Perancangannya, jemputan datang dan mendaftarkan diri pada pukul 5.30-6.15 petang. And then, majlis diteruskan dengan macam2 aktiviti termasuklah sesi bacaan doa, ucapan tuan pengarah dan sesi taaruf. Dipendekkan cerita, semua tentatif berganjak ke masa yang lain, kecuali sesi berbuka puasa. Alaa...biasa la tu. Dah biasa dah. Dah biasa dah :P. Bukan ape, ramai yang datang dari jauh. Ade yang dari Melaka, ade yang dari Port Dickson, ade yang dari Tampin. Tapi sebenarnya, semua yang dari jauh tu la yang datang paling awal. Biasanya, yang paling dekat yang datang paling lambat kan? Haha. Macam kat Mesir. Sape rumah dia depan universiti, muka dia je lah yang selalu lambat (tak semua la. ni nak cakap diri sendiri). Tahniah kepada anda semua yang hadir. Semangat tuuu nak reunion >__<.
Eh...jap. What am I talking about? Ni nak cerita pasal malam tadi. Kami buat reunion SMKA SHAMS batch 2003-2007 kat rumah Wani Jani. Raaaaaaamai yang datang! To me, it's ramai sebab dapat mengumpulkan 40 lebih orang. Gua rasa berbesar hati sebab ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk berkumpul ramai-ramai, setelah hampir 4 tahun tak jumpa. (ok. hari ni kite macho sikit, kite guna 'gua')
Ada yang datang dari Melaka, Port Dickson, Tampin (perlu ulang ke?). Yang dari Morocco pun ade! Sanggup balik sebab nak datang reunion. Ok. Itu tipu. Best sebab ramai kawan-kawan yang tengah cuti, so ramai yang dapat datang. Yang dari UK, yang dari Jordan, yang dari Morocco, yang dari Mansurah.... majoriti ade. Cuma yang dari Australia, New Zealand tak ada wakil, sebab dengar cerita mereka tengah exam. Tak apa, tahun-tahun akan datang kita jumpa ya.
1- Tolong hidang-hidang, setting tempat, pasang lampu, pasang meja, bentang tikar, potong buah.
-Shahril dan Kamaruzzaman tekun membantu Pak Cik Jani-
-Terima kasih, terima kasih dah terima kasih kepada Ijan dan Shahril kerana sudi membantu-
2- Sesi menghadirkan diri, pendaftaran, taaruf, berbual-bual, mengeratkan ukhuwwah.
-berbual-bual mesra setelah lama tak berjumpa. ade peserta junior jugak. nama dia Iman. yang pakai baju pink tu :) -
-Khadeejah, Fatini, Fazreena, Atikah-
-Jejaka2 yang datang awal. Kamaruzzaman, Nazrin, Shahril, Izzuddin, Nuruddin, Azizi-
-Azizi (depan) dan Mr Organiser, Safwan (belakang)-
3. Berbuka puasa dengan kurma dan air sirap bandung yang sangat sedap (mungkin kerana warnanya menarik, atau memang sebab kami haus + lapar). Seterusnya solat maghrib berjemaah diimamkan oleh Izzuddin.
4. Kemudian semua orang ambil makanan (buffet style) dan makan berjemaah di luar. Sambil-sambil taaruf, sembang kencang.
-Saiful Ammar & Nazrin-
-Safwan, Nuruddin dan Zaim menemani Fakhrulrazi yang datang lewat. hee. Fakhrul macam pening sikit. dah la seminggu sebelum reunion dia buat cerita gempak, dia ingatkan reunion kami awal seminggu. pastu dia yang datang lewat >__< -
-Banyak gila lauk-pauk juadah berbuka. Nasi putih, kerang, ayam masak merah, gulai daging, ikan dengan sambal, sayur, ulam, ikan masin, mee goreng, air sirap, sirap bandung. Mantap!-
-Nuruddin, Rahman, Hakimi. Tahniah dan terima kasih kepada Rahman sebab dapat datang walaupun dari jauh. Pastu jadi imam terawih-
-Pahlawan-pahlawan yang datang awal mula bersantap-
*Asalnye, plan nak mintak setiap orang perkenalkan diri, bagitahu belajar kat mana, kos apa, status, grad bila. Kitorang mula dengan Azizi. Selesai je Azizi cakap, datang satu rombongan. Ammar Khalid, Fakhrulrazi, Ermin, Safarudin, Saadah dan Faizah. Sesi taaruf berhenti setakat Azizi dan kami terus bersembang dengan orang terdekat. haha. tak menjadi plan nye.
5- Solat isyak dan terawih berjemaah. Diimamkan oleh Kamaruzzaman, Rahman dan Helmi.
6- Sesi moreh hoooreh.
-sambil menunggu turn ambil makanan moreh, kita daftar dulu. dah tandatangan, sila bayar RM 15 ye tuan2-
-Kamaruzzaman terharu, dah lama tak makan bubur pulut hitam. Tiada di Morocco ye. Malaysia only-
-Perempuan Melayu terakhir bergambar dengan gembira bersama juadah moreh yang banyak dan sedap2 belaka-
-Golongan yang makan moreh lambat sebab bincang hal2 orang dewasa. hek eleh. ayat bajet. kami berdiskusi tentang walimah dan warna tema dan kehidupan selepas berumah.....lalala. Afifah, Sarah, Najibah, Fatin, Najihah. pengganas2 pengawas2 SHAMS suatu ketika dahulu-
-Tadaaaa!! Banyak kan? Ayah Wani kata, kalau tak habis, tak boleh balik. fuh-
7- Sesi bergambar. Sebenarnya, kami ambik gamba ramai2 sebelum solat isyak, sebab ade yang nak balik awal memandangkan penempatan mereka jauh.
-Pahlawan 16 orang. Time ni Izzuddin dah balik dulu-
-Fatimah, Ain, Hidayah, Farhana Amin, Nasreen, Ros-
-Wanita~ hiasan dunia..... *pehal tetibe nyanyi ni. Here are the ladies! Oh mula-mula payah kot nak adjust susunan -____-". Gua memang takde bakat menyusun. haha-
-Ramai. Rumah Wani cukup besar untuk menampung kami semua. Thanks Wani & family! Tu...Wani yang paling kiri tu. yang ade sepit rambut kat tudung tu >__< -
-All of us~ Islah, Ikram, Ikhlas, Irsyad, Ihsan. Dari kiri hentak kaki! belakang: eh...perlu ke mention nama semua orang. malas lah pulak nak taip *tetibe-
8- Sesi mengemas, membungkus dan membawa pulang juadah yang banyak lebih :D
-Orang2 boleh harap. Bak kata Ibu Wani, 'calon2 menantu' >__< -
-Sesi bungkus-membungkus bersama Adibah, Sarah dan Wani-
-Sesi menapau bersama Adibah, Atikah dan Faizah-
-Muka2 balik lambat sebab nak tapau lebih. eh...tak2. sebab tolong bungkus dan kemas. hee-
Alhamdulillah, selesai semuanya. It's our first reunion and we hope we can do this more often. Mungkin tak dapat jumpa tiap-tiap tahun. Mungkin reunion seterusnya masing-masing dah berkeluarga. Who knows kan. A bunch of thanks to Wani & family for everything. Ibu Wani memang best. Sudi jadi photographer kami :). Thanks to Sap too, for organizing. And most importantly, thanks to each and everyone yang datang memeriahkan majlis. Semoga segalanya mendapat keberkatan Allah ^____^.
0 play the melodies:
Post a Comment