Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Aku, Golf dan Ramadhan

Monday, 15 August 2011

Saya tak ada lah minat sangat dengan sukan golf ni. Biasa-biasa saja. Kalau saya tak berminat, memang saya tak akan cakap tentang golf. Lain lah macam bola sepak. Kalau dah jadi kipas susah mati, memang selalu lah nak cakap pasal bola kan? Harga berapa, saiz apa, jenama apa. Team itu lawan team ini. Team ini ambil pelakon Hollywood jadi pemain bola sepak. Team itu buang duit beli satu player je. Team sana buat jersey baru. Team sini turun divisyen satu. Biasa lah....hal-hal keduniaan begitu. Dengan siapa-siapa pun saya akan cakap pasal bola sepak. Dah saya suka. Nak buat macam mana kan? 

Ada pernah saya cakap pasal golf dengan siapa-siapa? Rasanya belum pernah lagi. Entri dalam blog pun belum pernah ada yang berkaitan golf. Post di FB juga begitu. Tumblr, YM....jauh sekali. Sebab saya tak berapa nak minat, jadi saya tak cakap. 

Jadi, bila tiba-tiba ada hamba Allah tuduh saya hasut kawan saya jangan kawan dengan dia sebab dia main golf, saya jadi terharu hairan lah. Ini boleh kena tahan ISA ni. Akta hasutan. Haha. Jangan main-main. 

Serius, tanya lah siapa-siapa pun. Saya memang tak pernah nak berbicara tentang golf. Sebab tak minat. Tak perlu bicara. Betul? Nanti kalau bicara atas dasar perasaan, macam-macam yang busuk pun keluar. Ok. Kita cuba rasional ya. Kita cuba bertindak matang. Sudah-sudah la perumpamaan golf yang memeningkan ini. haha :P



Saya tak boleh lah nak letak dalil sangat. Nanti ada yang kena gatal-gatal, demam campak. Tapi semua pun tahu fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Sedih lah jugak, bila kawan  kita buat sesuatu yang lebih teruk dari pembunuhan. Semuanya kerana perasaan. Berapa kali dah saya pesan, bila nak bertindak, bila nak berkata-kata, kena rasional. Jangan ikut perasaan. Ini semua akibat tak baca blog saya lah ni. haishhh...

Tak apalah. Kita anggap ini tarbiyah dari Allah. Dunia ini memang penuh dengan fitnah. Apalah maknanya hidup seorang pejuang kalau tiada dugaan dan ujian kan? Ini baru difitnah sahabat se Islam. Ada fitnah lagi besar di luar sana. Moga kita semua dijauhkan dari fitnah besar-besar. Ni cerita fitnah-fitnah apa hal. Ada yang alergik nanti. Ibu saya kata, "Jangan layan. Biarkan orang emo memang macam tu....". Ya lah. Anak yang baik mendengar kata :) . 

Baiklah. Main point entri ini adalah....saya nak highlight buat ke seratus ribu kalinya, how important it is for us to think rationally & wisely before making any conclusion. You take responsibility for what you say. So when you say something out of bursting emotion, are you fully prepared to face the consequences? What can you do if your words spread lies to everyone? Are you sure you can handle that till death comes after you? Think. Don't jump into conclusions out of emotions. Someday somehow you'll really regret it. 

Nak quote kata-kata seorang sahabat:

"Emosi jangan dituruti kerana realiti tak seindah imaginasi"

Bersyukur lah hal golf ini berlaku dalam bulan Ramadhan. "Saya sedang berpuasa". Ramadhan ini juga melatih kita untuk yakin dengan ketentuan Allah. Belajar untuk sabar dan redha. Ya, redha itu bukan sekadar untuk diucap-ucapkan buat penyedap usrah. Tapi untuk dipraktikkan. Ambil peluang Ramadhan ini untuk menjadi hamba yang lebih baik. Jadikan dugaan sebagai batu loncatan untuk tingkatkan keimanan. (yang ni pun dah banyak kali bagitahu rasanya)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dahulu lebih teruk difitnah. Kita ni apa lah sangat. Sekadar penyambung rantai perjuangan baginda. Ayuh ikuti teladan terbaik, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Apabila diuji, orang mukmin itu bertambah keimanannya. Jangan kita diuji, kemudian bertambah dosa. Na'udzubillah. 

Sekadar catatan ringkas Ramadhan. Ingatkan tak nak buat entri sepanjang Ramadhan. Iya lah...Al-Quran menunggu untuk ditadabbur, dikhatamkan sebanyak yang boleh. Tapi kadang kala perlu juga buat entri. Muhasabah diri. 

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails