, Izyan, Nasreen & me, semua masuk SHAMS. Azura, Farhana, Azizi, Abu serta beberapa orang lagi masuk SMAD Klana. Farah Asilah, satu-satunya pelajar perempuan yang dapat masuk MRSM masa naik tingkatan satu. Maka majoriti kami lost contact dengan beliau. Alhamdulillah, dapat jumpa semula after 9 years ^____^.





Yang lelaki duduk di sebelah kanan meja, yang perempuan di sebelah kiri. Like Azura said "Ya Allah....semua orang banyak cakap sekarang ni. Dulu mase sekolah, senyap je masing-masing,". Haha. Yeah, agak banyak cakap la semua orang semalam. Maybe banyak sangat benda nak diceritakan within limited time. Almaklumlah, dah 9 tahun tak jumpa. Segala macam benda nak cerita. Study macam mana, life macam mana, family, kawan-kawan lain, status (eh? haha). Dan segala macam kisah sekolah rendah diceritakan semula. Ada yang ingat dengan jelas, ada yang kabur-kabur, ada jugak yang tak ingat langsung. Heh. Sempat jugak kitorang bercerita tentang kawan kami, arwah Ayuni yang meninggal dunia baru-baru ni. Alfatihah untuk arwah.



~Farah Asilah, Izyan, Azura~

Farah dengar ceritanya sekarang belajar di UNIMAS. Whoaa...jauh tu. Oh ye. Farah makin cantik sekarang ^___^. Dulu masa sekolah rendah kecik je. Selalu buat birthday party time birthday beliau. Pastu dapat goodie bag tiap-tiap tahun. Best gila. Izyan dulu pengawas. Sama kelas dengan aku masa darjah 4, 5, 6. Maintain macam dulu jugak, cuma lebih bergaya  :). Azura pun pengawas, sempat sama kelas masa dah tahap 2. Sekarang belajar di UKM.


~Kuih comel Farah bawak. (macam penah nampak kuih ni kat Cairo. heh)~



~Sarah, Farhana, Nasreen~

They all look so lady-like and matured. Tiba-tiba gua rasa rendah diri. sobs. Haha. Sengal :P.


~sweet memories. O Allah, please protect and guide us in everyway~

Selesai makan-makan, bual-bual, kitorang decided nak ambik group photo. Nanti boleh la banding dan beza gamba 9 tahun dahulu dengan sekarang. Haha. Mesti lain gila. So, memandangkan pemandangan dan suasana kat restoran tu kurang menarik, kitorang pun sepakat nak ambik gambar kat Dataran Seremban. Nasib baik kita ade photographer Abu yang bawak 600D. Perghhh...sempat la jugak aku merasa guna 600D. sobs. Terharu weh!

Sambil-sambil arrange tempat, kitorang teruskan berbual. Dah kata dah. Malam tadi memang semua orang banyak cakap. Barangkali petanda lailatul qadar. We took photos at a few places, kemudian kira-kira pukul 10, kami mula bersurai. 


13 gentlemen. May Allah bless all of you throughout your lives. 

Take a look at these:


~The boys~


~The girls~

Bezakan gambar 2011 dan gambar 2002. Hehe. Dulu semua comot, comel, senget, sengal-sengal sikit. Sekarang dah besar, cantik, macho, matang. 

The not-so-long meeting last night taught me so many things. I learnt a lot from other friends' experiences. Well, we can't really depend to learn everything form our own experience only, right? Some told us how their lives changed. From being a really obedient boy to a rebellious teenager. From a rebellious teenager, to a wise man. Anyway, everything begins with tarbiyah, right? I'm thankful to God for letting me to have the chance to study at SRI Seremban, where the tarbiyah of life began. 

Dear friends, bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu. Semoga Allah memelihara ukhwah ini sehingga ke syurga. Amiiin~


p/s: ni post pasal kawan-kawan SRI yang aku penah tulis dulu  http://sarahmustaza.blogspot.com/2010/01/complete-transformation.html . feel free to read!

Aku, Golf dan Ramadhan

Monday, 15 August 2011

Saya tak ada lah minat sangat dengan sukan golf ni. Biasa-biasa saja. Kalau saya tak berminat, memang saya tak akan cakap tentang golf. Lain lah macam bola sepak. Kalau dah jadi kipas susah mati, memang selalu lah nak cakap pasal bola kan? Harga berapa, saiz apa, jenama apa. Team itu lawan team ini. Team ini ambil pelakon Hollywood jadi pemain bola sepak. Team itu buang duit beli satu player je. Team sana buat jersey baru. Team sini turun divisyen satu. Biasa lah....hal-hal keduniaan begitu. Dengan siapa-siapa pun saya akan cakap pasal bola sepak. Dah saya suka. Nak buat macam mana kan? 

Ada pernah saya cakap pasal golf dengan siapa-siapa? Rasanya belum pernah lagi. Entri dalam blog pun belum pernah ada yang berkaitan golf. Post di FB juga begitu. Tumblr, YM....jauh sekali. Sebab saya tak berapa nak minat, jadi saya tak cakap. 

Jadi, bila tiba-tiba ada hamba Allah tuduh saya hasut kawan saya jangan kawan dengan dia sebab dia main golf, saya jadi terharu hairan lah. Ini boleh kena tahan ISA ni. Akta hasutan. Haha. Jangan main-main. 

Serius, tanya lah siapa-siapa pun. Saya memang tak pernah nak berbicara tentang golf. Sebab tak minat. Tak perlu bicara. Betul? Nanti kalau bicara atas dasar perasaan, macam-macam yang busuk pun keluar. Ok. Kita cuba rasional ya. Kita cuba bertindak matang. Sudah-sudah la perumpamaan golf yang memeningkan ini. haha :P



Saya tak boleh lah nak letak dalil sangat. Nanti ada yang kena gatal-gatal, demam campak. Tapi semua pun tahu fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Sedih lah jugak, bila kawan  kita buat sesuatu yang lebih teruk dari pembunuhan. Semuanya kerana perasaan. Berapa kali dah saya pesan, bila nak bertindak, bila nak berkata-kata, kena rasional. Jangan ikut perasaan. Ini semua akibat tak baca blog saya lah ni. haishhh...

Tak apalah. Kita anggap ini tarbiyah dari Allah. Dunia ini memang penuh dengan fitnah. Apalah maknanya hidup seorang pejuang kalau tiada dugaan dan ujian kan? Ini baru difitnah sahabat se Islam. Ada fitnah lagi besar di luar sana. Moga kita semua dijauhkan dari fitnah besar-besar. Ni cerita fitnah-fitnah apa hal. Ada yang alergik nanti. Ibu saya kata, "Jangan layan. Biarkan orang emo memang macam tu....". Ya lah. Anak yang baik mendengar kata :) . 

Baiklah. Main point entri ini adalah....saya nak highlight buat ke seratus ribu kalinya, how important it is for us to think rationally & wisely before making any conclusion. You take responsibility for what you say. So when you say something out of bursting emotion, are you fully prepared to face the consequences? What can you do if your words spread lies to everyone? Are you sure you can handle that till death comes after you? Think. Don't jump into conclusions out of emotions. Someday somehow you'll really regret it. 

Nak quote kata-kata seorang sahabat:

"Emosi jangan dituruti kerana realiti tak seindah imaginasi"

Bersyukur lah hal golf ini berlaku dalam bulan Ramadhan. "Saya sedang berpuasa". Ramadhan ini juga melatih kita untuk yakin dengan ketentuan Allah. Belajar untuk sabar dan redha. Ya, redha itu bukan sekadar untuk diucap-ucapkan buat penyedap usrah. Tapi untuk dipraktikkan. Ambil peluang Ramadhan ini untuk menjadi hamba yang lebih baik. Jadikan dugaan sebagai batu loncatan untuk tingkatkan keimanan. (yang ni pun dah banyak kali bagitahu rasanya)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dahulu lebih teruk difitnah. Kita ni apa lah sangat. Sekadar penyambung rantai perjuangan baginda. Ayuh ikuti teladan terbaik, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Apabila diuji, orang mukmin itu bertambah keimanannya. Jangan kita diuji, kemudian bertambah dosa. Na'udzubillah. 

Sekadar catatan ringkas Ramadhan. Ingatkan tak nak buat entri sepanjang Ramadhan. Iya lah...Al-Quran menunggu untuk ditadabbur, dikhatamkan sebanyak yang boleh. Tapi kadang kala perlu juga buat entri. Muhasabah diri. 

Your phone is so not cool if.....

Saturday, 2 July 2011

"Sony Ericsson tak boleh block nombor orang,". Penyataan aneh yang sering dipaparkan di internet apabila aku search 'cara-cara nak block nombor orang guna Sony Ericsson'. Ini sangat tidak cool. Serius.



Bukan aku sengaja suka-suka nak block nombor orang lain. Tapi memandangkan terdapat seorang lelaki berbangsa Mesir yang sangat degil lagi tidak faham bahasa yang sering mengganggu hidup seorang hamba Allah yang sedang prepare untuk exam final, maka nak tak nak, kena juga cari jalan untuk block nombor beliau. Tapi....tapi...tapi.....nampaknya sudah jatuh ditimpa tangga, hand phone Sony Ericsson tak boleh block nombor orang. Barangkali pencipta hand phone ini terlalu baik hati. Barangkali terlupa untuk install option tersebut!

Nak mengubati hati pengguna Sony Ericsson yang kecewa kerana ketiadaan option 'block number', maka (agaknya) pereka hand phone ni ganti dengan option 'kau boleh pilih nombor-nombor yang kau nak accept je'. Oh....that sounds cool. Maka aku pun start lah memilih semua nombor dari A-Z, kecuali nombor yang disyaki spam. Tapi...tapi....tapi.....baru pilih 10 nombor terawal, contohnya: Abdul, Abu, Adam, Adi, Adiba, Adila, Ahmad, Aida, Aidil, Aiman.....tiba-tiba dia kata 'oh....limit 10 nombor je wei'. Peh! Ini lagi tak cool.

Can you imagine? 10 nombor je? Haha. Adoiyaiii....you gotta be kidding me la Sony Ericsson! 10 nombor. You never know which one of your thousand friends might call you to tell something really important. Or maybe a relative from Malaysia, who might call you out of the blue to say something worth knowing.

Tapi memandangkan mudarat akan lebih besar jika aku tidak pilih option (yang pathetic) tersebut, maka terpaksalah. Well, what's the big deal about this stubborn egyptian caller, anyway? Everybody asked me the same thing when I asked them 'cane nak buat ngan Arab ni ha?'. Yup, bukan suatu perkara yang aneh kalau nombor anda di call oleh orang Arab secara random. And yup, hanya egyptian lelaki yang buat begitu, dan perempuan tidak. Maka jika pertama kali dia call nombor anda dan anda dengan innocent nya menjawab panggilan tersebut sama ada dengan 'Helo' atau 'Assalamualaikum', automatically, caller tersebut tahu anda seorang perempuan atau lelaki. Ada 3 kemungkinan di sini.

Pertama: dia kata 'ni sape?'. Maka anda akan terus kata 'ko salah nombor'. Dan dia akan kata 'oh...sorry. salah nombor' dan kemudian disappear dari hidup anda.

Kedua: Dia kata 'ni sape?'. Maka anda akan terus kata 'ko salah nombor'. Tapi dia tetap tanya 'Nama ko sape?'. Dan walau anda ulang 10 kali pun 'KO SALAH NOMBOR', dia tetap akan tanya nama anda. So, biasanya kita akan tamatkan terus panggilan. Dan ya, seringkali berlaku nombor yang sama yang tak faham 'ko salah nombor' tu akan call anda berkali-kali. Mungkin akan berterusan selama 3-5 hari, paling teruk pun seminggu. The best way is....tak payah answer dan biarkan sahaja dia buang masa dail nombor anda. Atau, menurut idea beberapa orang senior, jawab panggilan tersebut dan letakkan hand phone anda di tempat lain. Tak payah dengar dia cakap dan tak perlu jawab apa-apa. Nice! Sebab nanti dia sedar dia dah membazir kredit. Dan biasanya, taktik ini memang berkesan.

Ketiga: Dia kata 'ni sape?'. Maka anda seperti biasa akan kata 'ko salah nombor'. Tapi dia tetap tanya 'Nama ko sape?'. Maka anda pun melakukan taktik tidak menjawab panggilan. Tapi caller kali ini sangat melampau. Seminggu berlalu, dia masih call anda. Kadang kala sampai 10 missed calls dalam tempoh setengah jam. Maka anda beralih kepada taktik jawab panggilan, tapi mendiamkan diri. Tapi disebabkan caller ini melampau, maka dia akan tetap call anda again and again. Anda pun melaksanakan taktik tersebut secara melampau juga dengan membiarkan dia habis kredit again and again. Sampai ke satu tahap, memang dia dah habis kredit dan terpaksa send message 'please call me back' kepada anda. Kalau dah sampai macam tu, maka automatically, anda tahu something wrong somewhere dengan caller tersebut. Keesokan harinya, barangkali dia dah top up, maka dia terus menjalankan rutin hariannya, iaitu call anda banyak kali. Call sampai lebam. Maka anda masih melaksanakan taktik yang sama, cuma kali ini anda letak hand phone anda di sebelah laptop anda sambil pasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kuat-kuat. Ya, volume maksimum. Pada ketika lain, jika anda sedang menonton Running Man, boleh juga buat begitu. Especially part Sparta Kook tengah marah Gary dan Haha. Kalau sedang menonton Mr. Bean Animated Series, tak digalakkan buat begitu sebab tak banyak suara dalam cite tu. Another thing to do is, bagi orang lelaki answer your phone. Kawan-kawan ke, bawwab ke. Asalkan lelaki. Sebab teorinya, bila caller tu dengar suara lelaki, dia akan rasa cuak dan takkan call anda forever and ever. Bila macam-macam taktik anda dah buat, tapi caller tersebut masih berdegil jugak nak call anda, hingga dah 3 minggu, sehingga anda rasa anda bakal membunuh orang, maka cara terakhir adalah block nombor tersebut terpaksa pilih option 'pilih 10 nombor yang ko nak accept' memandangkan anda pengguna Sony Ericsson. T___T

The thing about this situation is, it's a big deal when the caller keep calling you at 12 midnight. Eh....kau tahu tak orang nak tido??? Dah la subuh pukul 3! Not just that, the caller keep calling you every morning, evening and midnight. Sampai aku pernah bertanya kepada seorang sahabat "Hand phone Arab ni ade setting call nombor tertentu pada waktu tertentu ke?". G.I.L.A. Pernah terjadi dalam satu hari, there were 46 missed calls from the same number! Lebih gila daripada gila? Pernah aku bagi bawwab rumah kami ni cakap dengan dia, tapi bawwab tu kata 'dia senyap je. tak kata apa-apa pun,'. Urgh.....

I can't put my phone in a silent mode because even the slightest movement or sound can wake me up from sleep, apatah lagi phone vibration. And yes, I can't set my phone off, because of several important reasons. 3 minggu tak dapat tidur malam, itu memang satu penyeksaan. sobs. Siang gunanya untuk mengulang kaji, bukan untuk tidur. Lebih-lebih lagi musim exam final ni, masa sangat berharga. Every second counts!

Bila anda dah promise diri anda bahawa anda takkan membiarkan apa pun disturb anda untuk give your best this time, so you finally have to choose the pathetic option 'pilih 10 nombor yang ko nak accept'. Alahai Sony.... -___-".

10 numbers. Tolak nombor ibu, nombor ayah, nombor Aiman, nombor orang yang jual tiket flight, nombor salah seorang kakak dari RNSK (untuk inform ape-ape yang penting), tinggal 5 je lagi nombor yang boleh dipilih. Aigooo.....bosan gila. Whose number would you choose if you were in my place? Kawan-kawan, senior, junior, kenalan. Nak pilih sape? Kawan yang selalu call tiba-tiba sebab nak cakap pasal macam-macam? Atau kawan yang call sebab nak cakap pasal exam? Atau senior yang call sebab nak bagitau hal penting? Atau junior yang call sebab nak ajak makan-makan kat rumah diorang? (heh. gurau). Atau AJKT Perubatan? (apakah?). Atau kawan yang call sebab perlukan pertolongan anda? Nice -___-". It's like 'choose between mihun goreng yang ayah masak atau ikan 3 rasa yang ibu masak'. Susah nak pilih.

So, what I'm trying to say is, if you're trying to call me but you can't, please send me a message. You wouldn't know if your number is among the 5 lucky numbers to be in my list. Anything important, just send me a message. Atau buat 'please call me back' pun takpe. Nanti gua call lu orang balik. Bukan gua nak memencil diri duduk dalam gua nak putus connection dari semua orang (dah la selalu deactivate FB. broadband pun dah terminate). Tapi nasib lah gua guna Sony Ericsson. kuang3..... Ada kawan cadangkan tukar nombor. Not a good idea, sebab nombor ni dah guna 3 tahun, so banyak masalah kalau tukar. Ada kawan cadangkan tukar hand phone. Pakai hand phone yang boleh block number. Untuk kemaslahatan masa depan juga. Good idea, tapi tiada kenaikan dalam biasiswa kami (eh...ape kaitan? haha), maka terpaksa pikir banyak kali. Ada kawan cadangkan 'kawin je la....' dengan nada bosan. Haha. Idea menarik. Kalau ade stranger call terus bagi kat 'abang'. Wekss.

For the time being, I'll stick to the 'pilih 10 nombor yang ko nak accept'. That's all. Sorry for the inconvenience! 

Physiology dan senyum

Monday, 27 June 2011

Alhamdulillah, selesai final exam Physiology. Siang tadi berlangsungnya oral exam yang memakan masa 3 jam lebih. Lagi lama dari written! Fuh. What made it so long? I don't really have any idea. Nak kata banyak sangat students, tak jugak. Doktor pun banyak. Whatever the reason is, this time, the oral exam made me smile with pleasure. Makhluk Allah yang mempunyai nombor ID dari 7008-7016 tergolong dalam kumpulan ketiga, yang turn pukul 12-2 petang. We always think it's quite a disadvantage to have an oral exam at noon, plus being the last group of the day. Just imagine how tired the doctors are, having to ask so many students within limited time. Moreover, each student will have to meet two doctors. Coooooooooooool~

Masa kami tiba di makmal Physio, kelihatan sahabat-sahabat dari kumpulan kedua sedang menuju ke bilik doktor masing-masing. Sepatutnya, kalau ikut jadual, turn mereka dah selesai pukul 12. Tapi mereka masih berlegar di ruangan menunggu, untuk jumpa doktor kedua. Mak aihhh...kalau macam ni keadaannya, berkemungkinan kumpulan ketiga habis time Asar. And yes, it happened that what we predicted was true. And worse, I was the last person to enter the doctor's room! Haha. Adeh....tak pernah terjadi dalam sejarah aku lah satu-satunya manusia yang berada di ruangan menunggu yang sudah sunyi sepi. Sampai ammu-ammu (pakcik2) yang jaga makmal tu pandang aku semacam. "Budak ni tak nak balik ke?" barangkali mereka menyangka begitu.

Doktor pertama yang menyoal siasat kami ialah Dr Amira. Masa mula-mula pergi bilik doktor, tiada siapa pun di antara kami yang tahu nama doktor tu. Maka.....

A: Weh.....sape nama doktor ni ek?
B: Tak tau la. Dia ade ajar kite ke?
C: Kenapa macam tak penah nampak dia pun kat kelas.
D: Kantoi selalu ponteng.
E: Bahaya ni kita tak tau nama dia. Kang tetiba dia tanya "What's my name?", kita nak jawab ape?
F: Kakak-kakak, abang-abang, nama doktor ni Dr Amira.
D: Oooo...ye eh? Dia ajar tajuk ape ek?
F: Tak tau la pulak. Haha. Dia ade ajar kita ek?
C: Parah kita ni.....

Dah tahu nama doktor kira agak selamat. Peh. Dr Amira agak strict bab membocorkan soalan. Setiap student yang dah ditanya, mesti blah dari bilik beliau segera, tak payah nak borak-borak kedai kopi dengan students yang belum ditanya. Maka berlakulah....."Weh, kang aku mesej ko soalan tadi!". Panjang akal sungguh, kan? Haha. Time ni lah terzahir semangat tolong-menolong, setiakawan. But not everybody got the same questions. Some were out of thoughts! Turn aku adalah antara yang terakhir di antara ramai-ramai tu. Maka macam-macam lah pembocoran soalan yang sempat ku dengar dengan kawan-kawan lain. Ada yang kata Light Perception, vomitting, swallowing, hormones, memory dan macam-macam lagi. Makin aku dengar orang lain berbincang, makin rasa nak muntah. Dah2. Tutup buku, zikir dan selawat.

A: Muka doktor nampak serius je. Tak senyum pun.
B: Penat agaknye. Dari pukul 8 tadi doktor kena tanya orang. Skarang dah tengah hari.
C: Doktor tolong kita tak agak-agaknye?
D: Harap-harap lah.....

Lebih setengah jam menuggu, tiba giliran aku. Dup dap dup dapp. Sambil bagi salam, aku bagi senyuman paling manis. Tapi doktor tak pandang. *sigh* Doktor tengah tulis soalan atas kertas. Maka bermula lah sesi soal jawab. Aku pun tak berapa ingat semua soalannya. Antaranya....

Dr: Hormone ape yang increase reabsorption of Na?
Aku: Aldosterone, increase reabsortion of Na by the kidney.
Dr: Yes.

Dr: Fungsi thyroid gland?
Aku: Rembeskan thyroid hormone.

(selesai aku jawab 'rembeskan thyroid hormone', Dr buat reaksi nak jawapan lagi. alaaaa....time tu la tak ingat  ape lagi fungsi thyroid gland. maka aku pun secara tiba-tiba menceritakan fungsi thyroid hormone. peh! selamba je tukar topik. Dr angguk-angguk. selamat ke? heh. *kesat peluh*)

Dr: Cite sket pasal hypothyroidism.
Aku: (HAHAHAHAHA. soalan yang sangat best!) Aku pun membebel itu dan ini sampai Dr terpaksa kata "Okay, okay,".

Dr: Cite sket pasal vomitting. Kenapa banyak secretion of saliva time muntah tu? Apa fungsi saliva tu? Kat mana center of vomitting?
Aku: (berceritalah tentang vomitting dan tentang saliva itu. sampai bab center.....) The center is.... (dalam kepala tergambar medulla. Serius, ejaan M-E-D-U-L-L-A tergambar dalam otak. tapi kat mulut keluar.....) Hypothalamus! (dengan muka dan nada yakin)
Dr: (angguk dan berkata....) Yyyee-.... (stop. Dr buat muka hairan. Dr senyum) "Medulla," kata beliau sambil tersengih.

Haha. Adeh. Kesian Dr dah penat. Nasib baik dapat detect jawapan aku sebut salah. Maka aku pun sedikit tercengang. Macam mana boleh tersebut hypothalamus?  -___-

Selepas beberapa soalan selesai, aku pun meloloskan diri dari bilik doktor. Kawan-kawan lain sedang buat ulangkaji kat ruangan menunggu.

Dalam pukul 2 lebih, kami dapat berita bahawa doktor kedua yang akan menyoal siasat kami ialah Dr Magda. Tidak tepat jika anda menyebutnya dengan "Dr Magda,". Sebab biasanya students akan sebut "DR MAGDA!!!". Mungkin kerana excited, atau tak sangka, atau terharu. Pilih lah mana satu. Inilah kali pertama aku disoal oleh Dr Magda. Sebelum-sebelum ni dengar cerita kawan-kawan je yang pernah kena dengan Dr Magda. Ada yang pernah keluar dari bilik doktor dengan senyuman tawar, yang bergenang-genang air mata pun ada. Mengerikan? I have to say yes. Maka, tanggal 26 Jun 2011, aku dipertemukan secara dekat dengan Dr Magda.

Seorang demi seorang masuk ke bilik doktor. Sebelum kami (7008-7016) masuk, masih ada baki beberapa orang junior yang menunggu turn mereka. Setiap orang yang keluar dari bilik Dr akan diserbu secara tiada belas kasihan.

Semua: Doktor tanye ape weh?
A: blablabla....Parkinson, estrogen, presbyopia, menopause.....blablabla

Semua: Doktor tanya ape?
B: blablabla.....presbyopia, menopause, estrogen, Broca's area....blablabla

Semua: Doktor tanya ape?
C: Lebih kurang je macam tadi. Ada menopause, estrogen, Parkinson....blablabla.

Semua: Doktor tanya ape?
D: Sama gak. Tapi kan, dari satu soalan, doktor tanya yang berkaitan. Contoh macam kalau Dr tanya pasal estrogen, pastu dalam jawapan kita ade sebut 'menopause', Dr terus tanya menopause pulak. Pandai-pandai la bagi jawapan yang tak membuka kepada soalan yang maut. Haha.  (serius junior ini comel. haha)

Tempoh masa seorang student berada dalam bilik Dr Magda sangat lama jika dibandingkan dengan doktor lain. 10 minit paling kurang. Perghhh. Makin lama makin banyak soalan yang disebut oleh mereka yang baru keluar. Peptic ulcer, basal ganglia, somatic association area, dan beberapa lagi yang aku tak sanggup nak dengar. Rasa nak muntah dengar banyak-banyak benda. Huhu.

Pukul 3.10 petang, student sebelum nombor aku masuk ke bilik doktor. Aku dah tak senang duduk. Tak solat Zohor lagi ni! 3.30 kang Asar! Aku memandang Alep yang kelihatan relax.

Aku: Cane ni Lep? Aku tak solat lagi. Berdosa nanti!  (serius macam kelakar)
Alep: Ko pegi la solat lu. Kang kalau **** keluar, aku masuk dulu la. Ko last. Kita tukar.  (relax gila muka dia)
Aku: Mekasih!  (vrooommmm! pegi surau)

Pukul 3.20 petang, **** kelihatan mengemas barang untuk pulang. Alep dah masuk dulu. Fuh, aku orang last. Doktor-doktor lain semua dah balik. Head of Department, Dr Faten pun dah berkunci bilik beliau. Macam mana la nasib aku ek? Zikir dan selawat je lah untuk mengisi masa lapang.

10 minit menunggu turn terasa bagaikan 10 tahun (cewah). Aku melangkah masuk ke bilik Dr Magda diiringi azan Asar. Kebetulan, dalam bilik tu ada sorang ammu tengah kemas-kemas. Dia kata kat Dr, "Ko ni tak nak balik ke? Orang lain sume dah balik,". Dr Magda menjawab "Ada lagi student yang aku kena tanya,". Ammu itu berkata "Student ko je yang tinggal. Orang lain sume dah balik. Ni, budak ni ha tinggal sorang-sorang kat luar," (merujuk kepada aku). Dr Magda tersenyum. Kesian Dr. Sampai petang kena stay.

Beberapa ketika kemudian, bermula lah sesi soal jawab. Awal-awal lagi doktor dah tanya pasal estrogen. Aku pun jawab lah blablablabla....sebut sket perkataan 'menopause', mana tau Dr nak tanya pasal menopause pulak kan. Keh3. Sebab tadi dah hadam gila dah pasal menopause memandangkan semua orang ditanyakan soalan itu. Tapi Dr Magda tak terpedaya dengan taktik aku. Dr terus tanya pasal presbyopia. Kuang3. Takpe, presbyopia pun dah hadam kat luar tadi. Pastu pasal metaboli acidosis. Pastu pasal receptor of hearing. Pastu pasal ataxia. Time ataxia ni la....

Dr: Apa punca sensory ataxia? Apa punca motor ataxia? Lesion kat mana?
Aku: (sambil memerah otak recall muka surat yang terang pasal tajuk-tajuk tu. Cerebellum. Lagi satu......eh...apsal tak ingat?? *telan air liur*) Cerebellum.
Dr: Another one?
Aku: Ermmmmmmm.................errr.................another one.......ermmmmmmm.............. (duhh tak ingat)
Dr: Apa pathway dia? Tract apa?
Aku: (ting!) Dorsal column tract! (nasib baik tak melompat)
Dr Magda senyum. "Ha, lesioan in dorsal column tract la,".

Selesai beberapa soalan, Dr kata "Okay, good. Thank you,". Ha? Dah habis? Dah boleh balik? Peh. Aku meninjau kertas yang tertulis soalan. Fuh. Banyak gak soalannya. Dr Amira tadi ade la dalam 4-5 tajuk. Yang ni sampai penuh kertas tu, dah takde ruang nak tulis. Gempak. Aku pun senyum seindah suria, lalu mengucapkan 'thank you, doctor,' lalu melangkah keluar dengan bertawakkal.

Kebanyakan soalan yang dibocorkan oleh kawan-kawan aku tak ditanya tentangnya. Maybe Dr Magda dah dapat detect budak-budak Malizi ni berbincang agaknya. Haha. Nasib lah aku orang last, ditanya soalan yang berbeza. Dan nasib lah aku tak berapa nak mendengar soalan-soalan bocor tadi. Serius nak muntah bila dengar macam-macam. Erghhh....pernah rasa macam tu? Tak pernah? Hebat!

Satu perkara yang aku sentiasa amalkan, bila masuk bilik doktor (atau sesiapa saja yang akan menyoal kita), buatlah reaksi muka yang apabila dilihat, tenang jiwa orang yang melihat. Senyum, bukan kena bayar pun. Tak kira macam mana cuak pun kita, buatlah muka manis, supaya doktor senang hati tengok kita. Jangan lah buat muka ketat, muka muram, muka masam, muka terlalu pucat sebab it's about impression. Bayangkan doktor dah penat, dari pagi sampai petang menyoal students yang berpuluh-puluh orang, mesti la doktor senang hati tengok kita masuk dengan muka manis dan yakin. Logically, dalam kehidupan seharian, kita pun macam tu kan? Bayangkan seharian kita busy tahap dewa, kena buat itu ini, emosi pun dah bercelaru, kemudian datang dua orang kawan kepada kita. Sorang datang dengan tak senyum, kerut seribu, tiada seri, macam nak kena lempang. Lagi sorang dengan wajah ceria, sambil bagi kita senyuman yang menyenangkan hati. Mana satu kita layan dengan baik? Pilih la sendiri.

Serius, a smile can change everything. Bukan aku suruh senyum kambing sorang-sorang atau senyum nak mengorat anak orang. Tapi senyum lah seikhlasnya, supaya bila orang tengok kita, hati pun senang. Lebih-lebih lagi ibu bapa, keluarga, guru-guru dan sahabat-sahabat. Kan bagus menggembirakan hati orang. Plus, smile is contagious! So, selamat senyuuuummmmm! ^___^





~Tawakkalkan semuanya kepada Allah. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita semua~




p/s: kalau rasa rajin, berzikirlah zikir yang menyenangkan hati orang lain apabila melihat kita. Islam itu indah, kan? peace~

Tengok je sampai muntah

Saturday, 30 April 2011

Selesai sudah Public Speaking. Pergi tepi pantai jerit 'yeah' kuat-kuat...  Alhamdulillah.

Hadiah paling best yang aku dapat sudah tentulah pengalaman. Walaupun ini kali kedua menyertai Public Speaking, namun pengalaman yang dilalui tetap berbeza dengan yang pertama. (kenapa ayat skema sangat??) Benar, kalau tak dipaksa menyertai, memang takkan ambil tahu. Itulah manusia. Nak melakukan langkah pertama cukup payah. Sedangkan sebenarnya, Allah sentiasa ada di sisi kita, membantu dan membimbing kita hingga selesai kerja yang dilakukan. Jadi apa guna malas? Apa guna ragu-ragu kan? Sama-sama muhasabah.

Seperti yang berlaku zaman persekolahan dulu, selesai pertandingan, akan ada hamba Allah yang datang menghampiri dan bertanya soalan yang sama. "Pernah duduk UK ke?". Hehe. (jom gelak guling-guling)

Tahun 2005, soalan itu datang daripada seorang juri, yang juga seorang guru dari sekolah mana aku tak ingat. Selesai pertandingan debat, kami semua bersalaman dengan para juri (semua perempuan). Salah seorang juri bertanya "You tinggal UK berapa tahun?" sambil melontarkan senyuman manis. Aku tercengang seketika. Blur. Biasalah, budak form 3 memang suka blur. Setelah beberapa saat, baru lah faham apa yang dimaksudkan, aku pun senyum. "Tak pernah, tapi saya naaaaaak sangat pergi sana!". Guru itu buat muka hairan. Beliau cuba untuk bertanya lagi soalan, tetapi Teacher Sandha dah panggil kami, peserta SMKA SHAMS untuk pulang ke sekolah segera. Masih kena masuk kelas, sebab belum habis waktu persekolahan. Lega. Nasib baik tak kena jawab soalan.

Semalam, selesai pertandingan Public Speaking, aku dan rakan-rakan buat keputusan nak cari mana-mana kedai makan yang berhampiran sebab dah kebuluran sangat. Tapi disebabkan hujan renyai-renyai, kami lepak dulu di hadapan kawasan ARMA. Beberapa ketika kemudian, datang seorang jejaka. Beliau merupakan salah seorang peserta. Group ke 3 kalau tak silap.

Ahmad: Kamu duduk UK la dulu ek? Berapa lama?  (beliau cakap omputeh sebenanye, tapi aku tak berapa ingat sangat ayat dia sebab tekezut beliau speaking. peh!)

Aku: (sedikit blur) No, I've never been there.

Ahmad: Habis tu macam mana kamu boleh guna British accent kalau kamu tak penah pegi sana?  (speaking lagi)

Aku: (argh. mentaliti manusia! asal boleh guna accent, mesti penah duduk luar negara. haihhh -__-". nak kena buat paradigm shift ni. lol)  I just watched Harry Potter.

Ahmad: Come on la. Takkan kamu tengok Harry Potter je. Mesti kamu penah pegi sana ke ape ke. (muka tak puas hati. masih speaking lagi)

Aku: (hek eleh ko. ape hal? tak caye pulak)  No. Really. I just watch Harry Potter. I really wish I can go there someday.

Ahmad: Ooo. So kamu berangan kamu Hermione Granger la? Pastu kamu tiru dia cakap? Camtu? Ok2.  (speaking lagi)

Aku: Errr..... (malu sendiri. kantoi la camni)

Zaman muda-muda dulu, masa tak berapa nak matang, memang suka berangan jadi Hermione bila tengok movie Harry Potter. Yela, Hermione tu kan pandai. Semua benda dia tahu. Hampir semua skrip Hermione aku hafal. Heh. Nampak sangat selalu ulang tengok cerita tu. (tapi yang Sorcerer's Stone je la. yang lain macam dah tak bersih untuk ditonton)



Tak susah pun nak belajar accent ni. Kat rumah ada TV kan? So memang tak ada masalah. Senang cite, tengok je muda mudi zaman sekarang. Tak pasal-pasal pandai cakap Korea, cakap Indon, cakap Jepun, cakap bahasa Mexico. Semua pengaruh media elektronik. Nak mahir accent lagi la tak ada masalah. Sebab tak perlukan banyak masa pun untuk faham. Masih Bahasa Inggeris, cuma loghat, cara sebutan dan ejaan sedikit berbeza. "Sebab tu, kalau tengok TV, jangan tengok buta je, sampai juling. Tapi ambik la bahasa dia, pengajaran dia," kata seseorang. Mudah kan?

Kalau tak minat tengok TV, kamus kan ada. Guna la kamus Oxford yang ada pronunciation kat dalam dia. Jangan beli yang nipis je, sebab nak jimat. Beli la yang tebal, yang siap ada pronunciation, thesaurus sekali. Tak rugi pun. Belajar cara sebut guna kamus pun best juga. Lagi jelas. Siap boleh faham maksud dan penggunaan perkataan. Kalau tengok movie, kadang-kadang ada perkataan yang kita tak faham, tapi kita buat tak tahu je, buat-buat faham.



Lagi satu, zaman sekarang, internet dah berleluasa. Youtube pun ada. Sekali sekala, belajar la accent guna internet. Apa jadahnye 24 jam tengok SNSD, Super Junior, 2pm, CN Blue. Aku pun tak faham. Dapat apa ya bila tengok semua tu? Bukannya kita dapat jadi artis pun. Eh...jap. Kita nak jadi artis ke? Tak pun. So, buat apa membazir bayar broadband tiap-tiap bulan, buat benda yang tak ada faedah kat kita. Baik belajar sesuatu yang baru. Belajar bahasa baru ke. Baru la produktif. Kan? Kan? Sekarang ni sibuk-sibuk kata susah nak adapt Bahasa Arab. Dah tu yang siang malam tengok cerita Korea pasal apa, kan? Haha. Guna logik akal je la. Kalau teringin nak makan ikan, buat apa pergi memburu kat hutan. Pergi la sungai ke, laut ke.

Bagi yang gemar sangat bola sepak, satu lagi advantage. Biasanya kalau kita tengok EPL (sekarang dah tukar BPL kan?), commentators tu majoritinya British kan? Time diorang komen tu, dengar betul-betul perkataan yang diorang sebut. Memang agak kurang jelas, sebab diorang cakap laju, tapi lama-lama boleh je faham. Kan tengok bola tiap-tiap minggu. Bukan setahun sekali. Heh.



Banyak sangat cara nak dapat accent. Ni baru British accent. American accent lagi la senang. Sebab melambak-lambak cerita yang US produce sekarang ni. Novel pun, kebanyakannya penulis dari sana. Oh ye. Tentang novel dan penulisan. Antara British dan American, ada sedikit perbezaan bab struktur ayatnya. Nak tahu apa, sila google :).

Tak payah tinggal kat UK pun boleh dapat accent tu. Macam belia zaman sekarang, duduk kat kampung pun boleh cakap Korea dah. Tak pernah pergi Jepun pun boleh berbahasa Jepun. Tak semestinya kita duduk Malaysia, kita boleh cakap Bahasa Melayu je. Kalau kita nak sesuatu, kita akan buat macam-macam cara nak dapatkan benda tu, kan? Yang penting usaha!

Apa-apa pun, bagi aku, accent bukan la penting sampai kita nak letakkan dia nombor satu. Asalkan kita cakap dengan jelas, grammar tak ada masalah, dah bagus dah. (bajet je lebih kalau guna accent ni  >__< ). Istighfar. Paling penting buat semua benda kerana Allah, gerenti Allah permudahkan.


p/s: kalau nak Australian accent, tengok la Crocodile Hunter selalu >_<

Powerpuff!

Thursday, 14 April 2011


Fighting crime, trying to save the world.
Here they come just in time,
The powerpuff girls.....
POWERPUFF!

*Intro tak boleh blah*

Bagi aku, impromptu speech melambangkan pemikiran seorang speaker. Bukan speaker komputer atau speaker besar warna hitam kat dewan tu. Speaker yang dimaksudkan = public speaker.

Apabila diberi satu tajuk/soalan, kemudian diberi masa hanya 4 minit untuk rangka isi ucapan, kemudian perlu beri ucapan selama 6 minit tentang tajuk/soalan tersebut.....time ni lah paling syok sebagai penonton dan juri! Sebab dapat nilai pemikiran setiap speaker. Haha. Ada yang betul-betul matang, ada yang berpandangan jauh, ada yang banyak idea kreatif, tak kurang juga yang pemikiran masih keanak-anakan. Yang last tu aku la -___-".

Entah la. Masa dapat tajuk superpower tu, aku terfikir pasal Powerpuff Girls yang comel tu je. Takdelah pulak terfikir Megamind ke, X-Men ke, Fantastic Four ke, Clark Kent yang kacak ke. Heh. Nampak sangat suka tengok cerita kartun. Tak matang betul Sarah ni. Ish3...

Eh...hello! Cerita kartun sangat innocent okey?? Innocent dan agak bersih dari pencemaran.  >__<

Tapi masa tengah prepare isi speech tu, aku fikir-fikir balik, dalam banyak-banyak superpower yang ada dalam macam-macam cerita tu, tak ada satu pun yang aku rasa menarik. Aku sebut Powerpuff Girls pun sekadar nak bagi penonton senyum, sebab Powerpuff Girls memang comel, kan? Maka, aku pilih la superpower yang tak pernah keluar dalam movie mana-mana pun. Haaaa.....jeng3! *lu pikirlah sendiri*

Masa tengah tunggu turn untuk masuk dalam preparation room, seorang junior yang juga peserta Public Speaking bertanya sesuatu kepadaku. Beliau juniorku di sekolah dahulu. Kawan Aiman, adikku.

Bo: Akak, macam mana ha nak bagi tak nervous? Impromptu ni....ish.

Aku senyum, bajet tenang. Dalam hati Allah je tahu. Nak terkeluar dah jantung ni tunggu turn untuk dapat tajuk. Haha. Lalu, dengan lafaz bismillah....

Aku: Selawat banyak-banyak. Minta Allah tolong kita. Lagi satu, betulkan balik niat kita bagi speech ni. Biarlah kita buat ni sebab kita nak bagitahu orang ape pendapat kita. Pandangan kita tentang sesuatu. Dan kita buat tu bukan sebab nak menang ke ape. Tapi kerana Allah. Bila bagi impromptu, kena jujur. Cakap ape yang kita fikir. Tak perlu pura-pura. Yakin dengan pendapat kita. Kawan akak pernah  ingatkan akak 'Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya terhadapNya,'. So, yakin lah Allah akan tolong, permudahkan semuanya. InsyaAllah....

Bo mengangguk tanda faham. Aku terus berdoa agar setiap peserta diberi ketenangan, agar dapat sampaikan pendapat masing-masing dengan baik.


Benar, bila kita yakin dengan Allah, semuanya berjalan lancar. Kita tak perlu risau apa-apa. Kita hanya perlu buat yang terbaik. Masa dapat tajuk impromptu, mula-mula aku dah macam 'Ape ke tajuknye ni.....???'. Ni ha tajuk dia: Pick A Superpower In Which You Can Use To Help Your Country. Dalam hati kata....biar betik! Cepat-cepat aku istighfar. Kenapa begitu mudah nak memperlekehkan sesuatu? Mempertikaikan sesuatu? Sarah, takkah kau sedar, dengan tajuk itu, kau boleh sampaikan dakwah kepada manusia? *istighfar*

Seketika aku berfikir. Apa yang manusia sangat perlukan sekarang ni? Apa nilai yang semakin hilang dalam diri kita? Sejenak aku melihat ke dalam diri yang hina ini. Allah....aku jarang sekali melihat sesuatu dengan mata hati. Hati ini telah kehilangan separuh fungsinya! Allah....Allah.... Hinanya manusia  kerana mensia-siakan nikmat besar kurniaanMu. Butanya hati manusia. BUTA! Disebabkan kita buta lah dunia jadi macam ni. Manusia bangga ada mata, tapi tak pernah melihat dengan hati. Oleh kerana itu manusia melakukan kemungkaran, manusia sombong kepada Tuhan. Astaghfirullah....

Setelah bermuhasabah, aku pun mencoret sedikit nota di atas sekeping kertas kecil. Sebagai persediaan untuk bagi speech nanti. Tulis punya tulis....tiba-tiba rasa macam.....arghhh aku perlu ke tandas! Ini semua penangan Public Speaking. Haha. Entah kali ke berapa puluh aku masuk tandas agaknya. Aku melihat kertas kecil itu. Sikit je baru tulis. Sempat ke nak pergi tandas? Aku tarik nafas dalam-dalam. Semuanya dah ada dalam kepala. Apa nak risau. Aku hanya perlu sampaikan apa yang aku fikir. Yakin, Allah bantu sebab aku bukannya nak mengajak manusia buat maksiat.

Maka aku bangkit dari kerusi lalu berkata kepada AJK dengan nada tergesa-gesa "Awak, ade berape minit lagi ek? Saya nak pegi tandas la. Boleh ke? Awak kire je la dalam 4 minit tu. Boleh tak? Boleh tak?"

Adik itu melihat handphone nya. "Ada dua minit lagi kak....." belum sempat dia menghabiskan kata-kata....

"Hah. Sempat! Pegi tandas dulu!" sepantas kilat aku menuju destinasi. Arghhh peduli apa. Yang penting masa bagi speech nanti aku rasa tenang, rasa selesa.

Keluar dari tandas, aku menuju ke arah AJK tadi. "Dah tamat 4 minit ek? Dah boleh pegi ke? Saya ambik kertas saya dulu ye," cakap macam peluru. Osah eh.

AJK tersebut buat muka bingung. "Err...akak, akak baru tulis 2 minit tadi. Akak tanak tulis lagi ke? Lagipun diorang tak panggil lagi peserta seterusnya,".

"Oh....ek? Takpelah. Dah cukup 4 minit kan? Dah siap tulis tadi, " aku senyum cemas. Sebab memang la agak cemas. Dalam hati kata 'alaaaa jangan la tambah masa! Lagi gelabah dibuatnya nanti. Penantian suatu penyeksaan kot!'. Lagi tunggu, lagi banyak kali akan ke tandas. Tak boleh. Tak boleh.

Apabila masa yang ditetapkan tiba, berjalanlah aku ke atas karpet pink (pentas speaker) untuk memberikan impromptu speech. Buat kali terakhir, aku mengingatkan diri sendiri: jujurlah. Allah bantu. Maka aku pun memulakan.

Siapa kata tak nervous? Cuba tanya semua speaker yang kena impromptu speech, sape tak nervous? (eh....tapi tak tahulah kalau memang ade speaker yang superb gila sampai tak rasa nervous langsung). Bila rasa nervous, psycho lah diri sendiri. Aku akan guna ayat yang selalu aku sebut: mereka pun manusia, sama macam kita. nak risau apa? buatlah macam kita tengah bercakap dengan hamba Allah, sama-sama kerdil. So, go on je. Pedulikan nervous tu.

Sungguh, aku berterima kasih kepada kawan-kawan yang beri sokongan dan dorongan dan paksaan. Haha. Terima kasih kepada....

Diana: sebab pujuk a.k.a paksa aku masuk PS ni. Kalau tak, memang aku tak nak ambil kisah.
Farahnur: sebab bersetuju dengan Diana lalu menyatakan seribu satu alasan mengapa aku perlu join.
Maryam, Inn, Izzaty & Bo: sebab turut serta mewakili ASU. Kalau aku sorang, memang aku lari nyorok dalam gua.
Sakinah & housemates: sebab susah-susah tolong buat banner, siap datang lagi ke venue untuk bagi sokongan. dan sebab menahan telinga mendengar aku membebel kuat-kuat dalam bilik setiap hari.
Sakeenah, Nuha, Dinie, Yat, Diba, Sue, Kak P: sebab susah-susah datang dari jauh. ada yang datang direct terus dari tuisyen. dan sebab tolong rakam video, so boleh tunjuk kat family (T___T terharu)
Ibu, ayah, Aiman: kerana mendoakan yang terbaik & bagi semangat.
Beberapa orang teman: sebab memberikan nasihat dan semangat yang sangat-sangat membantu.


~kontinjen ASU~

Apalah ertinya hidup kalau kita berseorangan kan? Dan apa juga gunanya hidup kalau kita hidup untuk diri sendiri. Apa yang kita mampu buat, buatlah untuk umat manusia.


~speakers and judges~


~the speakers and their titles~


~this was how my brain looked like too -__-"~

Meja no. 1

Thursday, 3 March 2011

Hari tu aku mimpi ngeri. Ada orang suruh aku duduk semeja dengan Menteri Besar (MB) dalam sebuah majlis. Oh...rupa-rupanya bukan mimpi. Sampai hari ini aku masih mengharapkan ia sekadar mimpi ngeri -___-".

Macam negeri lain juga, negeriku pun buat pertemuan dengan pelajar-pelajar dari Mesir. Nak up sikit, buatlah di Hotel Allson Klana. Ya, hotel yang ada Chinese Cuisine & Japanese Restaurant yang sedap tu. Tapi kami punya majlis tiada kaitan dengan kedua-duanya. Saja nak bagitahu, sebab memang sedap. Dan halal. Tak percaya, cuba pergi. Okay, ini dah keluar tajuk.

Bagi mengamalkan 10 muwasafat tarbiyah, aku bersama-sama ibu dan ayah serta Tariq yang hensem lagi comel hadir di sana sebelum jam 2 petang. Sudah ramai umat manusia berada di luar ballroom. Ruang untuk pendaftaran masih belum di buka. Maka umat Muhammad di situ pun berbual-bual mesra lah sesama sendiri. Banyak juga rupawan dan rupawati yang aku tidak pernah nampak sebelum ini. Barangkali mereka pelajar N9 persendirian. Beberapa minit kemudian, meja pendaftaran dibuka. Dah daftar, ambil nombor meja dan sila masuk ke ballroom dan pergi ke meja masing-masing. Begitulah protokolnya.

Semasa aku beratur untuk mendaftar, Ustaz Danial menegurku. "Ustazah Sarah, nanti ustazah duduk semeja dengan MB ye," kata beliau dengan tenang dan serius. Aku tercengang. Rasa macam halusinasi je. "HAA??!" macam biasalah, aku jakun sikit apabila dengar berita yang menghairankan seperti di atas. Biar betik! Kenapa aku pula yang kena duduk semeja dengan beliau? Siapa lagi agaknya? Persoalan demi persoalan memenuhi kepala brain ku. "Kenapa ustaz?" aku bertanya. "Wakil pelajar," beliau menjawab dan berlalu pergi. Gasp! Alin, kebetulan mendengar kata-kata Ustaz Danial, terus tersengih lalu bersorak "Go Sarah! Go!". Arghhh...rasa nak cekik je Alin. Alahai....alahai...alahai....kenapalah kena duduk semeja dengan MB pulak. Dah la aku tak mahir sangat bab etika dan protokol ni. Dush!

Semasa turn aku nak ambil no. giliran, berkata cik adik manis yang jaga meja tu "Kak Sarah, akak duduk meja no. 1 ye," sambil tersenyum. Aku pun angguk sajalah. Kemudian bertanya "Tak payah ambik nombor eh kalau meja no. 1?". Osah blur aku masa tu. Saudari tersebut menjawab "Akak, akak duduk meja VVIP nanti," kemudian beliau senyum lagi. Terasa duniaku makin gelap. Sengal. Sejujurnya, aku masih tidak mahu percaya aku kena duduk semeja dengan MB. Lalu aku teruskan "Nak nombor untuk ibu & ayah akak boleh?". Adik tersebut memberikan aku 2 keping kertas bernombor 26. Aku mengharapkan beliau bagi 3 keping, untuk aku satu. Tapi....tapi...argh!

Selepas menyerahkan nombor meja kepada ibu dan ayah, serta menjelaskan kepada mereka aku disuruh duduk di meja no. 1, aku pun berlegar-legar di luar ballroom sambil meninjau ke arah dalam lokasi meja no. 1. Ada 7 buah kerusi di meja bulat itu. Siapa lagi agaknya pelajar yang kena duduk situ? Dipendekkan cerita, aku satu-satunya pelajar perempuan yang makan di meja tersebut. Dah la pakai jubah MTP yang beli kat Hussein tu, lepas tu tak ingat etika makan dalam majlis rasmi, tambah pulak aku tengah lapar gila sebab tak sempat nak lunch sebelum datang. Haihhh.... nasib lah.

Sebelum orang-orang besar mengambil tempat di meja makan, hanya ada aku, Ustaz Bad (pengerusi MTP) dan ibu Habsah (isteri pegawai N9) di meja tersebut. Ibu Habsah agak terkejut melihat aku di meja tersebut. Adeh laaa.... Dalam kepala masa tu hanya recall bab etika dan protokol saja. Mana nak ingat etika makan kat hotel ni. Biasa makan kat rumah, suka hatilah nak makan macam mana. Makan pakai tangan kan? Aku melihat di hadapanku, ada 3 garfu, 1 sudu, 1 pisau, 1 piring saiz sederhana, 1 piring saiz kecil, satu gelas, satu cawan. Peh! Yang mana kena guna nanti? Aiseyman. Kacau betul. Jap2....duduk macam mana ek? Badan kena tegak. Kaki? Kalau dalam cite Princess Diaries, dia condongkan kaki ke satu sudut. Tapi tak selesalah kalau buat macam tu. Tapi aku buat sajalah. Nanti orang kata pelajar Mesir tak reti etika pula. Tangan pula macam mana? Letak atas riba macam pengantin ke? Arghhh...bantai sajalah. Aku tengok orang lain tak adalah ikut etika sangat. Kejang rasanya badan apabila aku memaksa diri mengikut etika dan protokol. Haha. Dalam kepala masih tertanya-tanya 'kenapa aku kena duduk sini?'. Tak ada peluanglah nak menikmati makanan hotel yang sedap-sedap T__T. Nasib lah.

Pada suatu masa, aku terasa sungguh kerdil kerana berada di meja tersebut. Iyalah, semua yang berada di meja itu semuanya mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. Aku ni siapa? Tapi kemudian aku memujuk diri. Tak apa, semuanya hamba Allah. Tak ada beza. Cuma kadang kala terasa down apabila dari jauh, kelihatan wajah-wajah hairan dan tak puas hati kerana melihat aku berada di meja tersebut. Haha. Adoiyaiii....

Selepas tamat ucapan, MB serta beberapa orang besar turun dari pentas, menuju ke meja makan. Oh...kena bangun rupanya. Serius aku rasa mahu jadi halimunan masa tu. Dato' mufti menuju ke meja sebelah, untuk duduk makan bersama isteri dan anak beliau. Maka bertanya seorang orang besar "Dato' mufti tak duduk semeja dengan kami?". Gulp. Kerusi semuanya dah dipenuhi di meja tersebut. Aku kah yang mengambil tempat mufti? Lalu seorang encik, bernama KA menjawab, "Mufti duduk di meja VIP. Kita bagi wakil pelajar duduk sini,". Fuhhh...lega. Aku baru saspek kena pindah meja lain tadi. MB mengangguk, lalu melihat satu persatu hamba Allah di meja tersebut sebelum duduk. Beliau senyum "Ni anak buah den ni," kata beliau kepada orang besar yang lain. Gulp. Aku ke? Yela, aku la. Takkan ibu Habsah kot. Semua orang besar yang berada di situ memandang ke arahku dengan penuh tanda tanya. Aku senyum cemas. Ustaz Bad, barangkali menyangkakan MB bertanya mengapa aku di situ berkata "Ni wakil pelajar kita," kata beliau. MB mengulangi "Dio ni anak buah den," dan beliau pun duduk. Aku senyum cemas sekali lagi, dan sekadar mengangguk. Gulp. Rasa nak pengsan!

Ibu Habsah berbisik kepadaku "Kenapa Sarah tak penah bagitau Sarah anak buah MB?". Dush3! Nak jawab ape ni bro? Hahaha. "Erm.....ayah saya sekampung dengan MB," itu saja yang mampu aku tuturkan. Ibu Habsah mengangguk.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, aku yang sudah lah lapar, kena pula duduk di meja VVIP. Perghh...nasib baik tak ada yang dengar perut berbunyi. Haha. Buat malu je. Taubat lepas ni tak mahu duduk meja depan, duduk meja belakang-belakang dapat makan semua kot. Di meja VVIP, pekerja hotel tak hidangkan semua makanan. Mereka datang seorang demi seorang, membawa juadah tertentu kemudian bertanya kepada setiap orang di meja tersebut, nak ke tak nak juadah yang mereka bawa tu. Kalau nak, diorang letak makanan tu dalam pinggan. Dan, sudah tentulah orang pertama yang ditanya ialah MB. Barangkali MB baru lepas makan tengah hari, menyebabkan beliau masih kenyang, maka beliau menolak semua offer makanan tersebut. Aku rasakan rahangku dah sampai ke lantai masa tu. Biar betik! Beliau tak nak makan apa-apa ke? Habis tu.........lapar la aku macam ni. Uwaaa T___T. Sebabnya, kelihatan macam selagi MB tak makan, selagi tu orang besar yang lain pun tak makan juga. Datang kepadaku nasi goreng, mee goreng, bebola sotong dan sos masam manis, chicken wing....dengan hati yang berat, tekak yang kering aku menolak offer2 tersebut. Alahai....bang, boleh tak nak tapau benda-benda tu? Isk...isk....lapar nih.

Akhirnya aku hanya makan dua keping mini chicken pizza yang bersaiz seperti murtabak yang dipotong sembilan. Alasan: sebab makanan itu saja yang paling senang untuk dimakan secara berprotokol. Potong, makan. Potong, makan. Habis cerita. Takkan nak makan chicken wing kot. Dah la kena guna kutleri. Ngeriiii~

Sambil-sambil makan, MB dan orang-orang besar berbual hal yang pelbagai. Sesekali MB memandangku lalu bertanya "Betul tak kak long?". Rasa nak tercekik. Aku sekadar mengangguk-angguk tanda setuju. No comment, sebab tengah gelabah. Tapi bila dah banyak kali aku sekadar mengangguk, orang-orang besar yang lain memandangku dengan wajah yang hairan. Barangkali mereka bermonolog 'Biar betul budak ni wakil pelajar....' atau 'Kau ni tak reti ke nak cakap ape-ape. Takkan angguk je,' atau 'Sadis betul budak ni...'. Haha. Sesekali MB bertanyakan soalan yang memerlukan aku menjawab, tanpa angguk atau geleng kepala. Tapi biasalah, orang tengah gelabah.... Aku tersilap dengar soalan beliau. "Kak long duk mano kek sano?" beliau bertanya. Aku dengan yakin menjawab "Panchor. Panchor Jaya,". Cis. Salah faham soalan. "Bukan, kek Moser tu duk mano?" beliau menjelaskan soalan. "Oh...kat Abbasiah, depan Ain Shams,". Haihhh...telinga tak berapa nak dengar soalan, sebab lebih tertumpu kepada bunyi sudu, pinggan dan garfu yang berlumba-lumba makan dari meja yang lain. Bestnya diorang dapat makan macam-macam..........

Sepanjang duduk di meja tersebut, baru aku sedar, walaupun tengah makan, tapi telinga dan otak kena alert dengan dialog setiap orang. Sebab kau akan diminta memberi pendapat pada bila-bila masa. Peh! Tak dapatlah aku nak menikmati mini chicken pizza yang dua keping ini, yang saiznya bagaikan murtabak dibelah sembilan. Dan, apabila kau senyap saja, kau akan ditanya. Kau akan diminta memberi respon, pendapat. Ketika itu aku berdoa agar suatu hari nanti, aku tidak akan berkahwin dengan menteri kerana nanti, dalam majlis confirm kena duduk di meja orang besar dan tak dapat menikmati makanan. Kurus keringlah jadinya -___-".

Tapi apabila duduk semeja dengan orang besar, kau boleh tahu macam-macam hal. Itu pun kalau kau jenis yang ambil kisah lah. Kalau kau jenis yang tak ambil tahu dan lebih suka menghayati makanan, lebih baik duduk di tempat lain. Aku berjaya memaksa diri untuk lebih memberi tumpuan kepada perbincangan mereka berbanding makanan. Haha.

Selesai makan, apabila MB pergi meja ke meja melawat pelajar dan ibu bapa, datang seorang makcik kepadaku. Aku senyum, salam beliau. Beliau antara salah seorang yang memandangku dari jauh semasa aku di meja no. 1. Haaa...mak cik ni nak tanya ape lah agaknye ni. "Ni pelajar master ye?" tanya makcik tersebut kepadaku. Serius aku rasa macam kena lempang masa tu. Master??? Tinggi sungguh pangkat tu. Mujur ada Kak Syira di sebelahku, lalu beliau tolong jawabkan "Dia ni medik, makcik. Wakil untuk pelajar medik,". Fuhhh...selamat. Mak cik tersebut mengangguk-angguk kemudian meneliti wajahku sebelum berlalu pergi. Ngaaaa....ngerinye!

Jujurnya, aku pun tak tahu kenapa aku kena duduk di meja no. 1. Sebab ada banyak jawapan yang diberikan apabila aku bertanyakan soalan tersebut. Antaranya:
-sebagai wakil pelajar medik (tapi kenapa aku? pilih la munzir ke, kak dayah ke....budak2 mumtaz tu)
-MAINS memang nak aku duduk situ (tak menjawab soalan. kenapa MAINS suruh duduk situ?)
-sebab aku 'anak buah MB' (jawapan sengal diberikan oleh kawan2 yang gemar melihat aku gelabah)
-sebagai wakil pelajar (aku bukannya pelajar master bro...top student pun bukan)

Haha. Tapi apa pun, best juga dapat pengalaman menggelabahkan diri selama 3 jam. Nasib baik tak pengsan. Nasib baik.... On the way nak balik rumah, masa dalam kereta "Ibu, ayah, singgah pasar malam nak? Lapar sungguh ni...". Kuang3.....


The 'macam-macam' day (February 9th)

Thursday, 10 February 2011

Memandangkan lower limbs ku masih bengkak, maka pagi semalam ibu dan ayah decided bawa aku pergi check di Columbia Asia. Sebelum ke sana, kami pekena roti canai di Paroi bersama Pak Uda. Aku teringat ibu bagitahu, Pak Uda ada beli camera 'besar'. Hah...mesti DSLR lah tu!

Selepas ayah dan Pak Uda rancak berbual tentang bisnes, aku mencelah. "Pak Uda ada beli DSLR eh?". Muka innocent je tanya.

Pak Uda buat muka tak faham. "Kamu jangan guna bahasa tinggi dengan Pak Uda, Kak Ngah. Mana la Pak Uda paham,". Aku sengih. Nasib baik tak sebut 'aperture', 'ISO' dan 'shutter speed'. Haha.

Aku tanya lagi. "Pak Uda ada beli camera eh?"

"Ohh...haaa yang tu Pak Uda paham...." maka beliau pun mula bercerita tentang camera yang dibelinya itu. Canon 550D, dibeli di Melaka. Perghhh...bercahaya mataku tatkala mendengarnya. Ada peluang nak guna nih! The remaining things yang Pak Uda cerita buat aku sakit dada tahan gelak. Nak kena ajar macam mana guna 550D tu, barulah nampak bezanya dengan kamera digital biasa. Haha. Macam-macam.


Seterusnya kami menuju ke Columbia Asia, berhampiran Seremban 2. Ramai gila umat manusia! Padahal bukan hari minggu pun. Aku pun daftarlah untuk jumpa doktor bahagian Internal Medicine, Dr A. Aku terpegun seketika apabila ibu tanya "Angah nak jumpa doktor mana?". Whoaaa...boleh pilih doktor rupanya! Selesai urusan daftar, aku pergi ke ruang menunggu bersama ibu, Turn aku nombor 8.



Penantian biasanya diungkapkan sebagai suatu penyeksaan. Tapi penantian aku semalam menjadi satu pengalaman yang best dan kurang  menyeksakan. Sebagai seorang manusia yang introvert, (eh...ye ke??) aku hanya duduk diam di kerusi sambil memerhatikan gelagat manusia lain.

#1 Ada seorang pak cik ni, rancak gila berbual dengan 2 orang pemuda yang baru dikenalinya. Mula-mula beliau bercerita hal Felda. Aku pun malas lah nak dengar detail. Tapi makin lama makin best pula ceritanya. Ayat yang paling menarik perhatianku: "Kalau kita sayang seseorang, kita tegur dia" kata beliau dengan serius. Beliau menyambung... "Macam tu jugak dengan kerajaan. Kalau kita sayang kerajaan kita, kita tegur! Bukannya kita biarkan je macam tu. Cuba bagitau saya. Parti 'U' perjuangkan apa?". 2 orang pemuda tu memerah otak mencari jawapan. Salah seorangnya menjawab "Melayu,". Pak cik tu angguk. "Tahu tak, kalau kita perjuangkan bangsa, kita takkan berjaya,". Kemudian beliau memberi contoh-contoh dari sejarah. Palestin, salah satunya. Mata aku mula tertumpu kat pak cik tu. "Allah kata apa dalam Al-Quran?" beliau menyambung. Kemudian beliau membacakan ayat tentang Allah cipta manusia berbangsa-bangsa, untuk manusia saling mengenali......'yang terbaik di kalangan manusia adalah yang paling beriman'. Kagum! Pak cik tu nampak biasa-biasa je. Tapi...hambik ko! Keluar dengan fasih kalamullah dari mulut beliau. Aku senyum mendengar penjelasan beliau yang seterusnya dan seterusnya. Seorang nenek yang duduk di sebelahku nampak aku senyum. Beliau membisikkan ke telingaku "Cakap pasal politik la tu!". Haha. Relax la nenek. Pak cik tu berbicara tentang perjuangan agama. Dan ya, Islam agama kita. Islam itu menyeluruh, maka tak berdosa kalau cakap pasal politik. Lagipun, pak cik tu berbicara tentang kesedaran rakyat, bukannya beliau memburuk-burukkan sesiapa. Berkerut-kerut muka nenek tu dengar pak cik tu berkata-kata. Barangkali anak nenek itu seorang wakil rakyat. Haha. Biarlah.

#2 Sejam kemudian datang seorang nenek berkerusi roda. Nek Jah (bukan nama sebenar), kenal dengan Nek Pah (juga bukan nama sebenar) yang duduk di sebelahku. Mereka berbual dengan rancak hal penyakit masing-masing. Boleh pening kepala juga dibuatnya. Haha. Sampai suatu ketika, Nek Pah berkata kepada Nek Jah "Dia ni baru balik dari Mesir," sambil menunjuk ke arahku. Perghhh...terasa famous seketika. Aku senyum kepada Nek Jah. Kemudian beliau bertanya tentang keadaan Mesir. Aku pun cerita lah secara ringkas. Nek Jah kata "Oh ye? Tapi I baca dalam paper, dia tulis lain,". Sape suruh nenek baca paper =_='. Cuba baca aljazeera. Gerenti lain ceritanya. Oh ye. Nek Jah dan Nek Pah memang guna "I & You". Haha. Cute tak? Dan yang paling tak boleh blah, Nek Jah mengakhiri kata-katanya dengan "I like Mubarak". Aku terkedu lalu ter speechless........................

#3 Sampai turn aku. Masa tu dah nak pukul 12. Lama gila menunggu. Haha. Dr A pun memulakan proses mengambil history. "Belajar mana?" beliau bertanya. Aku jawablah Mesir. "Oh...wow. So, how's your bapak angkat ha?? Dia still tak nak letak jawatan kan?". BAPAK ANGKAT??? Pandai doktor ni buat lawak! Hahaha. Lama juga bercerita hal Mesir. Last-last Dr A kata "Okay2. Put aside cerita tu dulu. Ha...ceritalah apa masalah kamu,". Maka aku pun membebel itu ini, Dr A pun check itu ini dan seterusnya kena buat banyak tests itu ini, maka kenalah masuk wad. Tapi wad semua penuh masa tu. Maka sambil menunggu wad kosong, aku pergi buat chest x-ray. Jejaka yang in charge untuk x-ray tu peramah pulak tanya itu ini. "Kenapa kamu kena buat chest x-ray?" beliau bertanya. Aku diam seketika. Nak jawab macam mana ek? "Err...doktor yang suruh buat. Sebab. Sebab....I can hear my heart beat," aku jawab acuh tak acuh. Jejaka itu kelihatan terkejut. "You belajar lagi ke dah kerja?" beliau teruskan bertanya. Barangkali nak mengelakkan aku berasa bosan. "Belajar," aku jawab. "Kat mana?" beliau tanya lagi. "Mesir...." aku jawab perlahan. Beliau senyum. "Ooo...so you trauma ke sampai you boleh dengar you punya heart beat??". Aku terdiam. Apakah??? Tak tau nak gelak ke apa masa tu. Haha. Adakah beliau menyangka aku sakit disebabkan rusuhan yang berlaku? Hahaha. Gelak sampai pengsan.

#4 Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari dan masih tiada wad kosong, maka aku pun ikutlah ibu dan ayah ke KL, untuk menziarahi atuk saudaraku yang sakit tenat. Arwah (atuk tu baru meninggal dunia malam tadi, beberapa jam selepas kami pulang dari menziarahinya) menghidapi liver failure. Semuanya berpunca daripada kanser pada livernya. Itulah kali pertama aku dapat lihat semua simptom liver failure yang selama ni aku baca di buku sahaja. Asalnya kanser hanya pada left lobe of the liver sahaja. Tapi lepas buat chemotherapy for the second time, terus merebak ke right lobe. Salah seorang anak perempuan arwah atuk tu seorang doktor. Maka beliau menceritakan segala-galanya. Badan arwah keseluruhannya kuning, jaundice. Kelopak mata sudah 11 hari tertutup. Tiada reflex pada keseluruhan badan. Weak pulse, sampai mesin pun tak boleh detect. Edema di seluruh badan. Al-Fatihah untuk arwah Tok Man.

#5 Petang tu aku masuk wad. Memandangkan bilik 1 bilik seorang tiada kosong, maka aku kena masuk bilik 7 orang sebilik. Haha. Memang la rasa tak selesa. Tapi sekali sekala, kena la merasa apa yang orang lain rasa juga, kan? Sekelip mata aku jadi terkenal. Semuanya kerana aku 'dari Mesir'. Hahaha. Astaghfirullaaah...tak baik riak. Malam tu seorang nurse datang untuk buat ECG. Kami bertaaruf ringkas. "Oh...you belajar medic. So you tahu la macam mana nak pasang ECG ni kan?" beliau bertanya. Gulp. "Err...haha. Tak ingat sangat la kak. Baca graf dia saya ingat la," jujur je lah kan. "Hmmm...doktor memang tak reti pasang pun. Semua nurse je buat," kata beliau dengan serius. "Ye ke kak?" aku macam tak percaya je kan. "Ye, mana ada doktor pasang benda ni. Diorang tak reti,". Kuang3......

p/s: kat hospital ni ada wireless kot! sebab tu dapat update blog. haha.


Related Posts with Thumbnails