Hadiah paling best yang aku dapat sudah tentulah pengalaman. Walaupun ini kali kedua menyertai Public Speaking, namun pengalaman yang dilalui tetap berbeza dengan yang pertama. (kenapa ayat skema sangat??) Benar, kalau tak dipaksa menyertai, memang takkan ambil tahu. Itulah manusia. Nak melakukan langkah pertama cukup payah. Sedangkan sebenarnya, Allah sentiasa ada di sisi kita, membantu dan membimbing kita hingga selesai kerja yang dilakukan. Jadi apa guna malas? Apa guna ragu-ragu kan? Sama-sama muhasabah.
Seperti yang berlaku zaman persekolahan dulu, selesai pertandingan, akan ada hamba Allah yang datang menghampiri dan bertanya soalan yang sama. "Pernah duduk UK ke?". Hehe. (jom gelak guling-guling)
Tahun 2005, soalan itu datang daripada seorang juri, yang juga seorang guru dari sekolah mana aku tak ingat. Selesai pertandingan debat, kami semua bersalaman dengan para juri (semua perempuan). Salah seorang juri bertanya "You tinggal UK berapa tahun?" sambil melontarkan senyuman manis. Aku tercengang seketika. Blur. Biasalah, budak form 3 memang suka blur. Setelah beberapa saat, baru lah faham apa yang dimaksudkan, aku pun senyum. "Tak pernah,
Semalam, selesai pertandingan Public Speaking, aku dan rakan-rakan buat keputusan nak cari mana-mana kedai makan yang berhampiran sebab dah kebuluran sangat. Tapi disebabkan hujan renyai-renyai, kami lepak dulu di hadapan kawasan ARMA. Beberapa ketika kemudian, datang seorang jejaka. Beliau merupakan salah seorang peserta. Group ke 3 kalau tak silap.
Ahmad: Kamu duduk UK la dulu ek? Berapa lama? (beliau cakap omputeh sebenanye, tapi aku tak berapa ingat sangat ayat dia sebab tekezut beliau speaking. peh!)
Aku: (sedikit blur) No, I've never been there.
Ahmad: Habis tu macam mana kamu boleh guna British accent kalau kamu tak penah pegi sana? (speaking lagi)
Aku: (argh. mentaliti manusia! asal boleh guna accent, mesti penah duduk luar negara. haihhh -__-". nak kena buat paradigm shift ni. lol) I just watched Harry Potter.
Ahmad: Come on la. Takkan kamu tengok Harry Potter je. Mesti kamu penah pegi sana ke ape ke. (muka tak puas hati. masih speaking lagi)
Aku: (hek eleh ko. ape hal? tak caye pulak) No. Really. I just watch Harry Potter. I really wish I can go there someday.
Ahmad: Ooo. So kamu berangan kamu Hermione Granger la? Pastu kamu tiru dia cakap? Camtu? Ok2. (speaking lagi)
Aku: Errr..... (malu sendiri. kantoi la camni)
Zaman muda-muda dulu, masa tak berapa nak matang, memang suka berangan jadi Hermione bila tengok movie Harry Potter. Yela, Hermione tu kan pandai. Semua benda dia tahu. Hampir semua skrip Hermione aku hafal. Heh. Nampak sangat selalu ulang tengok cerita tu. (tapi yang Sorcerer's Stone je la. yang lain macam dah tak bersih untuk ditonton)
Tak susah pun nak belajar accent ni. Kat rumah ada TV kan? So memang tak ada masalah. Senang cite, tengok je muda mudi zaman sekarang. Tak pasal-pasal pandai cakap Korea, cakap Indon, cakap Jepun, cakap bahasa Mexico. Semua pengaruh media elektronik. Nak mahir accent lagi la tak ada masalah. Sebab tak perlukan banyak masa pun untuk faham. Masih Bahasa Inggeris, cuma loghat, cara sebutan dan ejaan sedikit berbeza. "Sebab tu, kalau tengok TV, jangan tengok buta je, sampai juling. Tapi ambik la bahasa dia, pengajaran dia," kata seseorang. Mudah kan?
Kalau tak minat tengok TV, kamus kan ada. Guna la kamus Oxford yang ada pronunciation kat dalam dia. Jangan beli yang nipis je, sebab nak jimat. Beli la yang tebal, yang siap ada pronunciation, thesaurus sekali. Tak rugi pun. Belajar cara sebut guna kamus pun best juga. Lagi jelas. Siap boleh faham maksud dan penggunaan perkataan. Kalau tengok movie, kadang-kadang ada perkataan yang kita tak faham, tapi kita buat tak tahu je, buat-buat faham.
Lagi satu, zaman sekarang, internet dah berleluasa. Youtube pun ada. Sekali sekala, belajar la accent guna internet. Apa jadahnye 24 jam tengok SNSD, Super Junior, 2pm, CN Blue. Aku pun tak faham. Dapat apa ya bila tengok semua tu? Bukannya kita dapat jadi artis pun. Eh...jap. Kita nak jadi artis ke? Tak pun. So, buat apa membazir bayar broadband tiap-tiap bulan, buat benda yang tak ada faedah kat kita. Baik belajar sesuatu yang baru. Belajar bahasa baru ke. Baru la produktif. Kan? Kan? Sekarang ni sibuk-sibuk kata susah nak adapt Bahasa Arab. Dah tu yang siang malam tengok cerita Korea pasal apa, kan? Haha. Guna logik akal je la. Kalau teringin nak makan ikan, buat apa pergi memburu kat hutan. Pergi la sungai ke, laut ke.
Bagi yang gemar sangat bola sepak, satu lagi advantage. Biasanya kalau kita tengok EPL (sekarang dah tukar BPL kan?), commentators tu majoritinya British kan? Time diorang komen tu, dengar betul-betul perkataan yang diorang sebut. Memang agak kurang jelas, sebab diorang cakap laju, tapi lama-lama boleh je faham. Kan tengok bola tiap-tiap minggu. Bukan setahun sekali. Heh.
Banyak sangat cara nak dapat accent. Ni baru British accent. American accent lagi la senang. Sebab melambak-lambak cerita yang US produce sekarang ni. Novel pun, kebanyakannya penulis dari sana. Oh ye. Tentang novel dan penulisan. Antara British dan American, ada sedikit perbezaan bab struktur ayatnya. Nak tahu apa, sila google :).
Tak payah tinggal kat UK pun boleh dapat accent tu. Macam belia zaman sekarang, duduk kat kampung pun boleh cakap Korea dah. Tak pernah pergi Jepun pun boleh berbahasa Jepun. Tak semestinya kita duduk Malaysia, kita boleh cakap Bahasa Melayu je. Kalau kita nak sesuatu, kita akan buat macam-macam cara nak dapatkan benda tu, kan? Yang penting usaha!
Apa-apa pun, bagi aku, accent bukan la penting sampai kita nak letakkan dia nombor satu. Asalkan kita cakap dengan jelas, grammar tak ada masalah, dah bagus dah. (bajet je lebih kalau guna accent ni >__< ). Istighfar. Paling penting buat semua benda kerana Allah, gerenti Allah permudahkan.
p/s: kalau nak Australian accent, tengok la Crocodile Hunter selalu >_<
4 play the melodies:
CIS!
30 April 2011 at 11:58kehkehkeh. ni mesti pasal CN Blue :P
30 April 2011 at 12:19tim roth !
30 April 2011 at 15:02personally, i quite like your accent. Needles to say, the first time i heard of it, it reminds me of harry potter...but frankly, i envy your gift to speak in such way, i myself tried to do an accent actually but still, it feels awkward for my tongue *remember my speech?*..anyway, just want to say that the part where i imitate the british accent during the speech was by no mean, contain any intention of condescending other participants..in fact, i plan to try it in next year public speaking competition..best of luck kak sarah !!
5 May 2011 at 19:44Post a Comment