Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Bukan sejenis botol air

Monday 28 November 2011

tumblr tu apa?

Soalan tipikal. Kena la bagi jawapan tipikal juga. hahah

tumblr ni satu laman sesawang di mana anda boleh blogging, post, reblog apa-apa sahaja yang anda suka, sebanyak mana yang anda suka, walaupun orang lain tak suka.

Keistimewaan utama tumblr yang melebihi laman sosial yang lain adalah bila anda nak tulis apa-apa pun pendapat anda, pendirian anda, tiada siapa pun yang akan condemn, kutuk, hina, drop anda. Ya, tumblr bukan macam facebook, orang boleh main komen sesuka hati. Bukan juga macam blog, orang boleh komen, condemn sesuka hati dengan nama anonymous. hahah. Pengecut! Sorry, but yes, memang pengecut. Facebook dia up sikit dari blog, sebab anda mengomen guna nama sendiri, maka sebarang kebarangkalian, anda akan tanggung sendiri. Ya, bertanggungjawab atas tindakan sendiri.

tumblr juga bukan macam blog atau facebook, bila anda suka sangat345 apa yang di post (atau mungkin anda suka orang yang post sebenarnya), lalu anda komen puji-pujian yang banyak sampai infiniti. tumblr ni dia bukan tempat untuk memuji, bukan juga mengeji orang yang memberi pendapat. tumblr ni suatu daerah di mana anda boleh menzahirkan apa yang anda suka, tanpa rasa mahu dipuji atau takut dikeji. Ia suatu daerah yang aman.

Welcome to tumblr.







tumblr ini juga sebuah laman di mana anda tak perlu rasa rimas dan cemas dengan puluhan malah ratusan orang yang tak dikenali yang nak add anda (macam dalam facebook). Kemudian bila dah approve, tiba-tiba komen ntah apa-apa kat post anda. Tak pun post benda pelik-pelik kat wall anda. hahah. sadis kan facebook tu. Bila ada virus masuk, lagi lah tak payah cerita. Tapi di tumblr, semua itu tak berlaku. Anda hanya boleh post di wall anda. Orang lain tak boleh disturb your space. Anda pun begitu juga. Di tumblr, kalau orang follow anda, walaupun dia orang Bangla, atau Filipina, atau Brazil, atau Korea, pun tiada masalah. Kerana tumblr ni bukan suatu laman untuk mengenali peribadi dengan lebih dekat seperti facebook dan YM. Ia sekadar laman untuk berkongsi minat yang sama. Kalau A suka post anda, dia boleh like atau reblog. Kalau dia tak suka, dia biar je lah. Kalau anda suka post B, anda boleh like dan reblog. mudah. tumblr juga bukan suatu laman sesawang di mana anda perlu tulis anda umur berapa, sekolah kat mana, email apa, bangsa apa, kawan dengan siapa. Tak macam FB yang makin lama makin membuat manusia mendedahkan segala identiti.


Di tumblr....



anda nak cari segala macam jenis grafik menarik pun ada. 
anda nak cari maklumat terkini pasal Palestin, Mesir, Syria, semua ada juga. (kalau anda cari lah...)
anda nak dapat post best2 pasal negara-negara Islam pun banyak. nak senang, taip je tag apa yang anda nak cari. terus keluar beratus-ratus post.


anda boleh dapat banyak quotes menarik.
anda boleh save quote ni, atau share kat facebook (sebab facebook semakin membosankan. hahah)
anda boleh bagi quotes best2 kat kawan2 anda. percayalah....siapa tak suka quotes menarik + grafik yang best kan?


nice kan? :)






tumblr...is where you share your interests:


be it pets....



or interior design....



or cuteness....



or even food!

oh ye. untuk mengakses tumblr seseorang, atau tumblr sesiapa yang best, anda tak ada akaun tumblr pun tak apa. mudah kan?

hahah. semuanya ada di tumblr. sudah-sudah lah obses dengan facebook. Jom. try check this out pulak.
ceh. macam lah jurucakap tumblr aku ni  ^____~


Jangan baca

1.
Hari ini dan semalam, atmosphere di Cairo (Abbasiyyah) cukup nyaman. Macam atmosphere Turki masa pergi sana 2 tahun yang lalu. Keluar rumah pergi kedai As-Shariff pun dah rasa cukup bahagia. Jalan raya basah, langit mendung, matahari macam chipsmore, angin sejuk nyaman. Rasa macam nak menari-nari kat jalan raya pun ada. Sebab bahagia dengan cuaca begitu. Indahnya kalau hari-hari pun cuaca Mesir macam tu kan? (ha ah, aku punya Bahasa Melayu memang kurang bagus. sebab tu lagi suka tulis dalam English, dan sebab tu tajuk post ni 'Jangan baca'. haha)

Barangkali ada suatu keajaiban yang bakal berlaku. Sebarang kebarangkalian pun ada. Semoga Mesir aman damai di bawah pemerintahan Islam.


2.
Dah nak dekat 3 minggu batuk tak elok elok. Kenapa entah. Nak menyanyi mengaji pun suara tak sedap. Tapi itu bukan alasan untuk tidak mengaji. Ingat nak pergi klinik hari ni, tanya doktor ape cerita. Tapi teringat pesan ibu...

"Esok pilihanraya Mesir ye? Haaa...duduk rumah. Tak payah. Tak payah mengada-ngada pergi klinik time2 pilihanraya ni. Seminggu takde suara pun takpe. Jangan keluar rumah tau,"

Hahah. Mom. Always care about me. Seminggu takde suara? Errr...rimas! Kejap2 batuk. Kejap2 minum air untuk legakan tekak. Bila dah sakit baru nak mensyukuri nikmat suara, tekak dan yang sewaktu dengannya. Lalainya hambaMu ini ya Allah!


3.
Dua hari lepas bersusah-payah cuba download cerita lama. Cerita yang aku pernah tonton di astro masa darjah berapa entah. Lama sungguh. Nostalgic. Tapi memang dah tertulis di Luh Mahfuz, bahawasanya line internet memang bagaikan siput untuk beberapa hari ni, maka tak berjayalah usaha mendownload. Tapi niat suci murni dipermudahkan apabila housemate masuk bilik aku dan berkata "Nah....Sarah. Dah downlad cerita yang enti nak tu,". Peh! Bersinar-sinar mata! Haha.
Cerita apa yang best sangat bunyinya tu? Haa...tajuknya 'Searching for Bobby Fischer'. Tak, bukan cerita aksi lawan-lawan, tembak-tembak, bunuh-bunuh. Bukan pula cerita romantik geli-geli. Bukan juga cerita komedi gelak-gelak tak kering gusi. Ini kisah benar, tentang seorang kanak-kanak ribena bernama Josh Waitzkin yang mula develop minat terhadap chess. Ya, CHESS. Kalau orang lain tengok, mungkin la tak berapa nak best cerita ni. Entah...aku memang suka cerita kanak-kanak innocent macam ni. (hahah. skema)
Antara script yang best:

Josh: Dad, what if I lose?
Dad: No, you will not?
Josh: What if I will?
Dad: You will not, Josh.
Josh: ........ Maybe it's better not to be the best. Then I can lose without feeling hated by anybody.
Dad: ................

Josh was only seven when he defeated a chess master. (cakap omputeh lah pulak...) Disebabkan selalu menang, Josh jadi takut sangat kepada kekalahan. Banyak nilai dalam cerita ni. Nak tau apa, tengok sendiri. Haha. Jangan risau. Cerita ni cukup clean. Main focus nya pada kanak-kanak umur 7 tahun yang bermain chess.

(oh by the way, Josh Waitzkin ni masih hidup. Bobby Fischer pula sudah meninggal dunia. Siapa pulak gerangannya Bobby Fischer ni? haaa.....google la ape lagi!)


4.
Musim sejuk ni mengundang habit yang sangat jarang berlaku. Asyik teringin nak makan chocolate (tak tau kenapa, tapi kalau eja 'coklat' macam tak best). Hari tu baru beli heater. Alhamdulillah, terasa nikmat study ditemani heater. Tapi dua tiga hari lepas, tak dapat tidur. Masih rasa sejuk sangat walaupun ada heater. Dah balut badan dengan cadar pun sejuk jugak. (tak guna lihaf/saratoga sebab lepas hantar dobi, lihaf/saratoga tu ada bau yang saaaaaaangat kuat yang memang buat aku sesak nafas. haishhh....sabun basuh jenis ape la yang ammu tu guna agaknya -_____-"  ). Lepas ni tak nak guna saratoga dah. Beli heater lagi satu! Macam idea yang menarik! (sengal...)


5.
Kerabunan mata ni makin teruk. Dulu, slide Pharmacology je yang kabur-kabur. (maybe sebab tulisan dan background agak tidak serasi) Tapi sekarang, semua subjek punya slides pun kabur habis. Kasihan mata kena paksa untuk fokus melebihi keupayaan. Mana lah tak penat mata ni. (sebab tu tertidur dalam lecture hall ek? cehh...) Nak tunggu duit ***NS masuk, tahun depan lah jawabnya buat spek baru. Kadang-kala aku rasa cara kemasukan duit yang lambat ni agak kelakar. Tak payah cerita sinilah. Nanti bikin hati panas. Terima kasih ibu sebab sponsor duit buat spek baru. Baru bajet nak buat lasik je terus. Kena tangguh niat la nampaknya. Tunggu power tak naik lagi dah.
(harap-harap nanti anak2 aku tak payah pakai spek. leceh. hari2 bagi diorang makan lobak merah. minum air carrot susu, lauk carrot wajib setiap hari, carrot bersalut coklat untuk snek (apakah?), serta makan roti dengan jem carrot. hah! genius!)


6.
Dua tiga hari ni, line telefon dan line internet pun bermasalah. Mungkin Allah ganti nikmat dua line tu dengan nikmat cuaca yang nyaman, yang jarang2 ada di Mesir. Alhamdulillah. Aku rasa macam banyak hantar mesej kat banyak orang, tapi satu pun tiada reply (haha.sadis). Lepas tu dah la broadband macam siput sedut, email pulak tak dapat bukak. Tumblr pun sama, buat hal. YM jangan cakap la. Rasa nak delete je semua dari program (haha. takde point).
Dah la tiba-tiba rasa rindu sangat dekat 'Afifah Azam dengan Adibah Yunus. Nak call mereka pun fikir beribu kali sebab line macam hidup segan mati tak mahu. Aduhhh....rindu itu anugerah. Harus bersyukur.


7.
Tamat bercerita. Cerita ni bukan apa, saja nak bagi anak cucu nanti baca. Mereka juga mesti tertanya-tanya, nenek mereka ni masa bosan buat apa? Nanti boleh la aku kata, nenek mereka ni bila bosan tulis catatan, untuk tatapan cucu cicit masa hadapan, sambil mendoakan kesejahteraan mereka. Maaflah kalau tulisan nenek ni membosankan. Sebab menulis ketika sedang bosan. Harapnya ada anak cucu cicit yang minat penulisan. Supaya minat ini tak berhenti setakat atuk dan nenek saja.


p/s: dah kata dah jangan baca. degil.

Viva Egipto

Friday 25 November 2011


This time
It's the time of life

This time
It's the time of glowing wishes
It's the time of blazing hopes
It's the time of sparkling dreams

This time
I wish you victory
Justice over the tyranny
Freedom over the colonialism
Humanity over the slavery 
Islam over everything else

This time
Liberties shall rise
Defeating the evils and demons

Beware, dear people of the world
For Egypt has revived
Together
The blessed people protecting the blessed land
Forever
May it fall to the right hand
For eternity
May Daulah Islamiyyah stand firm

Viva Egipto~

The Complement System

Sunday 20 November 2011

Tadi tak jadi buat exam Immunology. Dr Nehal buat kelas tutorial. Maka beliau pun bertanya kepada kami, nak beliau explain tajuk apa. Awalnya semua macam blur. Barangkali kurang percaya tak ada exam hari ni. (ceh...)

Kemudian ada hamba Allah request Dr tolong explain tajuk 'The Complement System'. Majoriti bersetuju. Kawan Nigeria di sebelah berkata "Just explain everything. We have no idea,". Haha. Dia nak kata kitorang blur hampir semua topik. Sebabnya, (dia sambung) "I think she (Dr Nehal) should change the doctor who teach this topic. Then all problems will be solved,". Aku di sebelahnya hanya tersengih. Give me five, girl! Adeh. Bukan apa. Aku mengakulah agak soporific dan sedikit blur sepanjang lecture -____-".

Maka Dr Nehal pun explain la tajuk Complement System tu. Kejap je. Tak sampai pun sejam. Tadaaa!! Faham, jelas, nyata, cerah. Alhamdulillah. Boleh tahan simple la jugak sebenarnya. Kalau ikutkan, nak je mintak Dr Nehal explain semua topik yang 'agak blur'. Tapi memandangkan ramai yang nak balik awal, maka kelas tamat awal. Kawan Nigeria di sebelahku masih tetap dengan cadangannya untuk meminta Dr Nehal sendiri yang bagi lecture kat kami. I can't agree more. sobs



Nah...lebih senang nak faham ^____^

p/s: tak penah-penah post benda medik  >__<

Will you?

Friday 18 November 2011

"If you have 1 dollar and buy an ice-cream with that money, you can't expect to get the 20 dollars-worth ice-cream," - unknown.

Life is almost exactly like that. When you give more, you get more. When you give less, you get less. That's the rule of life. Only in certain situations, you get different from what you work for. That might be a miracle, or a test.

In life, when you want something great, you have to do great work. When you want someone good, you have to be good. When you wish for wonderful results, you must put in wonderful efforts.

You can't just dream. You have to work for it. Nothing comes easy. Nothing at all.

When you really want something so badly, you will start to change. When you want something you have always been wanting, you will try to be better. When your aim is the greatest, you will try and do your best.

When things don't go according to your wish, don't blame God. Look deeply within yourself first. Detect the weakness and improve. Detect the wrong and correct it. Because everyday God gives us chance to change, to improve. Everyday he gives us chance to move one step closer to getting what we have always wanted.



Change. Improve. Be better. And He will grant your wish. But with one condition: ISTIQAMAH~


Hope
Pray
Work
Tawakkal

Change, because we can.



O Allah, please guide me in every way, every second, every day.
Grant me a firm heart that will always and only work for the sake of Islam.
Protect me from every disturbances for I am a very weak creation of yours.
Please strengthen my back to carry the responsibilities.
Please make me a very grateful slave.
O Allah, only You know the best for everyone.
Please give us the best.
Amiiin~



Related Posts with Thumbnails