Hope

Hope

Pray

Pray

Work

Work

Repent

Repent

Jejak kasih

Thursday 25 August 2011

Dah jadi kebiasaan orang Melayu, kalau majlis tak formal, segala macam jenis tentatif yang disusun akan jadi berterabur, tunggang terbalik. Tak apa. Kita kena usaha memperbetulkan kebiasaan sebegini. InsyaAllah. Malaysia boleh!  *tetibe

Perancangannya, jemputan datang dan mendaftarkan diri pada pukul 5.30-6.15 petang. And then, majlis diteruskan dengan macam2 aktiviti termasuklah sesi bacaan doa, ucapan tuan pengarah dan sesi taaruf. Dipendekkan cerita, semua tentatif berganjak ke masa yang lain, kecuali sesi berbuka puasa. Alaa...biasa la tu. Dah biasa dah. Dah biasa dah :P. Bukan ape, ramai yang datang dari jauh. Ade yang dari Melaka, ade yang dari Port Dickson, ade yang dari Tampin. Tapi sebenarnya, semua yang dari jauh tu la yang datang paling awal. Biasanya, yang paling dekat yang datang paling lambat kan? Haha. Macam kat Mesir. Sape rumah dia depan universiti, muka dia je lah yang selalu lambat  (tak semua la. ni nak cakap diri sendiri). Tahniah kepada anda semua yang hadir. Semangat tuuu nak reunion  >__<.

Eh...jap. What am I talking about? Ni nak cerita pasal malam tadi. Kami buat reunion SMKA SHAMS batch 2003-2007 kat rumah Wani Jani. Raaaaaaamai yang datang! To me, it's ramai sebab dapat mengumpulkan 40 lebih orang. Gua rasa berbesar hati sebab ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk berkumpul ramai-ramai, setelah hampir 4 tahun tak jumpa. (ok. hari ni kite macho sikit, kite guna 'gua')

Ada yang datang dari Melaka, Port Dickson, Tampin (perlu ulang ke?). Yang dari Morocco pun ade! Sanggup balik sebab nak datang reunion. Ok. Itu tipu. Best sebab ramai kawan-kawan yang tengah cuti, so ramai yang dapat datang. Yang dari UK, yang dari Jordan, yang dari Morocco, yang dari Mansurah.... majoriti ade. Cuma yang dari Australia, New Zealand tak ada wakil, sebab dengar cerita mereka tengah exam. Tak apa, tahun-tahun akan datang kita jumpa ya.

1- Tolong hidang-hidang, setting tempat, pasang lampu, pasang meja, bentang tikar, potong buah.



-Shahril dan Kamaruzzaman tekun membantu Pak Cik Jani-



-Terima kasih, terima kasih dah terima kasih kepada Ijan dan Shahril kerana sudi membantu-


2- Sesi menghadirkan diri, pendaftaran, taaruf, berbual-bual, mengeratkan ukhuwwah.



-berbual-bual mesra setelah lama tak berjumpa. ade peserta junior jugak. nama dia Iman. yang pakai baju pink tu :) -



-Khadeejah, Fatini, Fazreena, Atikah-



-Jejaka2 yang datang awal. Kamaruzzaman, Nazrin, Shahril, Izzuddin, Nuruddin, Azizi-



-Azizi (depan) dan Mr Organiser, Safwan (belakang)-


3. Berbuka puasa dengan kurma dan air sirap bandung yang sangat sedap (mungkin kerana warnanya menarik, atau memang sebab kami haus + lapar). Seterusnya solat maghrib berjemaah diimamkan oleh Izzuddin.

4. Kemudian semua orang ambil makanan (buffet style) dan makan berjemaah di luar. Sambil-sambil taaruf, sembang kencang.


-Saiful Ammar & Nazrin-



-Safwan, Nuruddin dan Zaim menemani Fakhrulrazi yang datang lewat. hee. Fakhrul macam pening sikit. dah la seminggu sebelum reunion dia buat cerita gempak, dia ingatkan reunion kami awal seminggu. pastu dia yang datang lewat  >__<  -



-Banyak gila lauk-pauk juadah berbuka. Nasi putih, kerang, ayam masak merah, gulai daging, ikan dengan sambal, sayur, ulam, ikan masin, mee goreng, air sirap, sirap bandung. Mantap!-



 -Nuruddin, Rahman, Hakimi. Tahniah dan terima kasih kepada Rahman sebab dapat datang walaupun dari jauh. Pastu jadi imam terawih-


-Pahlawan-pahlawan yang datang awal mula bersantap-

*Asalnye, plan nak mintak setiap orang perkenalkan diri, bagitahu belajar kat mana, kos apa, status, grad bila. Kitorang mula dengan Azizi. Selesai je Azizi cakap, datang satu rombongan. Ammar Khalid, Fakhrulrazi, Ermin, Safarudin, Saadah dan Faizah. Sesi taaruf berhenti setakat Azizi dan kami terus bersembang dengan orang terdekat. haha. tak menjadi plan nye.

5- Solat isyak dan terawih berjemaah. Diimamkan oleh Kamaruzzaman, Rahman dan Helmi. 

6- Sesi moreh hoooreh.



-sambil menunggu turn ambil makanan moreh, kita daftar dulu. dah tandatangan, sila bayar RM 15 ye tuan2-



-Kamaruzzaman terharu, dah lama tak makan bubur pulut hitam. Tiada di Morocco ye. Malaysia only-



-Perempuan Melayu terakhir bergambar dengan gembira bersama juadah moreh yang banyak dan sedap2 belaka-



-Golongan yang makan moreh lambat sebab bincang hal2 orang dewasa. hek eleh. ayat bajet. kami berdiskusi tentang walimah dan warna tema dan kehidupan selepas berumah.....lalala. Afifah, Sarah, Najibah, Fatin, Najihah. pengganas2 pengawas2 SHAMS suatu ketika dahulu-



-Tadaaaa!! Banyak kan? Ayah Wani kata, kalau tak habis, tak boleh balik. fuh-




7- Sesi bergambar. Sebenarnya, kami ambik gamba ramai2 sebelum solat isyak, sebab ade yang nak balik awal memandangkan penempatan mereka jauh.




 -Pahlawan 16 orang. Time ni Izzuddin dah balik dulu-



-Fatimah, Ain, Hidayah, Farhana Amin, Nasreen, Ros-



-Wanita~ hiasan dunia..... *pehal tetibe nyanyi ni. Here are the ladies! Oh mula-mula payah kot nak adjust susunan -____-". Gua memang takde bakat menyusun. haha-



-Ramai. Rumah Wani cukup besar untuk menampung kami semua. Thanks Wani & family! Tu...Wani yang paling kiri tu. yang ade sepit rambut kat tudung tu  >__< - 



-All of us~ Islah, Ikram, Ikhlas, Irsyad, Ihsan. Dari kiri hentak kaki!  belakang: eh...perlu ke mention nama semua orang. malas lah pulak nak taip  *tetibe-

8- Sesi mengemas, membungkus dan membawa pulang juadah yang banyak lebih :D



-Orang2 boleh harap. Bak kata Ibu Wani, 'calon2 menantu'  >__< -



-Sesi bungkus-membungkus bersama Adibah, Sarah dan Wani-



-Sesi menapau bersama Adibah, Atikah dan Faizah-



-Muka2 balik lambat sebab nak tapau lebih. eh...tak2. sebab tolong bungkus dan kemas. hee-

Alhamdulillah, selesai semuanya. It's our first reunion and we hope we can do this more often. Mungkin tak dapat jumpa tiap-tiap tahun. Mungkin reunion seterusnya masing-masing dah berkeluarga. Who knows kan. A bunch of thanks to Wani & family for everything. Ibu Wani memang best. Sudi jadi photographer kami :). Thanks to Sap too, for organizing. And most importantly, thanks to each and everyone yang datang memeriahkan majlis. Semoga segalanya mendapat keberkatan Allah  ^____^.

9 years later....

Tuesday 23 August 2011

"Assalamualaikum. Encik, tumpang tanya. Ada tak orang booking meja atas nama Zulhilmi?" tanya Safwan kepada pekerja Doll Tomyam.

Aku, Izyan dan Azura menanti dengan sabar walaupun hakikatnya semua berdebar-debar. Haishhh...rasa macam salah tempat je. Sebab semua pekerja restoran tu tak tau pun kitorang ada booking meja untuk 23 orang. Restoran Doll Tomyam sebelah Shell, dekat dengan highway. Kat situlah kitorang sepatutnya berkumpul, berbuka puasa bersama-sama. Tapi kalau dah semua pekerja restoran tak tahu menahu pasal kitorang....jawabnye..... "Sap, ko biar betul kat sini?" , "Weh...sape yang booking mula2?" , "Zul mane Zul? Suruh dia datang sekarang,". Hahaha. Serius aku rasa nak gelak guling-guling time tu. Agak kalut la jugak. Bayangkan kalau betul memang nama kami tak ada kat situ. Kat mana nak buka puasa nanti? Dah la 23 orang!

"Jap2. Cuba kita tanya restoran sebelah," kata Sap bajet tenang. Ok. So, dipendekkan cerita, memang Zul booking meja kat restoran sebelah Doll Tomyam. Fuh. Alhamdulillah, lega. Kitorang tertanya-tanya la jugak apa nama restoran tu. Hakim Md Nor menjawab "Samdol Cendol Tomyam agaknye,"  -_____-". Heh. Awal-awal lagi dah kalut. Nasib baik semua dah besar, tak ada yang merengek-rengek XD.

Total malam tadi 19 orang datang memeriahkan majlis iftar SRI Seremban batch 1997-2002. 13 lelaki, dan 6 perempuan. 4 orang lagi tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak diketahui dapat dielakkan.



~Abu Huzaifah, Idham, Izwan, Zulhilmi, Azizi Saari, Safwan Amran, Hakim Md Nor, Irsyad, Saiful Amirin, Khairul Fazli, Fuad Murad, Hakimi, Azura, Izyan, Sarah, Farah Asilah, Nasreen, Farhana~

Lepas buka puasa minum air seteguk dua, kami bergerak mencari surau untuk solat berjemaah. Ye la, kalau makan dulu baru nak solat kang berat semacam je rasanya kan? Selesai solat, kami sambung bersantap.



Mantap gila kentang makanan malam tadi. Alhamdulillah, kenyang semuanya. Ada jugak yang terpaksa makan 'extra' sebab tak nak membazir, memandangkan dah order makanan untuk 23 orang. Tapi aku tak berapa pasti orang yang makan extra itu memang tak nak membazir atau dia memang sebenarnya sangat lapar. Haha. Just kidding =P.

Sambil-sambil makan, kami semua berbual-bual, bertanya khabar, bertaaruf, berjejak kasih. Ada di antara kami yang masuk sekolah menengah yang sama. Like Sap, Safwan Amran, Hakimi, Izyan, Nasreen & me, semua masuk SHAMS. Azura, Farhana, Azizi, Abu serta beberapa orang lagi masuk SMAD Klana. Farah Asilah, satu-satunya pelajar perempuan yang dapat masuk MRSM masa naik tingkatan satu. Maka majoriti kami lost contact dengan beliau. Alhamdulillah, dapat jumpa semula after 9 years ^____^.





Yang lelaki duduk di sebelah kanan meja, yang perempuan di sebelah kiri. Like Azura said "Ya Allah....semua orang banyak cakap sekarang ni. Dulu mase sekolah, senyap je masing-masing,". Haha. Yeah, agak banyak cakap la semua orang semalam. Maybe banyak sangat benda nak diceritakan within limited time. Almaklumlah, dah 9 tahun tak jumpa. Segala macam benda nak cerita. Study macam mana, life macam mana, family, kawan-kawan lain, status (eh? haha). Dan segala macam kisah sekolah rendah diceritakan semula. Ada yang ingat dengan jelas, ada yang kabur-kabur, ada jugak yang tak ingat langsung. Heh. Sempat jugak kitorang bercerita tentang kawan kami, arwah Ayuni yang meninggal dunia baru-baru ni. Alfatihah untuk arwah.



~Farah Asilah, Izyan, Azura~

Farah dengar ceritanya sekarang belajar di UNIMAS. Whoaa...jauh tu. Oh ye. Farah makin cantik sekarang ^___^. Dulu masa sekolah rendah kecik je. Selalu buat birthday party time birthday beliau. Pastu dapat goodie bag tiap-tiap tahun. Best gila. Izyan dulu pengawas. Sama kelas dengan aku masa darjah 4, 5, 6. Maintain macam dulu jugak, cuma lebih bergaya  :). Azura pun pengawas, sempat sama kelas masa dah tahap 2. Sekarang belajar di UKM.


~Kuih comel Farah bawak. (macam penah nampak kuih ni kat Cairo. heh)~



~Sarah, Farhana, Nasreen~

They all look so lady-like and matured. Tiba-tiba gua rasa rendah diri. sobs. Haha. Sengal :P.


~sweet memories. O Allah, please protect and guide us in everyway~

Selesai makan-makan, bual-bual, kitorang decided nak ambik group photo. Nanti boleh la banding dan beza gamba 9 tahun dahulu dengan sekarang. Haha. Mesti lain gila. So, memandangkan pemandangan dan suasana kat restoran tu kurang menarik, kitorang pun sepakat nak ambik gambar kat Dataran Seremban. Nasib baik kita ade photographer Abu yang bawak 600D. Perghhh...sempat la jugak aku merasa guna 600D. sobs. Terharu weh!

Sambil-sambil arrange tempat, kitorang teruskan berbual. Dah kata dah. Malam tadi memang semua orang banyak cakap. Barangkali petanda lailatul qadar. We took photos at a few places, kemudian kira-kira pukul 10, kami mula bersurai. 


13 gentlemen. May Allah bless all of you throughout your lives. 

Take a look at these:


~The boys~


~The girls~

Bezakan gambar 2011 dan gambar 2002. Hehe. Dulu semua comot, comel, senget, sengal-sengal sikit. Sekarang dah besar, cantik, macho, matang. 

The not-so-long meeting last night taught me so many things. I learnt a lot from other friends' experiences. Well, we can't really depend to learn everything form our own experience only, right? Some told us how their lives changed. From being a really obedient boy to a rebellious teenager. From a rebellious teenager, to a wise man. Anyway, everything begins with tarbiyah, right? I'm thankful to God for letting me to have the chance to study at SRI Seremban, where the tarbiyah of life began. 

Dear friends, bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu. Semoga Allah memelihara ukhwah ini sehingga ke syurga. Amiiin~


p/s: ni post pasal kawan-kawan SRI yang aku penah tulis dulu  http://sarahmustaza.blogspot.com/2010/01/complete-transformation.html . feel free to read!

Aku, Golf dan Ramadhan

Monday 15 August 2011

Saya tak ada lah minat sangat dengan sukan golf ni. Biasa-biasa saja. Kalau saya tak berminat, memang saya tak akan cakap tentang golf. Lain lah macam bola sepak. Kalau dah jadi kipas susah mati, memang selalu lah nak cakap pasal bola kan? Harga berapa, saiz apa, jenama apa. Team itu lawan team ini. Team ini ambil pelakon Hollywood jadi pemain bola sepak. Team itu buang duit beli satu player je. Team sana buat jersey baru. Team sini turun divisyen satu. Biasa lah....hal-hal keduniaan begitu. Dengan siapa-siapa pun saya akan cakap pasal bola sepak. Dah saya suka. Nak buat macam mana kan? 

Ada pernah saya cakap pasal golf dengan siapa-siapa? Rasanya belum pernah lagi. Entri dalam blog pun belum pernah ada yang berkaitan golf. Post di FB juga begitu. Tumblr, YM....jauh sekali. Sebab saya tak berapa nak minat, jadi saya tak cakap. 

Jadi, bila tiba-tiba ada hamba Allah tuduh saya hasut kawan saya jangan kawan dengan dia sebab dia main golf, saya jadi terharu hairan lah. Ini boleh kena tahan ISA ni. Akta hasutan. Haha. Jangan main-main. 

Serius, tanya lah siapa-siapa pun. Saya memang tak pernah nak berbicara tentang golf. Sebab tak minat. Tak perlu bicara. Betul? Nanti kalau bicara atas dasar perasaan, macam-macam yang busuk pun keluar. Ok. Kita cuba rasional ya. Kita cuba bertindak matang. Sudah-sudah la perumpamaan golf yang memeningkan ini. haha :P



Saya tak boleh lah nak letak dalil sangat. Nanti ada yang kena gatal-gatal, demam campak. Tapi semua pun tahu fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Sedih lah jugak, bila kawan  kita buat sesuatu yang lebih teruk dari pembunuhan. Semuanya kerana perasaan. Berapa kali dah saya pesan, bila nak bertindak, bila nak berkata-kata, kena rasional. Jangan ikut perasaan. Ini semua akibat tak baca blog saya lah ni. haishhh...

Tak apalah. Kita anggap ini tarbiyah dari Allah. Dunia ini memang penuh dengan fitnah. Apalah maknanya hidup seorang pejuang kalau tiada dugaan dan ujian kan? Ini baru difitnah sahabat se Islam. Ada fitnah lagi besar di luar sana. Moga kita semua dijauhkan dari fitnah besar-besar. Ni cerita fitnah-fitnah apa hal. Ada yang alergik nanti. Ibu saya kata, "Jangan layan. Biarkan orang emo memang macam tu....". Ya lah. Anak yang baik mendengar kata :) . 

Baiklah. Main point entri ini adalah....saya nak highlight buat ke seratus ribu kalinya, how important it is for us to think rationally & wisely before making any conclusion. You take responsibility for what you say. So when you say something out of bursting emotion, are you fully prepared to face the consequences? What can you do if your words spread lies to everyone? Are you sure you can handle that till death comes after you? Think. Don't jump into conclusions out of emotions. Someday somehow you'll really regret it. 

Nak quote kata-kata seorang sahabat:

"Emosi jangan dituruti kerana realiti tak seindah imaginasi"

Bersyukur lah hal golf ini berlaku dalam bulan Ramadhan. "Saya sedang berpuasa". Ramadhan ini juga melatih kita untuk yakin dengan ketentuan Allah. Belajar untuk sabar dan redha. Ya, redha itu bukan sekadar untuk diucap-ucapkan buat penyedap usrah. Tapi untuk dipraktikkan. Ambil peluang Ramadhan ini untuk menjadi hamba yang lebih baik. Jadikan dugaan sebagai batu loncatan untuk tingkatkan keimanan. (yang ni pun dah banyak kali bagitahu rasanya)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dahulu lebih teruk difitnah. Kita ni apa lah sangat. Sekadar penyambung rantai perjuangan baginda. Ayuh ikuti teladan terbaik, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Apabila diuji, orang mukmin itu bertambah keimanannya. Jangan kita diuji, kemudian bertambah dosa. Na'udzubillah. 

Sekadar catatan ringkas Ramadhan. Ingatkan tak nak buat entri sepanjang Ramadhan. Iya lah...Al-Quran menunggu untuk ditadabbur, dikhatamkan sebanyak yang boleh. Tapi kadang kala perlu juga buat entri. Muhasabah diri. 

Related Posts with Thumbnails