Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Jangan baca

Monday, 28 November 2011

1.
Hari ini dan semalam, atmosphere di Cairo (Abbasiyyah) cukup nyaman. Macam atmosphere Turki masa pergi sana 2 tahun yang lalu. Keluar rumah pergi kedai As-Shariff pun dah rasa cukup bahagia. Jalan raya basah, langit mendung, matahari macam chipsmore, angin sejuk nyaman. Rasa macam nak menari-nari kat jalan raya pun ada. Sebab bahagia dengan cuaca begitu. Indahnya kalau hari-hari pun cuaca Mesir macam tu kan? (ha ah, aku punya Bahasa Melayu memang kurang bagus. sebab tu lagi suka tulis dalam English, dan sebab tu tajuk post ni 'Jangan baca'. haha)

Barangkali ada suatu keajaiban yang bakal berlaku. Sebarang kebarangkalian pun ada. Semoga Mesir aman damai di bawah pemerintahan Islam.


2.
Dah nak dekat 3 minggu batuk tak elok elok. Kenapa entah. Nak menyanyi mengaji pun suara tak sedap. Tapi itu bukan alasan untuk tidak mengaji. Ingat nak pergi klinik hari ni, tanya doktor ape cerita. Tapi teringat pesan ibu...

"Esok pilihanraya Mesir ye? Haaa...duduk rumah. Tak payah. Tak payah mengada-ngada pergi klinik time2 pilihanraya ni. Seminggu takde suara pun takpe. Jangan keluar rumah tau,"

Hahah. Mom. Always care about me. Seminggu takde suara? Errr...rimas! Kejap2 batuk. Kejap2 minum air untuk legakan tekak. Bila dah sakit baru nak mensyukuri nikmat suara, tekak dan yang sewaktu dengannya. Lalainya hambaMu ini ya Allah!


3.
Dua hari lepas bersusah-payah cuba download cerita lama. Cerita yang aku pernah tonton di astro masa darjah berapa entah. Lama sungguh. Nostalgic. Tapi memang dah tertulis di Luh Mahfuz, bahawasanya line internet memang bagaikan siput untuk beberapa hari ni, maka tak berjayalah usaha mendownload. Tapi niat suci murni dipermudahkan apabila housemate masuk bilik aku dan berkata "Nah....Sarah. Dah downlad cerita yang enti nak tu,". Peh! Bersinar-sinar mata! Haha.
Cerita apa yang best sangat bunyinya tu? Haa...tajuknya 'Searching for Bobby Fischer'. Tak, bukan cerita aksi lawan-lawan, tembak-tembak, bunuh-bunuh. Bukan pula cerita romantik geli-geli. Bukan juga cerita komedi gelak-gelak tak kering gusi. Ini kisah benar, tentang seorang kanak-kanak ribena bernama Josh Waitzkin yang mula develop minat terhadap chess. Ya, CHESS. Kalau orang lain tengok, mungkin la tak berapa nak best cerita ni. Entah...aku memang suka cerita kanak-kanak innocent macam ni. (hahah. skema)
Antara script yang best:

Josh: Dad, what if I lose?
Dad: No, you will not?
Josh: What if I will?
Dad: You will not, Josh.
Josh: ........ Maybe it's better not to be the best. Then I can lose without feeling hated by anybody.
Dad: ................

Josh was only seven when he defeated a chess master. (cakap omputeh lah pulak...) Disebabkan selalu menang, Josh jadi takut sangat kepada kekalahan. Banyak nilai dalam cerita ni. Nak tau apa, tengok sendiri. Haha. Jangan risau. Cerita ni cukup clean. Main focus nya pada kanak-kanak umur 7 tahun yang bermain chess.

(oh by the way, Josh Waitzkin ni masih hidup. Bobby Fischer pula sudah meninggal dunia. Siapa pulak gerangannya Bobby Fischer ni? haaa.....google la ape lagi!)


4.
Musim sejuk ni mengundang habit yang sangat jarang berlaku. Asyik teringin nak makan chocolate (tak tau kenapa, tapi kalau eja 'coklat' macam tak best). Hari tu baru beli heater. Alhamdulillah, terasa nikmat study ditemani heater. Tapi dua tiga hari lepas, tak dapat tidur. Masih rasa sejuk sangat walaupun ada heater. Dah balut badan dengan cadar pun sejuk jugak. (tak guna lihaf/saratoga sebab lepas hantar dobi, lihaf/saratoga tu ada bau yang saaaaaaangat kuat yang memang buat aku sesak nafas. haishhh....sabun basuh jenis ape la yang ammu tu guna agaknya -_____-"  ). Lepas ni tak nak guna saratoga dah. Beli heater lagi satu! Macam idea yang menarik! (sengal...)


5.
Kerabunan mata ni makin teruk. Dulu, slide Pharmacology je yang kabur-kabur. (maybe sebab tulisan dan background agak tidak serasi) Tapi sekarang, semua subjek punya slides pun kabur habis. Kasihan mata kena paksa untuk fokus melebihi keupayaan. Mana lah tak penat mata ni. (sebab tu tertidur dalam lecture hall ek? cehh...) Nak tunggu duit ***NS masuk, tahun depan lah jawabnya buat spek baru. Kadang-kala aku rasa cara kemasukan duit yang lambat ni agak kelakar. Tak payah cerita sinilah. Nanti bikin hati panas. Terima kasih ibu sebab sponsor duit buat spek baru. Baru bajet nak buat lasik je terus. Kena tangguh niat la nampaknya. Tunggu power tak naik lagi dah.
(harap-harap nanti anak2 aku tak payah pakai spek. leceh. hari2 bagi diorang makan lobak merah. minum air carrot susu, lauk carrot wajib setiap hari, carrot bersalut coklat untuk snek (apakah?), serta makan roti dengan jem carrot. hah! genius!)


6.
Dua tiga hari ni, line telefon dan line internet pun bermasalah. Mungkin Allah ganti nikmat dua line tu dengan nikmat cuaca yang nyaman, yang jarang2 ada di Mesir. Alhamdulillah. Aku rasa macam banyak hantar mesej kat banyak orang, tapi satu pun tiada reply (haha.sadis). Lepas tu dah la broadband macam siput sedut, email pulak tak dapat bukak. Tumblr pun sama, buat hal. YM jangan cakap la. Rasa nak delete je semua dari program (haha. takde point).
Dah la tiba-tiba rasa rindu sangat dekat 'Afifah Azam dengan Adibah Yunus. Nak call mereka pun fikir beribu kali sebab line macam hidup segan mati tak mahu. Aduhhh....rindu itu anugerah. Harus bersyukur.


7.
Tamat bercerita. Cerita ni bukan apa, saja nak bagi anak cucu nanti baca. Mereka juga mesti tertanya-tanya, nenek mereka ni masa bosan buat apa? Nanti boleh la aku kata, nenek mereka ni bila bosan tulis catatan, untuk tatapan cucu cicit masa hadapan, sambil mendoakan kesejahteraan mereka. Maaflah kalau tulisan nenek ni membosankan. Sebab menulis ketika sedang bosan. Harapnya ada anak cucu cicit yang minat penulisan. Supaya minat ini tak berhenti setakat atuk dan nenek saja.


p/s: dah kata dah jangan baca. degil.

0 play the melodies:

Related Posts with Thumbnails